You are on page 1of 3

4.

0 METODOLOGI KAJIAN 040818-07-0272

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, metodologi membawa maksud sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin.
Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem.
Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin yang digunakan semasa
melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Metodologi kajian merujuk kepada
kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang
efektif bagi menjawab permasalah kajian. Seterusnya, metodologi kajian ini juga
membincangkan reka bentuk kajian, instrumen kajian dan proses menganalisis data untuk
menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu
memahami dengan secara terperinci tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian
tentang proses kajian.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan ialah kaedah mengumpul maklumat
dengan bertanyakan satu set soalan kepada satu sampel individu yang dipilih daripada satu
populasi yang hendak dikaji. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis aktiviti
kejiranan yang dijalankan di Taman Jajar, Sungai Ara, Pulau Pinang dan mengkaji kesan-
kesan aktiviti yang dijalankan dalam memupuk semangat kejiranan penduduk Taman Jajar,
Sungai Ara, Pulau Pinang.

4.2 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen merupakan alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan
penyelidikan yang telah ditetapkan. Maka, instrumentasi dikatakan ialah proses menyediakan
alat mengumpul data menerusi konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan
keterangan latar belakang. Borang soal selidik, borang temu bual dan kaedah rujukan adalah
instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data dalam kajian ini.

Kaedah Instrumen Kajian


Kualitatif Borang temu bual, rujukan
Kuantitatif Borang soal selidik
(Sumber : Kajian Lapangan 2023)

4.2.1 SOAL SELIDIK


040818-07-0272

Instrumen soal selidik yang dibina menggunakan prinsip KISS (Keep It Short and Simple)
iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami. Borang soal selidik ini
mengandungi 3 bahagian serta 6 soalan berkaitan dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan di
Taman Jajar, Sungai Ara, Pulau Pinang dalam memupuk semangat kejiranan. Soalan dalam
borang soal selidik merupakan soalan tertutup dan menggunakan Skala Likert Tiga Aras.

4.2.2 TEMU BUAL

Pengkaji menyediakan 8 soalan yang berkaitan dengan jenis-jenis aktiviti kejiranan yang
dijalankan di Taman Jajar, Sungai Ara, Pulau Pinang kepada 3 orang informan yang
merupakan 3 orang penduduk Taman Jajar, Sungai Ara, Pulau Pinang untuk mendapatkan
maklumat.

4.3 CARA MENDAPATKAN RESPONDEN

Responden kajian ini terdiri daripada 25 orang penduduk Taman Jajar, Sungai Ara, Pulau
Pinang. Sebelum mendapat responden, pengkaji telah membuat pemerhatian di tempat kajian.

4.4 CARA MENDAPATKAN MAKLUMAT DARIPADA RESPONDEN

Borang soal selidik disediakan dalam bentuk Google Forms dan dalam bentuk kertas. Borang
soal selidik ini akan dihantar melalui e-mel serta diedarkan kepada 10 dan 15 orang penduduk
Taman Jajar, Sungai Ara, Pulau Pinang yang telah dipilih untuk diisi. Borang soal selidik
terdiri daripada 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A adalah
maklumat peribadi responden manakala Bahagian B adalah soalan mengenal pasti jenis-jenis
aktiviti kejiranan yang dijalankan di Taman Jajar, Sungai Ara, Pulau Pinang dan Bahagian C
adalah soalan mengkaji kesan aktiviti yang dijalankan dalam memupuk semangat kejiranan
penduduk Taman Jajar, Sungai Ara, Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan Skala
Pemarkahan Likert Tiga Mata yang mengandungi Tiga aras iaitu 1 - Tidak bersetuju, 2 -
Tidak pasti, 3 - Bersetuju

1 2 3
Tidak bersetuju Tidak pasti Bersetuju
Jadual 4.4.1 : Pengkelasan Skala Likert

Seterusnya, kaedah temu bual juga digunakan. Tiga orang informan yang terdiri daripada
penduduk Taman Jajar, Sungai Ara, Pulau Pinang. Tujuan utama temu bual ini diadakan
040818-07-0272

adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis aktiviti kejiranan yang dijalankan di Taman Jajar,
Sungai Ara, Pulau Pinang. Pengkaji akan menujukan soalan kepada tiga orang informan yang
berada di Taman Jajar, Sungai Ara, Pulau Pinang. Tiga orang informan ini akan menjawab
soalan secara lisan kepada pengkaji.

4.5 RUJUKAN / KEPUSTAKAAN

Kaedah rujukan ini merujuk kepada perolehan maklumat daripada surat khabar, majalah,
internet, kamus dan buku rujukan. Kaedah ini dijalankan sama ada di rumah atau di
perpustakaan sekolah. Kebanyakan maklumat yang diperolehi adalah melalui internet.
Pengkaji telah mencari banyak sumber sebagai rujukan seperti internet, surat khabar, buku
rujukan dan sebagainya bagi melengkapan kerja khusus ini.

4.6 CARA ANALISIS DATA

Kaedah statistik deskriptif telah digunakan dalam penganalisisan data yang berbentuk Skala
Likert Tiga aras. Semasa penganalisan data, pengiraan manual akan digunakan dengan
menggunakan kekerapan dan peratus. Kemudian, data yang dikumpulkan akan disembahkan
dalam bentuk grafik iaitu graf bar dan jadual.

You might also like