You are on page 1of 6

4.

0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem


yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau
disiplin. Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak,
corak dan sistem. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin yang
digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Terdapat
beberapa tokoh yang mmemberi pendapat berkaitan maksud metodologi antaranya
Bakker (1984) mendefinisikan bahawa metodologi sebagai cara cara yang mengatur
prosedur penelitian ilmiah pada umumnya, sekaligus pelaksanaannya terhadap masing
masing bidang keilmuan secara khusus. Menurut Suparlan Supartono (2005) pula,
metodologi adalah pengkajian mengenai bentuk dan model, aturan yang dipakai
dalam kegiatan ilmu pengetahuan.

4.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merupakan satu tatacara pengolahan data yang dipungut
berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan
rangkaian hubungan antara pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu kajian. Reka
bentuk kajian ini berfungsi sebagai panduan dalam membantu penyelidik dalam
proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan
yang dijalankan. Kaedah kajian kuantitatif dipilih kerana data yang diperolehi
berbentuk angka yang boleh diukur manakala kaedah kajian kualitatif pula
memperoleh data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temu bual
atau yang direkod dalam bentuk gambar dan lain-lain. Kaedah kajian ini bersesuaian
dengan objektif kajian iaitu mengenal pasti perhidmatan kesihatan yang disediakan di
Klinik Kesihatan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah. Penyelidikan kuantitatif adalah
kajian yang menggunakan maklumat atau data yang bersifat kuantitatif. Data
kuantitatif boleh diukur melalui proses pengukuran seperti pengkaji boleh
menyediakan beberapa borang soal selidik kepada penduduk kampung untuk
mendapatkan data mengenai tahap kepuasan penduduk Kampung Teluk Layang, Alor
Setar, Kedah terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Kesihatan Kuala
Kedah, Alor Setar, Kedah. Terdapat 3 bahagian iaitu demografi responden, mengenal
pasti perhidmatan kesihatan yang disediakan di Klinik Kesihatan Kuala Kedah, Alor
Setar, Kedah dan tahap kepuasan penduduk Kampung Teluk Layang, Alor Setar,
Kedah terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Kesihatan Kuala Kedah,
Alor Setar, Kedah. Kajian ini menggunakan kaedah kajian berbentuk kualitatif.

4.2 Pensampelan Kajian

Sampel ialah kumpulan orang, institusi, tempat, atau fenomena yang menjadi
sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Menurut Sekaran (2000), sampel
ialah proses memilih jumlah elemen yang mencukupi daripada populasi supaya
pemahaman terhadap sifat-sifat sampel dapat membantu pengkaji membuat
generalisasi terhadap sifat-sifat populasi sampel berkenaan. Oleh itu, pengkaji
menggunakan teknik pensampelan untuk memilih responden bagi menjawab objektif
yang dikaji oleh pengkaji. Seramai 30 responden telah dipilih bagi menjawab soal
selidik sewaktu mereka mempunyai masa lapang dan sudi untuk bekerjasama.
Pemilihan ini dibuat secara rawak kepada penduduk Kampung Teluk Layang. Hal ini
telah menyebabkan pengkaji mengambil sebahagian kecil populasi daripada penduduk
Kampung Teluk Layang untuk tujuan pemerhatian, dan membuat analisis berkenaan
populasi yang diwakili oleh sampel tersebut. Pensampelan yang baik membolehkan
pengkaji mendapat maklumat yang lengkap tentang populasi dengan melakukan
kajian ke atas keseluruhan populasi tersebut.

