You are on page 1of 17

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

POLITIK & KERAJAAN (HNP3023)

SEMESTER 2 2019/2020

TUGASAN MINGGU 4 & 5:

ISI PENTING ARTIKEL

ARAHAN:

Pelajar secara individu dikehendaki membaca empat (4) buah artikel yang diberikan
oleh pensyarah. Kemudian perlu membuat RINGKASAN ISI PENTING bagi setiap
artikel tersebut.

NAMA PELAJAR NO.MATRIK KUMPULAN


MUHAMMAD SYAMSUL KHAIRI D20182086409 B
BIN CHE MUD

NAMA PENSYARAH: DR. SITI NORANIZAHHAFIZAH BINTI BOYMAN

MARKAH TUGASAN (20 MARKAH)


JURNAL 1: CATURAN POLITIK PELBAGAI KAUM DI TANAH MELAYU 1946-
19571
- Kematangan dan keterbukaan berpolitik orang Melayu bermula dengan jalinan
kerjasama Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dengan All Malayan Council of Joint
Action (AMCJA) pada tahun 1947
- Kerjasama politik kumpulan moderate iaitu United Malayan National Organization
(UMNO) dengan Malayan Chinesse Asociation (MCA) yang lebih dikenali dengan
panggilan PERIKATAN pada tahun 1949.
- Kerjasama politik ini membuka mata British bahawa orang Melayu dan bukan Melayu
boleh bekerjasama dan bertoleransi dalam politik demi memenuhi cita-cita perjuangan
kemerdekaan.
- Politik yang menerajui sesebuah parti politik perkauman masa kini harus bijak bukan
sahaja berpolitik tetapi mesti juga celik tentang sejarah Malaysia.

Latar Belakang Kerjasama Politik

- Caturan politik pelbagai kaum yang pertama di Tanah Melayu adalah antara PUTERA-
AMCJA pada tahun 1947.
- Kesepakatan antara mereka telah melahirkan PUTERA.
- Politik Cina turut menentang penjajah British maka PUTERA berpendapat perlulah
mewujudkan kerjasama politik dalam kalangan mereka.
- PUTERA telah mengambil pendekatan bekerjasama dengan pertubuhan Cina bagi
menyahut cabaran Malayan Union.
- PUTERA yang diterajui oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah
mempelbagaikan strategi politik demi untuk menyampaikan maklumat dan mesej
perjuangan kepada khalayak ramai. Justeru itu, mereka menggunakan akhbar untuk
menyebarkan semangat dan matlamat perjuangan mereka untuk mencapai
kemerdekaan. Justeru itu, akhbar Suara Rakyat dan Voice of The People dijadikan lidah
rasmi mereka.

Toleransi Berpolitik

- Mesej utama yang diketengahkan ialah seruan kepada seluruh rakyat agar bersatu dan
menentang ketidakadilan yang berlaku dan menuntut sistem pemerintahan yang
berlandaskan konsep demokrasi ke arah pemerintahan sendiri.
- Bagi menjayakan tujuan tersebut satu perjumpaan telah dianjurkan oleh Akbar Suara
Rakyat di Padang Kelab Ipoh.
- Bagi British, penentang terhadap mereka adalah dari golongan radikal Melayu yang
tidak mengikut undang-undang iaitu Akta Pertubuhan tahun 1920 yang dikuatkuasakan
di Tanah Melayu.
- Kemudian pada 15 April 1947 akta ini dipinda lagi dan seterusnya dikuatkuasakan bagi
memperketat dan mengawasi perjalanan pertubuhan-pertubuhan yang bersifat
penentang.

Akhbar Suara Rakyat

- Usaha mengajak orang Melayu bersatu bangkit menentang penjajah demi kemerdekaan
Tanah Melayu merupakan salah satu matlamat akhbar tersebut. Melalui akhbar ini juga
disiarkan rencana berkaitan dengan kepentingan suatu perjuangan yang berbentuk
demokrasi.
- Suara Rakyat berusaha meyakinkan rakyat umum bahawa perjuangan kemerdekaan
harus mendapat sokongan padu daripada seluruh rakyat Tanah Melayu, tanpa mengira
latar belakang keturunan.

