You are on page 1of 66

UHAP 6013

Seksyen 1
Tugasan Berkumpulan

Tajuk:
Globalisasi

Ahli Kumpulan
1. Nur Nabihah binti Yusof ( Sarjana Falsafah, Fizik. MSC143014)
2. Cindy Lee Ik Sing (Doktor Falsafah, Kejuruteraan Alam Sekitar,
PKK143013)
3. Teng Yi Siew (Sarjana Kejuruteraan, Bioproses, MK133060)
4. Noor Farhana Azilah Binti Ab Latif (Sarjana Falsafah, Pengurusan.
MHA143003)
5. Su?

Pensyarah :

Dr. Fadilah binti Hj. Zaini

ii

ISI KANDUNGAN

BAB

TAJUK

PENGENALAN
1.1

Definisi Globalisasi

CABANG & KESAN GLOBALISASI


2.1 Globalisasi dalam Politik
2.2 Globalisasi dalam Sosial & Budaya
2.3 Globalisasi dalam Pendidikan
2.4 Globalisasi dalam Ekonomi

M/S

KESIMPULAN

RUJUKAN

iii

Penghargaan

Alhamdulilah, akhirnya kami sekumpulan berjaya menyiapkan tugasan bertajuk


Globalisasi hasil dari kerjasama ramai pihak. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada
Dr. Fadilah Bt. Hj. Zaini atas segala nasihat, dorongan, bantuan dan keprihatinan semasa
menyempurnakan kerja kursus ini. Buah fikiran Dr Fadilah Bt. Hj. Zaini banyak membantu kami
untuk mencari maklumat yang memberansangkan. Malah,beliau senang dihubungi sepanjang
sesi penyeliaan untuk semester ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ahli keluarga,
pustakawan UTM dan ahli kumpulan yang sentiasa menghulurkan bantuan, motivasi serta
berjuang bersama-sama untuk mengharungi cabaran secara langsung dan tidak langsung di
dalam menyempurnakan kerja kursus ini.

1.0

Pengenalan

Globalisasi bukanlah satu fenomena baru yang tercetus di abad ini. Proses globalisasi ini
telah berlaku sejak berabad lamanya dan berlaku seiring dengan perubahan zaman yang berlaku.
Waters(1995) menyatakan bahawa globalisasi telah pun menjadi konsep kontemporari sejak
dekad 1990-an.
Mittelman (1996) pula menjelaskan bahawa globalisasi juga dikatakan menjadi konsep
penting yang dapat membantu memahami transformasi masyarakat di dunia dengan memberikan
perhatian kepada perubahan asas yang berlaku dalam era selepas Perang Dingin. Abdul Rahman
(2000) pula menegaskan bahawa memang terdapat beberapa perkembangan sosiopolitik,
teknologi dan ekonomi yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua, khususnya sejak 1960-an
yang membawa kesan ke atas kesedaran manusia sehingga muncul semacam 'revolusi' dalam
pemikiran mereka.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2013), globalisasi merupakan suatu proses yang
membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluas
ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dgn adanya kemudahan sistem
komunikasi, dasar terbuka dan sebagainya.
Seorang tokoh terkemuka dalam isu globalisasi, Kenichi Ohmea berpendapat globalisasi
adalah sebagai satu dunia tanpa sempadan yang bertujuan untuk mengubah dunia menjadi satu
unit sahaja. Proses ini dipermudahkan lagi dengan adanya kemajuan dalam bidang
telekomunikasi dan perhubungan.
Globalisasi dianggap sebagai satu isu sejagat yang memberi impak kepada sosial, budaya,
ekonomi dan politik sesebuah negara. Melalui globalisasi, berlakunya proses penggabungan
ekonomi sejagat menerusi perdagangan, aliran modal, limpahan teknologi, jaringan maklumat,
mobilisasi sumber manusia dan percantuman budaya.
Jelasnya, globalisasi telah membawa satu fenomena yang membawa perubahan kepada
dimensi politik, ekonomi, perdagangan, teknologi, ideologi, sosial, budaya, agama, maklumat,
demografi, komunikasi masyarakat dunia. Penduduk dunia kini saling terikat dalam satu bentuk
jaringan dan bergantungan di antara satu sama lain merentasi ruang dan masa.

2.0

CABANG GLOBALISASI

2.1

GLOBALISASI DALAM POLITIK

Globalisasi dan kolonialisme


Aktiviti perdagangan merupakan satu daripada sebab berlakunya proses globalisasi di
zaman lampau. Melalui perdagangan ini berlakunya aktiviti globalisasi ekonomi dalam bentuk
pertukaran barangan, budaya dan bahasa. Sebagai contoh, sebelum kurun ke 14, pedagangpedagang arab telah mula belayar ke Asia Tenggara dan Asia Timur untuk berdagang di samping
menyebarkan agama Islam kepada rakyat tempatan. Begitu juga dengan pedagang dari Negara
China yang belayar ke Asia Tenggara untuk berdagang. Ini menyebabkan berlaku proses
globalisasi budaya, sosial dan ekonomi berlaku kepada negara-negara yang mempunyai
hubungan dagangan dengan mereka. Tiada campur tangan dalam politik dan pentadbiran yang
berlaku, hanya aktiviti ekonomi dan dagangan yang dipentingkan.
Bertentangan dengan negara-negara barat yang melakukan pelayaran ke benua Asia dan
Afrika dengan tujuan untuk mencari dunia baru yang kaya dengan sumber alam untuk
kepentingan ekonomi mereka. Menggunakan tiga prinsip iaitu Gold, Gospel and Glory mereka
melakukan penjajahan dan melaksanakan kolonialisme yang turut mencetuskan fenomena
globalisasi dengan penduduk tempatan. Dengan kemajuan teknologi dan kelengkapan perang
mereka pada masa itu, dengan mudah mereka menakluk negara-negara di Asia dan Afrika dan
membentuk koloni penempatan baru di Negara-negara tersebut.
Institusi pentadbiran dan politik sedia ada di Negara tersebut berubah mengikut acuan
yang ditentukan oleh penjajah. Kolonialisme ini membawa pelbagai perubahan kepada rakyat
tempatan daripada segi politik, sosio budaya dan ekonomi yang kesannya boleh dilihat sehingga
kini.
Semasa era kolonialisme ini, kuasa-kuasa barat turut bersaing sesama sendiri untuk
meluaskan kuasa empayar mereka. Sebagai contoh, semasa era kolonialisme India dijajah oleh
British, Vietnam dijajah oleh Perancis dan Filipina dijajah oleh Amerika Syarikat.

Seiring dengan perubahan zaman, kuasa politik barat juga turut berubah dan beberapa
kuasa-kuasa besar negara barat telah mendominasi kuasa dan hala tuju politik di peringkat
antarabangsa. Sebelum era Perang Dingin, dunia terbahagi kepada blok kapitalis dan komunis.
Walau bagaimanapun setelah tamat era Perang Dingin pada 1991 dan kejatuhan Kesatuan
Soviet, hanya satu kuasa sahaja yang mendominasi dunia iaitu Amerika Syarikat.
Pemimpin mereka sentiasa menonjolkan diri sebagai orang yang bersimpati pada
penindasan dan ketidakadilan yang wujud di dunia ini. Mereka ini sebenarnya tidak bersimpati
sebaliknya menggunakan alasan ini untuk menceroboh negara-negara yang dikatakan melakukan
penindasan untuk kepentingan dan agenda mereka yang tersendiri.
Dengan semakin pesatnya perkembangan globalisasi di zaman ini, dalam konteks negara
bangsa (nation state), boleh dikatakan ianya tiada beza dengan kolonialisme, cuma ia dilihat
dalam dimensi penjajahan era baharu. Globalisasi yang berlaku mengikut terma dan norma barat
yang tiada batasan. Ini menjadi ancaman kepada kedaulatan negara yang sedang membangun
dan bangsa yang lemah dari segi mental dan spiritual akan binasa dan turut mengancam
ketamadunan manusia.

Kedaulatan dan Ancaman Globalisasi kepada Malaysia


Apabila membincangkan tentang soal kedaulatan negara, ia secara tidak langsung
mempunyai kaitan dengan soal keselamatan negara. Sebagai unit-unit dalam konteks negara,
peranan rakyat dalam erti mempertahankan kedaulatan negara amat penting kerana ia akan
membawa implikasi terhadap memperkasa soal ketaatan yang tak berbelah demi menjamin
keselamatan terhadap negara.
Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun turut melalui ujian gelombang
globalisasi yang agak getir. Masyarakat Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum
(multi racial) dan dirumuskan sedang menghadapi cabaran ke arah pembentukan sebuah negara
bangsa yakni bangsa Malaysia. Masyarakat dalam konteks ini terdiri daripada pelbagai kaum
yang mempunyai budaya, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun kaum yang
berlainan berganding bahu di bawah satu sistem politik yang sama, tetapi kehidupan mereka
berasingan.

Interaksi di kalangan mereka juga agak kurang dan hubungan antara kaum agak terbatas dengan
setiap kaum mempunyai fungsi-fungsi ekonomi yang tersendiri. Persoalannya, generasi kini
yang mewarisi konsep masyarakat majmuk di negara ini masih menghadapi persoalan dan
dilema akibat impak segmentasi zaman kolonial British.

Sejarah politik Malaysia


Sistem politik dan pentadbiran moden di Malaysia sebenarnya diwarisi dan diubah suai
dari penjajah Inggeris yang juga melibatkan idea demokrasi. Sebelum penjajahan British, sistem
politik Tanah Melayu banyak dipengaruhi oleh corak sosio-budaya masyarakat Melayu yang
feudal menerusi autonomi dan kuasa yang dinyahpusatkan antara sultan dan pembesar (Gullick,
1972). Sistem ini didapati agak kondusif untuk perkembangan demokrasi. Apabila Inggeris tiba
di Tanah Melayu, sistem ini dikekalkan oleh Inggeris kerana dua sebab, untuk memastikan tiada
penentangan terhadap pentadbiran Inggeris dan memudahkan proses transisi sistem pentadbiran
tradisional ini kepada sistem pentadbiran yang lebih moden dan sistematik.
Di peringkat permulaan, strategi ini berjaya mengawal politik Tanah Melayu disebabkan
kepintaran Inggeris untuk tidak menghapuskan terus sistem politik tradisional yang sedia ada,
sebaliknya disesuaikan dengan sistem pemerintahan Inggeris mengikut acuan dan kepentingan
Inggeris di Tanah Melayu ketika itu. Kejayaan sistem politik dualiti Inggeris ini berkait rapat
dengan keberkesanan Inggeris dalam mengawal golongan Istana dan Pembesar Melayu menerusi
pemberian kuasa autonomi dalam hal ehwal agama dan adat resam Melayu, serta dasar pecah
dan perintah yang berjaya memisahkan masyarakat di Tanah Melayu secara total dalam segenap
aspek. Sistem politik ini bertahan sehinggalah Perang Dunia Ke-2 meletus. Sekembalinya
Inggeris pasca perang, legasi politiknya di Tanah Melayu telah berubah wajah.
Apabila cadangan Inggeris untuk menyatukan pentadbiran Tanah Melayu di bawah
gagasan Malayan Union tahun 1946 ditolak oleh majoriti orang Melayu, Inggeris seakan
menyedari bahawa masa mereka di Tanah Melayu semakin hampir ke penghujungnya, sama
seperti di India, Sri Lanka dan lain-lain jajahan empayar mereka. Inggeris melihat sistem feudal
kesultanan Melayu sebagai pusat kuasa dalam struktur politik orang Melayu tidak lagi sekukuh
sebelumnya.

Dalam masa yang sama, kesedaran politik orang bukan Melayu terutamanya kaum Cina
dan India sudah mula meningkat berbanding dahulu yang lebih pasif dan bersifat ekonomi dan
sosial. Pelbagai parti politik mula ditubuhkan atas kesedaran ini.
Ketika itu UMNO pimpinan Dato Onn Jaafar muncul sebagai unit Tahun 1946-1957
dianggap sebagai era transisi politik Malaysia. Sesudah kejayaan UMNO menumbangkan
gagasan Malayan Union yang dilihat mengancam kedudukan orang-orang Melayu, idea untuk
menuntut kemerdekaan dan berkerajaan sendiri mula timbul di kalangan pemimpin UMNO.
Malangnya, kerencaman kaum yang wujud di Tanah Melayu ketika itu digunakan Inggeris
sebagai senjata sulit untuk menggagalkan, setidak-tidaknya melambatkan proses kemerdekaan
Tanah Melayu.

Kesan perubahan politik dan pentadbiran di Tanah Melayu


Secara umumnya terdapat empat kesan utama perubahan yang dibawa oleh Inggeris dalam
sistem politik dan pentadbiran di Tanah Melayu pada masa itu:
1. Perubahan sistem ekonomi feudal kepada kapitalis akibat kemasukan modal asing secara
besar-besaran. Inggeris mengaut keuntungan yang banyak hasil daripada pelombongan
bijih timah.
2. Perubahan demografi masyarakat di mana Inggeris membawa masuk ramai buruh asing
dari China dan India untuk bekerja di sektor perladangan dan pelombongan. Dasar pecah
dan perintah Inggeris membentuk masyarakat mengikut aktiviti ekonomi dan
penempatan.
3. Pengenalan sisten residen. Kuasa raja hanya tertakluk kepada adat resam dana agama
Islam. Ini menyebabkan kuasa raja dan pembesar terbatas. Residen menjadi penasihat
kepada raja. Hal-hal pentadbiran dikuasai oleh Inggeris.
4. Pengenalan sistem pentadbiran moden untuk memastikan kekuasaan ekonomi masih
berada pada pihak Inggeris. Malayan Civil Services dan Malay Administrative Service
diperkenalkan. Jumlah penglibatan orang melayu daripada golongan atasan tradisional

sebagai pegawai-pengawai rendah sangat kecil. Semua jabatan dalam pentadbiran


diketuai Pegawai Inggeris.

Senario semasa globalisasi dalam politik Malaysia


Globalisasi masyarakat dunia meliputi pelbagai aspek kehidupan termasuk pemikiran
mengenai kepentingan pendemokrasian masyarakat bagi tujuan pengupayaan peranan mereka
dalam kehidupan kenegaraan yang kompleks hari ini. Impak perubahan corak politik dunia
dahulu dan sekarang secara amnya member kesan kepada semua negara di dunia dan Malaysia
turut tidak terkecuali.
Hubungan yang erat dalam bidang politik antara Malaysia dengan negara-negara lain
akan memberi kesan yang baik dalam bidang seperti ekonomi, sosial, teknologi derta pertukaran
maklumat. Kebanyakan kerajaan kini telah menggubal peraturan global dan mewujudkan
institusi untuk menangani isu seperti perdagangan, hak asasi, dan alam sekitar
Trend politik semasa dunia kini berubah seiring dengan teknologi. Ia dilabelkan sebagai
politik generasi baru ini kerana kemenangan parti atau calon yang bertanding banyak didukung
oleh pengundi muda yang ingin melihat perubahan yang berlaku di dalam Negara. Ini
membuktikan generasi muda lebih cenderung untuk mengundi calon muda berbanding calon
yang berumur yang diketengahkan.
Perbincangan mengenai pengaruh globalisasi terhadap proses pembentukan sikap dan
tanggapan politik tanah air sudah banyak dibahaskan. Globalisasi mendorong penerimaan
terhadap keberkesanan sistem dan amalan demokrasi sebagai cara menjaga hak seseorang
warganegara dan rakyat Malaysia tidak terkecuali dalam pengaruh tanggapan ini.
Dari segi politik, globalisasi tidak sahaja sebagai fenomena sejarah dan zaman, tetapi
prosesnya melibatkan nilai-nilai tersendiri terutama dalam mengangkat tahap kematangan
masyarakat dalam menilai sesuatu persoalan berkaitan hal-ehwal kenegaraan. Secara tidak
langsung rakyat menjadi lebih peka tentang hak dan peranan mereka dalam sistem kenegaraan
serta menghargai nilai kuasa undi mereka.

