You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Setiap makhluk yang hidup di dalam dunia ini sememangnya mempunyai fitrah hidup

berpasangan untuk menghasilkan generasi yang baharu. Setiap makhluk ini mempunyai

perasaan antara pasangan masing-masing. Begitu juga manusia yang dilahirkan pada zaman

dahulu lagi mempunyai pasangan hidup masing-masing. Hal ini kerana untuk manusia di

halalkan untuk melalukan hubungan intim bersama pasangan adalah mereka akan

dikahwinkan dan mengikuti fasa-fasa perkahwinan namun di sebabkan oleh kemajuan yang

dikecapi oleh negara hal ini telah melambatkan pasangan untuk berkahwin.

Masalah-masalah yang berlaku kebelakangan ini adalah disebabkan kebangkitan

golongan yang memperjuangkan tentang pasangan campuran atau dikenali sebagai LGBT

iaitu Lesbian, Gay, Biseksual, dan Trangender. Menurut Kaplan & Sadock ( dalam Jeanete

Ophilia Papilaya,2016) mengatakan bahawa di istilah LGBT telah digunakan untuk memberi

istilah kaum yang mempunyai kecelaruan identiti yang bertait dengan seksual dari segi

fizikal, emosi, dan keadaan yang melambangkan keperibadian individu. Dengan kata yang

lain, LGBT adalah satu penyakit yang di alami oleh seseorang individu bukan disebabkan

oleh faktor biologi atau bawaan dari genetik mahupun steriotep sesebuah masyarakat.

Dalam kajian ini adalah memfokuskan tentang Biseksual iaitu pasangan lelaki atau

perempuan yang boleh menjalankan hubungan percintaan dengan sesiapa sahaja iaitu mereka

boleh menjalinkan hubungan dengan sesama jantina atau berlainan jantina. Kebanyakan dari

mereka boleh memberikan jalinan kasih sayang, kelembutan, serta perasaan yang sama

diberikan kepada sesama jantina atau berlainan jantina. Kebanyakan lelaki dan perempuan

yang mengalami masalah ini adalah mereka celaru terhadap pasangan mereka. Hal ini kerana

mereka boleh melepaskan nafsu mereka di mana-mana pasangan sahaja. Masalah ini lebih

teruk berbanding Gay atau Lesbian kerana golongan tersebut masih lagi boleh membezakan

antara pasangan walaupun salah.

1
Pada dasarnya Biseksual ini bukan lagi isu yang baharu malah perkara ini telah

berlaku selama berabad yang lalu tetapi istilah LGBT ini baru digunakan oleh golongan

tersebut untuk membezakan kepada orang ramai bahawa mereka mempunyai identiti

tersendiri untuk hidup di dalam situasi tersendiri. Dahulunya, mereka merupakan golongan

aktivis kemanusiaan untuk membela nasib manusia yang tertindas serta membantu golongan

yang di diskriminasikan oleh kuasa-kuasa besar. Sebenarnya mereka mempunyai agenda

dalam memasuki golongan mereka dalam masyarakat serta mereka telah mengubah konsep

mereka kepada perjuangan yang melibatkan pasangan sesama jantina dan kepentingan

golongan mereka.

2.0 KONSEP

Biseksual adalah sekumpulan manusia sama ada lelaki dan wanita yang mempunyai perasaan

yang sama kuat pada sesama jantina atau perempuan. Mereka boleh menjalinkan hubungan

dengan mana-mana jantina tidak mengira lelaki mahupun perempuan. Mereka akan

mendapatkan kepuasan batin dengan melakukan seksual dengan pasangan perempuan

manakala mereka juga boleh dapatkan kepuasan tersebut sama seperti kepuasan yang

dilakukan dengan perempuan. Hal ini kerana mungkin mereka berpandangan bahawa mereka

bebas melakukan apa sahaja untuk menjalinkan hubungan intim kerana mereka tiada had

pasangan sekiranya pasangan wanita mereka mengalami proses haid pada ketika itu serta

mereka boleh menjalinkan hubungan intim tersebut dengan pasangan lelaki.

Golongan Biseksual ini boleh diketagorikan sebagai seorang manusia yang

mempunyai gangguan jiwa kerana cara fikiran mereka untuk menjalinkan hubungan tersebut

merupakan satu perkara yang sangat melampaui batas pemikiran seorang manusia yang

normal. Mereka juga telah melakukan batas fitrah seorang manusia yang normal kerana

mereka boleh melakukan perkara tersebut tanpa ragu-ragu malah mereka boleh

2
mempengaruhi orang lain untuk melalukan perkara yang sama sehingga mereka boleh

membentuk satu kumpulan yang besar sehingga menular di seluruh dunia.