Perlembagaan Rakyat

- Caturan politik antara kaum telah dirintis oleh Dr. Burhanuddin al Helmy melalui
gabungan PUTERA-AMCJA untuk menentang penjajah dengan mengutarakan
Perlembagaan Rakyat yang diakui oleh banyak pihak sebagai sebuah cadangan
perlembagaan yang terbaik waktu itu.
- Walaupun Perlembagaan Rakyat mengandungi idea yang baik untuk semua lapisan
masyarakat tetapi oleh kerana kepentingan pihak penjajah British dan golongan elit
Melayu mungkin terjejas, maka ia telah ditolak oleh pihak British.
- Manakala Rustam A. Sani, menegaskan perjuangan untuk merealisasikan gagasan
Melayu Raya yang dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Muda merupakan satu usaha
membentuk sebuah negara bangsa yang bergelar Melayu.
- Perlembagaan Rakyat ini ditolak dan sebaliknya Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu yang dikemukakan oleh pemerintah British dengan Raja-raja Melayu diterima
pakai. Dengan ini pada tarikh 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu terbentuk
secara rasmi.
- Liputan mengenai tindakan mogok disebarkan secara meluas dan sokongan padu
dinyatakan melalui akhbar tempatan.
- Pemberian kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli melalui gagasan Malayan Union,
merupakan satu tamparan hebat kepada bangsa Melayu
- Perlembagaan Rakyat yang dianjurkan oleh PUTERA-AMCJA menekankan bahawa
golongan radikal Melayu tetap berpendirian tegas dengan konsep Melayu Raya dan
Kerakyatan Melayu. Mereka sanggup menerima kaum asing sebagai warganegara
tetapi mereka mestilah menerima pakai istilah Melayu sebagai bangsa mereka.

Rumusan

- Dasar dan sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh British khususnya dalam
bidang Pendidikan dan ekonomi telah menyebabkan orang Melayu ketinggalan.
- Parti-parti politik Melayu meletakkan matlamat yang sama maka pergerakan,
perancangan, kerjasama dan tindakan mereka sentiasa seiringan, hatta kadangkala
mereka menubuhkan badan bertindak bersama untuk berhadapan dengan pihak British.
- Sesungguhnya caturan politik perbagai kaum merupakan suatu perkara yang tidak dapat
dibendung.
JURNAL 2: PEMBENTUKAN KERAKYATAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU,
1946 -1956 DAN KESANNYA KEPADA KEDUDUKAN POLITIK ORANG
MELAYU

