You are on page 1of 7

4.

0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2002), metodologi membawa maksud


sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau
disiplin. Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak
dan sistem. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metode atau disiplin yang
digunakan oleh pengkaji semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan
tertentu. Oleh hal yang demikian, pengkaji mencuba pelbagai kaedah dalam usaha
memastikan pengkajian ini terus berjalan dan mencapai matlamatnya.

4.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan bentuk kajian tinjauan deskriptif. Kajian tinjauan


deskriptif bermaksud satu rangka tunjuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan
dengan persampelan, pengukuran, dan cara menganalisis data. Kajian ini digunakan
untuk mengkaji kepentingan prasarana sosial dalam memupuk semangat kejiranan di
samping mengenal pasti apakah jenis – jenis prasarana sosial yang terdapat di Taman
Sungai Besi Indah , Selangor , Darul Ehsan .

4.2 Instrument Kajian

Instrument kajian merupakan proses penyediaan alat penggumpulan data


menerusi konsep yang berkaitan dengan objektif kajian. Dalam kajian ini, pengkaji telah
mengunakan kaedah soal selidik, kaedah kepustakaan dan kaedah pemerhatian untuk
mendapatkan maklumat. Instrument yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dapat
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kuantitatif dan kualitatif.

1
Kaedah Instrument Kajian

Kaedah Instrument

Kuantitatif Borang soal selidik

Kualitatif Borang soal selidik, borang temu bual, pemerhatian dan kepustakaan

Jadual 1 : Kaedah Instrument Kajian

4.2.1 Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan kaedah alternatif dalam pengumpulan maklumat atau


pengumpulan data. Dalam pemerhatian ini, pengkaji telah berkunjung ke lokasi kajian
untuk mendapatkan maklumat mengenai kawasan kajian yang ingin dikaji. Bagi
mengelakkan sebarang kesilapan dalam memperolehi data, pengkaji telah menjalankan
aktiviti kajian pada waktu lapang. Pengkaji juga akan ke Taman Sungai Besi Indah ,
Selangor , Darul Ehsan untuk membuat tinjauan terhadap lokasi tersebut untuk dijadikan
sebagai bahan bukti kajian.
Kaedah Pemerhatian oleh Pengkaji

Bil Tarikh Perkara/Butiran

1 28.04.2023 Pengkaji melakukan tinjauan awal di beberapa lokasi kajian

2 29.04.2023 Pengkaji sekali lagi melakukan tinjauan di lokasi kajian

3 30.0.2023 Pengkaji melakukan tinjauan akhir di lokasi kajian

Pengkaji mengambil gambar lokasi kajian yang terdapat di


4 01.05.2023
kampung tersebut

Jadual 2 : Kaedah Pemerhatian oleh Pengkaji

4.2.2 Kajian Soal Selidik

2
Pengkaji turut menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan maklumat
yang diperlukan. Pengkaji mengedarkan 30 set borang soal selidik kepada responden
yang mengandungi 16 soalan berkaitan dengan tajuk kajian. Borang soal selidik ini
mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Pada Bahagian
A, terdapat soalan demografi responden yang merangkumi jantina, umur, pekerjaan,
pendapatan, status perkahwinan dan taraf pendidikan. Pada Bahagian B pula, terdapat
mengandungi soalan-soalan untuk mengenal pasti jenis prasarana sosial yang terdapat di
Taman Sungai Besi Indah , Selangor , Darul Ehsan. Bahagian C pula, pengkaji akan
mengenal pasti kepentingan prasarana sosial dalam memupuk semangat kejiranan di
Taman Sungai Besi Indah , Selangor , Darul Ehsan .

Kaedah Soal Selidik oleh Pengkaji

Bil Tarikh Perkara

1 01.05.2023 Mengedarkan borang soal selidik kepada responden dalam


kalangan penduduk di Taman Sungai Besi Indah , Selangor ,
Darul Ehsan .
2 02.05.2023 Mengutip dan mengumpul kembali borang soal selidik yang
telah diedarkan kepada responden dalam kalangan penduduk di
Taman Sungai Besi Indah , Selangor , Darul Ehsan .