Selain itu, Biseksual ini sebenarnya hampir sama dengan golongan yang suka akan

mana-mana jantina iaitu lelaki dan perempuan yang dikenali sebagai Panseksual. Panseksual

ada tarikan seseorang individu terhadap individu yang lain tanpa mengira jenis kelamin,

jantina ataupun orientasi seksual. Orientasi seksual adalah merujuk kepada tarikan perasaan

seksual terhadap lawan jantina yang di panggil Heteroseksual manakala tarikan homoseksual.

Selepas pada itu, tarikan terhadap kedua-dua jenis ini yang di panggil sebagai Biseksual.

Namun terdapat perbezaan antara kedua golongan antara Biseksual dengan Panseksual kerana

Biseksual mempunyai tarikan yang tersendiri dengan tidak kira pasangan mereka itu lesbian,

gay, transgender ataupun seorang manusia yang normal.

Sekiranya, kita melihat kedua-dua golongan ini secara mata kasar adalah mereka

sebenarnya sama sahaja namun pada pemikiran dan cara mereka yang membezakan

perbuatan mereka. Sekiranya melalui perasaan cinta, kasih sayang, dan juga seksual adalah

sama serta mereka juga bebas melalukan apa sahaja untuk memuaskan nafsu mereka tanpa

mengira jantina. Golongan seperti ini juga mempunyai masalah dan faktor-faktor untuk

mereka cenderung kepada perkara ini sama ada mereka dalam keadaan tertekan ataupun

mereka pernah dikecewakan kepada pasangan masing-masing namun mereka cuba

menyembunyikan perasaan tersebut kepada keluarga serta di khalayak ramai.

3.0 FAKTOR

Permasalahan ini mempunyai faktor-faktor yang tersendiri di mana mereka ada sejarah

sehingga tersendiri cenderung kepada keadaan yang sebegini. Hal ini demikian kerana

mereka mencari jalan untuk menyelesaikan masalah mereka tetapi mereka terjebak dengan

perkara sebegini. Perkara ini sememangnya mempunyai faktor-faktor yang tertentu dan

langkah-langkah untuk mengatasinya untuk kembali kepada fitrah manusia yang normal.

3
Masalah ini juga di biarkan tanpa melakukan penyelesaian, masalah ini akan menyebabkan

lebih ramai manusia terpengaruh dengan budaya sebegini.

Antara faktor yang menyebabkan mereka terjebak dengan keadaan sebegini adalah

disebabkan oleh disebabkan oleh faktor keluarga. Menurut kajian Megat Ahmad & Md Nawi

(2019) keruntuhan institusi kekeluargaan adalah faktor yang terbesar yang menyebabkan

mereka tidak dapat memastikan diri mereka sebenarnya di jalan yang betul ataupun tidak. Hal

ini demikian kerana keluarga mereka tidak mengajar mereka untuk membina jati diri mereka

untuk mereka mengenali diri mereka sebagai manusia. Hal ini telah menyebabkan mereka

terikut-ikut dengan perangai keluarga yang tidak membataskan pergaulan antara lelaki dan

perempuan. Oleh hal itu, mereka telah menjadi bebas dan tidak takut untuk melakukan

hubungan dengan sesiapa sahaja.

Seterusnya, kurang didikan agama juga merupakan penyumbang kepada mereka

dalam terjebak dalam kumpulan LGBT. Didikan agama merupakan satu panduan hidup bagi

seorang manusia di mana agama boleh menunjukkan bahawa mereka akan mengenal erti hak

dan batil secara terang terangan. Di sebabkan kekurangan didikan agama mereka telah

mengambil pendekatan untuk melakukan semua perkara yang ada kerana bagi mereka dunia

ini hanya sementara serta pada pandangan mereka juga adalah ibu bapa mereka tidak pernah

mengambil kisah tentang kehidupan mereka.

Selain itu, faktor-faktor biologi juga telah memberikan penyumbangan yang besar

terhadap golongan ini. Hal ini kerana, mereka mempunyai sifat keinginan kepada semua jenis

pasangan tidak kira lelaki atau perempuan. Mereka belajar dari persekitaran yang tidak

terbatas dengan ajaran daripada keluarga mereka. Manakala menurut Sulaiman et al. (2017)

faktor yang terjadi mendapati bahawa mereka sebenarnya bukan sahaja kurang didikan

agama malah mereka faktor persekitaran, pekerjaan, seks, dan diri sendiri yang sebenarnya

menyumbang kepada perilaku sedemikian. Hal ini telah, memberikan kesan kepada sesiapa

4
sahaja yang cuba untuk mendekati perilaku sebegini. Bagi sesetengah manusia mereka

sememangnya tidak merasakan apa-apa kerana mereka tidak sedar akan keburukan yang

berlaku kepada masa yang akan datang.

