You are on page 1of 13

1.

0 NAMA SEKOLAH
Sekolah yang saya kaji ialah Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru iaitu sekolah dimana
saya menjalani latihan praktikum selama enam bulan. Sekolah ini terletak di Johor Bahru dan
merupakan sekolah aliran teknik dan vokasional yang mempunyai pelajar Tingkatan 6.

2.0 NAMA PENYELIDIK


Nama penyelidik yang terlibat dalam kajian tindakan ini ialah Nurhidaya Binti Gani yang
merupakan pelajar tahun akhir dalam bidang Pengajian Malaysia dengan Pendidikan (AT58)
di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

3.0 TAJUK KAJIAN


Kajian tindakan yang akan dijalankan ialah Penggunaan Buku Akhma dalam Pengajaran
Esei Pengajian Am penggal 3 bagi murid tingkatan 6 Atas Kemanusiaan 1 (6AK1) di
Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Soalan Esei adalah merupakan Bahagian C yang
memperuntukkan markah sebanyak 50 markah daripada 80 markah keseluruhan. Dalam
bahagian C, pelajar perlu menjawab 2 soalan daripada 3 soalan esei yang dikemukakan.
Lazimnya, soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan dasar-dasar dan isu-isu semasa
dalam dan luar negara (Majlis Peperiksaan Malaysia).

4.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


Pengajian Am adalah merupakan salah satu mata pelajaran peringkat STPM yang
menyatupadukan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pembelajaran
sepanjang hayat. Kandungan mata pelajaran ini meliputi aspek sains sosial, kenegaraan, isu
dan cabaran semasa. Kemahiran yang ditekankan dalam mata pelajaran ini ialah keupayaan
untuk berfikir secara kritis, kreatif dan juga inovatif, melaksanakan kajian saintifik serta
menggunakan pelbagai bentuk komunikasi dalam pembelajaran dan kehidupan seharian
(Majlis Peperiksaan Malaysia). Pengajian Am adalah merupakan subjek yang amat digeruni
oleh sebahagian besar pelajar STPM. Hal ini demikian kerana, bidang Pengajian Am ini
1

adalah terlalu luas dan memerlukan pelajar peka dan mempunyai pengetahuan yang luas
mengenai isu-isu semasa dalam dan luar negara.
Kelemahan pelajar dalam mempelbagaikan ilmu pengetahuan dan cakna terhadap isuisu semasa dalam dan luar negara menyebabkan ramai diantara mereka mengalami kesukaran
untuk menguasai subjek ini khususnya dalam penulisan Esei. Kelemahan inilah yang
menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab soalan peperiksaan Pengajian Am dengan baik
dan memperolehi keputusan yang kurang baik dalam peperiksaan STPM. Semasa menyemak
keputusan peperiksaan STPM pelajar 6AK1 bagi subjek pengajian AM penggal 1 dan 2, saya
mendapati hanya seramai 13 orang daripada 20 orang pelajar sahaja yang mendapat
keputusan lulus penuh iaitu mendapat gred C hingga A bagi kedua-dua penggal. Malah apa
yang lebih mendukacitakan terdapat beberapa orang pelajar mendapat gred F iaitu gagal.
Walhal subjek pengajian Am adalah merupakan subjek wajib lulus dalam peperiksaan STPM.
Justeru itu, langkah yang positif harus difikirkan dalam mempertingkatkan lagi minat
dalam kalangan pelajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang ada. Mereka seharusnya
diberi penekanan untuk menambah koleksi sumber rujukan dan tidak terhad kepada nota dan
satu buku rujukan sahaja. Memandangkan pelajar-pelajar tingkatan enam tidak diberikan
buku teks khusus untuk dijadikan rujukan mereka walaupun skop pembelajaran mereka amat
luas, jadi guru-guru perlu bijak merekayasa bahan-bahan untuk pengajaran (Dahlia, 2007)
Usaha menerapkan penggunaan Buku Akhma sebagai salah satu sumber rujukan
para pelajar boleh dianggap sangat berguna dan merupakan aktiviti yang amat menarik.
Dengan menentukan tajuk atau kategori tertentu, maklumat-maklumat yang dikumpulkan
boleh dibukukan dan dijadikan bahan koleksi untuk pelbagai tujuan yang terancang. Buku
Akhma adalah singkatan dari perkataan akhbar dan majalah yang menggambarkan kegunaan
keratan akhbar dan majalah untuk dimanfaatkan bersama. Keratan akhbar dan majalah
merupakan salah satu sumber yang tidak terdapat di dalam buku teks. Namun begitu, ia boleh
dianggap sebagai sumber alternatif serta pengayaan di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaannya boleh diaplikasikan dalam mata pelajaran yang diajar. Keratan akhbar yang
dikumpulkan sebagai satu koleksi bersiri berperanan sebagai pembina dan penjana minda
untuk mendapatkan idea-idea yang kreatif dan mempunyai nilai-nilai Kemahiran Berfikir
secara Kreatif dan Kritis (KBKK) yang diperlukan dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran.

