You are on page 1of 32

Statistik Asas

Statistik Asas
• Statistik asas merupakan satu teknik matematik
untuk memproses, menyusun, menganalisis dan
membuat kesimpulan tentang data yang
berbentuk kuantitatif
• Dalam ujian dan peperiksaan, kaedah statistik
digunakan untuk membuat analisis dan
kesimpulan.
• Data yang dipungut ini biasanya tidak disusun
dengan teratur.
• Untuk memudahkan kita merujuk kepada data
ini, ia seharusnya direkodkan secara teratur dan
sistematik.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Graf, Ogif, Histogram, Lengkung
Taburan, dan Kekerapan
• Apabila skor ujian diperoleh daripada sekumpulan
pelajar, ia biasanya akan berada dalam susunan rawak
seperti yang ditunjukkan:
90, 56, 70, 70, 90, 70, 40, 56, 90, 86, 46, 57, 78, 90

• Kesemua ini adalah skor-skor mentah.


• Oleh itu, seorang guru perlu mengorganisasi dan
mempamerkan skor dalam bentuk yang teratur supaya
ia lebih bermakna.
• Guru perlu membuat pengiraan mudah untuk
mentafsirkan data secara tepat.
• Terdapat dua cara, iaitu taburan secara menaik dan
menurun.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Taburan Secara Menaik dan Menurun

Susunan Menaik:
•Data-data disusun daripada yang terendah
kepada tertinggi seperti:
40, 46, 56, 56, 57, 70,70,70, 78, 86, 90, 90, 90, 90
Susunan Menurun:
•Data-data disusun daripada yang terendah
kepada yang tertinggi. Contohnya:
90, 90, 90, 90, 86, 78, 70, 70, 70, 57, 56, 56, 46, 40

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Taburan Kekerapan

Bilangan pelajar yang


• Skor 56% : 2 pelajar memperoleh setiap
• Skor 70% : 3 pelajar skor tersebut
• Skor 90% : 4 pelajar dikatakan kekerapan

• Kekerapan merujuk kepada berapa kali sesuatu


skor wujud dalam sesuatu taburan.
• Maka kekerapan untuk skor 90% ialah 4
(kekerapan tertinggi) manakala kekerapan untuk
56% ialah 2 (kekerapan terendah).
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Jika mempunyai bilangan skor yang banyak, adalah
berguna untuk dibina taburan kekerapan secara
berkumpul serta graf taburan.
•Skor-skor dikumpulkan dalam sela kelas, dan
bilangan skor yang ada dalam setiap sela
• digundalkan.
Tanda-tanda gundal ini dikira untuk memperoleh
kekerapan, iaitu bilangan skor dalam setiap sela kelas.
•Sebagai contoh, perhatikan bagaimana skor-skor
berikut disusun dalam taburan kekerapan dengan julat
kelas sebanyak 5.

33 12 6 45 27 25 11 37
22 16 48 26 37 21 3 26
14 34 22 19 40 24 22 15
32 24 27 30 23 31 19 24
27 20 33 14 27 20 29 23
31 22 16 36 27 9 28 25
17 29 13 18 44 12 28
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Histogram (Graf Bar)

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Poligon Kekerapan
• Poligon Kekerapan dibina dengan memplotkan titik di nilai tengah setiap
sela kelas ke ketinggian selaras dengan bilangan kekerapan kelas
berkenaan.
• Kemudian, sambungkan kesemua titik-titik dengan garis lurus.
• Titik awalan dan akhir harus berada pada paksi-X.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Kekerapan Himpunan (Ogif)
•Kekerapan himpunan ialah jumlah kekerapan data dan
kekerapan data
sebelumnya.
•Berdasarkan jadual di atas, kita boleh menentukan bilangan pelajar yang
memperoleh skor yang sama atau kurang daripada sesuatu skor tertentu.
Contohnya, bilangan pelajar yang memperoleh skor antara 15 – 19 skor atau
kurang daripadanya ialah 16.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Lengkong Kekerapan Himpunan (Ogif)
• Lengkung taburan kekerapan himpunan juga dikenali sebagai ogif.
• Taburan kekerapan himpunan digunakan untuk melukis graf yang
dinamakan ogif untuk mentafsir data yang diperoleh.
• Untuk melukis ogif, nilai data berada di paksi-x, manakala kekerapan
himpunan berada pada paksi-y.
• Ogif yang dilukis di bawah berdasarkan Jadual di atas.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Lengkung Taburan Normal
• Lengkung taburan normal berbentuk loceng jika skor-skornya
bertaburan normal.
•Kawasan di bawah lengkung mewakili semua skor (100%) di mana
50% daripada skor berada di atas min dan 50% daripada skor pula
berada di bawah min.
•Manakala, min, median dan mod adalah sama.
•Kebanyakan skor berhampiran dengan min dan semakin jauh
sesuatu skor daripada min bermaksud kurangnya bilangan calon
yang memperoleh skor tersebut.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Taburan Pencong Positif