Faktor yang lain pula adalah didikan seks yang salah juga telah menyebabkan mereka

berani untuk melakukan perkara sebegini. Didikan seks ini bermaksud adalah didikan

kecenderungan kepada pasangan yang betul dan mereka akan berkahwin untuk mendapatkan

hasil yang halal. Semasa tumbesaran seseorang individu kepada baligh mereka akan

dibimbing oleh keluarga untuk mengenali alam dewasa namun peranan ibu bapa yang tidak

dimainkan dengan betul menyebabkan mereka tidak dapat untuk menentukan kebenaran yang

sebenar ataupun tidak. Sebagai contoh, semasa keadaan mereka meningkat remaja, ibu bapa

tidak mengasingkan tempat tidur antara lelaki dan perempuan. Di sebabkan itu mereka telah

menjadi bebas dalam melakukan apa sahaja terhadap perempuan dan lelaki kerana mereka

tidak dia ajar untuk tidur berasingan antara lelaki dan perempuan. Hal ini turut disokong oleh

Nor Hafizah (2016).

4.0 KESAN

Kesan terhadap LGBT ini telah menyebabkan begitu ramai orang mengalami penyakit yang

sangat bahaya iaitu AIDS/HIV kerana mereka telah berhubungan intim tanpa batasan. Isu ini

timbul dan membimbangkan orang sekeliling mereka kerana kebanyakan penyakit ini akan

berjangkit dengan sekeliling mereka atau kontak rapat yang mempunyai luka dan mempunyai

antibodi yang lemah serta mereka telah menyentuh orang yang membawa virus statistik di

pada tahun 18 Julai 2019 telah memberi kenyataan bahawa lebih 3 ribu kes HIV yang telah

direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Kumarashwaran 2015)

kesan yang lain pula adalah kegoyahan agama Islam. Hal ini telah menyebabkan

bahawa institusi agama Islam telah mendapat tentangan negatif terhadap masyarakat bukan

5
Islam. Menurut Norsaleha (2016) kebanyakan orang yang terjerumus dalam kancah LGBT ini

adalah hampir semua daripada mereka adalah beragama Islam. Hal ini telah menyebabkan

bahawa masyarakat Islam telah mendapat tempias hasil daripada golongan ini. Hal ini kerana

banyak kritikan yang diterima di Media Sosial berkaitan agama Islam di Malaysia kerana

mereka menyatakan bahawa ajaran Islam telah menyebabkan golongan LBGT ini mendorong

untuk melakukan perkara tersebut.

Kesan kepada masyarakat, kebanyakan masyarakat telah dipersalahkan kerana tidak

menegur golongan seperti mereka untuk tidak melakukan perkara terkutuk sebegitu. Mereka

juga telah menyalahkan orang lain bahawa mereka menjadi sebegini adalah kerana tiada

larangan daripada semua masyarakat iaitu mereka membiarkan sahaja golongan ini

melakukan perkara yang salah sehingga mereka tidak boleh kembali kepada fitrah sebagai

seorang manusia

5.0 LANGKAH

Setiap permasalahan mempunyai penyelesaian yang tersendiri di mana golongan tersebut

mestilah mempunyai keupayaan sendiri untuk berubah ke arah kebaikan. hal ini

sememangnya menyebabkan keburukan kepada mereka. Sekiranya, golongan LGBT

mempunyai keinginan untuk berubah mereka boleh merujuk pakar-pakar agama serta orang

yang mempunyai ilmu yang keagamaan yang betul mengikut kepercayaan masing-masing.

Langkah mengatasi masalah ini adalah melibatkan semua orang di mana semua orang

memainkan peranan yang penting untuk memberi sokongan kepada golongan ini. Sebenarnya

golongan ini ingin mendapatkan perhatian daripada semua orang oleh kerana mereka mencari

tempat untuk meluahkan perasaannya kepada seseorang. Sekiranya mereka tidak di pedulikan

mereka akan merasakan bahawa diri mereka tidak dihargai malah ada dari setengah manusia

ini merendah-rendahkan mereka di khalayak ramai sehingga mereka menjadi benci kepada

masyarakat. Di sebabkan itulah mereka bergaul dengan komuniti yang sama kelemahan

6
dengan mereka supaya tiada seorang pun diantara mereka yang memandang serong Amran

Hassan (2015).

Langkah yang ke dua pula adalah pihak yang berwajib akan melakukan tugasnya.