- Sebelum kedatangan British dan penjajah lain di Semenanjung Tanah Melayu, telah
terdapat kerajaan-kerajaan Melayu yang mempunyai kedaulatan penuh ke alas negeri,
kerajaan dan rakyatnya.
- Negeri yang mem- punyai rekod sejarah pula, seperti Kesultanan Melaka, yang wujud
pada awal kurun ke-15, kepentingannya dan kemampuannya sebagai sebuah kerajaan
dan empayar pelautan Melayu Semenanjung tidak dapat diragukan. Kejatuhan Melaka
pada tahun 1511 pula telah melahirkan unit-unit negeri-negeri Melayu yang baru
merdeka. Pembentukan kerajaan Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan
Kedah serta Kelantan yang dibentuk lebih awal telah menyempurnakan kewujudan
Semenanjung Tanah Melayu sebelum pendudukan British pada pertengahan kurun ke-
19
- Misa Melayu merupakan salah satu hikayat yang dihasilkan oleh kerajaan Melayu
Perak. Hikayat ini sangat berbeza daripada hikayat-hikayat Melayu yang lain. Ini
kerana bukan sahaja nama pengarangnya tercatat dengan jelas, tetapi juga kerana
peristiwa-peristiwa yang ditulisnya itu tidak bersifat mitos atau legenda; sebaliknya
adalah peristiwa sejarah yang berlaku dengan tepat dan selari dengan dokumen sejarah.
Ia telah ditulis pada awal kurun ke-19 (1836), iaitu beberapa dekad sebelum campur
tangan British di Perak.
- Ini dipegang oleh Jepun kemudiannya, apabila menduduki Tanah Melayu pada tahun
1942-1945. Dasar "pemerintahan tidak langsung" dan "secara langsung" dijalankannya
serentak seperti British sebelum ini. Institusi raja, negeri Melayu, dan rakyat Melayu
sebagai peribumi Tanah Melayu. Mereka dijadikan rakan pentadbiran dan didorong,
walaupun pada saat yang terakhir untuk merdeka bersama-sama dengan Indonesia.
Bagi orang India pula mereka dibentuk bagi mem- bebaskan India dan bagi orang Cina
pula mereka dijadikan musuhnya yang nyata.
- Satu peruntukan kerakyatan yang sangat bebas dan jauh dari sifat tradisional kerakyatan
negeri Melayu. la memberi peluang semua bangsa yang telah lahir di Tanah Melayu,
Singapura dan rakyat British serta mereka dari luar negeri yang berminat. Kata putus
untuk membolehkan semua kerakyatan itu bukan lagi terserah kepada Raja Melayu,
tetapi sepenuhnya kepada Gabenor British dan parlimen British. la telah menyebut
semua kuasa eksekutif negeri Melayu
- UMNO mempertahankan kerakyatan tradisional Negeri-negeri Melayu, sebaliknya,
PKMM bersetuju dengan satu dasar kerakyatan baru yang menerima sesiapa sahaja
yang berminat untuk menjadi rakyat Malayan Union.
- Dasar kerakyatan itu tidak lagi berdasarkan orang Melayu, tetapi berbagai-bagai bangsa
yang datang dari luar Tanah Melayu. Sokongan PKMM ini bertujuan untuk
memasukkan orang Indonesia yang menjadi penyokongnya. Keduanya, sokongan itu
selari dengan kehendak Parti Komunis Malaya, yang menjadi "mentor" PKMM.
- Perjanjian Persekutuan 1948, yang dibuat antara UMNO, raja-raja Melayu dan British,
telah mengembalikan semula segala sirat-sirat tradisional Negeri Melayu. [ni
termasuklah mendaulatkan semula raja Melayu sebagai ketua negeri Melayu dengan
segala kuasa dan adat istiadat yang mengiringinya, kedudukan Negeri Melayu sebagai
Negeri Yang Dinaungi, Rakyat Raja sebagai rakyat negeri Melayu dan negeri Melayu
sebagai negeri yang merdeka an tara satu sama lain.
- Rakyat Raja yang menjadi teras kerakyatan Negeri-negeri Melayu dan Semenanjung
Tanah Melayu sebelum kedatangan British telah diubah sedikit demi sedikit untuk.
menjadikan ia bersifat Malayan. Usaha ini sangat jelas dengan pengenalan kerajaan
Malayan Union pada tahun 1946. Bantahan orang Melayu melalui UMNO, pimpinan
Dato Onn, telah dapat mengembalikan semula kedudukan pra-1941; walaupun terdapat
peruntukan menjadikan orang bukan Melayu sebagai Rakyat Persekutuan, terutama
bagi bekas Negeri-negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang. Jumlahnya adalah 10
peratus.
- Rang Undang-undang Perjanjian Perlembagaan (Pindaan) 1952 pula telah membentuk
Stale Nationality yang membawa masuk orang bukan Melayu sebagai Rakyat Raja
Melayu melalui Kuatkuasa Undang-undang. Rang Undang-undang Perlembagaan
Merdeka 1957 pula telah menggunakan dasar jus soli dengan cara yang sangat terbuka;
dan syarat kemahiran bahasa Melayu yang lebih longgar.
JURNAL 3: PEMBANGUNAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK

- Perbincangan dalam bahagian ini memfokuskan tentang perkembangan kegiatan


nasionalisme orang Melayu dan kegiatan politik bukan Melayu sama ada yang diiktiraf
ataupun yang tidak diiktiraf oleh pihak penjajah British dalam usaha untuk mencapai
kemerdekaan

- Muncul wira-wira dalam politik tanah air seperti Dato’ Dol Said, Dato’ Maharaja Lela, Dato’
Sagor, Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Salleh,
Rentap, Rosli Dhoby, Dato’ Kelana dan Dato’ Abd. Rahman Andak.

- Perjuangan tokoh-tokoh terdahulu menggambarkan bahawa kemerdekaan negara ini bukan


diperolehi dengan jalan mudah, tetapi sebaliknya dengan berkorban nyawa, darah, keringat
dan air mata. (Buyong Adil, 1980).

- Perkembangan politik Tanah Melayu disemarakkan dengan kesedaran nasionalisme yang


berasaskan kaum yang didorong oleh dasar ‘pecah dan perintah’ British sendiri.

