You are on page 1of 19

1.

4 Kebangkitan nasionalisme dan kemerdekaan

- APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN NASIONALISME?

Secara umumnya, konsep Nasionalisme atau Semangat Kebangsaan bermaksud kesedaran yang ditimbulkan oleh masyarakat di seluruh Negara yang terdiri dari satu bangsa, satu agama, dan kebudayaan bertujuan untuk menentang penjajah atau kerajaan yang tidak disukai. Kesedaran untuk menebus maruah bangsa dan Negara adalah lahir daripada perasaan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air serta didorong oleh

keinginan untuk membebaskan Negara dan bangsa daripada belenggu kuasa asing. Nasionalisme juga ditakrifkan sebagai satu gerakan dan tindakan rakyat terhadap ketidakadilan pemerintahan dari segi politik, ekonomi, dan sosial. Sikap tidak acuh pemerintah terhadap kebajikan sosio-ekonomi rakyat yang menderita telah membakar dan menyemarakkan semangat rakyat untuk bertindak bagi menuntut pembaharuan dan keadilan sosio-ekonomi untuk mereka. Mengikut K.R.Minogue, nasionalisme ialah satu aliran idea, ataupun satu bentuk tindakan sendiri yang mengandungi sejenis perasaan politik yang tertentu dan boleh dialirkan daripada segolongan elit kepada orang kebanyakkan. Takrifan beliau yang ringkas ini cuba mengaitkan perhubungan antara keadaan fikiran dengan tujuan-tujuan yang mendorong individu atau golongan tertentu untuk bertindak, sama ada dalam bidang politik,ekonomi atau budaya. Biasanya kita akan difahamkan bahawa tindakan-tindakan itu bertujuan untuk menjaga atau memajukan kepentingan sesuatu bangsa atau Negara. Hans Kohn memberi maksud nasionalisme sebagai satu keadaan fikiran yang menyerap masuk ke dalam jiwa sebahagian besar rakyat dan mengiktiraf Negara bangsa sebagai bentuk organisasi politik yang unggul, dan bangsa sebagai punca bagi segala kehidupan budaya yang membina dan punca kesejahteraan ekonomi. Menurut beliau lagi, nasionalisme merupakan satu tenaga idea yang memenuhi hati dan otak seseorang dengan pemikiran dan semangat yang baru, dan mendorongnya untuk melahirkan kesedaran dalam bentuk tindakan-tindakan yang tersusun. A.D.Smith pula melihat nasionalisme sebagai satu pergerakan ideologi untuk mencapai dan memelihara pemerintahan sendiri dan kemerdekaan bagi suatu golongan yang sebahagian besar daripada anggota itu melihatnya sebagai satu bangsa yang sebenar atau satu bakal bangsa seperti bangsa-bangsa lain juga. Menurut Smith lagi, nasionalisme pada dasarnya mencantumkan tiga perkara yang dianggap unggul, iaitu penentuan nasib sendiri secara berkumpulan bagi rakyat, penegasan keperibadian dan sifat tersendiri bangsa, dan akhir sekali pembahagian dunia mengikut garisan tegak kepada Negaranegara yang tersendiri.

Menjelang abad ke-20, kebanyakkan negara di Asia mula mengalami perubahan pemikiran yang mencetuskan idea nasionalisme bagi negara masingmasing. Kemunculan idea nasionalisme ini adalah merupakan kesan langsung hasil dasar imperialisme barat di Asia. Perubahan sistem politik, pengenalan peraturan-peraturan baru yang asing, ketidakadilan, penindasan sosio-ekonomi dan penghapusan nilai-nilai tradisi cukup menyedarkan masyarakat tempatan untuk bangun menentang segala ketidakadilan dan kekejaman atas dasar perikemanusiaan. Perkembangan politik di negara-negara Asia pada abad ke-20, jelas menunjukkan era kebangkitan untuk menentang penjajahan kuasa barat. Sebagai contoh, Tanah Melayu, India, dan Myammar menentang penjajahan Inggeris, Indochina menentang Perancis, Filipina menentang Sepanyol dan Indonesia menentang Belanda. Sementara di Thailand dan negara China, kemunculan idea nasionalisme adalah atas kesedaran dari kelemahan sistem pemerintahan yang sedia ada. Di Thailand, kebangkitan nasionalisme didorong untuk menentang kelemahan berja mutlak, sementara di negara China, nasionalisme bertujuan untuk menjatuhkan Dinasti Manchu yang sudah lemah. Justeru itu, usaha menjatuhkan pemerintahan yang sedia ada perlu dilakukan dan digantikan dengan satu sistem pemerintahan bercorak baru dan moden. Di Tanah Melayu, sentimen nasionalisme telah wujud di akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 akibat dasar perluasan kuasa Inggeris. Perubahanperubahan yang dilakukan oleh pemerintahan Inggeris dari segi politik, ekonomi, dan sosial telah mempengaruhi sikap dan kesedaran kebangsaan orang-orang Melayu. Akibat kesedaran ini, maka muncullah pemimpin-pemimpin nasionalis yang berpendidikan Arab, Melayu, dan Inggeris dalam kalangan orang-orang Melayu. Golongan intelektual ini telah cuba menyatukan orang-orang Melayu untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan Inggeris. Sebelum wujudnya semangat nasionalisme, sudah ada beberapa tindakbalas rakyat untuk menentang ketidakadilan penjajah. Walaubagaimanpun, perjuangan peringkat awal hanyalah bercorak kewilayahan yang melibatkan sesuatu daerah tertentu sahaja. Hal ini demikian kerana penentangan pada perinkat ini tidaklah padu keran ia hanya melibatkan pemimpin masyarakat di