Idea ini juga turut di sokong oleh Thompson (2008) yang menyatakan bahawa
penggunaan akhbar penting dan berkesan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah kerana dapat meningkatkan minat dan motivasi belajar. Dengan itu,
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, disesuaikan dengan konsep pengayaan.
Hal ini demikian kerana akhbar mempunyai bahan-bahan yang boleh diagihkan mengikut
tahap dan keupayaan pembacaan pelajar (Chew Fong Peng & Rusdaini, 2013). Dalam pada
itu, Reilly (2003) juga turut berpendapat bahawa penggunaan akhbar amat perlu
dititikberatkan dalam pengajaran di peringkat menengah tinggi kerana salah satu kemahiran
penting yang perlu diajar kepada pelajar-pelajar menengah tinggi ialah pemikiran kritis.
Tambahan lagi, beliau turut menggariskan beberapa manfaat penggunaan akhbar dalam
pengajaran, antaranya termasuklah pengajaran menjadi lebih menarik, pengajaran merentasi
kurikulum, dapat mengubah suasana dan persekitaran belajar, pengajaran berpusatkan pelajar,
membantu pelajar membina kemahiran belajar, pelajar dan guru boleh mengumpul bahan
pelajaran, pengajaran dapat disesuaikan dengan penerapan nilai murni, memberangsangkan
pelajar untuk belajar, dan menghubungkan pelajar dengan dunia nyata (Chew Fong Peng &
Rusdaini, 2013).

5.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LEPAS


Semasa menjalani latihan praktikum di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru saya
telah diberi tanggungjawab untuk mengajar Pengajian Am penggal 3 bagi kelas tingkatan 6
Atas Kemanusiaan 1 (6AK1). Semasa pengajaran, saya mendapati bahawa tahap penguasaan
pelajar terhadap topik pengajaran dan tahap pengetahuan umum pelajar adalah amat lemah.
Kelemahan ini dapat saya kenal pasti melalui pertanyaan soalan secara umum di dalam kelas
semasa sesi pengajaran dan juga semasa melakukan sesi penilaian di akhir pengajaran.
Semasa mengajar saya banyak mengajukan soalan bagi menguji tahap pengetahuan umum
pelajar, namun rata-rata pelajar didapati tidak dapat menjawab soalan yang saya ajukan
dengan baik. Malah mereka juga cenderung berdiam diri dan tidak menjawab soalan yang
saya berikan dengan alasan mereka tidak tahu dan soalan yang saya ajukan tidak terdapat
dalam buku rujukan mereka.
Tambahan lagi, semasa saya memberi latihan karangan kepada pelajar dan meminta
mereka untuk menyiapkan karangan tersebut mengikut masa yang diperuntukkan iaitu selama
45 minit, mereka tetap gagal menyiapkan karangan tersebut walaupun masa yang
3