Ini dapat dilihat melalui pelbagai saranan daripada pelbagai pihak yang menuntut
ketulusan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan dan cadangan penambahbaikan kepada
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi globalisasi politik Malaysia masa kini:
1. Perubahan corak kepimpinan dunia
Banyak mengetengahkan pemipin muda yang banyak memberi idea kearah kebaikan
umum dan lebih berkaliber daripada pemimpin terdahulu- Presiden AS Barack Obama
dilantik sebagai presiden pada umur 44 tahun, di Britain, Tony Blair dan David Cameron
terpilih sebagai Perdana Menteri ketika berumur 43 tahun, Perdana Menteri Russia,
Dmitry Medvedev dilantik ketika umur 47 tahun.
Walaupun begitu perlu dipastikan calon muda yang diketengahkan mempunyai
pendidikan, kaliber, integriti dan tidak mempunyai masalah peribadi yang boleh
menggugat parti yang diwakili. Survival sesebuah parti mungkin bergantung kepada
calon yang muda walaupun mendapat bantahan daripada calon yang lebih
berpengalaman.
2. Demografi Malaysia
Melihat kepada faktor demografi pengundi di Malaysia jelas menunjukkan Malaysia
sebagai Negara yang muda. Tinjauan yang dibuat sebelum PRU 13 menunjukkan jumlah
pengundi berdaftar berumur 21 tahun hingga 39 telah mencapai hampir sembilan juta
orang, manakala yang berumur 40-49 tahun dianggarkan dalam empat juta pengundi.
Pengundi baru yang berdaftar yang mana keseluruhannya adalah generasi muda
dianggarkan lebih tiga juta orang. Generasi muda akan menjadi penentu dalam PRU yang
akan datang kerana semasa PRU 13, sebanyak 46% adalah generasi muda
3. Dasar Dalam Manifesto
Jaminan kepada kemenangan parti kini banyak bergantung kepada dasar yang bakal
dibentuk, nilai yang akan dibawa dalam pemerintahan, calon muda yang berkaliber
diketengahkan. Antara isu yang menarik sokongan generasi muda Malaysiapenghapusan PTPTN, peluang pekerjaan, penurunan harga kereta dan pemilikan rumah.

4. Peranan Media
Generasi

muda

kini

generasi

teknologi

maklumat

dan

media

sosial-

Facebook,Twitter,WhatsApp,Youtube-sebaran dan akses maklumat di hujung jari


revolusi maklumat. Kebijaksanaan parti/ calon dalam mengambil peluang dan
berkomunikasi menggunakan media sosial akan memberi kesan kepada sokongan
daripada pengundi muda.
Calon yang lebih muda yang memahami selok-belok media sosial mempunyai kelebihan
(advantage) berbanding dengan calon tua.

Kewujudan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Kelahiran masyarakat sivil juga adalah lanjutan dari proses modenisasi, pertumbuhan
ekonomi dan urbanisasi dikatakan telah membawa pendemokrasian dan perluasan ruang sivil
(Saliha 2000). Masyarakat sivil biasanya dianggap mengandungi organisasi-organisasi awam
yang dibentuk dan dianggotai oleh orang awam dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan
khusus atau mengusahakan matlamat-matlamat untuk kepentingan masyarakat.

Jikalau sebelum ini, sepertimana hujahan Jesudason (1995), bahawa masyarakat sivil di
Malaysia telah dikenakan pelbagai tindakan dan sekatan untuk menyuarakan pandangan dan hak
mereka berkaitan dengan soal keadilan, demokrasi, hak asasi dan sebagainya. Pemerintah telah
mengunakan agen state (seperti undang-undang ISA, Polis, Tentera, SPR dan sebagainya) untuk
terus mencengkam masyarakat sivil dari menyatakan pandangan mereka. Masyarakat sivil yang
wujud mempunyai ruang yang sempit untuk menyuarakan suara dan pandangan mereka.
Tambahan lagi, pengedaran bahan bacaan yang mempunyai bacaan dan pengedaran yang kecil,
telah membantutkan kesedaran masyarakat sivil.

Akan tetapi era globalisasi memberikan ruang baru, dengan kecanggihan teknologi yang
dibawa telah membantu membangkitkan kembali kesedaran sivil di Malaysia. Jikalau sebelum
ini, segala kelemahan dan kritikan yang dibuat oleh parti pembangkang terhadap pemerintah,
tidak begitu diambil peduli oleh rakyat kerana antara lain pemerintah mampu untuk counter
attack dan memanipuliasi berita tersebut. Akan tetapi era globalisasi telah memberikan

kebebasan kepada masyarakat sivil untuk mengakses maklumat tanpa pemerintah tidak berupaya
untuk membendung kebanjiran penyebaran khabar yang timbul.

Kewujudan NGO-NGO juga adalah selari dengan lahirnya kelas menengah dalam
masyarakat dan anggota masyarakat telah menyertai NGO sebagai saluran untuk mereka
menyatakan pandangan dan pendapat mereka. Saliha (2000) menjelaskan bahawa pergerakan
NGO mempunyai peranan penting dalam masyarakat moden kerana jarang sekali individu yang
dapat menyelesaikan masalah-masalah kemasyarakatan kini secara sendirian sahaja.

Secara

umumnya,

NGO

memainkan

beberapa

peranan

asas;

membela

atau

memperjuangkan sesuatu isu (pembelaan); mengerak atau mengalakkan kesedaran mengenai hak
asasi, pertanggungjawaban dan sebagainya (penggerak); menjadi orang tengah dalam hubungan
konflik di antara kerajaan dan pihak awam (perantara); menjadi penampan di antara kuasa
kerajaan dan hak awam (penampan); mendeak reformasi atau perlaksanaan dasar-dasar kerajaan
yang lebih mengutamakan kebajikan awam (pendesak); membentuk benteng pembangkang
terhadap kerajaan atau dasar tertentu kerajaan (pembangkang);memberdayakan

kelompok-

kelompok yang memerlukan pembelaan politik (pemberdayaan); membantu perlaksanaan


dasar-dasar kerajaan yang popular disebut rakan dalam pembangunan atau partners in
development(penyokong) dan memberikan khidmat kebajikan (kebajikan)

Ancaman globalisasi kepada kedaulatan negara


Globalisasi akan mengancam kedaulatan sesebuah negara melalui:
1. Penyebaran maklumat atau pengaruh yang tidak dapat dikawal menggunakan kemajuan
teknologi internet dan media sosial untuk menggulingkan kerajaan seperti yang revolusi
Arab Spring. Revolusi ini berjaya menggulingkan beberapa pemerintah di negara arab
seperti Mesir, Tunisia dan Libya.
2. Campur tangan atau bantuan kepada kumpulan-kumpulan tertentu untuk menggulingkan
kerajaan sedia ada seperti negara Afghanistan, Libya, Iraq, Iran, Sudan dan lain-lain atas
alasan mereka membangunkan senjata nuklear atau memberi latihan kepada kumpulan
pengganas.
3. Pengintipan untuk mendapatkan maklumat oleh negara-negara maju terhadap musuh
mereka.

10

4. Penggodaman sistem pertahanan sesebuah negara untuk mencari kekuatan dan


kelemahan sistem pertahanan negara tersebut.
5. Kebocoran maklumat-maklumat perisiskan atau rahsia sulit kerajaan.

11

2.2 GLOBALISASI DALAM SOSIAL & BUDAYA

Definisi Globalisasi Sosial & Budaya


Globalisasi sosial dan budaya adalah gejala dimana nilai-nilai dan budaya tertentu
tersebar di seluruh dunia hingga menjadi budaya dunia atau world culture sehingga terbentuk
seolah satu kelompok masyarakat dunia yang dipanggil global village. Konsep globalisasi
memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pemikiran dan world-view masyarakat
seluruh dunia. Konsep-konsep tersebut mempengaruhi pandangan orang ramai melihat dan
memahami perkembangan dunia hari ini.

Kesan globalisasi sosial dan budaya akan dibincangkan dari aspek berikut:I.
II.

Populasi dan struktur keluarga


Penyebaran dan pegangan ideologi dalam masyarakat

III.

Hak asasi manusia

IV.

Gaya Hidup

Kesan Globalisasi dalam Sosial


Populasi
Pertukaran dan penyebaran idea yang berbeza ini membawa perubahan dari segi populasi
dan perubahan struktur keluarga. Misalnya asalnya dahulu masyarakat merasakan setiap
pasangan berkahwin berhak membuat keputusan untuk mempunyai berapa ramai anak. Namun,
sesetengah kelompok yang tinggal di dalam bandar bersependapat setiap pasangan itu harus
merancang berapa had anak untuk keluarga mereka untuk kehidupan yang ideal dengan sumber
yang mencukupi untuk menampung kehidupan mereka.

Dikatakan semakin tinggi kadar populasi, semakin baik untuk pembangunan globalisasi.
Namun, kadar populasi yang tak terkawal boleh juga menyebabkan permasalahan kepada
sumber bahan mentah, ekonomi dan pembangunan negara. Oleh itu, pada asalnya perancangan
keluarga di amalkan untuk mengatasi masalah ini. Penduduk dari negara-negara utara dimana
69% mereka adalah pengguna internet mengawal saiz keluarga mereka manakala negara-negara

12

selatan dimana hanya 15% merupakan pengguna internet tidak mengamalkan perancangan
keluarga. Mengetahui berapa peratus pengguna internet dalam negara boleh juga menjadi
pengukur secara kasar, pengaruh arus globalisasi yang masuk dalam sesebuah negara. Dari sudut
ini, globalisasi dalam negara-negara utara jauh lebih tinggi berbanding negara-negara Selatan.

Populasi manusia di dunia boleh diterjemahkan dalam bentuk matematik menurut


Reverend Thomas Malthus (1798). Dimana kenaikan populasi adalah bersifat exponent.
Kadarnya makin menaik tapi tidak berperingkat. Pada abad 21 ini, jumlah populasi manusia
bertambah sebanyak 24 milion setiap tahun dan jumlah ini dianggarkan akan meningkat
sebanyak 7.2 million menjelang 2015. Namun kadar populasi ini meningkat tidak sekata di
seluruh negara, Di negara-negara selatan, peningkatan semakin tinggi . Dari tahun 1900
sehingga 1980 dikatakan 80% adalah dari negara-negara selantan. Populasi negara-negara utara
dikatakan menurun setiap tahun dalam anggaran 10 hingga 15% pada tahun berikutnya.

Dianggarkan pada tahun 2020, kadar kelahiran di negara-negara utara adalah lebih
rendah berbanding kadar kematian. Ini mencetus ketidakstabilan populasi manusia. Hasil dari
perubahan populasi ini, negara-negara utara akan mempunyai masalah kekurangan generasi
muda untuk menjadi pelapis negara mereka dan menyebabkan pemasalahan kestabilan politik,
sosial dan ekonomi. Mereka terpaksa mengambil pekerja negara luar untuk memenuhi
pembangunan negara mereka. Selain itu, negara-negara utara akan dibebankan oleh golongan tua
yang mengurangkan pembangunan yang produktif sesebuah negara. Golongan tua dari negara
maju ini dapat melanjutkan hidup mereka dari bantuan ubat-ubatan yang baik, hasil penyelidikan
oleh para saintis. Peratus golongan tua ini dianggarkan akan terus meningkat dan dianggarkan
kadar golongan tua seluruh negara akan mencecah 395 million menjelang tahun 2050. Manakala
golongan muda dalam julat 20 dan 30 tahun dari negara-negara utara lebih fokus pada kerjaya
mereka dan kurang berminat mendirikan rumah tangga. Ini menyumbangkan lebih rendah kadar
kelahiran di negara tersebut, sekaligus memberi cabaran masalah sosial dalam negara.

Pada tahun 2009, European Commisions mengeluar Aging report untuk meningkatan
kesedaran masyarakat dengan masalah kekurangan pelapis muda. Negara seperti Rusia telah
mengadakan kempen bantuan kewangan kepada wanita yang mempunyai banyak anak untuk
mengatasi pemasalahan ini. Di negara-negara selatan pula, peningkatan kadar kelahiran semakin

13

meningkat pula menyumbang pada masalah domestic, kemiskinan, kekurangan sumber bahan
mentah dan makanan. Ini juga boleh mengakibatkan masalah sosial dan keruntuhan akhlak
kerana mereka terdesak demi meneruskan hidup.

Hasil dari pembangunan negara terutamanya di bahagian bandar telah menjadikan


kawasan itu terdiri dari banggunan-banggunan tinggi dan serba canggih. Globalisasi telah
menarik pedatang dari kawasan luar bandar yang kurang maju ke kawasan lebih maju atas faktor
peluang pekerjaan, tawaran gaji yang lebih lumayan, kestabilan ekonomi dan hak perlindungan.

Kemasukan pedatang asing asalnya memberi mafaat dua hala namun dalam masa yang
sama dasar mengutamakan pekerja asing ini telah membuatkan peluang kerja kepada masyarakat
tempatan terutama golongan muda agak terhad. Antara contoh mudah yang mendorong kerajaan
untuk memberikan taraf kewarganegaraan tetap kepada warga asing adalah kerana kedua-dua
mendapat kepentingan mereka sendiri. Warga asing mendapat ganjaran di atas pekerjaan mereka
dan kerajaan mendapat hasil di atas sumbangan mereka. Jika perkara ini tidak dibendung,
kemungkinan sesebuah negara itu akan dihuni oleh warga asing yang langsung tiada kaitannya
dengan asal-usul negara tersebut.

Isu pendatang di negara Malaysia bukanlah sesuatu perkara yang baru di negara kita.
Kebanjiran pendatang asing semakin meningkat saban hari dan menjadi satu masalah kepada
negara. Pendatang asing kebanyakannya datang dari negara yang mempunyai masalah dalaman
seperti Indonesia, Filipina, Bangladesh, India, Myanmar, Vietnam dan lain-lain lagi.
Berdasarkan statistik Jun hingga Disember 2009, 1.9 juta pendatang asing dicatat sehingga 31
Disember 2009. Kedatangan warga asing ke Malaysia telah menyebabkan kes jenayah di
Malaysia meningkat. Saban hari akhbar memaparkan kes-kes jenayah yang melibatkan warga
asing. Menurut Jabatan Imigresen dengan kerjasama Jabatan Polis Diraja Malaysia, sehingga 30
Jun 2006 bilangan pendatang asing yang telah ditahan dan diusir di seluruh Malaysia ialah
seramai 362,958 orang kerana melakukan pelbagai kesalahan di negara kita. Pendatang
Indonesia merupakan rakyat asing yang paling banyak terlibat dalam kes jenayah di negara
kita.Pengarah Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zain
berkata,statistik polis mendapati pada tahun 2007, 1984 orang pendatang Indonesia terlibat

14

dalam keseluruhan kes jenayah yang dilaporkan di negara ini. Menurutnya, daripada jumlah itu,
61 orang warga Indonesia terlibat dalam kes pecah rumah dengan bersenjatakan parang atau
pisau dan ada juga yang memiliki senjata api. Mengikut statistik Bukit Aman, kadar jenayah
pecah rumah menigkat 4727 kes kepada 33 599 kes pada 2007 berbanding 28 872 kes pada
2006. Selain itu, kehadiran mereka ke negara ini secara tidak langsung membawa masuk budaya
mereka yang sebahagiannya bertentangan dengan norma hidup masyarakat tempatan. Contohnya
mereka mengamalkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan malah ada yang tinggal
serumah tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Ada pula yang tanpa segan silu meneguk arak di
kawasan perumahan yang sebahagian besar penduduknya penduduk tempatan. Di bandar-bandar
besar pula kebanjiran pendatang asing ini juga telah menimbulkan masalah setinggan disebabkan
sewa rumah yang tinggi menyebabkan mereka menceroboh tanah-tanah kerajaan dan mendirikan
rumah setinggan. Tambahan lagi, kedatangan pedatang asing ini juga membuka ruang untuk
penyebaran penyakit-penyakit berbahaya sedangkan urusan kemasukan pedatang asing dijaga
rapi untuk mengelak penyebaran penyakit. Dianggarkan terdapat 15 million pelarian migrasi ke
negara lain untuk mendapatkan perlindungan dan kehidupan yang lebih baik. Kehadiran
pendatang asing ini juga menyebabkan merebaknya beberapa kes penyakit berjangkit. Mereka
membawa sekali penyakit ke negara seperti kala azar atau demam hitam yang dipercayai dibawa
oleh pendatang dari India, Bangladesh dan Myanmar. Menurut rekod Persatuan Perubatan
Malaysia (MMU), penyakit berjangkit seperti batuk kering, malaria dan H1N1 adalah
disebabkan interaksi rakyat tempatan dengan pendatang asing. Malah kini pada thaun 2014,
penyakit Ebola kembali menyerang di serata dunia hasil dari pedatang asing dari Afrika. Hal ini
akan menyebabkan turunnya taraf kesihatan rakyat Malaysia.

