You are on page 1of 11

Konsep Negara Bangsa

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu meletakkan asas yang kuat dan kukuh ke
arah pembinaan bangsa yang akan menerajui perubahan- perubahan yang akan berlaku di
negara ini. Konsep negara bangsa diperkuatkan dengan gagasan ideologi Ketuanan
Melayu. Konsep ini sama seperti negara- negara maju yang lain iaitu Britain yang
meletakkan British sebagai ketuanan dan bangsa yang dominan dalam menentukan hala
tuju dan perubahan- perubahan yang berlaku. Walaupun berlakunya banyak perubahan
yang besar dari segi ideologi seperti demokrasi, hak asasi manusia, kenegaraan dan
perkongsian kuasa, namun konsep negara bangsa masih kekal sebagai satu kekuatan dan
tonggak kenegaraan. Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung
satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang di
menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa
berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi.
Konsep negara bangsa di negara Malaysia berasaskan konsep pemerintahan rajaraja Melayu atau ketuanan Melayu, agama Islam, bahasa kebangsaan atau bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi, hak- hak peribumi atau Melayu, kebudayaan kebangsaan dan
identity Malaysia. Dasar kebangsaan pula akan mencorakkan hala tuju perubahan
kebangsaan dan kenegaraaan. Dalam proses pembentukan Negara Bangsa Malaysia,
kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum Melayu dengan bukan Melayu merupakan
mekanisme yang penting dalam pembinaan negara bangsa Malaysia.
Kontrak sosial yang wujud di Malaysia merupakan asas yang penting dalam
pembinaan negara bangsa Malaysia. Tanpa kontrak sosial ini, asas- asas kenegaraan dan
hubungan kaum tidak mungkin akan dicapai. Kontrak sosial membolehkan Malaysia menjadi
negara yang stabil dari segi politik dan dalam hubungan kaum. Kontrak sosial ini meliputi
idea dan dasar- dasar yang penting dalam pembinaan negara bangsa. Kontrak sosial yang
digubal bertujuan untuk menjaga kepentingan semua kaum dan membolehkan setiap kaum
berperanan dan menyumbang kepada pembinaan negara. Kontrak sosial bukan satu
halangan atau ancaman kepada mana- mana kaum, sebaliknya ia digubal bagi
mengukuhkan asas- asas pembinaan negara. Perlembagaan Malaysia menjamin hak
semua kaum dan dasar- dasar kerajaan sekarang lebih menekankan kepada usaha kea rah
pembinaan negara dan perpaduan kaum. Pembinaan negara dirangka untuk mengukuhkan
asas

kenegaraan

mengembangkan

dengan
konsep

meningkatkan

nasional

dalam

peranan
sistem

sistem

dan

dasar

pendidikan
pembinaan

nasional,
negara,

mengukuhkan soal- soal integrasi nasional, mewujudkan identiti nasional , meningkatkan

patriotisme dalam kalangan masyarakat berbilang kaum serta mewujudkan keadilan sosial
dan ekonomi.
Persoalannya ialah, bagaimanakah kontrak sosial memainkan peranannya sebagai
mekanisme dalam proses pembentukan Negara Bangsa Malaysia khususnya generasi
pasca merdeka?
Peranan Kontrak Sosial
Memperkasakan Negara Bangsa
Kontrak sosial yang digubal menjurus kepada kepentingan mewujudkan konsep
negara bangsa, iaitu bangsa Melayu sebagai peneraju utama dan penentu arah tuju
pembinaan negara bangsa. Melalui kontrak sosial, kepentingan dan sumbangan kaumkaum lain telah diambil kira dalam pembinaan negara bangsa. Asas yang diperkukuhkan
dalam kontrak sosial ialah semangat kenegaraan Malaysia. Peranan dan hak kaum- kaum
lain terjamin dalam sistem kenegaraan. Hal ini kerana setiap bangsa sentiasa berusaha
mempengaruhi dan menentukan konsep negara bangsa yang membolehkan kaum Cina,
India, Melayu dan lain- lain berkongsi visi,misi dan kuasa.
Usaha

