You are on page 1of 48

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

MALAYSIA
PENGHARGAAN
Cetakan Pertama (Edisi Rintis 2018) Penghasilan buku aktiviti ini melibatkan usaha
©Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia sama antara Kementerian Pengangkutan
Malaysia dengan Kementerian Pendidikan
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan Malaysia. Jabatan Keselamatan Jalan Raya
mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, Malaysia selaku pemilik Projek Semakan dan
ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa- Pembangunan Semula Modul Pendidikan
apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara jua, Keselamatan Jalan Raya (PKJR) mengucapkan
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
rakaman, atau cara lain sebelum mendapat pihak yang telah berusaha dan bekerjasama
izin bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan untuk menyempurnakan penghasilan buku ini.
Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Sekalung penghargaan dan ucapan terima
kasih ditujukan kepada semua yang berikut:
Penerbit:
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Kementerian Pengangkutan Malaysia

Aras 3, Galeria PJH, Jalan P4W, • Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan


Persiaran Perdana, Raya Malaysia
Presint 4, 62100 WP, • Jabatan Pengangkutan Jalan
PUTRAJAYA
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tel : 03-2148 1011
Faks : 03-2148 1969 • Bahagian Pembangunan Kurikulum
Laman Web : http://www.jkjr.gov.my • Bahagian Buku Teks
Laman Sesawang PKJR : www.pkjr.gov.my • Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
• Lembaga Peperiksaan
Reka Letak dan Reka Huruf : • Jabatan Pendidikan Negeri
• Pejabat Pendidikan Daerah
Rising Fusion Sdn Bhd • Institut Pendidikan Guru Malaysia
Muka Taip Teks : Arial • Universiti Putra Malaysia
Saiz Muka Taip Teks : 11 Point • Universiti Kebangsaan Malaysia
• Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Dicetak dan Diedar oleh :
Kementerian Dalam Negeri
Rising Fusion Sdn Bhd (798455-k)
No 21 Jalan PBS 14/13, Taman Perindustrian Polis Diraja Malaysia
Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-5879 9897
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA

Pendidikan keselamatan jalan raya ialah pendidikan berterusan


sepanjang hayat ke arah melahirkan pengguna jalan raya yang
bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran untuk
menghargai nyawa, kesihatan, dan harta. Pembudayaan
keselamatan jalan raya menjadi pemangkin jalan raya yang
berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang
keselamatan jalan raya. Usaha pendidikan keselamatan jalan
raya ini dapat menyumbang ke arah keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
PETUNJUK KEMAHIRAN BAHASA

UTUR
BERT
DAN LIS
E N G A R MENU
MEND

BACA
MEM

RAKAN PKJR

JA R JI T A DA M JUTIM

RANI A LI YA
G

M EI LIN

SENARAI SINGKATAN PETUNJUK BAHAN


PETUNJUK BAHAN BANTU
BANTU MENGAJAR
MENGAJAR
HP : Hasil Pembelajaran
PKJR : Pendidikan Keselamatan
Jalan Raya
KBAT : Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi
Kad Imbasan Poster Video Audio
AKTIVITI TAJUK MUKA SURAT

1 Waspada di Jalan Raya 1


KANDUNGAN

2 Pelihara Jiwa, Hargai Nyawa 3

3 Pandu Cermat Jiwa Selamat 6

4 Kelajuan Membunuh 7

5 Letih? Jangan Memandu 10

6 Jauhi Dadah dan Alkohol 13

7 Dadah dan Alkohol, Perosak Generasi 15

8 Padah Hilang Humpuan 16

9 Kuasa Tali Pinggang Keledar 17

10 Sayangi Keluarga Kita 19

11 Berjalan Dengan Bijak 20

12 Awasi Langkah Anda! 24

13 Anda Cermat, Anda Selamat 26

14 Prosedur Dipatuhi Penunggang Selamat 28

15 Risiko Melibatkan Penunggang Motosikal 30

16 Pastikan Anda Dilihat 32

17 Hargai Orang Sekeliling 34

18 Jadilah Penumpang Berhemah 36

Glosari 38
AKTIVITI 1
A
Waspada di Jalan Raya

A Dengar rakaman berita tentang kemalangan yang melibatkan pengguna jalan raya.

Berita Hari Ini ISNIN, 20 MAC

Dua Murid Maut

Korban
Jalan
*Gambar sekadar hiasan
Gelap
Pejalan Kaki Mati Dirempuh
Lintasan Maut KEMALANGAN MOTOSIKAL
MENINGKAT

*Gambar sekadar hiasan *Gambar sekadar hiasan

HP
PKJR 1.1.2 1
B Berdasarkan rakaman berita, dengar, catat dan sampaikan maklumat yang
diperoleh.

Pejalan penunggang penunggang


kaki basikal motosikal

HP
1.1.2 PKJR
2
AKTIVITI 2

Pelihara Jiwa, Hargai Nyawa

A Baca petikan berita di bawah dan senaraikan faktor kemalangan jalan raya.

Kempen Keselamatan Jalan Raya Mesti Berterusan


Penunggang Berisiko Maut
Ayat topik :
KUALA LUMPUR, 6 MAC - Remaja antara golongan paling berisiko terlibat dalam kemalangan
jalan raya kerana kurang kemahiran dari segi teori dan praktikal dalam mengendalikan motosikal.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Dato’ Dr. Tam Weng Wah berkata,
menurut kajian Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), 60 peratus kes kematian yang
dicatatkan setiap tahun melibatkan golongan muda atau yang gemar bermotosikal. “Kebanyakan
penunggang motosikal yang terdiri daripada golongan remaja didapati kurang mahir dalam
mengendalikan motosikal kerana segelintir daripada mereka tidak mempunyai lesen memandu
yang sah. Mereka juga tidak pernah menjalani latihan pemanduan atau penunggangan dengan
Ayat huraian :
betul bawah penyeliaan pengajar di institut latihan memandu,” katanya dalam ucapan Kempen
Advokasi Keselamatan Jalan Raya di Kolej Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini hari ini.

