You are on page 1of 17

Secara

individu

CARA
PENENTANGAN
ORANG MELAYU
TERHADAP
MALAYAN UNION
Secara Melalui
kolektif akhbar
DATO’ ONN JA’FAR
• Pada 23 Januari 1946, Dato’ Onn telah menulis surat kepada
Utusan Melayu menyeru orang Melayu mengadakan kongres dan
menubuhkan United Malays Organization (U.M.O) sebagai
pertubuhan menentang Malayan Union.

RAJA-RAJA MELAYU
• Mengambil tindakan membantah Malayan Union.
• Sultan Johor menghantar surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan.
• Bantahan orang Melayu menimbulkan kesedaran supaya raja-raja
Melayu dan rakyat berganding bahu menentang Malayan Union.

ORANG MELAYU
• Mendapat sokongan daripada bekas pegawai British yang pernah
berkhidmat di Tanah Melayu.
• Golongan ini seperti Frank Swettenham, R.O. Winstedt, Sir Federick
Weld dan Sir Cecil Clementi Smith menentang Malayan Union
secara terbuka dalam akhbar The Times di London.
Surat Sultan Johor kepada Setiausaha Tanah Jajahan.
“Saya amat terharu dengan perkembangan terakhir di Tanah
Melayu dan telah memberitahu kepada Setiausaha Tanah Jajahan
bahawa selepas pertimbangan yang amat teliti saya tidak boleh
mengekalkan keputusan awal saya yang tidak sah itu kepada
cadangan Malayan Union. Saya menarik balik sokongan ini kerana
ingin menjaga kepentingan orang Melayu. Saya telah mengarahkan
(Menteri Besar Johor) untuk memberitahu sultan Perak, Selangor,
Negeri Sembilan dan Kedah mengenainya”
Orang Melayu membuat bantahan melalui akhbar Majlis,
Utusan Melayu, dan Warta Negara.
Majlis merupakan akhbar yang mula-mula menyeru orang
Melayu supaya menentang Malayan Union. Akhbar Majlis turut
menyeru Orang Melayu supaya berusaha mewujudkan sebuah
kerajaan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat yang
ditadbir oleh anak tempatan.
Pada 12 Oktober 1945, Utusan Melayu telah menyeru supaya
Raja-raja Melayu memikirkan kesannya jika Malayan Union
tidak ditentang.
Pada 14 November 1945, Warta Negara memuatkan berita
yang menggesa orang Melayu supaya menentang pelaksanaan
Malayan Union.
Demonstrasi
secara
aman

Kaum Persatuan-
wanita persatuan
Melayu
LANGKAH KOLEKTIF
ORANG MELAYU
MENENTANG
MALAYAN UNION

Rapat Kongres
umum Melayu
Membantah cara Sir
TUJUAN Harold MacMichael
DEMONSTRASI mendapat tandatangan
SECARA AMAN raja-raja Melayu

Membantah Malayan
Union yang akan
menghapuskan
kedaulatan negeri-negeri
Melayu
Membantah Malayan
Union yang akan
menghapuskan kedudukan
orang Melayu sebagai
anak negeri
LOKASI KETERLIBATAN

50 000 orang berdemonstrasi mengecam


Alor Setar MacMichael dan menentang Malayan
Union.

Kota Bharu 10 000 orang mengadakan demonstrasi

Orang ramai berkumpul di hadapan


Johor Masjid Sultan Abu Bakar untuk
membantah Malayan Union.
PERSATUAN Ditubuhkan atau dihidupkan
MELAYU semula sebagai alat untuk
menentang Malayan Union
secara berorganisasi

Menghantar telegram
dan surat bantahan
kepada Pejabat Tanah
Jajahan di London

Antaranya ialah:
-Persatuan Melayu Persatuan -persatuan
Terengganu Melayu menolak sama
-Persatuan Kebangsaan sekali pentadbiran
Melayu Selangor. Malayan Union
Kongres Melayu
KONGRES MELAYU PERTAMA
TARIKH 1 hingga 4 Mac 1946
TEMPAT Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
KEHADIRAN 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
PENGERUSI Dato’ Onn Ja’afar
PERASMIAN •Sultan Selangor, Sultan Hishamudin Alam Shah
•Baginda telah menderma sebanyak $5000.
PENCAPAIAN •Bersetuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO)
atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).
• Mendapat sambutan yang hebat.
•Wakil kaum wanita tampil berucap membantah pengenalan Malayan
Union.
•Ucapan seorang wakil kanak-kanak berpesan dengan mengatakan
“Wahai bapa-bapa kami, peliharalah hak-hak kami sementara kami
besar”.
•Pemimpin dan ahli kongres sedar betapa pentingnya bersatu dan
berjuang menentang Malayan Union.
KONGRES MELAYU KE-2

TARIKH 30 hingga 31 Mac 1946

TEMPAT Pejabat akhbar Majlis di Kuala Lumpur.

Sembilan orang wakil daripada persatuan-persatuan negeri


KEHADIRAN
Melayu.

Membantah pengisytiharan Malayan Union yang akan diadakan


TUJUAN
pada 1 April 1946

•Meminta raja-raja Melayu memulaukan majlis pelantikan Sir


Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union.
•Meminta orang Melayu yang dilantik menganggotai sebarang
KEPUTUSAN
majlis pentadbiran Malayan Union memulaukan pelantikan itu.
•Menuntut orang Melayu berkabung selama tujuh hari dengan
melilitkan kain putih pada songkok.
Rapat Umum

Rapat umum diadakan semasa lawatan L.D Gammans dan David


Rees Williams di setiap bandar untuk menunjukkan bantahan
mereka.
Lawatan ahli Parlimen British tersebut diadakan pada bulan Mei
1946 bertujuan untuk melihat sejauh mana Orang Melayu benar-
benar menentang Malayan Union.
Orang Melayu telah berkumpul di Singapura, Johor Bahru, Muar,
Batu Pahat, Rembau, Seremban, Klang, Kuala Lumpur, Ipoh, Alor
Star dan George Town.
Dalam rapat umum ini mereka membawa sepanduk-sepanduk
yang mengutuk Malayan Union dan Sir Harold MacMichael.
Kaum Wanita
TEMPAT NAMA PEJUANG WANITA PERANAN

Batu Pahat Cikgu Zahara Abdullah Berucap menentang Malayan Union.

Halimahton Majid
Berucap dalam perhimpunan kaum
Rembau (pemimpin kaum ibu UMNO,
ibu membantah Malayan Union
Rembau)

Mengetuai bahagian wanita


Datin Puteh Mariah Ibrahim
Perikatan Melayu Perak yang
Rashid
Perak bergabung tenaga dengan kaum
(setiausaha kaum ibu UMNO
lelaki untuk menyokong Kongres
yang pertama)
Melayu pada tahun 1946.
By knowing past event, You will understand future better.

-SYAFIQAH BT SHAMLAN-

You might also like