You are on page 1of 15

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan


terima kasih saya kepada Pn Nur Maliza guru Pendidikan Jasmani Dan
Kesihatan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua
sekolah, Tn HJ Abd Rahman Bin Selamat yang telah memberikan kebenaran
untuk saya menyiapkan folio ini.

Ribuan terima kasih lagi sekali saya ucapkan kepada kedua ibu bapa
saya yang telah memberikan dorongan dan bantuan serta tunjuk ajar kepada
saya ketika melaksanakan tugasan ini.

Akhir sekali , tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan
sekelas yang turut membantu dan sudi berkongsi maklumat yang berkaitan
dengan‘Kesukanan’.

1
PENDAHULUAN
Definisi Sukan Menurut Wikipedia
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan
sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.
Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai
sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.
Takrifan sukan
Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat
khabar,dan televisyen diberikan kepada sukan. Sukan dapat juga menjadi sumber
pendapatan.
Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat
kegunaan umum istilah tersebut.
Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:
 Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.
 Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
Definisi Olahraga
Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. Ia merangkumi beberapa
acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semula jadi seperti
berlari, melompat dan membaling.
Bentuk awal olahraga yang dikelolakan secara tersusun telah dikenali berlaku
pada zaman klasikal terutamanya Sukan Olimpik Kuno. Sepertimana kita tahu, olahraga
bermula dari sukan Olimpik pertama di Athens dalam tahun 1896 dan kewujudan IIAF
(Pertubuhan Olahraga Amatur Kebangsaan) dalam tahun 1912. Sejak itu, program
olahraga telah diubahsuaikan dan diperkembangkan secara berterusan. Olahraga
merupakan elemen yang paling penting dalam Sukan Olimpik Moden.
Ia dipraktikkan di semua negara kerana nilai pendidikannya dan peranannya
dalam peningkatan keadaan fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan
untuk prestasi optimum dalam sukan lain. Tambahan pula ia menawarkan peluang
kepada penyelidik untuk mengkaji pergerakan manusia.

2
1.0 Ciri-ciri semangat kesukanan
Semangat kesukanan menggambarkan aspirasi atau etos yang aktiviti sukan itu
akan dinikmati semata-mata kerananya tetapi selalunya tekanan pertandingan,
kejayaan individu, atau pengenalan pada teknologi akan menyebabkan perkara yang
sebaliknya berlaku pada peserta. Dengan kata lain, dalam sesuatu pertandingan,
kekalahan akan menyebabkan rasa kecewa dan kesedihan.
Penggiat sukan rekreasi selalunya akan mendapatkan pengiktirafan sebagai satu
jenis sukan daripada persatuan sukan seperti Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
(IOC) atau dengan mewujudkan badan penyelaras mereka sendiri. Dengan ini, sukan
berubah daripada aktiviti rekreasi kepada sukan yang lebih formal. Contoh sukan yang
baru muncul ialah berbasikal BMX, meluncur dan sebagainya.

2.0 Cara memupuk semangat kesukanan

Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal
inidemikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada
masyarakatdan negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang
sukan perlulahmemainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua pihak
seperti ibu bapa.Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan moral, sudah
pasti matlamatuntuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai iaitu seperti
peribahasa Melayu, di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan
. Dengan cara itu, nama negarakita akan dikenali dan digeruni di peringkat
antarabangsa melalui kejayaan atlet negaradalam bidang sukan.
Dunia semakin canggih, taraf hidup masyarakat semakin meningkat dan hal ini
menuntut rakyat saling bersaing bagi membuktikan keunggulan masing-masing setelah
lima dekad menghirup udara kemerdekaan demi mengharumkan nama negara tercinta.
Remaja memainkan peranan utama bagi membuktikan keupayaan mereka mendepani
realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang dalam mengetengahkan
semangat kesukanan sebagai asas pembentukan masyarakat sakinah dan membenam
budaya hedonistik yang tidak berfaedah. Kesedaran remaja amat diperlukan agar dapat
menyerlahkan potensi dan bakat mereka dalam bidang sukan yang mampu membina

