You are on page 1of 21

1.

Analisis Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

http://www.pornhub.com/view_video.php?viewkey=456770524

Untuk menguji kebolehpercayaan instrumen kajian, pengkaji menggunakan Kaedah


konsistensi dalaman. Kaedah konsistensi dalaman dilakukan dengan mencari nilai korelasi
antara skor setiap item dalam ujian dengan jumlah skor bagi semua item dalam ujian (skor
indeks ujian). Menurut Chua Yan Piaw (2012), item-item yang mempunyai nilai korelasi
yang tinggi dengan skor indeks ujian mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, manakala
item-item yang mempunyai nilai korelasi yang rendah mempunyai kebolehpercayaan yang
rendah dan disingkir daripada ujian tersebut.

Dalam statistik kebolehpercayaan instrumen kajian menggunakan pekali alfa


Cronbach, nilai alfa .65 hingga .95 dianggap memuaskan kerana nilai yang terlalu rendah
menunjukkan keupayaan item-item instrumen kajian untuk mengukur konsep dalam kajian
adalah rendah, manakala nilai alfa yang terlalu tinggi pula mungkin menunjukkan semua item
adalah serupa atau bertindih antara satu sama lain dan adalah tidak perlu untuk menggunakan
item-item yang bertindih antara satu sama lain.

Jadual 4.1 Analisis Kebolehpercayaan Alpha Cronbach


Statistik Kebolehpercayaan
Alpha Cronbach Bilangan item
.943
37

Jadual 4.2 menunjukkan keputusan analisis bagi instrumen kajian ini, pekali
kebolehpercayaan alfa Cronbach ialah .943. Nilai kebolehpercayaan ini memuaskan. Nilai

alfa apabila item disingkirkan (Alpha if Item Deleted) bagi semua item lain sama dan lebih
rendah daripada .943 (Rujuk lampiran). Ini bererti pekali alfa tidak akan meningkat dengan
penyingkiran mana-mana item. Pengkaji melaporkan kebolehpercayaan instrumen kajian
yang memuaskan bagi instrumen kajian ini (pekali alfa = .943) yang mengandungi 37 item.

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN

3.1

PENGENALAN

Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan
penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab masalah kajian.Bab ini
akan menjelaskan gambaran keseluruhan kajian yang dijalankan. Metodologi bermaksud satu
sistem yang merangkumi kaedah atau cara, prinsip yang meliputi disiplin dan aktiviti yang
digunakan dalam satu-satu kajian. Metodologi kajian juga merujuk kepada kaedah yang
paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi
menjawab masalah kajian.

Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang dirangka adalah
melibatkan reka bentuk kajian, sampel kajian, lokasi kajian, instrumen kajian,
tatacara/prosedur pemerolehan data dan tatacara penganalisisan data. Bab ini merupakan satu
langkah penting dalam proses penyelidikan kerana bab ini akan menjelaskan prosedur dan
kaedah yang digunakan dalam kajian yang akan dilaksanakan. Dalam bab metodologi ini,
pengkaji akan memastikan bahawa metodologi yang digunakan bersesuaian dengan tajuk
kajian yang akan dijalankan. Hal ini kerana, melalui metodologi kajian inilah maklumat yang
tepat akan diperoleh oleh setiap pengkaji.

3.2

REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan pelan dan struktur penyelidikan yang digunakan oleh pengkaji
untuk mendapatkan maklumat tentang kajian yang dijalankan. Menurut Mohd Najib (2006),
reka bentuk kajian disediakan dengan tujuan untuk mendapatkan jawapan daripada persoalanpersoalan kajian yang dikemukakan. Reka bentuk kajian merupakan bahagian yang penting
dalam bab ini. Dalam penyelidikan, hasil kajian ditentukan oleh kaedah dan reka bentuk
kajian dan reka bentuk pula ditentukan oleh tujuan kajiannya (Chua, 2006).Oleh itu pengkaji
harus merancang kajiannya dengan reka bentuk kajian yang sesuai dengan kajiannya.

Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu menggunakan


kaedah tinjauan. Kaedah tinjauan merupakan suatu cara yang spesifik bagi mengumpul
maklumat berkenaan sekumpulan besar populasi dan penggunaan soal selidik juga dapat
memudahkan penyelidik memperoleh kerjasama dari responden (Mohd Majid, 2009).
Menurut Chua (2006) pula, kajian tinjauan mewakili semua kaedah kajian yang dilakukan
untuk mengumpul data secara terus daripada sekumpulan subjek. Kaedah ini mengkaji
peristiwa atau fenomena pada masa sekarang yang melibatkan penerangan, pemerhatian,
analisis, perbandingan dan perkaitan. Selain itu, kaedah penyelidikan ini merupakan satu
pendekatan penyelidikan logikohipotetiiko verifikatif dan banyak menggunakan statistik
untuk menjelaskan hasil penyelidikannya(Khalid, 2003).

Justeru itu reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian bersesuaian dengan
matlamat kajian iaitu untuk melihat kesediaan guru-guru LINUS dalam pelaksanaan program
LINUS di sekolah dalam daerah Hulu Langat.Kaedah tinjauan ini dilakukan dengan
menggunakan satu set soal selidik yang disediakan oleh pengkaji kepada pihak responden.
Melalui soal selidik tersebut data akan dikumpul untuk mengenal pasti tahap kesediaan guruguru dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap, penggunaan modul dan masalah-masalah yang
dihadapi oleh guru dalam melaksanakan program LINUS di sekolah. Data-data akan
dikumpul dan dianalisis daripada borang soal selidik yang telah dilengkapkan oleh sampel
kajian bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan. Item soal selidik yang diedarkan kepada
sampel kajian ialah soalan jenis tertutup yang menggunakan bahasa Melayu.

3.3

PERSAMPELAN DAN POPULASI

Menurut Noraini (2010) sampel ialah kumpulan yang menjadi sumber informasi yang
diperlukan. Populasi didefinisikan sebagai satu set ciri-ciri yang menunjukkan cerapan atau
ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek (Mohd Majid, 2009).
Persampelan dalam kajian yang dijalankan ini menggunakan persampelan rawak terhadap
organisasi. MenurutChua (2006), persampelan rawak mudah digunakan untuk memastikan
setiap unit atau subjek dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai
responden kajian.

Dalam kajian ini populasi adalah terdiri daripada guru-guru LINUS yang mengajar
murid LINUS tahun 1, 2 dan 3 di daerah Hulu Langat. Kajian ini melibatkan guru-guru yang

mengajar di sekitar sekolah di Kajang, Cheras dan Ampang. Bagi tujuan penyelidikan ini,
pengkaji membuat pemilihan sampel kajian berdasarkan pemilihan organisasi secara rawak
mudahiaitu dengan memilih sebanyak 22 daripada 86 buah sekolah dan sampel kajian adalah
terdiri daripada semua ahli organisasi berkenaan iaitu seramai 130 orang guru LINUS yang
terlibat secara langsung mengajar murid LINUS bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Matematik.

Saiz sampel digalakkan melebihi 30 unit dengan andaian bahawa taburan normal
biasanya akan dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit(Mohd Majid, 2009). Mohd
Majid (2009) juga menyatakan gunakan sebanyak mana sampel yang boleh diperolehi kerana
pertambahan saiz sampel akan lebih mewakili populasi. Oleh itu, saiz sampel dalam kajian
ini adalah memenuhi cadanganMohd Majid (2009).

3.4

PROSEDUR KAJIAN

Prosedur kajian dilaksanakan bagi tujuan melancarkan kajian yang dijalankan. Berikut
merupakan langkah-langkah yang diambil oleh pengkaji untuk menjalankan kajian tinjauan
berkaitan kesediaan guru dalam melaksanakan Program LINUS:
Prosedur kajian bermula dengan perjumpaan dan perbincangan dengan penyelia bagi
membincangkan masalah bagi menentukan kajian yang bakal dilakukan oleh pengkaji.
Setelah persetujuan dicapai, satu tajuk kajian akan ditetapkandan pengkaji dibimbing
oleh penyelia sepanjang proses kajian yang akan dijalankan.

2. Pengkaji juga membuat rujukan di perpustakaan dan pusat sumber bagi mendapatkan
bahan kajian dan item soal selidik yang sesuai dengan merujuk kertas projek dan tesis

sedia ada. Seterusnya, pengkaji mula membuat penulisan Bab 1, 2 dan 3 tesis untuk
dijadikan sebagai proposal.