Ada juga kes anak gadis Melayu yang jatuh hati dengan ketampanan dan keromantikan
'Mat Bangla' hingga ada isteri yang meminta cerai dari suami kerana terpikat dengan mereka.
Anak gadis Melayu pula ramai yang hilang akal warasnya sehingga sanggup berkorban apa
sahaja asalkan dapat bersama orang yang disayang. Ini adalah hasil dari kuranganya fahaman
agama dalam diri mereka dan lebih menjurus budaya hedonisme yang banyak disebarkan dari
internet mahupun televisyen. Jika kita sedari, banyak drama-drama yang disiarkan dalam
televisyen adalah berunsur cinta yang tidak syarie, malah ada yang dikatakan Islamik tapi
hakikatnya melanggar batasan agama seperti berpegang tangan dan berpeluk antara perempuan
dengan lelaki ajnabi. Definisi cinta yang dicipta oleh beberapa drama Korea mahupun melayu ini

15

telah mengakitbatkan anak muda kita terutamanya anak gadis melayu terjerumus dalam lembah
perzinaan bersama pedatang asing yang berwajah tampah tetapi bersifat binatang.

Maka jelaslah bahawa, kebanjiran pendatang asing di Malaysia bukan sahaja memberi
manfaat kepada negara tetapi turut menyumbang kepada peningkatan kes jenayah dan
keruntuhan akhlak dalam sesebuah negara.Walaupun undang-undang tegas telah dilaksanakan
tetapi masih ada pendatang asing yang berani melakukan jenayah hanya untuk kepentingan diri
sendiri.

Selain itu populasi manusia yang tidak stabil antara negara-negara utara dan selatan ini
mengakibatkan perubahan dalam struktur keluarga, jurang ekonomi yang tinggi dan jarak kualiti
pendidikan yang jauh. Hal ini menyebabkan ketidakadilan berleluasa di seluruh dunia. Ada yang
terlampau kaya dan ada juga terlampau miskin sehingga ada yang kebulur dan mati.

Kekeluargaan
Kesan dan cabaran globalisasi terhadap institusi keluarga menyebabkan perkahwinan
merentasi budaya, kaum dan etnik serta perbezaan warna kulit tanpa mengira bangsa dan
keturunan. Perkenalan, percintaan dan perkahwinan boleh berlaku melalui ICT, internet dan lainlain saluran komunikasi dunia tanpa sempadan. Konsep dunia tanpa sempadan yang diakibatkan
oleh globalisasi, membuka interaksi yang luar dari segi komunikasi antara timur dengan barat.
Rajah 1 menunjukan struktur keluarga sebelum dan selepas globalisasi.

Kaum Bangsawan

Pemilik Modal

Kaum Pedagang

Kaum Profesional

Rakyat Biasa

Kaum Pekerja

Rajah 1 menunjukkan belah kiri stratifikasi sosial sebelum globalisasi dan kanan selepas
globalisasi. (Ahmad Rashid, 2006)

16

Keluarga masyarakat moden yang begitu kuat dipengaruhi oleh globalisasi, iaitu satu
ideologi kekeluargaan yang bersifat merentasi benua, bangsa dan kenegaraan. Ini
mengembangkan konsep multiculturalism yang dialami oleh keluarga seperti terhasilnya
keluarga Asia dan Eropah, perkahwinan campur (inter-marriage) antara kulit hitam dengan kulit
putih serta perkahwinan luar batasan perbezaan agama dan budaya yang mencorakkan
perubahan institusi keluarga yang bersifat global.

Perdagangan seks yang berleluasa, khususnya melibatkan wanita yang diseludup dari
dunia kelas ketiga dan negara membangun seperti dari Negara China, Hong Kong, Filipina dan
Indonesia. Ini mengugat hak asasi dan kebebasan wanita serta institusi kekeluargaan.
Perdagangan wanita di Thailand, Kemboja, Vietnam dan India bukan sahaja melambangkan
kemiskinan dalam kalangan keluarga masyarakat membangun tetapi juga disebabkan kelemahan
dasar-dasar perlindungan terhadap wanita. Globalisasi juga mendorong peningkatan eksplotasi
imej dan status wanita sebagai alat perdagangan dan bisnes. Wanita dikaitkan dengan lambang
seksual untuk melariskan penjualan sesuatu produk atau jenama. Etika perniagaan yang
melanggar hak dan mencabar kehormatan wanita digunakan dengan meluaskan kesan daripada
perkembangan globalisasi. Ini merupakan satu cabaran yang menyulitkan bagi melindungi hak
wanita dan dalam masa yang sama, ia mencabar institusi kekeluargaan. Hal ini merendahkan
martabat kaum wanita oleh kaum lelaki sendiri yang sepatutnya menjadi pelindung. Walaupun
Islam sentiasa meletakkan kaum wanita sebagai benda yang amat berharga tetapi ramai lelaki
walaupun beragama Islam sekalipun, sanggup berlaku zalim ke atas wanita.

Namun, globalisasi juga membuka ruang lebih ramai wanita yang sudah berkeluarga
ataupun yang belum berkeluarga terlibat dalam pelbagai lapangan kerjaya. Kesan ini dilihat
positif kerana dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. Selain itu, peningkatan
bilangan wanita yang berpendidikan tinggi dapat memenuhi permintaan dalam pasaran kerja di
Malaysia seterusnya mengurangkan kadar kebergantungan terhadap tenaga mahir asing.

17

Globalisasi telah merangsangkan pertumbuhan syarikat-syarikat transnasional yang turut


melibatkan penyertaan kaum wanita dalam arus perdana sistem perekonomian. Penyertaan kaum
wanita dalam perkembangan penggunaan tenaga sumber manusia sedikit sebanyak memberi
kesan sampingan kepada institusi keluarga yang mana tugas utama wanita tidak lagi hanya
setakat menjaga anak dan menguruskan rumahtangga mereka seperti yang dilakukan sebelum
ini. Dalam kehidupan moden lazimnya, kebanyakan pasangan suami isteri bekerja dan tugas
penjagaan anak telah berubah samada kepada saudara-mara atau kepada pengasuh-pengasuh
yang diupah. Keadaan ini telah mengubah peranan dan fungsi keluarga. Globalisasi juga bukan
hanya meningkatkan penyertaan golongan wanita dalam perkembangan ekonomi tetapi juga
turut mengubah komposisi keluarga daripada tradisional kepada nuklear. Perubahan dalam
proses sosialisasi yang ditinggalkan oleh institusi keluarga berupaya meningkatkan tingkahlaku
divian di dalam masyarakat.

Namun begitu, terdapat juga perceraian serta gejala sosial serta budaya kuning yang
semakin menular. Kesan tersebut dapat dilihat daripada peningkatan kes perceraian sejak akhirakhir ini. Peningkatan tersebut mungkin disebabkan kurangnya fahaman serta didikan dalam
agama disebabkan kemajuan serta globalisasi yang dicapai, pendidikan agama diketepikan.
Selain daripada kes cerai, peningkatan juga dapat dilihat daripada kes penderaan terhadap wanita
serta kanak-kanak. Sesungguhnya Islam melarang keras perbuatan tersebut kerana ia bukan
sahaja salah di sisi agama, malahan bertentangan dengan norma kehidupan manusia biasa.
Hakikatnya suami tidak mempunyai sebarang hak untuk memukul isteri walau suami
memberikan pelbagai alasan.

Perkahwinan lewat umur sehingga menjangkau lebih tiga puluhan trend ingin hidup
membujang atau tidak mahu berkahwin dalam kalangan masyrakat Malaysia, sama ade lelaki
atau perepuan merupakan satu lagi cabaran kritikal yang dihadapi oleh institusi keluarga.
Perkara ini berlaku disebabkan gaya hidup sekarang yang tidak mahu terikat dengan institusi
perkahwinan dan kekeluargaan, mengejar kerjaya, melanjutkan pelajaran dan kebebasan sosial,
dimana kenalan atau pasangan kekasih bersetuju mengekalkan ikatan dan hubungan tanpa ikatan
perkahwinan serta melihat perkahwinan sebagai satu sekatan kebebasan.

18

Penyebaran Ideologi

Globalisasi menyebabkan penyebaran beberapa ideologi yang negatif dalam kalangan


masyarakat Malaysia. Antara ideologi tersebut adalah seperti yang tersenarai di bawah :

a.

Sekularisme

Merupakan ideologi yang menyatakan bahwa sebuah institusi harus berdiri terpisah
dari agama atau kepercayaan. Turki merupakan negara Islam yang terawal yang mengamalkan
fahaman ini di bawah pimpinan Kamal Artartuk. Pada tahun 1937, Menteri Dalam Negeri Turki
mengemukan bahawa Islam hanya boleh diguna pakai di masjid atau tempat ibadah sahaja.
Fahaman ini menelusuri negara Islam yang lain seperti di Mesir yang terikat dengan
pemerintahan Perancis, manakala Indonesia dan Malaysia masing-masing dibawa oleh Belanda
dan Inggeris. Hasil dari sekularisme, pemakaian hijab ditegah sama sekali di Perancis dan
Amerika kerana beranggap pemakaian itu bersifat keagamaan dan simbol keagamaan. Mereka
sangat membenci perkara yang bersifat keagamaan kerana mengikut sejarah zaman gelap di
Eropah dimana orang gereja menindas rakyatnya bawah batasan agama yang diada-adakan
untuk kepentingan mereka sendiri. Oleh itu, fahaman sekularisme ini semakin berleluasa
sehingga ada orang Islam itu sendiri tidak menutup aurat hasil pengaruh sekularisme dan
beranggapan memakai tudung dan menutup aurat hanya ketika bernikah atau ke masjid.

b.

Individualisme

Dulu sosialisasi hanya dapat terjadi jika kita pergi keluar rumah dan menyapa jiran
tertangga. Namun di zaman moden ini, ramai orang hanya dengan duduk dalam rumah dan
melayari internet dan berkomukasi hanya melalui facebook atau email. Dari sini juga punca
terlahirnya individualistik yang hanya fokus pada kerja dan dirinya sahaja tanpa memperdulikan
orang lain. Dengan kata lain, Individualisme adalah satu pegangan, pandangan politik, atau
pandangansosial yang menekankan kepada autonomi dan ketidakbergantungan.

19

Mantan menteri Pelajaran Malaysia Y.B. Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein ada
menyatakan bahawa "Dalam sistem pendidikan yang ingin kita bangunkan nanti, kita mahu
melahirkan generasi yang seimbang dan tidak terlalu bersikap individualistic:. Sikap
individualistik ada kebaikannya antaranya bertanggunjawab terhadap diri sendiri, berdikari, dan
mempunyai jati diri yang kuat. Namun terlalu individualistik membawa keburukan seperti sifat
sombong, pentingkan diri dan tidak peduli kebajikan orang lain.

c.

Narcissism

Kini satu lagi ideologi, iaitu Narcissim dimana mereka berasa semua perkara perlu
berpaksi padanya. Mereka seboleh-bolehnya cuba menarik perhatian semua orang untuk
fokus dan kagum pada dirinya disebabkan kelebihan-kelebihan yang ada pada dirinya.
Contohnya, kes terbaru adalah seorang remaja lelaki bernama Danny Bowman, 19 tahun
dari London terlampau ketagih dengan budaya selfie sehingga akhirnya mengambil
keputusan membunuh diri hanya kerena gambar-gambarnya kurang mendapat "LIKE"
serta komen yang baik di media sosial, Facebook. Selain itu, wujudnya golongan click
activism yang hanya setakat berdakwah dan bersuara di media sosial di Facebook tetapi
sudah berasa cukup baik kerana melakukan perubahan pada dunia. Padahal mereka di luar
alam maya, tidak berbuat apa-apa yang menunjukan seperti yang diperjuangkan di media
sosial. Contohnya menyuruh orang solat, tetapi dirinya tidak solat. Media sosial itu
dijadikan seperti medan menunjuk-nunjuk kebaikan diri mereka, merasakan mereka adalah
penting dan patut dihormati oleh orang lain.

d.

Pragmatisme

Pragmatisme adalah sikap yang menilai sesuatu dari untung ruginya bagi diri
sendiri. Padahal menolong tanpa balasan adalah jabatan ke arah ikhlas dan berakhlak mulia.
Nilai-nilai gotong royong dan tolong-menolong dalam hal-hal kebaikan semakin berkurangan.
Sekarang, individu lebih fokus pada hal yang menguntungkan dirinya saja. Jika tidak mereka
mengabaikan saudaranya walaupun mereka dalam kesusahan. Ideologi ini sangat bertentangan
dengan agama Islam kerana dalam agama Islam mereka beraggapan setiap Muslim itu
bersaudara dan jika tidak merasai keperitan saudaranya sendiri, maka mereka bukan dalam
kalangan. Seperti firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 10, Sesungguhnya orang-orang
yang beriman itu adalah bersaudara. Selain itu dalam satu Hadis Nabi Muhammad bersabda,

20

Perumpamaan kaum mukmin dalam kasih sayang dan belas kasih serta cinta adalah seperti satu
tubuh. Jika satu bagian anggota tubuh sakit maka akan merasa sakit seluruh tubuh dengan tidak
bisa tidur dan merasa demam. (HR. Bukhari dan Muslim). Oleh itu, jelas ideologi pragmatism
menentang apa yang diajari oleh agama Islam malah mengakis

nilai kasih sayang dalam

masyarakat dunia.

e.

Materialisme

Materialisme adalah pandangan hidup yang mencari dasar segala sesuatu yang termasuk
kehidupan manusia di dalam alam kebendaan semata-mata dengan menolak kepercayaan yang
berkaitan dengan perkara ghaib. Ideologi ini menolak hakikat tuhan, malaikat dan alam akhirat.
Karl Marx adalah pengasas ideologi ini. Karl Marx berpendapat bahawa hanya benda atau
material sahaja yang wujud manakala tuhan baginya adalah tidak wujud.Menurut beliau,Mode of
production merupakan cara di mana manusia menghasil dan mengubah matlamat hidup mereka.
Matlamat hidup itu ialah seperti makanan, pakaian dan rumah. Marx juga melihat agama
sebagai satu ilusioner dan menjadi candu bagi rakyat. Marx melalui manifestor of the communis
party menyebutkan bahawa matlamat komunisme adalah untuk menghapuskan seluruh agama
dan moral.

f.

Hedonisme

Hedonisme adalah pandangan hidup atau pola hidup yang menganggap bahwa
kesenangan dan kenikmatan materi adalah tujuan utama hidup. Bagi para penganut fahaman ini,
bersenang-senang berpesta dan berzina merupakan tujuan utama hidup. Mereka beranggapan
hidup ini hanya satu kali, sehingga perlu menikmati sepuas-puasnya. Kehidupan mereka lebih
berfokus untuk memenuhi hawa nafsu yang tanpa batas. Dari golongan penganutfpaham inilah
muncul Nudisme (gaya hidup bertelanjang). Pandangan ini merujuk pada Epikuris yang
menyatakan, "Bergembiralah engkau hari ini, puaskanlah nafsumu, karena besok engkau akan
mati".

21

INDIVIDU

MASYARAT/NEGARA

Leka dari tanggungjawab


pada tuhan dan masyarakat

Menggagalkan usaha kerajaan untuk


melahirkan masyarakat yang berwasasan
dan berilmu pengetahuan.

Agresif dan tidak taat


pada ibu bapa.

Akhlak masyarakat runtuh akibat


pertumbuhan pusat-pusat hiburan .

Iman lemah/akidah
rosak/amalan tidak
diterima

Penyakit berjangkit menular.

Akhlak runtuh.

Negara mudah dijajah.

Carta 1 menunjukkan kesan hedonisme terhadap individu dan masyarakat

g.