3
kekuatan dan sahsiah diri. Dunia memandang tinggi terhadap pencapaian generasi
muda yang aktif bersukan menerusi penganjuran Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan
Sukan SEA yang cukup berprestij bagi melahirkan atlet pelapis yang berwibawa.
Remaja tidak harus menafikan bahawa mereka memikul peranan yang cukup besar
untuk meningkatkan imej negara di mata dunia. Lihatlah hari ini Malaysia cukup
berbangga dengan lahirnya permata negara seperti Datuk Lee Chong Wei, jaguh
badminton negara dan Pandalela Rinong, perenang wanita negara yang seharusnya
dijadikan ikon oleh para remaja untuk berkecimpung dalam lapangan sukan yang
ternyata banyak manfaatnya. Negara juga bertuah memiliki sebutir bintang bernama
Datuk Nicol Ann David yang kini gah merangkul gelaran Ratu Skuasy Dunia. Rekod
kejayaan cemerlang para atlet negara perlu dijadikan sebagai motivasi dan pembakar
semangat remaja agar lebih meminati aktiviti sukan di samping usaha kental yang
mungkin dapat menjadikannya laluan kerjaya suatu hari nanti kerana kalau
tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Peranan seterusnya dalam memupuk remaja meminati sukan digalas oleh pihak
sekolah yang seyogianya memastikan semua pelajar menyertai aktiviti sukan dan
kokurikulum di sekolah. Meskipun dasar 1Murid 1Sukan diwajibkan di semua sekolah,
namun pihak sekolah harus membimbing pelajar-pelajar memenuhi impian agar tiada
pelajar yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Pihak sekolah harus
membetulkan tanggapan pelajar yang masih terbelenggu dengan cara berfikir yang
sempit bahawa aktiviti sukan kononnya hanya untuk atlet sekolah dan mereka yang
bercita-cita untuk menceburi bidang sukan sahaja serta mengganggu tumpuan
pembelajaran.
Guru-guru juga sewajarnya menjalankan obligasi dengan mendedahkan
kepentingan bersukan seperti menyertai Kelab Hoki, Kelab Olahraga dan sebagainya
bagi keperluan 10 peratus markah kemasukan pelajar ke universiti. Pelajar-pelajar
harus diterapkan hakikat bahawa kelulusan akademik semata-mata bukanlah tiket
jaminan untuk mereka berjaya menempatkan diri di menara gading jika tidak
diseimbangkan dengan kecemerlangan dalam arena sukan. Tindakan tegas juga
haruslah diambil oleh guru-guru penasihat sekiranya para pelajar gagal menghadirkan
diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah tanpa mengemukakan alasan yang

4
munasabah. Oleh yang demikian, kesedaran terhadap kepentingan penglibatan para
pelajar perlu dibajai kembali oleh pihak sekolah demi membangunkan generasi yang
berketrampilan, bersahsiah mulia, dan berilmu.

3.0 Kebaikan dan keburukan Komersialisme


Komersialisme dalam sukan boleh dikatakan sebagai sebuah perniagaan yang
berasaskan barangan, kepakaran dan perkhidmatan sukan. Sekarang ini sukan dilihat
sebagai satu aset komersial yang berpotensi untuk berkembang maju di negara kita.
Walaupun negara-negara maju seperti USA, Britain dan sebagainya sudah lama
menjadikan sukan sebagai satu perniagaan, tetapi kita di Malaysia yang masih agak
ketinggalan mesti melihat sudut itu sebagai satu PELUANG BESAR kepada kita.
Salah satu aspek komersialisme dalam sukan ialah perkhidmatan sukan yang
sangat menguntungkan. Perkhidmatan sukan maksudnya ialah sebarang aktiviti yang
membolehkan individu atau kumpulan melakukan atau menggunakan sesuatu
perkhidmatan yang disediakan atau ditawarkan dengan bayaran tertentu. Sebagai
contohnya pusat-pusat kecergasan (gymnasium), gelanggang FUTSAL, Pusat Bowling,
Pusat Snooker/Pool, Pusat Persendirian Sukan dan Rekreasi dan sebagainya.
Oleh kerana di negara kita khususnya negeri Sabah masih agak baru dalam aktiviti
perniagaan seperti ini, kita mempunyai peluang yang besar untuk menceburkan diri
dalam perniagaan ini di tempat kita berada. Modal yang diperlukan walaupun agak
besar tetapi jikalau ada kesungguhan dan keazaman serta sedikit pengetahuan, kita
sebenarnya boleh berjaya lebih-lebih lagi apabila pihak kerajaan mula mengkaji dasar

