You are on page 1of 4

http://noorazmanmahat.blogspot.my/2014/07/karangan-spm-2014kebaikan-sukan-kepada.

html

Karangan SPM 2014....Kebaikan Sukan kepada individu, masyarakat dan negara?

Sukan merupakan satu aktiviti riadah yang paling sesuai dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat
negara ini. Antara jenis sukan itu meliputi bola sepak, acara larian, badminton, hoki, dan bola tampar
yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia tersebut. Media massa di negara ini juga sering
menyiarkan siaran langsung sebarang acara sukan yang menarik perhatian masyarakat untuk
ditonton itu. Sebenarnya, sukan ini membawa banyak faedah kepada individu, masyarakat, dan
negara secara tersirat.

Impak positif penglibatan sukan kepada individu ini ialah diri mereka akan berasa puas dapat
melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Kepuasan ini tercapai kerana sebarang aktiviti sukan itu
memerlukan tumpuan tenaga yang banyak lalu menjadikan individu tersebut menikmati suasana
kehidupan yang bermakna selepas selesai melakukan sukan tertentu itu. Lama-kelamaan kepuasaan
ini membawa keyakinan diri seseorang itu menjadi lebih tinggi sehingga mampu menyelesaikan
pelbagai cabaran hidupnya dengan mudah. Ringkasnya, acara sukan membawa kehidupan manusia
itu lebih bermatlamat dan fokus untuk meneruskan kehidupan harian mereka.

Selain itu, golongan yang sering bersukan boleh memperoleh kebaikan daripada aspek kesihatan diri
mereka pula. Sebarang aktiviti sukan pasti akan membawa seseorang itu berpeluh lalu banyak toksik
badan akan dilepaskan dengan lancar. Apabila semua toksik badan dibuang secara baik sudah pasti
sistem badan akan berjalan dengan tersusun sehingga menyukarkan sebarang penyakit berbahaya
berlaku. Akibatnya, masyarakat di negara ini tidak akan menghabiskan wang mereka untuk kos
rawatan di hospital itu kerana tidak mengalami penyakit kronik seperti diabetes, jantung, dan
kerosakan buah pinggang.

Kajian juga membuktikan bahawa perpaduan masyarakat boleh dipupuk menerusi acara sukan yang
diadakan tersebut. Konsep perpaduan ini dicapai kerana kejayaan atau kegagalan pasukan
kebangsaan dalam sebarang acara sukan turut dirasai oleh masyarakat tanpa mengira keturunan itu.
Situasi ini mendidik masyarakat erti menikmati sesuatu baik dalam bentuk positif atau negatif secara
bersama-sama sehingga tercetusnya perpaduan antara kaum tersebut. Lantaran itu, semua cabaran
negara akan lebih mudah diharungi kerana rakyat memiliki rasa kekitaan yang mendalam hasil
daripada aktiviti sukan yang murni itu.

Tambahan pula, sebarang acara sukan yang diadakan atau dianjurkan oleh sesebuah negara itu bakal
menjana pertumbuhan ekonomi negara juga. Usaha menganjurkan acara sukan bertaraf dunia
seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia bola sepak memerlukan pembinaan stadium serta kemudahan
awam lainnya terutamanya pengangkutan awam. Aktiviti sebegini memerlukan sejumlah modal yang
besar untuk membawa semua projek ini berjalan lancar sehingga menjadikan perniagaan sampingan
turut berkembang. Sesungguhnya, aktiviti sukan yang diadakan apabila dirancang dengan teliti boleh
memajukan sektor ekonomi negara dengan begitu mudah.

Kesimpulannya, semua kebaikan sukan tadi memang boleh terserlah apabila sukan dimajukan
dengan sebaik mungkin. Semua pihak terutama ibu bapa perlulah memberikan sokongan apabila
anak mereka ingin terlibat dalam sesuatu acara sukan itu. Tanpa disedari sukan itu boleh
menghasilkan pelbagai kebaikan yang berguna untuk individu, masyarakat, dan negara. Slogan
majulah sukan untuk negara harus dipegang oleh setiap lapisan insan Malaysia jika kita mahu acara
sukan ini terus mendat tempat dalam jiwa rakyat.
Faedah-faedah melibatkan diri dalam aktiviti sukan

posted in Artikel, Untuk guru dan pelajar by MAB

Pada tahun 2011, kerajaan telah memperkenalkan program 1Murid 1Sukan untuk memastikan
semua murid terlibat dalam bidang sukan. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah
melibatkan diri dalam aktiviti sukan dalam kalangan murid.

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang
dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa
lapang atau untuk beriadah. Pada tahun yang lalu kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid
1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah
seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan sebagainya. Persoalannya
apakah faedahnya jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti bersukan?

Antara faedah bersukan kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Hal ini
dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin
yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya
setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan
mematuhi arahan jurulatihnya. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turuk membentuk disiplin
murid tersebut.

Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini dikatakan
demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalnya,
seseorang murid yang bersukan pada setiap petang sudah banyak berpeluh. Oleh itu murid yang
aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang
tidak bersukan

Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa
dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang
sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya,
seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar.
Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.