3.

Seterusnya proposal kajian akan dihantar kepada Perancangan Bahagian Penyelidikan


Dasar Pendidikan dan Penilaian (BPPDP), Kementerian Pelajaran Malaysia (EPRD)
untuk mendapatkan surat kebenaran bagi melaksanakan kajian terhadap guru-guru di
sekolah rendah. Permohonan dibuat secara atas talian melalui eRas.emoe.my. Setelah
surat kebenaran daripada EPRD diperoleh, pengkaji perlu mendapatkan surat kebenaran
daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah
Hulu Langat (PPDHL)untuk mendapatkan kebenaran membuat kajian di sekolahsekolah yang terlibat.

4.

Selepas mendapat kebenaran, pengkaji mengenal pasti dan menentukan populasi kajian.
Pemilihan sampel akan dikenal pasti iaitu guru-guru LINUS yang mengajar murid
LINUS bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Guru-guru LINUS yang
terlibat adalah guru yang mengajar sekolah rendah di daerah Hulu Langat sahaja.

5.

Seterusnya, pengkaji akan membina instrumen kajian iaitu soal selidik yang
mengandungi lima bahagian iaitu demografi, pengetahuan, kemahiran, sikap,
penggunaan modul dan masalah guru dalam menjalankan LINUS di sekolah. Instrumen
tersebut akan disemak oleh dan disahkan oleh daripada tiga orang pakar LINUS
mengenai kesesuaian item-item dengan tahap guru LINUS. Pakar terdiri daripada
Pegawai fasiLINUS, penyelaras LINUS dan guru LINUS. Item-item akan diubahsuai
mengikut cadangan pakar supaya bersesuaian dengan objektif kajian.

6.

Kajian rintis akan dijalankan kepada beberapa orang sampel yang telah dipilih untuk
menguji tahap kebolehpercayaan soal selidik.

7.

Pengubahsuaian terhadap instrumen kajian akan dilakukan selepas ujian


kebolehpercayaan dibuat. Analisis statistik alfa Cronbach digunakan untuk menentukan
tahap kebolehpercayaan soal selidik.

8.

Seterusnya kajian tinjauan sebenar ke atas sampel kajian akan dijalankan.

9.

Data kuantitatif kajian dikumpul dan dianalisis untuk mendapatkan keputusan hasil
daripada kajian yang dijalankan. Penulisan Bab 4 dan Bab 5 mula disediakan oleh
pengkaji.

10.

Setelah itu, penghantaran tesis lengkap akan dilakukan.

3.5

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen merupakan soal selidik yang direka khas untuk mengumpul data kajian (Chua,
2006). Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen yang berbentuk soal selidik.
Kaedah ini merupakan cara yang paling sesuai untuk mendapatkan maklumat tentang
kesediaan guru dalam melaksanakan program LINUS di sekolah. Selain itu, soal selidik juga
membantu pengkaji untuk mendapatkan data yang lebih tepat dalam kajiannya. Melalui cara
ini juga pengkaji dapat menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan kerana pengkaji hanya
perlu mengedarkan set soal selidik tersebut kepada sampel yang ramai.

Mohd Najib (2006) menyatakan bahawa instrumen yang digunakan oleh pengkaji
akan menentukan jenis data yang diperoleh dan ini akan mempengaruhi jenis analisis data
yang diperoleh. Instrumen soal selidik dipilih bagi mendapat maklumat yang tepat dan
berkesan serta responden dapat memberikan tindak balas yang baik dalam aspek yang ingin
diuji berbanding kaedah temubual. Menurut Chua (2006) soal selidik yang baik tidak
seharusnya menimbulkan rasa bosan responden, menarik minat responden untuk menjawab
dengan ikhlas dan jujur.

Kajian ini menggunakan soal selidik yang diambil dan diubahsuai daripada soal
selidik yang digunakan oleh Kharsiah (2009), (Tuan Azlyna (2013) dan Hasimah (2013).