kawasan tertentu dengan matlamat tertentu sahaja. Tambahan pula ia tidak melibatkan seluruh rakyat di Tanah Melayu. Contohnya, penentangan Datuk Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Rentap di Sarawak, dan Pahlawan Mat Salleh di Sabah. Meskipun usaha mereka gagal, tetapi perjuangan mereka telah member ilham kepada golongan nasionalis untuk memimpin kumpulan rakyat yang lebih besar meliputi sebuah negara menentang penjajah Inggeris dengan satu matlamat yang jitu dan padu. Di Tanah Melayu, nasionalisme bergerak dengan beberapa matlamat tertentu. Pada peringkat awal perjuangannya adalah berlandaskan kepada kepentingan agama Islam. Ia lebih didorong untuk mengembalikan dan menegakkan kesucian agama Islam serta mengajak masyarakat Melayu kembali kepada ajaran Islam sebenar berdasarkan al-Quran dan al-Hadis. Kedua, nasionalisme orang Melayu bertujuan untuk memulihkan kebajikan sosioekonomi rakyat serta menghapuskan persaingan ekonomi oleh orang Cina dan Eropah. Akhir sekali, nasionalisme Melayu mempunyai matlamat dari segi politik terutamanya berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan. Dengan itu, Tanah Melayu mampu mewujudkan negara yang bebas dan berdaulat. Bagi merealisasikan impian tersebut, maka pergerakan nasionalisme dilakukan secara berperingkat. Menurut W.R.Roff, nasionalisme Melayu telah berkembang beransur-ansur melalui tiga tahap di bawah pimpinan tiga golongan nasionalis Melayu yang mempunyai latar pendididkan yang berbeza. Ketiga-tiga tahap tersebut ialah: a) Tahap Agama (1906 1926): Dipimpin oleh golongan reformis Islam yang berpendidikan Arab. b) Tahap Sosio-ekonomi (1926 1937): Dipimpin oleh golongan inteligensia (intelektual) yang berpendidikan Inggeris. c) Tahap Politik (1937 1941): Dipimpin oleh golongan birokrasi yang berpendidikan Melayu. Jika dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia, Tanah Melayu sememangnya mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Apa yang istimewanya ialah Tanah Melayu terdiri daripada penduduk yang berbilang bangsa iaitu

Melayu. Cina, dan India. Berdasarkan konsep nasionalisme, ketiga-tiga kaum tersebut mempunyai tujuan politik yang berlainan di antara satu sama lain. Sebelum Perang Dunia Kedua, orang Melayu, Cina, dan India masing-masing mempunyai cita-cita dan hasrat kebanggaan yang berbeza. Buktinya, orang Melayu merupakan penduduk asal dan mereka lebih menumpukan taat setia terhadap Tanah Melayu dan bangsa Melayu. Sementara orang Cina dan India menumpukan taat setia dan memberi perhatian berat kepada gerakan nasionalisme di negara asal mereka. Justeru itu, wujudnya tiga konsep nasionalisme yang berlainan di Tanah Melayu, iaitu nasionalisme Melayu, nasionalisme Cina dan nasionalisme India.

1.4.1 faktor-faktor kebangkitan


(Faktor-faktor Kebangkitan Nasionalisme Di Tanah Melayu.)

Faktor-faktor kebangkitan

Faktor Luaran

Faktor Dalaman

- Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kebangkitan Nasionalisme?

