Professional Documents
Culture Documents
05 Mac 2012
Huraikan bagaimana tolak ansur antara kaum telah mempercepatkan proses kemerdekaan Tanah Melayu
Bahagian 1 ; by Dyana
Huraikan peranan yang dimainkan oleh setiap golongan etnik di Malaysia dalam menuntut kemerdeakaan. Menghasilkan satu carta parallel time chart untuk menunjukkan sejarah penggubalan perlembagaan sehingga penubuhan Malaysia
Bahagian 2 ; by Najwa
DEFINISI AKOMODASI
Istilah cara atau perbuatan menyesuaikan diri dengan orang lain atau dengan persekitaran; penyesuaian. Mengakomodasikan melakukan penyesuaian supaya sesuatu menjadi selaras atau sesuai dengan keadaan, keperluan dsb.
Sebagai masyarakat minoriti, mereka terpaksa ~ budaya ibunda dengan budaya tempatan yang lebih menonjol.
Penyesuaian: pendekatan yg kerap dibincangkan dlm konteks negara kita ialah asimilasi dan ~;
Rujukan : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=akomodasi
Proses di mana setiap etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain. Namun, masih boleh hidup secara damai dan harmoni, menghormati sesama mereka.
Di Malaysia pula, pelbagai golongan etnik berlainan budaya hidup secara harmonis dan saling menghormati antara satu sama lain. - Mampu hidup dalam suatu kawasan dan masih bebas mengamalkan kepercayaan masingmasing.
Bahasa
Faktor penting bagi mewujudkan hubungan etnik yang utuh
Kedudukan Bumiputera
Agama
Keluhuran Perlembagaan ; 3-3 badan kerajaan (perundangan, kehakiman, eksekutif) dan Yang di Pertuan Agong juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.
Undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara
KONSEP PERLEMBAGAAN
2 Bentuk : bertulis / tidak bertulis
Perlembagaan Persekutuan = Undang-undang tertinggi. Mengandungi : 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual.
Kesedaran oleh pejuang-pejuang orang Melayu melalui semangat mempertahankan tanah air. Abad ke20, muncul golongan intelek Melayu melalui rundingan. Media massa merupakan wadah utama.
Lulus MU : 10 Oktober 1945 (Sir Harold Mac Micheal : Wakil British untuk dapatkan tandatangan raja-raja Melayu) Sebab-sebab tertubuhnya MU : Satukan negeri-negeri dan tingkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran. British simpan perasaan anti-Melayu dan MU adalah 1 cara untuk melemahkan kuasa orang Melayu. Asas kepada masyarakat tempatan memerintah negara sendiri.
Malayan Union
Antara ciri-ciri MU : Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan. Sebab-sebab penentangan : Kuasa raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri. Singapura dipisahkan dari MU dan ia kekal sbg tanah jajahan Inggeris. Hak kerakyatan berprinsipkan Jus Soli. Kesamarataan kepada semua warganegara tanpa mengira keistimewaan terhadap penduduk peribumi. Cara Sir Harold Mac Micheal untuk mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu. Malayan Union dibubarkan kerana British percaya tanpa sokongan orang Melayu, MU adalah sia-sia.
Julai 1946
British menubuhkan Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada 4 orang wakil Raja Melayu, dua orang wakil UMNO, enam orang pegawai British. British tubuhkan Jawatankuasa Perunding : 5 orang Eropah, 2 orang Cina, 2 orang India ; bertugas untuk mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai draf perlembagaan oleh Jawatankuasa Kerja.
Disember 1946
1 Februari 1948
Satu persetujuan yang dicapai di antara Melayu, Cina dan India semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 di bawah naungan Inggeris.
Ia berkait rapat dengan bantahan Melayu terhadap elemen-elemen yang termaktub dalam Perlembagaan Kesatuan Malaya 1946.
Ia mengambil kira kedudukan bukan Melayu iaitu Cina dan India dalam negara yang bakal merdeka dari Inggeris.
Peruntukan-peruntukan dalam Kontrak Sosial 1948 menjamin peranan dan ketuanan Melayu dalam proses politik negara.
PTM : Ikatan kerjasama antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu semakin kuat. Penubuhan CLC (Communities Liason Committee) pada tahun 1949. Ditubuhkan secara tidak rasmi untuk membincangkan pelbagai isu ; kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar-dasar pendidikan.
Tokoh CLC : Dato Onn Jaafar Dato Abdul Wahab Abdul Aziz Tan Cheng Lock
Kerjasama erat terus terjalin dalam beberapa siri pilihanraya yang telah diadakan Pembentukan Perikatan menunjukkan bermulanya era kerjasama yang mantap dalam kalangan golongan etnik di Tanah Melayu ke arah kemerdekaan
Bertujuan mencari persefahaman dan kerjasama antara dua kumpulan etnik terbesar dalam menuntut kemerdekaan.
Kemenangan dalam Pilihan Raya Majlis Perbandaran menyebabkan satu rundingan meja bulat diadakan antara UMNO dan MCA
Kerjasama yang lebih erat antara Melayu dan bukan Melayu terus terjalin apabila British mensyaratkan kemerdekaan tersebut.
Apabila UMNO mempelawa dan bekerjasama dengan MCA lalu bergabung dan membentuk Perikatan, ternyata tindakan ini memperlihatkan sifat terbuka antara etnik, iaitu rela berkongsi dan berakomodatifkan demi perpaduan kaum.
.. Orang Melayu sedia memberikan hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak daripada hak-hak sebagai Bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang begitu berbudi sebanyak seperti yang diperbuat oleh orang Melayu. Sungguhpun ada jaminan hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perjanjian Persekutuan, tetapi ini tidak sesekali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum menghasilkan keadaan setaraf antara orang Melayu dengan bukan Melayu.
Semangat ini juga telah diakui dan diiktiraf oleh pemimpin bukan Melayu seperti yang dikatakan oleh T.H. Tan " mereka dengan penuh rela menyokong calon-calon Perikatan berbangsa Cina dan India. Bukan sahaja mereka melepaskan kerusi-kerusi yang tidak syak lagi boleh menjadi milik mereka, malah mereka bekerja keras, sedaya upaya untuk calon-calon Cina dan India".
Kemenangan pilihan raya ini membuktikan Perikatan pimpinan TAR, menunjukkan aliran politik yang bukan bercorak perkauman. TAR, berharap gabungan UMNO, MCA dan MIC menerima konsep hak-hak keistimewaan org2 Melayu sementara kaum CIna dan India bebas mencari kesenangan dan kejayaan di negara ni.
Huraikan bagaimana tolak ansur antara kaum telah mempercepatkan proses kemerdekaan Tanah Melayu
Sebelum pilihanraya, MCA & MIC bukanlah parti politik tapi lebih bermotifkan menjaga kebajikan & kepentingan kaum masing-masing.
Pelawaan orang Melayu menggambarkan sifat keterbukaan mereka & sedia berkorban, rela kongsi kuasa & toleransi demi perpaduan.
Melalui pilihanraya umum pertama (1955), pengorbanan & kompromi UMNO cukup besar. Perikatan yang didominasikan oleh UMNO sepatutnya boleh membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan MCA & MIC namun hal ini tidak dilakukan.
Inggeris mensyaratkan bahawa kemerdekaan akan hanya diberikan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu & bekerjasama.
Kemenangan PERIKATAN menjadi bukti kepada Inggeris bahawa orang Melayu & bukan Melayu boleh bekerjasama.
http://www.youtube.com/watch?v=cO3occeZr-I http://www.youtube.com/watch?v=dP4yZcIKwfI Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Alhujurat,13