- Kesedaran nasionalisme di kalangan orang Cina dan India juga wujud dan berkembang
dengan meluas. Walaupun pada peringkat awal, tumpuan lebih banyak diberikan kepada
kegiatan ekonomi, namun lama-kelamaan masyarakat Cina dan India juga sudah mula
memberi tumpuan kepada kelangsungan politik mereka di negara ini. Mereka mula
menubuhkan persatuan-persatuan dan pertubuhan politik yang memperjuangkan kebajikan
orang Cina dan India.

- Pada peringkat awal, kegiatan mereka lebih cenderung untuk memperjuangkan kebajikan di
kalangan penduduk, tetapi akhirnya bertukar corak menjadi gerakan massa untuk
membangunkan masyarakat dan memperjuangkan kemerdekaan.

- Kesedaran nasionalisme Melayu juga disokong oleh keterbukaan minda orang Melayu yang
menerima pendidikan dari dalam dan luar negeri. Jelasnya, golongan ulama telah menjadi
pencetus kepada kesedaran politik di kalangan masyarakat Melayu. Mereka yang digelar dan
dikenali sebagai ‘Kaum Muda’ telah menggunakan pelbagai instrumen dan mekanisme bagi
menyalurkan idealisme perjuangan yang berslogankan “gerakan Islah Islamiyyah”.

- Akhbar Al-Imam telah dijadikan saluran media utama untuk menyebarkan kesedaran
agama, politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan di kalangan orang Melayu. (Abd. Aziz Mat
Ton, 2000). Sehubungan dengan pendidikan agama menerusi sistem pendidikan madrasah
telah berkembang dengan pesat terutamanya di bahagian pantai barat Tanah Melayu.

- Mulai tahun-tahun 1920-an, kesedaran politik orang Melayu telah dipelopori oleh golongan
guru lulusan SITC dan juga wartawan. Golongan teknikal dari Maktab Teknik Kuala
Lumpur dan Maktab Pertanian Serdang juga turut terlibat. Selain itu, mulai tahun 1930-
an, golongan pentadbiran yang mendapat pendidikan dari MCKK juga melibatkan diri dalam
perjuangan menerusi persatuan- persatuan negeri Melayu.

- Kesedaran nasionalisme di kalangan orang Cina dan India juga wujud dan berkembang
dengan meluas. Walaupun pada peringkat awal, tumpuan lebih banyak diberikan kepada
kegiatan ekonomi, namun lama-kelamaan masyarakat Cina dan India juga sudah mula
memberi tumpuan kepada kelangsungan politik mereka di negara ini. Mereka mula
menubuhkan persatuan-persatuan dan pertubuhan politik yang memperjuangkan kebajikan
orang Cina dan India.

- Politik orang Cina umpamanya, apabila Parti Kuomintang berjaya memerintah China pada
tahun 1911, cawangan parti tersebut telah berjaya ditubuhkan di Tanah Melayu pada tahun
1912. Manakala perjuangan persatuan India yang awal lebih terdorong untuk menjaga
kebajikan masyarakat India dari ditindas dan dieksploitasi oleh syarikat-syarikat perladangan
British.

- Faktor luaran juga mendorong sikap dan pemikiran mereka terhadap politik Tanah Melayu.
Kemerdekaan yang dicapai oleh India pada tahun 1947 dan penguasaan Parti Komunis di
China pada tahun 1949, telah menyebabkan orang India dan Cina mula memberi perhatian
yang serius terhadap Tanah Melayu. Kerajaan British pula mengiktiraf sumbangan orang
Cina dan India dengan menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Orang Cina dan India sebelum Perang
Dunia Kedua. Pemimpin-pemimpin masyarakat Cina dan India mula dilantik di dalam Majlis-
majlis Mesyuarat Kerajaan.

