You are on page 1of 3

4.

0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian sememangnya penting dalam penulisan kajian kes kerana dengan adanya
objektif, maka murid mempunyai satu garis panduan yang jelas terhadap perkara-perkara
penting yang akan dikupas oleh murid. Antara objektif kajian murid adalah seperti berikut:-
A.Mengenalpasti faktor kedatangan kuasa Barat ke negara kita.
B.Mengkaji persaingan kuasa Barat untuk mendapatkan tanah jajahan secara rasional.
C.Menilai perbezaan strategi kuasa Barat untuk menguasai negara kita.

5.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam proses menyiapkan kajian ini dengan berdasarkan tajuk, saya telah merujuk pelbagai
sumber rujukan seperti bahan ilimiah iaitu Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 dan Wow Grafik
Kendiri PT3 Tingkatan 3 KSSM.

Selain itu, kaedah seterusnya ialah saya mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari Guru
Sejarah saya, iaitu Encik Faiszul yang banyak membantu saya meningkatkan kualiti hasil Kajian
Kes Sejarah saya ini.
Seterusnya kaedah yang digunakan oleh saya ialah saya telah mencari maklumat menerusi
pencarian di laman web mengenai kedatangan kuasa Barat ke negara kita ini. Antara salah satu
laman web yang saya telah layari adalah Wikipedia.

6.0 LAPORAN KAJIAN

A: PENDAHULUAN

Alam Melayu merupakan satu kawasan yang luas dan mempunyai peradaban dan
tamadun yang gemilang sejak pada abad ke-7. Hal ini terbukti dengan….

7.0 KESIMPULAN
Konklusinya, perluasan kuasa-kuasa Barat telah dimulakan oleh Portugis, kemudian
diikuti Sepanyol, Belanda dan British. Banyak perubahan yang telah berlaku di negara kita
termasuk Sabah dan Sarawak dari segi politik, ekonomi dan sosial. Kemasukan penjajah juga
telah menimbulkan reaksi di kalangan rakyat tempatan untuk menentang penjajah.
Oleh itu, setiap individu perlulah mengambil iktibar daripada kerakusan kuasa-kuasa
Barat tersebut yang bersedia berbuat pelbagai cara demi mencapai matlamat penjajahan.
Setiap rakyat haruslah bersatu padu, bermuafakat dan bekerjasama memajukan ekonomi
negara kita. Kita juga hendaklah sentiasa bersiap-siaga menangani ancaman negara demi
mengekalkan kedaulatan negara kita.
8.0 CADANGAN
Antara cadangan yang dapat mengekalkan kemakmuran dan kestabilan negara kita
ialah kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang bagi mengawal kedatangan pendatang
asing yang masuk ke negara kita. Hal ini dapat mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam
pemerintahan negara kita. Selain itu, sebagai masyarakat yang berpatriotisme, kita hendaklah
bersatu padu menentang kuasa luar yang ingin mengambil tanah air kita. Oleh itu, kita perlu
menambah ilmu pengetahuan dengan belajar agar kita menjadi masyarakat yang berilmu. Hal
ini kerana, setiap orang juga pemimpin dan pemimpin yang bijaksana dapat mengesan awal
tipu helah musuh.
Seterusnya, pemerintah yang tidak cekap untuk memerintah negara dapat
mengakibatkan pihak luar mengambil kesempatan untuk kepentingan mereka sendiri.
Pemimpin perlu bijak dalam memimpin negara dan meneyelesaikan masalah tersebut dengan
segera. Pemimpin yang lain juga perlu saling bekerjasama antara satu sama lain agar tidak
berlaku perebutan kuasa politik seperti kata pepatah ‘bagai aur dengan tebing’. Akhir sekali,
masyarakat yang mempunyai semangat yang tinggi dalam memperjuangkan tanah airnya akan
sentiasa berusaha untuk meningkatkan ekonomi dan kemajuan negara kita. Oleh itu, pelbagai
pihak perlu berganding bahu bak kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat’. Hal ini dapat memastikan sifat patriotisme dalam diri masyarakat sentiasa
dipupuk demi melahirkan masyarakat yang sayang akan tanah airnya.