4.3 Instrumen Kajian

Secara umumnya instrumen kajian ialah apa-apa alat, atau cara atau apa-apa
kaedah untuk memperolehi dan mengumpul data kajian. Menurut Fuad Mohamed
Berawi, Instrumen kajian adalah peralatan, perisian, atau perkakasan yang digunakan
untuk memungut dan mengumpul maklumat dan data daripada sasaran kajian seperti
soal selidik, buku catatan, video, kamera, perakam suara, atau komputer dan
penggunaan perisian. Menurut Wiersma pula, instrumen kajian hendaklah memenuhi
syarat-syarat seperti kesahan, kebolehpercayaan, dan kesahihan dalaman. Kesahan
bermaksud instrumen tersebut hendaklah mengukur apa yang sepatutnya diukur
dalam kajian. Kebolehpercayaan pula merujuk kepada kestabilan dan
kebolehpercayaan instrumen kajian. Kesahihan dalaman pula berkaitan dengan
keupayaan instrumen kajian dalam mengukur aspek-aspek yang berkaitan dengan
topik kajian secara menyeluruh. Instrumen ini juga bertujuan bagi mengkaji tahap
kepuasan penduduk Kampung Teluk Layang, Alor Setar, Kedah terhadap
perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Kesihatan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah
tersebut kepada 30 orang responden secara rawak. Instrumen pengumpulan data yang
digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada dua iaitu secara kuantitif dan secara
kualitif. Bahagian kuantitif ini seperti soal selidik manakala kualitif adalah
berdasarkan pemerhatian.

4.3.1 Soal Selidik

Soal selidik atau dalam bahasa Inggeris adalah questionnaire merupakan set
soalan yang ditulis bagi tujuan mengumpul maklumat daripada orang ramai atau
responden untuk membuat analisis bagi mencapai objektif sesuatu kajian. Menurut
Tuckman (1988), kaedah soal selidik lebih mudah mendapatkan Kerjasama daripada
responden. Mereka bebas memilih, menyuarakan pandangan dan penilaian mengikut
kehendak soal selidik serta tahu apa yang difikirkan. Selain itu, soal selidik
merupakan satu tindakan yang lazim digunakan dalam kajian tinjauan. Oleh itu,
pengkaji telah menghasilkan borang soal selidik untuk memperoleh hasil data
berdasarkan tajuk yang dikaji serta mampu memenuhi objektif kajian. Seterusnya,
borang itu akan diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan lokasi kajian.
Pengkaji boleh memperoleh data atau maklumat daripada bilangan responden
sebanyak 30 orang daripada penduduk Kampung Teluk Layang untuk menjawab
soalan tersebut. Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A,
Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A berkaitan dengan maklumat demografi
responden seperti jantina, kumpulan umur, kaum, agama dan pendapatan bulanan.

Bahagian B pula berkaitan dengan mengenal pasti perhidmatan kesihatan yang


disediakan di Klinik Kesihatan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah. Bahagian C pula
adalah berkaitan dengan mengkaji tahap kepuasan penduduk Kampung Teluk Layang,
Alor Setar, Kedah terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Kesihatan
Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah terhadap kemudahan dan rawatan di klinik tersebut.
Terdapat 10 soalan di dalam kedua-dua bahagian ini yang perlu dijawab oleh para
responden dan borang ini menggunakan “Skala Likert”. Dalam skala borang ini
responden hanya perlu menandakan persetujuan mereka sama ada “Sangat tidak
memuaskan”, “Tidak memuaskan”, “Kurang memuaskan”, “Memuaskan” dan
“Sangat memuaskan”.

4.3.2 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan
untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif
yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan
temuduga. Melalui pemerhatian, pengkaji dapat mengamati sesuatu tingkah laku
subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan
pengkaji ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku,
mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.
Kaedah ini juga bertujuan bagi membantu pengkaji membina semula teori tersebut
agar memperoleh satu fahaman baru dan mendengar pendapat penduduk Kampung
Teluk Layang berkaitan perkhidmatan kesihatan di Klinik Kesihatan Kuala Kedah,
Alor Setar, Kedah.

