You are on page 1of 9

BAB 1

TUJUA

Tujuan Perniagaan

Menawarkan Barang dan Perkhidmatan


Tujuan perniagaan adalah untuk menawarkan barang
atau perkhidmatan oleh seorang peniaga atau
organisasi kepada pembeli.
Ini melibatkan aktiviti pembayaran atau pertukaran wang untuk
mendapatkan barang atau perkhidmatan yang dikehendaki oleh pembeli
atau pengguna.

Tujuan Pernigaan

Menawarkan barang
atau perkhidmatan

Bukan bermotifkan
Bermotifkan untung
untung
Terdapat pelbagai jenis perniagaan wujud untuk memenuhi keperluan dan
kehendak individu pelbagai.

Contoh barang dan perkhidmatan yang ditawarkan


Barang Perlindungan Keperluan/Kehenda Perniagaan
k
Nasi lemak Servis hidangan Makanan-keperluan Gerai makanan
asas
Baju Menjahit baju Pakaian baharu Kedai jahit
Produk Rawatan muka Ingin kelihatan cantik Salun
kecantikan kecantikan

DISEDIAKAN OLEH ALLY TEE 1


BAB 1
TUJUA

2. Barang

Barang ialah item yang dapat dilihat, disentuh atau dipegang.


Barang terhasil daripada aktiviti pengeluaran untuk memenuhi
keperluan dan kehendak manusia.

3. Perkhidmatan

Perkhidmatan ialah aktiviti yang dilakukan oleh seorang


atau sekumpulan individu yang memberi manfaat kepada
orang lain.
Antara aktiviti yang terlibat adalah menyumbang tenaga
fizikal dan mental, kemahiran, kepakaran dan
pengalaman.
Perkhidmatan tiada bentuk fizikal. Pembekal perkhidmatan boleh
terlibat dalam aktiviti perniagaan tanpa menyediakan stok.

Gabungan Barang dan Perkhidmatan

Terdapat juga perniagaan yang menawarkan kedua-dua barang dan


perkhidmatan kepada pelanggan.

Contoh:
Jika anda berkunjung kedai kopi, anda dapat membeli ke kedai kopi, anda dapat
membeli barang fizikal, iaitu roti dan kopi, di samping menerima
perkhidmatan dalam bentuk layanan yang diberikan oleh pelayan di premis
tersebut.

DISEDIAKAN OLEH ALLY TEE 2


BAB 1
TUJUA

a) Organisasi Bermotifkan Untung ( OBU)


Organisasi bermotifkan untung terlibat secara langsung dalam aktiviti
pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan dengan objektif
utama, iaitu untuk mendapatkan
keuntungan. Organisasi ini menawarkan
barang dan perkhidmatan yang diperlukan
dan diminta oleh pengguna.

i) Jakel Trading Sdn. Bhd. merupakan


contoh organisasi yang berjaya
membantu melahirkan ramai
usahawan muda dalam industri
tekstil di Malaysia.Kepentingan
Keuntungan kepada Perniagaan
Keuntungan digunakan untuk mengukur tahap prestasi dan
menentukan hala tuju sesebuah perniagaan. Keuntungan juga
penting untuk mengembang dan mamastikan kelangsungan
perniagaan. Tahap keuntungan melambangkan imej perniagaan.
Imej yang tinggi memudahkan pemilik untuk menarik pelaburan
baharu. Di samping itu, keuntungan juga membolehkan sesuatu
organisasi perniagaan menjalankan tanggungjawab sosial dengan
menyumbangkan keuntungan semula kepada masyarakat seperti
membina tempat rekreasi.

b) Organisasi bukan bermotifkan Untung


( OBBU): Organisasi bukan bermotifkan
untung ialah organisasi yang memenuhi
keperluan awam dalam pelbagai bidang
termasuk bidang pendidikan, keagamaaan, sosial
dan budaya. Organiasi ini menyediakan barang
DISEDIAKAN OLEH ALLY TEE 3
BAB 1
TUJUA

dan perkhidmatan untuk membantu golongan kurang berkemampuan,


miskin tegar, gelandangan, orang kelainan upaya, warga tua yang terabai
dan melindungi haiwan yang terbiar.

i) Matlamat Penubuhan Organisasi


Organiasi bukan bermotifkan untung ( OBBU) bermatlamat untuk
meningkatkan penglibatkan sektor awam dalam kegiatan
kemasyarakat. OBBU juga menyediakan ruang dan peluang untuk
semua golongan melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh
membangunkan masyarakat kurang berkemampuan. Contiohnya,
Persatuan Pengguna dan Rumah Anak Yatim.

Pada masa yang sama, OBBU turut membantu golongan yang kurang
berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan seperti
perlindungan, pendidikan, rawatan dan kaunseling.

OBBU juga memastikan nasib setiap insan yang memerlukan bantuan


terus terbela dan terpelihara demi menjamin masa depan yang lebih
baik.