5
baru dalam sukan yang akan menjadikan sukan satu industri.
Satu contoh idea peluang perniagaan dalam bidang sukan yang boleh direalisasikan
ialah menubuhkan Syarikat/Pusat Persendirian Sukan dan Rekreasi sendiri. Dengan
kata lain syarikat atau pusat yang ditubuhkan itu berperanan sebagai penjana
pembangunan sukan secara swasta atau persendirian di sesuatu tempat di mana kita
berada. Pusat tersebut boleh berperanan untuk menganjurkan sebarang aktiviti sukan
dan rekreasi sama ada dengan kerjasama syarikat-syarikat yang menjadi penaja.
Sebagai contohnya, pusat itu menganjurkan klinik bola sepak, badminton dan
sebagainya dengan mengenakan bayaran. Melalui pusat/syarikat itu juga kita boleh
menjalankan pelbagai aktiviti hiliran lain seperti menjual produk berkaitan dengan sukan
dan sebagainya.

POSITIF NEGATIF
KOMERSIALISME
DALAM SUKAN -
PERNIAGAAN
BERASASKAN BARANGAN,
KEPAKARAN DAN
PERKHIDMATAN SUKAN

FAKTOR KESAN
PENDORONG PENGLIBATAN

6
4.0 Cara-cara mengatasi keganasan dalam sukan

Mendisiplinkan
Atlet Dengan
Sikap Yang Betul

CARA-CARA
Ceramah MENGATASI
Memisahkan
KEGANASAN
Motivasi Penyokong
DALAM
Pasukan
SUKAN

Mempromosikan
Acara Sukan
Sebagai Aktiviti
Keluarga

7
5.0 Jenis-jenis kerjaya dalam sukan

5.1 DEFINISI
 Kerjaya dalam sukan merupakan salah satu bidang yang dilapangi oleh
pengamal-pengamal ilmu sukan untuk memberikan kepakaran dan ilmu
pengetahuan yang ada demi memajukan industry sukan Negara dan pengamal
ini dibayar gaji atau elaun mengikut kepakaran yang ada pada mereka.

8
5.2 BIDANG KERJAYA
 Pelbagai bidang kerjaya dalam sukan
 Dari sudut pemikiran orang awam, skop kerjaya sukan hanya melibatkan kejurulatihan
dan cikgu sukan sahaja
 Di Malaysia, bidang kerja sukan tidak diisi atau dipenuhi oleh pengamal-pengamal ilmu
sains sukan
 Manakala di Eropah atau negara maju, bidang kerjaya sukan ini merupakan salah satu
bidang yang mendapat kedudukan( ranking ) yang tinggi
 Tidak ramai penuntut sains sukan di Malaysia yang berjaya menceburkan diri dan
berkhidmat untuk badan-badan sukan
 Walau bagaimana pun, terkini bidang sukan di Malaysia telah mula dipandang dan
diberi perhatian

6.0 PELUANG KERJAYA DALAM SUKAN

Bidang sukan boleh dijadikan sebagai salah satu karier buat belia dengan penglibatan
mereka secara aktif sebagai atlet ataupun sebagai pentadbir di bahagian pengurusan.
Sukan mampu memberikan pendapatan yang lumayan setimpal dengan tahap
pencapaian mereka. Sebagai contoh, pemain bola sepak di peringkat antarabangsa,
bahkan di peringkat negeri pun sudah lumayan pendapatan mereka. Ia bergantung
kepada tahap kemampuan mereka dalam sesuatu perlawanan. Ini kerana, kemenangan
yang diperolehi mampu memberikan kesan yang besar terhadap sukan juga kepada
pasukan yang diwakili. Di Malaysia prospek kerjaya sukan masih dipandang remeh
kerana sumber pendapatan yang rendah berbanding di negara luar.