Konsumerisme

Konsumerisme merupakan fahaman dimana seseorang atau kelompok melakukan


pembelian secara berlebihan dan tidak perlu. Ideologi menyebabkan ketagihan (shopping
holic), pemborosan dan kebergantungan pada produk sangat tinggi. Dan inilah hal yang paling
sering terjadi seperti berbelanja pakaian terlalu banyak. Padahal pakaian tersebut tidak
semuanya dipakai dalam kehidupan sehari-hari. Kesannya menyebabkan golongan yang
memegang ideologi ini sanggup meminjam Along dan meletakan keluarganya dalam bahaya
hanya semata-mata untuk memuaskan nafsu membeli belah.

Gaya Hidup
Cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan seterusnya pula ialah budaya hidup
masyarakat di Malaysia. Pada masa dulu, orang sanggup bermatian-matian untuk
mempertahankan budaya hidup masyarakat melayu tradisional, namun kini, masyarakat generasi
millinieum ini mudah berserah kepada gaya hidup barat. Menurut Osman Bakar (1997),
menerusi kolonialisme Barat berjaya membentuk persepsi cultural superiority di kalangan
masyarakat dunia dan tidak terlepas masyarakat Malaysia. Gaya hidup trial marriage yang
banyak digunakan oleh masyarakat kini yang tanpa mengendahkan agama bagi kepentingan diri.
Pada dasarnya, budaya ini adalah daripada Barat yang pasangan kekasih yang belum berkahwin
duduk serumah di mana untuk proses mengenali pasangan mereka. Mereka menggunakan
konsep trial and error dalam kehidupan bersama mereka. Jika mereka mendapati pasangan

22

mereka tidak sesuai dalam waktu mereka tinggal bersama, jadi mereka akan berpisah kerana
tidak sehaluan.Selain itu, gaya hidup mewah dan bersuka-ria sehingga ke lewat malam juga telah
menjadi pegangan remaja di Malaysia sekarang terutamanya Melayu. Ramai orang yang banyak
terfokus kepada globalisasi ekonomi sahaja menyebabkan sebahagian kita terlepas pandang
dimensi budayanya. Kebanyakkan barangan di pasaran kita bukan cuma barangan Amerika yang
banyak, tetapi turut tersebar adalah budaya konsumerisme yang menciptakan gaya hidup
bermewah-mewah, rakus dan boros. Umat kita sedang ditransformasikan dari insan pengabdi
Tuhan

menjadi penyembah material duniawi dan makhluk konsumeris yang lahap akibat

globalisasi. Masyarakat sudah lupa hidup dalam keserhanaan dan berbudi pekerti di samping
menjunjung agama sebagai pegangan.Natijahnya, aliran materialisme sudah menguasai
kehidupan masyarakat Timur sama ada dari sudut teori mahupun praktikal. Masyarakat tidak
lagi boleh dianggap sebagai agen sosialisasi kerana hubungan antara seseorang anggota
masyarakat dengan masyarakatnya semakin renggang. Ini jelas menunjukkan nilai murni
kehidupan bermasyarakat telah pupus dan pudar daripada budaya masyarakat Melayu khususnya
masyarakat bandar terutama nilai jiran tertangga.

Secara jelasnya, perubahan gaya hidup masyarakat dunia dalam arus globalisasi dapat
dilihat dari segi pemakaian, pemakanan dan media komunikasi & pengangkutan. Aspek ini
banyak dipengaruhi oleh penggunaan teknologi pada masa sekarang seperti internet dan telefon
bimbit.

Pemakaian
Barat adalah berfahaman liberalisme dan bebas dalam berpakaian. Gaya pakaian dunia
berkiblat pada bangsa Barat, perlahan masuk dalam budaya kita dan berpakaian sangat seksi
walaupun dikatakan berpakaian tradisional. Contohnya baju kurung tetapi kain terbelah ataupun
tudung tapi menampakan jambul atau leher. Ramai golongan remaja terikut-ikut dengan arus
pemodenan dalam cara berpakaian. Arus pemodenan dalam berfesyen tersebut didominasi oleh
barat yang telah berjaya mempengaruhi manusia hampir di seluruh dunia. Ramai remaja
sekarang ini berpakaian menjolok mata tanpa mengira adat serta budaya sebagai orang timur.
Lebih parah lagi, golongan ini langsung tidak menghiraukan suruhan agama agar setiap Muslim
menutup aurat mengikut cara serta kaedah yang telah ditetapkan.

23

Pemakanan
Seperti mana yang kita lihat sekarang ini, makanan Jepun sudah ada di mana-mana.
Restoran serta francais yang mengedarkan makanan Jepun juga tumbuh bak cendawan. Makanan
Amerika pula semakin popular di Jepun serta serata negara lain. McDonald misalnya,
mempunyai 10,500 buah restoran di 50 buah negara di dunia manakala Kentucky Fried Chicken
mempunyai lebih daripada 7,750 restoran di 58 buah negara. Malaysia juga tidak terkecuali
sebagai salah sebuah negara penyumbang kepada kemajuan francais makanan tersebut. Dengan
kewujudan restoran serta francais makanan tersebut, rakyat Malaysia boleh menikmati hidangan
yang enak serta tempat yang selesa yang disediakan pihak restoran walaupun harganya sedikit
mahal berbanding restoran biasa. Perkhidmatan yang ditawarkan juga amat memuaskan
memandangkan mereka telah menetapkan piawaian yang tinggi atau cara kerja yang positif
dalam organisasi bermula daripada pekerja biasa hinggalah kepada pihak atasan. Kemasukan
perniagaan makanan ringan daripada barat ini sebenarnya telah membuka banyak peluang
pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Hal ini seterusnya akan mengurangkan kadar pengangguran
serta mengurangkan gejala sosial dalam kalangan belia. Selain itu, proses penyediaan makanan
yang disediakan juga telah mendapat pengesahan status halal daripada pihak berkuasa. Namun
begitu, terdapat juga kesan negatif daripada kemasukan produk asing tersebut. Dengan
peningkatan jumlah restoran tersebut, pengusaha-pengusaha makanan yang berniaga samada
melalui gerai atau restoran biasa mengalami kesusahan untuk mempertahankan perniagaan
mereka. Walaupun ianya dilihat sebagai persaingan sihat, namun kerajaan juga harus memberi
peluang serta ruang kepada golongan ini untuk memajukan industri makanan tempatan. Jika
dilihat, ramai pengusaha-pengusaha yang tidak dapat bertahan lama kerana persaingan sengit
yang terpaksa dihadapi dengan francais makanan dari luar negara tersebut.

Seiring dengan kemajuan teknologi, pelbagai alat serta mesin canggih telah berjaya
dicipta dalam bidang pemakanan ini. Biasanya teknologi yang dicipta ini menjimatkan masa,
tenaga, serta wang ringgit. Namun begitu, disebabkan ledakan teknologi ini serta kemasukan
produk makanan yang diimport daripada negara luar, banyak makanan di pasaran diragui status
halalnya. Contoh yang dapat diambil ialah status halal produk tenusu daripada negara luar yang
diragui status halalnya kerana dikatakan menggunakan gelatin babi sebagai salah satu bahan
adunan dalam produk tersebut. Selain itu, kecanggihan teknolgi juga menyebabkan status halal
ayam mentah di pasaran diragui kerana terdapat laporan menyatakan ayam tersebut tidak

24

disembelih dengan cara yang betul. Tambahan, ada laporan menyatakan ayam tersebut hanya
dikenakan kejutan elektrik. Firman Allah (Surah Al-Baqarah ayat 168) bermaksud: Wahai
manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu
dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang
nyata. Jelas, kepentingan makanan yang halal telah disebut oleh Allah di dalam Al-Quran lebih
1400 tahun yang lampau menunjukkan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang
sempurna. Malah mengikut ayat 88 surah al-Maidah, Allah menegaskan bahawa makan dan
minum adalah tanda keimanan seseorang. Ini bermaksud cara pemilihan makanan dan minuman
itu membuktikan nilai iman seseorang. Kes-kes sebegini seharusnya dipandang berat oleh pihak
yang berwajib kerana Islam amat menitikberatkan soal pemakanan umatnya. Makanan yang
dimakan akan menjadi darah daging manusia itu sendiri serta mempengaruhi tingkah laku serta
akhlaknya.

Penggunaan teknologi

Teknologi boleh dibahagikan kepada beberapa seperti teknologi pengangkutan, teknologi


pembangunan, teknologi maklumat dan sebagainya. Bagi teknologi pengangkutan, revolusi telah
menggerakkan dunia kepada pelbagai penciptaan-penciptaan yang hebat untuk berkhidmat
kepada manusia. Kini, ia dapat membolehkan kita bergerak dari satu ke satu tempat yang lain
dengan cepat. Contohnya seperti kapal terbang, kereta, kereta api, motorsikal dan kapal. Ini
dapat memudahkan manusia dan mempercepatkan masa dengan kadar yang cepat dan tidak
memudaratkan kesihatan. Selepas wujudnya globalisasi, keadaan dunia tanpa sempadan kini
membolehkan maklumat bergerak bebas tanpa halangan. Teknologi adalah salah satu perkara
yang dapat diglobalisasikan. Kita dapat membuat panggilan (suara, gambar dan video) pada bilabila masa dan tempat. Kita sudah tidak mengutamakan surat menyurat selain urusan rasmi
kerana ia melambatkan masa bagi pengaliran maklumat.Penggunaan internet juga boleh
dilakukan dengan sambungan wayar dan tanpa wayar (Wifi). Ini jelas menunjukkan jarak dan
masa bukan lagi halangan untuk mendapatkan maklumat dan berhubung antara satu sama lain.
Kesan globalisasi juga, kita dapat lihat setiap kawasan di dunia ini tidak kira pendalaman
mahupun tidak, pasti ada rangkaian 3G yang membuka laluan untuk mendapatkan maklumat
dengan lebih pantas dan efisyen dan ini memudahkan manusia. Jaringan komunikasi dan
informasi tidak terhad kepada semua golongan, dan ini memudahkan proses pembelajaran dan
pengajaran bagi guru dan pelajar. Pelajar dapat mengakses internet untuk memperoleh maklumat

25

dan idea untuk memudahkan mereka melaksanakan tugasan yang diberikan. Kita dapat lihat di
semua institusi pendidikan di Malaysia kini telah dilengkapi dengan semua pengaksesan internet
secara mudah dan ini membuktikan kepentingannya teknologi maklumat bagi melahirkan pelajar
yang berilmu seiring dengan Falsafah Pendidikan Malaysia. Melalui internet, pengguna dapat
melayari laman-laman global seperti Yahoo, Hotmail, Google, HTML (Hypertext Markup
Language), Friendster dan Facebook. Impaknya, pengguna internet dapat berkenalan dengan
orang luar negara dan ini menjadikan semua orang boleh berhubung hanya dengan teknologi di
hujung jari tanpa batasan. Melalui media elektronik, kita akan sentiasa mempunyai sumber
maklumat terbaru mengenai perkara-perkara yang berlaku di sekitar kita dan lain-lain maklumat.
Namun melalui media elektronik juga, ramai remaja yang terpengaruh dengan gejala serta
aktiviti yang tidak bermoral yang ditonton. Bermula sebagai hiburan, lama-kelamaan programprogram hiburan menjadi ikutan remaja pada masa kini. Selain itu, melalui media elektronik
juga tersebarnya perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti fitnah, kutukan, malahan lamanlaman porno juga tidak ketinggalan. Aktiviti-aktiviti kurang sihat ini jika tidak dibendung bakal
mengundang keburukan yang lebih besar seperti jenayah siber, kejadian sumbang dan lain-lain
lagi.

Konsep perdagangan elektronik melalui internet, yang dikenal dengan nama e-Commerce
dan e-Bussiness yang lahir telah banyak membantu manusia menjalankan aktiviti perniagaan dan
urusniaga seharian. Seseorang itu hanya perlu menekan papan kekunci untuk melaksanakan
transaksi pembayaran bil, pinjaman, membeli belah dan sebagainya tanpa perlu ke bank. Ini jelas
telah menjimatkan masa dan kos seperti mana 20 tahun lalu yang semua urusniaga perlulah
secara verbal dan sangat lambat untuk melakukan sesuatu transaksi. Seorang suri rumah boleh
melakukan perniagaan secara online di rumah tanpa perlu meninggalkan anaknya di samping
memperolehi pendapatan. Perkembangan teknologi memunculkan Computer Mediated
Communication (CMC) iaitu menggunakan komputer melalui jaringan online internet yang
memungkinkan adanyakomunitas virtual yang berkomunikasi secara intensif di dunia maya,
antara orang banyak dengan orang banyak yang pesertanya berasal dari berbagai belahan
dunia tanpa batas. Ini seperti e-conference yang selalu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin
negara untuk bermesyuarat. Menurut catat Nua.com, pertumbuhan pengguna internet ( growth of
internet users) sampai tahun 2001, jumlahnya sudah mencapai 500 juta orang. Selain itu, dari
internet juga terdapat banyak bahan bacaan mengenai pendidikan, fesyen, hiburan, kartun, dan
lain-lain lagi. Kepelbagaian bentuk bahan bacaan ini memberi lebih kebebasan kepada kita

26

dalam memilih bahan bacaan. Selain itu, bahan bacaan ini amat senang untuk diperolehi
memandangkan terdapat banyak blog dan artikel yang mudah didapati. Namun begitu, jika
kemudahan serta kelebihan ini disalahguna, buruk padahnya. Ramai kita lihat golongan di luar
sana terutamanya golongan remaja yang terpengaruh dengan budaya barat samada cara berhibur
mahupun cara berpakaian. Pengaruh ini tersebar salah satunya melalui internet yang banyak
memaparkan gaya fesyen dari barat yang bertentangan dengan adat timur serta hukum
berpakaian dalam Islam.

Teknologi dalam bidang kesihatan juga telah mengakibatkan orang ramai lebih selamat
dan terjamin. Penggunaan ubat-ubatan moden yang telah menggantikan ubatan tradisional serta
teknologi mesin-mesin di hospital telah menyebabkan pelbagai penyakit dapat dirawati dengan
lebih cepat dan mudah. Teknologi dalam mendapatkan air bersih juga adalah kejayaan
globalisasi yang banyak memberi impak kepada kehidupan manusia kini yang pelbagai penyakit
dapat dihindari seperti taun, malaria dan sebagainya. Ini dapat dibuktikan dengan lebih daripada
85% penduduk dunia dapat hidup sehingga mencapai umur 60 tahun dan lebih iaitu 2 kali ganda
daripada 20 tahun yang lalu.

Hak asasi
Globalisasi juga meyebabkan terdapat 3 golongan hak-hak mereka tidak dilindungi
sepenuhnya. Mereka adalah orang-orang pribumi, wanita dan kanak-kanak. Globalisasi
menafikan kemanusia dan moral. Sebagai contoh perang saudara di afrika untuk berlian darah.
Pertain yang miskin tidak mampu bersaing syarikat di Miami dalam penghasilan beras.
Globalisasi gagal dalam membantu mereka yang memerlukan pertolongan yang paling
banyak.Orang-orang miskin membayar kemakmuran semua orang. Orang-orang asli merasa
kehidupan mereka, tanah mereka dan kebudayaan mereka bawh ancaman.ancaman itu adalah
pembunuhan beramai-ramai Armenian oleh orang Turki, orang yahudi dibunuh oleh Hilter,
orang Kemboja dibunuh oleh Khmer rouge, kaum Tuutsi Rwanda oleh kaum Hutu dan terkini
Palestine oleh Israel Zionist. Carta UN mempromosikan penghormatan universal dan
pemerhatian hak asasi manusia dan hak-hak kebebasan untuk semua orang adalah satu cabaran
untuk negara yang mempunyai banyak kaum dan bahasa. Mereka percaya perkauman dan
ketidak boleh bertolak ansur adalah tempat mencetus keganasan dan konsep satu kaum atau

27

bangsa lebih hebat atau lebih mulia dari satu kaum perlu dihentikan kerana ini menafikan hak
asasi manusia.

