You are on page 1of 9

3.

Pemikiran Dr.Burhanuddin Al Helmy Dalam Politik


Biografi hidup Dr Burhanuddin menggambarkan bahawa beliau

merupakan seorang yang warak dan begitu aktif dalam arena politik.
Hasil daripada pembacaan yang banyak tentang politik, gerakan Islam,
pendidikan

dan

sebagainya,

beliau

mempunyai

kesedaran

yang

mendalam tentang agama, bangsa dan negara. Baginya politik ialah


alat kepada agama, kerana politik boleh berubah-ubah tetapi agama
adalah tetap. Beliau mengesahkan dalam karyanya Agama dan Politik
pada tahun 1954:

Politik itu berubah-rubah tetapi agama tetap. Agama tidak boleh


disesuaikan dengan politik, tetapi politik itulah yang mesti disesuaikan
dengan agama. Agama dengan sendirinya berisi berbagai-bagai ragam
politik tetapi politik itu bukan agama (Kamarudin 1980: 158)

Kegiatan politiknya dikesan semenjak awal 30-an iaitu apabila


beliau ditahan oleh British akibat penentangan terhadap Deklarasi
Belfour di Palestin. Beliau telah ditahan beberapa bulan di sana (W.
Mohad Azam 1997: 68). Namun penglibatan politiknya di tanah air
bermula sekitar tahun 1935 setelah kembali daripada luar negara dan
sehingga akhir hayatnya pada tahun 1969. Cara politik Dr. Burhanuddin
adalah bercorak situational politics (siyasah waqi). Beliau amat
menekankan keterbukaan dalam pendekatan dakwah yang sesuai
dengan naluri masyarakat dimana pendakwah tidak menghukum,tetapi
memujuk dan menasihati.
Dalam tempoh melebihi tiga dekad itu, apa yang dapat dilihat
ialah Dr Burhanuddin mempunyai idealisme politik yang tersendiri yang
terpancar daripada tindakan, ucapan serta tulisan beliau. Kamarudin
Jaafar merumuskan Dr Burhanuddin mempunyai tiga ciri utama iaitu: (i)

Merdeka, (ii) Kebangsaan Melayu dan (iii) Islam (Kamarudin 1980: 9).
Kenyataan tersebut diperjelaskan lagi oleh W. Mohd Azam Mohd Amin
yang merumuskan idealisme politik Dr Burhanuddin menjurus kepada
tiga dasar yang utama: (i) Semangat keIslaman, (ii) Semangat
Kebangsaan yang luas dan (iii) Penentangan terhadap penjajah (W.
Mohd Azam 1997: 75).
Idealisme-idealisme politiknya diperjuangkan menurut kesesuaian
dengan perkembangan politik mengikut tahap perjuangan. Misalnya
dimula dengan proses membangkitkan kesedaran umat Melayu untuk
merdeka dan memerintah sendiri. Ini diikuti dengan menyatupadukan
jiwa-jiwa yang telah disedarkan dan bermaruah ini ke dalam satu
pergerakan yang berkesan dan mampu untuk menentukan rupa bangsa
dan asas-asas pemerintahannya sendiri (Saliha 1974: 38-39).
Perjuangan dan Pemikiran Politik Dr Burhanuddin al-Helmy dapat
dirumuskan bahawa dalam tiga dekad perjuangannya, riwayat politik Dr
Burhanuddin dapat dirangkum dalam tiga ciri utama: kemerdekaan,
kebangsaan

Melayu

dan

Islam.

Nilai-nilai

ini

ditanam

dalam

perjuangannya menentang penjajah dengan semangat dan daya tahan


yang kental, dengan usaha menyemarakkan nilai progresif dan ide
radikal dalam ideologi dan aqidah perjuangan PAS. Perjuangan beliau
terbukti sukar ditandingi pemimpin lain pada ketika itu apabila diberi
mandat memimpin satu pergerakan atau pertubuhan. Kepimpinannya
menggerakkan KMM (1945), Presiden KRIS (1945), Presiden PKMM
(1946), Pengerusi PUTERA (1947), Penasihat PKMM (1947) dan Presiden
PAS (1956) tetap unggul dan karismatik.
Selain itu, Pendekatan politik Dr Burhanuddin al-Helmy juga
berteraskan

amalan

perlembagaan

dan

undang-undang,

dengan

memilih

cara

aman

untuk

menuntut

perubahan.

