You are on page 1of 15

.Kebaikan Sukan kepada rakyat dan negara?

Pelbagai pihak melihat sukan sebagai satu aktiviti yang baik

kepada masyarakat kita.
Huraikan kebaikan sukan?

Sukan dilihat sebagai satu aktiviti sihat yang berupaya

mengeluarkan peluh apabila dilaksanakan secara kerap.Contoh
aktiviti sukan itu meliputi acara larian, bola sepak, badminton, hoki,
dan bola jaring yang menjadi kegilaan masyarakat kita.
Sebenarnya, banyak manfaat yang timbul apabila sukan menjadi
sebahagian daripada aktiviti harian rakyat jelata.

Kelebihan melakukan acara sukan ialah badan ahli masyarakat kita

akan menjadi semakin sihat untuk melakukan aktiviti harian. Kajian
sudah membuktikan bahawa semua acara sukan melibatkan
penghasilan peluh yang turut membuang toksik badan bersama-
sama melepaskan tekanan yang dialami oleh individu itu. Lantaran
itu, masyarakat yang kerap melaksanakan aktiviti sukan akan
memiliki kesihatan yang terpelihara sepanjang masa.

Selain itu, sukan juga dikatakan berupaya untuk memupuk

perasaan perpaduan sesama rakyat yang berbilang bangsa itu.
Interaksi sesama individu akan berlaku kerana sukan memerlukan
setiap ahli untuk bekerjasama melaksanakan aktiviti tersebut.
Maka, perpaduan antara kaum boleh dicapai menerusi penglibatan
setiap ahli masyarakat kita dalam acara sukan yang begitu mudah
lagi menarik itu.

Tambahan pula, sukan juga berupaya untuk menjana

perkembangan ekonomi negara ini menerusi pembinaan lebih
banyak kemudahan sukan seperti stadium. Kos yang tinggi
memang diperlukan untuk pembinaan stadium tetapi pembinaan ini
juga boleh menjadikan aktiviti ekonomi sampingan berkembang
bersama-sama peluang kerja. Sesungguhnya, ekonomi negara
akan menjadi lebih rancak pertumbuhannya kerana masyarakat kita
begitu meminati acara sukan itu.
Imej negara akan bertambah baik apabila sukan menjadi kegilaan
penduduk tempatan. Masyarakat luar menganggap negara yang
berjaya dalam sebarang acara sukan memiliki satu keunikan yang
tersendiri pula. Jadi, kita hendaklah melakukan acara sukan ini
supaya negara kita mencapai kejayaan dalam pertandingan
antarabangsa yang meninggikan imej penduduk negara ini pula.

Kesimpulannya, semua impak positif penglibatan acara sukan ini

memang benar-benar berlaku. Semua pihak terutama rakyat
hendaklah bekerjasama untuk melibatkan diri mereka dalam
sebarang acara sukan yang diminati itu. Slogan badan sihat otak
cergas membuktikan bahawa sukan boleh membawa banyak
faedah kepada masyarakat semua

aedah-faedah melibatkan diri dalam aktiviti sukan

Posted in Artikel, Untuk guru dan pelajar by MAB

Pada tahun 2011, kerajaan telah memperkenalkan program 1Murid 1Sukan untuk
memastikan semua murid terlibat dalam bidang sukan. Huraikan pendapat anda tentang
faedah-faedah melibatkan diri dalam aktiviti  sukan dalam kalangan murid.

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang
dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi
masa lapang atau untuk beriadah. Pada tahun yang lalu kerajaan telah memperkenalkan dasar
1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak
popular kini ialah seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan
sebagainya. Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam
aktiviti  bersukan?

Antara faedah bersukan kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Hal ini
dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti
mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan
yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa,
rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya.  Oleh itu, secara tidak
langsung sukan juga turuk membentuk disiplin murid tersebut.

Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini
dikatakan demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan
badan. Misalnya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang sudah banyak berpeluh.
Oleh itu murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan
rakan-rakannya yang tidak bersukan
Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk
mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut
akan menentukan masa yang sesuai untuk  memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa
untuknya  belajar.  Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada
jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan
juga berjaya dalam pelajaran.