• Dalam konteks pengujian dan penilaian bilik darjah, kemungkinan


kita tidak akan dapat satu lengkung taburan normal.
• Contohnya, taburan pencong positif merujuk kepada susunan
ketiga-tiga ukuran kecenderungan memusat dari kiri ke kanan ialah:
pertama, mod, iaitu nilai terendah; kemudian, median, iaitu nilai
tengah; dan akhirnya, min, iaitu nilai tertinggi.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Taburan Pencong Negatif

• Bagi taburan pencong negatif pula, susunan ketiga-tiga ukuran


kecenderungan memusat dari kiri ke kanan adalah : pertama, min,
iaitu nilai terendah; kemudian, median, iaitu nilai tengah; dan
akhirnya, mod, iaitu nilai tertinggi.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Min, Median, Mod
( Ukuran Kecenderungan
Memusat)
• Ia merujuk kepada satu nilai purata sesuatu set skor.
• Terdapat tiga jenis ukuran kecenderungan
memusat,
iaitu min, median dan mod.
• Min menunjukkan purata markah yang diperoleh oleh
pelajar dalam sesuatu ujian. Ia juga menggambarkan
prestasi keseluruhan untuk tujuan memberbandingkan
prestasi antara pelajar atau kumpulan dalam ujian yang
sama. Min juga berguna semasa mengira sishan piawai
dan skor sishan;
• Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan yang paling
tinggi dalam satu taburan. Simbol statistik mod ialah M0;
• Median ialah skor tengah dalam satu susunan taburan
menaik atau menurun. Median boleh dikirakan dengan
membahagikan satu set skor yang tersusun kepada dua
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
bahagaian yang sama.
Pengiraan Min
• Pengiraan min itu penting kerana ia memudahkan kita
menggunakan formula statistik untuk mengira sisihan piawai, skor Z
dan skor T.
• Untuk data tidak terkumpul, min dikira dengan menjumlahkan
semua skor dalam set, kemudian bahagikan jumlah ini dengan
bilangan skor.
• Contohnya, min untuk skor-skor 70, 85 dan 100 dalam satu ujian
ialah:
70+85+100 = 85
3
• Min data dikira dengan menggunakan rumus yang berikut:

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Contoh:
•Dalam satu ujian Matematik, skor untuk 10 orang pelajar adalah: 35,
42, 55, 67, 75, 88, 90, 94, 96 and 98. Kirakan min dengan
menggunakan formula di atas.

• Min digunakan secara meluas kerana ia mengambil kira semua


skor dalam taburan dan ia sangat jitu. Contohnya, min digunakan
oleh guru-guru untuk mengira nilai purata skor yang diperoleh
oleh pelajar-pelajar NdoardlainmTahuirj,iIaPnG KbaumaptuasnIpoghuru.
Pengiraan Min untuk Data Terkumpul

• Pengiraan min untuk data terkumpul lebih kompleks.


Contohnya;

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Median
• Median ialah skor tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil atau nilai
purata dua skor di tengah-tengah taburan jika jumlah bilangan skor adalah genap
dalam satu susunan taburan menaik atau menurun.
• Sebagai contoh, median untuk skor ujian ejaan (40,56,35,70,94) dan ujian
penulisan (55,62,96,45,76,80) adalah berikut:

• Median berguna jika terdapat skor yang ekstrim (melampau) dalam sesuatu
taburan. Contohnya, terdapat 3 skor dalam sesuatu ujian, iaitu 20, 20 dan 80.
Walaupun min taburan ini ialah 40, tetapi ini tidak menggambarkan ukuran
kecenderungan memusat. Dalam kes ini, nilai median 20 adalah lebih berguna
sebagai ukuran kecenderuNnogradnin mTaehmir,uIPsGat.Kampus Ipoh
Mod
• Nilai mod pula boleh diperoleh dengan menyusun data yang tidak
terkumpul itu secara menaik atau menurun.
• Mod ( Mo ) adalah skor yang mempunyai kekerapan yang paling
tinggi dalam satu taburan. Satu taburan mungkin mempunyai satu
atau lebih mod atau tidak mempunyai mod langsung. Mari kita
perhatikan skor-skor ujian Matematik berikut:

Contoh 1: 76, 55, 34, 80, 60, 95, 70


Taburan skor ini tidak mempunyai mod
Contoh 2: 86, 70, 59, 70, 75, 68, 70
Taburan skor ini mempunyai satu mod (unimod)
sahaja. Nilainya ialah 70.
Contoh 3: 76, 62, 54, 68, 62, 54, 88, 71
Taburan skor ini mempunyai dua mod (dwi-mod).
Nilai mod ialah 62 dan 54.