Rajah

menunjukan

kawasan

negara

Palestin

yang

dijajah

oleh

Zionist

Israel

(Sumber : http://www.palestine-australia.com/ )

Globalisasi mendorong negara-negara mengamalkan kepentingan jaminan senjata


daripada nyawa dan hak asasi manusia. Sedangkan memperjuangkan hak asasi manusia dan hak
keselamatan manusia perlu didahulukan mengikut logik akal. Namun, tidak persefahaman
tentang hak hak individu yang perlu dilindungi dari seluruh negara menyebabkan golongan dan
kuasa besar bersikap memetingkan diri untuk mengelakan mana-mana kuasa menjajah negara
mereka.

Globalisasi juga menyebabkan penghambaan dan penyeludupan manusia.


Walaupun penghambaan diharamkan, pada zaman moden terdapat lebih hamba abdi berbanding
mana-mana pada zaman dahulu. Kebanyakan penyeludupan manusia adalah ekplotasi seksual
iatu sebanyak 70%. Dan 18% adalah buruh paksa .1 dari 5 mangsa adalah kanak-kanak. Antara
sebab kanak-kanak dipilih sebagai penghambaan adalah tangan mereka yang kecil sesuai untuk
mengambil buah-buah yang mudah pecah memasuki tempat yang sempit, menjadi joki unta dan
pengemis.

28

Penyeludupan manusia adalah satu perniagaan yang menguntungkan dengan


keuntungan bersih sebanyak 32 bilion dollar. Ia merupakan perniagaan gelap no 3 terbesar
selepas dadah dan senjata api. Globalisasi menjadikan peyeludupan manusia sangat
menguntungkan kerana permintaan yang besar dan jaringan kenderaan. Sistem penghubungan .
Negara-negara yang lemah kebiasaannya mempunyai hak asasi manusia yang lebih teruk dari
negara-negara kuat. Di bulan Ogos 2009, UN secara sebulat suara mengambil jalan
mengembangkan laporan tahunan tentan pencabulan yang melampau terhadap hak-hak kanakkanal oleh kumpulan yang terlibat dalam konflik bersenjata. Perlu dunia menghadapi realiti
bahawa banyak kanak-kanak dijadikan hamba. Sebanyak 300 ribu kanak-kanak masih terlibat di
sektor ketenteraan.

Globalisasi juga menyebabkan hak wanita diekplotasi menjadikan wujudnya


golongan feminist yang berjuang hak wanita. Ini kerana apabila diukur di bawah gender
empowerment measure, GEM, kebanyakan wanita di seluruh dunia dikatakan kurang
menguntungkan berbanding dengan lelaki. Terutamanya dari segi kadar membaca, persekolahan,
hak untuk memasuki Universiti. Mereka juga kurang memasuki sektor-sektor professional
ketidak adilan ini lebih besar terumata di 3 negara selatan, asia selatan, timur tengah dan Africa
Sahara. Dapat dibuktikan bahawa jika perempuan mempunyai pendidikan dan pendapatan, kadar
kematian kanak-kanak menurun, produktiviti pertanian meningkatan, kadar penduduk
dikurangkan, kitaran kemiskinan terhenti. Wanita adalah mangsa utama untuk penderaan,
penyeludupan seks, keganasan seks. Di Asia, terdapat masalah gender side.Kanak-kanak
perempuan dibunuh kerana kanak-kanak laki dikehendaki. Di India dan China, kadar kelahiran
perempuan adalah 100: 120 kanak-kanak lelaki. Perbezaan ini disebabkan wujudnya teknologi
mengesan jantina sebelum lahir. Menjaga hak wanita dalah sukar kerana sentiment tradisional
yang telah tertanaman lama, kepercayaan dan budaya setempat. Perlu ada kesedaran global
terhadap hak asasi wanita.

Namun globalisasi juga telah menyebabkan pelbagai deklarasi berkenaan hak asasi
manusia digubal. Antara deklari tersebut adalah Universal Decleration Human right pada tahun
1948 yang mencipta sektor yang luar hak awam dan hak politik, hak termasuk untuk berkumpul
dan berfikir dan ekperisi apa yang difikirkan dan hak untuk menyertai politik. Deklarasi ini

29

menyatakan bahawa hak sosial dan ekonomi tidak dinafikan. Hak-hak ini termakbul di bawah
perjanjian International Convenant of Civil and Political Right dan International Convernant
on Economic and Cultural Right. Banyak negara bersetuju hak asasi manusia tetapi berselisih
pendapat skop hak-hak manusia tersebut. Ada negara-negara tertentu lebih menenkan hak
undang-undang dan hak politik dan ada negara menekankan hak ekonomi dan hak sosial. Selain
itu, Human right Council yang merupakan organisasi intergoverment baru yang dicipta oleh UN
memainkan peranan yang penting untuk menghukum pencabul-pencabul hak asasi manusia. UN
jug merupakan satu symbol yang menguatkan dan memotivasikan bahawa kesalahan hak asasi
manusia membawa kesan jika diteruskan. Tetapi keberkesanan UN hanya kepada ahli-ahli yang
memberi hak kepada UN dan negara-negara yang menjadi ahli UN. Selain itu, Convention of
right of the child yang digubal pada 20 November 1989. Ia memberi hak kanak- kanak untuk
hidup. Membesar hingga dewasa, hak untuk mendapat perlindungan anasir yang membahaya
dan penderaan. Hak untuk bersama keluarga dan hidup dalam sosial dan kebudayaan yang baik.
Banyak NGO merasakan deklarasi satu kejayaan yang besar pada hak asasi manusia. Walaupun
terdapat mereka yang memperjuangkan hak asasi namun terdapat 3 perdebatan utama yang
menidakan penguatkuasaan penguasaan hak asasi manusia oleh golongan yang kurang
bertanggungjawab. Antara sebab yang menyebabkan penafian tersebut adalah pihak tersebut
percaya bahawa mempertahankan adalah satu pembaziran, dianggap pencerobohan hak domestik
dan juga menganggu dan mencabul kedaulatan sesebuah negara dan yang terakhirnya bagi
mereka hak asasi manusia di katakan sebagai indivual imperialism yang menekankan hak orang
lain.

Hakikatnya, banyak negara menandatangani perjanjian penjagaan hak asasi


manusia tetapi tidak ramai yang mematuhi dan menguatkuatsakan perjanjian-perjanjian tersebut.
Kebanyakan negara masih memandang bahawa jaminan keselamatan yang disertakan dengan
senjata nuklear lebih penting daripada hak asasi manusia. Malahan negara Amerika Syarikat
mencabuli hak asasi manusia untuk jaminan kelengkapan senjata. Contoh di Guata Namo
penganas-penganas yang telah ditangkap dipenjarakan tanpa penghakiman atau keadilan. Dan ini
membuktikan hak asasi yang tidak terpelihara dalam arus globalisasi kini, walaupun ada pihak
berkuasa mampu melakukannya.

30

2.3 GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Mengikut Professor Michael Gibbons (2003), Setiausaha Agong Persatuan Universiti


Komonwel (ACU), globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan
pengajaran yang berkualiti.

Pendidikan adalah merupakan satu aspek pembangunan sosial yang dianggap sangat
penting dan mampu mencetuskan perubahan dalam masyarakat. Pendidikan bukan sahaja boleh
menyediakan masyarakat dengan kebolehan menulis, membaca dan mengira malah dapat
mendedahkan mereka kepada pengetahuan dan nilai-nilai baru yang boleh dimanfaatkan untuk
tujuan memajukan diri dan masyarakat.

Bidang pendidikan di Tanah Melayu mempunyai sejarah yang panjang dan mempunyai
kaitan dengan sosiobudaya penduduk dari pelbagai kaum. Kewujudan sistem pendidikan itu pula
menggambarkan pemikiran sesebuah masyarakat itu sendiri. Orang Melayu misalnya, telah
mengalami sistem pendidikan yang berasaskan agama, berubah kepada keperluan zaman dan
akhirnya turut mengalami pendidikan sekular. Kedatangan penjajah turut memberi kesan kepada
bidang pendidikan dan telah mewarnai perkembangan sistem pendidikan. Penjajah British juga
telah menggunakan sistem pendidikan sebagai suatu mekanisme untuk mengukuhkan lagi dasar
kolonialisme dan imperialisme di negara ini. Oleh itu, kesan yang paling ketara ialah
pembentukan sekolah vernakular, hasil daripada dasar pecah dan perintah British untuk
mengukuhkan kemajmukan masyarakat.

Pada masa awal kedatangannya di wilayah Asia Tenggara, sebenarnya dunia Islam yang
sedang mengalami kejayaan yang ditandai dengan kemenangan Turki Utsmani atas
Konstantinopel. Akan tetapi, seiring berkembangnya ilmu pengetahuan di Eropah, seperti teknik
perkapalan, geografi, dan astronomi, orang-orang Eropah mulai mengadakan ekspedisi-ekspedisi
untuk menjelajahi wilayah lain. Mereka mulai melakukan pencarian terhadap rempah-rempah
(gold) yang digunakan sebagai penghangat tubuh pada musim dingin. Hal ini kerana barang
tersebut tidak dapat diproduksi di Eropah. Orang-orang Eropah juga berusaha memperoleh
kejayaan (glory) di Asia Tenggara dan menanamkan berbagai pengaruh seperti di bidang
kepercayaan (gospel).

31

Penjajahan yang dilakukan oleh suatu bangsa terhadap bangsa lainnya sebenarnya telah
terjadi sejak zaman purba. Berbagai dorongan seperti gold, glory dan gospel menjadi penyebab
terjadinya sebuah penjajahan atau kolonialisme. Orang-orang Eropah berusaha memperluas
kekuasaannya atas orang-orang Asia Tenggara yang memiliki kekayaan alam yang sangat
melimpah. Hal tersebut mengakibatkan terjadinya berbagai hal negatif seperti kemiskinan dan
ketergantungan terhadap bangsa atau negara penjajah.

Malaysia merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang mengalami penjajahan.
Penjajahan orang-orang Barat (Inggeris) terhadap Malaysia sebenarnya digerakkan oleh
semangat Perang Salib. Orang-orang Kristen berusaha untuk menegakkan kekuasaannya
terhadap dunia Islam, termasuk Malaysia. Bersamaan dengan hal tersebut, penjajah Kristen
bekerja sama dengan para pemodal Yahudi untuk semakin memperlancar niat tersebut. Hal
tersebut memunculkan teori konspirasi yang juga menyebabkan berbagai peristiwa penting
seperti Revolusi Inggris 1688, Revolusi Amerika 1776, dan juga Revolusi Perancis 1789
(Abdullah, 1997).

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sebelum kedatangan kuasa penjajah, pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan


formal dan tidak memberatkan perkembangan kognitif pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang
ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-Quran, tingkah laku, dan akhlak
yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran
awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan.
Pada peringkat lebih teratur, terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut sekolah
pondok yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajarpelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang dibina di sekelilingnya.

Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu berlaku


semasa zaman penjajahan Inggeris (1824-1957). Pada peringkat ini, pendidikan di Tanah melayu
telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa
mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran
pendidikan di Tanah Melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu pecah dan
perintah serta dasar terbuka.Pada zaman ini wujud empat aliran pendidikan yang berbeza di

32

Tanah Melayu iaitu Vernakular Melayu, Vernakular Tamil, Vernakular Cina dan Vernakular
Inggeris. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi
pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi
keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada
pelajaran Inggeris 1816. Walau bagaimanapun, perhatian kepada pelajar melayu hanya sekadar
melepas di tangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan
perjanjian Inggeris dengan pembesar-pembesar tempatan. Pendidikan pada peringkat ini telah
berjalan secara ad hoc tanpa dibendung oleh satu garis panduan atau batasan-batasan yang
konkrit. Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak menganggap pendidikan sebagai satu
pelaburan di peripherynya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi
mencapai kemajuan. Objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau
memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu
sedikit efisien sahaja. Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenangwenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur-unsur kebangsaan di
kalangan rakyat.

Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural sesuai dengan
keadaan struktur masyarakat majmuk. Terdapat lima aliran bahasa iaitu Bahasa Cina, Melayu,
Arab, Inggeris dan Tamil. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk
semangat kebangsaan di kalangn penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang
sumbang ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara
asal mereka.

PERUBAHAN PENTING DALAM SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu semasa
penjajahan British. Dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan
telah mewujudkan sistem pendidikan vernakular. Dasar ini merupakan perubahan yang penting
dalam perkembangan sistem pendidikan Malaysia. Sistem pendidikan vernakular bermaksud
sistem pendidikan yang berasaskan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar.
Pendidikan Vernakular gagal memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu kerana mereka
terpisah di antara satu sama lain. Empat aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa
penjajahan British iaitu Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.

33

Sistem pendidikan berbentuk vernakular dihasilkan dengan mengekalkan setiap kaum


dengan identiti bahasa dan negara asal mereka. Sejarah membuktikan perkembangan untuk
orang Melayu disekat dan dibantutkan oleh strategi kolonial British bagi mengelakkan
pembentukan kesedaran kebangsaan. Perkembangan yang berlaku menyebabkan British terpaksa
menyediakan sistem pendidikan berbeza kepada tiga kaum tersebut. Penyediaan pendidikan
bukanlah untuk membentuk masyarakat enlightened tetapi bagi mengesahkan alasan alasan
kehadiran British ke Timur adalah untuk mentamadunkan masyarakatnya. Oleh yang demikian,
British telah mewujudkan satu sistem pendidikan yang berbentuk vernakular bagi merealisasikan
impian mereka.

Tujuan utama adalah untuk membantutkan dasar perkembangan pendidikan dan tamadun
orang Melayu. Ia juga dilakukan bagi memudahkan pengaliran keluar segala hasil kekayaan
negeri-negeri Melayu ke Britain tanpa melaui proses audit atau soal jawab daripada pemilik
asal yang merujuk kepada orang Melayu. Sekatan pendidikan turut dikenakan terhadap orang
India yang menetap di ladang-ladang bagi mengekalkan status quo mereka sebagai anak
ladang. Orang India yang tinggal di bandar-bandar seperti Pulau Pinang dan Melaka, seperti
juga orang Melayu telah diberi peluang untuk memasuki sekolah Inggeris. Keadaan ini telah
mendirikan dua buah sekolah yang gah di bawah pimpinan pendidikan colonial British iaitu
Penang Free School dan Malacca Free School bagi melahirkan segelintir loyal servant kepada
pemerintah British. Orang Cina pula mempunyai sistem pendidikan tersendiri yang dibiayai oleh
pedagang-pedagang dan pelombong Cina. Ternyata orang Cina mempunyai sistem pendidikan
yang jauh lebih maju daripada pendidikan orang Melayu dan India.

Isu pendidikan vernakular perlu difahami kerana melalui pendidikan inilah terbentuknya
polarisasi kaum. Polarisasi ini pula terus-menerus menyalurkan British dengan sumber manusia
tanpa sebarang tentangan dan kesulitan dalam kerangka pengkhususan kerja masing-masing.
Jika diteliti, pendidikan vernakular pra-merdeka ini jugalah yang menjadi asas kepada
pembentukan sistem pendidikan moden di negara kita sehingga kini. Walau bagaimanapun,
terdapat kesan negatifnya, iaitu menyebabkan orientasi terhadap negara ibunda masing-masing.
Sekolah yang memberi kebebasan wujudnya sekolah-sekolah Cina dan India, telah
menyebabkan masyarakat negara ini tidak menuju kepada perpaduan kaum, dan ini disedari
bercangah dengan kepentingan terhadap perpaduan.

34

KESAN PENDIDIKAN ZAMAN PENJAJAHAN INGGERIS KE ATAS KURIKULUM


NEGARA

Melihat kepada sorotan sejarah pendidikan di negara kita, pastinya kita sedar bahawa
pendidikan di negara kita telah melalui pelbagai peringkat. Perkembangan pendidikan di
Malaysia jelas menunjukkan perbandingan yang ketara dalam hala tuju dan falasafah pendidikan
era sebelum merdeka dan zaman pasamerdeka. Antaranya:

Falsafah pendidikan berbentuk kemahiran sengaja disalurkan mengikut dasar untuk


mengekalkan masyarakat Melayu sebagai kaum tani.

Hala tuju pendidikan semasa zaman penjajahan Inggeris bertujuan menyekat peluang orang
Melayu untuk mengembangkan bakat mereka, memisahkan mereka daripada perkembangan
sosio-ekonomi negara.