Beliau juga berkata selain faktor manusia dan sikap, punca utama kematian bagi
penunggang dan pembonceng motosikal adalah disebabkan kecederaan serius di bahagian
kepala. “Topi keledar yang dipakai mesti mempunyai piawaian Standard Malaysia dan mesti
2
dikancing dengan sempurna. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat banyak kes kemalangan
menunjukkan topi keledar tidak dikancing dengan sempurna akan tercabut semasa berlakunya
kemalangan dan menyebabkan kecederaan parah di bahagian kepala serta boleh menyebabkan
maut,” tambahnya lagi.
perenggan :
Beliau meminta ibu bapa lebih bertanggungjawab dengan memantau dan sentiasa
menasihati anak-anak serta golongan muda agar tidak mengabaikan pemakaian topi keledar
walaupun untuk jarak perjalanan yang dekat. Sementara itu, Pengetua Kolej TAR, Datuk Dr. Tan
Chik Heok berkata menurut Organisasi Kesihatan Sedunia, setiap hari lebih daripada 1,000 orang
muda bawah umur 25 tahun terbunuh dalam kemalangan jalan raya di seluruh dunia. Kemalangan
jalan raya adalah antara punca utama kematian di seluruh dunia yang melibatkan mereka yang
berusia 15 hingga 19 tahun. Katanya, pendidikan dan kesedaran keselamatan jalan raya amat
penting disebarkan kepada golongan muda supaya mereka berhati-hati di jalan raya. – Sumber
diubah suai dari BERNAMA
4

HP
PKJR 1.1.3 3
Berdasarkan petikan berita, hasilkan peta minda tentang faktor yang menyebabkan remaja
B terlibat dalam risiko kemalangan jalan raya.

HP
1.1.3 PKJR
4
C Baca petikan di bawah. Nyatakan maklumat baharu yang diperoleh menggunakan teknik ACID.

Kebanyakan penunggang motosikal dalam kalangan remaja tidak mempunyai lesen memandu. Perkara
ini meletakkan mereka dalam keadaan berisiko kerana mereka tidak mengetahui cara dan kemahiran
menunggang motosikal serta tidak tahu akan undang-undang jalan raya yang betul. Selain itu, faktor
kecuaian turut mengakibatkan kemalangan. Remaja sinonim dengan golongan yang menunggang
secara laju sehingga boleh membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain. Penggunaan topi
keledar yang dianggap remeh juga mengakibatkan jumlah kematian dalam kalangan penunggang
motosikal bertambah saban tahun. Dapatan kajian membuktikan bahawa penyebab utama kematian
dalam kalangan penunggang motosikal berpunca daripada kecederaan kepala. Di samping itu,
penyelenggaraan motosikal juga kurang dititikberatkan. Penggunaan lampu hadapan dan belakang
amat penting kepada penunggang motosikal agar kehadiran mereka di jalan raya disedari oleh pengguna
jalan raya yang lain. Kesimpulannya, penunggang motosikal perlulah mengambil berat langkah-langkah
keselamatan sebelum menunggang motosikal.

Kemahiran Berfikir

A
(Setuju)

C
(Mengelirukan)

I
(Menarik)

D
(Tidak Setuju)

HP
PKJR 1.1.3 5
AKTIVITI 3

Pandu Cermat Jiwa Selamat 90

A Baca teks dengan teliti. Tulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan teks
tersebut.

Tahap keselamatan di jalan raya pada masa ini amat membimbangkan. Kebanyakan pemandu
bersikap mementingkan diri sendiri. Mereka memandu kenderaan dengan lajunya dan memotong
kenderaan yang lain dengan sesuka hati tanpa memikirkan akibatnya. Segelintir pemandu suka
memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah. Hal ini kerana masing-masing
ingin cepat sampai ke destinasi yang dituju. Pihak berkuasa pula sering mengingatkan pemandu
supaya tidak memandu dalam keadaan mengantuk. Sewajarnya, mereka perlu berhenti seketika
untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih supaya dapat memberikan tumpuan sepenuhnya
kepada pemanduan.

Pemandu digalakkan membuat persediaan lebih awal supaya perjalanan lebih lancar
dan selamat sampai ke tempat yang dituju, lebih-lebih lagi pada musim perayaan. Oleh itu,
kenderaan perlu diselenggara seperti menghantar kereta ke pusat servis kenderaan agar
kenderaan sentiasa dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan. Sementara
itu, penunggang motosikal perlu menggunakan topi keledar yang menepati piawaian Standard
Malaysia serta mengancing tali topi keledar dengan kemasnya. Tuntasnya, keselamatan di jalan
raya merupakan tanggungjawab semua pengguna jalan raya. Pandu Cermat Jiwa Selamat.
mula

RA

Ayat topik :

1
Ayat huraian :

2
perenggan :
3

5
HP
1.1.4 PKJR
6
Tamat
AKTIVITI 4
A
Kelajuan Membunuh

A Tonton video dan bincangkan kesan kemalangan disebabkan kelajuan. Kemudian,


catatkan dalam peta minda.

1 2

kereta dipandu laju pemandu menambah kelajuan

3 4

motosikal mencelah secara tiba-tiba di laluan kereta kereta hilang kawalan

5 6

pemandu cedera kerosakan dan kematian

HP
PKJR 2.1.2 7
KESAN
KEMALANGAN
DISEBABKAN
KELAJUAN

TAHUKAH 46% peningkatan risiko


kemalangan maut

33%
ANDA? peningkatan risiko
10% peningkatan kecederaan serius
kelajuan boleh peningkatan risiko
menyebabkan:
21% semua kenderaan

Sumber : MIROS HP
2.1.2 PKJR
8
B Tulis ulasan tentang kesan kemalangan disebabkan kelajuan. Panjang ulasan anda
hendaklah antara 80-100 patah perkataan.