4.3.3 Soal Selidik

Soal selidik atau dalam bahasa Inggeris adalah questionnaire merupakan set
soalan yang ditulis bagi tujuan mengumpul maklumat daripada orang ramai atau
responden untuk membuat analisis bagi mencapai objektif sesuatu kajian. Menurut
Tuckman (1988), kaedah soal selidik lebih mudah mendapatkan Kerjasama daripada
responden. Mereka bebas memilih, menyuarakan pandangan dan penilaian mengikut
kehendak soal selidik serta tahu apa yang difikirkan. Selain itu, soal selidik
merupakan satu tindakan yang lazim digunakan dalam kajian tinjauan.

4.3.4 Kaedah Kepustakaan

Kajian perpustakaan adalah usaha yang dilakukan oleh pengkaji untuk


menghimpun segala pengetahuan ataupun maklumat yang bersesuaian dan relevan
dengan topik yang sedang diteliti. Maklumat yang dimaksudkan ini dapat diperolehi
daripada buku-buku ilmiah, hasil penyelidikan di lokasi yang berkaitan, penelitian,
fakta-fakta dan sumber-sumber bertulis Roth (1986). Kaedah ini juga merupakan
salah satu kaedah yang sangat berguna supaya pengkaji dapat mengetahui cara
penulisan yang baik dan gramatis serta mengikut format yang telah ditetapkan. Justeru
itu, penyelidik juga boleh mendapatkan maklumat atau data yang sahih serta dapat
memberi idea kepada pengkaji untuk menyelesaikan sesuatu topik.

4.3.5 Cara Pengumpulan Data


Pengumpulan data adalah satu cara mendapatkan data yang kemudiannya akan
digunakan bagi menjawab kepada objektif dan persoalan kajian. Beberapa perkara
perlu dilakukan sebelum kajian sebenar dilakukan antaranya adalah memohon
kebenaran dan persetujuan daripada pihak berkenan, membiasakan diri dengan
suasana di lokasi kajian. Kaedah ini juga dilakukan oleh pengkaji untuk memastikan
kajian yang dilaksanakan mempunyai data yang tepat dan berguna. Data kajian yang
dikumpulkan dalam kajian ini mempunyai empat cara iaitu melalui pemerhatian, soal
selidik, temu bual dan kepustakaan, cara yang dipilih oleh pengkaji adalah melalui
pemerhatian, iaitu memerhati dan mencatat kajian yang dilakukan bagi mendapat
maklumat secara terperinci. Selain itu, pengkaji juga memilih kaedah soal selidik dan
mengedarkan kepada 30 orang responden secara rawak khusus kepada penduduk
Kampung Teluk Layang.

4.5 Cara Menganalisis Data

Analisis data adalah kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk memberi
makna kepada data yang dikumpulkan. Ia merupakan satu proses memindahkan data
kepada maklumat pengetahuan dan boleh dikongsi kepada orang lain. Ia juga
bertujuan untuk membuat kesimpulan tentang hasil dapatan kajian oleh pengkaji.
Menurut Patton (1980) analisis data merupakan proses mengatur data,
mengorganisasikannya ke dalam suatu pola atau kategori. Dalam kajian ini, analisis
secara deskriptif telah digunakan dalam menganalisis data daripada soal selidik yang
dilakukan dalam bentuk peratusan, min, purata dan kekerapan. Semua data yang
dikumpul ini akan dianalisis secara kualitif dan kuantitatif. Data-data yang diperoleh
melalui soal selidik, temu bual, kepustakaan atau secara pemerhatian dapat
memudahkan pengkaji untuk menganalisis data secara tepat dan mudah difahami.

4.6 Cara Mempersembahkan Data

Kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji terhadap 30 orang responden yang


sudi bekerjasama dalam melakukan kajian ini ialah penduduk Kampung Teluk
Layang, Alor Setar, Kedah yang kerap berkunjung ke Klinik Kesihatan Kuala Kedah,
Alor Setar, Kedah. Pengkaji menerangkan data yang diperoleh melalui jadual, graf
dan carta. Graf merupakan grafik yang mempersembahkan maklumat dan data yang
didapati sewaktu melakukan kajian. Bentuk graf yang akan dihasilkan oleh pengkaji
mestilah menarik dan mudah untuk difahami.

You might also like