bagi

memperkasakan

negara

bangsa

membolehkan

Malaysia

menyatupadukan kaum- kaum di negara ini. Selain faktor kaum dan etnik, Malaysia sentiasa
berada

dalam

pengaruh

sekularisme,

agama,

modenisasi

dan

perkauman

yang

mencetuskan pelbagai kebimbangan. Pembentukan negara bangsa Malaysia menjadikan


masyarakat ini begitu dinamik, berdaya saing, mementingkan perpaduan dan saling
bekerjasama antara raakyat berbilang kaum.
Tuntasnya, selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, asas kenegaraan yang
penting diambil kira ialah pembinaan negara bangsa. Perlembagaan, sistem pemerintahan,
ketuanan dan teras kenegaraan berasaskan kepada membina Malaysia sebagai negara
maju dan progresif. Oleh itu, semua bangsa berperanan memberi sumbangan yang positif
dalam mencorakkan perubahan dan kemajuan negara. Corak pemerintahan demokrasi yang
diamalkan

bertujuan

memberi

kebebasan,

mempertahan

hak,

menegakkan

satu

pemerintahan yang berkesan, melibatkan penyertaan kaum- kaum lain dalam proses
pembinaan negara bangsa, mendaulatkan undang- undang, menjadikan Malaysia sebuah
negara moden dan maju serta beroperasi dalam konteks negara bangsa.

Ketuanan Melayu
Konsep pembinaan negara harus memperkasakan pencapaian dan kemajuan orang
Melayu sebagai bangsa peneraju utama kegemilangan. Ini selaras dengan konsep negara
bangsa. Tamadun Melayu harus bertapak dengan kukuh berpaksikan kepada kepada
ketuanan Melayu yang menjadi penaung kepada bangsa- bangsa lain yang bermastautin
dan menjadi rakyat Malaysia. Aspek- aspek kenegaraan perlu diperkukuhkan serta perlu
bertunjangkan kepada konsep negara bangsa dan ketuanan Melayu. Contohnya, kekuatan
empayar British dan negara- negara bangsa lain di dunia adalah berteraskan kepada
konsep kenegaraan dan ketuanan bangsa tersebut. Oleh sebab itu, usaha- usaha yang
menggugat konsep kenegaraan akan menimbulkan banyak kepincangan dari segi sejarah
dan masa depan kestabilan politik kenegaraan. Kontrak sosial harus berfungsi dalam
konteks ketuanan Melayu yang membolehkan semua kaum menumpukan kesetiaan dan
rela memberi sumbangan kepada pembinaan masa depan negara.
Ketuanan Melayu merupakan kontrak sosial yang mendakwa bahawa orang Melayu
adalah tuan kepada Malaysia. Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai
pendatang yang dibawa masuk oleh British disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu
kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara
Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah
Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan
sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada
orang Melayu dalam bentuk hak istimewa. Persetujuan saling beri- memberi ini biasanya
dipanggil kontrak sosial. Kontrak sosial merupakan satu konsep dan dasar kenegaraan yang
komprehensif bagi menentukan kekuatan dan kepentingan semua kaum menjadi lebih
terjamin. Selaras dengan konsep kenegaraan, bangsa- bangsa lain mempunyai tempat dan
peranan dalam proses pembentukan negara dalam konteks ketuanan Melayu yang menjadi
asas negara bangsa. Hubungan harmoni perlu terjamin dalam semua aspek perubahan
yang dialami oleh masyarakat Malaysia sebagai lambang kekuatan negara bangsa.
Mengurus masyarakat berbilang kaum dan bersifat majmuk merupakan satu cabaran yang
sukar terutama dari segi mewujudkan keadilan sosial dan perpaduan kaum.
Perpaduan dan keamanan negara amat penting bagi menjamin kehidupan yang
harmoni dalam masyarakat berbilang kaum dan dalam proses pembentukan negara bangsa
Malaysia. Oleh itu, kontrak sosial harus dilihat sebagai satu pendekatan positif dalam
memberi keadilan dan kepentingan kepada semua kaum.

