You are on page 1of 4

5) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kesan kerjasama antara kaum kepada

kesejahteraan negara Malaysia.


Kesan-kesan kerjasama antara kaum kepada kesejahteraan negara Malaysia ialah dapat
melindungi negara daripada ancaman kuasa luar . Negara yang mempunyai masyarakat yang
berkerjasama antara satu sama lain dapat melemahkan gerakan kuasa luar yang ingin menakluk
negara kerana kunci rahsia negara dikawal ketat oleh sikap masyarakat yang saling berkerjasama
dalam menjamin kedaulatan negara.
Selain itu , perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat juga dapat diwujudkan . Perpaduan
rakyat amat penting demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.Masyarakat yang bersatu
padu akan melahirkan sebuah negara yang aman dan tiada masalah pertelingkahan antara kaum
berlaku.
Seterusnya , negara Malaysia juga akan dihormati dan disegani oleh negara asing kerana
kekal aman meskipun terdapat masyarakat yang berbilang kaum . Kuasa luar yang berminat untuk
menguasai negara akan membatalkan niat mereka kerana takut dengan semangat rakyatnya dalam
mengekalkan keamanan negara.
Di samping itu,ekonomi negara juga akan meningkat . para pelabur asing tidak akan berasa
was-was untuk melabur di negara Malaysia kerana negara yang aman dan bersih dari segala masalah
. Pelancong asing juga berminat untuk melancong di sini kerana negara yang aman dan makmur .
Oleh yang demikian , kerjasama antara kaum dapat memudahkan Malaysia menuntut hak
sebagai warganegara . Contohnya , hak keistimewaan dalam memilih calon pemimpin untuk
mentadbir negara dan sebagainya .

6. Bincangkan langkah yang perlu diamalkan untuk membentuk konsep rakyat didahulukan ,
pencapaian diutamakan .
Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan yang paling
penting kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan yang sedia wujud.
Menyedari hakikat dan kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagai langkah perlu
dijalankan bagi memastikannya berterusan.

Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk ialah untuk
mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada
berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana adanya perasaan saling
menghormati dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai murni ini menjadi tunjang
kekuatan sesebuah negara. Perkara ini dapat mengelak berlakunya perselisihan seperti kejadian
dalam sejarah hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1959. Rusuhan kaum yang berlaku tidak memberi
apa-apa keuntungan malah membawa banyak kemudaratan.

Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan negara.
Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatu-padu memangkinkan
usaha memajukan negara dalam segenap aspek merangkumi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan.
Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada hari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan
seharian dengan selesa. Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka amat sukarlah kerajaan
mengatur agenda mencapai kemajuan negara. Kesannya negara akan ketinggalan dan rakyat
menderita kemiskinan.
Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini,
maka bagai usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan banyak
dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum. Terkini, Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan konsep ‘1 Malaysia’. Dasar kepimpinan
yang memperkenalkan konsep “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” memperlihatkan
keutamaan masyarakat dalam pencapaian sesebuah negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka
pincanglah negara itu.

Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawab masing-masing
untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasi menjadi saluran maklumat
dan membangkitkan semangat bersatu-padu. Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-
kempen mencintai negara dapat menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya menjaga
keharmonian hidup sesama rakyat. Semua ini dapat dikongsi bersama-sama dengan adanya alat
komunikasi media massa seperti televisyen, radio mahupun internet. Kemudahan yang kita nikmati
sekarang ini adalah bukti nyata hasil kemajuan negara.

Kesimpulannya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yang sama-
sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bila masa dan
selamanya agar kejayaan yang kita nikmati kini tidak ranap begitu sahaja setelah hampir 54 tahun
negara kita mencapai kemerdekaan.

7) Apakah nilai murni dan iktibar yang dihayati hasil daripada kehidupan berteraskan amalan
permuafakatan dalam kehidupan.