FOMCA
Gabungan Persatuan-persatuan pengguna Malaysia.
Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)


Perkhidmatan Extra miles adalah satu program tanggungjawab sosial
korporat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Telefon bimbit
dibekalkan kepada Community Care Offer ( CCO ) LHDNM bagi
memudahkan semua pembayar cukai mendapat perkhidmatan secara
terus daripada CCO.

DISEDIAKAN OLEH ALLY TEE 4


BAB 1
TUJUA

Rakyat Malaysia perlu bersatu membantu semua insan yang kurang


bernasib baik untuk bersama-sama menikmati hidup yang lebih baik.

ii) Kaedah Perniagaan bagi organisasi Bukan Bermotifkan


Untung
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh organisasi
bukan bermotifkan untung untuk menjalankan perniagaan, iaitu secara
percuma, jualan pada harga di bawah kos.

Secara Percuma
Sesetengah barang dan
perkhidmatan yang disediakan secara percuma oleh organisasi bukan
bermotifkan untung. Barang dan perkhidmatan ini selalunya
disediakan oleh kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Contoh
MERCY
Menyediakan bantuan perubatan serta barang keperluan harian
secara percuma apabila berlaku bencana alam seperti seperti gempa
bumi atau banjir.

Jualan pada Harga Kos


Terdapat
juga barang dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga kos.
Jualan pada harga kos bermakna tiada sebarang keuntungan
diperoleh oleh penjual.
Harga yang dikenakan hanya mencukupi untuk menanggung
kos jualan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan.

DISEDIAKAN OLEH ALLY TEE 5


BAB 1
TUJUA

Jualan Pada Harga di Bawah Kos

Barang atau perkhidmatan yang dijual di bawah harga kos


bermaksud harga yang dikenakan adalah lebih rendah
berbanding dengan kos sebenar untuk menyediakan barang
atau perkhidmatan tersebut. Secara kebiasaan, barang dan
perkhidmatan ini mendapat subsidi daripada pihak kerajaan.
Subsidi yang diberikan bertujuan untuk membantu rakyat yang
kurang berkemampuan.

Contoh, tepung dan gandum.

4. Sifat-sifat usahawan

Kreatif
Berkeupayaan mencipta sesuatu keluaran yang baru.

Inovatif
Berkebolehan mengubah suai dan meningkatkan mutu keluaran.

Berani menghadapi risiko


Berani menghadapi risiko yang munasabah dengan bijak.

Bijak merebut peluang /Berpandangan jauh


Peka dan pandai menilai dan merebut peluang di sekelilingnya.

Rajin dan tekun


Berusaha keras untuk mencapai kejayaan, tidak mudah putus asa, dan
tabah hati

Mempunyai keyakinan diri


Yakin dan tidak ragu-ragu dengan kebolehan yang dimiliki.

Berkebolehan memimpin

DISEDIAKAN OLEH ALLY TEE 6


BAB 1
TUJUA

Berkebolehan memimpin pekerja bawahan untuk menghasilkan kejayaan


dalam perniagaan.

Latihan
1. Lengkapkan rajah di bawah:
Tujuan
Perniaga
an

2. Tujuan perniagaan adalah


____________________________________
oleh __________________________________ kepada
____________.

3. Perniagaan melibatkan _______________________________________


untuk _______________________________ yang _________________
oleh pembeli atau pengguna.
4. Isikanciriciriusahawan.

Ciriciri
1. Berusaha keras untuk mencapai kejayaan, tidak
mudah putus asa, dan tabah hati.
2. Selalu memimpin pekerja bawahan untuk
mencapai kejayaan dalam perniagaan.
3. Dapat mencipta sesuatu keluaran yang baru.
4. Peka dan pandai menilai dan merebut peluang
di sekelilingnya.
5. Tidak ragu-ragu dengan kebolehan yang
dimiliki.
6. Berkebolehan mengubah suai dan
meningkatkan mutu keluaran.
7. Berani menghadapi risiko yang munasabah

DISEDIAKAN OLEH ALLY TEE 7


BAB 1
TUJUA

dengan bijak.

5. Lengkapkan rajah di bawah:


Kaedah bagi
organisasi bukan
bermotifkan
keuntungan

6. Apakahmatlamatpenubuhanorganisasi?

a) ______________________________________________________

b) ______________________________________________________

7. BerikansatucontohNGOdanteranganaktivitinya.
___________________________________________________________
___________________________________________________________

8. Berikansatucontohbarangdijualdibawahkos?___________________

9. Apakahtujuanpenubuhanorganasasibukanbermotifkankeuntungan?
__________________________________________________________

10. Perkhidmatan ialah __________________________________________


______________atau ______________________________________
yang ___________________________________________________.

11.Antara aktiviti yang terlibat adalah _____________________________


DISEDIAKAN OLEH ALLY TEE 8
BAB 1
TUJUA

_________________________________________________________.

12.Perkhidmatan ________________________________. Pembekal


perkhidmatan boleh terlibat dalam aktiviti perniagaan _______________
_____________________________.

DISEDIAKAN OLEH ALLY TEE 9

You might also like