Meningkatkan Daya Saing


Kontrak sosial merupakan satu dasar kenegaraaan yang amat penting bagi
meningkatkan daya saing orang Melayu yang ketinggalan dalam ekonomi dan dalam
bidang- bidang lain selepas merdeka. Kontrak sosial memberi satu kekuatan baru yang
membolehkan orang Melayu mencapai perubahan yang lebih baik dalam persaingan yang
lebih terbuka. Dalam masa yang sama, golongan bukan Melayu menperolehi banyak faedah
dan sentiasa diberi perhatian untuk membentuk satu masyarakat Malaysia yang lebih adil
dan harmoni. Dalam sistem kapitalis dan liberalisasi yang berlaku di Malaysia, terdapat
banyak hak Melayu telah semakin beralih kepada tangan kepada bukan Melayu. Ini
termasuklah tanah- tanah Melayu, lesen perniagaan untuk orang Melayu serta saham yang
diperuntukan untuk orang Melayu yang tergadai dan dijual kepada bukan Melayu. Faktorfaktor seperti kemiskinan, kejahilan, kurang pendidikan, kemahiran rendah, kelemahan
semangat keusahawanan, ttidak kreatif dan tidak mempunyai daya saing merupakan antara
sebab orang Melayu terus ketinggalan di belakang.
Di samping itu, dominasi bukan Melayu yang mempunyai rangkaian perniagaan yang
luas, pandai mengurus dan berniaga, mendapat sokongan yang kuat daripada kewangan,
pandai mengeksploitasi, pandai melabur dan mengambil peluang, mempunyai modal dan
kemahiran tertentu serta berpandangan jauh merupakan antara sebab orang bukan Melayu
lebih menguasai segala perubahan dan kemajuan yang berlaku. Oleh sebab itu, agenda
utama kontrak sosial dilaksanakan adalah untuk memecahkan tembok- tembok monopoli
kaum terutama dalam bidang ekonomi. Dengan adanya kontrak sosial, maka hak- hak orang
Melayu dapat dipelihara dari segi ekonomi serta dapat menyamakan taraf kaum bumiputera
dengan kaum- kaum yang lain khususnya Cina di Malaysia bagi menjamin mewujudkan
keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan
khususnya kepada kaum yang masih lemah iaitu kaum Melayu. Pembinaan negara bangsa
Malaysia dapat diwujudkan sekiranya semua rakyat berbilang kaum dapat bersama- sama
melibatkan diri dalam bidang ekonomi tanpa dieksploitasi oleh mana- mana kaum.

Membantu Melayu
Salah satu daripada kepentingan kontrak sosial ini ialah supaya golongan bukan
Melayu yang menguasai ekonomi di negara ini dapat membantu orang Melayu melibatkan
diri dalam bidang ekonomi melalui pelbagai bentuk kerjasama, melatih orang Melayu dalam
ekonomi, membentuk rakan kongsi perniagaan dan sebagainya. Malangnya, peniaga Cina
yang telah lama menguasai dan mendominasi bidang ekonomi amat kental dengan

