You are on page 1of 3

TAJUK

: HUBUNGAN KAUM DI MALAYSIA: (SEJARAH DAN ASAS PERPADUAN)

PENYUNTING

: ABDUL HALIM RAMLI

PENERBIT

: PUSAT PENERBITAN UNIVERSITI (UPENA)

TAHUN

: UiTM 2009

MUKA SURAT

: 372pp.

ISBN

: 978-967-305-119-9

RINGKASAN

Buku ini meninjau hubungan kaum di Malaysia dilihat dari aspek sejarah, asas serta pendekatan
perpaduan yang telah digunakan oleh kerajaan untuk memperkukuhkan hubungan dan perpaduan
antara kaum. Malaysia merupakan sebuah negara yang majmuk dari aspek kaum, budaya dan agama
penduduknya. Kemajmukan ini sudahpun terbentuk sebelum dari kedatangan penjajahan Barat ke
negara ini. Ciri, sifat dan proses pembentukan masyarakat majmuk di negara ini mempunyai perbezaan
dengan masyarakat majmuk yang terbentuk sebelum kedatangan penjajah Barat. Buku ini akan melihat
dari aspek sejarah bagaimana proses pembentukan masyarakat majmuk tersebut melewati beberapa
tahap sejarah negara. Buku ini juga turut membincangkan hubungan kaum pada zaman penjajahan
Inggeris kerana ia memberi kesan kepada pola hubungan antara kaum selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan.

You might also like