- Perkara yang perlu difahami dalam percaturan politik Tanah Melayu ialah suasana kerjasama
dan perpaduan yang dianjurkan bagi mewujudkan kerjasama parti-parti perkauman Melayu,
Cina dan India. Hakikatnya, dengan kerjasama parti-parti perkauman Melayu, Cina dan India,
kemenangan telah berpihak kepada parti Perikatan yang membolehkan Tanah Melayu
menuntut kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.
Persatuan Politik Awal

- Kebangkitan kesedaran kebangsaan di kalangan orang Melayu muncul dengan lebih


teratur melalui aktiviti gerakan dan organisasi yang lebih terpimpin.
- usaha ini diperkuatkan lagi dengan kesedaran penduduk Tanah Melayu terhadap
kepentingan pendidikan bila mana ramai penduduk Tanah Melayu telah menerima
pendidikan agama dan sekular dari mana-mana institusi pengajian tinggi luar negara
- Perubahan yang ketara dalam sistem politik Melayu adalah, golongan bangsawan
Melayu yang mendapat pendidikan Inggeris telah diberi jawatan dalam perkhidmatan
pihak British, bagi memperlihatkan hubungan rapat dan taat setia kepada pihak British.
Manakala, masyarakat Melayu di luar bandar terus ketinggalan. Pemimpin-pemimpin
Melayu amat mundur dan jauh ketinggalan.

Kesatuan Melayu Singapura

- Kemunculan persatuan, kesatuan dan kelab di Tanah Melayu pada abad ke-19
memperlihatkan usaha dan komitmen yang bersungguh- sungguh untuk membela nasib
masyarakat dalam bidang sosial dan kebajikan.
- Tujuan penubuhan KMS ialah untuk menggalakkan orang Melayu supaya mengambil
berat terhadap perkembangan negeri serta kemajuan orang Melayu dalam bidang politik
dan pendidikan.
- Tumbuh persatuan negeri bagi Melaka, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri
Sembilan dan Kelantan.
- Penubuhan persatuan-persatuan negeri ini adalah terdiri daripada golongan elit yang
bersifat kenegerian dan bekerjasama dengan pihak penjajah British

Kesatuan Melayu Muda

- Penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1937 oleh golongan nasionalis
yang berpendidikan Melayu serta dipengaruhi oleh gerakan nasionalis Indonesia telah
memperlihatkan pertubuhan politik yang bersifat agresif. KKM diasaskan oleh Ibrahim
bin Haji Yaakob dan dianggotai oleh kebanyakan penuntut Maktab Perguruan Sultan
Idris, Tanjung Malim. (William R. Roff, 1975)\
- KMM bermatlamat untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dari kolonial
British, mengkritik raja-raja Melayu yang gagal melindungi hak dan kepentingan orang
Melayu daripada penindasan dan seterusnya melahirkan semangat kebangsaan yang
meluap-luap. Usaha seterusnya ialah menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia
yang dikenali sebagai ‘Melayu Raya’.
- Semasa penjajahan Jepun, KMM dibenarkan bergiat dalam politik tetapi dikawal dengan
ketat. Jepun menggunakan KMM untuk mendapat sokongan orang Melayu ketika
menjajah negara ini. Malah, KMM juga tidak mendapat sokongan golongan birokrat
Melayu yang menguasai pemikiran orang Melayu pada waktu itu. Pembela Tanah Air
(PETA) ditubuhkan untuk menjaga kepentingan rakyat di bawah pentadbiran Jepun
- Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan pada tahun 1945 dengan
tujuan untuk membina perpaduan Melayu dan menunjukkan kekecewaan terhadap
kepimpinan dan pemerintahan Jepun.

Penubuhan politik berasaskan kaum

- Keadaan selepas perang telah memperlihatkan perubahan mengenai sikap berpolitik


antara kaum lebih ketara.
- Orang Melayu mula bergerak dalam kelompok politik yang lebih tersusun. Manakala
orang bukan Melayu pula mula menuntut hak yang sama rata seperti orang Melayu.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

- Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan parti terawal ditubuhkan oleh
orang Melayu selepas Perang Dunia Kedua. PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober 1945
di Ipoh, Perak
- Matlamat parti ini ialah menentang penjajahan dan penindasan politik. Mereka
menerbitkan akhbar Suara Rakyat untuk menyalurkan idea perjuangan mereka.
ANGKATAN PEMUDA INSAF (API) DAN ANGKATAN WANITA SEDAR (AWAS)

- Sayap pemuda PKMM dinamakan Angkatan Pemuda Insaf (API) telah ditubuhkan pada
tahun 1946 yang membawa matlamat ‘Merdeka dengan Darah’ yang membawa haluan
sosialis Melayu

- Gerakan kumpulan wanita dipelopori oleh sayap parti yang dinamakan Angkatan Wanita
Sedar (AWAS).