semangat dan fahaman kecinaan tidak bersedia untuk melaksanakan kontrak sosial ini.
Walau bagaimanapun, kerajaan telah melakukan pembaharuan ekonomi melalui Dasar
Ekonomi Baru (DEB) dan menyusun semula sektor ekonomi bagi merombak monopoli kaum
Cina serta menangani pelbagai masalah yang menjadi punca kelemahan dan kegagalan
orang Melayu dalam bidang ekonomi. Dasar kerajaan di dalam DEB ini tidak akan tercapai
sekiranya tiada tolak ansur antara kaum atau pun kontrak sosial antara rakyat berbilang
kaum di dalam pembangunan negara. DEB ini akhirnya telah berjaya mengurangkan kadar
jurang perbezaan dengan mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf
pendidikan kaum bumiputera. Kejayaan ini diteruskan melalui rancangan-rancangan
Malaysia sehingga kini. Segala kemudahan asas yang telah wujud telah menunjukan
peningkatan taraf hidup penduduk luar bandar dan ini telah merapatkan jurang antara
penduduk luar bandar dengan bandar.
Kejahilan dan sikap mahu senang tanpa berusaha serta tidak mahu bersusah payah
merupakan antara sebab orang Melayu gagal dan sukar menyaingi orang Cina.
Memecahkan monopoli ekonomi di tangan orang Cina dan bangsa lain merupakan tujuan
kontrak sosial dilaksanakan dalam pembaharuan ekonomi. Orang Melayu telah lama
terpinggir dalam ekonomi moden sejak zaman penjajahan British sehingga pra-merdeka.
Kontrak sosial yang digubal semasa Malaysia mencapai kemerdekaan bertujuan menangani
masalah ekonomi, kemiskinan dan kemunduran orang Melayu yang terpinggir dalam arus
perubahan ekonomi, sosial, perbandaran, pemodenan, pendidikan dan sebagainya. Selain
itu juga membaiki ketidakadilan sosial yang wujud dalam kerangka kolonial dan pembanjiran
masyarakat pendatang di Malaysia. Dengan adanya kontrak sosial, maka proses
pembentukkan negara bangsa Malaysia tentunya dapat dijayakan.
Bahasa Melayu Asas Pembinaan Negara Bangsa
Elemen- elemen kontrak sosial merangkumi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di
negara Malaysia. Persoalannya ialah, bagaimanakah bahasa Melayu dalam konteks kontrak
sosial ini mampu membina negara bangsa Malaysia?
Dalam zaman pascamerdeka, bahasa Melayu mengalami peluasan peranan, bukan
sahaja sebagai asas pembinaan tamadun bangsa Melayu tetapi juga sebagai asas
pembinaan tamadun bangsa Malaysia. Upaya meneliti jejak pemartabatan bahasa Melayu
selama setengah abad yang silam, iaitu dengan bertitik tolak dari tahun kemerdekaan
Malaysia dan rencana membaharui babak untuk tempoh yang mendatang berhubungan
secara langsung dengan ehwal pembinaan negara Malaysia sebagai negara bangsa. Hal ini
demikian kerana bahasa Melayu mempunyai hubungan yang erat dengan pembinaan
konsep kebangsaan dan kenegaraan entiti politik yang dikenal sebagai Malaysia.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi menjadi salah
asas kontrak sosial rakyat Malaysia, di sisi kedudukan raja- raja Melayu, agama Islam
sebagai agama Persekutuan dan hak- hak istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera.
Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu menjadi lambang yang signifikan bagi
kewujudan entiti politik yang dikenal sebagai negara Malaysia, menjadi asas jati diri bangsa
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan menjadi wahana perpaduan bangsa
melalui komunikasi dalam pelbagai ranah. Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu menjadi
salah satu unsur penggerak jentera pentadbiran negara, dengan peranannya sebagai
wahana komunikasi rasmi dalam pelbagai urusan pentadbiran sehingga kecekapan
pentadbiran sebahagiannya bergantung pada kecekapan bahasa yang ada pada penjawat
awam pada pelbagai peringkat. Sebagai bahasa ilmu pula, khususnya melalui peranannya
sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara, bahasa Melayu mengisi erti
pendemokrasian pendidikan, dengan pengertian bahawa pelbagai ilmu dapat disampaikan
kepada sebahagian besar rakyat melalui bahasa yang satu, sehingga kemungkinan
wujudnya kesenjangan atau jurang ilmu dan kemahiran, sebagaimana yang berlaku dalam
zaman penjajahan dapat dielakkan kerana kita mempunyai sistem pendidikan kebangsaan,
bukan sistem yang memisahkan empat aliran iaitu aliran bahasa Inggeris dan tiga aliran
vernakular iaitu Melayu, Cina dan India. Sebuah negara bangsa dapat diwujudkan sekiranya
semua lapisan masyarakat berkongsi satu bahasa yang sama dan ini merupakan salah satu
ciri negara bangsa Malaysia yang telah wujud.

