You are on page 1of 8

UNIT 6 : RIADAH ( TINGKATAN 4)

BAHAGIAN A

[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada aktiviti riadah yang sering


dilakukan oleh rakyat negara kita.
Huraikan pendapat anda tentang faedah aktiviti riadah Panjangnya huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

AKTIVITI RIADAH

Menyihatkan tubuh badan Mengukuhkan perpaduan kaum

Mengeratkan hubungan antara ahli keluarga

Atau guna grafik berikut kerana grafik berwarna tidak jelas sekiranya direzo
UNIT 6 : RIADAH ( TINGKATAN 4)

BAHAGIAN A

[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada aktiviti riadah yang sering


dilakukan oleh rakyat negara kita.
Huraikan pendapat anda tentang faedah aktiviti riadah Panjangnya huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

AKTIVITI RIADAH

Menyihatkan tubuh badan Hubungan antara ahli keluarga

Perpaduan kaum

SKEMA JAWAPAN:
Pendahuluan
 Aktiviti riadah merupakan aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat pada waktu
senggang mereka
 Terdapat pelbagai aktiviti riadah yang sering dilakukan.
 Namun, jika dilihat pada era globalisasi ini, aktiviti riadah semakin terhapus
dalam kalangan anggota masyarakat
 terlalu sibuk dengan urusan seharian mereka
 tidak boleh dipandang enteng.
 Persoalannya....

Isi 1: Menyihatkan tubuh badan


 Apabila bersukan tubuh badan kita akan berpeluh dan perkara ini secara tidak
langsung dapat menyingkirkan garam mineral yang tidak diperlukan oleh
badan kita
 Apabila kita beriadah,kadar lemak yang terkumpul di dalam badan manusia
boleh dikurangkan
 Contohnya, kita boleh berjoging pada waktu lapang,terlibat dalam aktiviti
senamrobik atau berkayak dan sebagainya.
 Jantung dapat mengepam darah dengan lancar. Secara tidak langsung,
pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi
dapat dihindarkan secara total
 Menjadikan kita seorang yang sihat dan aktiviti-aktiviti seharian yang lain
dapat dijalankan dengan sempurna
 Beriadah adalah penting supaya badan kita sihat dan otak kita cerdas bak kata
peribahasa Melayu, badan cergas otak cerdas.
 Oleh itu,kita perlu menjadikan aktiviti riadah sebagai agenda harian agar kesihatan
badan yang hakiki dapat dinikmati kerana mencegah lebih baik daripada merawat.

isi 2: Mengeratkan hubungan antara ahli keluarga


 Aktiviti riadah juga dapat melahirkan sebuah institusi keluarga yang bahagia
 Aktiviti seperti berkelah, anggota keluarga akan berkumpul bersama-sama
terutamanya pada hujung minggu memandangkan ada dalam kalangan
mereka yang sibuk bekerja pada hari-hari biasa
 Medium ke arah pembentukan keluarga sakinah.
 Misalnya, pada hujung minggu, seisi keluarga boleh turun padang untuk melakukan
aktiviti riadah bersama-sama sama ada di taman atau padang.
 Bukan itu sahaja, ahli keluarga boleh berkongsi pandangan ,pendapat dan masalah
sepanjang masa mereka bersama-sama. Dengan itu,setiap ahli keluarga boleh
memahami antara satu sama lain seterusnya merapatkan jurang antara mereka.
 Oleh itu, hubungan kekeluargaan yang erat dapat dilahirkan dengan melakukan
aktiviti riadah.

Isi 4 : Mengukuhkan perpaduan kaum


 Kita acap kali melihat pelbagai aktiviti riadah yang melibatkan penyertaan
pelbagai kaum
 Contohnya aktiviti berkayak,mendaki gunung dan meluncur.
 Kondisi ini akan memanifestasikan elemen kesepakatan dalam kumpulan
masing-masing.
 Hubungan silaturahim dapat dieratkan menerusi aktiviti riadah
 Sebilangan besar komuniti masyarakat akan berkumpul
 Proses perkenalan antara masyarakat/komuniti akan berlaku
 Setiap ahli akan bersatu ibarat kata peribahasa Melayu, serumpun bagai
serai,selubang bagai tebu.
 Oleh hal yang demikian,aktiviti riadah yang melibatkan unsur kerjasama ibarat
aur dan tebing.

