You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan, perkataan “nasionalisme” membawa maksud kepada perasaan


cintakan bangsa sendiri secara mendalam, perasaan mencintai negara dan bangsa sendiri.
Nasionalisme Tanah Melayu adalah suatu gerakan yang bersifat tempatan yang menuju
kepada pembentukan sebuah negara bangsa. Ianya mempunyai ciri-ciri yang bersifat
tempatan kerana nasionalisme di Tanah Melayu ini mengambil berat atau kira ke atas segala
bentuk, rupa, unsur-unsur dan isu-isu tempatan yang bergerak kepada satu perpaduan. Oleh
itu, mana-mana gerakan lain yang tidak mengambil kira soal tempatan ini tidak dapat
diterima sebagai perjuangan nasionalisme Tanah Melayu.1

Secara umumnya, terdapat dua takrif atau maksud yang berbeza diantara perkataan
nasionalisme. Pertama ialah kewujudan kesedaran sesebuah kumpulan manusia yang
mempunyai persamaan dari aspek ras, agama, bahasa dan juga kebudayaan. Contohnya
nasionalisme Melayu bermula pada abad ke 16 dan sampai ke kemuncaknya pada tahun 1946
iaitu dengan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau lebih dikenali sebagai
UMNO yang mana bertujuan untuk menentang Malayan Union. Manakala takrif yang kedua
pula adalah perkataan nasionalisem ialah sebuah kesedaran yang membawa kepada satu
penyatuan di kalangan sebuah kumpulan manusia yang tinggal di dalam satu Batasan politik
yang sama namun tidak semestinya mempunyai persamaan dari aspek ras, agama, bahasa,
dan juga kebudayaan. Namun apa yang penting ialah perasaan cinta dan juga kesetiaan
kepada tanah air sehingga sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan negara.

2.0 FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME DI TANAH


MELAYU
1
Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991, hlm 858.
2.1 PENGARUH AGAMA ISLAM

Pengaruh agama Islam antara merupakan salah satu faktor kemunculan semangat
nasionalisme di Tanah Melayu. Peranan agama Islam sebagai penggerak kepada gerakan
kesedaran orang Melayu memang tidak dapat disangkal, hal ini kerana orang-orang Melayu
tidak dapat dipisahkan daripada agama Islam. Oleh kerana itu, pada awal abad ke 20,
semangat nasionalisme dibangkitkan oleh golongan orang beragama yang sangat berpengaruh
kepada orang ramai lebih-lebih lagi pada peringkat seperti di kampung-kampung. Hal ini
diperkukuhkan lagi dengan pelajar-pelajar agama yang telah mendapat Pendidikan di Timur
Tengah, seperti di Mesir. Pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar telah banyak
terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang telah dibawa oleh Sayid Jamaluddin Al-
Afghani dan juga Syeikh Muhammad Abduh. Golongan-golongan pelajar ini sangat
memainkan peranan yang sangat penting dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan
kegiatan yang bercorak agama dengan pelbagai cara seperti penubuhan madrasah dan juga
persatuan-persatuan Islam.

Golongan ini digelar sebagai golongan al-Imam yang telah berjaya membawa semangat
nasionalisme di kalangan orang-orang Melayu ekoran dari kegiatan golongan intelek Melayu
berpendidikan agama yang mempunyai matlamat; “mengingatkan mana yang lalai dan
menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan yang sesat dan menyampaikan suara yang
menyeru dengan kebajikan”.2 Golongan ini digelar sebagai al-Imam kerana mereka
merupakan pengasa pertama Majalah al-Imam pada tahun 1906 dan golongan ini juga
kebanyakannya bukanlah berdarah Melayu tetapi berketurunan Arab. Namun mereka telah
berjaya menyesuaikan diri dengan masyarakat Melayu sehingga sebati dengan cara hidup
orang Melayu seperti yang telah dinyatakan oleh Syeikh Mohd Salim al-Kalali:3

“Sudah minum kami akan air susunya dan telah tumbuh darinya

daging darah kami dan telah terbit daripadanya nikmat perhatian

kesenangan kami. Tidaklah jadi terhutang kami kepada negerinya

dan anak-anaknya”