Perkongsian Kuasa
Konsep kontrak sosial diperluaskan meliputi konsep perkongsian kuasa dalam
kalangan kaum yang melibatkan parti politik yang mewakili pelbagai kaum seperti UMNO,
MCA dan MIC. Di samping itu, parti pembangkang seperti DAP berperanan sebagai
pendesak dan banyak mempersoalkan perkara- perkara sensif dan perkauman. Dalam
keadaan ini, isu- isu yang ditimbulkan mencabar dan menimbulkan kesan yang buruk
kepada masalah hubungan kaum.
Melalui perkongsian kuasa, orang bukan Melayu mendapat banyak faedah dan dapat
merealisasikan hala tuju perubahan dan kemajuan Malaysia dalam konteks berbilang kaum.
Lebih banyak kuasa politik diperolehi oleh orang bukan Melayu melalui perkongsian kuasa.
Perkongsian kuasa bermaksud melaksanakan pemerintahan bersama yang melibatkan tiga
kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Selain itu, konsep integrasi politik

diperluaskan melalui konsep kerajaan persekutuan dan konsep Malaysia yang melibatkan
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Perkongsian kuasa dari satu segi membolehkan kontrak sosial diperkukuhkan
dengan persetujuan yang diberi oleh semua golongan bagi membentuk sebuah masyarakat
yang aman, maju dan adil. Dari segi yang lain pula, perkongsian kuasa menimbulkan
cabaraan kepada kontrak sosial yang dipertahankan apabila timbulnya kecenderungan
membaangkitkan isu- isu yang bersifat perkauman serta mempersoalkan hak- hak orang
Melayu. Melalui perkongsian kuasa, banyak isu yang berkaitan dengan perpaduan,
hubungan kaum, keadilan dan pembangunan dapat dibincangkan dan diselesaikan dengan
lebih baik.
Malaysia mencapai kemerdekaan melalui perjuangan gigih dan toleransi antara
kaum Melayu, Cina dan India. Dalam erti kata lain, ini telah memberi peluang kepada tiga
kaum yang terbesar ini untuk bekerjasama dan berkompromi dalam tugas pembinaan
negara bangsa. Kerajaan Malaysia yang dibentuk oleh Perikatan di bawah pimpinan Tunku
Abdul Rahman mencerminkan keadaan tersebut iaitu kerjasama antara ketiga- tiga kaum
tersebut. Politik perkongsian kuasa ini menyebabkan perjuangan semangat nasionalisme
dalam kalangan rakyat berbilang kaum menyerlah dalam proses pembinaan negara bangsa
Malaysia.
Konsep kontrak sosial yang meliputi konsep perkongsian kuasa memberi ruang yang
lebih luas dan terbuka kepada semua kaum dalam mencorakkan kemajuan dan hala tuju
pembinaan negara bangsa Malaysia.