diperuntukkan melebihi masa yang sepatutnya digunakan dalam peperiksaan sebenar STPM.
Melalui pemerhatian dan pertanyaan kepada pelajar, saya dapati punca utama masalah ini
adalah disebabkan oleh tahap pengetahuan umum pelajar mengenai topik sangat lemah.
Pelajar tidak mampu menghuraikan isi dan menggunakan fakta atau maklumat yang relevan
untuk menjelaskan isi karangan. Selain itu juga, melalui perbincangan yang dibuat bersama
dengan guru pembimbing, kelemahan penulisan esei karangan dalam kalangan pelajar adalah
disebabkan kelemahan pelajar dalam menghuraikan isi dengan tepat dan jelas serta disokong
oleh fakta dan maklumat yang relevan. Keadaan inilah yang menyebabkan markah yang
diperoleh kebanyakan pelajar berada pada tahap sederhana dan lemah
Melalui permasalahan yang timbul ini, saya telah cuba untuk mengaplikasikan
beberapa cara bagi membolehkan pelajar meningkatkan tahap pengetahuan mereka, namun
tindakan ini dilihat kurang berkesan bagi pelajar saya. Contoh aktiviti yang saya aplikasikan
ialah aktiviti pembentangan kumpulan. Tujuan saya mengadakan aktiviti ini ialah untuk
membolehkan pelajar membaca topik yang diberi dan mencari maklumat tambahan bagi
berkongsi maklumat dengan rakan yang lain. Namun, kaedah ini di lihat kurang berkesan
kerana, pelajar kelas ini hanya bergantung kepada rujukan dalam sebuah buku sahaja iaitu
buku rujukan yang dibekalkan oleh pihak sekolah. Semasa melakukan pembentangan, pelajar
juga cenderung membaca sahaja apa yang terkandung dalam buku tersebut dan tidak
membuat persediaan yang sewajarnya.
Kelemahan dan masalah yang wujud ini membuatkan saya berfikir untuk mencari
jalan penyelesaian yang membolehkan pelajar ini mendapatkan maklumat mengenai info-info
semasa yang boleh membantu dalam meningkatkan tahap pencapaian mereka bagi subjek
Pengajian Am. Justeru itu, penggunaan Buku Akhma ini saya lihat sebagai satu cara yang
difikirkan sesuai kerana melalui pengumpulan sumber daripada akhbar dan majalah ini dapat
memudahkan dan menarik minat membaca di kalangan pelajar-pelajar dan secara tidak
langsung dapat menjana minda mereka untuk menjadi lebih peka dan kreatif.
Sukatan pelajaran Pengajian Am 2012 yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan
Malaysia telah menyenaraikan bidang-bidang yang perlu dipelajari oleh pelajar iaitu
Hubungan Diplomatik Malaysia dan negara luar, penglibatan, peranan dan sumbangan
Malaysia di peringkat global dan serantau serta isu dan caran dari aspek sosiobudaya, politik,
ekonomi dan sains dan teknologi. Bidang-bidang yang disenaraikan ini semuanya terdapat di
dalam akhbar harian dan juga majalah. Selain bukan sahaja mudah didapati, pentingnya
4

penggunaan akhbar dan majalah ini dalam penulisan esei adalah disebabkan oleh maklumat
yang terdapat didalamnya adalah pelbagai dan bersifat terkini.

6.0 FOKUS KAJIAN


Fokus kajian yang dijalankan dalam kajian tindakan ini ialah meningkatkan tahap
penguasaan pelajar tingkatan 6 Atas Kemanusiaan 1 (6AK1) terhadap penulisan esei
bahagian C dalam peperiksaan dengan menggunakan kaedah pembelajaran menggunakan
Buku Akhma. Kajian ini menggunakan akhbar dan majalah sebagai bahan utama dimana
bahan-bahan bacaan daripada majalah dan surat khabar ini akan dikumpulkan dan disatukan
menjadi sebuah buku seperti buku skrap dan dilabelkan mengikut subtopik pengajaran dalam
sukatan pelajaran. Setelah buku ini dihasilkan ia akan digunakan dalam proses PdP di dalam
kelas dengan mengaplikasikannya menerusi pelbagai cara seperti mengaplikasikannya dalam
teknik perbincangan, bercerita, simulasi, perbahasan dan kuiz. Tujuannya adalah untuk
melihat keberkesanan penggunaan kaedah ini dalam meningkatkan pengetahuan umum
pelajar disamping boleh merangsang pelajar di awal proses pengajaran dan pembelajaran
serta melahirkan minat untuk mengikuti tajuk atau topik yang diajar yang mana secara tidak
langsung membantu pelajar dalam menghasilkan sebuah penulisan esei yang sangat baik.

7.0 OBJEKTIF KAJIAN


7.1 Objektif Umum
Untuk melihat sejauhmana penggunaan Buku Akhma dapat meningkatkan
keberkesanan pengajaran esei pengajian am bagi pelajar pelajar tingkatan 6AK1.
7.2 Objektif Khusus
Untuk melihat adakah penggunaan Buku Akhma dapat membantu pelajar
menghasilkan idea dan menghuraikan fakta dengan jelas dalam penulisan esei Bahagian C
dalam peperiksaan STPM
8.0 Methodologi kajian
i.

