You are on page 1of 4

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER OKTOBER
SESI 2020/2021

SADN 1033
KENEGARAAN MALAYSIA

TUGASAN :
FORUM ONLINE 2, ULASAN ARTIKEL JURNAL

TAJUK :
DR. BURHANUDDIN AL-HELMI : KEGIATAN NASIONALISME
DAN POLITIK DI ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN, 1940-1945

1
Pengenalan Jurnal

Artikel Jurnal yang akan diulas dan diteliti adalah bertajuk Dr. Burhanuddin Al-
Helmi : Kegiatan Nasionalisme Dan Politik Di Zaman Pendudukan Jepun 1940-1945,
hasil penulisan oleh Dr Mohamad Muzammil Bin Mohamad Noor yang merupakan
Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains
Malaysia (USM) dalam bidang Sejarah, pengkhususan Sejarah Politik
Malaysia/Indonesia, Sejarah Pemikiran Politik, Sejarah Perbandingan dan Sejarah
Biografi. Jurnal ini diperolehi secara online daripada laman sesawang di
ejournal.um.edu.my dan ianya telah diterbitkan pada tahun 2010.

Dalam artikel penulisannya, penulis mengetengahkan mengenai tokoh negarawan


Tanah Melayu iaitu Dr Burhanuddin Al Helmi yang dianggap sebagai pejuang
kemerdekaan secara konsisten menentang penjajah dan berjuang untuk penubuhan
negara yang bersatu. Selain dikenali sebagai ahli politik dan doktor homeopati,
beliau merupakan seorang pemikir awal Islam di Tanah Melayu selepas didedahkan
kepada pelbagai bentuk idealogi dan situasi politik. Kesedaran beliau terhadap
perjuangan membebaskan bangsa dan Tanah Melayu daripada cengkaman
penjajah merupakan keutamaan dalam pembabitan awal aktiviti politiknya. Beliau
juga merupakan salah seorang tokoh nasionalisme berbangsa Melayu yang
memainkan peranan penting semasa zaman penjajahan Tanah Melayu di mana
beliau berusaha mendapatkan kemerdekaan bersama-sama dengan Indonesia.
Penyertaan awal Dr Burhanuddin dalam gerakan politik di Tanah Melayu adalah
melalui Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang diterajui oleh Ibrahim Haji Yaacob pada
tahun 1939. KMM adalah parti yang berorentasikan anti-British dan mempunyai
aspirasi menubuhkan sebuah negara Melayu dengan menggabungkan Tanah
Melayu dengan Indonesia di bawah satu panji baru bernama Melayu Raya. Sebagai
ahli biasa pada peringkat awalnya, Dr Burhanuddin tidak terlibat dengan
perancangan dan gerakan KMM yang jelas menentang British. Kesungguhan beliau
menjalinkan hubungan baik dengan Pihak Pemerintah Jepun merupakan taktik
beliau sehingga diberi kepercayaan menjawat jawatan sebagai Penasihat Hal Ehwal
Agama dan Adat Istiadat Melayu Jepun di Taiping, Perak.

1
Penulis juga menghuraikan secara terperinci bagaimana Dr Burhanuddin
menggunakan jawatannya itu bagi tujuan menjadi perantara antara pihak pemerintah
Jepun dengan bangsa Melayu dalam urusan agama, adat, politik dan memberikan
cadangan serta pandangan mengenai pentadbiran kepada pemerintah ketenteraan
Jepun. Namun penulis menyatakan juga bahawa peranan Dr Burhanuddin ini bukan
untuk menyaingi atau menidakkan tugas dan kuasa Raja-raja Melayu selaku Ketua
Negeri dan Sultan selaku ketua agama Islam serta adat istiadat Melayu.

Secara keseluruhannya, penulis menggambarkan Dr Burhanuddin sebagai seorang


tokoh yang mengetengahkan idealisme politik tulen, tidak terikat atau cenderung
kepada ideologi Barat serta meletakkan beliau satu-satunya tokoh politik
kontemporari yang berusaha mengangkat pemikiran politik bersandarkan bangsa
dan agama. Dalam era politik Melayu dan gerakan perjuangan kemerdekaan, beliau
digambarkan oleh penulis sebagai seorang yang bergerak atas idealisme
perjuangan tersendiri. Agama Islam diletakkan sebagai tunjang perjuangan bagi
membentuk Tanah Melayu sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Walaupun matlamat beliau untuk memerdekakan Tanah Melayu bersama dengan
Indonesia melalui hasrat dan cita-cita idealogi politiknya tidak tercapai namun
kemampuan dan komitmen terhadap apa yang diperjuangkan oleh beliau
merupakan satu teladan yang seharusnya dikenang dan diberi perhatian oleh
sejarah serta masyarakat pada masa kini. Sesetengah anak muda pada masa kini
tidak mengenali atau tidak mengetahui mengenai sejarahwan serta peranannya.
Penulisan sebegini seharusnya diangkat lagi bagi mendedahkan anak-anak muda
pada era kini yang terlalu lalai dengan kebebasan dan dilihat tidak mempunyai
semangat nasionalisme terhadap negara Malaysia kini. Begitu juga semangat
patriolisme yang sepatutnya dipupuk dari kecil dan sejak dari bangku sekolah bagi
menghargai tokoh-tokoh dan sejarahwan yang berjuang mendapatkan kemerdekaan
dan kebebasan yang sedang dinikmati oleh generasi kini.

2
3

You might also like