3.6

ITEM SOAL SELIDIK

Borang soal selidik ini mengandungi lima bahagian iaitu bahagian A, B, C, D, E dan F.
Bahagian A mengandungi sembilan soalan untuk mengetahui maklumat diri responden seperti
jantina, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar responden. Bahagian ini
menggunakan skala nominal supaya responden dapat menjawab dengan mudah pada kotak
yang disediakan.

Bahagian B pula mengandungi enam item yang mewakili kesediaan guru dari segi
pengetahuan, sepuluh item di bahagian C pula mewakili pemboleh ubah kesediaan guru dari
segi kemahiran guru dalam melaksanakan program LINUS di sekolah. Bahagian D pula
mengandungi lapan item yang mewakili sikap guru LINUS dan sembilan item di bahagian E
mewakili penggunaan modul oleh guru LINUS dalam menjalankan PdP LINUS di sekolah.
Bahagian F pula mengandungi sepuluh item yang mewakili masalah-masalah yang dihadapi
oleh guru LINUS dalam melaksanakan program LINUS. Kelima-lima bahagian dijawab oleh
sampel kajian yang terdiri daripada guru-guru LINUS di sekolah rendah.

Jumlah keseluruhan item soal selidik adalah sebanyak 52 item. Jadual 3.1 berikut
menunjukkan ringkasan item soal selidik bagi keseluruhan item yang terdapat di dalam
instrumen kajian ini.

Kajian ini menggunakan skala pengukuran iaitu skala Likert lima aras. Menurut Chua
(2006) menyatakan kelebihan menggunakan skala Likert ialah ia mudah diurus dan dipakai
serta item-itemnya mudah dijawab oleh responden. Data yang dipungut melalui skala Likert
lebih tinggi kebolehpercayaan berbanding dengan skala-skala yang lain seperti Thurstone dan
Guttman (Chua, 2006). Skala Likert lima aras digunakan dalam borang soal selidik bahagian
B dan C iaitu Sangat Kurang (SK), Kurang (K), Sederhana (S), Tinggi (T), dan Sangat Tinggi
(ST). Jadual 3.2 menunjukkan skala Likert yang digunakan dalam bahagian B dan C di
dalam kajian ini. Manakala bahagian D, E dan F pula menggunakan skala Likert lima aras
iaitu sangat tidak setuju (STS), tidak setuju (TS), kurang setuju (KS), setuju (S), dan sangat
setuju (SS). Skala ini digunakan untuk mengukur dan melihat persepsi sampel kajian
terhadap pernyataan yang diberikan dalam soal selidik berkenaan. Jadual 3.3 menunjukkan
skala Likert yang digunakan dalam bahagian D, E dan F.

Dalam soal selidik ini, responden perlu menjawab dengan menandakan skor yang
terdapat bagi setiap item. Mohd Majid (2009)menjelaskan skala Likert dibuat berasaskan
andaian bahawa keseluruhan tahap gerak balas terhadap butir-butir yang menggambarkan
sikap tertentu yang dikaji memberikan pengukuran yang berasas mengenai sikap tersebut.

3.7

KESAHAN SOAL SELIDIK

Kesahan merujuk kepada sejauh mana butir soalan mengutip data atau maklumat yang
sepatutnya ia dikehendaki mengutip dan kesahan juga menekankan kepada sejauh mana
kesesuaian soal selidik memperoleh maklumat yang dikehendaki (Mohd Majid, 2009).
Kesahan soal selidik telah dijalankan dengan mendapatkan pandangan dan penilaian
daripada tiga orang pakar di dalam program LINUS. Pakar terdiri daripada seorang pegawai
fasiLINUS PPDHL, seorang guru penyelaras program LINUS dan seorang guru LINUS yang
mempunyai empat tahun pengalaman mengajar murid LINUS.

