You are on page 1of 3

Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia :

http://retibahasa.blogspot.com/2011/10/kepentingan-perpaduan-kaum_03.html
1. Dalam hal ini, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik.
Kestabilan politik dalam setiap jabatan amat perlu bagi menjamin keutuhan struktur
pentadbiran Malaysia. Fungsi pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik
kerana banyak negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia. Impak positif
yang berlaku ialah Negara Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan
dan perdagangan bagi mencakupi arena global. Umpamanya, kestabilan politik di Johor
telah memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi
membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Oleh itu, perpaduan kaum yang
telah menyumbang ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada
Malaysia bak kata pepatah Melayu pucuk dicita, ulam mendatang kerana kedua-duanya
memberikan faedah kepada Malaysia.
2. Dalam nada yang sama, perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan
ekonomi pelbagai kaum di Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar
Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2,
Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970, beliau berjaya merungakai satu masalah
yang membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu satu kaum telah memusuhi
kaum yang lain dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Impak positif daripada formulasi ini,
wujud semangat bertolak-ansur dalam kalangan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan.
Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha meningkatkan
taraf kehidupan golongan miskin melaui proses memodenkan kawasan luar bandar. Intihanya,
usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat penting dalam usaha memupuk
perpaduan kaum.
3. Seperkara lagi, perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia. Amnya mengetahui
bahawa Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya terdiri
daripada bangsa Melayu, Cina dan India yang mempunyai pelbagai adat resam, agama dan
kepercayaan sejak lima dekad yang lalu. Pemimpin-pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul
Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta ramai pemimpin berwibawa yang lain
telah berunding dan bertolak ansur untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara yang
tercinta. Kini, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan yang
telah kita warisi sejak zaman-berzaman lagi. Melalui perpaduan dan keharmonian, Malaysia
telah mengorak langkah serta melalui satu fasa perubahan yang drastik sehingga kita standing
dengan negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia. Tambahan
pula, ada segelintir pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia sebagai suri teladan untuk
membentuk perpaduan rakyat mereka seterusnya mencetuskan keharmonian negara,


http://mahanimustapha.blogspot.com/2012/09/contoh-karangan-kepentingan-
perpaduan.html

Secara dominan, kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat ialah dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Keharmonian sesebuah
negara pastinya sentiasa disokong oleh kestabilanpolitik yang jelasnya akan membuka
ruang untuk masyarakat dan pemimpin bersatu tenaga dan idea bagi memajukan
negara. Hal ini pastinya mampu mewujudkan sebuah entiti masyarakat yang
mementingkan kerjasama bakkata pepatah ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
serta secara tidak langsung dapat mengikis sikap individualistik. Tamsilnya, organisasi
masyarakat yang berbeza latar belakang, agama dan adat resam mampu duduk semeja
berjuang mempertahankan keharmonian negara daripada dicabuli pihak tertentu. Hal ini
pastinya, dapat mengeratkan perpaduan kaum di negara kita dan negara bertambah
gah di persada dunia.
Nama negara juga akan disanjungi dan meningkatkan imej negara di mata
dunia. Malaysia pastinya akan menjadi role model kepada negara-negara di pentas
dunia, seterusnya akan dapat meningkatkan imej negara. Di negara lain, perpaduan
berkemungkinan berada pada tahap yang amat rendah jika dibandingkan dengan
negara kita yang mempunyai masyarakat yang bersatu padu. Contohnya pada 31
Oktober 2006, dilaporkan bahawa mantan Timbalan Perdana
Menteri Britain mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan.
Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat yang cinta akan watan, kita perlu melaksanakan
langkah-langkah proaktif bagi mengekalkan perpaduan antara kaum kerana bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh.
Selain itu dapat memajukan ekonomi negara dan seterusnya ekonomi Malaysia
pasti bertambah mantap apabila perpaduan kaum dapat dikekalkan. Sektor ekonomi
Malaysia yang mantap dan masih mampu bertahan jika dibandingkan dengan negara
serantau yang berhempas pulas menghadapi kepincangan ekonomi. Seterusnya
pelabur asing tidak bimbang untuk melabur di Malaysia kerana keadaan negara kita
yang aman dan damai, sekali gus dapat menjana ekonomi supaya terus berkembang.
Sebagai contohnya rakyat yang bersatu padu akan berusaha mengerah keringat bagi
memastikan negara terus maju dan menggembeleng tenaga memulihkan ekonomi
negara. Oleh itu, rakyat Malaysia amat diharapkan agar asas perpaduan yang
telah lama bertapak mampu diperkukuhkan dan diperkasakan lagi.
Di samping itu, kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam masyarakat
juga dapat menarik kedatangan pelancong ke Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh,
salah satu sumber ekonomi negara adalah dalam sektor pelancongan yang dapat
menjana ekonomi negara. Asas perpaduan yang kukuh dan kebudayaan yang unik di
samping kepelbagaian adat resam yang membentuk identiti sesebuah masyarakat
dapat memikat hati pelancong untuk berkunjung. Sebagai tamsilnya, pelancong amat
tertarik dengan kepelbagaian kaum di negara kita iaitu terdiri daripada tiga kaum yang
terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang dapat menonjolkan imej negara. Hal ini,
seterusnya mampu menarik kedatangan pelancong dan dapat menjana ekonomi
Malaysia secara tidak langsung
http://wirawarisan.com/cikgulina/?p=841