Di samping itu, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal
ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara
rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong
Wei  tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pinggat emas dalam sukan Olimpik
baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif.

Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka
dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam
bidang sukan tidak berminat bermain ‘computer game’ dan tidak akan menghabiskan
masanya untuk berplesiran di pusat beli-belah, menonton televisyen, dan seumpamanya. Oleh
itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.

Intihanya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawafaedah
kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk
bersukan di sekolah. Ibu bapa  pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu
juga dengan guru-guru mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan. 
Saya percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan
negara yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya
hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’.

Latihan 1

Kenal pasti perkara yang berikut;

1. Pendahuluan- Definisi tema soalan, huraian dan contoh, dan kehendak soalan.
2. Perenggan isi 1 hingga 5 – idea utama,  huraian idea utama (5W1H), contoh untuk
menjelaskan idea dan ayat penegasan / pendirian terhadap idea yang diutarakan.
3. Kesimpulan – rumusan idea, ayat cadangan dan harapan serta ungkapan yang menarik 

Latihan 2

Berpandukan karangan contoh di atas tulis  karangan yang berikut:

Pada masa masa ini, penggunaan laman sosial di internet amat popular dalam kalangan
pelajar di Malaysia. Huraikan pendapat anda tentang keburukan terlampau aktif
melayari  laman sosial kepada para pelajar.

CONTOH KARANGAN BERKAITAN SUKAN

Contoh 1.

Karangan SPM Langkah-langkah untuk Memajukan Mutu Sukan Negara Malaysia 

 Mutu sukan negara sudah jauh berubah berbanding dengan era 60an atau 70an.Pelbagai
pihak mula mempamerkan rasa tidak senang mereka dengan situasi sebegini.

Huraikan tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk memajukan sukan di negara ini.

Sukan di negara ini mengalami zaman kemelesetan yang begitu ketara kerana tiada lagi
kejayaan yang diraih seperti awa tahun 50-an, 60-an atau 80-an. Keadaan ini telah
menimbulkan rungutan pelbagai pihak terutama peminat sukan di negara ini. Media massa
pula asyik mengeluarkan pelbagai teori dan langkah untuk menangani masalah sukan di
negara ini tanpa hasil jua. Jelaslah, ada pelbagai tindakan drastik yang boleh dilakukan oleh
semua pihak.

Sudah pasti perubahan minda masyarakat harus berlaku terutama persepsi mereka terhadap
sukan. Anggapan bahawa sukan tidak memberi apa-apa kesan atau tiada prospek ekonomi
harus dikikis dengan segera. Sukan sama juga seperti kerjaya lain jika dilakukan dengan
betul, sistematik dan tabah berupaya menyumbangkan sumber kewangan yang lumayan
kepada penggamalnya. Oleh itu, perubahan paradigma masyarakat hendaklah berubah selaras
dengan perubahan zaman yang mengutamakan sukan di peringkat global.

Selain itu, kerajaan harus memberikan ganjaran yang setimpal kepada ahli sukan yang
berjaya di dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Sumbangan dalam
bentuk kewangan atau pemberian latihan berupaya menyuntik semangat baru kepada ahli
sukan untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik lagi. Pemberian insentif ini juga
memberi satu harapan kepada golongan muda terutama kanak-kanak untuk mempunyai
impian menjadi ahli sukan dan menerima ganjaran itu. Jadi, ganjaran kepada ahli sukan
perlulah wujud dan usahlah kita menganggap pemberian ganjaran ini tidak penting dalam
pembangunan sukan negara.

Jika kita mahu memiliki kelompok ahli sukan yang ramai dan baik, sudah pasti pembinaan
kemudahan sukan ditingkatkan. Pembinaan stadium, gelanggang dan padang menjadikan
acara sukan lebih mudah dan murah untuk disertai oleh masyarakat di negara ini. Keadaan ini
menyebabkan kemahiran asas dalam sesuatu asas sukan itu sudah dimiliki oleh masyarakat di
negara ini dan hanya perlu digilap sahaja oleh jurulatih negara apabila tiba masanya.
Sesungguhnya, pembinaan kemudahan sukan menjamin negara memiliki satu kelompok ahli
sukan yang berwibawa.