Faktor luaran
1. Gerakan pemulihan Islam di Mesir: a) Akhir abad ke-19, telah bermulanya satu gerakan pemulihan atau reformis di Timur Tengah khususnya di Mesir. Gerakan ini dipelopori

oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin Al-Afghani yang memperjuangkan konsep Pan-Islamisme atau pemulihan Islam yang telah disebarkan dalam Majalah Al-Manar di Kaherah (Cairo), Mesir. b) Gerakan reformis Islam yang berkonsepkan Pan-Islamisme mempunyai matlamat-matlamat perjuangan seperti berikut: i. Berusaha menyatukan dunia Islam bagi memperolehi kekuatan untuk menentang perluasan kuasa dan pengaruh barat. ii. Membebaskan umat Islam di seluruh dunia daripada kepercayaan kuno (kolot) dan ortodoks. Kepercayaan ini dianggap telah membelenggu pemikiran dan menjadi punca kemunduran umat Islam. iii. Memulihkan kesucian ajaran agama Islam yang tercemar akibat pengaruh barat, dan menyeru masyarakat Islam agar kembali kepada ajaran agama Islam yang sebenar berdasarkan alQuran dan al-Hadis. iv. Menghapuskan persaingan ekonomi daripada kaum-kaum lain dengan menggalakkan umat Islam menceburkan diri dalam pelbagai kegiatan ekonomi agar setanding dengan orang asing. v. Memperjuangkan emansipasi wanita atau taraf kaum wanita dengan memberi galakan kepada mereka menceburkan diri dalam bidang pendidikan moden dan kegiatan kemasyarakatan. Ianya bertujuan untuk meningkatkan taraf kaum wanita setanding dengan kaum lelaki. c) Akibat galakan daripada pemerintah Inggeris di Tanah Melayu, ramai pelajar Islam telah melanjutkan pelajaran ke luar negara khususnya di Timur Tengah iaitu di Mesir. Di sana mereka telah didedahkan dengan idea Pan-Islamisme yang diperjuangkan oleh Syeikh Muhammad Abduh berserta golongan al-Manar di Kaherah. Sekembalinya mereka ke tanah air, mereka telah mula menyebarkan idea ini melalui Gerakan Islah-Islamiah untuk memperjuangkan kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu. Kemunculan gerakan Islah-Islamiah menandakan bermulanya kebangkitan nasionalisme awal di Tanah Melayu yang diilhamkan oleh Gerakan Reformis Islam di Mesir.

d) Tokoh-tokoh yang terlibat dengan gerakan ini ialah Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Haji Abas bin Mohammad Taha, Sheikh Mohammad Salim al-Kalali dan Mohammad Yunus bin Abdul Hamid. 2. Pengaruh Gerakan Turki Muda: a) Kebangkitan nasionalisme Melayu juga dipengaruhi oleh kebangkitan nasionalisme di Turki, kerana Sultan Turki dianggap sebagai khalifah iaitu pemimpin umat Islam di dunia. Justeru itu, Gerakan PanIslamisme di Timur Tengah berusaha menyatukan semua umat Islam di dunia di bawah kekuasaan Empayar Turki atau Empayar Uthmaniah. b) Gerakan ini telah tersebar ke Tanah Melayu dan mempengaruhi kebanyakkan umat Islam. Salah seorang ulama terkenal iaitu Sheikh Haji Wan Ahmad bin Haji Wan Muhammad Zain telah mengasaskan Gerakan Pan-Islamisme di Tanah Melayu. Beliau telah berusaha menyatukan Kelantan dan Patani untuk menentang kekuasaan Siam ke atas kedua-dua wilayah tersebut di samping berusaha membentuk sebuah negara Islam yang kuat di bawah naungan Empayar Islam di Turki. Walau bagaimanapun, rancangan tersebut telah ditentang oleh pemerintah Inggeris. c) Kemudian, pengaruh Pan-Islamisme telah tersebar ke Singapura. Menjelang tahun 1915, dua orang tokoh Pan-Islamisme iaitu Kassim Ismail Mansur dan Nur Alam Syah telah mengisytiharkan perang jihad di Singapura. Dalam perang jihad tersebut, masyarakat Islam digalakkan bersatu dengan askar India-Muslim melancarkan dahagi untuk menentang Inggeris. Meskipun dahagi tersebut gagal, namun gerakan ini telah mencetuskan idea kepada orang-orang Islam untuk menentang penjajah Inggeris. d) Di samping itu, kemunculan Gerakan Turki Muda di bawah pimpinan Mustapha Kamal Attarturk juga turut mempengaruhi gerakan kebangsaan di Tanah Melayu. Matlamat utama pergerakan ini adalah untuk: i. Menamatkan sistem khalifah di Turki yang wujud sejak tahun 1300 Masihi.

ii.