HP
PKJR 2.1.2 9
AKTIVITI 5

Letih? Jangan Memandu

A Jelaskan makna rangkai kata yang berwarna merah dengan merujuk kamus.

Kepentingan Tidur dan Gangguan Ritma Sirkadian Terhadap Pemanduan


Tidur yang cukup amat penting bagi setiap orang. Tidur yang nyenyak akan membuatkan
badan berasa segar pada hari berikutnya. Hal ini kerana tidur mempunyai kesan
pemulihan positif terhadap proses fizikal dan mental manusia di samping penting bagi
memperoleh fungsi kognitif yang optimum.
Jika waktu tidur anda tidak teratur, pastinya akan memberikan kesan
negatif terhadap kehidupan seharian. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa
kekurangan waktu tidur bukan sahaja boleh membuatkan tubuh berasa letih malah
boleh menyebabkan hilang tumpuan, kemerosotan ingatan dan seterusnya menjurus
kepada risiko-risiko buruk yang lain seperti insiden kemalangan.
Keperluan untuk tidur berbeza mengikut individu, namun tidur selama lapan
jam sehari merupakan perkara biasa, dan tidur selama tujuh hingga sembilan jam perlu
untuk mendapatkan kesihatan dan kesegaran optimum. Kitaran tidur kita mengikut suatu
proses yang dikenali sebagai ritma sirkadian. Ritma sirkadian ini bertindak sebagai
penggera dalaman badan yang mengawal kitaran 24 jam proses pertumbuhan sel badan.
Secara lazimnya, manusia berjaga pada waktu siang dan tidur pada waktu malam akan
mempunyai ritma sirkadian yang lebih stabil.
Namun, apabila seseorang itu kurang tidur, ritma sirkadian ini akan terganggu.
Contohnya, individu yang kekurangan waktu tidurnya akan sukar memberikan tumpuan
semasa memandu kenderaan kerana mengantuk dan keletihan. Mereka mungkin
tertidur di dalam kenderaan serta sukar melihat dengan jelas sebarang isyarat daripada
pengguna jalan raya yang lain. Individu yang kurang tidur juga tidak stabil emosinya,
cepat panas baran serta cenderung memandu dengan laju. Hal ini boleh membahayakan
diri pemandu dan mengancam nyawa orang lain kerana ingin cepat sampai ke sesuatu
destinasi.
Kesimpulannya, masalah tidur yang tidak mencukupi haruslah dibendung dan
amalan tidur yang sihat perlu dimulakan dalam kehidupan kita. Sudah terbukti, tidur
bukan sahaja aktiviti untuk menghilangkan keletihan, malah memberikan pelbagai
kebaikan untuk kesihatan diri dan kesejahteraan bersama. Oleh itu, kepentingan tidur
yang mencukupi tidak harus diambil ringan. Maka, kita hendaklah menjaga kesihatan diri
dengan mendapatkan tidur yang berkualiti.

HP
2.2.1 PKJR
10
pemulihan positif

MAKSUD
RANGKAI KATA

hilang tumpuan kesegaran optimum

JANGAN

mengancam nyawa tidur yang berkualiti

4X
MEMANDU lebih berisiko
JAM 10
MALAM kemalangan
HINGGA maut
SUBUH

Sumber : MIROS
HP
PKJR 2.2.1 11
B Berdasarkan petikan, lengkapkan peta grafik di bawah.

KESAN
KELETIHAN

GANGGUAN
TIDUR YANG GANGGUAN
KEPADA
TIDAK RITMA
TUBUH
MENCUKUPI SIRKADIAN
MANUSIA

TIP ELAKKAN LETIH


ketika memandu
Berhenti rehat setiap dua jam.
TIP

Berhenti apabila penat atau tukar


pemandu.
Tidur seketika selama 20 minit.
Sentiasa minum air yang mencukupi.
Sumber : MIROS

12
PUNCA KESAN
2.2.1
HP
PKJR
AKTIVITI 6
A
Jauhi Dadah dan Alkohol

A Tonton video dan ceritakan peristiwa yang didengar dan dilihat.

Jangan Jangan Jangan Jangan letakkan


pakai tali berkongsi tali memangku tali pinggang
pinggang pinggang anak di keledar di bawah
keledar yang keledar dengan atas riba. lengan atau di
berpintal anak anda. belakang anda.

2 3 4

5 6

Pe

HP
PKJR 2.3.1 13
B Bincangkan situasi ini di dalam kumpulan.

Sekiranya Sam diberikan peluang kedua dalam hidupnya,


Kemahiran Berfikir
bagaimana kehidupan Sam sekarang?

HP
2.3.1 PKJR
14
AKTIVITI 7
Dadah dan Alkohol: Perosak
A

Generasi

A Dengar rakaman ceramah dan jawab soalan di bawah secara lisan.

1. Apakah tindakan undang-undang yang dikenakan jika memandu


bawah pengaruh alkohol atau dadah?

2. Nyatakan hukuman yang dikenakan sekiranya memandu bawah


pengaruh alkohol atau dadah.

3. Mengapakah pemandu yang melakukan kesalahan bawah pengaruh


alkohol atau dadah boleh dipenjarakan?

an Kemahiran Kemahiran
4. Apakah yang dimaksudkan dengan ujian nafas? Kemahiran

5. Masih ada pemandu yang memandu bawah pengaruh dadah dan


alkohol walaupun terdapat undang-undang berkaitan dengannya.

Bincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran


mengenai kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

ol meningkatkan

ADAKAH
raya Tubuh anda memerlukan masa untuk

618
menghilangkan kesan alkohol
ANDA daripada sistem tubuh. Pengambilan
TAHU ? kopi, makanan atau mandi tidak akan
Kematian mengurangkan tahap kandungan
awah pengaruh alkohol dalam darah anda
ulan April 2015,”

Sumber : www.who.int | think.direct.gov.uk


HP
PKJR 2.3.2 15
AKTIVITI 8

Padah Hilang Tumpuan

A Lakonkan situasi dalam gambar di bawah.