Justeru itu, al-Imam merasakan ia merupakan salah satu kwajipan bari mereka untuk
menyedarkan orang Melayu dan memberikan ilmu serta tunjuk ajar dan bimbingan untuk
2
Wan Abdul Kadir, Islam dan Nasionalisme Budya Melayu, Petaling Jaya: Masfami, 1993, hlm 15.
3
Ahmad Boestamam, Kaum Muda, Kaum Tua: Perubahan dan Reaksi, Nasionalisme Melayu, Kuala Lumpur:
Universiti Malaya, 1975, hlm 71.
mereka. Antara tanggungjawab mereka ialah untuk meyedarkan golongan pembesar
terutamanya dari kalangan orang Melayu untuk tidak membuat kecuaian dan kelalaian yang
mana boleh membawa kepada kemunduran dan kehinaan terhadap bangsa dan juga tanah air.
Salah satu platform atau strategi mereka untuk membuat penentangan adalah dengan
menerbitkan majalah al-Imam yang bermakna “Pemimpin” dalam bentuk sebuah gerakan
revolusi secara mental. Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin atau lebih dikenali sebagai Syeikh
Tahir Jalaluddin al-Falaki, kemunduran masyarakat Islam di Nusantara menyakinkan beliau
bahawa jalan penyelesaian yang baik bagi mengatasi masalah itu ialah dengan
mengemukakan pandangan Islah terhadap agama Islam yang dirasakan menjadi salah satu
punca segala kekeliruan. Selain majalah al-Imam, beliau juga ada terlibat secara langsung
dalam penerbitan al-Ikhwan, Semangat Islam yang telah diterbitkan di Kelantan.

Oleh disebabkan itu, golongan al-Imam telah menjalankan dan mengamalkan semangat
nasionalisme di Tanah Melayu ini dengan mengambil pendekatan aspek keagamaan. Mereka
cuba membawa perubahan terhadap kehidupan manusia dengan menjadikan agama sebagai
teras perjuangan islah kerana Islam tidak dapat dipisahkan dan sebati dengan cara hidup
orang Islam. Selain itu, golongan al-Imam juga mersakan kelemaham dari aspek keagamaan
merupakan sesuatu yang boleh mendorong kepada terbantutnya perkembangan kemajuan
Pendidikan, ekonomi sosial dan politik orang Melayu. Oleh kerana hal ini, golongan al-Imam
ini berpendapat bahawa kemajuan dari segala aspek tersebut dapat dicapai sekiranya hal-hal
keagamaan dalam masyarakat Melayu itu dapat dikukuhkan.4

2.2 PERANAN BAHASA DAN KESUSTERAAN

Faktor yang seterusnya adalah peranan bahasa dan kesusteraan. Golongan nasionalisme di
Tanah Melayu telah menggunakan bahasa dan kesusteraan tidak kira dari bentuk cerpen,
novel, puisi mahupun syair untuk membangkitkan dan menyemarakkan lagi semangat

4
Mohd Sarim Haji Mustajab, Gerakan Islah Islamiah: Kajian Terhadap Tiga Tokoh Pelopornya, Melaka dan Arus
Gerakan Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1996, hlm 120.
nasionalisme di dalam kalangan orang Melayu. Melalui kesusteraan ini penulis-penulis
berusaha untuk menyedarkan orang-orang melayu akan kemunduran dan juga untuk
menaikkan semangat mereka untuk terus bersatu padu. Antaranya adalah dengan penerbitan
majalah Mastika yang mana didalamnya terdapat banyak penulisan-penulisan sastera yang
dapat menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu.

Selain daripada penulisan-penulisan sastera seperti cerpen, novel, puisi mahupun syair
terdapat juga penulisan-penulisan yang menyentuh tentang isu wanita. Dalam tempoh
penerbitan antara tahun 1946-1980, majalah Mastika telah memberi perhatian terhadap isu
wanita Melayu.5 Kebanyakkannya apa yang diterbitkan dalam Mastika adalah bertujuan
untuk memberikan tumpuan dan memberikan kesedaran terhadap kepentingan Pendidikan
dan kemajuan untuk mengubah kedudukan kaum wanita di sisi masyarakat. Melalui
penulisan-penulisan ini secara tidak langsung akan dapat membuka mata masyarakat dan
memberikan kesedaran terhadap orang Melayu akan kepentingan wanita di dalam perjuangan
kemerdekaan tanah air. Majalah Mastika keluaran Oktober 1946 penulisan di bawah tajuk
“Tidak ada Perbezaan Lelaki dan Perempuan” menyatakan bahawa:

“[…] tiadalah dapat dinafikan bahawa ilmu pengetahuan itulah harta

kekayaan yang menjadi perbendaharaan dunia dan akhirat kerana itu sudah

tentu riadalah hanya menjadi hak kepada satu puak – lelaki sahaja – bahkan

kaum perempuan adalah sama mempunyai hak menghiasi dirinya dengan ilmu

pengetahuan yang tiada berbeza dengan kaum lelaki itu […] diperhatikan

kepada kebangkitan kesedaran kaum kita yang semakin jelas kepada

pemandangan semenjak lepas peperangan dunia yang kedua ini maka bolehlah

difaham bahwa kaum kita tidak keliru lelaki hanya samanya belum dijelaskan

ialah barangkali kerana kekurangan sekolah-sekolah khas bahasa Inggeris bagi

anak-anak perempuan. Tetapi dalam pelajaran sekolah Melayu boleh dikata

sudah tidak ketinggalan lelaki anak-anak perempuan, jua boleh di dalam

persekolahan Inggeris dan agama-madrasah […]”

5
Nurul Nadhirah Binti Md Jais & Rahilah Binti Omas, Pemaparan Isu Wanita dan Bahasa Kebangsaan Majalah
Mastika, 1946-1980, Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2019, hlm 4.
(Mastika, Oktober 1946: 5-6)

Berdasarkan penyataan di atas, jelaslah golongan wanita juga mempunyai hak yang sama
dengan golongan lelaki dalam menuntut ilmu pengetahuan. Hal ini juga bertetapan dengan
tuntutan agama iaitu menuntut ilmu merupakan satu kewajipan dalam kalangan orang Islam
tanpa mengira jantina. Selain itu, terdapat juga penulisan sastera dari Syed Syeikh al-Hadi
dalam sebuah novelnya yang terkenal, iaitu Hikayat Faridah Hanum yang mana telah
memperjuangkan emansipasi wanita. Seterusnya terdapat juga karya daripada Ishak Haji
Muhammad dalam cerpennya, iaitu Rumah Besar Tiang Seribu dan juga melalui novel beliau,
iaitu Putera Gunung Tahan. Hal ini kerana, sikap anti-penjajahan Ishak Haji Muhammad
dapat di lihat melalui penceritaan beliau tentang kelemahan pemimpin Melayu dan
ketidakjujuran British dalam pemeritahan di negeri-negeri Melayu.

Di samping itu, Bahasa kebangsaan juga memainkan peranan yang sangat penting dalam
memberikan perubahan minda yang besar dan menjadikan Melayu sebagai sebuag bangsa
yang bermaruah dan mempunyai sifat kewibawaan yang berhasil mencipta wacana dan acuan
perubahannya yang tersendiri. Bahasa dan kesusasteraan merupakan satu alat perpaduan
kebangsaan dalam memperjuangkan kemerdekaan kerana ianya akan berhasil memajukan
fikiran masyarakat yang mana bersesuaian dengan cita-cita dan keinginan keadilan rakyat,
kemakmuran, keamanan dan keharmonian hidup. Abdullah Munsyi turut menyatakan bahawa
kesedaran orang Melayu untuk mempunyai bahasa sendiri telah wujud sejak pertengahan
abad ke-19 lagi. Hal ini dibuktikan melalui petikan beliau:6

“[…] Bermulalah ada-lah yang ku dengar beberapa bangsa yang ada dalam

dunia ini menjadi besar dan pandai sebab mereka itu pandai membaca surat

dan menyurat dan mengerti bahasa-nya serta memeliharakan bahasa-nya, iaitu

daripada bangsa Arab atau bangsa orang Puteh, baik daripada orang China

6
Hamzah Hadani, Sastera Kebangsaan: Isu dan Cabaran: Kumpulan Esei Jubli Emas DBP, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2006, hlm 478.
atau Hindu. Maka sekalian mereka itu sentiasa memeliharakan dan

memuliakan bahasanya, makin sa-hari-makin-lah-diluaskannya sampailah

pada zaman ini, kerana sesungguh-nya bahasa itulah menjadikan manusia

ini berakal dan menambah kepandaian dan ilmu-nya, dan boleh membaiki akan

dirinya sendiri dan boleh mengajar akan orang lain”

(Hamzah Hadani, 2006: 478).