Hasil daripada penilaian yang dibuat oleh pakar-pakar LINUS, beberapa item telah
diubahsuai dan ditambah di dalam soal selidik bagi memastikan item-item tersebut menepati
objektif kajian dan tidak mengelirukan sampel kajian. Antara item yang diubahsuai
termasuklah item sembilan dalam bahagian demografi. Pakar menyarankan item sembilan
ditukar kepada bentuk jadual untuk memudahkan pemahaman guru semasa menjawab soalan.
Pakar juga menyarankan penggunaan perkataan fasiLINUS kepada pegawai fasiLINUS di
dalam item soal selidik. Antara item-item lain yang diubahsuai ialah item nombor 13, 14, 16,
38 dan 27 yang melibatkan pengubahsuaian dari segi ayat supaya mudah difahami oleh guru.
Beberapa item yang telah ditambah baik adalah item 8, 16, 24, dan 43. Kesahan adalah
penting dalam penyelidikan pendidikan kerana dapatan akan menjadi tidak bermakna

sekiranya alat pengukuran yang digunakan tidak dapat mengukur apa yang hendak diukur
(Mohd Majid, 2009).

3.8

KAJIAN RINTIS

Kajian rintis perlu dilakukan untuk memastikan setiap instrumen yang dibina oleh pengkaji
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Menurut Mohd Majid (2009), kajian rintis
dilakukan bagi menentukan kesahan serta kebolehpercayaan soalan soal selidik yang dibina
oleh pengkaji di samping menguji kefahaman responden terhadap item-item dalam soal
selidik yang diberikan. Menurut Chua (2006), kebaikan kajian rintis ialah data yang dikumpul
mungkin memberi amaran kepada pengkaji bahawa kajian sebenar yang akan dilakukan akan
bermasalah, garis kasar cadangan kurang mantap, atau instrumen kajian yang digunakan
kurang sesuai.Analisis data kajian rintis menggunakan statistik alfa Cronbach iaitu realibility
coefficient atau pekali kebolehpercayaan untuk menguji kebolehpercayaan item. Statistik
deskriptif menggunakan program SPSS 17.0 (Statistical Package for the Social Sciences)
digunakan untuk analisis data kajian rintis ini. Pembinaan item-item yang mempunyai
kebolehpercayaan yang baik dan boleh digunakan untuk kajian sebenar.

Menurut Noraini (2010), kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana sesuatu


penyelidikan itu boleh diulang semula. Menurut Chua (2006), garis panduan mengenai
pekali alfa Cronbach untuk instrumen kajian dapat diukur mengikut kriteria berikut

Nilai

Kebolehpercayaan

Tindakan

0.96 1.00

Kurang memuaskan

Konsep dalam item-item instrumen


bertindihan. Item-item perlu diubahsuai.

0.80 0.95

Tinggi dan memuaskan

Item-itemsesuai digunakan.

0.65 0.79

Memuaskan

Item-item boleh digunakan.

0.50 0.64

Rendah dan kurang


memuaskan

Sebilangan item perlu diubahsuai dan


ujian kebolehpercayaan dilakukan
semula.

Di bawah
0.50

Terlalu rendah dan


tidak memuaskan

Instrumen tidak sesuai untuk kajian dan


semua item dalam instrumen perlu
diubahsuai dan ujian kebolehpercayaan
dilakukan semula.

Diubah suai daripada Chua (2006)


Kajian rintis telah dijalankan dan set soal selidik telah diberi kepada 32 orang guru
LINUS untuk mendapatkan kebolehpercayaan item-item soal selidik. Guru-guru telah diberi
masa selama seminggu untuk memberi maklum balas mengenai item-item soal selidik. Nilai
alfa Cronbach untuk 43 item soal selidik bagi kajian rintis kajian adalah seperti di dalam
Jadual 3.6 di bawah.

Jadual 3.6
Alfa Cronbach bagi instrumen kajian (n = 32)

Pemboleh ubah

Bil. Item

Nilai alfa Cronbach

Pengetahuan guru

0.952

Kemahiran guru

10

0.810

Sikap guru

0.741

Penggunaan modul

0.955

Masalah

10

0.838

Keseluruhan

43

0.934

Hasil kajian rintis yang telah dijalankan nilai alfa Cronbachbagi keseluruhan ialah
0.934 iaitu satu keadaan menunjukkan nilai kebolehpercayaan adalah tinggi dan item-item
sesuai digunakan. Berdasarkan keputusan di dalam Jadual 3.6 dalam aspek sikap guru
mempunyai nilai yang paling rendah iaitu 0.741. Nilai alfa Cronbach ini boleh ditingkatkan
dengan membuang item yang tidak sesuai dengan melihat kepada nilai Cronbach alpha if
item deleted di dalam aspek sikap guru. Jadual 3.7 berikut menunjukkan nilai Corrected
Item-Total Correlation dan Cronbach Alpha if item deleted dalam aspek sikap guru.