Lakonan situasi Lakonan situasi

TIP ELAKKAN LETIH


ketika memandu SPACE FOR
YOUR IMAGE
Berhenti rehat setiap dua jam.
TIP

Berhenti apabila penat atau tukar


pemandu.
Tidur seketika selama 20 minit.
Sentiasa minum air yang mencukupi.

Lakonan situasi Lakonan situasi

INFO
TSEB
PENTING
ECIRP Tidak menumpukan

2
perhatian
pada jalan raya
selama saat

menggandakan risiko KEMALANGAN
Sumber : roadsafety .transport.nsw.gov.au HP
2.4.2 PKJR
16
AKTIVITI 9

Kuasa Tali Pinggang Keledar

Baca dialog, kemudian catat maklumat tentang undang-undang pemakaian tali


A pinggang keledar dalam peta minda yang disediakan.

Encik Akmal baru sahaja mengambil anaknya, Hidayah dari sekolah. Ketika perjalanan
pulang ke rumah, dia telah ditahan oleh dua orang anggota polis trafik yang membuat
sekatan jalan raya. Ikuti perbualan Encik Akmal dan pegawai polis trafik itu.

Encik Akmal : Selamat tengah hari, tuan.


Polis : Selamat tengah hari, encik. Baru pulang mengambil anak?
Encik Akmal : Ya, tuan. Saya baru pulang dari mengambil anak.
Polis : Minta maaf, encik. Saya ingin menegur tentang pemakaian tali
pinggang keledar tempat duduk belakang. Encik memakai tali
pinggang keledar tetapi anak yang duduk di belakang tidak
memakainya.
Encik Akmal : Saya minta maaf atas kelalaian saya. Saya beranggapan pemakaian
tali pinggang keledar belakang belum diwajibkan. Sebab itu anak
saya tidak memakainya.
Polis : Untuk pengetahuan encik, peraturan pemakaian tali pinggang
keledar tempat duduk belakang telah dikuatkuasakan bermula
1 Januari 2009. Walau bagaimanapun, ramai pemandu tidak
mengendahkannya.
Encik Akmal : Apakah hukuman yang akan dikenakan sekiranya tidak memakai
tali pinggang keledar tempat duduk belakang?
Polis : Hukuman yang akan dikenakan ialah denda tidak melebihi RM2000
atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Inisiatif melalui penguatkuasaan tali pinggang keledar belakang ini
dibuat bertujuan untuk mengurangkan kecederaan dan kematian
apabila berlaku kemalangan jalan raya.
Encik Akmal : Terima kasih, tuan. Saya akan memastikan penumpang yang
lain termasuklah diri saya akan memakai tali pinggang keledar
selepas ini.
Polis : Sama-sama, encik. Sila minta anak encik pakai tali pinggang
keledar sebelum memulakan perjalanan. Diharap perkara ini tidak
berulang lagi. Semoga selamat sampai ke destinasi.

HP
PKJR 3.1.2 17
1
Peta minda

B Hasilkan sebuah puisi berdasarkan maklumat penting yang diperoleh daripada


dialog. Pejala
kaki

Pejalan
kaki penunggang
basikal penunggang
motosikal

mula

MAKSUD
Ayat topik :
RANGKAI KATA

Ayat huraian :
1
2
perenggan :

3
4

5
Tamat

Orang yang TIDAK


memakai tali memakai tali pinggang
pinggang keledar keledar adalah

30
MENGURANGKAN

50 75 %

RISIKO
PENUMPANG
RISIKO
PENUMPANG
%

KALI SENTIASA
JANGAN
DEPAN BELAKANG

LEBIH BERKEMUNGKINAN
mengalami TERCAMPAK KELUAR daripada
KECEDERAAN MAUT kenderaan apabila berlaku
pelanggaran
Sumber : www.who.int | www.cdc.gov HP
3.1.2 PKJR
18
AKTIVITI 10
A
Sayangi Keluarga Kita

A Bina soalan bercapah secara lisan berdasarkan video yang ditonton.

1 2

Seorang bapa menghantar Polis mengadakan sekatan


anaknya ke sekolah jalan raya

3 4

Polis juga menerangkan pemakaian Polis menekankan kepentingan


topi keledar yang betul pemakaian topi keledar

Bapa disaman kerana tidak mematuhi


undang-undang

HP
PKJR 3.2.1 19
AKTIVITI 11
A
Berjalan dengan Bijak

A Tonton video dan bincangkan situasi dalam video tersebut secara lisan.

SITUASI PERTAMA

1
1 22

Murid pulang dari sekolah Murid berjalan di atas jalan

SITUASI KEDUA

1 2

Lalu lintas sesak Murid melintas di tempat yang tidak selamat

HP
4.1.3 PKJR
20
Nyatakan kesalahan yang dilakukan Nyatakan kesalahan yang dilakukan
oleh dua orang murid dalam gambar oleh dua orang murid dalam gambar
situasi yang pertama itu tadi. situasi yang kedua itu tadi.

Pada pendapat anda, mengapakah Bagaimanakah pejalan kaki boleh


pejalan kaki dilarang melintas jalan berjalan dalam keadaan yang
sesuka hati? selamat di kawasan yang tidak
mempunyai kemudahan laluan
pejalan kaki? Bincangkan.

INFO pkjr

KEMATIAN
PEJALAN KAKI
adalah disebabkan :

melintas di melintas TANPA


TEMPAT MENGGUNAKAN
YANG SALAH KEMUDAHAN

Sumber : MIROS

HP
PKJR 4.1.3 21
B Sebutkan dan tuliskan lima langkah melintas dengan selamat.

mula

5 LANGKAH MELINTAS dengan selamat

Tamat
HP
4.1.3 PKJR
22
C Beri ulasan anda secara lisan berdasarkan situasi di bawah.