Perpaduan Kaum
Dalam proses pembinaan negara bangsa Malaysia, perpaduan kaum merupakan
elemen yang penting dalam usaha tersebut. Hal ini demikian kerana pembinaan sesebuah
negara bangsa bukan sahaja bergantung kepada struktur pentadbirannya semata-mata
tetapi ia turut dinilai melalui integrasi sesebuah masyarakat yang mendiami di dalam
sesebuah negara tersebut. Oleh sebab itu, pelbagai aspek perlu diberikan penekanan
khususnya yang berkaitan dengan semangat perpaduan kerana tanpa kesepakatan dan
permuafakatan dalam kalangan masyarakat, sudah pasti hasrat membentuk negara bangsa
Malaysia menemui jalan buntu. Sekiranya masyarakat hari ini mampu bersatu hati dalam
semua perkara, maka usaha untuk membentuk negara bangsa Malaysia menjadi semakin
mudah.

Malaysia tidak akan menjadi negara maju dan mampu menangani masalah- masalah
yang dihadapi sekiranya hubungan kaum yang menjadi asas kepada pembinaan negara
bangsa tidak dapat ditangani. Melalui perbincangan dan persetujuan kaum terhadap kontrak
sosial yang digubal, Malaysia perlu membina negara berbilang kaum yang memberi
keadilan kepada semua kaum, di samping isu- isu kritikal seperti kemiskinan dan
kemunduran antara kaum perlu diatasi bagi membina keharmonian, keadilan dan
merapatkan jurang perbezaan antara kaum khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan
dan pengagihan kekayaan negara. Dengan merapatkan jurang perbezaan antara ketigatiga kaum, maka perpaduan kaum dapat diwujudkan dalam kalangan rakyat berbilang kaum
dan pembinaan negara bangsa Malaysia dapat dipercepatkan.
Kontrak sosial merupakan penentu kepada asas perpaduan kaum dan keadilan
sosial yang penting dalam menentukan dan mencorakkan hala tuju perubahan masyarakat
berbilang kaum di Malaysia. Formula kontrak sosial yang dimeterai menerusi Perlembagaan
Persekutuan 1957 sudah terbukti berjaya menyatukan semua kaum tanpa konflik
perkauman. Kontrak sosial juga merupakan asas kepada sistem pemerintahan kini yang
menjadikan negara kita negara berteraskan Demokrasi Berparlimen, raja Berperlembagaan
dengan konsep negeri dan persekutuan. Elemen penting kontrak sosial akhirnya telah
mewujudkan

perlembagaan

yang

telah

termaktub,

kemerdekaan

yang

dikecapi,

persefahaman dan integrasi antara kaum telah membina bangsa negara Malaysia yang
gemilang.
Adalah sangat penting untuk meningkatkan kesedaran rakyat berbilang kaum
tentang betapa pentingnya perpaduan Negara dan integrasi nasional dipelihara dan
dikekalkan bagi membentuk satu Negara yang harmoni, stabil dan sejahtera. Semangat
patriotik, ketaatan dan perasaan cintakan Negara haruslah disemarakkan dan kesedaran
dalam kalangan masyarakat berbilang kaum harus dibangkitkan supaya menjadikan elemen
sebagai teras dalam setiap tindakan dan interaksi serta menjamin keutuhan dan
kebersatuan negara Malaysia dapat dikekalkan. Bagi mencapai hasrat wawasan ini, sistem
pendidikan kita hendaklah memastikan penerapan kontrak sosial ini tidak dibuat secara
sambil lewa supaya anak murid pada masa kini dapat mengetahui bahawa kepentingan
kontrak sosial dalam mewujudkan perpaduan kaum dalam proses pembinaan negara
bangsa Malaysia.