Membangkitkan sentimen nasionalisme dalam kalangan orang Turki yang mmemperjuangkan satu bangsa,sau bahasa, dan satu negara.

iii. iv.

Memodenkan negara Turki berasaskan teknologi barat. Memberi peluang yang lebih luas kepada rakyat menguasai bidang ekonomi.

e) Pada tahun 1924, Gerakan Turki Muda telah berjaya menamatkan sistem khalifah di Turki dan digantikan dengan sistem republik. Ini bermakna kebangkitan sistem khalifah yang menjadi kebanggaan seluruh umat Islam di dunia telah musnah. Justeru itu, tindakan Mustapha Kamal bersama Gerakan Turki Muda yang menyelapkan sisem kekhalifahan di Turki telah menerima kecaman hebat dari umat Islam di seluruh dunia. Meskipun demikian, kejayaan gerakan tersebut dalam bidang ekonomi telah memberi ilham kepada golongan reformis di Tanah Melayu untuk menuntut kemajuan dan keadilan sosioekonomi di samping berusaha mendapatkan kebebasan dari belenggu penjajah inggeris. 3. Perang Russia-Jepun 1904 1905: a) Rancangan pemulihan Maharaja Meiji di Jepun pada tahun 1868 dalam usaha memodenkan negaranya terutamanya dalam bidang ketenteraan telah membawa kepada kemuunculan negara Jepun sebagai sebuah negara yang kuat dan moden di rantau Asia. Kekuatan Jepun telah teruji melalui kejayaanya seperti yang berikut: i. Pada tahun 1894 1895, Jepun telah berjaya menewaskan negara China dalam Perang China Jepun. Perjanjian Shimonoseki yang ditandatangani pada tahun 1895 telah memberikan kosesi yang lebih luas kepada Jepun dan kuasa barat di negara China. Imej negara China jatuh, sebaliknya Jepun mula dianggap sebagai kuasa yang kuat dan mula dihormati. ii. Pada tahun 1904 1905, Jepun telah berjaya mengalahkan Rusia dalam Perang Rusia Jepun. Kekalahan Rusia (kuasa barat) di tangan Jepun (kuasa timur) semakin jelas membuktikan kekuatan Jepun.

b) Kemenangan Jepun pada tahun 1905 telah membuka mata minda orang-orang Melayu serta mencetuskan ilham untuk menentang penjajahan kuasa barat. Kejayaan ini sekali gus telah menghapuskan anggapan bahawa orang-orang timur lemah dan orang-orang barat kuat dan sukar dikalahkan. Kemenangan Jepun ini telah menyedarkan orang Asia terutamanya orang-orang Melayu bahawa negara yang maju dalam bidang pendidikan dan teknologi barat serta bersatu-padu seperti Jepun dapat menjadi kuat untuk menentang penjajahan barat. Justeru itu, masyarakat dunia mul menganggap bahawa orang timur tidak semestinya lemah. Jika Jepun dapat menewaskan Rusia, maka tidak mustahil bagi orang Melayu untuk menewaskan pemerintah Inggeris di negara mereka. c) Usaha Jepun yang bersungguh-sungguh serta bukti kejayaan yang dicapai oleh mereka telah mempengaruhi pemikiran golongan reformis di Tanah Melayu seperti Syed Sheikh Ahmad al-Hadi untuk memperjuangkan kemajuan sosio-ekonomi orang-orang Melayu melalui ajaran agama Islam sebenar. Perjuangan seterusnya disambung oleh golongan radikal Melayu untuk menuntut kebebasan dan kemerdekaan bagi Tanah Melayu daripada Inggeris. 4. Pengaruh Dari Indonesia: a) Kemunculan nasionalisme Melayu juga dipengaruhi oleh nasionalisme yang berlaku di Indonesia. Ini kerana Tanah Melayu dan Indonesia mempunyai hubungan yang rapat serta mempunyai cirri-ciri persamaan dalam banyak perkara. Kedua-dua negara mempunyai persamaan dari segi agama, bahasa, keturunan darah dan nilai-nilai budaya. b) Justeru itu, perkembangan nasionalisme di Indonesia telah mempengaruhi pemikiran politik nasionalis awal di Tanah Melayu. Pada peringkat awal, kedua-dua negara telah memperjuangkan nasionalisme melalui ajaran agama Islam yang sebenar. c) Buktinya, kemunculan Syarikat Dagang Islam atau Sarekat Islam pada tahun 1912 di Indonesia di bawah pimpinan Haji Omar Said Tjokroaminoto telah mempengaruhi nasionalis sederhana di Tanah Melayu seperti Syed Sheikh Ahmad al-Hadi dan Sheikh Tahir

