You are on page 1of 5

KERTAS 3

TINGKATAN 5 BAB 4

Tajuk : Jelaskan ciri-ciri pentadbiran Malayan Union,factor-faktor kebangitan masyarakat


tempatan menentangnya . Di samping itu,memberikan sebab-sebab penerimaan pentadbiran
baru,iaitu Persekutuan Tanah Melayu .

1) Pendahuluan : Jelaskan sebab-sebab British memperkenalkan Malayan Union

Sebab-sebab British memperkenalkan Malayan Union ialah sebagai persediaan kepada Tanah
Melayu ke arah membentuk pemerintahn sendiri.

British juga menginginkan pentadbiran yang licin dan menjimatkan kos. Sebelum Perang Dunia
Kedua, Tanah Melayu terbahagi kepada tiga unit pentadbiran yang berbeza, iaitu Negeri-Negeri
Selat(NNS),Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu(NNMTB) .Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar dan menyenbabkan
pembangunanekonomi di setiap negeri tidak seimbang.
Selain itu, British berhasrat membentuk sebuah bangsa Malayan Union supaya golongan
pendatang dapat melupakan negara asal mereka dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union .
Justeru , British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah
Melayu tidak terbantut .Di samping itu, British dapat menjamin penguasaan yang berterusan terhadap
sumber ekonomi Tanah Melayu selain mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

2. Jelaskan Ciri-ciri MU dan Sebab-sebab masyarakat tempatan menentang.

Perjanjian MU 1946 telah menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu dalam satu unit
pentadbiran . Antara syarat utama Perjanjian MU ialah semua Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan
Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu serta dua daripada negeri Selat disatukan . seterusnya , Baginda Ratu
England akan melantik seorang Gabenor British untuk mengetuai MU . Singapura diasingkan kerana
mempunyai kepentingan sebagai pelabuhan bebas . Asas kerakyatan MU ialah kewarganegaraan sama
rata dengan prinsip jus soli . Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu yang hanya
membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat orang melayu . Seorang pesuruhjaya Negeri
dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir . Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan MU
dibentuk .

Penubuhan MU adalah sebagai suatu usaha untuk mewujudkan sebuah kesatuan yang dikuasai oleh
sebuah pemerintah yang kuat . Pentadbiran MU adalah terus kepada Parlimen British di London san
tidak tertakluk kepada Singapura lagu seperti sebelumnya . Konsep penatdbiran baru in9i telah
menolak tradisi dan sistem politik orang melayu . Akhirnya , kerajaan MU telah diisytiharkan pada 1
April 1946 di King’s House
( Carcosa Sri Negera ) , KL . Sir Edward Gent telah dilantik sebagai Gabenor pertam kerajaan MU .
Dengan pengisytiharan tersebut , secara rasminya MU telah menggantikan Pentadbiran Tentera
British BMA yang dijalankan di Tanah Melayu sejak bulan September 1945.

Orang melayu telah menunjukkan pelbagai reaksi terhadap penentangan MU . Selepas Perang
Dunia Kedua , orang Melyu menganggap tidak sesuai untuk British membuat pembaharuan
politik di Tanah Melayu . Orang Melayu pada prinsipnya menentang penghakisan kuasa
Raja-raja Melayu dalam MU , iaitu Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu
tanpa sebarang kuasa . Raja-raja juga kehilangan takhta dan kredibiliti mereka sebagai
kuasa orangMelayu walaupun mereka masih membincangkan soal agama Islam , tetapi zakat fitrah
sipungut di bawah nama Gabenor MU . Keadaan ini bertentangan dengan kedudukan sultan .
Oleh yang demikian , orang Melayu bimbang agama islam akan tercabar .
Orang melayu juga menentang pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang
atau orang luar . Dasar terbuka British ini dilihat akan mengancam status quo orang melayu sebagai
penduduk peribumi . Jumlah orang Melayu juga akan menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang
ini . orang melyu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerjaaan
melayu
sperti zaman Kesultanan Melayu Melaka . Mereka beranggapan bahawa pengenalan MU akan
menghapuskan sejarah yang dibina oleh kerajaan tersebut . lantaran itu , kebanyakn orang Melayu
telah keluar menentang MU .

3) Huraikan pembentukan PTM 1948.