Reka Bentuk Kajian


5

Reka bentuk kajian adalah seperti yang digambarkan dalam rajah 1. Lokasi kajian ini
adalah di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Kajian ini melibatkan keseluruhan
pelajar tingkatan 6 AK1 yang berjumlah seramai 20 orang. Sebelum pengajaran,
responden akan diberikan ujian pra dan selepas 12 minggu responden akan diberikan
ujian pasca bagi melihat keberkesanan penggunaan kaedah Buku Akhma ini.

Refleksi Dan
Penilaian

Tinjauan Awal

Pemerhatian
Dan Analisis
Data

Merancang
Tindakan

Melaksanakan
Tindakan

ii.

Sasaran Kajian
Kumpulan sasaran dalam kajian ini ialah merupakan pelajar tingkatan 6 Atas
kemanusiaan 1 (6AK1) berjumlah seramai 20 orang yang terdiri daripada 6 orang
pelajar lelaki dan 14 orang pelajar wanita. Tahap pencapaian pelajar kelas ini pada
penggal 1 dan 2 dilihat kurang memuaskan apabila hanya terdapat seramai 13 orang
sahaja daripada 20 orang pelajar yang memperolehi keputusan lulus penuh dalam
mata pelajaran pengajian Am.

iii.

Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar tingkatan 6 Atas Kemanusiaan 1 bagi subjek
pengajian Am bahagian C iaitu penulisan esei. Tempoh masa kajian dijalankan adalah
selama 12 minggu.

9.0 INSTRUMEN KAJIAN


Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada;
i.

Pemerhatian
Pemerhatian akan dibuat sepanjang kajian ini dilaksanakan. Melalui kaedah ini guru
akan memerhatikan keterlibatan pelajar dalam setiap aktiviti yang dibuat oleh guru
sepanjang kajian ini dilaksanakan. Selain itu, selesai proses pengajaran guru akan
meminta pelajar menghasilkan sebuah karangan berdasarkan hasil perbincangan topik
pengajaran menggunakan isu yang diketengahkan dalam Buku Akhma. Berdasarkan
daripada karangan tersebut guru akan menilai tahap pencapaian dan peningkatan
penguasaan pelajar dalam menghasilkan sebuah esei.

ii.

Temu bual
Temu bual juga dilakukan oleh guru bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh
pelajar dalam penulisan esei. Setelah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh
pelajar guru akan cuba mengaplikasikan penggunaan Buku Akhma dalam proses
pengajaran dan

mempelbagaikan teknik penggunaan Buku Akhma ini bagi

merangsang minat pelajar dan juga memupuk kemahiran kreatif pelajar dalam
mengolah bahan tersebut untuk menghasilkan sebuah esei yang menarik.
iii.

Soal Selidik
Sepanjang tempoh kajian ini, satu set borang soal selidik akan diedarkan kepada
responden kajian bagi menilai keberkesanan penggunaan Buku Akhma ini dalam
penulisan esei di kalangan pelajar. Soal selidik ini terdiri daripada 10 item
berdasarkan kepada keperluan kajian yang dilampirkan dalam lampiran 1.

iv.

Ujian Pra dan Pasca


7

Sebelum kajian ini dilaksanakan ujian pra akan dibuat bagi melihat tahap pencapaian
pelajar sebelum aplikasi penggunaan Buku Akhma dalam proses pengajaran penulisan
esei. Ujian pasca pula akan digunakan selepas Buku Akhma ini diaplikasikan terhadap
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian pra dan pasca dibuat dengan
mengedarkan dua soalan esei mengikut format STPM dan meminta pelajar menjawab
soalan tersebut mengikut masa yang diperuntukkan iaitu selama 60 minit. Melalui
soalan yang disediakan guru juga turut menyediakan format jawapan bagi soalan yang
diberikan. Keputusan Ujian ini akan dibandingkan bagi melihat keberkesanan aplikasi
teknik ini dalam membantu pelajar menghasilkan penulisan esei yang baik.

10. 0 KAEDAH ANALISIS DATA


Data yang diperolehi akan dianalisis secara deskriptif dan menggunakan perisian
Microsft excel. Persembahan data akan diterjemahkan dalam bentuk yang ringkas
menggunakan graf dan juga carta.