Tindakan Afirmatif

Kontrak sosial yang wujud di Malaysia sebaik sahaja Malaysia berusaha mencapai
kemerdekaan merupakan satu dasar sosial yang dikenali Rancangan Tindakan Afirmatif
yang bertujuan untuk mengatasi ketidakseimbangan, kelemahan dan kemunduran serta
peminggiran yang berlaku dalam kalangan orang Melayu dan kelemahan- kelemahan yang
dihadapi oleh oleh orang bukan Melayu. Dasar ini juga diambil kira kepentingan kaum- kaum
lain yang ketinggalan disebabkan oleh kesan daripada faktor sejarah, geografi, peminggiran,
dasar pecah dan perintah, dasar- dasar yang tidak adil, kelemahan budaya serta tersisih
daripada arus perubahan dan kemajuan.
Kontrak sosial dalam konteks ini merupakan satu agenda perubahan yang berkait
rapat dengan rancangan tindakan afirmative dan bukannya berdasarkan kepada pemikiran
dan ideologi perkauman. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, masalah hubungan
kaum amat kritikal bukan sahaja disebabkan oleh kurangnya kesetiaan kepada negara,
semangat patriotik yang lemah, kurang perpaduan, ketidakadilan sosial, pengaruh ideologi
luar, gerakan anti- nasional, kurang interaksi sosial, kurangnya proses asimilasi dan
integrasi, tetapi juga disebabkan jurang perbezaan yang luas dari segi penguasaan
kekayaan, ketidakadilan sosial, kemunduran antara kaum mengatasi kemiskinan yang wujud
dalam masyarakat Malaysia.
Dasar tindakan afirmatif telah diperkenalkan di kebanyakan negara membangun dan
negara maju bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil dan harmoni.
Pengagihan kekayaan yang tidak seimbang antara kaum, wilayah, negeri dan antara sektor
ekonomi moden dan tradisional menyebabkan keruncingan dalam hubungan kaum dan
masyarakat di negara ini. Oleh itu, Malaysia perlu merangka dasar tindakan afirmatif yang
direalisasikan dalam kontrak sosial bagi mengatasi kepincangan sosial yang dihadapi dalam
prroses pembinaan negara bangsa Malaysia. Dengan ini, tidak ada jurang perbezaan yang
besar dalam kalangan ketiga- tiga kaum di Malaysia. Setiap lapisan masyarakat dapat
menikmati kekayaan dan taraf hidup yang sama bak kata pepatah duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi.

Isu dan Cabaran Malaysia dalam Pembinaan Negara Bangsa


Isu Bahasa
Dalam pembinaan negara bangsa, isu bahasa merupakan masalah yang tidak penah
selesai. Meskipun dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang
tertinggi negara telah jelas meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan yang

tidak boleh diganggu gugat kedudukannya, namun, kedudukan bahasa Melayu masih lagi
goyah dalam keadaan semasa. Jika disingkap tabir sejarah negara, kerajaan telah
melakukan pelbagai usaha untuk memartabatkan kembali bahasa ibunda. Antaranya,
Penyata Razak yang diangkat menjadi Ordinan Pelajaran 1957 yang mengesyorkan
pengakuan matlamat akhir bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Malaysia menjadi bahasa
pengantar utama di semua institusi pendidikan. Usaha ini dilihat memberi kesan apabila
orang Melayu sedar akan kepentingan memartabatkan kembali bahasa ibunda.
Cabaran pertama yang dikenalpasti pada era globalisasi adalah berkaitan dengan
kedudukan bahasa. Timbul persoalan mengenai kepentingan bahasa Melayu di dunia
moden dengan keperluan bahasa Inggeris sebagai memenuhi tuntutan antarabangsa.
Disebabkan tuntutan globalisasi, bahasa Inggeris kini dilihat lebih mendominasi dan mula
mengambil alih kedudukan bahasa Kebangsaan. Sekalipun kedudukan bahasa Kebangsaan
dijamin kedudukannya mengikut Perlembagaan Malaysia, namun, realiti sebenar dalam
kehidupan seharian seolah-olah meminggirkan bahasa ibunda. Dasar yang digubal oleh
pihak kerajaan tidak selari dengan tindakan yang dilakukan dan sering kali dilihat
bertentangan dengan peruntukan yang disediakan. Hal ini telah menimbulkan pertikaian dan
ketidakpuasan hati banyak pihak khususnya kaum Cina. Persoalan yang dilemparkan
adalah mengenai kewajaran bahasa Inggeris diangkat menjadi bahasa kedua negara yang
kini hampir melampaui batas kedudukan bahasa Kebangsaan dari segi penggunaannya.
Kaum Cina membuat tuntutan supaya bahasa mereka dimartabatkan seampuh peranan dan
fungsi bahasa Inggeris.