- Ketua yang pertama ialah Aishah Ghani, dan kemudiannya digantikan oleh Shamsiah
Fakeh. Hal ini menunjukkan golongan wanita juga memberi komitmen yang tinggi dalam
perjuangan politik tanah air.

PUSAT TENAGA RAKYAT (PUTERA)

- Parti Kebangsaan Melayu Malaya adalah induk utama pergerakan PUTERA


- PUTERA telah menjalinkan kerjasama dengan All Malayan Council of Joint Action
(AMCJA)
- Perikatan PUTERA-AMCJA telah menolak perlembagaan Malayan Union dan
mencadangkan gagasan Perlembagaan Rakyat
- Menjelang tahun 1948, gabungan ini berpecah kerana Malayan Democratic Union
(MDU) yang menganggotai AMCJA telah dibubarkan

ASAS50

- Golongan ini menyokong perjuangan PKMM untuk mencapai kemerdekaan bagi Tanah
Melayu dan bergabung dengan Indonesia melalui konsep ‘Melayu Raya’

HIZBUL MUSLIMIN

- Parti ini bercita- cita untuk menubuhkan sebuah negara Islam di Tanah Melayu yang
merdeka. Pertubuhan ini telah dibubarkan dan pada tahun 1951, golongan ini telah
menubuhkan Parti Islam Se-Malaya (PAS).

UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION (UMNO)

- Antara resolusi kongres ialah menghapuskan Malayan Union dan menyatukan persatuan
Melayu yang dinamakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Berikutan
daripada kongres tersebut, suatu perhimpunan diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada
11 dan 12 Mei 1946, dan mengorak langkah kepada penubuhan rasmi UMNO.
- Tujuan penubuhan UMNO ialah untuk memelihara kepentingan, memaju dan
memperbaiki keadaan orang Melayu.

JAWATANKUASA PERHUBUNGAN ANTARA KAUM (CLC)

- Masyarakat Cina pula menggerakkan kerjasama politik dengan menubuhkan Malayan


Chinese Association (MCA) pada bulan Februari 1949 yang diketuai oleh Tan Cheng
Lock.
- CLC merupakan persidangan meja bulat antara kaum di Tanah Melayu.

INDEPENDENCE OF MALAYA PARTY (IMP)

- Dato’ Onn telah menubuhkan Independence of Malaya Party (IMP) atau Parti
Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1951 kemudian ditukar namanya kepada Parti
Negara.

PARTI KOMUNIS MALAYA

- Parti Komunis Malaya (PKM) telah ditubuhkan pada bulan April 1930, yang mempunyai
matlamat untuk menggulingkan kerajaan British dan menubuhkan Republik Komunis
Malaya dan hampir keseluruhan ahli PKM merupakan masyarakat Cina.
- PKM lebih berpengaruh dan muncul dari hutan, dan pihak British mengiktiraf PKM
sebagai sebuah parti politik kerana jasanya dalam menentang Jepun.

MALAYAN PEOPLE ANTI JAPANESE ARMY

- Kesediaan orang Cina memberi kerjasama kepada MPAJA menunjukkan hanya ini cara
mereka untuk menentang kezaliman Jepun.
- Peristiwa penubuhan Malayan Union, orang bukan Melayu tidak melibatkan diri dalam
perarakan menentang Malayan Union. Namun, mereka tetap menentang Malayan Union
melalui Malayan Democratic Union (MDU)
ALL MALAYAN COUNCIL OF JOINT ACTION

- AMCJA dibentuk khusus untuk menyatakan reaksi terhadap cadangan pembentukan


Malayan Union.

MALAYAN CHINESE ASSOCIATION

- Penubuhannya adalah untuk menyekat masyarakat Cina daripada menyertai Parti


Komunis Malaya.
- Matlamat penubuhan MCA ialah untuk melindungi kepentingan politik kaum Cina di
Tanah Melayu serta bekerjasama dengan kerajaan British dalam menentang keganasan
komunis.

CENTRAL INDIAN ASSOCIATION OF MALAYA

- Tujuan utama parti ini ialah untuk memaju dan memelihara kepentingan politik orang
India di Tanah Melayu (Arasaratnam, 1975). CIAM berperanan menjaga kebajikan kaum
pekerja India seperti menentang pemotongan upah oleh pihak majikan, menghentikan
sistem penghijrahan buat sementara waktu dan tidak membenarkan penjualan todi.