11.0 PELAKSANAAN KAJIAN


11.1 Tinjauan Masalah
Dalam melaksanakan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, temu bual,
ujian pra dan ujian pasca.
i.

Pemerhatian
Melalui kaedah ini, saya membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Apabila soalan isu semasa berkaitan
dasar dalam dan luar negara dikemukakan, saya dapati murid kurang memberi respon
disebabkan kurang pengetahuan mengenai soalan tersebut. Selain itu, semasa memberi
latihan karangan secara spontan di dalam kelas idea yang diutarakan oleh pelajar adalah
bersifat umum dan amat terbatas.

ii.

Temu bual
8

Saya juga turut melakukan temu bual dengan pelajar tingkatan 6 AK1 ini bagi
mengetahui masalah yang mereka hadapi dalam membuat esei bahagian C. Hasil
daripada temu bual, saya mendapati bahawa kebanyakan daripada responden ini
mengalami masalah kekurangan idea dan pengetahuan mengenai isu yang dikemukakan
dalam soalan esei tersebut. Masalah ini berpunca daripada sikap kurang membaca dan
terdedah dengan isu-isu semasa khususnya yang berlaku di luar negara.
iii.

Ujian Pra
Sebelum kaedah pengajaran menggunakan buku Akhma ini dijalankan, saya telah
mengedarkan dua set soalan karangan kepada responden dan meminta mereka menjawab
soalan tersebut mengikut masa yang diperuntukkan dalam peperiksaan STPM iaitu
selama 60 minit. Kemudian, hasil penulisan esei ini akan dinilai mengikut skema
pemarkahan STPM sebenar.

11.2 Pelaksanaan Tindakan


i.

Tindakan awalan
Minggu pertama kajian ini dijalankan, saya membahagikan pelajar kepada empat
kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada lima orang ahli. Setiap
kumpulan akan di minta menghasilkan sebuah buku skrap yakni Buku Akhma
mengikut kreativiti masing-masing dengan memaksimumkan penggunaan akhbar dan
majalah. Dalam buku Akhma tersebut, haruslah mengandungi isu-isu semasa
berkaitan dengan topik-topik yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Setiap
kumpulan diberi tempoh masa selama seminggu untuk menghasilkan buku tersebut.
Kegagalan pelajar dalam menyiapkan Buku Akhma mengikut tempoh yang diberikan
akan di kenakan denda iaitu pelajar akan diminta menghasilkan buku Akhma tersebut
secara persendirian dan juga segala aktiviti yang dibuat juga akan dilakukan secara
persendirian. Tambahan lagi, pelajar yang mampu menghasilkan buku Akhma dengan
kreatif, bermaklumat dan mengikut peruntukkan masa yang ditetapkan akan
diberikan ganjaran berbentuk hadiah. Tujuan denda dan ganjaran ini dikenakan
adalah untuk mengelakkan pelajar bersikap sambil lewa terhadap pelaksanaan kajian
ini disamping menarik perhatian pelajar untuk lebih bersemangat menghasilkan buku
ini.
9

ii.

Tindakan Semasa
Selepas tempoh seminggu pelajar menghasilkan Buku Akhma, guru akan
mengaplikasikan penggunaan buku tersebut dalam pengajaran yang di tulis dalam
Rancangan Pengajaran Harian mengikut topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran.
Semasa pengajaran dan pembelajaran beberapa teknik akan diaplikasikan oleh saya
dalam memanfaatkan penggunaan Buku Akhma ini bagi menarik minat pelajar agar
tidak bosan dengan proses pengajaran iaitu menggunakan teknik perbincangan, Kuiz,
Perbahasan, Simulasi dan bercerita. Selain itu juga, dalam menghasilkan esei, pelajar
akan dapat berkongsi maklumat yang terdapat dalam Buku Akhma dan keadaan ini
membolehkan pelajar memasukkan fakta yang tepat dalam huraian isi karangan.
Membiasakan pelajar dengan berkongsi pengetahuan mengenai isu-isu semasa yang
terdapat dalam majalah dan surat khabar dapat mengatasi kelemahan pelajar dalam
menghuraikan isi karangan. Hal ini secara tidak langsung dapat mengatasi kelemahan
pelajar yang mana kekurangan pengetahuan umum disamping kurang mengamalkan
sikap membaca menyebabkan mereka hanya mampu menghasilkan idea dan huraian
yang bersifat umum tanpa pembuktian yang jelas.
Selain itu, diakhir setiap sesi pengajaran dan pembelajaran, guru akan meminta setiap
pelajar menghasilkan sebuah karangan berdasarkan tajuk pengajaran dengan
memasukkan fakta dan bukti yang jelas dengan menggunakan Buku Akhma sebagai
sumber rujukan utama serta menyenaraikan rujukan tersebut dengan menggunakan
APA system. Sistem rujukan ini, telah pun didedahkan kepada pelajar tingkatan
6Ak1 melalui kerja Kursus yang menjadi salah satu tugasan wajib pelajar STPM.

iii.