Penulisan mengenai bahasa adalah dangat penting dalam membangkitkan semangat


nasionalisme orang Melayu. Selain itu, bahasa juga sangat penting sebagai media ilmu agar
kita dapat meneroka pelbagai ilmu pengetahuan di dunia ini. Semua bangsa di dunia ini
mempunyai bahasa kebangsaan mereka sendiri yang mana dapat mendorong kepada
kemajuan, disebabkan itu orang-orang Melayu digalakkan untuk mempelajari Bahasa Melayu
agar orang Melayu tidak ketinggalan jauh di belakang dalam ilmu pengetahuan.

2.3 PENGARUH KEWARTAWANAN

Selain daripada bidang penulisan, bidang kewartawanan juga adalah antara salah satu
daripada faktor yang menyebabkan munculnya semangat nasionalisme di kalangan
masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Pada sekitar awal abad ke 20, bidang kewartawanan
telah menjadi salah satu platform bagi mewujudkan kesedaran dan semangat untuk
masyarakat Melayu untuk terus bersatu dan berkerjasama dalam mencapai kemajuan dan
membela nasib bangsa orang Melayu iaitu melalui laporan dan juga artikel yang telah ditulis.
Antara contohnya ialah golongan agama atau “Kaum Muda” yang banyak menggunakan
majalah (al-Imam), akhbar dan juga buku-buku sebagai sebuah media ilmu bagi menyedarkan
orang-orang Melayu untuk berusaha bagi mencapai kejayaan dalam segala bidang. Selain itu
terdapat juga beberapa akhbar dan majalah Melayu yang membincangkan gerakan politik
orang Melayu seperti Idaran Zaman, Saudara, Warta Malaya, dan Majlis. Semua akhbar ini
memperdebatkan soal penubuhan persatuan Melayu, dasar desentralisasi, dan juga Malayan
Union. Namun, Majlis merupakan akhbar kebangsaan yang pertama memainkan kesedaran
dan mendesak orang Melayu agar bergiat cergas dalam pergerakan politik.

Sebahagian besar penulis-penulis tempatan ini lahir pada era kemerdekaan. Golongan ini
membawa idealogi antikolonial dan beranggapan bahawa kehidupan sosial masyarakat sangat
ketinggalan disebabkan oleh penjajah. Namun, pihak penjajah telah menetapkan beberapa
sekatan yang mana melarang atau mengehadkan kebebasan mengkritik pihak kolonial dan
telah menyebabkan dan mendorong golongan-golongan ini lebih menumpukan kritikan
terhadap institusi kesultanan dan juga kebangsawanan Melayu yang mana dianggap sebagai
punca yang perlu bertanggungjawab dalam memecahkan perpaduan di antara masyarakat
Melayu melalui penulisan buku, majalah mahupun akhbar. Pemikiran atau ideologi ini telah
dibawa oleh beberapa tokoh pemikiran nasionalis antaranya ialah Ishak Haji Muhammad,
Ibrahim Haji Yaakob, Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.7

Semasa berlaku beberapa kekacauan pentadbiran di Tanah Melayu, Ahmad Boestamam telah
menggunakan peluang ini untuk menguasai sebuah pejabat percentakan dan juga segala
kemudahan yang ada di dalamnya. Tujuan pengambilalihan ini adalah untuk memudahkan
kerja mereka bagi mencetak dan menerbitkan akhbar mereka sendiri. Hasil daripada tindakan
ini ialah mereka berjaya menerbitkan sebuah akhbar Suara Rakyat secara rasmi yang mana
telah diterbitkan di Ipoh, Perak.8 Bagi memantapkan lagi pengeluaran Suara Rakyat, Ahmad
Boestamam telah membawa beberapa orang hebat di dalam bidang ini iaitu Dahari Ali, Abdul
Samad Ahmad, Musa Ahmad dan Mohammad Hanif yang sememangnya dikenali
berpengalaman luas dalam bidang penulisan, kewartawanan dan juga penerbitan akhbar.
Ahmad Boestaman juga menegaskan bahawa tujuan penerbitan akhbar Suara Rakyat adalah
untuk membuka minda rakyat dan memberikan kesedaran kepada rakyat akan pentingnya

7
Azmi Arifin, Feudalisme Melayu: Asal Usul Pemikiran, Sejarah dan Pensejarahan, Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia, 2007, hlm 234.
8
A.J Stockwell, British Policy and Malay Politics During the Malayan Union Experiment 1942-1948, Kuala
Lumpur: MBRAS, 1979, hlm 44-45.
bernegara, menuntut hak dan juga tanggungjawab menjelaskan hak orang Melayu dalam
pentadbiran British di Tanah Melayu. Beliau menegaskan di dalam ruangan pengarang Suara
Rakyat:9