Jadual 3.7
Nilai Corrected item-total correlation dan Cronbach alpha if item deleted dalam aspek
sikap guru.

No. item

Corrected item-total

Cronbach alpha if item

correlation

deleted

17

0.412

0.720

18

0.346

0.801

19

0.385

0.724

20

0.477

0.712

21

0.642

0.680

22

0.605

0.692

23

0.542

0.698

24

0.537

0.708

Berdasarkan Jadual 3.7 dengan melihat kepada Corrected item-total correlation,


didapati item 18 mempunyai nilai korelasi antara item ini dengan indeks instrumen lemah
iaitu 0.346. Korelasi yang rendah ini menunjukkan bahawa item ini kurang seragam dengan

item-item lain dalam instrumen kajian(Chua, 2012). Selepas item 18 disingkirkan, pekali alfa
bagi aspek sikap guru telah berubah menjadi 0.801 dan nilai Alpha if item deleted bagi
semua item lain lebih rendah dari 0.801. Ini bererti pekali alfa tidak akan lagi meningkat
dengan penyingkiran mana-mana item di dalam aspek sikap guru.

Setelah item 18 disingkirkan nilai keseluruhan kebolehpercayaan instrumen kajian ke


atas 42 item kajian adalah 0.933. Menurut Chua (2012), nilai alfa Cronbach ini tinggi dan
memuaskan serta item-item instrumen sesuai digunakan dalam kajian. Jadual 3.8
menunjukkan nilai alfa Cronbach sebelum dan selepas item deleted bagi instrumen kajian.

Jadual 3.8
1.1.1.1.1.1.1 Alfa Cronbach sebelum dan selepas item deleted bagi instrumen kajian (n = 32)

Pemboleh ubah

Nilai alfa Cronbach

Nilai alfa Cronbach

Sebelum item deleted

Selepas item deleted

Pengetahuan guru

0.952

0.952

Kemahiran guru

0.810

0.810

Sikap guru

0.741

0.801

Penggunaan modul

0.955

0.955

Masalah

0.838

0.838

Keseluruhan

0.934

0.933

Pengubahsuaian item juga mengubah jumlah keseluruhan item soal selidik telah
bertukar daripada 52 item kepada 51 item sahaja (termasuk bahagian demografi guru). Jadual
3.9 menunjukkan ringkasan item soal selidik setelah pengubahsuaian item dibuat selepas
kajian rintis.

Jadual 3.9
Ringkasan item soal selidik selepas kajian rintis

1.1.1.1.1.1.2

1.1.2

3.9

Bahagian

ANALISIS DATA

Komponen Item

Nombor Item

Jumlah
Item

Demografi

Tahap
pengetahuan
guru-guru
LINUS dalam pelaksanaan program
LINUS

Tahap kemahiran guru dalam


pelaksanaan program LINUS

7,8,9,10,11,12,1
3,14,15,16

10

Sikap guru dalam


program LINUS

17,18,19,20,21,

Penggunaan modul
program LINUS

pelaksanaan

1,2,3,4,5,6

22,23

di

dalam

Masalahyang dihadapi oleh guruguru LINUS semasa pelaksanaan


program LINUS

Keseluruhan

1,2,3,4,5,6,7,8,9

25,26,27,28,29,

30,31,32,33

34,35,36,37,38,3
9,40,41,42,43

10

51

Data yang dikumpul dari soal selidik akan dianalisis bagi mendapatkan maklumat yang
dikehendaki oleh pengkaji. Penganalisisan data merupakan satu cara untukmengumpul,
mengolah, menganalisa, menyimpan dan mengeluarkan data setelah pengkaji memperoleh
maklumat daripada soal selidik yang diberikan kepada responden(Mohd Majid, 2009). Data
mentah yang diperolehi akan disemak agar maklumat yang diberikan oleh responden
menjawab soal selidik yang diberikan. Data-data yang diperoleh daripada kajian yang
dijalankan tidak mempunyai makna jika tanpa dianalisis.