Jalaluddin. Meraka yang dikenali sebagai Kaum Muda telah melancarkan Gerakan Islah-Islamiah bagi memperjuangkan kemajuan sosio-ekonomi orang-orang Melayu melalui ajaran agama Islam yang sebenar. Kemudian, perjuangan radikal Parti Nasional Indonesia oleh Sukarno pada tahun 1927 telah mempengaruhi nasionalis radikal berjuang untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah Inggeris. Di samping itu, nasionalisme Indonesia juga telah menjadikan agama Islam sebagai alat penyatuan rakyat untuk mendapatkan kekuatan bagi menentang Belanda. Idea ini juga digunakan oleh nasionalis di Tanah Melayu untuk menyatukan orang Melayu bagi menentang Inggeris. d) Oleh yang demikian, perkembangan nasionalisme Melayu telah berkembang sejajar dengan pergerakan nasionalisme Indonesia. Kedua-dua negara saling mempengaruhi di antara satu sama lain untuk menjayakan impian politik masing-masing. Yang jelas, perkembangan nasionalisme di Indonesia telah berjaya menyuntik semangat baru dan mencetuskan pemikiran politik yang lebih optimis di Tanah Melayu untuk menggerakkan wawasan nasionalisme.

Faktor dalaman
1. a) Agama: Agama Islam banyak memberi sumbangan penting dalam membangkitkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan orang-orang Melayu. Di Tanah Melayu, isu agama Islam digunakan sebagai alat kemajuan yang bertanggungjawab menyedarkan masyarakat Islam tentang punca kemunduran orang-orang Melayu. Sebagai contoh, gerakan reformis Islam seperti yang diperjuangkan oleh Syed Sheikh Ahmad al-Hadi telah menjadikan agama Islam sebagai asas perjuangan dalam Gerakan IslahIslamiah. Golongan ini menegaskan bahawa punca kemunduran orangorang Melayu disebabkan gagal mengikut ajaran agama Islam yang sebenar. Justeru itu, beliau menyeru masyarakat Islam supaya kembali kepada ajaran agama Islam yang sebenar berasaskan al-Quran dan alHadis. Punca sebenar umat Islam ketinggalan dalam pelbagai bidang kemajuan sosio-ekonomi berbanding kaum-kaum lain di Tanah Melayu bukanlah disebabkan ketidakupayaan mereka bersaing, tetapi kelalaian mereka untuk meneliti serta memahami hakikat ajaran agama Islam yang sebenar. Oleh itu, isu agama telah berjaya membangkitkan kesedaran dan memberi perangsang kepada umat Islam untuk menerima perubahan. b) Selain itu, isu agama juga digunakan untuk menyemarakkan semangat jihad dalam kalangan orang Islam bagi mempertahankan agama Islam daripada ancaman pengaruh barat. Usaha mengembalikan kesucian agama Islam merupakan tanggungjawab yang wajib ke atas umat Islam bagi menegakkan agama Allah. Kehadiran orang Inggeris dianggap sebagai orang kafir dan undang-undang yang telah diperkenalkan telah dikritik sebagai undang-undang kafir yang tidak boleh dipatuhi oleh umat Islam. Penerimaan undang-undang kafir dipercayai boleh merosakkan aqidah umat Islam dan dengan itu ia wajib diperangi bagi mengelakkan isu murtad dalam kalangan orang Islam. Beberapa tokoh di Tanah Melayu pernah mengkritik pentadbiran Inggeris dengan membangkitkan isu agama Islam. Contohnya, Haji Abdul Rahman bin Abdul hamid atau Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu telah mengecm hebat pihak