Kesimpulan
 Mendatangkan pelbagai kemaslahatan kepada kita
 Aktiviti ini wajar diteruskan
 Semua pihak perlu berganding bahu ibarat aur dengan tebing bagi menanamkan
kesedaran dalam diri masyarakat mengenai kepentingan aktiviti riadah
 Melahirkan generasi masa hadapan yang sihat
 Penyumbang kepada kemajuan negara.

[cadangan: sekiranya tajuk ini dijadikan latihan, sila bincangkan. Sekiranya skema jawapan
diedarkan kepada murid mereka akan ada kecenderungan untuk menyalin sahaja semua
maklumat dalam skema tersebut]

UNIT 6 : RIADAH ( TINGKATAN 4)


BAHAGIAN B

[100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya
lebih daripada 350 patah perkataan.

[ Soalan dimensi 1]

Pada zaman yang serba mencabar ini, banyak remaja Malaysia yang gemar dengan
hobi yang mencabar atau lasak.
Pada pendapat anda apakah faedah hobi yang mencabar atau lasak ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Skema Jawapan:

Pendahuluan

 Golongan remaja dan aktiviti lasak memang tidak dapat dipisahkan


 naluri remaja lebih cenderung untuk mencuba pelbagai perkara yang
memberi keseronokan dan mencabar dalam hidup mereka.
 Hobi yang mencabar atau lasak bukan sesuatu yang baru di Malaysia.
 Hobi lasak semakin popular terutama sekali dalam kalangan remaja
 Semakin digemari - contoh: mendaki gunung, payung terjun, go-kart, terjun
bungee dan 'paintball'
 Semuanya mencetuskan rasa teruja dan seronok kepada golongan remaja
yang gemar melakukan aktiviti hobi lasak lagi mencabar.
 faedah-faedah hobi yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas dengan
lebih terperinci.

Isi-isi

Meningkatkan ketahanan fizikal badan


 daya tahan kardiovaskular dapat ditingkatkan.
 dapat meningkatkan imuniti daripada sebarang jangkitan penyakit seperti
demam, selesema dan batuk.
 membantu -melaksanakan aktiviti harian secara efektif kerana badan cergas,
otak cerdas.
 Perlu kekuatan dari dalam diri
 Contoh, mendaki gunung, berkayak,terjun bungee – perlu persediaan fizikal-
lakukan latihan kecergasan
 Aktiviti memanjat dinding dan berjalan atas halangan yang tergantung di
udara dapat membina rasa berani dalam kalangan pengunjung, lebih-lebih
lagi kepada mereka yang mengalami masalah gayat.
 Apabila perasaan yakin dan berani dicetuskan, golongan remaja akan
melakukan kerja atau perkara yang diminati dengan lebih bersungguh-
sungguh dan efisien.
 Selain itu, aktiviti lasak juga dilihat mampu membentuk keperibadian yang
lebih terbuka dan tidak hanya tertumpu pada satu-satu bidang, selain menjadi
medium amalan hidup sihat.

Meningkatkan daya ketahanan mental seseorang
 badan cergas, minda cerdas - jadi seorang yang lebih aktif
 aktiviti lasak boleh meningkatkan keyakinan golongan remaja dalam
membentuk personaliti mereka untuk jangka masa panjang dan melahirkan
modal insan berkelas tinggi untuk negara.
 Ubah diri lebih berani
 Pertama kali mencuba aktiviti lasak, emosinya tidak menentu, rasa takut,
berdebar dan seperti ingin menangis.
 Jika sebelum ini mudah berasa gementar atau gayat berada di tempat tinggi,
masalah itu boleh diatasi menerusi aktiviti lasak yang mengajar bagaimana
untuk mengawal emosi ketika berada di tempat tinggi.
 Namun, keyakinan mental semakin tinggi, malah berani untuk mencuba
sesuatu yang lebih mencabar.
 Menjadi remaja, adalah penting untuk mempunyai keyakinan kerana faktor itu
membantu golongan tersebut membuat pilihan yang bijak, selain tidak mudah
terpengaruh dengan anasir negatif.