Tambahan pula, negara boleh menganjurkan kejohanan sukan bertaraf dunia di negara ini.
Penganjuran sukan sebegini memberi peluang kepada ahli sukan negara untuk bersaing
dengan ahli-ahli sukan dunia yang sememangnya lebih baik. Persaingan yang hebat ini
menjadikan ahli sukan kita lebih fokus dan menyedari kelemahan serta mampu meningkatkan
kualiti diri mereka sejajar dengan pengalaman yang diperoleh. Maka, lebih banyak
penganjuran acara sukan dunia di negara ini, semakin bertambahlah mutu ahli sukan kita.

Bagaimana dengan juruatih? Sudah pasti pengambilan jurulatih berpengalaman terutama dari
negara luar berupaya menyuntik teknik baru kepada latihan ahli sukan kita. Jurulatih asing
yang berpengalaman ini mampu melihat kelemahan dan mengatasi kelemahan ahli sukan kita
dengan pantas kerana mereka berpengalaman. Dalam masa yang sama jurulatih asing ini
boleh membuat program untuk melatih jurulatih tempatan atau berkongsi pengalaman dengan
mereka untuk merangka satu sistem latihan yang baik. Jadi, jurulatih asing boleh membawa
perubahan drastik terhadap mutu sukan kita.

Konklusinya, mutu sukan di negara ini boleh berubah. Cuma kegagalan persatuan-persatuan
sukan untuk melihat secara positif dan masalah konflik dalaman persatuan yang
menyebabkan mutu sukan kita terus menjunam. Masyarakat sudah muak dengan alasan demi
alasan yang diberikan setiap kali ahli sukan kita mengalami kekalahan. Sikap 'menuding jari'
membuktikan betapa kita banyak menyalahkan orang lain tanpa mahu berubah. 

 Contoh 2.

Sebagai wartawan sebuah majalah sukan, anda ditugaskan untuk menulis rencana yang
bertajuk “Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara”.
Tulis rencana itu selengkapnya.
Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara
Oleh: Mohd Shahir Mohd Shah
Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala
Asia (AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia
baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu
belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan
sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada
peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif
dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika
bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran “jaguh kampung?” Ataupun atlet
kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun
pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk
meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat “duduk sama rendah dan berdiri sama
tinggi” dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.
Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak
jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan
persatuan-persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-
persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM),
dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara
“sebulat suara” ini, sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari
pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi,
menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah “dianak tirikan” oleh mereka.
Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku,
mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, Perdana Menteri, Datuk
Seri Abdulah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan
jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani
oleh individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak
dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang
bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, bak kata pepatah,
“hanya jauhari yang mengenal manikam”.
Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas
baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran
negara pada peringkat antarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah
menyediakan peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program
pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut
Sukan Negara (ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti
kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini,
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman pernah menegur tentang cara pemakanan
para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang
dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola
sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan
program-program berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita
terus ketandusan para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada
1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus gagal membentuk sebuah pasukan
kebangsaan yang mampu memecah penguasaan China dan Indonesia dalam arena badminton.
Biarpun munculnya “gandingan emas”, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, namun
kegagalan pasukan negara dalam Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu menterjemahkan
segala-galanya. Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus
berusaha. Dengan pengemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinya “sinar di hujung
terowong” dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita.
Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa
secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan
persembahan serta menyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang sebenarnya.
Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika
digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah
pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan
secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan
mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian ratu squasy negara,
Nicole Ann David sehingga membolehkan beliau berada pada kedudukan teratas senarai
pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-putus dalam
pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan
tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, “seperti melepaskan batuk di tangga”.
Sebaliknya ia menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan para
atlet, pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air.
Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan
kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar
dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun,
seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada
salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun
Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia
2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat
semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan
akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah “pengayuh
sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan”, terserah kepada kita untuk merealisasikan
impian 26 juta rakyat Malaysia. “Majulah sukan untuk negara!”