Perisian komputer SPSS 17.0 akan digunakan untuk menganalisis data kajian.Data
dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif untuk mendapatkan peratus, min, sisihan
piawai untuk menjawab soalan kajian. Statistik deskriptif ialah statistik yang digunakan
untuk menghuraikan ciri-ciri pemboleh ubah (Chua, 2012).Tahap penilaian terhadap
responden mengikut min iaitu tahap tinggi hingga tahap rendah ditentukan berdasarkan jadual
di bawah.

1.1.2.1.1.1.1 Jadual 3.10


1.1.2.1.1.1.2 Penghuraian data bagi tahap penilaian nilai min
1.1.2.1.1.1.3

Min

Tahap Penilaian

0.00 2.33

Rendah

2.34 3.66

Sederhana

3.67 - 5.00

Tinggi
Diubah suai daripada Mohd Najib (2006)

Daripada penganalisisan tersebut, pengkaji dapat menilai responden yang menjadi


sampel kajian tersebut berdasarkan tahap-tahap yang tertentu. Apabila keputusan kajian ini
diperoleh, hasil analisis data akan dipersembahkan dalam bentuk jadual sebagai hasil dapatan
kajian untuk rujukan pada masa akan datang. Ringkasan analisis data kajian ini ditunjukkan
seperti dalam Jadual 3.10 berikut:

1.1.2.1.1.1.4 Jadual 3.11


1.1.2.1.1.1.5 Ringkasan analisis data

Bil

Persoalan kajian

Analisis yang digunakan

1.

Apakah tahap pengetahuan guru-guru LINUS


dalammelaksanakan program LINUS di
sekolah rendah?

Analisis frekuensi

2.

Apakah tahap kemahiran guru-guru LINUS


dalam melaksanakan program LINUS di
sekolah?

Analisis frekuensi

3.

Apakah sikap guru-guru LINUS


dalammelaksanakan program LINUS di
sekolah rendah?

Analisis frekuensi

4.

Apakahtahap penggunaan modul


LINUSdalammelaksanakan program LINUS di
sekolah rendah?

Analisis frekuensi

5.

Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh


guru-guru LINUS dalammelaksanakan
program LINUS di sekolah rendah?

Analisis frekuensi

6.

Adakah pengalaman mengajar mempengaruhi


sikap guru dalam pelaksanaan program
LINUS?

Analisis Crosstabs:
Khi-squre dan SomersD

7.

Adakah jantina mempengaruhi sikap guru


dalam pelaksanaan program LINUS?

Analiss Crosstabs:
Khi-squre dan SomersD

1.1.3

1.1.4

3.10

RUMUSAN

Di dalam bab ini, pengkaji telah menyatakan metodologi kajian,reka bentuk kajian, instrumen
kajian, sampel kajian, tatacara pengumpulan data, kaedah analisis data dan kajian rintis.
Kaedah tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik yang mengandungi 42 item
berkaitan kesediaan guru dalam melaksanakan LINUS di sekolah rendah digunakan. Soal
selidik mempunyai lima bahagian yang dikaji iaitu demografi, pengetahuan, kemahiran sikap,
penggunaan modul dan masalah-masalah dalam melaksanakan program LINUS. Kesahan
item soal selidik pula telah dijalankan di mana pengkaji mendapatkan pandangan daripada
tiga orang pakar LINUS untuk penambahbaikan item-item tersebut. Pakar LINUS terdiri
daripada Pegawai fasiLINUS, Penyelaras LINUS dan guru LINUS. Indeks kebolehpercayaan
bagi alfa Cronbach bagi item soal selidik ialah 0.933 dan sesuai digunakan dalam kajian ini.

Tatacara pengumpulan data dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan. Data akan
dianalisis menggunakan SPSS 17.0 untuk mendapatkan frekuensi, min dan korelasi daripada
hasil kajian. Diharapkan dapatan kajian ini dapat memberikan manfaat untuk mengetahui
tahap kesediaan guru LINUS dalam melaksanakan program LINUS di sekolah rendah di
daerah Hulu Langat. Hasil dapatan kajian akandianalisis dan dibincangkan dalam Bab 4 dan
Bab 5.

You might also like