Sebagai pejalan kaki, nyatakan tindakan yang boleh atau


tidak boleh anda lakukan ketika berada di jalan raya.

SENTIASA JANGAN

HP
PKJR 4.1.3 23
AKTIVITI 12
A
Awasi Langkah Anda!

Berdasarkan video, nyatakan faktor yang menghalang penglihatan pejalan kaki dan
A cadangkan langkah keselamatan bagi mengatasi masalah tersebut secara lisan.

situasi 1 situasi 2 situasi 3

6.30pagi

Faktor penghalang
Langkah
keselamatan

HP
4.1.4 PKJR
24
Cadangkan ciri-ciri bagi menjadikan laluan dan lintasan pejalan kaki di sekolah anda
B lebih selamat.

SENTIASA JANGAN

CIRI-CIRI LALUAN DAN LINTASAN


PEJALAN KAKI YANG SELAMAT

Tip Keselamatan MUDAH


BERJALAN DI
TEMPAT YANG
ELAKKAN
PATUHI
UNDANG-UNDANG
PEJALAN KAKI : DILIHAT
SELAMAT
GANGGUAN
LALU LINTAS

Sumber : exchange.aaa.com
HP
PKJR 4.1.4 25
AKTIVITI 13

Anda Cermat, Anda Selamat


BERHENTI
30
km/j

Baca pesanan di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti langkah keselamatan
A yang perlu diambil oleh penunggang basikal yang berhemah.

Pesanan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya kepada


penunggang basikal sempena Kempen Jom Kayuh Selamat.
Sempena Kempen Jom Kayuh Selamat, sebagai langkah keselamatan,
penunggang basikal perlu diberikan pendedahan tentang cara yang betul untuk
menunggang basikal agar keselamatan terjamin ketika berada di jalan raya.
Antara langkah keselamatan sebelum menunggang basikal ialah pengguna
hendaklah memastikan brek basikal berfungsi dengan baik. Lampu basikal dan
loceng juga hendaklah diperiksa agar berfungsi semasa basikal digunakan.
Selain itu, penunggang juga hendaklah memeriksa tayar dan keadaan fizikal
basikal supaya berada dalam keadaan yang baik sebelum ditunggang.
Seterusnya, penunggang basikal juga perlu memastikan pakaian atau
peralatan keselamatan dipakai sebelum memulakan perjalanan. Sebagai contoh,
penunggang perlu memakai baju pantulan cahaya supaya apabila berada di
jalan raya, pemandu kenderaan lain dapat melihat penunggang basikal dengan
lebih jelas. Di samping itu, penunggang basikal juga boleh memakai gelang
pemantul cahaya atau melekatkan pelekat pemantul cahaya pada basikal bagi
meningkatkan kebolehlihatan penunggang basikal kepada pengguna jalan raya
yang lain. Alat-alat pelindungan seperti topi keledar, sarung tangan, pad siku
dan pad lutut juga perlu digunakan sebagai langkah keselamatan sebelum
menunggang basikal.
Hakikatnya, penunggang basikal perlu menggunakan isyarat tangan
ketika berada di jalan raya. Misalnya, penunggang basikal perlu memberikan
isyarat tangan pada waktu yang sepatutnya dan perlu meletakkan tangan kembali
ke atas hendal sebelum membelok. Penunggang basikal yang hendak berhenti
perlu memberi isyarat tangan kanan sebelum berhenti. Oleh itu, langkah
keselamatan ini hendaklah dipraktikkan agar kemalangan di jalan raya
yang melibatkan penunggang basikal dapat diminimumkan dalam
negara kita.

HP
5.1.3 PKJR
26
LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL
OLEH PENUNGGANG BASIKAL YANG BERHEMAH

HP
PKJR 5.1.3 27
TIDAK RITMA pakai tali berkongsi tali memangku tali pinggang
TUBUH pinggang pinggang anak di keledar di bawah
MENCUKUPI SIRKADIAN keledar dengan atas riba. lengan atau di
MANUSIA keledar yang
anak anda. belakang anda.
berpintal

Pendahuluan
Isi
an letakkan
PUNCA KESAN

AKTIVITI 14
nggang
ar di bawah
n atau di
ang anda.

Prosedur Dipatuhi,
Isi

BERHENTI
30
Penunggang Selamat Pendahuluan
km/j
Pendahuluan Isi
an letakkan
PUNCA KESAN Penutup

A
nggang
ar di bawah

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian, bina kerangka karangan dalam bentuk
n atau di
ang anda.

grafik secara terancang.


Isi
Penutup

Pendahuluan
Penutup

Isi
Penutup

KESAN

Penutup

HP
5.1.4 PKJR
28
prosedur menyelamat

Pendahuluan

Isi

Penutup

HP
PKJR 5.1.4 29
AKTIVITI 15
Risiko Melibatkan
A

Penunggang Motosikal

A Berdasarkan video yang ditonton, tuliskan risiko yang melibatkan penunggang


motosikal.

HP
5.2.3 PKJR
30
RISIKO MELIBATKAN PENUNGGANG MOTOSIKAL

1
2
3
4
5
6
B Bina slogan yang sesuai dan menarik berdasarkan video.

HP
PKJR 5.2.3 31
AKTIVITI 16

Pastikan Anda Dilihat

A Teliti gambar yang dipaparkan di bawah. Kemudian nyatakan maklumat tersurat dan
tersirat secara lisan.

MAKLUMAT TERSURAT

MAKLUMAT TERSIRAT

HP
5.2.4 PKJR
32
B Berdasarkan maklumat yang telah dibincangkan, perihalkan peta grafik di bawah
dengan bernas dan kritis secara lisan.