Beliau

pernah

mengungkapkan pada persidangan PAS pada tahun 1956, Jalan


kekerasan tidaklah lagi jalan yang sesuai untuk menyelesaikan segala
soal hidup manusia. PAS menentang kekerasan kerana kekerasan adalah
bertentangan dengan dasar dan ideologi PAS. Perjuangan kemerdekaan
tanah air akan diteruskan oleh PAS dengan jalan aman dan damai,
dengan jalan berperlembagaan.
3.1 Penglibatan Awal dalam Politik
Semasa belajar di Jambu, Sumatera

Barat

(1924-1926),

Burhanuddin Al-Helmy berada di bawah asuhan Haji Nuruddin, anggota


Serekat Islam Indonesia. Di samping itu guru-guru yang mengajar dan
mendidik beliau di sana terdiri di kalangan aliran Kaum Muda. Beliau
tidak mahu meneruskan pengajian di sana kerana tidak setuju dengan
cara pendidikan yang dijalankan di sekolah itu. Beliau dihantar pula oleh
ayahnya ke Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Seterusnya , beliau
menyambung pengajian di Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Kepala
Batas.
Semasa di Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Kepala Batas,
Burhanuddin Al-Helmy juga terdedah dengan pemikiran Kaum Muda.
Aliran inilah yang telah menyalakan semangat anti-penjajah dan prokemerdekaan dalam diri beliau. Beliau menyambung pengajian di India
pula pada tahun 1928, Burhanuddin Al-Helmy mengikuti pergerakan
Mahatma Gandhi serta berkenalan dengan Mohd Ali Jinnah dan Pandit
Nehru

dan

pemimpin-pemimpin

kemerdekaan

India

yang

lain

(Kamaruddin Jaffar, 1980). Selepas tamat pelajarannya di Universiti


Aligarh, India Burhanuddin Al-Helmy telah mengembara ke Palestin dan
Turki. Beliau mengikuti perkembangan umat Islam di sana. Pengalaman-

pengalaman yang diperoleh di perantauan dijadikan pedoman dan


inspirasi perjuangan membebaskan negara dari penjajahan kuasa Barat.
Ketika di Singapura, Burhanuddin Al-Helmy telah bergiat cergas
dalam

pergerakan-pergerakan

Islam

di

pulau

tersebut.

Beliau

menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British yang


akibatnya dia ditahan oleh pihak British di sana. Satu jam selepas edisi
pertama majalah ini diterbitkan, beliau ditahan oleh pihak British. Beliau
dipenjarakan

selama

enam

bulan.

Terdapat

juga

catatan

yang

menyatakan beliau dibebaskan selepas membayar wang ikat jamin


sebanyak $1,000. Selepas itu, Burhanuddin Al-Helmy terus bergiat pula
dengan persatuan Jamaatul Islamiah dan menjadi penyunting majalah
Kehidupan Dunia Akhirat, Mutu Kerajinan, Asuhan Kesihatan, Mencari
Allah dan lain-lain (Roslan Saadon, 2009).
Pada tahun 1939, beliau telah diperkenalkan kepada Kesatuan
Melayu Muda (KMM) oleh Mustapa Hussain iaitu Naib Presiden KMM di
Singapura. Semasa penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu pada tahun
1941, beliau dan kawan-kawannya yang diketuai oleh Ibrahim Haji
Yaakob

telah

menjadi

penyokong

Jepun

untuk

mendapatkan

kemerdekaan. Di sini bermulanya penglibatan beliau dalam politik di


Tanah Melayu.
3.2

Penglibatan dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti

Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Dalam konteks perjuangan, Dr. Burhanuddin dikategorikan dalam
golongan berhaluan kiri atau radikal, yang mana anti-British dan
menuntut kemerdekaan. Menurut Ishak Saat dalam buku Sejarah Politik
Melayu Pelbagai Aliran menyatakan bahawa sejarah perjuangan

gerakan berhaluan kiri atau radikalisme Melayu bermula dengan


semangat yang dipelopori oleh kaum muda dan KMM dalam tahun 1920an dan 1930-an. Gerakan ini banyak membangkitkan semangat
menentang penjajahan Barat. Penglibatan Dr. Burhanuddin dapat dilihat
dan dibahagikan kepada tiga peringkat. Hal ini di mana, peringkat
pertama adalah sewaktu penjajahan Jepun, kedua pasca penjajahan
Jepun dan ketiga sewaktu beliau dalam PAS.
Pada dasarnya, Dr. Burhanuddin seperti memberi kerjasama
kepada