JURNAL

Konflik kaum selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu: kajian awal berasaskan sumber
lisan

Mohamed Ali Haniffa

Jurnal Peradaban 10, 16-37, 2017

Makalah ini menghuraikan mengenai konflik perkauman yang berlaku selepas pendudukan
Jepun di Tanah Melayu. Polisi pecah dan perintah British telah membawa kepada pembentukan
masyarakat majmuk yang ketiadaaan peluang berinteraksi di Tanah Melayu. Peminggiran
mengikut zon kemakmuran ekonomi telah membawa kepada ketidakseimbangan ekonomi dan
pengagihan kekayaan di antara etnik. Pengunduran tentera Jepun memberikan ruang kepada
komunis untuk melakukan kezaliman khususnya ketika proses melegitimasikan kuasa mereka.
Polarisasi perkauman yang dimulakan oleh tentera Jepun membawa kepada tercetusnya konflik
perkauman yang melibatkan orang Melayu dan Cina. Orang Melayu yang dizalimi oleh komunis
mula bergantung kepada golongan agamawan dan pemimpin tempatan bagi mempertahankan
kelangsungan hidup mereka. Golongan ulama mula memanifestasikan jihad dan sabilillah
sebagai tindakan terakhir dalam usaha mempertahankan kelangsungan hidup mereka. Kajian
ini menggunakan kaedah sumber lisan dalam memberikan gambaran awal terhadap punca
tercetusnya konflik perkauman di Tanah Melayu. Di samping itu, kaedah penyelidikan
kepustakaan serta penelitian ke atas dokumen arkib turut dilakukan. Hasil kajian mendapati
bahawa percaturan kuasa British dan Jepun menyebabkan ketidakstabilan politik, ekonomi dan
sosial di Tanah Melayu sekaligus menjadi faktor penyumbang kepada konflik perkauman.
Kajian ini turut membuktikan bahawa kolaborasi di kalangan pemimpin-pemimpin tempatan
turut menyumbang kepada tercetusnya semangat nasionalisme awal yang lebih bersifat ke arah
pembebasan tanahair.

Hubungan Kaum di Tanah Melayu dalam Tempoh Pelaksanaan Polisi Disentralisasi (1929-
1932)

Wan Norhasniah Wan Husin, Amnah Saayah Ismail

Zulfaqar Journal of Defence Management, Social Science & Humanities 1 (2), 2014

Matlamat untuk memupuk semangat kesatuan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di
Tanah Melayu bukan agenda utama pihak British sebelum tahun 1945. Kesan daripada
Revolusi di Perancis dan era perindustrian di Eropah Barat, kemunculan ketenteraan British di
Alam Melayu, terutamanya di Tanah Melayu lebih memfokuskan matlamat pembangunan
negaranya. Justeru bagi mencapai misi terbabit, polisi desentralisasi (decentralization–
pengagihan kuasa) telah dilaksanakan sekitar tahun 1929. Ia adalah satu bentuk dasar yang
bertujuan untuk mengekang penguasaan ekonomi bukan Melayu, terutamanya etnik Cina
terhadap sumber kekayaan yang terdapat di Tanah Melayu. Tindakan British menggambarkan
kuasa politiknya lebih kepada melindungi hak kebajikan bangsa Melayu berbanding dengan
pembelaan terhadap hak kepentingan kaum bukan Melayu. Ini kerana salah satu matlamat
pelaksanaannya adalah untuk melindungi kedudukan Raja-raja dan anggota masyarakatnya.
Untuk mengenal pasti sejauh mana pihak British menjaga hak-hak komuniti Melayu, reaksi
bangsa Melayu dan bangsa bukan Melayu terhadap usul berkenaan, kajian ini akan
menganalisis polisi desentralisasi dengan memfokuskan kepada aspek hubungan kaum yang
membabitkan ketiga-tiga pihak berkaitan. Bagi memenuhi matlamat kajian kaedah analisa teks
(textual anaysis) akan digunakan. Dapatan dari kajian menunjukkan bahawa, setiap komuniti
etnik di Tanah Melayu dalam tempoh berkenaan berusaha untuk melindungi dan menjaga hak
kepentingan masing-masing. Sejauh mana kerjasama dan konflik akan terbentuk dalam tempoh
pelaksanaan polisi terbabit, ia bergantung kepada

You might also like