MALAYAN INDIAN CONGRESS

- (MIC) telah ditubuhkan pada bulan Ogos 1946 dan tujuannya ialah untuk menjaga
kepentingan orang India di Tanah Melayu dan memperjuangkan kemajuan politik
bersama-sama dengan kaum lain.

PERKEMBANGAN POLITIK DI SABAH DAN SARAWAK

- Persatuan Melayu Sarawak (PMS) ditubuhkan pada tahun 1939 yang bertujuan untuk
menyatupadukan orang Melayu, memajukan kedudukan sosioekonomi orang Melayu,
melindungi agama Islam dan menjadi penghubung antara orang Melayu dan kerajaan.
- Manakala di Sabah pula, sehingga Perang Dunia Kedua tiada kegiatan politik yang jelas.
Perkara yang berkaitan dengan politik dibangkitkan secara perseorangan dan oleh wakil
dari daerah atau suku kaum masing-masing.

PERPADUAN KAUM MENERUSI KERJASAMA POLITIK

- Strategi ini telah membuahkan kejayaan yang cemerlang iaitu memenangi sembilan
daripada 12 kerusi yang dipertandingkan dengan mendapat undi yang besar. Seterusnya,
pakatan UMNO dan MCA ini telah diamalkan di tempat-tempat lain bagi pilihan raya
tempatan seperti di Johor, Melaka dan terbukti kemenangan berada di pihak mereka.
- Keputusan pilihan raya telah memihak kepada Parti Perikatan yang berjaya
memperolehi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

PENUBUHAN BARISAN NASIONAL

- Barisan Nasional terdiri daripada UMNO, MCA, MIC, PAS, Parti Progresif Rakyat
(PPP), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Parti Rakyat Bersatu Sarawak
(SUPP), Parti Pesaka Bumiputra, dan United Sabah National Organisation (USNO)
(Mauzy, Diane K., 1983)
- Kerjasama parti-parti komponen dalam Barisan Nasional amat penting bagi memastikan
kelancaran pentadbiran di Malaysia. Isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan
negara lebih dititikberatkan oleh pemerintah dan rakyat, berbanding isu-isu politik
perkauman yang hanya membuang masa. Isu pengangguran mahasiswa, kenaikan harga
minyak, jenayah yang berleluasa, keruntuhan moral di kalangan remaja, pembasmian
kemiskinan, projek perumahan terbengkalai, penjagaan kualiti alam sekitar serta isu-isu
luar negara seperti hubungan Malaysia-Singapura yang lebih mendapat perhatian rakyat
dan pemerintah kerana Malaysia sekarang berusaha untuk menjadi negara maju dengan
acuan sendiri menjelang tahun 2020.

PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN 1969

- Peristiwa 13 Mei bermula dengan isu-isu perkauman yang dimainkan oleh parti-parti
politik dalam kempen-kempen pilihan raya yang berlangsung selama lima minggu.
Pilihan raya Persekutuan telah diadakan pada 10 Mei 1969.
- Pilihan raya 1969 menggambarkan secara jelas perjuangan parti untuk mengangkat
kepentingan kaum masing-masing.