9
7.0 CONTOH ISU-ISU DALAM SUKAN

8.0 10 SUKAN POPULAR MALAYSIA DALAM RANKING DUNIA

10. Bola sepak


9. Futsal
8. Bola keranjang
7. Ragbi
6. Kriket
5. Bola jarring
4. Hoki
3. Badminton
2. Skuash
1. Sepak takraw

10
9.0 PERANAN JAWATAN KUASA PASUKAN PERSATUAN DAN KELAB SUKAN

1.Menentukan objektif sukan tercapai


2.Merancang aktiviti sukan sekolah jangka pendek/panjang
3.Mengenalpasti T.O.V dan merancang aktiviti sukan
4.Merancang aktiviti peningkatan dan penglibatan pelajar dalam sukan
5.Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada
disekolah
6.Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan
7.Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi
menjamin keselamatan, kelicinan, dan kelancaran pelaksanaan.
8.Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Pengetua atau
wakilnya
 Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta
pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan kokurikulum.

 Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli


Jawatankuasa dalam kalangan murid.

 Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan


difailkan.

 Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan yang perlu dipatuhi oleh


ahli-ahli.

 Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung


dalam Perlembagaan.

 Memastikan aktiviti selaras dengan visi,misi, objektif dan matlamat


KPM dan sekolah.

 Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.

11
 Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Unit
Beruniform dan Persatuan.

 Mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dan


Sarana Ibubapa.

 Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar


dalam unit beruniform dan persatuan.

 Memastikan aktiviti yang dirancang berjalan mengikut jadual yang


ditetapkan.

 Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.

 Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit


yang diwakili.

 Memastikan undang-undang berkaitan unit beruniform dan persatuan


dipatuhi.

 Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim


kokurikulum sekolah, PPD dan JPN.

 Menganjurkan pertandingan kokurikulum antara Rumah Sukan atau


kelas di peringkat sekolah.

 Mengurus penyertaan murid-murid dalam kegiatan di peringkat sekolah


/ kawasan / daerah / negeri dalam pertandingan , lawatan atau projek
yang dijalankan.

 Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan


luar.

12
10.0 PROSES PENUBUHAN PERSATUAN DAN PERMAINAN

Bagi menubuhkan persatuan, maka berikut adalah beberapa garis panduan yang wajar
diikuti.

A. Langkah Awal Penubuhan Persatuan

1. Mendapatkan maklumat asas dengan cara:


2. Menyediakan kertas cadangan atau kertas kerja penubuhan persatuan dan
mengatur perjumpaan tidak rasmi dengan rakan-rakan atau ahli-ahli yang bakal
menganggotai persatuan yang akan ditubuhkan nanti. Antara butir utama yang perlu
ada dalam kertas cadangan penubuhan persatuan tersebut ialah:

3. Selepas perbincangan dengan semua pihak, penggerak persatuan boleh


menubuhkan ahli jawatankuasa penaja serta menjelaskan tugas-tugas mereka.

4. Menyediakan draf perlembagaan dan seterusnya mengatur persediaan


mesyuarat agung penubuhan. Antara persediaan awal tersebut ialah:
5. Menyusun tugas dan aktiviti majlis perasmian yang merangkumi perkara-perkara
berikut:
7. Setelah mesyuarat tamat, setiausaha hendaklah berhubung dengan pihak
Pendaftaran Pertubuhan untuk mendapatkan kelulusan pendaftaran persatuan tersebut.
Sebelum membuat pendaftaran, setiausaha hendaklah menyediakan dokumen yang
diperlukan (sila rujuk nota pendaftaran).

13
11. HURAIKAN SEMANGAT KESUKANAN PENONTON DAN KERJAYA PASUKAN
NEGARA

14
RUJUKAN

1. Buku Teks PJK Tingkatan 3, Dewan Bahasa Dan Pustaka.


2. Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan, OUM.
3. Pusat Perkembangan Kurikulum. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, Kuala Lumpur.
4. https://www.scribd.com/upload-
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan
6. https://www.scribd.com/presentation/38288777/PSIKOLOGI-SUKAN

15

You might also like