Contoh 3.
Peranan ibu bapa untuk menggilap bakat anak-anak dalam bidang sukan.
Huraikan pendapat anda.
  Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian
kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita.
Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan
yang berkesan dengan kerjasama semua pihak seperti ibu bapa. Sekiranya ibu bapa
memberikan galakan dan sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang
sukan di negara kita akan tercapai iaitu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan
cara itu, nama negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui
kejayaan atlet negara dalam bidang sukan.
       Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan galakan
dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak mereka. Sekiranya anak-anak
memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat
untuk bersukan. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka
pakaian, kasut dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-anak
mereka seperti raket badminton, squash dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-anak
dapat dikembangkan sekiranya peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka. Seterusnya,
mereka diharapkan dapat melakar kemenangan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah,
daerah, negeri dan negara.

       Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang
sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa
mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini demikian kerana,
aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan badan. Di samping itu, anak-anak yang
berbakat dan berminat dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan
lebih aktif untuk mencipta kejayaan yang cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah
dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan nama
negara di persada dunia.

       Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-
anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara itu, anak-
anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan tersebut. Mereka juga
boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding
dalam sesuatu acara sukan atau permainan. Sudah tentulah perkara ini akan memberikan
kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam
sesuatu permainan iaitu, tinggi gunung, tinggi lagi harapan kami. Seterusnya, mereka akan
berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

       Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh
mereka. Hal ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk menceburkan diri
dalam bidang sukan dengan serius. Mereka juga akan mendapat maklumat atau
perkembangan terkini dalam bidang sukan menerusi majalah-majalah sukan tersebut. Selain
itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah sukan tersebut
akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi
ahli sukan yang berjaya.

       Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam usaha untuk
menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah diberikan kesedaran supaya
memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan
di negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik
semata-mata dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka. Kita mahu
agar kecemerlangan akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu
negara kita maju dalam bidang sukan. Perkara ini akan menjadi realiti jika pepatah,
"genggam bara api biar sampai jadi arang" sentiasa menjadi amalan dalam diri setiap orang
yang ingin akan kejayaan.

Contoh 4
 Mengembalikan Kegemilangan Sukan Negara Menuntut Komitmen yang Lebih
Oleh: Khairul Aisyam Hidayat

“Pasukan bola sepak antara kontinjen yang akan pulang awal dari Sukan Asia di Doha”.
Kenyataan tersebut adalah sebahagian daripada reaksi mudah terhadap kelemahan pasukan
bola sepak negara di persada antarabangsa. Berdasarkan ranking FIFA, pasukan bola sepak
Malaysia berada di tangga ke-159. Tangga corot tersebut membuktikan bahawa ngauman
bola sepak negara semakin tidak bertaring dan tidak berkuku. Jika dalam dekad 70-an dan 80-
an, Malaysia sering digeruni sebagai pasukan terkuat di Asia, kini segala-galanya telah
berlalu. Sebenarnya, badi yang mula menimpa pasukan bola sepak kebangsaan itu mula
mererbak kepada beberapa pasukan sukan yang lain seperti, olahraga, renang, dan badminton
juga. Gergasi baru seperti Korea Selatan, Jepun dan Arab Saudi telah mencuri kehebatan
Malaysia. Kemerosotan pasukan negara itu hendaklah dilihat dalam pelbagai perspektif di
samping mewujudkan usaha-usaha tersusun mengembalikan maruah sukan tanah air.