Isu Pendidikan
Dalam bidang pendidikan, kerajaan sememangnya tidak memandang sepi terhadap
keperluan pendidikan semasa. Bermula dengan Penyata Razak 1956 yang diangkat
menjadi Ordinan Pelajaran 1957, intisari yang ditekankan sememangnya dilihat untuk
memantapkan Sistem Pendidikan Negara. Antaranya, berkenaan permasalahan sukatan
pelajaran. Sebelum Laporan Razak, Malaysia tidak mempunyai satu asas atau sistem
pendidikan nasional. Terdapat empat aliran pendidikan yang berbeza iaitu Sekolah Aliran
Inggeris, Melayu, Cina dan India. Kesemua sekolah ini menggunakan sukatan pelajaran
yang berbeza mengikut kurikulum negara asal masing-masing. Keadaan ini dilihat menjadi
penghalang kepada perpaduan dan rasa cinta kepada negara yang utuh dan tidak berbelah
bahagi kerana kurikulum pelajaran yang sedia ada dilihat mendorong semangat cinta akan
negara masing- masing dan bukan kepada negara Malaysia.

Ordinan Pelajaran 1957 yang dilaksanakan sebagai permulaan kurikulum sekolah


yang berorientasikan Malaysia di semua jenis sekolah dilihat masih gagal untuk
mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana
penghayatan para pelajar masih lagi menjadi pertikaian kerana berdasarkan Laporan
Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) menyatakan
bahawa keadaan ini berlaku disebabkan guru dan murid selalu terdesak untuk
menghabiskan sukatan pelajaran terutamanya apabila ada peperiksaan dan sesi
pembelajaran juga dikatakan terlalu bergantung kepada buku teks yang disediakan oleh
pihak kementerian. Akibatnya, penghayatan golongan pelajar dan pendidik tidak wujud. Jadi,
perkembangan pendidikan tidak berlaku kerana pelajar hanya menghafal untuk lulus
peperiksaan sahaja. Pendek kata, negara bangsa Malaysia yang cemerlang tidak dapat
diwujudkan sekiranya warganegara hanya cinta kepada negara sekadar di atas kertas untuk
mendapat ganjaran tetapi tidak dengan sepenuh hati.

Rumusan
Kesimpulannya, kontrak sosial memberikan kesan yang positif dalam pembentukan
masyarakat berbilang kaum agar hidup dengan lebih adil dan harmoni. Kontrak sosial tidak
menjejaskan kepentingan kaum lain untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Dengan
terbukanya banyak peluang baru dalam bidang ekonomi dan pengagihan kemakmuran dan
kekayaan negara yang lebih adil, setiap kaum mendapat peluang yang lebih baik dan
menyumbang kepada kemajuan negara. Kontrak sosial yang dilaksanakan di negara ini
dapat mengekalkan keamanan dan dapat membentuk negara bangsa Malaysia yang
berdaya maju dan berdaya saing. Banyak isu penting seperti ketidakseimbangan,
kemiskinan dan masalah hubungan kaum dapat diperbaiki melalui perlaksanaan kontrak
sosial.
Kontrak sosial memberi faedah kepada semua kaum kerana ia beroperasi dalam
konteks pertumbuhan ekonomi, berteraskan kepada falsafah keadilan sosial, mementingkan
perpaduan kaum dan mencorakkan perubahan sosial serta merupakan mekanisme dalam
proses pembentukan negara bangsa Malaysia yang lebih berintegrasi khususnya generasi
pasca merdeka.

You might also like