You are on page 1of 5

Modul 4: Kerjaya

Nama : BARKAVI A/P P CHEVEN


No Matrik : A177418

Selain daripada menjadi atlit, bincangkan peluang kerjaya dalam bidang eSukan

Pada era pasca globalisasi ini, kerjaya sukan elektronik semakin berkembang di negara
kita maka sukan elektronik atau dalam erti kata yang lain, kerjaya e-sukan, merangkumi
berpotensi untuk menjadi karier yang mempunyai pendapatan lumayan dengan hanya
bermain permainan secara kompetitif. Mungkin beberapa dekad lalu, ramai pihak
beranggapan bahawa permainan video ini hanya sebagai hobi sesoarang namun
perkembangan dunia masa kini sudah mengubah perkara tersebut secara keseluruhan dan
menjadikan sukan elektronik atau e-Sport sebagai salah satu kerjaya yang menjanjikan
pulangan pendapatan lumayan. Lebih-lebih lagi, platform media sosial popular iaitu
Facebook (FB) menyediakan ruang untuk penstriman (streaming) permainan dan kaedah itu
juga membuka peluang kepada pemain untuk menjana pendapatan menerusi mekanisme
kiriman bintang.

Oleh sebab itu, kerjaya baharu itu boleh digilap bagi membuka ruang kepada pencari
kerja terutama dalam kalangan lepasan universiti supaya memahirkan diri dengan kerjaya
baharu ini untuk mencari sumber pendapatan. Hakikatnya, walaupun industri sukan
elektronik begitu berkembang di negara barat sehingga berjaya melahirkan atlit bertaraf
profesional bergelar jutawan, namun situasinya berbeza di Malaysia walaupun ia semakin
diminati.

Salah satu Menteri Malaysia juga memberitahu bahawa "Secara rekodnya dalam
perspektif sukan ini di peringkat antarabangsa, hadiah bebentuk wang terkumpul bagi
pemenang sudah melangkaui jumlah wang tunai yang ditawarkan dalam sukan golf.
"Sebelum ini, kita tahu bahawa sukan golf dikelaskan sebagai sukan 'jutawan' namun hasil
perkembangan digital itu membuka ruang kepada sukan elektronik mengambil 'takhta'
berkenaan. "Jika kita lihat secara keseluruhannya pula, ramai atlit sukan elektronik ini sudah
bergelar jutawan di peringkat antarabangsa dan segmen sukan ini mempunyai potensi yang
sangat besar untuk dijadikan profesion masa depan," katanya.
Beliau juga memberitahu bahawa bidang berkenaan adalah satu kerjaya masa depan yang
menawarkan pendapatan lumayan selain daripada kemahiran pemain. Katanya, jika sukan itu
mampu untuk berkembang sebagai profesion masa depan yang sangat berpotensi, ia
memerlukan satu laluan kerjaya supaya semua peringkat umur di negara ini diberikan
peluang sama. Untuk anda yang masih tidak mengetahui tentang e-Sukan secara umum,
definisi yang senang untuk difahami adalah ‘permainan kompetitif pada tahap profesional
yang melibatkan permainan video’. Ia boleh dimainkan secara perseorangan mahupun dalam
berkumpulan. Ramai yang masih beranggapan e-Sukan hanya tidak memberi sebarang faedah
dan langsung tidak setanding dengan sukan sebenar, tetapi sebaliknya ia penting dalam
membina generasi muda pada masa akan datang.

Bukan itu sahaja, seperti yang ditegaskan oleh Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq
Syed Abdul Rahman, beliau mahu lebih ramai generasi muda di Malaysia mendapat peluang
untuk bertanding dalam e-Sukan di peringkat tinggi sehingga layak bergelar sebagai pemain
profesional serta memberi sokongan penuh kepada program berkaitan dengan e-Sukan di
bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Sejajar dengan harapan beliau dalam
memajukan industri e-Sukan di negara ini, beliau mahu menjadikan Malaysia sebagai hub e-
Sukan di rantau Asia Tenggara dan membangunkan e-stadium atau e-Sukan mall yang boleh
menjana pendapatan serta peluang pekerjaan.

