You are on page 1of 2

Tun Dr.

Mahathir telah melaksanakan pelbagai pembaharuan dan perubahan dasar


melalui jentera perkhidmatan yang dilakukan bagi kepentingan masyarakat. Pelaksanaan ini
telah dilakukan secara menyeluruh meliputi entiti sektor awam. Perubahan-perubahan yang
telah dilakukan ini telah meletakkan perkhidmatan awam Malaysia setaraf dengan negara
maju yang lain.

Di bawah Dasar Pembaharuan Struktur Perkhidmatan Awam terdapat beberapa dasar


yang diberi pembaharuan struktur iaitu Dasar Persyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan
dan pengecilan saiz sektor awam. Dasar pensyarikatan Malaysia ini adalah untuk
menggalakkan hubungan Kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam usaha
meningkatkan hasil negara. Dasar penswastaan pula adalah satu usaha untuk menukarkan
kepentingan tertentu kepada sektor swasta dan juga usaha untuk mengawal jumlah
kakitangan awam. Hasil daripada pembaharuan ini mendapati penurunan jumlah perbelanjaan
mengurus kerajaan serta peingkatan kecepakan hasil kerja. Selain itu, perubahan dan
peningkatan sistem dan prosedur yang dilakukan juga telah menjadikan perkhidmatan lebih
cekap dan mampan. Di bawah dasar ini terdapat beberapa penekanan telah diberikan iaitu
kepada sistem gaji dan perkhidmatan yang telah menjadikan budaya kerja berteraskan
produktiviti, sistem pengurusan kewangan dan belanjawan yang mempraktikkan kebebasan
kepada pegawai dalam pembuat keputusan terhadap projek, sistem kerajaan e-elektronik juga
telah diwujudkan bagi melicinkan proses dan meningkatkan prestasi kerja, dan yang terkahir
ialah penyediaan perkhidmatan kaunter yang berkualiti untuk meningkatkan kualiti prosedur
kerja.

Seterusnya, transformasi juga telah dilakukan dengan program pembudayaan dan


sikap kakitangan awam untuk memupuk kemahiran insaniah yang perlu ada pada kakitangan
awam. Melalui dasar ini, pelbagai garis panduan telah dihasilkan seperti peraturan tatatertib
dan disiplin yang dibawahnya terletak di Perintah perintah Am Pegawai Awam Bab D
(Kelakuan dan Tatatertib) 1980, etika perkhidmatan awam yang berteraskan kepada tujuh
teras perkhidmatan yang dikenali sebagai Etika Perkhidmatan Awam (EPA), dasar pandang
ke timur yang telah mengambil contoh dari negara maju sebagai asas kepada nilai-nilai kerja,
dan juga kempen kepimpinan melalui teladan untuk menanamkan nilai-nilai kepimpinan
untuk dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat.

Selain itu, terdapat juga dasar-dasar lain seperti dasar penerapan nilai-nilai islam
dalam pentadbiran yang mana dasar ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai islam sebagai

DASAR DAN PENTADBIRAN AWAM DI MALAYSIA [HNP3053]


1
kati diri kakitangan awam., dasar budaya kerja cemerlang yang berorientasikan kualiti hasil
kerja cemerlang. Dasar ini telah berjaya meningkatkan kualiti perkhidmatan awam,
peningkatan kualiti proses dan juga kualiti tenaga manusia.

Kesimpulanya, segala perubahan yang telah dilakukan ini telah mendatangkan hasil
yang positif kepada kualiti kerja kakitangan awam. Untuk memastikan sesuatu dasar yang
bakal dilaksanakan berjaya, kajian secara terperinci hendaklah dilakukan terlebih dahulu.
Pelbagai perspektif perlu dikaji bagi memastikan sesuatu dasar dapat dilaksanakan yang
pastinya mendatangkan hasil kepada negara dan juga mengikut kepentingan masyarakat.

DASAR DAN PENTADBIRAN AWAM DI MALAYSIA [HNP3053]


2

You might also like