“Suara Rakyat dan sesungguhnya ialah sebuah akhbar Melayu yang berkhidmat
untuk melahirkan buah-buah fikiran atau kemusykilan orang ramai. Oleh itu
dipersilakan orang ramai menggunakan dia dengan sepenuhnya. Supaya hal
kemusykilan atau kemahuan orang ramai mendapat pertimbangan”

(Suara Rakyat, 26/9/1945: 1)

Manakal Ibrahim Haji Yaacob pula telah menggunakan bidang kewartawanan untuk gerakan
kebangsaannya. Sebuah dasar yang telah dibuat oleh British yang mana melantik wakil
Melayu daripada golongan aristokrat tidak berapa dipersetujui oleh Ibrahim Haji Yaakob
kerana menurut beliau semata-mata untuk kepentingan British. Oleh itu, beliau
mengharapkan pihak kerajaan dapat memilih wakil Melayu dengan telus iaitu daripada
kalangan ahli bukan berjawatan yang sebenar-benarnya orang kebanyakan iaitu orang yang
tidak bersangkut-paut dengan jawatan kerajaan.10 Beliau juga ada mengkritik beberapa sikap
sebahagian wakil Melayu dalam majlis yang mana hanya bersikap berdiam diri. Ibrahim Haji
Yaacob berani menyifatkan wakil-wakil tersebut sebagai:11

“...lupa akan tanggungjawab kepada umum hanyalah mengeluarkan fikiran untuk


faedah diri sahaja. Sya sebagai sorang Melayu memang berasa malu di atas pekerti
wakil-wakil Melayu sebegitu lupa akan nasib orang-orang ramai atau khas kepada
pemakan-pemakan gaji. Yang demikian tidaklah hairan kita sekarang orang Melayu
tinggal membawa nasibnya hina dan daif. Suara-suara umum Melayu tidak ada
harga sedikit pun kebanyakannya wakil-wakil Melayu tidak gemar mengutip fikiran
orangnya sama ada dari surat-surat khabar atau surat rayuan yang sampai kepada
mereka itu.”

(Majlis, 11 Jun 1963: 1)

2.4 PERANAN PENDIDIKAN

9
Ishak Saat, Norazlan Hadi Yaacod & Ahmad Ali Seman, Ahmad Boestamam: Tokoh Radikal Melayu, Jurnal
Perspektif Jil.8 Bil.1 (76-84).
10
Wan Noorlizawati Wan Mat Ali, Nazirah Lee & Ishak Saat, Kesedaran Kebangsaan Nasionalis Kiri Melayu:
Satu Pengenalan, Jurnal Peradaban Melayu Jilid 14 (2019): 1-11.
11
Ibid.
Perkembangan Pendidikan sama ada di luar atau dalam negeri secara tidak langsung telah
dapat melahirkan golongan intelektual yang memainkan peranan penting di dalam
membangkitkan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada awal abad ke 20.
Perkembangan pendidikan di Tanah Melayu terbahagi kepada tiga iaitu sistem pendidikan
agama, yang kedua adalah sistem pendidikan Inggeris dan yang terakhir adalah sistem
pendidikan Melayu. Ketiga-tiga sistem pendidikan ini sangat memainkan peranan yang
penting sebagai antara faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada awal
abad ke 20.

Antara sistem pendidikan yang terpenting bagi masyarakat Melayu adalah sistem pendidikan
agama. Manakala agama yang sinomin dengan masyarakat Melayu pula adalah agama Islam.
Sistem pendidikan agama ini juga turut dikenali sebagai sistem pondok yang mana pondok
ini memainkan peranan sebagai pusat pendidikan di dalam kalangan masyarakat Melayu.
Operasi sistem pendidikan agama ini adalah bersifat tradisional, contohnya seperti ceramah
dan kuliah di surau, masjid dan pondok yang digerakkan oleh ulama’-ulama’ yang bertujuan
untuk mengukuhkan dan menguatkan lagi kefahaman Islam yang baru bertapak di kalangan
orang-orang Melayu ini.12 Selepas tamat pengajian di pondok, kebanyakan orang Melayu
akan melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah lalu di sana mereka akan dipengaruhi oleh
ideologi Gerakan Reformis Islam yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abduh, iaitu
merupakan seoranag pensyarah di Universiti Al-Azhar.13 Ideologi inilah yang dipegang oleh
orang Melayu yang belajar di Timur Tengah lalu dibawa oleh mereka ke Tanah Melayu dan
mereka melancarkan satu gerakan untuk melihat pemulihan dalam agama Islam dengan
perjuangan melalui akhbar dan juga majalah.