Pada keseluruhannya, pendidikan di zaman penjajahan Inggeris ialah bersifat bebas atau
laissez-faire kerana terdapat lima jenis pendidikan yang telah diwujudkan tidak mempunyai
keseragaman, iaitu Inggeris, Melayu, Cina, Tamil dan agama Islam. Setiap jenis sekolah itu
mempunyai falsafah dan hala tuju pengajaran dan kurikulum yang berbeza. Akibat daripada
ketidakseimbangan ini, pihak Inggeris telah membuat kajian.

Rentetan daripada itu, beberapa laporan telah dirangka antaranya

Laporan Barnes 1950,

Laporan Fenn-Wu 1951

Ordinan Pelajaran 1952 dan Laporan Razak 1956.

Laporan ini telah membawa perubahan yang besar dalam hala tuju dan falsafah pendidikan di
negara kita.

Pada awal abad ke-21, beberapa perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan
Malaysia telah berlaku disebabkan oleh cabaran yang dihadapi akibat kesan globalisasi,
liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Cabaran negara Malaysia

35

waktu ini adalah untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi
menghadapi persaingan dengan negara lain. Ini menuntut negara Malaysia membangunkan
sumber tenaga manusia yang berketerampilan tinggi dalam pelbagai bidang dan berdaya saing.

Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan dilancarkan melalui Penyata Razak 1956 dan
dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar ini dilaksanakan untuk mengganti sistem
pendidikan penjajah. Elemen ini disemak semula pada tahun 1960 yang menghasilkan Laporan
Rahman Talib dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961.

Penambahbaikan telah dilakukan dalam kurikulum. Antara usaha telah dilaksanakan antaranya
adalah:

Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.

Kerajaan telah mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi
semua jenis sekolah.

Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.

Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.

Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang


menyeluruh, seimbang dan bersepadu;

Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;

Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan


peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang
bernasib baik & kawasan luar bandar atau pedalaman.

Kesan pendidikan dan latihan terlihat dengan jelas di bawah RANCANGAN MALAYSIA KE-9.
Antaranya:

Pendidikan Prasekolah dan Rendah meningkat kepada 702,897 pada 2005.

Pendidikan Menengah meningkat kepada 2.1 juta pada 2005.

Melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan, mahir & terlatih.

Melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan mempunyai nilai-nilai moral dan


etika yang kukuh.

Membantu kepada pencapaian Dasar pembangunan Nasional (DPN) iaitu untuk


membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

36

Bagi peluang pendidikan dan latihan kepada golongan berpendapatan rendah-tingkatkan


pendapatan & mudah dapat kerja seterusnya menyumbangkan peningkatan agihan pendapatan.
Enrolmen peringkat pengajian di Institusi pendidikan tertiari awam dan swasta meningkat
731,698 pada 2005 (Affendy, 2013).

CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Menerusi pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu
beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia mengenai dunia globalisasi terdapat sebanyak lima
cabaran asas terhadap dunia globalisasi.

1) Pembelajaran berterusan
Dalam membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan dalam era
globalisasi,

pihak UNESCO telah mencadangkan untuk

merombak cara-cara

membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara formal dan
tidak formal. Menurut Hussein Ahmad (2001) menyatakan supaya diperbanyakkan
institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya
untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannya
memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga
perkembangan diri individu itu sendiri. Ini bermakna mereka akan mempersiapkan diri
dengan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai bagi menghasilkan produk berkualiti
sesuai dengan peraliran semasa yang mana menuntut kecekapan dan kesiap siagaan yang
tinggi dalam berhadapan dengan pelbagai kemungkinan era globalisasi kini.

2) Pembentukan jati diri


Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang melanda
dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma
kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara itu kecil atau besar,
pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di pergunungan tinggi mahu pun di
lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah menerima tempias dan pengaruh
fenomena globalisasi. Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah
perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah
yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat. Oleh itu, aspek

37

berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana


perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan moral pelajar seperti di
bawah:
1. Keperibadian guru
Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan
pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan santun, penyayang,
penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban dan berdedikasi perlu
diterampilkan supaya dapat menjadi contohan pelajar. Guru juga perlu membawa watak
orang yang taat kepada amalan agama.
2. Budaya sekolah
Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan,
berkasih sayang, bertolong bantu, kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan
beragama adalah elemen-elemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan.
Aspek tersebut merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara
bersungguhsungguh oleh pihak pentadbiran sekolah
3. Aktiviti kokurikulum
Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab dan kegiatan sukan dapat memberi
input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui
pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat bekerjasama,
berdikari, tolong menolong, semangat cinta akan negara dan berdisiplin.

3) Inovasi dalam pelaksanaan kurikulum


Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai
kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998), menegaskan globalisasi telah
mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam
konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang
ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan kurikulum terutama dari segi strategi
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti:
a. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan
pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.
b. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area
Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum
dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini

38

memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan
keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.
c. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar
mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai
pemandu, pelayar dan pemudahcara.
d. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran
dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan
berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan
rakan dan guru.
Tambahan pula, perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di
Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut
adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi
menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan.

4) Pengurusan pendidikan
Cabaran keempat ialah dalam pengurusan pendidikan. Dalam hal ini, pengurusan
pendidikan telah mengalami transformasi dalam perkembangan dunia global terutama
dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa perisian
baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School
Management Information System) bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan
pendidikan. Dengan aplikasi tersebut ianya sedikit sebanyak membantu dalam
pengurusan pendidikan seperti:
-Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.
-Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
-Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.
-Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.
-Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan menyimpan
data seperti laporan kehadiran pelajar.
-Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar.
-Penempatan pelajar dalam kelas.
-Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.
-Pembinaan jadual waktu guru.
-Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.

39

-Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin
yang dikendalikan pentadbir dan guru.

5) Perkembangan profesionalisme guru


Cabaran kelima yang wujud dalam globalisasi dalam pendidikan ialah perkembangan
profesionalisme guru. Satu perbahasan relevan tentang globalisasi ialah pengkajian
mengenai kesan globalisasi terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. Usaha
yang dilihat menerusi cabaran globalisasi dalam perkembangan profesionalisme
keguruan ialah dapat meningkatkan kualiti guru sama ada dari segi kelayakan akademik,
kepakaran dalam pengajaran, kualiti professional dan kualiti personal atau kepimpinan
guru dalam organisasi sekolah dan masyarakat, meluaskan pengetahuan guru bersifat
global, kemahiran ICT dan interaksi global membolehkan guru meluaskan konsep
pembelajaran mengatasi halangan bilik darjah dan birokrasi sekolah, meluaskan peluang
kepada guru perkhidmatan dan guru-guru dalam latihan dari segi pendidikan guru dan
peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya.

Kesimpulannya, masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti perkembangan


pendidikan dengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit yang berkaitan
dengan kemajuan anak-anak mereka. Pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan
cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara
runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek
lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan itu sendiri (Aishah, 2014).

KRISIS GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Satu perancangan yang lebih baik boleh dilakukan dengan mengkaji krisis pendidikan
global yang mana ianya mendedahkan guru dengan pengetahuan yang berlaku di negara-negara
lain. Kebanyakan negara membangun mengalami kesan negatif globalisasi bagi membangun dan
memajukan bidang pendidikan. Globalisasi memberikan kesan buruk terhadap keadaan ekonomi
negara membangun, di samping perdagangan pendidikan dan budaya dari negara-negara barat

40

yang menguasai pasaran pendidikan di negara membangun. Antara krisis pendidikan global
adalah seperti di bawah (Aishah, 2014).

1.

Masalah kewangan
Krisis kewangan timbul apabila negara membangun menimbulkan masalah membiayai
perbelanjaan untuk pembangunan pendidikan. Ini termasuklah penyediaan kemudahan
pendidikan seperti menyediakan peluang pendidikan untuk semua, bantuan pendidikan
buku teks, menyediakan sekolah dengan infrastruktur lengkap, pendidikan literasi
komputer dan sebagainya.

2.

Isu brain-drain
Pengaliran keluar golongan cerdik pandai dan tenaga pakar ke luar negara akibat
daripada tawaran dan ganjaran yang lebih lumayan.

3.

Persaingan
Persaingan untuk memantapkan kualiti diri dengan kepakaran dalam sesuatu bidang dan
kemahiran tertentu akan menghasilkan produk pendidik yang setaraf dengan pendidik di
negara luar. Persaingan adalah suatu dorongan untuk perubahan dan kemajuan yang
penting dalam era globalisasi.

4.

Intelektualisme
Tambahan pula, dalam profesion keguruan, nilai intelektual perlu dipertahankan dan
sentiasa dipertingkatkan kerana warga pendidik merupakan agen dalam membentuk
modal insan yang berkualiti. Ini bermakna, guru perlu sentiasa ke hadapan dalam
mendidik dan memimpin masyarakat ke arah perubahan dan kemajuan.

5.

Jurang pendidikan
Krisis pendidikan global seperti jurang pendidikan juga menimbulkan kebimbangan. Ini
kerana pelaburan yang rendah dalam bidang pendidikan di negara membangun dan
persaingan global meningkatkan perbelanjaan pendidikan yang mana ianya menyulitkan
untuk usaha ke arah merapatkan lagi jurang pendidikan.

41

KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Berdasarkan definisi globalisasi pendidikan, cabaran globalisasi dalam pendidikan, krisis


pendidikan global dan sebagainya, apakah kesan yang dapat dikenal pasti terhadap globalisasi
dalam pendidikan? Globalisasi dalam pendidikan turut memberikan kesan positif dan negatif.
Antara kesan positif yang dapat diberikan melalui globalisasi dalam pendidikan ialah:

1) Budaya pembelajaran sepanjang hayat


2) Kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa
3) Menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian
4) Pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar
5) Perubahan peranan guru dalam bilik darjah
6) Peluang pendidikan terbuka luas
7) Persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan inovasi
8) Perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran

Terdapat beberapa kesan negatif melalui globalisasi dalam pendidikan iaitu:

1) Kadar pengangguran semakin meningkat


2) Pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar negara
3) Meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda
4) Perdagangan pendidikan
5) Penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan intelek dan rohani
6) Berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber bagi kemajuan sistem
pendidikan sesebuah negara
7) Pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial

Oleh itu, biarpun globalisasi dalam pendidikan mempunyai kesan positif dan negatif, ini
adalah tanggungjawab individu dalam membuat pilihan bijak sama ada ingin memilih sumber
yang bersesuaian atau sebaliknya. Tambahan pula, sebagai pendidik perlunya pemilihan dibuat
dalam mencedok ilmu dan sumber maklumat yang bersesuaian untuk disalurkan kepada murid-

42

murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah agar nilai-nilai negatif tidak
dapat diterapkan dalam diri murid-murid.

IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Globalisasi meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru
bagaimana perancangan pembelajaran dan dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif
global.

Faktor dan Impak globalisasi dalam pendidikan

1)

Pembudayaan teknologi dalam pelaksanaan harian membantu memudahkan


pengurusan maklumat
Pembudayaan teknologi dalam pelaksanaan harian membuatkan urusan kita menjadi
lebih mudah dan lebih bersistematik. Contohnya, penggunaan aplikasi Microsoft Excel,
memudahkan kita untuk menguruskan sesuatu data dan boleh dikemas kini pada bila-bila
masa.

2)

Penubuhan institusi pengajian tinggi swasta meningkatkan peluang pendidikan


Dengan globalisasi dalam pendidikan, mewujudkan lebih banyak institusi pengajian
tinggi swasta yang mana memberikan kesan ke atas semua individu untuk mendapatkan
peluang pendidikan yang sama rata. Secara tidak langsung, pembangunan negara
semakin meningkat melalui penghasilan produk berkemahiran dan pakar dalam sesuatu
bidang.

3)

Lambakan sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa


menghasilkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa
antarabangsa
Lambakan sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa yang
mudah diperoleh menerusi kecanggihan teknologi maklumat menghasilkan penggunaan
bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu. Ini kerana, kebanyakan
bahan penyelidikan dan sumber lain maklumat menggunakan Bahasa Inggeris dan bahasa

43

antarabangsa. Secara langsung, ini menjadi kelaziman individu menjadikan Bahasa


Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu utama.

4)

Pembelajaran

menggunakan

teknologi

membuatkan

penguasaan

ledakan

maklumat
Selain itu, dengan globalisasi, penggunaan teknologi maklumat dalam sesi pembelajaran
dan pengajaran sering diaplikasikan. Ini membuatkan murid-murid dan guru dapat
menguasai ledakan maklumat dan menambah pengalaman murid. Jika pada masa kini
tiada pelaksanaan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat di dalam bilik darjah,
adalah sukar untuk guru menyalurkan ilmu dan pengalaman berkaitan persekitaran yang
sukar untuk disediakan. Contohnya, keadaan di dasar laut, suasana di kutub utara dan
melihat bagaimana gunung berapi meletus. Dengan kecanggihan teknologi maklumat,
murid berpeluang melihat dan meneroka pengetahuan baru yang terbatas melalui video,
paparan slide dan sebagainya.

44

2.4

GLOBALISASI EKONOMI

Definisi Globalisasi Ekonomi


Tujuan utama globalisasi adalah untuk mewujudkan dunia tanpa sempadan. Globalisasi
bukan sahaja mempengaruhi politik, dan sosial, malahan turut mempengaruhi sektor ekonomi.
Menurut Ragnar Nurkse, dalam mewujudkan ekonomi seimbang, sesebuah negara perlu
memberikan menekanan terhadap pertumbuhan di dalam pelbagai sektor ekonomi iaitu
pertanian, perindustrian, dan perkhidmatan. Strategi ini mampu mengatasi masalah kemiskinan
di dalam sesebuah negara (Nafziger, 1978).
Globalisasi ekonomi bermaksud proses mebuang sempadan negara-negara di dunia
supaya lebih rapat dan bergabung antara satu sama lain dengan pembukaan pasaran dan
pengaliran modal secara meluas (Chee Ping Lim, 1997). Peningkatan saling bergantungan antara
sebuah negara dengan negara yang lain mewujudkan satu pasaran ekonomi dunia yang tidak di
hadkan oleh sempadan negara.
Menurut Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), globalisasi ekonomi bermaksud
pergantungan ekonomi yang semakin berkembang antara negara melalui kenaikan jumlah dan
kepelbagaian tukaran barangan dan perkhidmatan, pergerakan pelaburan antarabangsa bebas,
dan kemasukan teknologi yang lebih pesat dan meluas. Proses integrasi ekonomi antara dua
negara yang semakin meningkat membawa kepada kemunculan pasaran global atau pasaran
dunia.
Secara kesuluruhannya globalisasi ekonomi berlaku apabila sempadan negara-negara di
dunia semakin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yang boleh dihubungkan dengan
mudah, pantas, cepat dan rapat. Aktiviti ekonomi dan perdagangan boleh dilakukan melangkaui
sempadan negara serta merentasi benua dalam jangka masa yang singkat tanpa meninggalkan
negara tersebut. Transaksi perniagaan boleh dilakukan dengan lebih cepat dan mudah melalui edagang dan sebagainya.

Istilah Globalisasi Ekonomi


Istilah globalisasi ekonomi boleh terbahagi kepada dua iaitu:

45

A. Liberalisasi Ekonomi
Dasar pasaran bebas yang memberikan peluang kepada sesiapa sahaja termasuk
pemodal asing untuk memasuki dan menguasai pasaran dan ekonomi sesebuah
negara tanpa batasan.
Persaingan pasaran dan ekonomi menjadi terbuka dan bebas. Aliran keluar masuk
modal dan perdagangan sesebuah negara tidak boleh disekat atau dikawal oleh
kerajaan.
Liberalisasi ekonomi bergantung sepenuhnya kepada kuasa pasaran iaitu kuasa
permintaan dan penawaran.

B. Deregulisasi Ekonomi
Dasar penghapusan segala peraturan dan sekatan ekonomi yang diamalkan oleh
sesebuah negara yang selama ini menghalang aktiviti perdagangan, pengaliran
dan pemilikan modal, teknologi, perniagaan, pasaran barangan, perkhidmatan dan
lain-lain. Contohnya adalah seperti penghapusan subsidi, penghapusan sekatan
tariff dan lain-lain.