Secara rambang, banyak pihak berpendapat bahawa para pemain Malaysia kini sudah tidak
patriotik lagi. Mereka bermain untuk pasukan negara sekadar “melepaskan batuk di tangga “.
Mereka lebih mengutamakan kepentingan diri mengatsi kepentingan negara. Oleh itu, usaha
mengembalikan semangat keramat tersebut perlu dijalankan. Banyak pihak yang mencuba
membanding-bandingkan para pemain dalam dekad 70-an dan 80-an seperti Shukur Salleh,
Datuk Soh Chin Aun, Santokh Singh, dan Allahyarham Mokhtar Dahari dalam sukan bola
sepak. Begitu jugak kehebatan seperti Rabuan Pit, Marina Chin, Datuk Dr. M. Jegathesan,
dan Junaidah Aman dalam sukan olahraga. Jika hendak dikatakan kita tidak memiliki
kekuatan, barisan nama seperti yang disebutkan tadi sudah membuktikan bahawa Malaysia
tidak kurang hebatnya di persada antarabangsa. Namun demikian, sejak akhir-akhir ini
semangat melonjakkan nama negara melalui sukan semakin pudar dalam kalangan atlet. Malu
dengan hakikat yang terpaksa ditelan apabila pasukan negara sentiasa menjadi pasukan
belasahan, justeru Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak seharusnya duduk diam dalam
perkara ini. Pihak terbabit dan termasuk juga persatuan-persatuan sukan hendaklah
menerapkan unsur patriotik yang kukuh agar keyakinan atlet dapat ditingkatkan dan mutu
sukan negara dapat diletakkan pada landasan yang sepatutnya.

Mengambil contoh pasukan bola sepak kebangsaan, krisis dalaman dalam badan induk
pasukan negara itu turut juga menyumbang masalah hingga menurunnya reputasi pasukan
negara. Para pengendali dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dikatakan terlalu kebal
terhadap segala teguran dan komen yang dilemparkan. Selain itu, insiden perebutan jawatan
yang berlaku dalam organisasi ini turut menggugat reputasi bola sepak tanah air. Sebagai
akibatnya, tiada perubahan ke arah mempertingkatkan mutu pasukan. Oleh hal yang
demikian, usaha perlu dilakukan oleh persatuan sukan dan pihak KBS dalam menyelesaikan
masalah dalaman yang dihadapi oleh kebanyakan persatuan sukan yang banyak
mempengaruhi prestasi atlet di bawah naungannya.

Sebagai kementerian yang berkuasa penuh terhadap kemajuan sukan negara, KBS wajar
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kemerosotan tersebut. Jika dibandingkan dengan
jumlah ongkos yang dibelanjakan, prestasi yang ditunjukkan amat mengecewakan sekali.
Oleh itu, kementerian hendaklah lebih bertegas dengan menggubal suatu dasar baru yang
lebih komprehensif tentang matlamt dan hala tuju sukan negara. Bukan sumber kewangan
yang banyak sahaja disuntik ke dalam organisasi sukan, sebaliknya prestasi pasukan dan
pemain perlu diutamakan. Keluhan banyak pihak tentang kebajikan pegawai dan orang kuat
persatuan lebih istimewa dan terjaga daripada pemain sendiri hendaklah dipandang serius.
Sikap melebihkan mangkuk daripada sudu seperti itu hanya boleh memudarkan semangat
juang para peserta sahaja. Seandainya parut dan kudis seperti ini berjaya dikesan tidak
mungkin tiada satu pun pasukan negara yang gagal menyerlah di peringkat antarabangsa.

Selain itu, faktor stamina dan skil yang tidak seimbang dalam kalangan atlet Malaysia turut
menyumbang kelemahan pasukan. Berbanding dengan pasukan-pasukan elit dunia, keyakinan
atlet kita cepat luntur apabila percubaan demi percubaan dapat dipatahkan dengan mudah
oleh pasukan lawan. Dalam bidang sukan tidak dinafikan lagi ketahanan fizikal dan skil
merupakan modal besar jika mahu berjaya. Oleh hal yang demikian, KBS dan persatuan-
persatuan sukan mestilah lebih dinamik dalam merancang pembangunan kemahiran dan
stamina atlet. Justeru, untuk menyelesaikannya maka pemilihan jurulatih hendaklah bersifat
jangka panjang dan pelbagai. Tidak mungkin seseorang jurulatih mampu melatih semua
aspek kemahiran dalam tempoh yang tertentu. Selain untuk meningkatkan kemahiran atlet,
pihak KBS hendaklah lebih banyak menubuhkan akademi sukan yang dapat membentuk
pelatih pelapis. Dalam menangani masalah ini, kita perlulah berpegang pada peribahasa
“sediakan payung sebelu hujan”.