Inggeris akibat pengenalan peraturan tanah baru dan sistem cukai. Menurut beliau,tanah adalah hak Allah dan pihak Inggeris tidak boleh mengenakan cukai ke atas tanah sesuka hati. Sementara Haji Musa Minangkabau atau Haji Musa bin Abdul Ghani pula mengkritik peraturanperaturan Inggeris tersebut dengan menegaskan praturan baru Inggeris sebagai undang-undang kafir dan tidak boleh dipatuhi oleh umat Islam. Justeru itu, penentangan terhadap Inggeris dianggap sebagai perang jihad yang wajib ke atas umat Islam. Pejuang yang terkorban dikatakan sebagai mati syahid dan diberi jaminan syurga di akhirat kelak. c) Di samping itu, agama Islam juga dijadikan sebagai lambang perpaduan dan penyatuan rakyat bagi memperolehi kekuatan bagi menentang Inggeris. Masalah perpaduan dalam kalangan bangsa Melayu adalah sukar memandangkan masyarakat Melayu terdiri daripada pelbagai suku kaum yang berbeza. Antara suku-suku kaum yang terdapat di Tanah Melayu ialah Jawa, Minangkabau, Banjar, Bugis, Acheh, dan suku kaum di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan, Bidayuh, Dusun, dan lain-lain. Justeru itu, persamaan agama dianggap penting dan ia dianggap sebagai penyelamat kepada perpecahan bangsa Melayu. Melalui agama Islam, semua suku kaum di Tanah Melayu dapat disatukan dan dari sinilah lahirnya kekuatan dan semangat untuk menentang Inggeris di Tanah Melayu berdasarkan ungkapan bersatu teguh, bercerai roboh. 2. a) Bahasa dan Kesusasteraan: Golongan nasionalis di Tanah Melayu menggunakan karya penulisan sebagai medan utama untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Pena merupakan alat penting untuk membangkitkan kesedaran perjuangan bagi menuntut keadilan dan kebebasan dari penjajah Inggeris. Hasil karya sastera bukanlah unutk hiburan semata-mata, tetapi yang lebih penting ialah untuk menimbulkan sentimen nasionalisme untuk membela nasib bangsa Melayu. Antara hasil-hasil karya sastera yang diterbitkan ialah novel, cerpen, dan puisi seperti syair, sajak, pantun dan lain-lain. b) Melalui novel Dari Perangkap Ke Penjara dan cerpen Rumah Besar Tiang Seribu karya Ishak Haji Muhammad, penulis telah berusaha membangkitkan kesedaran masyarakat Melayu tentang punca

kemunduran dan kemerosotan mereka dalam pelbagai bidang ekonomi. Tegasnya, orang Melayu lebih banyak memberi tumpuan kepada soal-soal agama sehinggakan mereka alpa atau lalai terhadap penguasaan kekayaan ekonomi oleh kaum Cina. Situasi ini telah menjejaskan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu. c) Melalui novel Hikayat Faridah Hanum yang ditulis oleh Syed Sheikh Ahmad al-Hadi serta novel Iakah Salmah karya Ahmad Rashid Talu, penulis telah menyuarakan isu emansipasi wanita. Meraka menegaskan bahawa wanita Islam moden patut diberi kebebasan dan hak yang sama dengan kaum lelaki terutamanya dalam pendidikan moden dan kegiatan sosial. Wanita Islam seharusnya berusaha menyesuaikan diri dengan kehidupan yang moden dan mencabar agar tidak ketinggalan dalam kehidupan. Cara ini paling baik dan berkesan bagi menyelesaikan segala kepincangan dan kelemahan masyarakat, khususnya bangsa Melayu. d) Cerpen Shamsuddin Salleh iaitu Cermin Pergaulan Hidup Di Dunia telah berjaya mencetuskan kesedaran kebangsaan dalam kalangan bangsa Melayu apabila melihat kedaulatan bangsa yang telah dirampas oleh penjajah Inggeris. Lebih malang lagi, raja-raja Melayu telah dijadikan pemerintah boneka disebabkan kehilangan kuasa memerintah yang telah diambil alih oleh penjajah. Atas alasan ini, pengembalian maruah bangsa harus dipertahankan oleh orang Melayu agar kedaulatan negara terus dipelihara. e) Selain novel dan cerpen, ketidakpuasan hati orang-orang Melayu juga dibangkitkan melalui penulisan puisi. Antara hasil-hasil puisi yang bertemakan semangat kebangsaan Melayu telah dirakamkan oleh Harun Aminurrashid menerusi karyanya iaitu Mesti Ingat, Semenanjung Tenaga Kaum Ku, Seloka Harapan, Rayuan Bangsaku, Oh Bangsaku, Mempertahankan Hak Kita, dan Perwira Melayu. f) Melalui puisi Seloka Harapan, Harun Aminurrashid cuba menyedarkan orang Melayu supaya jangan terus berdiam diri tetapi bertindak sesuatu bagi menghapuskan segala kekurangan dan kemunduran dengan memperlihatkan kemajuan orang asing. Orang Melayu seharusnya belajar dari sikap gigih orang Cina untuk mengejar kemajuan dan kekayaan ekonomi. Di samping itu, beliau juga mengingatkan orang Melayu supaya