Sistem pendidikan yang seterusnya adalah sistem pendidikan Inggeris. Perkembangan sistem
pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura ini telah melahirkan golongan
intelektual yang berpendidikan Inggeris.14 Golongan berpendidikan Inggeris mendapat
pendidikan di Maktab Melayu yang mana terletak di Kuala Kangsar. Manakala mereka yang
berada di Singapura khususnya menerima pendidikan Inggeris di Raffles Instituation. Antara
tokoh berpendidikan Inggeris ialah Raja Chulan dan juga Mohammad Eunos Abdullah.
Beliau ini merupakan seorang ahli Majlis Perundangan Persekutuan. Mereka ini telah

12
Badlihisham Mohd Nasir, Pendidikan dalam Gerakan Islam di Malaysia: Satu Tinjauan, Journal of Islamic and
Arabic Education 2(1), (2010): 1-12.
13
Khambali, Khadijah Mohd, and Nor Adina Abdul Kadir, Pengaruh Al-Azhar Terhadap Sistem Pendidikan Islam
di Tanah Melayu-Malaysia, Jurnal Usuluddin 22, (2005): 27-56.
14
Radin Soenarno, Malay Nationalism 1896-1941, Journal of Southeast Asian History 1, no. 1 (1960): 1-28.
menggunakan peluang keemasan yang ada di dalam sistem pentadbiran dan perundangan
untuk menuntut hak orang Melayu dalam aspek ekonomi, pendidikan dan juga pentadbiran.

Seterusnya adalah sistem pendidikan terakhir iaitu sistem pendidikan Melayu. Sekitar awal
abad ke 20, sekolah-sekolah yang terdapat di Tanah Melayu ini mula berkembang. Namun,
masih terdapat kekurangan misalnya kekurangan dari segi jumlah tenaga pengajar.
Disebabkan itu pihak British telah menubuhkan satu Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
pada tahun 1922. Seusai itu Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ini telah menjadi salah
sebuah tempat perkumpulan dan juga pertemuan golongan intelektual Melayu. Selain itu,
pensyarah-pensyarah di MPSI ini juga telah menyemarakkan semangat dan keazaman ini.
Kebanyakan pensyarah-pensyarah di MPSI ini merupakan dari kalangan guru-guru Melayu
yang memainkan peranan yang sangat penting sebagai pemimpin masyarakat dan
bekerjasama serta berganding bahu dengan golongan cerdik dalam bidang agama demi
menyumbangkan tenaga dan fikiran bagi memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi
dan juga pendidikan.15

2.5 PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL

Faktor yang terakhir adalah faktor peranan golongan intelektual. Terdapat tiga golongan
intelektual iaitu yang pertama golongan intelektual yang berpendidikan Timur Tengah, kedua
adalah golongan intelektual berpendidikan Inggeris dan yang terakhir adalah golongan
intelektual yang berpendidikan Melayu. Walaupun ketiga-tiga golongan intelektual ini
mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza namun ketiga-tiga golongan ini sangat
memainkan peranan yang penting sebagai antara mengapa tercetusnya nasionalisme di Tanah
Melayu pada abad ke 20.

15
Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan, Sumbangan lepasan Sultan Idris Training College (SITC) dalam
membangkitkan semangat nasionalisme 1922-1957, PhD diss., Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2018.
Bagi golongan intelektual yang berpendidikan Timur Tengah, seperti yang kita tahu mereka
dikenali sebagai al-Imam ataupun dikenali juga sebagai Kaum Muda. Kaum Muda adalah
golongan yang pertama sekali meniupkan seruan dakwa Islamiadi Tanah Melayu dan ini
tidak akan muncul sekiranya mereka tidak menerima sokongan serta idea tokoh-tokoh yang
mempelopori Gerakan Isla. Selain itu, golongan ini juga sangat mempercayai bahawa umat
islam di Tanah Melayu masih boleh diselamatkan sekiranya mereka diberi petunjuk akan
hakikat ajaran Islam yang sebenar berdasarkan apa yang telah dituliskan di dalam Kalam suci
al-Quran dan juga Hadith.16 Di samping itu, Kaum Muda juga telah mewujudkan satu sistem
pendidikan agama yang lebih bersifat liberal iaitu dengan memasukkan sedikit elemen
Bahasa Inggeris dan juga mata pelajaran moden yang relevan selain daripada Bahasa Arab.
Namun tidak dapat dinafikan bahawa Gerakan Isla yang dibawa oleh Kaum Muda ini hanya
dapat berkembang di kawasan Negeri-negeri Selat sahaja. Hal ini disebabkan oleh undang-
undang yang dikeluarkan di Negeri-negeri Melayu untuk menghalang pengaruh Kaum Muda
dari berkembang lebih luas. Akhirnya perjuangan golongan ini semakin lemah pada sekitar
pertengahan abad ke 20 dan digantikan dengan perjuangan nasionalisme daripada golongan
intelektual berpendidikan Inggeris dan juga Melayu.