E-Sukan bukan sahaja menumpukan pada pemain profesional yang meraih pendapatan
lebih daripada atlet-atlet sukan, namun akan ada kerjaya-kerjaya lain yang ditawarkan dalam
industri e-Sukan. Misalnya seseorang yang berkelulusan ijazah dalam Seni Reka mempunyai
minat yang mendalam terhadap e-Sukan, dia boleh bekerja dalam industri e-Sukan sebagai
pereka karakter atau pereka permainan (game designer) untuk sebuah permainan e-Sukan.

Begitu juga dengan mereka yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan acara,
pengaturcaraan komputer dan perniagaan, mereka boleh membina kerjaya sebagai pengurus
acara, pemaju perisian permainan (gaming software developer) dan pengurus pembangunan
perniagaan (business development manager) serta kerjaya-kerjaya yang berkait rapat dalam
industri e-Sukan. Dengan mempunyai kelulusan Ijazah dalam pelbagai bidang, mereka
menjadikan Ijazah sebagai platform untuk menyertai industri e-Sukan di mana mereka
mengaitkan e-Sukan dengan kelulusan Ijazah masing-masing.
Memang tidak dinafikan bahawa e-Sukan mempunyai potensi besar dalam memberi
peluang pekerjaan yang cukup besar pada masa hadapan dengan industri menjurus ke arah
Revolusi Perindustrian 4.0 yang berasaskan teknologi selain meningkatkan nilai ekonomi
negara kita. Di Malaysia, perkembangan e-Sukan agak lambat berbanding dengan negara
maju yang lain. Namun begitu, sejak belakangan ini, perkembangan e-Sukan mula mendapat
perhatian. Malaysia mencatatkan sejarah tersendiri apabila membuka pusat e-Sukan yang
tersendiri yang dikenali sebagai The Pantheon yang terletak di The Square, One City USJ.
Pusat e-Sukan ini merupakan pusat e-Sukan bertaraf lima bintang yang dilengkapi dengan
116 buah komputer berserta komponen tinggi zon realiti maya (VR), zon konsol Sony
Playstation 4 (PS4) dan Sony Playstation 5 (PS5) serta simulator kereta.

The Pantheon menetapkan pengunjung yang dibenarkan masuk mestilah berusia 12 tahun
dan ke atas serta larangan masuk buat pengunjung yang memakai pakaian seragam sekolah.
Hal ini bagi memastikan e-Sukan berada pada landasan yang tepat. The Pantheon mula
beroperasi pada pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah malam, pada setiap hari. The Pantheon
juga menawarkan perkhidmatan pada harga yang berpatutan. Sebagai contohnya, pada zon
komputer, pengguna perlu membayar sebanyak RM5 bagi satu jam penggunaan; zon
komputer premium pula, pengguna perlu membayar RM7 bagi satu jam penggunaan; zon
simulasi RM30 bagi satu jam penggunaan; zon realiti maya (VR) sebanyak RM50 bagi 30
minit penggunaan; manakala bagi zon PS4 dan PS5 adalah percuma kepada ahli yang
membuat pembelian makanan dan minuman bernilai RM5 dan ke atas.