Kesimpulan

- Perkembangan politik di Malaysia mempunyai sejarah dan asal- usul yang tersendiri
yang bertitik tolak daripada faham perkauman.
- Orang Melayu membentuk UMNO sebagai benteng bagi ancaman-ancaman terhadap
hak-hak orang Melayu yang digugat oleh perlembagaan Malayan Union yang dirancang
oleh pihak penjajah British.
- Penubuhan MCA pula adalah tindak balas kaum Cina terhadap zaman darurat untuk
melindungi kepentingan serta memberi perlindungan kepada bangsa Cina. (Ong Haak
Ching, 1998) MCA menghadapi saingan hebat dengan DAP yang juga majoriti
penyokongnya adalah masyarakat Cina dan merupakan parti pembangkang utama.
Begitu juga dengan MIC yang mahu memastikan mereka tidak diketepikan dalam arus
perdana negara
- PAS pula membawa prinsip untuk mengekalkan ketuanan Melayu dan Islam dan
perjuangan untuk menegakkan negara Islam.
- Sabah dan Sarawak pula, parti-parti komponen yang sering keluar dan masuk parti
gabungan Barisan Nasional tetap menjadi sasaran utama Kerajaan Persekutuan dalam
memantapkan gabungan pemerintahan bagi menyalurkan hasrat kerajaan di Sabah dan
Sarawak, yang memiliki banyak kawasan pedalaman dan rakyat yang berbilang etnik
dan suku kaum.
- Pengalaman sejarah menunjukkan isu perkauman tidak boleh diperjudikan semata-mata
untuk kepentingan parti dan kaum.
JURNAL 4: PERUBAHAN GENERASI DAN PERKEMBANGAN DEMOKRASI DI
MALAYSIA PASCA PILIHAN RAYA UMUM KE-12
- Keputusan PRU 2008 telah mengubah landskap politik Malaysia. Pelbagai spekulasi yang
ditawarkan sarjana dalam menerangkan impak PRU tersebut terhadap politik Malaysia.
Ramai yang beranggapan bahawa ini adalah suatu fenomena politik baru dalam Malaysia.
- Dalam kajian ini menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) telah mengalami kekalahan
terbesar dalam sejarah setelah berpuluh tahun pemerintahannya. Kekalahan itu dialami
dengan beberapa pilihanraya kecil yang dimenangi oleh pembangkang.
- Dalam artikel ini menunjukkan bahawa BN gagal tampil dengan kebangkitan yang baharu
di samping kemunculan generasi-generasi muda mula mengubah corak pemerintahan di
Malaysia
- Jika dilihat pada zaman pemerintahan British dahulu, politik Tradisional tidak dihapuskan
sebenarnya sebaliknya di sesuaikan dengan kepentingan British itu sendiri dengan acuan
yang di berikan kepada Tanah Melayu dengan menjalankan dasar pecah dan perintah.
- Tanah Melayu menepati ciri-ciri yang dinyatakan Kellas sebagai ‘bermasalah’ untuk
membentuk sebuah negara bangsa. Komposisi kaum di Tanah Melayu ketika itu yang
hampir seimbang mengancam kewujudan sebuah negara yang merdeka
- Secara umum, ramai sarjana yang mengkaji politik Malaysia bersetuju bahawa sistem
demokrasi yang mendasari politik Malaysia bersifat permuafakatan. Hakikat latar
belakang politik Malaysia yang masyarakatnya bersifat majmuk, terpisah, dan sentiasa
bersaing menepati ciri-ciri yang digambarkan oleh Lijphart sebagai bermasalah.
- Demokrasi di Malaysia jelas akan sentiasa dihambat dengan masalah perkauman.
Pengekalan demokrasi di Malaysia banyak berkait rapat dengan kebolehan kartel elit-elit
kaum menguruskan kaum masing- masing menerusi permuafakatan dan perkongsian
kuasa. Justeru itu, demokrasi lebih dilihat sebagai alat untuk mencapai kestabilan politik
berbanding matlamat politik. Disebabkan itu, demokrasi di Malaysia sering datang dengan
instrumen kawalan yang selari dengan konsep pemecah dan penyatu dalam
mengkonstruksikan demokrasi.
- Gabungan faktor-faktor perkauman, permuafakatan, pecah dan perintah, pengawalan dan
pembangunan menjadi asas kekuatan BN mendominasi politik Malaysia. Walaupun ianya
sedikit dicabar akibat perubahan yang dibawa oleh globalisasi, perkembangan teknologi
dan perubahan generasi, BN masih betah bertahan.
- Selepas PRU-12, jelas BN tidak boleh mengelak dari memenuhi tuntutan politik baru yang
lebih terbuka dan sejagat. Namun begitu, tuntutan politik baru ini masih lagi tidak matang
dan boleh diterima sebagai benar-benar sejagat. Jika diteliti, ianya masih lagi membawa
unsur-unsur lama yang dikonstruksikan mengikut kaca mata perkauman.
- Generasi telah berubah, kemajuan ICT dan globalisasi sedikit sebanyak menghakis
perkauman dalam sistem politik Malaysia. Namun, masih tiada tanda- tanda yang boleh
menjamin bahawa perkauman itu akan lenyap terus dari landskap politik Malaysia.
-

You might also like