Manakala golongan intelektual berpendidikan Inggeris ini mucul apabila orang-orang Melayu
mula bimbang atas penguasaan ekonomi yang mana telah dimonopoli oleh kuasa asing.
Kebimbangan ini semakin memuncak diakibatkan oleh kemelesetan ekonomi dunia pada
waktu tersebut ditambah lagi dengan dasar pemusatan kuasa pihak British dan juga tuntutan
untuk menikmati hak yang sama rata dari golongan orang-orang cina. Golongan intelektual
berpendidikan Inggeris ini lebih bersifat sederhana dan sanggup untuk bekerjasama dengan
penjajah. Perjuangan yang dibawa oleh mereka lebih cenderung kepada menyuarakan
masalah-masalah sosioekonomi yang dihadapi oleh orang Melayu, contohnya seperti bidang
pendidikan dan juga peluang untuk menyertai perkhidmatan awam. Antara tokoh golongan
intelektual berpendidikan Inggeris ini ialah Dato’ Onn Jaafar. Dato’ Onn Jaafar pernah
bertugas sebagai wartawan akhbar seperti Warta Malaya, Lembaga, Lembaga Malaya dan
juga Warta Ahad. Melalui penulisannya beliau juga sering membidas pihak penjajah British,
Raja-raja Melayu, Kaum bukan Melayu malahan orang Melayu sendiri.17 Antara sumbangan
beliau adalah beliau muncul sebagai pemimpin penting orang Melayu semasa pihak British

16
Kamarul Afendey Hamimi & Ishak Saat, Kaum Muda di Tanah Melayu 1906-1957, Malaysia: Universiti
Pendidikan Sultan Idris, 2020, hlm 30.
17
Abdullah Zakariah Ghazali & Adnan Haji Nawang, Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya, 1997, hlm 120.
sedang mengusahan penubuhan Malayan Union.18 Kepimpinan beliau menentang Malayan
Union telah membawa kepada penubuhan UMNO yang kemudiannya menjadi salah satu
parti politik yang sangat penting kepada orang Melayu sehingga ke hari ini.

Golongan intelektual yang terakhir pula adalah golongan yang berpendidikan Melayu yang
mana golongan ini lebih radikal jika dibandingkan dengan golongan berpendidikan Timur
Tengah dan Inggeris. Kemunculan golongan ini telah mengubah corak perjuangan daripada
soal sosioekonomi dan sederhana kea rah satu usaha yang berbau politik dan radikal.
Perjuangan mereka lebih berteraskan keinginan dan kemahuan untuk mendapatkan
kemerdekaan tanah air. Kebanyakan tokoh golongan ini merupakan lulusan Maktab
Perguruan Sultan Idris (SITC).19 Antara tokoh golongan ini ialah Ibrahim Haji Yaacob, beliau
sangat tertarik dengan gerakan nasinalisme dan perjuangan kemerdekaan di Indonesia. Pada
tahun 1936, beliau telah meninggalkan kerjaya di bidang perguruan dan mula menceburi
bidang kewartawanan sebagai Penolong Pengarang Akhbar Majlis. Tidak lama kemudian
beliau dan rakan-rakannya telah menubuhkan sebuah pertubuhan politik kiri yang pertama di
Tanah Melayu yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda (KMM) untuk meneruskan
cita-cita politiknya untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah.