Terdapat banyak pengiat e-Sukan di Malaysia yang berjaya dan membuktikan bahawa
permainan video tidak membuang masa dan mampu memberikan keuntungan jika dilakukan
dengan cara yang betul. Antara penggiat e-Sukan yang terkenal ialah Soloz atau dikenali
sebagai Maharaja Soloz dalam kalangan pengikut permainan strim langsung beliau. Nama
sebenar beliau ialah Mohd Faris Zakaria, berusia 27 tahun. Gelaran Maharaja Soloz diberikan
kerana populariti beliau sebagai pemain strim langsung yang mempunyai lebih 2.0 juta
pengikut menerusi aplikasi Facebook Gamming. Bukan itu sahaja, Soloz juga mempunyai
lebih sejuta orang pengikut di Instagram dan juga YouTube miliknya, iaitu Soloz Club. Soloz
mencipta rekod apabila beliau berjaya memecahkan rekod strim langsung tertinggi melebihi
100 ribu penonton, pada 23 Julai 2020. Beliau juga merupakan penerima anugerah Malaysia
Book of Records dan memecahkan rekod peribadi beliau yang dicatatkan sebelumnya. Soloz
juga digelar “Most Watched Creator Malaysia” oleh Facebook Gaming.
E-sukan yang merupakan kegiatan hobi pada hasilnya kini menjadi kerjaya yang boleh
menjana pendapatan. Anak-anak muda yang mempunyai kemahiran bermain permainan
video kini boleh mencari masa depan yang lebih cerah di masa hadapan. Kerjaya e-Sukan ini
tidak memerlukan had umur untuk bergiat aktif di dalamnya. Hal ini dapat dilihat pada gaya
hidup atlet-atlet e-Sukan yang terhadulu. Selain menjadi atlet terdapat pelbagai kerjaya yang
boleh dilakukan. Antaranya ialah pereka konten, pengurus acara di dalam setiap
pertandingan, penyunting video, dan sebagainya. Kesemua bidang tersebut memerlukan
kemahiran yang tersendiri. Bagi saya, kerjaya yang dapat memberi hasil pendapatan yang
tinggi adalah pereka konten, pengurus acara dan pengurus kumpulan.

Pertamanya adalah pereka konten. Pereka konten ialah orang yang bermain permainan
video secara langsung dan menyebarkannya supaya dapat dilihat oleh penonton
menggunakan platform-platform tertentu. Oleh itu, para pereka konten perlu mengetahui cara
untuk menarik minat penonton-penonton dengan bijak. Kebanyakkan Pereka-pereka konten
juga merupakan atlet-atlet dan bekas atlet e-sukan. Ada juga selebriti-selebriti terkenal yang
menyertai komuniti e-Sukan untuk mengisi masa lapang mereka. Antaranya platform-
platform yang digunakan oleh kebanyakan mereka ialah Youtube, Facebook, Twitch, Nima
TV dan lain-lain. Kerjaya ini mendapat sambutan yang sangat baik dan kini menuggu trend
satu dunia. Inilah alasan mengapa e-Sukan dianggap sebagai salah satu kerjaya yang
berpotensi pada zaman ini. Sudah tentu juga untuk menjadi pereka-pereka konten mestilah
mematuhi peraturan-peraturan (guidelines) yang ditetapkan oleh pihak penyelia platform
yang digunakan oleh mereka. Sekiranya mereka tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut,
mereka akan dilarang daripada terus bersiar secara langsung di platform itu.

Kerjaya yang kedua pula adalah pengurus acara. Bidang pengurusan mestilah lengkap
secara manyeluruh. Hal ini kerana sedikit kesilapan di dalam bidang ini akan memberi kesan
terhadap keseluruhan acara e-Sukan. Pihak e-Sukan akan mengambil pekerja baharu
mengikut prosedur-prosedu yang tertentu seperti kursus praktikal untuk belajar tentang cara-
cara menguruskan hal-hal berkaitan dengan acara e-Sukan yang akan dipertandingkan, Dan
sudah tentu, gaji yang diperuntukkan bagi setiap pekerja relevan megikut tugas masing-
masing. Individu yang mahu bekerjaya di dalam bidang ini mestilah mempunyai kelayakan
tertentu untuk memastikan kerja-kerja pengurusan acara e-Sukan sentiasa di dalam kondisi
yang terbaik.
Kerjaya yang ketiga pula adalah pengurusan kumpulan. Pengurusan kumpulan
memainkan peranan yang penting di dalam kerjaya e-Sukan. Dalam menguruskan kumpulan
atau pasukan, pengurus mestilah professional dan bersungguh-sungguh supaya dapat
memberikan impak yang positif dalam sesebuah organisasi tersebut. Komponent pengurusan
kumpulan adalah Producer dan CEO (Developer), Head Coach (Development Coach), dan
Manager (Chief, Logistics, Marketing). Sekian, terima kasih.

You might also like