Di samping itu, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini
dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan
berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak
berputus asa walaupun gagal meraih pinggat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu,
sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif.

Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih
bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak
berminat bermain ‘computer game’ dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berplesiran di
pusat beli-belah, menonton televisyen, dan seumpamanya. Oleh itu, sudah pasti mereka akan
menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.

Intihanya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawafaedah kepada
murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah.
Ibu bapa pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga dengan guru-guru
mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan. Saya percaya dengan adanya
kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah di peringkat
antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’
Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang
atausebagai riadah kecil mengeluarkan peluh.Mutakhir ini ,pemodenan sukan bergerak
seiring dengankemajuan dunia dan membawa falsafah yang lebih berat. Pertumbuhan
pelbagai bidang sukan yangrancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan profesional.
Penglibatan masyarakat dalam bidangsukan juga telah banyak membawa manfaat. Ironinya,
penglibatan masyarakat dalam bidang sukandapat menunaikan pelbagai hasrat bukan
sekadar pertarungan di gelanggang sahaja. Persoalannya,apakah faedah-faedah bersukan
kepada maasyarakat?
Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu
mengekalkankesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak
menggunakan tenagadalaman dan pemikiran.Golongan profesional dan separa profesional
dalam membangunkan negarasering kali terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana
kekurangan waktu untuk tujuan tersebut.Kesibukan semua lapisan masyarakat ini
membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental.Penglibatan golongan kanak-kanak ,
remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapatmenyelesaikan pelbagai
masalah kesihatan. Kegiatan sukan merupakan langkah awal seperti katapepatah “sediakan
payung sebelum hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darahtinggi,
diabetis dan penyakit jantung. Kegiatan sukan juga dapat membantu mereka yang
telahmenghidap penyakit untuk kembali pulih. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan
juga mampumenangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental.
Sesungguhnya kegiatan sukandapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak
yang berlebihan dalam salur darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan membuang sisa-
sisa yang tidak diperlukan oleh badan.Tegasnya, penglibatan dalam bidang sukan merupakan
usaha efektif dalam melahirkan masyarakat yang sihat.
Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang. Masa lapang sebenarnya
amat berharga bagi setiap individu atau masyarakat. Seseorang yang melibatkan diri dalam bidang
sukan juga adalah satu cara mengisi masa lapang dengan berfaedah. Masa itu emas , walaupun
hanya ada beberapa minit, masa itu sangat berharga .Masa lapang ini sangat bermanfaat
jika digunakan untuk bersukan bagi mengembalikan tenaga dan melegakan ketegangan
. Bagi golongan remaja pula,penglibatan dalam bidang sukan dapat menghindarkan diri daripada
melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral , vandalisme dan membuang masa sia-sia seperti
melepak , merokok dan terlibatdalam pengambilan dadah. Sukan dapat menarik masyarakat ke
arah memanfaatkan masa lapangdengan cara yang lebih baik. Kesan yang jelas ialah
sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakatdan melangkah gagah dengan yakin ke
peringkat antatabangsa walaupun melalui ranjaupidana dunia persaingan hari ini.
Sesungguhnya sukan dapat mendisiplinkan masyarakatmemanfaatkan masa dengan lebih
bermakna.
Di samping itu, sukan merupakan salah satu instrumen penting untuk mengeratkan
hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal ini demikian kerana, kegiatan sukan
dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat
bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan
kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu,
hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukanyang kuat.
Para penyokongjuga dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum disamping
berkongsi minat dalam sukan yang sama. Dengan ini, nilai-nilai
perpaduanseperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan pasuk
an melebihi kepentingandiri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan.
Justeru , kegiatan sukan dapatmendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta
mengeratkan hubungan.
Akhir sekali, sukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan pendapatan secarai
ndividu dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap kemahiran profesional boleh menjadikan
sukansebagai kerjaya yang lumayan. Penganjuran dan pengusaha peralatan dan prasarana
sukan jugamampu menjana pendapatan yang besar. Serentak dengan kegiatan sukan secara
serius diperingkat glokal dan global mampu menjana keuntungan melalui kadar tukaran
wang asing. Seiringdengan itu, industri hiliran muncul bersama perkembangan sukan yang
diceburi. Kemajuan sukanmenampakkan hala tuju anak muda yang berkebolehan
mengembangkan bakat dan potensimenjadikan sukan sebagai kerjaya masa depan mereka.
Pemain bola sepak secara professional,pemain badminton seperti Datuk Lee Chong Wei dan
Shalin Zulkifli masing-masing menjadikan badminton dan bowling sebagai kerjaya. Jelaslah
sukan juga dapat menjadi kerjaya yang baru kepadamasyarakat.

Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai faedah


kepadamasyarakat.Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai semua
jenis sukan.Sukan diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu,
berdaya maju dan berdayasaing. Sukan juga mampu mengangkat martabat rakyat dan
negara di persada antarabangsa agarmampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
dengan Negara maju yang lain. Sesungguhnya ,sukan berfaedah kepada individu,
masyarakat dan negara. Tegasnya, kegiatan sukan wajardigalakkan kepada semua lapisan
masyarakat

You might also like