berganding bahu dan bersatu-padu untuk mencapai kejayaan yang diimpikan agar tidak terus berada di bawah telunjuk orang asing. Segalanya digambarkan seperti berikut : Tidakkah sedar kaumku sekarang, Tanahmu gelap menjadi terang, Banyak manusia datang bersarang, Melainkan kita sahaja yang kurang, Bukankah sekarang kaumku Melayu, Orang memandang kamu nan layu, Tidakkah mesti insaf dan sayu, Kita umpama tunggul kayu g) Umumnya, bidang kesusasteraan merupakan senjata cukup bermakna untuk meluahkan segala ketidakpuasan hati terhadap ketidakadilan pemerintah Inggeris di samping cuba menyedarkan masyarakat Melayu tentang kemunduran dan menaikkan semangat nasionalisme mereka. Orang-orang Melayu diseru supaya bangkit berjuang mendaulatkan bangsa Melayu. Meskipun ungkapan kata-kata yang digunakan lembut, tetapi mempunyai sindiran yang cukup sinis terhadap kelalaian orang Melayu, penindasan ekonomi oleh kaum asing serta ketidakadilan penjajah Inggeris. h) Justeru itu, bidang kesusasteraan telah menyedarkan orang Melayu tentang perjuangan golongan intelektual untuk melindungi agama Islam, bansa Melayu dan,Tanah Melayu. Matlamat ini tidak akan tercapai tanpa bantuan dan kerjasama dari seluruh rakyat di Tanah Melayu.

3. Kewartawanan: a) Bidang kewartawanan juga tidak kurang pentingnya dalam membangkitkan kesedaran dalam kalangan orang Melayu di Tanah Melayu. Penerbitan akhbar dan majalah telah membuka minda orang-orang Melayu agar memperjuangkan hak mereka dalam aspek politik, ekonomi mahupun dari aspek sosial. b) Pada tahun 1906, sebuah akhbar Melayu pertama telah diterbitkan di Singapura yang dikenali sebagai al-Imam oleh golongan berpendidikan Arab yang dipengaruhi oleh gerakan Pan-Islamisme di Timur Tengah. Tokoh-tokoh yang terlibat dalam penerbitan alImam ialah Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Haji Abas bin Haji Mohd. Abas, Sheikh Muhammad Salim al-Kalali dan Sheikh Tahir Jalaluddin. Penerbitan akhbar ini adalah bertujuan untuk mengingatkan mana-mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan. c) Ungkapan tersebut jelas membuktikan ketidakpuasan hati golongan reformis terhadap bangsa Melayu yang hidup dalam kemunduran dan jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang jika dibandingkan dengan kaum asing. Justeru itu, akhbar ini cuba mencungkil dan mengembalikan kesedaran orang-orang Melayu agar terus mencapai kemajuan berdasarkan ajaran al-Quran dan al-Hadis. Seharusnya orang-orang Melayu menjauhkan diri dari unsur-unsur adat dan kepercayan lain yang bercanggah dengan ajaran agama Islam sebenar. d) Perjuangan yang disuarakan oleh akhbar al-Imam diteruskan oleh penerbitan akhbar dan majalah lain seperti Al-Ikhwan (Pulau Pinang,1926 - 1931), Neracha (Singapura ,1910 - 1915), Tunas Melayu (1913), dan Al-Islam (1914). e) Selain daripada membincangkan kemunduran sosio-ekonomi orang-orang Melayu, terdapat juga penerbitan akhbar danmajalah yang membincangkan isu politik orang Melayu iaitu Idaran Zaman (Pulau Pinang, 1925 1930), Saudara (Pulau Pinang, 1928 1941), Warta Malaya dan Majlis.