pemerintah

diperkenalkan

oleh

tentera
pihak

Jepun

Jepun

melalui

sebagai

satu

salah

konsep

satu

cara

yang
untuk

mendapatkan kemerdekaan di tanah air masing-masing. Konsep yang


dimaksudkan itu ialah 'Lingkungan Kesemakmuran Asia Timur Raya'
atau 'East Asia Co-prosperity Sphere' yang meliputi seluruh kawasan
Asia bagi menentang penjajah Barat sejak tahun 1936 lagi.1 Dr.
Burhanuddin berharap ungkapan yang diuar-uarkan oleh pihak Jepun
yang bangsa Asia perlu bangkit menentang penjajahan British dan
mengagung-agungkan bangsa mereka sebagai bangsa dari Asia yang
berjaya mengalahkan kuasa Barat iaitu Rusia dalam Perang Jepun-Rusia
dalam tahun 1904-1905 menjadi kenyataan.2 Melalui kerjasama tokoh
politik zaman silam ini dengan pihak pemerintah Jepun telah memberi
'manfaat' kepada Dr. Burhanuddin apabila diberi kepercayaan oleh pihak
tentera Jepun memegang jawatan sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama
dan Adat Istiadat Melayu Jepun di Taiping, Perak.
Apabila gerakan ini diharamkan oleh pemerintah pada masa itu,
beliau tidak ditangkap kerana dianggap tidak berbahaya oleh Inggeris.
Setelah itu beliau, Ibrahim Yaakob, Oman Siradj dan beberapa pemimpin

KMM yang lain untuk membentuk satu gerakan baru iaitu Kesatuan
Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS). KRIS yang dirancang dengan
sokongan Jepun untuk menguruskan kemerdekaan Malaya sebagai
sebahagian daripada Indonesia Raya. Namun rencana itu tidak dapat
dilaksanakan kerana pihak jepun telah mengumumkan penyerahan diri
mereka sebelum tercapainya kemerdekaan yang dirancang.
Setelah Inggeris menjajah semula Tanah Melayu, beliau menyertai
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 17
Oktober 1945. PKMM ditubuhkan sebagai satu kesinambungan daripada
KMM. Dr. Burhanuddin Al-Helmy menjadi Ketua Umum PKMM yang
pertama kerana terpaksa menggantikan tempat Mukhtaruddin Lasso
yang menghilangkan diri beberapa hari selepas dilantik menjadi ketua
pada Kongres Pertama PKMM (Ahmad Boestaman, 1972). Semasa
diadakan kongres PKMM ke-2 di Melaka pada Disember 1946, Dr.
Burhanuddin Al-Helmy telah disambut hebat oleh pelbagai lapisan kaum
di sana. Pembabitan Burhanuddin Al-Helmy dalam Pusat Tenaga
Rakyat(PUTERA), Pusat Perekonomian Melayu seMalaya(PEPERMAS),
Majlis Agama Tertinggi seMalaya(MATA) dan Hizbul Muslimin sepanjang
tahun

1947-1948

adalah juga

dengan tumpuan

menyemarakkan

perjuangan mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.


Di antara kemuncak perjuangannya menuntut kemerdekaan
adalah apabila Burhanuddin Al-Helmy sebagai pengerusinya telah
menerajui Sepuluh Dasar PUTERA-AMCJA (All Malayan Council of Joint
Action) berserta bendera merah putih dua belas bintang kuning sebagai
melambangkan Malaya Merdeka. Kegagalan PUTERA-AMCJA dengan
perlembagaan Rakyatnya dan perjuangan secara sah mengikut undan-

undang

benar-benar

mengecewakan

Parti

Komunis

Malaya.

Pembabitannya melancarkan Parti Rakyat Malaya sebaik sahaja Ahmad


Boestamam dibebaskan dari penjara pada tahun 1955 juga adalah
dalam konteks menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
Dr. Burhanuddin menyertai PAS pada 14 Disember 1956 kerana
perjuangan beliau adalah berpegang kepada prinsip-prinsip Islam. Dan
pada 25 Disember 1956 beliau telah dilantik menjadi Presiden PAS,
suatu tempoh yang singkat. Persatuan Islam Se-Tanah Melayu atau Parti
Islam

Se-Malaysia

(PAS)

ditubuhkan

pada

tahun

1951

dalam

persidangan ulama di Kampung Baru dan Tuan Haji Ahmad Fuad sebagai
Presiden pertamanya.