3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, kemunculan semangat nasionalisme di Tanah Melayu adalah disebabkan


oleh beberapa faktor yang telah mencetuskan tokoh-tokoh di Tanah Melayu untuk
membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat. Selain itu, perkembangan
nasionalisme yang pantas di Asia khususnya pada abad ke 20 telah menampakkan
bermulanya politik massa yang disertai oleh rakyat biasa. Di samping itu, semangat
nasionalisme di Tanah Melayu bukan sahaja untuk menuntut hak orang-orang Melayu
semata-mata namun matlamat perjuangannya juga adalah untuk mendapatkan kemerdekaan
politik dan ekonomi negara yang telah dirampas dan dimonopoli oleh kuasa asing.

18
Mustafa Meon & Salleh Hamzah, Onn Jaafar Melakar Sejarah Perjuangan Bangsa Di Batu Pahat, Johor:
Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat, 2006, hlm 13.
19
Wan Noorlizawati Wan Mat Ali, Nazirah Lee & Ishak Saat, Kesedaran Kebangsaan Nasionalis Kiri Melayu:
Satu Pengenalan, 1-11.
Secara umumnya dapatlah disimpulkan bahawa nasionalisme di Tanah Melayu ini bertindak
bukan sahaja untuk menentang dan menamatkan penjajahan Barat tetapi ianya juga bagi
mengubah nilai-nilai serta institusi politik dan ekonomi dengan menekankan negara bangsa
yang bebas dan juga berdaulat. Nasionalisme yang wujud di Tanah Melayu ini juga tidaklah
memfokuskan soal ikatan darah, bangsa, bahasa dan budaya semata-semata namun ia juga
menekankan soal penentangan terhadap penjajahan Barat ke atas Tanah Melayu yang telah
merampas hak-hak orang-orang Melayu.

BIBLIOGRAFI

Kamus Dewan. (1991). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Wan Abdul Kadir. (1993). Islam dan Nasionalisme Budya Melayu. Petaling Jaya:
Masfami.

Ahmad Boestamam. (1975). Kaum Muda, Kaum Tua: Perubahan dan Reaksi
Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Mohd Sarim Haji Mustajab. (1996). Gerakan Islah Islamiah: Kajian Terhadap Tiga
Tokoh Pelopornya, Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.

Nurul Nadhirah Binti Md Jais & Rahilah Binti Omas. (2019). Pemaparan Isu Wanita
dan Bahasa Kebangsaan Majalah Mastika, 1946-1980. Kuala Lumpur: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Hamzah Hadani. (2006). Sastera Kebangsaan: Isu dan Cabaran: Kumpulan Esei
Jubli Emas DBP. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azmi Arifin. (2007). Feudalisme Melayu: Asal Usul Pemikiran, Sejarah dan
Pensejarahan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

A.J Stockwell. (1979). British Policy and Malay Politics During the Malayan Union
Experiment 1942-1948. Kuala Lumpur: MBRAS.

Ishak Saat, Norazlan Hadi Yaacod & Ahmad Ali Seman. Ahmad Boestamam: Tokoh
Radikal Melayu. Jurnal Perspektif Jil.8 Bil.1 (76-84).

Wan Noorlizawati Wan Mat Ali, Nazirah Lee & Ishak Saat. (2019). Kesedaran
Kebangsaan Nasionalis Kiri Melayu: Satu Pengenalan. Jurnal Peradaban Melayu Jilid 14:1-
11.

Badlihisham Mohd Nasir. (2010). Pendidikan dalam Gerakan Islam di Malaysia:


Satu Tinjauan. Journal of Islamic and Arabic Education 2(1): 1-12.

Khambali, Khadijah Mohd & Nor Adina Abdul Kadir. (2005). Pengaruh Al-Azhar
Terhadap Sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu-Malaysia. Jurnal Usuluddin 22: 27-56.

Radin Soenarno. (1960). Malay Nationalism 1896-1941. Journal of Southeast Asian


History 1, no. 1: 1-28.

Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan. (2018). Sumbangan Lepasan Sultan Idris Training
College (SITC) Dalam Membangkitkan Semangat Nasionalisme 1922-1957. PhD diss.
Malaysia: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kamarul Afendey Hamimi & Ishak Saat. (2020). Kaum Muda di Tanah Melayu 1906-
1957. Malaysia: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abdullah Zakariah Ghazali & Adnan Haji Nawang. (1997). Biografi Tokoh Pilihan
Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mustafa Meon & Salleh Hamzah. (2006). Onn Jaafar Melakar Sejarah Perjuangan
Bangsa Di Batu Pahat. Johor: Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat.

You might also like