Faktor-Faktor Globalisasi Ekonomi


Antara faktor-faktor utama yang mencetuskan globalisasi ekonomi ialah seperti berikut:
A. Pencapaian Teknologi Informasi (IT)
Teknologi yang semakin maju memudahkan urusan jual beli di kalangan negara
dan juga penjual dan pengguna. Pembangunan teknologi member sumbangan
besar seperti e-commerce dan e-dagang.

B. Penciptaan dan Pelancaran Satelit


Penciptaan satelit memudahkan perhubungan sesebuah negara ke negara yang
lain.
Maklumat boleh diperolehi dalam masa yang singkat kerana semua nya berada di
hujung jari. Dengan teknologi yang semakin moden, masyarakat sesebuah negara
mampu berhubung dan mencari maklumat dari telefon bimbit mereka.

46

C. Multi National Corporation (MNC) yang Wilayah Usahanya Di Seluruh Dunia


MNC ialah syarikat yang beroperasi di dua ataupun lebih buah negara asing
secara serentak melalui usaha sama, subsidiari milik penuh dan cawangan yang
dikawal oleh satu perbadanan induk. Kebanyakkan MNC adalah dimiliki oleh
negara maju seperti Amerika Syarikat (US) dan Kesatuan Eropah (EU) yang
mempunyai dana yang banyak dah kukuh. Syarikat-syarikat gergasi ini sering
mencari peluang pelaburan di negara dunia ketiga bagi memperoleh sumber asli
yang banyak dan sumber buruh yang jauh lagi murah bagi meminimumkan kos
dan memaksimumkan perolehan syarikat. Kemasukan MNC di negara-negara
kurang membangun sangat diperlukan supaya negara tersebut dapat membangun
dari segi teknologi, kepakaran, pelaburan bagi menambah pendapatan negara dan
banyak lagi.

D. Perkembangan Politik Dunia


Negara-negara berkembang semakin menyedari pentingnya melakukan hubungan
ekonomi dengan negara-negara lain untuk menjamin kesejahteraan dan ekonomi
sesebuah negara tersebut.

E. Kemajuan Teknologi dan Pengangkutan


Kemajuan pengangkutan yang memudahkan serta mempercepatkan proses keluar
masuk barang dan perkhidmatan. Hampir setiap negara membangun mempunyai
lapangan terbang dan pelabuhan yang ternyata memudahkan aktiviti importexport dilakukan.
Bentuk Globalisasi Ekonomi

Globalisasi ekonomi merangkumi pelbagai aspek yang member kesan kepada sesebuah
negara dan juga penduduk sesebuah negara tersebut. Antara bentuk globalisasi ekonomi ialah:

A. Globalisasi Produksi
Perusahaan beroperasi di berbagai negara dengan tujuan agar kos produksi
menjadi lebih rendah. Globalisasi produksi dilakukan kerana upah buruh yang

47

rendah, tariff barangan masuk yang murah, infrastruktur yang memadai dan juga
politik dan keadaan negara yang kondusif.

B. Globalisasi Tenaga Kerja


Bentuk globalisasi ini mempu memanfaatkan tenaga kerja dari seluruh dunia
sesuai mengikut industri. Contohnya penggunaan pekerja profesional yang
diambil bekerja berdasarkan pengalaman kerja yang meluas atau buruh kasar
yang boleh diupah dari negara berkembang kerana upah kerja yang lebih rendah.

C. Globalisasi Pembiayaan
Perusahaan global mempunyau akses untuk memperoleh pinjaman atau
melakukan pelaburan di semua negara di dunia. Sebagai contoh, syarikat
telekomunikasi memperbanyakkan sambungan telefon di negara-negara lain.

D. Globalisasi Teknologi Maklumat


Masyarakat di seluruh dunia boleh mendapatkan maklumat dan pengetahuan
tentang sesuatu perkara dengan lebih cepat dan mudah kerana ada nya kemajuan
teknologi seperti television, media cetak, Internet, dan lain-lain lagi. Dengan
kemudahan komunikasi yang semakin maju telah banyak membantu meluaskan
pasaran ke serata pelosok dunia. Contoh nya boleh dilihat Syarikat KFC, Levis
atau McDonald terdapat di pelbagai negara di seluruh dunia.

E. Globalisasi Perdagangan
Globalisasi perdagangan wujud menerusi penurunan dan kesamarataan tarif
perdagangan dan juga penghapusan berbagai tarif perdagangan di sesetengah
negara. Kesannya kegiatan perdagangan dan persaingan menjadi semakin cepat.

48

Kesan Globalisasi Ekonomi

Globalisasi memberikan impak yang berbeza-beza ke atas pembangunan ekonomi di


antara negara terutama negara maju dan negara membangun. Menurut anton (1995) dan Atal
(2001), proses globalisasi telah menyebabkan ketidakseimbangan yang luas dari segi teknologi,
agihan sumber, tingkat pengeluaran serta akses kepada kewangan di kalangan penduduk dunia
dan selanjutnya menyumbang kepada agihan pendapatan global yang tidak seimbang. Antara
impak penting globalisasi ke atas pertumbuhan ekonomi dunia adalah:

Kesan Positif
A. Menambahkan Keupayaan Modal Dalam Negara
Dengan kemasukkan modal asing dalam negara membangun membolehkan
industri berkembang pesat, mewujudkan peluang pekerjaan, mengurangkan
kadar pengangguran, meningkatkan taraf hidup dan menghapuskan kemiskinan.
Negara Asia Pasifik yang tidak mempunyai keupayaan modal yang cukup untuk
menggerakkan sektor ekonomi moden khususnya industri dan perkhidamtan.
Justeru, kemasukan modal asing dalam negara amat digalakkan agar dapat
membangunkan negara mereka.
Syarikat-syarikat multinasional Malaysia juga telah meningkatkan pelaburan
mereka ke seluruh dunia seperti syarikat Telekom Malaysia Berhad, Maybank,
dan Petronas. Ini meletakkan syarikat-syarikat multinasioanal Malaysia sebaris
dengan syarikat gergasi luar negara.

B. Menggalakkan Pemindahan Teknologi


Melalui globalisasi ekonomi, kemasukan teknologi moden dan pemindahan
kepakaran dari negara-negara maju dapat membantu membangunkan ekonomi
negra membangun.

49

Rakyat tempatan berpeluang untuk mempelajari kaedah pengendalian teknologi


melalui latihan lanjutan dan usahasama dalam konteks Research & Development
(R&D) tenaga manusia.
Akhirnya rakyat tempatan dapat menguasai kepakaran asing dan memajukan
negara sendiri. Negara akan mendapat faedah melalui pelaburan pusat
penyelidak baru, penggunaan teknologi, dan inovasi baru.

Keratan Akhbar Utusan Borneo tentang kesedaran masyrakat tentang teknologi maklumat
Sumber: Akhbar Utusan Borneo, 29 Mac 2010 (Isnin)

C. Menggalakkan Persaingan
Sistem pasaran bebas menggalakkan syarikat bersaing merebut penguasaan
pasaran dengan persaingan sihat antara pengusaha.
Persaingan produk yang sama di pasaran akan menjalinkan kerjasama strategik
untuk melakukan pengkhususan pengeluaran dan perkongsian teknologi dan
kepakaran.

50

Pasaran barangan dan perkhidmatan bertambah luas dan pengusaha tidak lagi
bergantung kepada saiz pasaran domestik yang terhad dan jumlah penduduk
yang boleh mempengaruhi hasil jualan mereka.

D. Meningkatkan Aliran Buruh


Permintaan tinggi barangan industri turut meningkatkan permintaan terhadap
buruh mahir dan buruh kurang mahir.
Sebahagian kekosongan pekerja akan diisi oleh tenaga buruh dari negara lain
terutama ekspatriat mahir.

E. Peningkatan Kualiti Produk


Pasaran bebas akan menyebabkan kadar tariff barang dikurangkan atau
dihapuskan. Ini akan menyebabkan penjual dan pengusaha akan memenuhi
pasaran dengan pelbagai produk.
Pengusaha juga akan meningkatkan kualiti barangan dan dijual pada harga yang
lebih murah.

F. Memudahkan Perhubungan
Dengan kemajuan alat telekomunikasi, maklumat ekonomi boleh diikuti
sepenuhnya dengan lebih mudah. Peniaga boleh menghubungi seluruh dunia
dengan sidang video, Internet, dan Email.
E-dagang dan E-banking juga boleh dijalankan. Dengan ini, peniaga boleh
meluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan ke seluruh dunia.
Perdagangan antarabangsa dapat dijalankan dimana pengguna dan penjual boleh
berniaga dan membeli belah secara elektronik.
Peniaga dan pengguna melakukan urusan jual beli melalui Internet.
Perkembangan ICT yang pesat telah mempergiatkan hubungan di antara negaranegara di dunia. Contohnya penggunaan Internet. Michael (2000) berpendapat
bahawa inovasi teknologi merupakan faktor utama yang membawa kepada
berlakunya proses globalisasi, dan proses globalisasi ini akan terus berlaku
apabila inovasi teknologi terus berkembang.
Human Development Report (UNDP, 2000) melaporkan bahawa masyarakat
yang menggunakan teknologi komputer secara on-line di peringkat global
mencatat trend yang semakin meningkat, iaitu lebih kurang 16 juta pengguna

51

internet pada tahun 1995 dan jumlah telah meningkat kepada lebih kurang 304
juta pada tahun 2000. Peningkatan sebanyak 20 kali ganda dalam tempoh lima
tahun ini dianggap besar.

Kesan Negatif

A. Kegawatan Ekonomi
Aliran masuk modal asing yang besar menyebabkan kewangan negara lebih
mudah berubah. Ini kerana, pemindahan wang merentasi sempadan sesebuah
negara boleh dilakukan dengan hanya menekan butang komputer sahaja.
Penarikan keluar modal asing secara mendadak akan menyebabkan negara
tersebut menjadi muflis, operasi industri boleh terhenti, pengangguran bertambah,
beban hutang negara meningkat, dan ekonomi negara menjadi gawat.
Perdagangan bebas secara keseluruhannya menguntungkan sistem ekonomi.
Kajian Beer (1999) membuktikan bahawa ketidakseimbangan agihan pendapatan
akan meningkat sekiranya tahap pembangunan sesebuah negara meningkat.
Beliau juga mendapati wujud hubungan secara positif dan signifikan antara
ketidakseimbangan agihan pendapatan dengan pelaburan langsung asing.
Secara kesimpulannya, negara yang banyak bergantung kepada pelaburan
langsung asing mempunyai darjah ketidakseimbangan agihan pendapatan yang
tinggi meskipun pelaburan langsung asing dapat memesatkan pertumbuhan
ekonomi sesebuah negara. Malah, dalam kajian Beer (1999) menunjukkan jurang
agihan pendapatan yang kecil di negara-negara berpemerintahan komunis
berbanding negara-negara ekonomi kapitalis dan campuran.

B. Tekanan Ekonomi dan Bebanan Kepada Golongon Miskin


Globalisasi menyebabkan penghapusan hak-hak keistimewaan dan subsidi kepada
golongan miskin.
Apabila subsidi dihapuskan akan menyebabkan peningkatan dalam harga
barangan, perkhidmatan, dan kos sara hidup. Isi rumah berhadapan dengan
masalah inflasi berikutan kejatuhan kadar upah, merosotkan kutipan cukai, dan
mengurangkan kewangan kerajaan. Ini menyebabkan jurang antara golongan

52

kaya dan miskin semakin meluas. Golongan kaya akan terus kaya dan golongon
miskin akan terus hidup dalam kemiskinan.

C. Penjajahan Baru Ekonomi


Pembukaan pintu ekonomi dan pasaran membolehkan monopoli ekonomi berlaku
di sesebuah negara. Kekayaan ekonomi negara sedang membangun akan dikuasai
oleh pemodal asing.
Mengeksploitasi tenaga kerja tempatan dengan kadar upah yang rendah.

D. Penghakisan Dasar Perlindungan Produk Tempatan


Produk tempatan tidak lagi dilindungi dan terpaksa bersaing dengan produk luar
negara dimana kualiti nya lebih elok.

E. Monopoli Syarikat Multinasional (MNC)


Syarikat-syarikat kecil akan ketinggalan dan seterusnya terpaksa gulung tikar
kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar dalam dan luar
negara.
Ancaman terhadap barangan dan perkhidmatan tempatan dan juga ancaman
kepada industri kecil dan sederhana (IKS).
MNC secara jelasnya mencari ruang pelaburan di negara-negara kurang
membangun adalah untuk mencapai matlamat yang sebenar iaitu mengaut
keuntungan. Menurut Carriere (2000), MNC memiliki tiga perkara yang mampu
mengukuhkan keupayaan mereka iaitu peningkatan kecanggihan ekonomi,
pembangunan mobaliti modal, dan keupayaan mengawal negara bangsa dengan
menggunakan kunci sesuatu industri.
Bagi negara yang kurang membangun, mereka memerlukan penglibatan MNC di
negara mereka agar pelaburan secara terus dapat menambahkan pendapatan
negara namun mereka terpaksa berdepan dengan risiko pengaliran matawang
yang tidak seimbang di dalam perdagangan kerana keperluan untuk
mengukuhkan kedaulatan dan kestabilan negara dan juga untuk memenuhi
permintaan masyarakat umum. Apabila sesebuah negara memberi kebenaran
kepada kemasukan pelaburan, ianya merupakan langkah awal untuk negara maju
memonopoli kepentingan negara terbabit.

53

Kewujudan MNC di negara Dunia Ketiga untuk tujuan membangunkan ekonomi


telah menyebabkan mereka terlalu bergantung kepada MNC. Ini kerana,
kebanyakkan modal dan teknologi adalah datangnya dari MNC telah
menyebabkan negara membangun bergantung kepada negara maju demi
kemajuan ekonomi. Pergantungan ini pastinya memberi impak negatif kepada
negara Dunia Ketiga kerana segala keputusan seperti pemilikan sepenuhnya aset,
perjalanan syarikat serta keuntungan dalam perniagaan terletak sepenuhnya
kepada syarikat induk di negara maju. Contoh negara yang maju ialah Amerika
Syarikat (US) dan Jepun. Malah Malaysia masih bergantung kepada teknologi
dalam penghasilan komponen-komponen penting dalam pembuatan kenderaan
khususnya dari Jepun.

F. Ancaman Kepada Pengusaha dan Produk Tempatan


Kecenderungan penduduk tempatan menggunakan produk luar yang berjenama
member kesan kepada produk tempatan.
Daya saing produk tempatan yang lemah menyebabkan ia tidak mendapat
sambutan di pasaran tempatan.
Pelabur tempatan tidak dapat bersaing dengan adil kerana kekurangan modal,
teknologi, dan pasaran yang tidak memberangsangkan.

G. Masalah Yang Timbul Dari Aliran Buruh Asing


Kemasukan buruh asing yang ramai dari pelbagai negara boleh mewujudkan
masalah sosial yang teruk seperti pecah rumah, rogol, mencuri, merompak, malah
terlibat dalam pembunuhan.
Manakala, pekerja tempatan sukar mendapat faedah kenaikkan gaji kerana buruh
asing sanggup bekerja pada perolehan faedah paling minimum.
Tenaga mahir pula berpindah ke negara lain yang mendapat tawaran gaji yang
lebih menarik.
Menurut Lane (1998), eksport barangan negara membangun ke Amerika Syarikat
kini berjumlah satu per tiga berbanding satu per enam pada 1973. Kesannya, upah
buruh di Amerika Syarikat terutama buruh mahir menurun kerana terpaksa
bersaing dengan buruh asing yang upahnya jauh lebih murah.
Globalisasi menggalakkan lagi mobiliti pesat bagi buruh dan tenaga kerja. Dalam
keadaan ekonomi yang global, bukan sahaja berlakunya pengaliran buruh mahir,

54

tetapi tekanan ekonomi juga menarik buruh yang tidak mahir bergerak ke negaranegara yang lebih maju berbanding dengan negara asal mereka. Di Malaysia,
kebanyakan buruh asing berasal dari Indonesia, Filipina, Bangladesh, dan
Thailand.
Kemasukan buruh asing beramai-ramai sama ada secara sah atau haram akan
menambahkan bilangan buruh tidak mahir ke dalam sektor-sektor yang
memerlukannya. Ini akan menghalang penerimaan faedah oleh golongan
berpendapatan rendah atau buruh tempatan kesan daripada pertumbuhan ekonomi
yang berkembang pesat kerana kesanggupan buruh asing menerima upah yang
lebih rendah.
Tiga buah negara yang mempunyai kadar penghijrahan penduduk yang besar di
dunia ialah Amerika Syarikat, Kanada, dan Australia. Ketiga-tiga negara ini telah
menyerap lebih kurang 1.5 juta penduduk setiap tahun.