Selain itu, usaha mencungkil bakat-bakat baru wajar dilaksanakan oleh KBS dan persatuan
sukan tanah air. Hakikatnya, sikap suka bergantung pada seorang dua yang menyerlah tidak
boleh dijadikan sandaran. Hal ini demikian kerana bidang sukan sememangnya tidak dapat
lari daripada diburu usia dan kudrat yang makin terhad. Oleh itu langkah pasukan MyTeam
yang berusaha mencari bakat baru dalam pasukan bola sepak harus menjadi inspirasi kepada
pasukan sukan yang lain untuk melaksanakan pelbagai pendekatan bagi mencari bakat-bakat
baru. Pelbagai usaha boleh dilakukan jika kita sentiasa memikirkan usaha tersebut sebagai
suatu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Daripada memikirkan perkara yang
mewah-mewah, pihak yang terbabit dalam bidang ini hendaklah turun padang untuk
mencungkil bakat sukan yang masih bertaburan di serata pelosok negara.

Selaras dengan era profesional, para atlet hendaklah mempunyai wawasan sendiri untuk
mencapai tahap tertinggi. Inspirasi yang ditunjukkan oleh jaguh-jaguh dunia seperti
Ronaldhinho, Tiger Wood, Michael Schumacher, Fernando Alonso, dan sebagainya
hendaklah menjadi cabaran besar kepada mereka. Di negara kita sendiri, beberapa personaliti
sukan seperti Shalin Zulkifli dan Nicol Ann David boleh dijadikan ikon atlet yang berjaya.
Kejayaan mereka yang banyak ditunjangi oleh daya usaha sendiri dan sokongan keluarga
mereka wajar dijadikan contoh. Dalam hal ini, persatuan-persatuan sukan perlulah berusaha
memberikan motivasi dan sokongan kepada atlet untuk berjaya dalam bidang masing-masing.
Walau sehebat mana latihan yang diberikan, walau sebanyak mana dana yang diperuntukkan,
tetapi jika atlet tidak mempunyai wawasan untuk mencapai tahap yang tertinggi, maka usaha
untuk memulihkan mutu sukan negara tidak akan tercapai. Oleh itu, segala-galanya terletak
pada kesungguhan untuk mengharumkan nama negara bak kata pepatah “hendak seribu daya,
tidak mahu seribu dalih”.

Sesungguhnya kita yakin, prestasi sukan negara tidaklah seburuk seperti yang
dipersembahkan sekarang. Masih ada ruang yang boleh diperbaik untuk mengembalikan imej
Malaysia di persada antarabangsa terutama dalam beberapa acara sukan yang tertentu.
Semuanya hendaklah bermula secara terancang seperti “mengaji daripada alif, membilang
daripada esa, kata berpangkal, dan hujan berpokok” 

Contoh 4.
Pada tahun 2011, kerajaan telah memperkenalkan program 1Murid 1Sukan untuk
memastikan semua murid terlibat dalam bidang sukan. Huraikan pendapat anda tentang
faedah-faedah melibatkan diri dalam aktiviti  sukan dalam kalangan murid.
Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang
dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi
masa lapang atau untuk beriadah. Pada tahun yang lalu kerajaan telah memperkenalkan dasar
1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak
popular kini ialah seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan
sebagainya. Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam
aktiviti  bersukan?
Antara faedah bersukan kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Hal ini
dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti
mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan
yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa,
rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya.  Oleh itu, secara tidak
langsung sukan juga turuk membentuk disiplin murid tersebut.
Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini
dikatakan demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan
badan. Misalnya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang sudah banyak berpeluh.
Oleh itu murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan
rakan-rakannya yang tidak bersukan
Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk
mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut
akan menentukan masa yang sesuai untuk  memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa
untuknya  belajar.  Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada
jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan
juga berjaya dalam pelajaran.
Di samping itu, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal
ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara
rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong
Wei  tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pinggat emas dalam sukan Olimpik
baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif.
Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka
dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam
bidang sukan tidak berminat bermain ‘computer game’ dan tidak akan menghabiskan
masanya untuk berplesiran di pusat beli-belah, menonton televisyen, dan seumpamanya. Oleh
itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.
Intihanya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawafaedah
kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk
bersukan di sekolah. Ibu bapa  pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu
juga dengan guru-guru mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan. 
Saya percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan
negara yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya
hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’.
Karangan di atas disedut daripada blog. guru bahasa Melayu. Terima kasih.
Soalan: Bincangkan kepentingan sukan kepada murid-murid.  