Tidak dapat disangkal bahawa masyarakat yang harmoni merupakan kesan perpaduan kaum yang
utuh. Penerimaan adat dan budaya kaum lain merupakan elemen penting dalam menjana perpaduan. Amalan
ini mencetuskan rasa saling menghormati dan sudah pasti setiap kaum akan mengelakkan sebarang insiden
yang boleh mengguris hati kaum yang lain. Percampuran budaya yang tercetus hasil perkahwinan campur juga
menjadi bonus ke arah perpaduan antara kaum, sekaligus melahirkan masyarakat yang harmoni di
Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh bahawa perpaduan kaum yang teguh akan melahirkan masyarakat yang
harmoni.
Seterusnya, keharmonian yang tercetus hasil daripada ikatan perpaduan yang erat mampu memajukan ekonomi
negara. Hal ini boleh dijelaskan melalui peningkatan jumlah pelabur asing yang berminat untuk menjana
perniagaan mereka di Malaysia kerana persekitaran perniagaan yang aman pasti mendatangkan keuntungan
yang maksimum kepada mereka. Jika jumlah pelaburan asing tinggi di Malaysia, peluang pekerjaan untuk rakyat
Malaysia akan terbuka luas. Secara tidak langsung, bukan sahaja ekonomi negara meningkat secara global
tetapi ekonomi rakyat juga akan semakin rancak disebabkan peluang-peluang yang menjelma. Hal ini cukup
membuktikan bahawa perpaduan kaum mampu meningkatkan ekonomi negara.
Perpaduan kaum yang utuh juga memangkin kehidupan yang berkualiti sehingga menjadikan negara kita duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain. Imej sebagai sebuah negara berbilang kaum yang
sentiasa berpaksikan perpaduan sentiasa menjadi buah mulut negara luar. Banyak negara yang kagum akan
dasar-dasar kerajaan yang berjayamentransformasikan negara ke arah negara maju tanpa meminggirkan nilai-
nilai kemanusiaan terutamanya semangat perpaduan antara kaum. Pengiktirafan Malaysia sebagai penanda
aras dalam memacu hubungan rakyat yang mesra merupakan satu tanda penghargaan negara luar terhadap
keistimewaan acuan kemajuan negara kita sendiri. Jelaslah bahawa perpaduan kaum menjadikan imej negara
kita menarik pada pandangan masyarakat dunia.
Selain itu, asimilasi pelbagai budaya rakyat Malaysia diterima sebagai satu budaya unik di bawah satu
bumbung. Hal ini menjadi satu elemen menarik yang menggamit minat pelancong asing untuk datang
bertandang dan menyaksikan sendiri kehebatan bangsa 1 Malaysia. Rakyat Malaysia yang sudah terdedah
dengan konsep berkompromi selagi tidak mencuit isu sensitif berkaitan agama merupakan rakyat yang ramah
dan mesra serta mudah menerima kedatangan rakyat asing ke dalam kelompok peribadi mereka. Jadi, tidak
hairanlah jika rakyat Malaysia yang bersatu padu sedia memberikan layanan kelas pertama kepada pelancong
yang datang untuk mengalami keunikan Malaysia.

You might also like