f) Idaran Zaman dan Warta Malaya menyokong penuh penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) pada tahun 1926 dan menyeru orang Melayu menubuhkan persatuan politik di seluruh Tanah Melayu bagi melindungi kepentingan politik dan hak orang Melayu. Saudara pula mendesak umat Islam agar turut mempertahankan tanah air daripada penguasaan dan penindasan penjajah Inggeris. Akhbar Majlis pula memainkan peranan penting membangkitkan kesedaran dan mendesak orang Melayu agar bergiat cergas dalam pergerakan politik. g) Umumnya, bidang kewartawanan memainkan peranan penting dalam mencetuskan kesedaran dan idea nasionalisme dalm kalangan bangsa Melayu di Tanah Melayu sepanjang abad ke-20. 4. Sistem Pendidikan dan Kebangkitan Golongan Intelektual: a) Pemerintah Inggeris telah memberi satu perkembangan baru dalam bidang pendidikan di Tanah Melayu. Masyarakat melayu terutamanya golongan bangsawan digalakkan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di dalam atau luar negara. Akibatnya, telah lahir satu golongan intelektual yang merupakan golongan menengah Melayu yang berpelajaran tinggi. Mereka memberi sumbangan penting dalam membangkitkan gerakan nasionalisme. b) Sistem pendidikan yang terawal di Tanah Melayu ialah berasaskan pendidikan agama Islam. Pada peringkat ini, sekolah-sekolah pondok memainkan peranan penting sebagai institusi pendidikan tertinggi dalam kalangan masyarakat Melayu. Sekolah pondok menyediakan pembelajaran yang meliputi pelbagai bidang, iaitu soal ibadah, falsafah, perundangan Islam, kesusasteraan, sejarah Islam, pendidikan akhlak dan lain-lain. Setelah tamat pengajian di sekolah pondok, pelajarpelajar tersebut digalakkan melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah untuk mendalami pengetahuan yang berkaitan agama Islam. Di sana, mereka telah terpengaruh oleh gerakan reformis Islam yang diperjuangkan oleh Sheikh Muhammad Abduh serta rakan-rakannya. Sekembali ke tanah air, mereka mula menjalankan pemulihan terhdp ajaran Islam yang diselewengkan, tanah air dari belenggu penjajah,

iaitu kuasa Inggeris. Golongan reformis islam yang lahir hasil perkembangan pendidikan Arab ini ialah: i. ii. iii. iv. Syed Sheikh Ahmad al-Hadi Sheikh Tahir Jalaluddin Haji Abas Mohammad Taha Sheikh Mohammad Salim al-Kalali.

c) Sementara itu, perkembangan sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura pula telah melahirkan golongan intelektual Melayu yang berpendidikan Inggeris. Sebahagian besar daripada mereka mendapat pendidikan di Makab Melayu Kuala Kangsar dan di Raffles Institution di Singapura. Anatra golongan intelektual tersebut ialah Raja Chulan dan Mohd. Eunos Abdullah. Sebagai golongan elit Melayu, mereka telah berusaha memperjuangkan hak dan keistimewaan orang-orang Melayu. Di samping itu, mereka juga menuntut supaya pemerintah Inggeris memberi keutamaan dan hakhak keistimewaan kepada orang-orang Melayu sama seperti yang diberikan kepada orang-orang Inggeris di Tanah Melayu. d) Sistem pendidikan Melayu juga turut berkembang di Tanah Melayu hasil penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922. MPSI telah dijadikan pusat pertemuan golongan intelektual Melayu dari serata tanah air. Mereka telah menonjolkan isu tentang kesedaran bangsa Melayu dan kesedaran untuk memajukan serat membaiki nasib orang-orang Melayu. Api kesedaran terhadap bangsa Melayu turut dibangkitkan oleh pensyarah-pensyarah yang bertugas di MPSI seperti Abdul Hadi Haji Hassan dan Buyong Adil. Idea mereka yang lebih agresif dan berani telah menanamkan sentimen kebangsaan dalam kalangan penuntut MPSI terutamanya Ibrahim Yaakob dan Hassan Manan. Hasilnya terbentuklah penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Kuala Lumpur pada tahun 1938 oleh Ibrahim Haji Yaakob. Beliau dibantu oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Abdul Karim Rashid, Onan Haji Siraj, Hassan Manan, Isa Muhammad b. Mahmud dan Ahmad Boestaman. e) KMM merupakan parti radikal yang mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan pihak penjajah iaitu pemerintah Inggeris. Parti ini

dengan beraninya telah mengutuk Kerajaan Inggeris dan mendesak diadakan pembaharuan dan pemerintahan sendiri. Dalam erti kata lain, mereka berusaha menggulingkan pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu. Perjuangan mereka lebih mirip kepada perjuangan radikal Sukarno dalam Parti Nasional Indonesia dan Parti Komunis Indonesia di bawah pimpinan Tan Malaka. f) Sebagai kesimpulannya, didapati bahawa sistem pendidikan dan kelahiran golongan intelektual yang berpendidikan Arab, Inggeris, dan Melayu telah berjaya meniupkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu di Tanah Melayu. Mereka tidak hanya menyedarkan orang Melayu, malah turut berjuang mendapatkan perlindungan terhadap hak-hak orang Melayu serta seterusnya menuntut kemerdekaan sepenuhnya daripada penjajah Inggeris.

You might also like