Menjalin hubungan kerjasama/ silaturrahim
 terdapat sesetengah aktiviti sukan lasak yang dilakukan secara berpasukan -
memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan dapat melatih teknik
komunikasi sesama ahli kumpulan
 dapat membentuk semangat kerjasama antara satu sama lain dan membina
kepercayaan
 Aktiviti lasak bukan sahaja melibatkan ketinggian, kelajuan dan kekuatan
fizikal semata-mata, malah dikatakan dapat membentuk semangat kerjasama
antara satu sama lain dan membina kepercayaan.
 Sebagai contoh, sekumpulan remaja yang melakukan aktiviti lasak bersama
pasti memerlukan semangat kerjasama bagi memastikan aktiviti yang
dilakukan berjalan lancar dan selamat, sekali gus membuat semua pihak
berpuas hati.
Mengelakkan diri daripada gejala sosial
 kebaikan aktiviti beriadah yang dapat dinikmati ialah menjaga disiplin remaja
dengan mengelakkan remaja daripada terlibat dalam masalah sosial.
 Hal ini demikian kerana masa lapang remaja dapat diisi dengan aktiviti yang
menghiburkan dan menyeronokkan kerana masa itu emas.
 Seandainya masa lapang itu tidak dipenuhi secara bijaksana,remaja akan
terjerumus untuk mendorong diri melakukan aktiviti yang kurang berfaedah
seperti melepak,bermain komputer tanpa batasan dan berbual-bual kosong
ibarat menghitung bulu kambing.
 Dengan melibatkan diri dalam hobi lasak lagi mencabar ini,mereka tidak akan
melakukan aktiviti yang kurang berfaedah kerana telah merasai keseronokan
aktiviti riadah, bak kata peribahasa Melayu sambil menyelam minum air. Oleh
itu, remaja dapat menghindarkan daripada terlibat dalam masalah sosial
dengan melakukan hobi

Mengurangkan stres
 Hobi lasak dan mencabar juga menjadi pemangkin untuk mengurangkan
tekanan dalam diri seseorang.
 Kepenatan,keletihan dan beban kerja yang memberatkan akan menyebabkan
mereka menunjukkan simptom-simptom tekanan seperti mudah
marah,letih,lesu dan tidak bersemangat.
 prestasi - mengalami kemerosotan - mengundang pelbagai impak negatif
 Dengan melakukan hobi lasak dan mencabar- melupakan beban yang
ditanggung dan menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
 Oleh itu, wajarlah hobi lasak dipraktikkan dalam kehidupan kita untuk
mengurangkan tekanan yang dialami.
Penutup

 Golongan remaja merupakan generasi pemangkin negara untuk masa depan


dan sehubungan itu, mereka perlu mempunyai sikap sofistikated, komited dan
efisien.
 Mencabar diri melakukan aktiviti lasak membantu golongan remaja mengenali
kelemahan diri mereka, sekali gus mencipta kesedaran untuk membuat
perubahan ke arah yang lebih baik
 Adalah penting untuk setiap remaja dapat mengenali kelemahan mereka
supaya dapat mengubah diri ke arah yang lebih baik
 Aktiviti lasak merupakan satu daripada kaedah yang terbaik untuk
menampilkan personaliti sebenar remaja lebih-lebih lagi apabila mereka
berdepan dengan situasi takut dan mendebarkan
 Hidup dalam dunia yang serba canggih dan terkini, golongan remaja perlu
bersikap proaktif dalam setiap perkara yang mereka lakukan supaya tidak
ketinggalan dan seiring dengan peredaran zaman
 Hidup dalam dunia yang serba canggih dan terkini, golongan remaja perlu
bersikap proaktif dalam setiap perkara yang mereka lakukan supaya tidak
ketinggalan dan seiring dengan peredaran zaman
 Negara juga menyasarkan untuk melahirkan lebih banyak modal insan kelas
pertama menjelang 2020 dan aktiviti sihat dilihat sebagai satu daripada
pencetus ke arah tersebut

[cadangan: sekiranya tajuk ini dijadikan latihan, sila bincangkan. Sekiranya skema jawapan
diedarkan kepada murid ,mereka akan ada kecenderungan untuk menyalin sahaja semua
maklumat dalam skema tersebut]

Disediakan oleh
AMINAH PM MOHAMED
SMK ABDUL RAHMAN TALIB
TELUK INTAN, PERAK.

You might also like