British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai oleh 12 orang
ahli.Mereka mengadakan mesyuarat di King’s House , Kuala Lumpur. Pada dasarnya,ada lima
tuntutan orang melayu iaitu Raja-Raja Melayu menolak semua prinsip dan struktur Malayan
Union.Selain itu,mereka juga menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu.Mereka juga menolak kerakyatan terbuka Malyan Union dan meminta dasr
perlindungan terhadap Negeri-Negeri Melayu dan orang melayu dipulihkan.Mereka juga menuntu
supaya Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu diakui semula.
Perundingan ini ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu pimpinan
Dr.Burhanuddin al-Helmy .Mereka berpendapat Jawatankuasa eksekutif itu tidak mewakili semua
pihak kerana tidak disertai oleh seorang perwakilan oaring dagang.Mareka menuntut konsep sebuah
republic dan kemerdekaan penuh . Majlis Tindakan Bbersama Seluruh Malaya atau All Malayan
Council of Joint Action(AMCJA) dan Pusat Tenaga Rakyat(PUTERA) telah ditubuhkan pada awal
tahun 1947 untuk menentang British dan UMNO .
Mereka mengadakan pelbagai tindakan seperti ceramah politik , demonstrasi dan mogok .
Mereka turut mencadangkan sebuah perlembagaan , iaitu Perlembagaan Rakyat .Untuk berlaku adil,
British telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pendapat mereka
dalam menyediakan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 .

4. Berdasarkan tindakan pemimpin tempatan menentang MU . Jelaskan langkah yang akan


anda ambil untuk membina kekuatan negara dalam masyarkat berbilang kaum .

Menyelesaikan masalah ini akan mejadi mudah apabalia masyarakat bersatu padu .
Masyarakat yang berbilang kaum bukanlah menjadi satu bebanan bagi sesebuah negara untuk
menentang MU . Bantahan dapat dilaksanakan secara berterusan melalui akhbar-akhbar di negara kita
. Zaman ini , ramai masyarakat yang membaca surat khabar . Oleh yang demikian , lebih mudah untuk
mempengaruhi minda mereka dan lebih senag menyampaikan sesuatu berita . seterusnya ialah ,
mengadakan demonstrasi secara aman . Demonstrasi dapat mengeratkan hubungan apabila semua
masyarakat berhimpun dan mempunyai satu matlamat yang sama . Seterusnya , Raja-raja Melayu
perlu berkumpul dan menyatakan keperluan mereka dengan berhati-berhati . Menghidupkan
persatuan-persatuan untuk menentang MU . Apabila wujudnya , persatuan tidak perlulah wujudnya
pemberontakan dan pembangkang . ini akan menyulitkan proses penentangan MU . Ahli dan
penyokong mestilah berdiri bersama untuk menyatukan matlamat .

5) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kesan kerjasama antara kaum kepada
kesejahteraan negara Malaysia.

Kesan-kesan kerjasama antara kaum kepada kesejahteraan negara Malaysia ialah dapat
melindungi negara daripada ancaman kuasa luar . Negara yang mempunyai masyarakat yang
berkerjasama antara satu sama lain dapat melemahkan gerakan kuasa luar yang ingin menakluk
negara kerana kunci rahsia negara dikawal ketat oleh sikap masyarakat yang saling berkerjasama
dalam menjamin kedaulatan negara.
Selain itu , perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat juga dapat diwujudkan . Perpaduan
rakyat amat penting demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.Masyarakat yang bersatu
padu akan melahirkan sebuah negara yang aman dan tiada masalah pertelingkahan antara kaum
berlaku.
Seterusnya , negara Malaysia juga akan dihormati dan disegani oleh negara asing kerana
kekal aman meskipun terdapat masyarakat yang berbilang kaum . Kuasa luar yang berminat untuk
menguasai negara akan membatalkan niat mereka kerana takut dengan semangat rakyatnya dalam
mengekalkan keamanan negara.
Di samping itu,ekonomi negara juga akan meningkat . para pelabur asing tidak akan berasa
was-was untuk melabur di negara Malaysia kerana negara yang aman dan bersih dari segala masalah .
Pelancong asing juga berminat untuk melancong di sini kerana negara yang aman dan makmur .
Oleh yang demikian , kerjasama antara kaum dapat memudahkan Malaysia menuntut hak
sebagai warganegara . Contohnya , hak keistimewaan dalam memilih calon pemimpin untuk
mentadbir negara dan sebagainya .

6. Bincangkan langkah yang perlu diamalkan untuk membentuk konsep rakyat didahulukan ,
pencapaian diutamakan .

Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan yang paling
penting kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan yang sedia wujud. Menyedari
hakikat dan kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagai langkah perlu dijalankan bagi
memastikannya berterusan.

Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk ialah untuk
mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada
berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana adanya perasaan saling
menghormati dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai murni ini menjadi tunjang kekuatan
sesebuah negara. Perkara ini dapat mengelak berlakunya perselisihan seperti kejadian dalam sejarah
hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1959. Rusuhan kaum yang berlaku tidak memberi apa-apa
keuntungan malah membawa banyak kemudaratan.

Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan negara. Rakyat
Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatu-padu memangkinkan usaha
memajukan negara dalam segenap aspek merangkumi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan.
Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada hari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan
seharian dengan selesa. Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka amat sukarlah kerajaan
mengatur agenda mencapai kemajuan negara. Kesannya negara akan ketinggalan dan rakyat
menderita kemiskinan.

Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini,


maka bagai usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan banyak
dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum. Terkini, Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan konsep ‘1 Malaysia’. Dasar kepimpinan yang
memperkenalkan konsep “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” memperlihatkan keutamaan
masyarakat dalam pencapaian sesebuah negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah
negara itu.

Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawab masing-masing
untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasi menjadi saluran maklumat
dan membangkitkan semangat bersatu-padu. Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-
kempen mencintai negara dapat menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya menjaga
keharmonian hidup sesama rakyat. Semua ini dapat dikongsi bersama-sama dengan adanya alat
komunikasi media massa seperti televisyen, radio mahupun internet. Kemudahan yang kita nikmati
sekarang ini adalah bukti nyata hasil kemajuan negara.

Kesimpulannya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yang sama-
sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bila masa dan selamanya
agar kejayaan yang kita nikmati kini tidak1

7) Apakah nilai murni dan iktibar yang dihayati hasil daripada kehidupan berteraskan amalan
permuafakatan dalam kehidupan.

Antara nilai murni dan iktibar yang dihayati hasil daripada kehidupan berteraskan amalan
permuafakatan dalam kehidupan ialah keamanan negara dapat dijamin dengan wujudnya masyarakat
yang bersatu padu . Perpaduan yang kukuh antara satu sama lain akan melahirkan negara yang
aman,tiada masalah perselisihan faham yang menyebabkan kesejahteraan negara tergugat.
Selain itu , amalan berkerjasama juga dapat dipupuk antara satu sama lain hasil daripada
kehidupan berteraskan permuafakatan dalam kehidupan . Masyarakat yang berkerjasama dapat
membantu negara mempertingkat mutu perpaduan rakyat yang dapat mewujudkan negara yang aman
dan makmur .
Seterusnya , masyarakat yang bersemangat patriotik juga dapat dilahirkan . Melalui
permuafakatan yang wujud dalam masyarakat , kesedaran tentang semangat cinta akan negara sedikit
demi sedikit akan wujud . Kita perlulah bersemangat patriotik demi menjamin kedaulatan negara.
Di samping itu , kita haruslah saling hormat-menghormati antara satu sama lain agar tiada
masalah persilisihan faham . Amalan hormat-menghormati dapat memudahkan segala urusan yang
dijalankan di dalam negar berjalan lancer.
Justeru , kita juga hendaklah saling berkerjasama dalam mempertahankan kedaulatan
negara.Kemerdekaan negara hanya dapat dicapai melalui kerjasama antara masyarakat Malaysia.

8. Pengetahuan yang diperoleh , iktibar kepada diri , bangsa serta harapan untuk masa depan
Malaysia yang lebih cemerlang .

iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union ialah masyarakat Perlu bertegas
dalam menyatakan bantahan . Perlu adanya perpaduan di kalangan masyarakat malaysia yang
berbilang kaum . Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat . Berhati-hati dengan tindakan
orang asing . Pentingnya pemimpin berwibawa untuk memerintah negara kita .
pengenalanMU telah menguji kesabaran orang Melayu terhadap British yang inginkan penjajahan
mutlak terhadap Tanah Melayu . Orang Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah selepas zaman
Kesultanan Melayu Melaka bangun menentang British . Rentetan daripada penyatuan tersebut ,
Kongres Melayu 1946 telah diadakan dan UMNO ditubuhkan untuk menentang niat jahat British
tersebut . Kerjasama antara raja-raja melayu dengan UMNO dan orang melayu pada keseluruhannya
telah menyebabkan British mula berle,but dan memulakan rundingan . Akhirnya , penat lelah tersebut
terbayar apabila Perjanjian Persekutuan 1948 telah membolehkan Persekutuan Tanah Melyu dibentuk
1 Febuari 1948 . Perjanjian tersebut telah memperkenalkan semula dasar kuasa british sebelum tahun
1941 .

You might also like