3 03.05.2023 Melakukan analisis terhadap data – data yang telah dikumpulkan


melalui borang soal selidik yang diedarkan.

Jadual 3 : Kaedah Soal Selidik oleh Pengkaji

4.2.3 Kaedah Kepustakaan

Kaedah kepustakaan dilaksanakan oleh pengkaji dengan mencari pelbagai sumber


rujukan yang berkait dengan kajian. Antara sumber rujukan dalam kaedah kepustakaan
yang digunakan oleh pengkaji ialah bahan ilmiah dari buku – buku dan bahan dari
internet. Bukan itu sahaja, kamus dewan seperti Kamus Dewan Edisi Keempat juga
digunakan pengkaji sebagai sumber rujukan pengkaji. Selain itu, pengkaji turut

3
mengambil rujukan dari pelbagai lagi sumber yang ada. Kaedah kepustakaan ini amat
memudahkan pengkaji untuk meperoleh pelbagai maklumat yang mempunyai kaitan
dengan pengkaji.

4.2.4 Kaedah Temu Bual

Kaedah temu bual dilaksanakan oleh pengkaji sebagai salah satu kaedah untuk
mendapatkan bukti sokongan terhadap kajian yang dijalankan. Instrument temu bual
mempunyai dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah temu bual ini
boleh digunakan secara bersemuka, tidak bersemuka, dan bantuan komputer. Kaedah
yang pengkaji gunakan adalah tidak formal iaitu secara bersemuka yang melibatkan ketua
kampung Ujung Permatang dan dua orang penduduk kampung tersebut. Pengkaji
menjalankan temu bual dalam keadaan yang selesa. Pengkaji juga berwatak sebagai
pendengar yang baik malah pengkaji juga mengajukan soalan yang penting dengan jelas
dan tepat. Pengkaji telah menyenaraikan beberapa persoalan bagi menjawab objektif
kajian ini.

Kaedah Temu Bual oleh Pengkaji

Tarikh Tempat Temu Bual Nama Informan

Taman Sungai Besi Indah , Informan A -


15.05.2021
Selangor , Darul Ehsan . (Penduduk Kampung Ujung Permatang)

Taman Sungai Besi Indah , Informan B –


16.05.2021
Selangor , Darul Ehsan . (Penduduk Kampung Ujung Permatang)

Taman Sungai Besi Indah , Informan C -


18.05.2021
Selangor , Darul Ehsan . (Penduduk Kampung Ujung Permatang

Jadual 4 : Kaedah Temu Bual oleh Pengkaji

4.3 Persampelan Kajian

4
Persampelan ialah kumpulan manusia, institusi, tempat atau fenomena yang
menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Pemilihan sampel dalam
tinjauan adalah secara rawak daripada satu populasi yang dikenal pasti. Responden kajian
terdiri daripada 30 orang penduduk. Mereka terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang
perempuan dari penduduk di Taman Sungai Besi Indah , Selangor , Darul Ehsan akan
diambil sebagai responden. Responden terbatas kepada penduduk yang menetap di
Taman Sungai Besi Indah , Selangor , Darul Ehsan dan mengisi borang soal selidik
dengan lengkap pada hari kejadian dijalankan.

Bagi teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula ialah menggunakan
teknik persampelan rawak mudah di mana dengan menggunakan prosedur persampelan
ini, setiap penduduk di Taman Sungai Besi Indah , Selangor , Darul Ehsan mempunyai
peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden. Sampel kajian terdiri daripada 30
orang penduduk dan 30 borang soal selidik akan diberikan kepada mereka secara rawak
mudah untuk memperoleh data yang lebih tepat. Dalam penggunaan kaedah secara
kuantitatif pula, tiga orang akan dipilih untuk ditemu bual iaitu tiga orang penduduk
kampung di Taman Sungai Besi Indah , Selangor , Darul Ehsan .