INTERAKSI ANTARA PENUNGGANG MOTOSIKAL DENGAN


LALU LINTAS DAN PERSEKITARAN JALAN RAYA

PENUNGGANG
MOTOSIKAL

LALU LINTAS & PEMANDU


PERSEKITARAN KENDERAAN
JALAN RAYA LAIN

HP
PKJR 5.2.4 33
AKTIVITI 17

Hargai30
Orang Sekeliling
110 BERHENTI

km/j km/j

A Baca petikan berita di bawah secara luncuran dan imbasan.

Dua Maut, Kemalangan di Batu Pahat


BATU PAHAT, 2 September – Dua lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki oleh mereka
terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan lain berhampiran Jalan
Batu Pahat hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Batu Pahat,
Superintenden Mohd Rosli bin Selamat berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu,
Saiful Nazmi, 32 dan anaknya Ahmad Kamarul Zain, 8 meninggal dunia di tempat kejadian.
“Siasatan awal mendapati, mangsa cuba untuk memotong dari sebelah kiri kenderaan
pacuan empat roda yang sarat dengan muatan sayur-sayuran,” katanya.
Menurut beliau lagi, ketika penunggang motosikal cuba untuk memotong kenderaan
pacuan empat roda itu, mangsa hilang kawalan apabila pemandu kereta tersebut membelok
ke sebelah kiri jalan dan akhirnya penunggang motosikal melanggar kereta berkenaan.
“Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal
dunia di tempat kejadian. Mayat kedua-duanya telah dibawa ke Hospital Batu Pahat
manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda itu hanya mengalami kecederaan
ringan”.
Superintenden Mohd Rosli bin Selamat turut menjelaskan langkah-langkah yang
dapat diambil oleh orang awam apabila melihat kemalangan yang melibatkan motosikal di
jalan raya. Menurut beliau, orang awam perlu peka dengan jalan raya sekiranya berlaku
kemalangan. Tambah beliau, “Jika anda orang pertama melihat kemalangan tersebut, anda
perlu memberhentikan kenderaan dalam keadaan selamat untuk memberikan amaran
kepada pengguna jalan raya yang lain”. Orang awam juga perlu memastikan kawasan
kemalangan tiada gangguan trafik yang lain dan tidak membahayakan diri dan pengguna
jalan raya yang lain. Orang awam juga dikehendaki untuk menghubungi nombor panggilan
kecemasan 999 serta menerangkan secara terperinci situasi kemalangan tersebut.
Jika mangsa cedera, orang awam ditegah mengalihkan mangsa agar tidak berlaku
kecederaan yang lebih serius. Sekiranya kemalangan melibatkan penunggang motosikal
yang tidak sedarkan diri, orang awam diminta tidak menanggalkan topi keledar mangsa.
Semasa kemalangan, orang awam tidak digalakkan membanjiri kawasan kemalangan.
Keadaan ini akan menyukarkan usaha pasukan keselamatan untuk menghampiri tempat
kejadian. Pihak berkuasa berharap agar situasi seperti ini tidak berulang lagi pada masa
hadapan. Akhir sekali, orang awam tidak dibenarkan mengambil gambar mangsa dan
menyebarkan gambar tersebut kerana dikhuatiri berlakunya penyebaran maklumat palsu
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengganggu emosi keluarga mangsa.

HP
5.2.5 PKJR
34
B Jawab soalan pemahaman di bawah ini berdasarkan petikan berita yang telah anda
baca.

1. Apakah peristiwa yang berlaku dalam petikan berita tersebut?

2. Berdasarkan petikan, nyatakan punca berlakunya kemalangan itu?

3. Jika anda berada di tempat kejadian, apakah tindakan yang wajar anda lakukan apabila
melihat kemalangan tersebut?

4. Sebagai pengguna jalan raya, apabila melihat kemalangan jalan raya saya TIDAK PATUT:

HP
PKJR 5.2.5 35
AKTIVITI 18

Jadilah Penumpang Berhemah

Baca dialog di bawah dengan teliti. Kemudian, bincangkan mesej yang ingin
A disampaikan menerusi dialog tersebut.

Pada suatu petang, ketika Adam pulang daripada latihan bola sepak dia melihat ayahnya sedang asyik
membaca surat khabar di ruang tamu rumahnya.

Adam : Selamat petang ayah. Tekunnya ayah membaca. Ada peristiwa menarik yang
ayah boleh kongsikan dengan saya?
Ayah : Ya Adam. Ayah amat terkejut dengan kemalangan ngeri yang melibatkan dua
buah kereta bertembung di jalan raya sehingga menyebabkan kecederaan
dan kematian seperti dalam akhbar ini.
Adam : Betul ke, ayah?
Ayah : Betul. Sebab itu, ayah selalu menasihati Adam agar sentiasa mengamalkan
langkah-langkah keselamatan sebelum dan semasa menaiki kenderaan.
Adam : Di sekolah juga kami selalu diingatkan oleh cikgu untuk mengamalkan langkah-
langkah keselamatan sebelum menaiki kenderaan.
Ayah : Boleh Adam kongsikan dengan ayah apakah pesanan cikgu Adam sebelum
kita menaiki kenderaan?
Adam : Sebelum perjalanan, kita hendaklah memastikan kenderaan dalam keadaan
yang baik. Amalan berdoa sebelum menaiki kenderaan juga digalakkan oleh
cikgu.
Ayah : Benar Adam. Itulah yang ayah sering lakukan.
Adam : Cikgu juga memberitahu kami bahawa sebelum memulakan perjalanan,
seseorang pemandu hendaklah memastikan penumpang memakai tali
pinggang keledar dengan betul untuk mengurangkan risiko kecederaan serius.
Ayah : Betul Adam. Semasa perjalanan, penumpang mestilah menjaga tingkah laku
seperti tidak membuat bising kerana akan mengganggu konsentrasi pemandu.
Kita juga tidak boleh membuang sebarang objek keluar dari kenderaan.
Adam : Sebelum tamat sesi persekolahan, kami diingatkan agar menunggu dan
menaiki kenderaan di sebelah kiri jalan.
Ayah : Mengeluarkan tangan atau kepala melalui tingkap kenderaan juga dilarang.
Penumpang juga tidak boleh mengganggu pemandu ketika memandu
kenderaan.
Adam : Benar ayah. Jika pemandu terganggu, maka pemandu tidak dapat
menumpukan perhatian terhadap pemanduannya. Baiklah ayah, Adam akan
sentiasa mengamalkan langkah-langkah keselamatan tersebut supaya dapat
menjadi penumpang yang berhemah.
Ayah : Adam, jangan lupa sampaikan pesanan ini kepada rakan-rakan kamu kerana
kita mesti sentiasa berwaspada di jalan raya.
Adam : Baik, ayah.