Antara nilai murni dan iktibar yang dihayati hasil daripada kehidupan berteraskan amalan
permuafakatan dalam kehidupan ialah keamanan negara dapat dijamin dengan wujudnya
masyarakat yang bersatu padu . Perpaduan yang kukuh antara satu sama lain akan melahirkan
negara yang aman,tiada masalah perselisihan faham yang menyebabkan kesejahteraan negara
tergugat.
Selain itu , amalan berkerjasama juga dapat dipupuk antara satu sama lain hasil daripada
kehidupan berteraskan permuafakatan dalam kehidupan . Masyarakat yang berkerjasama dapat
membantu negara mempertingkat mutu perpaduan rakyat yang dapat mewujudkan negara yang
aman dan makmur .
Seterusnya , masyarakat yang bersemangat patriotik juga dapat dilahirkan . Melalui
permuafakatan yang wujud dalam masyarakat , kesedaran tentang semangat cinta akan negara
sedikit demi sedikit akan wujud . Kita perlulah bersemangat patriotik demi menjamin kedaulatan
negara.
Di samping itu , kita haruslah saling hormat-menghormati antara satu sama lain agar tiada
masalah persilisihan faham . Amalan hormat-menghormati dapat memudahkan segala urusan yang
dijalankan di dalam negar berjalan lancer.
Justeru , kita juga hendaklah saling berkerjasama dalam mempertahankan kedaulatan
negara.Kemerdekaan negara hanya dapat dicapai melalui kerjasama antara masyarakat Malaysia.
8. Pengetahuan yang diperoleh , iktibar kepada diri , bangsa serta harapan untuk masa depan
Malaysia yang lebih cemerlang .

iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union ialah masyarakat Perlu bertegas
dalam menyatakan bantahan . Perlu adanya perpaduan di kalangan masyarakat malaysia yang
berbilang kaum . Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat . Berhati-hati dengan
tindakan orang asing . Pentingnya pemimpin berwibawa untuk memerintah negara kita .
pengenalanMU telah menguji kesabaran orang Melayu terhadap British yang inginkan penjajahan
mutlak terhadap Tanah Melayu . Orang Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah selepas zaman
Kesultanan Melayu Melaka bangun menentang British . Rentetan daripada penyatuan tersebut ,
Kongres Melayu 1946 telah diadakan dan UMNO ditubuhkan untuk menentang niat jahat British
tersebut . Kerjasama antara raja-raja melayu dengan UMNO dan orang melayu pada keseluruhannya
telah menyebabkan British mula berle,but dan memulakan rundingan . Akhirnya , penat lelah
tersebut terbayar apabila Perjanjian Persekutuan 1948 telah membolehkan Persekutuan Tanah
Melyu dibentuk 1 Febuari 1948 . Perjanjian tersebut telah memperkenalkan semula dasar kuasa
british sebelum tahun 1941 .

Bincangkan langkah yang perlu diamalkan untuk membentuk konsep rakyat didahulukan pencapaian
diutamakan .
Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan yang paling penting
kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan yang sedia wujud. Menyedari
hakikat dan kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagai langkah perlu dijalankan bagi
memastikannya berterusan.
Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk ialah untuk
mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada
berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana adanya perasaan saling
menghormati dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai murni ini menjadi tunjang
kekuatan sesebuah negara. Perkara ini dapat mengelak berlakunya perselisihan seperti kejadian
dalam sejarah hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1959 rusuhan kaum yang berlaku tidak memberi
apa-apa keuntungan malah membawa banyak kemudaratan.
Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan negara.
rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatu-padu memangkinkan
usaha memajukan negara dalam segenap aspek merangkumi ekonomi, social, politik dan
pendidikan. Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada hari ini membantu masyarakat menjalani
kehidupan seharian dengan selesa. Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka amat
sukarlah kerajaan mengatur agenda mencapai kemajuan negara.
Kesannya negara akan ketinggalan dan rakyat menderita kemiskinan.Bagi merealisasikan kejayaan
negara dengan ramuan perpaduan kaum ini, maka bagai usaha ke arahnya hendaklah terus
dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan banyak dasar

You might also like