Sebagai contoh pihak kaunseling iaitu mereka harus dinasihati dengan cara yang lembut

untuk mereka mendengar tentang keburukan yang mereka telah lakukan. Kebanyakan

daripada golongan LGBT ini adalah disebabkan mereka di sisihkan dan di hina oleh golongan

masyarakat mahupun golongan yang berwajib untuk melakukan tugas ini. Hal ini telah

menyebabkan keburukan yang dilakukan oleh mereka sangat melampau sehingga mereka

melakukan perkara itu adalah tanda protes terhadap masyarakat dan orang lain. Mahfudzah

Mohamad (2015) menerangkan bahawa pihak berkuasa hendaklah memainkan peranan yang

penting dalam mengatasi kes ini tanpa menghukum dengan hukuman yang sendiri kepada

mereka.

Langkah yang ke tiga adalah memberi mereka hukuman yang setimpal dengan apa

yang telah di dilakukan oleh mereka. Walaupun perkara ini sangat berat bagi mereka namun

mereka harus menerima hukuman yang telah di tetapkan oleh kerajaan untuk peringatan

kepada mereka yang telah melakukan perkara yang terkutuk sebegini. Menurut Ashgar &

Yusof (2018) menyatakan bahawa golongan LGBT adalah satu jenayah yang boleh dihukum

di bawah undang-undang syariah dan juga undang-undang Sivil Malaysia. Hal ini kerana

mereka sememangnya akan diberikan pengajaran yang besar untuk memastikan kepada

mereka bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah tidak betul.

6.0PENUTUP

Kesimpulannya, golongan LGBT adalah sekumpulan yang membela nasib masyarakat yang

tertindas di serata negara namun, mereka mempunyai agenda mereka tersendiri dengan

merujuk bahawa mereka sebenarnya memperjuangkan budaya songsang yang berlaku dalam

7
kalangan mereka. Biseksual juga adalah sebahagian dari akronim LGBT di mana ia

merupakan satu golongan yang kecil yang telah melakukan hubungan intim yang bebas iaitu

mereka boleh menjalinkan hubungan dengan mana-mana jantina di antara mereka. Hal ini

sangat membimbangkan di seluruh dunia kerana di sebabkan golongan biseksual ini telah

menyebabkan penyakit Aids dan HIV meningkat saban tahun kerana mereka tidak

mementingkan soal penyakit tetapi mereka lebih memilih untuk puaskan nafsu mereka

semata-mata. Kebanyakan golongan LGBT ini sebenarnya inginkan perhatian namun

disebabkan persekitaran masyarakat yang tidak pedulikan mereka serta menghina dan

menjatuhkan maruah mereka sebagai manusia yang mempunyai masalah yang sangat teruk.

Masalah yang dilakukan oleh LGBT ini boleh dibendung dengan betul kerana mereka

sememangnya memerlukan bimbingan yang padu daripada masyarakat yang ada. Mereka

boleh berubah untuk meninggalkan perkara tersebut sekiranya masyarakat berganding bahu

untuk membantu golongan ini untuk menuju ke arah kebaikan.

8
7.0 RUJUKAN

Akhbar

Keratan Akbar Berita Harian pada Tahun 2019

Jurnal

Ashgar Ali & Yusuff Jelili. 2018. “LGBT: An Evaluation of Sharia Provisions and The Laws

Of Malaysia and Nigeria”. GJAT. vol- 8 (1) halaman 15-29

Amran Hassan & Noriah Mohamed. 2015. “Alternatif Keagamaan Dan Kaunseling: Sebagai

Rawatan Utama Mengatasi Permasalahan Homoseksualiti”. Journal of Human Development

and Communication. 3 :79-92

Jeanete Ophilia Papilaya (2016), Lesbian, Gay, Biseksual, Trangender (LGBT): dan Keadilan

Sosial. Pax Kumada, vol-3, nombor 1 halaman 25 hingga 35.

Kumarashwaran Vadevelu. 2015. “Pengetahuan Berkaitan HIV/AIDS Dan Sistem Sokongan

Sosial Yang Diterima Oleh Golongan Belia Transgender Di Pulau Pinang”. Tesis Doktor

Falsafah.

9
Mahfuzah Mohamad. 2015. “Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender: Perspektif Undang-

undang Jenayah Syariah”. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat vol-19 halaman 29-36

Nek Mah Batri, Farahwahida Mohd Yusof, Siti Norlina Muhammad, Ahmad Muhyiddin

Hassan, Mohd Nasir Ripin & Zulkiflee Haron. 2016. “Homoseksual: Antara Hukum dan

Kemajuan Sains”. Sains Humanika.voll-8 no 4 halaman 45-54

Norsaleha.2016. “Metodologi Dakwah Terhadap Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan

Transgender (LGBT)”. Jurnal Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, 9:103-

119.

Nor Hafizah. 2016. . “Metodologi Dakwah Terhadap Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan

Transgender (LGBT)”. Jurnal Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, 9:103-

119.

10

You might also like