Kepentingan Sukan kepada Murid 

Sukan merupakan aktiviti yang wajib bagi setiap sekolah. Setiap tahun,
sekolah-sekolah akan sibuk mengadakan hari sukan. Hal ini membuktikan
sukan sangat penting kepada murid-murid.

Aktiviti sukan sangat baik untuk kecergasan murid-murid. Murid-murid

dapat mengeluarkan peluh dan dapat melakukan aktiviti bersukan dengan
teknik yang betul. Apabila badan cergas, pasti murid-murid dapat
menimba ilmu dengan baik.

Selain itu, bersukan juga dapat meredakan tekanan belajar. Apabila

murid-murid menyertai aktiviti bersukan, mereka akan melupakan
pelajaran buat seketika dan mapu mengelak diri mereka daripada
menghadapi tekanan belajar.

Aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan antara murid. Mereka

akan mendapat ramai kawan dan hubungan juga lebih akrab. Contohnya
denganm menyertai pertandingan sukan, semangat berkumpulan dan
saling bekerjasama untuk merangkul kemenangan akan lebih membara.

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh mencungkil bakat-bakat baharu

dalam bidang sukan. Bakat-bakat ini perlu digilap untuk mewakili sekolah
ke peringkat daerah seterusnya ke peringkat negeri. Secara tidak
langsung, akativiti sukan juga dapat mengharumkan nama sekolah ke
seluruh Negara.

Kesimpulannya, sukan sangat penting kepada murid-murid untuk

mencapai kecemerlangan dalam kokurikulum mahupun kurikulum. Pihak
sekolah dan PIBG haruslah berganding bahu menyokong aktiviti sukan
agar mencapai matlamatnya. 

Faedah-Faedah Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Sukan

Soalan : Pada tahun 2011, kerajaan telah memperkenalkan program 1Murid

1Sukan untuk memastikan semua murid terlibat dalam bidang sukan. Huraikan
pendapat anda tentang faedah-faedah melibatkan diri dalam aktiviti 
sukan dalam kalangan murid.

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau

ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan,
hiburan atau untuk mengisi masa lapang dan beriadah. Pada tahun yang lalu,
kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari
kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah
seperti olahraga, renang, bola sepak, tenis, badminton dan skuasy. Persoalannya
apakah faedah jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti 
bersukan?

Faedah bersukan yang utama kepada murid ialah sukan dapat

meningkatkan disiplin. Hal ini demikian kerana individu yang ingin berjaya
dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal
diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya, setiap pemain
dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok
dan mematuhi arahan jurulatih.  Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turut
membentuk disiplin murid tersebut.

Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang

murid yang sihat. Hal ini demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan
tulang serta menyihatkan badan. Misalanya, seseorang murid yang bersukan
pada setiap petang akan membakar lemak berlebihan dalam badan. Oleh itu,
murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding
dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan.
Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik
untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya kerana masa itu emas. Hal ini
dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai
untuk  memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya  belajar. 
Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual
latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam
sukan juga berjaya dalam pelajaran.

Faedah berikutnya, sukan juga membentuk

murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian
kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan
berkeyakinan tinggi serta tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee
Chong Wei  tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pingat emas dalam
sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan murid
yang berfikiran positif.

Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa
lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana
biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain
permainan komputer dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berpeleseran
di pusat beli-belah, menonton televisyen dan berbual-bual kosong. Oleh itu,
sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.

Izharnya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak

membawa faedah kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan
banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah. Ibu bapa pula patut
menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga dengan guru-guru perlu
melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan.  Saya percaya dengan
adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan negara yang
akan menyerlah di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya
sekadar hangat-hangat tahi ayam.

You might also like