4.4 Cara Pengumpulan Data

Data dan maklumat kajian ini dikumpul dengan cara seperti rujukan kepustakaan,
pemerhatian, borang soal selidik dan temu bual.

4.4.1 Rujukan Kepustakaan

Kaedah ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan - bahan bertulis yang telah
diterbitkan seperti buku dan internet bagi mendapatkan maklumat berkenaan objektif
kajian pengkaji.

4.4.2 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian ini telah dijalankan bermula 28 April 2023 sehingga 01 Mei
2023 di Taman Sungai Besi Indah , Selangor , Darul Ehsan untuk memerhatikan lokasi –

5
lokasi iaitu jenis – jenis prasarana sosial yang dapat memupukkan semangat kejiranan
tersebut.

4.4.3 Soal Selidik

Borang soal selidik yang sesuai telah pengkaji sediakan untuk mendapatkan dan
mengumpul maklumat yang tepat dan betul. Borang telah diedarkan secara rawak kepada
30 orang responden di kawasan kajian diedarkan ketika pengkaji mengunjungi jenis –
jenis prasarana soaial yang terdapat di Taman Sungai Besi Indah , Selangor , Darul Ehsan
.4.4.4 Temu Bual

Dua borang temu bual disediakan pengkaji bagi menemu bual tiga orang informan
untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kaedah ini dilakukan secara bersemuka
dengan informan untuk mendapatkan maklumat yang sahih mengenai kajian yang ingin
dilakukan.. Soalan - soalan yang dikemukakan pula adalah berbentuk ringkas dan mudah
difahami. Soalan - soalan ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Setiap bahagian
merangkumi lima soalan yang diambil daripada objektif yang telah disediakan oleh
pengkaji.

Justeru itu, sesi temu bual pertama dijalankan pada 15 Mei 2023 (Isnin), sesi
temu bual kedua pula berlangsung pada 16 Mei 2023 (Selasa) dan temu bual ketiga yang
berlangsung pada 18 Mei 2023 (Khamis) dengan tempoh masa selama lima minit. Data
yang diperolehi pula telah dianalisis secara manual. Hasil dapatan daripada kaedah ini
dibentangkan sebagai bahan bukti yang menyokong kajian ini.
4.5 Cara Analisis dan Persembahan Data

Bahagian ini menjelaskan cara menganalisis dan mempersembahkan data.


Pengkaji akan mengkaji data yang telah diperoleh dan dikumpulkan daripada borang soal
selidik. Data yang telah diperoleh daripada soal selidik adalah berbentuk jadual, bilangan,
kekerapan, peratus, carta pai, graf bar dan min. Pernyataan yang menggunakan skala
likert akan disertakan oleh pengkaji. Hasil dapatan pula akan dipersembahkan dalam
bentuk jadual dan transkrip serta carta pai.

4.5.1 Skala Likert

6
Skala Likert
Skala Point

Sangat Setuju 5

Setuju 4

Tidak Pasti 3

Tidak Setuju 2

Sangat Tidak Setuju 1

Jadual 5 : Skala Likert


Sumber : Kajian Lapangan 2021

Skala likert merangkumi 5 bahagian iaitu skala 1 menunjukkan sangat setuju (5),
skala 2 ialah setuju (4), skala 3 ialah tidak pasti (3), skala 4 ialah tidak setuju (2)
manakala skala 5 ialah sangat tidak setuju (1).

4.5.2 Rumus Min

Min ialah hasil yang diperoleh dengan membahagikan jumlah keseluruhan nilai
dalam suatu set data yang telah dikumpulkan dengan bilangan data. Selain itu, min juga
merupakan nilai purata keseluruhan yang diperoleh dengan membahagikan jumlah nilai
data yang telah dikumpul dengan jumlah kekerapan.

RUMUS PENGIRAAN

PERATUSAN (%) = Kekerapan (ƒ) / Bilangan responden x 100

JUMLAH SKOR KESELURUHAN = Kekerapan (ƒ) x Nilai skor bagi setiap skala likert

MIN = Jumlah skor keseluruhan / Jumlah responden

You might also like