HP
6.2.3 PKJR
36
Kemahiran Kemahiran
B Berdasarkan dialog, tuliskan pesanan Adam kepada rakan-rakannya.

TINGKAH LAKU PENUMPANG YANG SELAMAT

SEBELUM MENAIKI SEMASA MENAIKI


KENDERAAN KENDERAAN

1 1

anda memerlukan masa untuk


nghilangkan kesan alkohol
da sistem tubuh. Pengambilan
akanan atau mandi tidak akan
urangkan tahap kandungan
alkohol dalam darah anda
2 2

3 3

Jangan Jangan Jangan Jangan letakkan


pakai tali berkongsi tali memangku tali pinggang
pinggang pinggang anak di keledar di bawah
keledar yang keledar dengan atas riba. lengan atau di
berpintal anak anda. belakang anda.

Sumber : www.mto.gov.an.ca
HP
PKJR 6.2.3 37
Glosari

ISTILAH MAKSUD

Advokasi Saranan atau cadangan kepada pengguna jalan raya untuk mematuhi
peraturan.

Akta Undang-undang yang digubal dan diluluskan di parlimen.

Alat pemantul cahaya Alat keselamatan yang memantulkan cahaya. Contoh: jaket pemantul cahaya,
pelekat pemantul cahaya.

Alat perlindungan Pakaian atau peralatan yang boleh melindungi pemandu atau penumpang
daripada impak stering atau panel kenderaan. Contoh: beg udara dan topi
keledar.

Arah bertentangan Arah yang berlawanan.

.
lintas )

Bahaya Sesuatu yang dapat mendatangkan bencana, kecelakaan, nahas, dan lain-
lain.

Bahu jalan Bahagian tepi atau sisi jalan yang hanya digunakan untuk kenderaan yang
rosak.

Beg udara Sejenis beg daripada fabrik nilon yang nipis dan terlipat di dalam stering
atau papan pemuka.Beg udara juga terdapat pada pintu atau tempat duduk
penumpang sebagai tambahan kepada ciri keselamatan jika dilanggar dari
arah sisi. Jika berlaku kemalangan, beg udara akan menggelembung dan
mengempis dalam masa kurang daripada sesaat (sekitar 0.05 saat). Proses
ini memperlahankan pergerakan ke hadapan pemandu dan penumpang serta
mengurangkan kecederaan serius.

38
ISTILAH MAKSUD

Brek tidak berfungsi Alat untuk mengurangkan atau menghentikan kenderaan tidak dapat
digunakan dengan baik.

Bunga tayar haus Keadaan bunga tayar kenderaan yang botak dan tidak dapat mencengkam
jalan dengan baik.

Diskripsi ubat Maklumat terperinci tentang ubat.

Gangguan secara Tingkah laku penumpang yang menyebabkan pemandu tidak dapat
memberikan tumpuan pada pemanduan.

Dua garisan terus berwarna putih yang melarang pengguna jalan


Garisan putih raya memotong, membuat pusingan U di bahu jalan di keduadua arah
berkembar disebabkan oleh keadaan jalan atau persekitaran tidak sesuai dan boleh
membahayakan pengguna jalanraya. Contohnya kawasan berbukit dan
selekoh.

Gelang pemantul Alat berbentuk gelang atau sebagainya yang dapat memantulkan cahaya bagi
cahaya memudahkan orang lain mudah melihat.

Had laju Kadar kelajuan yang ditetapkan untuk dipatuhi oleh pemandu kenderaan.

Hendal Tempat pegang pada basikal dan lain-lain bagi mengawal arah atau hala tuju.

Implikasi Kesan atau impak.

Insurans Perjanjian tanggungan yang dibuat oleh sesebuah syarikat untuk


menggantikan kerugian dengan bayaran premium tertentu.

Isyarat tangan Tanda insyarat yang ditunjukkan oleh pemandu bagi memberitahu pemandu
lain tentang tindakan yang akan dilakukan.

Jaket pemantul cahaya Pakaian keselamatan yang memantulkan cahaya.

39
ISTILAH MAKSUD

Jejantas Jambatan yang dibina merentangi jalan raya untuk memisahkan pejalan kaki
daripada kenderaan bagi membolehkan mereka melintas dengan selamat
tanpa berhadapan dengan kenderaan dan lalu lintas.

Kebolehlihatan Keadaan dapat melihat pada waktu malam atau waktu kurang pencahayaan
akibat faktor masa atau cahaya.

Kecederaan kekal Kecacatan yang tetap dan dialami secara berterusan.

Kompaun Denda yang dibayar dengan tidak melalui pendakwaan di mahkamah.

Laluan motosikal Laluan yang disediakan khusus untuk kegunaan penunggang motosikal.

Laluan pejalan kaki Laluan yang digunakan khusus untuk pejalan kaki.

Laluan pejalan kaki Laluan yang disediakan untuk kegunaan untuk pejalan kaki di bawah tanah.
bawah tanah

Laluan selamat Lorong yang tidak berbahaya kepada pengguna jalan raya.