Dato Fadhil Noor menggariskan perjuangan

politik PAS adalah membentuk sebuah negara yang ditegakkan atas


dasar akidah dan syariah Islam seperti yang dituntut oleh al-Quran dan
sunnah.22 Menjadikan sesuatu selain Islam sebagai dasar perjuangan
politik

dilihat

oleh

PAS

sebagai

satu

ketidakadilan

dan

bukti

penyelewengan dalam sistem politik Islam. Dan penyelewengan itu


dianggap sebagai sesuatu yang zalim kerana telah menafikan hak-hak
individu dan masyarakat tertentu dalam mengecap keredhaan Allah
s.w.t.
Pelantikan Dr. Burhanuddin sebagai Yang Dipertua Agung PAS
telah menyebabkan PAS berubah menjadi sebuah parti yang progresif
dan tersusun. Di bawah kepimpinan beliau PAS berkembang menjadi
sebuah parti Islam dan mempunyai kedua-dua sifat nasionalis dan anti
penjajah. Dalam usaha mencapai kemerdekaan, beliau cukup percaya
kepada penyatuan gerakan parti-parti politik atau persatuan yang ada
untuk menentang penjajah berasaskan pada pegangan itu, beliau

sanggup bekerjasama dengan semua golongan yang menjadi tenaga


anti-penjajahan dalam masyarakat termasuk tenaga nasionalisme,
tenaga keagamaan dan tenaga sosialisme.
Oleh kerana keperibadiannya yang disanjung oleh masyarakat.
PAS di bawah kepimpinannya telah berhasil menguasai negeri Kelantan
dan Terengganu pada Pilihan raya pada tahun 1959 (Ramlah Adam,
1999). Pada Pilihan raya yang berikutnya tahun 1964 beliau tidak layak
untuk

bersaing

kerana

Suruhanjaya

Pilihan

raya

(SPR)

telah

mengumumkan bahawa beliau telah dikenakan saman bernilai $25, 360


oleh mahkamah atas satu kesalah teknikal dalam sebuah syarikat
perniagaan.
Pada bulan Januari 1965, beliau telah ditahan di bawah Internal
Security Act (ISA) kerana dituduh cuba mendirikan sebuah kerajaan
buangan di Pakistan bersama beberapa rakannya. Semasa dalam
tahanan kesihatan beliau kurang baik dan kerap dimasukkan ke hospital
pada tahun 1969. Beliau dibebaskan apabila kesihatannya semakin
teruk. Namun beliau tidak dapat bergerak aktif lagi dalam politik kerana
kesihatan yang semakin teruk. Akhirnya pada 10 Oktober 1969, Dr
.Burhanuddin al-Helmi menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Rujukan
Ahmad Boestamam. 1972. Dr. Burhanuddin: Putera Setia Melayu Raya.
Kuala Lumpur :
Pustaka Kejora.
Ahmad Boestamam..1972. Merintis Jalan ke Puncak. Kuala Lumpur:
Pustaka Kejora

Ismail Said. 2008. Dr. Burhanuddin Al-Helmi: Pejuang Melayu Sejati.


Selangor : Karisma
Publication Sdn. Bhd.
Kamaruddin Jaffar.1980. Dr Burhanuddin al-Helmy: Politik Melayu dan
Islam. Kuala
Lumpur: Yayasan Anda Sdn.
Kamarulnizam Abdullah.2003. The politics of islam in Centemporary
Malaysia. Bangi:
Penerbit UKM
Roslan Saadon. 2009.

Gagasan

Nasionalisme

Melayu

Raya:

Pertumbuhan dan
Perkembangannya. Selangor : Karisma Publication Sdn. Bhd.
Ramlah Adam. 1999. Sumbanganmu Dikenang. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan
Pustaka.
Ramlah Adam. 1993. Dr. Burhanuddin Al-Helmy: Kajian Mengenai
Kegiatannya Dalam
PKMM 1946-1948. Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu UM.

You might also like