Jumlah Pekerja Asing Di Malaysia dari Tahun (1999-2008)

55

Sistem Ekonomi
Sistem Ekonomi Kapitalis

Sistem Ekonomi Sosialis

Sistem Ekonomi Islam

Anggap keadilan berdasarkan

Letak konsep sama rata. Iaitu

Menggunakan konsep

kepada Leissure Faire

manusia mempunyai status

persamaan. Islam memberi hak

pendapatan yang sama

sama rata, peluang cari harta


dan keredhaan Allah

Pemilik modal mempunyai

Pemilikan harta menjadi hak

Tidak menidakkan hak

hak atas modal yang dimiliki

milik pemerintah.

golongan miskin dan


mengutamakan tanggungjawab
sosial.

Keadilan ditegakkan atas

Keadilan ini melanggar fitrah

Keadilan sosial menjadi

dasar pemilik modal salurkan

manusia yang memerlukan

matlamat utama. Maka agama,

modal untuk keluarkan

harta dan mencintai harta

akhlak, dan nilai moral

barangan yang menjadi

menjadi garis sempadan.

permintaan masyarakat

Manipulasi pasaran adalah


diharamkan.

Para kapitalis beri keutamaan

Berlaku penindasan apabila

Keperluan asas seperti api dan

kepada produk yang member

golongan pemerintah kuasai

air adalah tanggungjawab

keuntungan yang besar

harta

negara bukan rakyat.

Isu dan Cabaran Masa Hadapan


Malaysia juga turut terlibat dalam proses globalisasi ekonomi. Antara isu dan cabaran
yang akan dihadapi Malaysia di masa hadapan berikutan globalisasi ekonomi adalah seperti
berikut:
A. Pertumbuhan Dan Agihan
Pertumbuhan dan pembangunan yang tidak seimbang contohnya antara pantai
barat dan pantai timur dan juga di antara kawasan bandar dan kawasan desa.
Agihan kekayaan dan pendapatan yang tidak adil antara kelas sosial dan
kelompok etnik.

56

Jurang pendapatan antara negara kaya dengan negara miskin dan golongan kaya
dengan golongan miskin dalam negara yang sama semakin meluas. Keadaan ini
menyebabkan ketidaksetaraan agihan pendapatan antara benua, negara, dan
individu meningkat.Sebagai contoh, fenomena peningkatan ketidakseimbangan
agihan pendapatan di Amerika Syarikat berpunca daripada perdagangan bebas.

B. Hak-Hak Masyarakat
Globalisasi ekonomi mencabuli beberapa perkara di dalam perundangan negara
contohnya seperti Perkara 153: Kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputera dan Perkara 8: semua orang sama rata dari segi undang-undang.
Kemasukan modal asing boleh menyebabkan penggubalan undang-undang negara
di masa hadapan.

Namun, dalam mengatasi cabaran-cabaran yang tercetus akibat globalisasi ekonomi


negara boleh mewujudkan dasar dalam menghadapi cabaran untuk membangunkan negara dan
ekonomi. Kewujudan Dasar Negara adalah usaha kerajaan dalam menghadapi dan mengatasi
masalah yang membebankan semua atau sebahagian masyarakat untuk kebajikan umum.
Tujuan Dasar Negara diwujudkan adalah untuk mencapai matlamat keselamatan negara,
mencapai perpaduan dan kestabilan negara, dan mencapai kesejahteraan sosial dan ekonomi
rakyat dan masyarakat. Sejak tahun 1970-an lagi Malaysia sudah melancarkan Dasar Negara
yang pertama iaitu Dasar Ekonomi Baru.
Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, pembangunan ekonomi negara mengikuti
pendekatan laissez-faire dimana pemerintah tidak banyak campur tangan. Peranan pemerintah
hanya tertumpu kepada bidang tradisional iaitu membekalkan kemudahan asas seperti bekalan
air bersih, elektrik, prasarana desa, pendidikan, kesihatan, perkhidmatan sosial serta sokongan
institusi untuk pembangunan pertanian dan desa.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan dari tahun 1970 hingga tahun 1990. DEB
diwujudkan sebagai tindak balas kepada peristiwa 13 Mei 1969. DEB bertujuan untuk
membangunkan ekonomi negara secara seimbang dari segi agihan dan meningkatkan perpaduan
kaum. Hasrat DEB juga untuk mengurang dan menghapuskan kemiskinan dengan cara
meningkatkan pendapatan penduduk melalui peluang pekerjaan secara meluas tanpa mengira

57

kaum. Melalui DEB juga, negara berharap dapat menyusun semula masyarakat, membetulkan
penyertaan setiap kaum dalam kegiatan ekonomi negara secara menyeluruh.

Gambar Keratan Akhbar Tragedi 13 Mei 1969


Sumber: http://dukeofumno.blogspot.com/2010/11/memali-13-mei-1969.html
Matlamat DEB dilaksanakan melalui strategi membasmi kemiskinan dan memperbaiki
ketidakseimbangan agihan kekayaan negara di kalangan kaum, terutamanya kaum bumiputera
yang jauh ketinggalan dalam arus pembangunan negara. DEB juga dianggap sebagai Rangka
Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) negara.
Apabila DEB berakhir, kerajaan telah melaksanakan Rangka Rancangan Jangka Panjang
Kedua (RRJP2) yang turut dikenali sebagai Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang bermula
dari tahun 1991 hingga tahun 2000.Matlamat DPN masih lagi untuk membasmi kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat supaya dapat memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan

58

ekonomi yang masih wujud dikalangan masyarakat di Malaysia. Beberapa matlamat DEB yang
maish belum tercapai turut diberi penekanan terutama yang berkaitan dengan pegangan ekuiti
bumiputera dalam ekonomi negara dan juga usaha-usaha membasmi kemiskinan terus digiatkan.
Selepas tempoh RRJP2 tamat, Malaysia telah melaksanakan Rangka Rancangan Jangka
Panjang Ketiga (RRJP3) yang menumpukan kepada Dasar Wawasan Negara (DWN) untuk
tempoh 2001 hingga 2010. Matlamat rancangan ini adalah untuk mempertingkatkan kualiti
pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yang mampan supaya rakyat dapat terus
menikmati kemakmuran secara adil dan saksama. RRJP3 memberi penekanan kepada isu-isu
yang berkaitan dengan perpaduan kaum, kemiskinan, dan persoalan agihan. Dasar yang
dilaksanakan di bawah rancangan ini turut member penekanan yang lebih serius kepada usahausaha untuk mengalihkan system ekonomi negara daripada berasaskan pengeluaran (p-economy)
kepada berasaskan pengetahuan (k-economy). Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan daya
saing ekonomi negara di peringkat global.
Hala tuju pembangunan Malaysia sebenarnya dibentuk oleh tiga rangka dasar utama
negara iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) bermula tahun 1971 hingga tahun 1990, Dasar
Pembangunan Nasional (DPN) tahun 1991 hingga tahun 2000, dan Dasar Wawasan Negara
(DWN) yang bermula pada tahun 2001 hingga tahun 2010. Secara keseluruhannya, objektif
utama DEB, DPN, dan DWN ialah untuk mencapai perpaduan negara, pertumbuhan ekonomi
dan mengekalkan keseimbangan sosial.
Proses pembangunan sesebuah Negara bermula dengan usaha meningkatkan kadar
pertumbuhan ekonomi. Bagi negara Malaysia misalnya, meletakkan sasaran tertentu dari segi
pertumbuhan ekonomi yang ingin dicapai dalam setiap rancangan pembangunan lima tahun yang
dilancarkan.
Proses pembangunan ekonomi melibatkan pelbagai komponen termasuk buruh, modal,
dan teknologi. Setiap komponen ini mempunyai kepentingan yang tersendiri terhadap ekonomi
negara dan tidak boleh diabaikan. Kesemua komponen ini perlu digabung dan bergantung antara
satu sama lain bagi menghasilkan pertumbuhan ekonomi negara yang seimbang.
Di Malaysia, dasar dan strategi untuk mewujudkan ekonomi yang seimbang telah lama
diberi penekanan. Dari zaman penjajahan British di Tanah Melayu telah mewujudkan keadaan
dualism ekonomi yang sangat ketara dalam pelbagai sudut. Paling ketara ialah dualism ekonomi
dari segi wilayah dan juga di kalangan kelompok etnik yang mendiami negara ini. Pendudukan
Inggeris di Tanah Melayu lebih tertumpu di kawasan-kawasan yang mempunyai kepentingan

59

dan potensi ekonomi yang tinggi. Ini menyebabkan pembangunan ekonomi hanya tertumpu di
kawasan-kawasan tertentu, terutamanya di sebelah pantai Barat Semenanjung Malaysia yang
pada waktu itu kaya dengan pelbagai hasil bumi, terutamanya bijih timah. Kawasan-kawasan
yang kurang potensi ekonomi seperti di pantai Timur tidak dititikberatkan pembangunan
ekonomi nya. Kemunduran ekonomi di kawasan ini telah menyebabkan pelbagai masalah seperti
sukar mendapat pekerjaan dan kemiskinan di kalangan penduduk kawasan tersebut.

Kesan Pembangunan Ekonomi Era Globalisasi Di Malaysia


Transformasi ekonomi melalui proses perindustrian membawa kesan kepada struktur masyrakat
Malaysia. Antara kesan globalisasi ekonomi di Malaysia ialah:
A. Pertumbuhan Bandar-Bandar Baru
Bandar-bandar

baru

banyak

dibangunkan

di

sekitar

kawasan-kawasan

perindustrian.
Masyarakat multi etnik mula mendiami bandar-bandar baru dan mengamalkan
budaya yang pelbagai mengikut kaum masing-masing
Tenaga-tenaga kerja desa mula berhijrah ke bandar dan mengisi peluang
pekerjaan yang ada.

B. Gaya Hidup Masyarakat Berubah


Hidup masyarakat kawasan bandar berubah ke arah moden berbanding masyrakat
yang mendiami kawasan luar bandar.
Masyarakat dipengaruhi dengan kecanggihan teknologi seperti televisyen, satelit,
telefon, begitu juga media cetak yang membolehkan masyarakat moden seluruh
dunia mengetahui keadaan negara lain dengan cepat.

C. Pembasmian Kemiskinan
Dasar pembangunan negara yang berasaskan industrialisasi berjaya dalam
matlamatnya iaitu mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia.
Rakyat juga mampu untuk memiliki barangan moden seperti televisyen, radio,
Internet yang membolehkan mereka mengakses maklumat dengan begitu mudah
dan cepat tanpa sekatan dari pemerintah.

60

Kesimpulan Globalisasi Ekonomi

Hakikatnya, globalisasi ekonomi membawa kesan yang positif dan negatif kepada
sesebuah negara. Globalisasi ekonomi menuntut sesebuah negara melakukan perubahan dari
masa ke semasa. Sebuah negara juga harus memiliki kelebihan bersaing dalam pasaran
antarabangsa.
Globalisasi dalam perdagangan antarabangsa juga memerlukan kita berinteraksi dengan
pelbagai pihak dan pelbagai latar belakang budaya. Oleh itu,penguasaan dan kemahiran dalam
bahasa-bahasa asing akan memberi kelebihan untuk melibatkan diri dalam arena antarabangsa.
Globalisasi ekonomi ini dapat diatasi kesan negatifnya apabila di pihak rakyat bersedia
menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan pesat dalam senario ekonomi dunia hari ini.

61

KESIMPULAN

Globalisasi adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan akan terus kekal, dan seiapa
pun tidak dapat mengetahui bagaimana dan bilakah ia akan berakhir. Cabaran Malaysia adalah
dalam meningkatkan kekuatan, menghapuskan kelemahan, mengeksploit segala peluang dan
menukar ancaman kepada peluang. Malaysia harus bersedia untuk beroperasi dalam suasana
global di mana persaingan adalah pengukur jika Malaysia tidak mahu disisihkan. Oleh itu,
adalah tanggungjawab Malaysia untuk menerangkan kepada rakyat mengenai potensi globalisasi
serta impaknya kepada negara, cabaran dan peranan yang harus dimainkan oleh masyarakat dan
bagaimanakah cabaran ini dapat dilihat dalam jangka masa pendek dan panjang. Globalisasi
boleh memberi kesan sama ada kepada individu ataupun kumpulan dengan cara yang berlainan.
Mereka harus peka terhadap globalisasi dan impaknya supaya dapat menghadapi dengan cara
tersendiri cabaran tersebut.

62

RUJUKAN

Abdul Rahman Embong Wacana Globalisasi dalam Noraini Othman dan Sumit K. Mandal,
Malaysia Menangani Globalisasi: Peserta atau Mangsa?, Bangi, Universiti Kebangsaan
Malaysia, 2000.

Abdul Rahman Haji Abdullah. 1997. Penjajahan Malaysia Cabaran dan Warisannya.
Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

Aishah Netty. 2014. Globalisasi Dalam Pendidikan. Diambil pada 7 December 2014, di
http://aishahnetty.blogspot.com/p/globalisasi-dalam-pendidikan.html

Daud, S. (2004). Globalisasi dan Negara Pembangunan. Akademika, 64, 2741

General Delegation of Palestine website. (2014). http://www.palestine-australia.com/

Kegley, C., & Blanton, S. (2014). World Politics: Trend and Transformation, 2014 - 2015.
Cengage Learning.

Lee, M. L. S. (2007). Menangani cabaran dunia: strategi globalisasi di Malaysia. Institut


Terjemahan Negara Malaysia.

Mohd. Mahadee Hj Ismail dan Ab. Bassat Husin, Globalisasi Ekonomi Politik Dan Impaknya Ke
Atas Politik Malaysia:Pilihan Raya 2008 dalam Prosiding Seminar Politik Malaysia,
Universiti Teknologi MARA, 2008.

Nafziger, E. W. (1978). The Economics of Developing Countries. Edisi Ketiga. USA. PrenticeHall International, Inc.

Mohd Mahadee Haji Ismail dan Ab Bassit Husin. (2008). Globalisasi Ekonomi Politik Dan
Impaknya Ke Atas Politik Malaysia: Pilihan Raya 2008. Seminar Politik Malaysia, UiTM
Shah Alam.

63

Nazery Khalid. (2005). Kesan Globalisasi Ke Atas Tahap Dayasaing Pelabuhan-Pelabuhan Di


Malaysia. Samudera 1.

Nor Aini Haji Idris dan Ishak Yussof. (2009). Ekonomi Malaysia Ke Arah Pembangunan
Seimbang. Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Nurul Hasliza Mohd Razmin, Nur Izzati Mohamad Anuar, Nur Dalila Mat Yusoff, dan Nik
Malini Nik Mahdi. (2013). Globalisasi Sebagai Satu Kolonialisme Bentuk Baru Dan
Kesan Kepada Ekonomi. Proceeding of The International Conference On Social Science
Research. Penang, Malaysia.

Osman Bakar, Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban dalam Jurnal Peradaban, Jilid 1,
Universiti Malaya, 2008.

Rashid, A. R. A., Hussin, S., & Tubah, J. (2006). Institusi keluarga menghadapi cabaran alaf
baru. Utusan Publications & Distributors.

Wan Mohd Affendy. 2013. Kesan Pendidikan Zaman Penjajahan Inggeris ke atas kurikulum
negara.

Diambil

pada

December

2014,

di

laman

sesawang

http://wanmohdaffendy.blogspot.com/2013/06/kesan-pendidikan-zaman-penjajahan.html
Y. Bhg. Dato lr. Hj. Abdul Rashid bin Maidin. 2004. Ke Arah Penyertaan Masyarakat Malaysia
Dalam Menghadapi Cabaran Globalisasi. Diambil pada 7 December 2014, di
http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/13789/1/CStory.pdf

Zaki, A., Hamzah, A., & Mad Aros, A. (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS).
Oxford Fajar Sdn.Bhd.

You might also like