Tindakan Akhir
Pelajar akan dinilai melalui ujian pasca dimana selepas lapan minggu kajian ini
dibuat, guru akan menyediakan 2 soalan esei mengikut format STPM dan meminta
pelajar menjawab soalan tersebut dan menyiapkan penulisan tersebut dalam tempoh
masa 60 minit. Jawapan pelajar akan disemak oleh guru pembimbing yang lebih arif
mengenai skema pemarkahan penulisan esei tersebut. Hasil daripada keputusan ujian
tersebut akan dinilai dan dibandingkan dengan markah ujian pra bagi melihat
keberkesanan penggunaan teknik ini dalam penulisan esei karangan oleh pelajar
tingkatan 6.
10

11.3 JADUAL PELAKSANAAN TINDAKAN


BIL

AKTIVITI

TARIKH PELAKSANAAN

1. Mengenal pasti dan mengumpul data

30 Jun- 12 Julai 2015

2. Menulis proposal kajian

13 Julai-19 Julai 2015

3. Merancang tindakan kajian

20 Julai- 26 Julai 2015

4. Melaksanakan kajian

26 Julai- 18 Oktober 2015

5. Ujian Pasca

19 Oktober 2015

6. Refleksi kajian

20 Oktober- 25 Oktober 2015

7. Menulis Laporan kajian

26 Oktober- 1 November

8. Pembentangan dapatan kajian

2 November 2015

Jadual 11.0 Jadual Pelaksanaan Tindakan

12.0 REFLEKSI
Refleksi akan dilakukan selepas tempoh pelaksanaan kajian Tindakan tamat. Keberkesanan
penggunaan Buku Akhma ini akan dinilai oleh guru pembimbing semasa menjalani latihan
praktikum di sekolah ini.

11

BIBILIOGRAFI
Chew Fong Peng & Rusdaini (2013). Keberkesanan Penggunaan Akhbardalam Pengajaran
Karangan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Enam. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, Vol. 3, Bil. 2 (Nov. 2013): 18-30
Dahlia Janan. (2007). Merekayasa amalan pemilihan bahan bacaan Bahasa Melayu. Diges
Pendidik. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan: Universiti Sains Malaysia
Majlis Peperiksaan Malaysia. Sukatan Pelajaran Pengajian Am Peperiksaan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM)

12

LAMPIRAN 1
Borang Soal Selidik: Keberkesanan Penggunaan Buku Akhma Dalam Penulisan Esei Kertas
Pengajian Am Bahagian C STPM
Bil

Item

Setuju

Tidak
setuju

1.

Saya dapat menghasilkan karangan bahagian C dengan baik

2.

Penggunaan Buku Akhma meningkatkan tahap pengetahuan


umum saya mengenai isu-isu semasa dalam dan luar negara

Saya dapat menghuraikan isi karangan dengan baik dan


mengaplikasikan fakta ke dalam penulisan

Saya dapat menjawab kedua-dua esei yang diberikan


mengikut masa yang ditetapkan

Buku Akhma dapat menarik minat saya untuk membaca bahan


yang bersifat ilmiah

Pelaksanaan aktiviti menggunakan buku Akhma dapat


membantu saya untuk mengingat banyak fakta dan isu-isu
semasa

Buku Akhma membolehkan saya dan rakan-rakan berkongsi


pengetahuan umum di dalam kelas

8.

Kaedah belajar menggunakan buku Akhma dapat menjana


pemikiran yang kreatif dan kritis

Penggunaan Buku Akhma ini dapat diaplikasikan dalam mata


pelajaran lain seperti Bahasa Melayu

10

Kaedah ini wajar diteruskan dan dapat meningkatkan


kemahiran penulisan esei

13

You might also like