Laluan Sikal Laluan yang disediakan khusus untuk kegunaan penunggang


basikal dan motosikal.

Lampu hadapan dan Lampu utama yang terdapat pada hadapan kenderaan untuk memudahkan
belakang pemandu melihat dengan jelas pada waktu malam; atau lampu utama di
belakang kenderaan bagi membolehkan pemandu lain melihat kenderaan di
jalan raya.

40
ISTILAH MAKSUD

Kad atau dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang membolehkan
seseorang belajar memandu (latihan praktikal) sebelum dibenarkan menjalani
Lesen Belajar ujian praktikal bagi tempoh tiga atau enam bulan (Lesen L). Pelanjutan tidak
Memandu (LDL) boleh melebihi agregat dua tahun mulai tarikh mula lesen belajar memandu
dikeluarkan. Dalam tempoh dua tahun seseorang itu perlu lulus semua ujian
kekompetenan dan mendapat kelas lesen memandu yang dipohon.

Dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang memberikan kebenaran


Lesen Memandu kepada seseorang atau pihak tertentu melakukan menggunakan atau
melakukan sesuatu.

Kad atau dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa setelah seseorang
Lesen Memandu itu lulus semua ujian memandu kompetenan bagi kelas lesen memandu yang
Percubaan (PDL) dipohon untuk membolehkan pemandu baharu memandu kenderaan. Tempoh
percubaan selama dua tahun dan dikira dari tarikh lesen memandu percubaan
dikeluarkan (Lesen P).

Kawasan khas yang dicat dengan jalur belang putih atau kuning secara
Lintasan pejalan kaki melintang di atas jalan raya untuk membantu pejalan kaki melintas dengan
selamat.

Lintasan pejalan kaki yang mempunyai set lampu isyarat dan lazimnya
Lintasan pejalan kaki terdapat butang serta dua lampu berimej orang berwarna merah dan hijau.
berisyarat Lintasan pejalan kaki berisyarat dikawal dengan menekan butang yang
terdapat pada tiang lampu pejalan kaki berisyarat.

Lorong kecemasan Laluan yang disediakan khas untuk kenderaan seperti jentera bomba atau
ambulan.

Lorong utama Jalan utama yang digunakan oleh semua kenderaan.

Nahas jalan raya Kemalangan atau kecelakaan berlaku di jalan raya.

Pad lutut Pelapik yang lembut untuk melindungi bahagian lutut.

Pad siku Pelapik yang lembut untuk melindungi bahagian siku.

41
ISTILAH MAKSUD

Pelekat pemantul Alat yang digunakan sebagai pelekat yang dapat memantulkan cahaya.
cahaya

Pembahagi jalan
jalan raya atau lebuh raya. Pembahagi jalan boleh jadi tembok konkrit, rel
pengawal ataupun ruang tanah kosong yang lapang.

Pembonceng motosikal Orang yang duduk di bahagian belakang penunggang motosikal.

Penguatkuasaan Perbuatan menguat kuasakan undang-undang, dasar, dan sebagainya.

Penunggang Orang yang menunggang kenderaan beroda dua atau tiga seperti motosikal
dan basikal.

Peralatan keselamatan Alat-alat yang dapat melindungi pengguna jalan raya daripada mengalami
kecederaan. Contoh: topi keledar bercap SIRIM, baju pantulan cahaya.

Peraturan lalu lintas Amalan keselamatan yang boleh meningkatkan kesedaran pengguna jalan
raya semasa menggunakan ataupun berada di jalan raya.

Perlanggaran Rempuhan antara dua kenderaan atau lebih sama ada secara berhadapan
atau sebagainya.

Peronda lintasan Individu yang bertugas meronda di kawasan lintasan sekolah dengan
sekolah memakai suatu pakaian seragam yang diluluskan oleh ketua pegawai polis
dan diberi kuasa untuk menahan atau memberhentikan kenderaan bagi
membolehkan murid-murid sekolah melintas.

Piawaian Penetapan standard yang diluluskan.

Plat Alat daripada kepingan logam atau plastik yang berbentuk empat segi untuk
dimasukkan ke dalam pengancing.

Respons Maklum balas terhadap sesuatu arahan.

Risiko Kemungkinan mendapat bahaya akibat melakukan sesuatu tindakan atau


perbuatan.

42
ISTILAH MAKSUD

Ritma sirkardian Perubahan fungsi dalaman diri manusia (biologi) yang berulang dalam tempoh
(circadian rhythm) 24 jam.

Selekoh Jalan yang berkelok, berbelok atau berliku.

Simulasi Latihan yang menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat-buat supaya
mirip kepada yang sebenarnya.

Situasi berbahaya Keadaan yang dapat memberi kemalangan kepada pengguna jalan raya.

Tali pinggang keledar Alat penahan yang dipakai oleh pemandu dan penumpang kenderaan
untuk mengelakkan pergerakan yang berbahaya akibat perlanggaran atau
pemberhentian mengejut.

Tanda isyarat lalu lintas Simbol-simbol yang terdapat di jalan raya sebagai peringatan kepada
pemandu atau pengguna jalan raya bagi memastikan keselamatan mereka.

Terowong pejalan kaki Gua yang dibina menembusi tanah atau bukit untuk dijadikan laluan pejalan
kaki.

Tingkah laku Tindakan penumpang kenderaan yang tidak menyebabkan situasi pemandu
penumpang yang hilang tumpuan.
selamat

Topi keledar Topi keselamatan yang dipakai oleh penunggang dan pembonceng
keselamatan motosikal motosikal.

Topi keledar Topi keselamatan yang dipakai oleh penunggang basikal.


keselamatan basikal

Tumpuan pemandu Keadaan pemandu yang berfokus pada pemanduannya.

Ujian nafas Ujian yang dilakukan bagi menentukan kandungan alkohol dalam darah.

43

You might also like