• Mod memberi satu gambaran umum tentang taburan. Sebagai


contoh, dalam penghasilan baju-T, pengetahuan tentang mod akan
membantu pengusaha menentukan saiz baju-T yang paling
dikehendaki. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Sisihan Piawai
• Selain daripada mengetahui tentang ukuran
kecenderungan memusat, kita perlu juga
mengetahui berapa jauh skor-skor itu tersebar,
iaitu sisihan piawai.
• Terdapat dua kaedah mengira Sisihan Piawai
iaitu:
1. Sisihan Piawai untuk Data Tidak Terkumpul
2. Sisihan Piawai untuk Data Terkumpul

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Sisihan Piawai untuk Data Tidak Terkumpul

• Cuba faham contoh di bawah:


• Skor untuk 5 orang pelajar ialah 1,2,3,4, dan 5

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Sisihan Piawai untuk Data Tidak Terkumpul
Contoh 2 : Mengira sisihan piawai untuk satu set skor yang tidak terkumpul.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Sisihan Piawai untuk Data Terkumpul

• Untuk data terkumpul rumus yang digunakan adalah


seperti berikut:

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Contoh: Jadual di bawah menunjukkan data terkumpul untuk satu ujian
sains. Cuba kirakan sisihan piawai.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Pentafsiran Nilai Sisihan Piawai

•Sisihan Piawai ialah ukuran


kebolehubahan atau sebaran skor-skor.
•Ia merupakan sejauh manaskor
berubah keliling min.
•Semakin kecil nilai sisihan piawai,
semakin kecil sebaran skor dalam
taburan.
•Ini membawa implikasi bahawa
data adalah berhampiran antara satu
sama lain (homogen).
•Begitu juga, semakin besar nilai sisihan
piawai, semakin besar sebaran skor
dalam taburan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Kira sisihan piawai skor-skor berikut dan tafsirkan nilai sisihan
piawai yang diperoleh bagi skor-skor berikut: 4, 7, 9, 3, 2

• Sisihan piawai ialah 6.8, di mana ia kurang daripada 10. Nilai kecil
menunjukkan bahawa kebanyakan skor adalah berhampiran
dengan min 5. Ini bermaksud bahawa taburan bercorak homogen
dan skor-skor tidak terNsoerdbinaTralhuir,aIPsG. Kampus Ipoh
Skor Piawai

• Skor piawai menunjukkan kedudukan sesuatu skor dari segi berapa


sisihan piawai skor tersebut berada di atas atau di bawah min
taburan. Dan ia biasanya diwakili dengan skor-z atau skor-t.
• Skor-z dikira dengan menggunakan rumus berikut:

(XX)
Z=

• Skor-t dikira dengan menggunakan rumus berikut:


t = 50 + 10z

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Contoh: Skor untuk 5 orang pelajar dalam satu ujian ialah 5,8,10,4 dan 3. Cari skor-
z dan skor-t untuk pelajar yang mempunyai 10 markah.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Pentafsiran Skor-z
• Sebagai contoh, Abdullah mempunyai skor sebanyak 55 dalam ujian
Matematik; skor purata kumpulan normal ialah 60 dan sisihan piawai
15.
• Maka skor piawai Abdullah ialah:
5560 1
z= = - 3 atau - 0.33
15
• Ini bermaksud skor Abdullah adalah satu pertiga sisihan piawai
daripada min. Tanda negatif menunjukkan bahawa ia adalah satu
pertiga sisihan piawai di bawah min.
• Bagi contoh kedua, katakan Abdullah mempunyai skor sebanyak 75
dalam satu ujian Sains; purata skor untuk kumpulan normal ialah 65
dan sisihan piawai ialah 10. Maka skor piawai Abdullah ialah:
7565
z= =1
10
• Ini bermakna Abdullah adalah satu sisihan piawai daripada min.
Tanda positif menunjukkan bahawa ia adalah satu sisihan piawai di
atas min.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pentafsiran Skor-t

• Skor-t lebih biasa digunakan berbanding dengan


skor-z untuk pelaporan keputusan ujian kerana
ia menghasilkan integer positif.
• Ia juga lebih kerap digunakan untuk melapor
prestasi ujian seseorang sebagai skor-t 33
berbanding dengan pelaporan prestasi yang
sama dalam skor-z sebagai –1.7.
• Sebenarnya, kedua-dua skor ini adalah sama.
• Memandangkan skor-t sentiasa mempunyai min
50 dan sisihan piawai 10, maka,
skor-tboleh ditafsir secara langsung.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh


Latihan
1. Cari mod untuk data berikut: 54, 76, 69, 54, 74, 88, 74, 65, 74
2.Skor yang diperoleh oleh 12 orang pelajar dalam ujian Sains yang ditadbir oleh
guru adalah seperti berikut:
35, 23, 55, 35, 65, 67, 55, 35, 98, 88, 92, and 72
Kira min, median dan mod bagi skor-skor di atas.
3.Berikut adalah skor-skor untuk 6 orang pelajar dalam ujian Sains: 8, 10, 7, 12, 6,
11
Cari skor-z dan skor-t untuk pelajar yang mempunyai skor 7.

4.

Jadual di atas menunjukkan keputusan Ali dan Fatimah dalam ujian-ujian


Matematik dan Sains.
-Kira skor-z dan skor-t untuk Ali dan Fatimah dalam Matematik dan Sains
-Dengan menggunakan skor-z dan skor-t, bandingkan prestasi Ali dan
Fatimah dalam Matematik dan Sains
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

You might also like