You are on page 1of 10

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran,

kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan. Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut. Sukan ialah aktiviti yang mengandungi: Latihan kemahiran berguna secara rekreasi. Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan. Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya. Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalamcatur. Walaubagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan. Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran.Per mainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.

Sejarah sukan Sejarah pembangunan sukan boleh mengajar kita mengenai perubahan sosial yang berlaku dan sifat sukan tersebut. Untuk itu, kita akan kembali ke masa lampau sehingga zaman pra sejarah untuk mengkaji sukan dan manusia. Semangat kesukanan Semangat kesukanan menggambarkan aspirasi atau etos yang aktiviti sukan itu akan dinikmati semata-mata kerananya tetapi selalunya tekanan pertandingan, kejayaan individu, atau pengenalan pada teknologi akan menyebabkan perkara yang sebaliknya berlaku pada peserta. Dengan kata lain, dalam sesuatu pertandingan, kekalahan akan menyebabkan rasa kecewa dan kesedihan. Penggiat sukan rekreasi selalunya akan mendapatkan pengiktirafan sebagai satu jenis sukan daripada persatuan sukan seperti Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atau dengan mewujudkan badan penyelaras mereka sendiri. Dengan ini, sukan berubah daripada aktiviti rekreasi kepada sukan yang lebih formal. Contoh sukan yang baru muncul ialah berbasikal BMX, meluncur dan sebagainya. Profesionalisme dan peraturan sukan Aspek hiburan dalam sukan, media massa yang meluas dan pertambahan waktu lapang telah membawa kepada profesionalisme dalam sukan. Ini telah menyebabkan beberapa konflik, di mana bayaran dilihat lebih penting daripada aspek rekreasinya atau sukan telah menjadi lebih menguntungkan dan terkenal yang akhirnya menyebabkan kehilangan tradisi bagi sesetengah orang atau masyarakat. Contoh yang paling ketara ialah bola sepak telah mengubah pengisian masa lapang bagi hampir seluruh populasidunia. " Kepentingan Pelajar menyertai aktiviti ko kurikulum ". Pendahuluan : Ko kurikulum ialah aktiviti selepas sekolah iaitu aktiviti

persatuan unit beruniform dan sukan. A. melatih murid menjadi pemimpin - sifat kepimpinan dalam aktiviti. B. melatih murid untuk berdikari sendiri - contoh dalam perkhemahan tahunan - masak sendiri dan aktiviti dalam perkhemahan. C. melatih murid mematuhi disiplin dan arahan ketua. - penting untuk keutuhan sesuatu organisasi atau negara. Semangat kerjasama - berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. D. Menambah ilmu pengetahuan tambahan - cara membuat pertolongan cemas. E. untuk kesihatan diri - aktiviti sukan dan permainan - badan sihat - otak cergas Murid patut menyertai aktiviti ko kurikulum untuk memperolehi berbagai faedah untuk diri. Kegiatan kokurikulum boleh merapatkan hubungan di antara murid-murid dan guru-guru. Berikan sebab-sebabnya. Pengertian kokurikulum - kegiatan luar bilik darjah - untuk bantu pembelajaran di bilik darjah contoh ; sukan dan permainan , unit beruniform, kelab dan persatuan boleh merapatkan hubungan di antara murid-murid dan guru-guru i. dalam aktiviti sukan dan permainan - murid-murid akan bekerjasama dan bantu- membantu bagi mencapai kemenangan - tidak secara langsung dapat merapatkan hubungan sesama mereka. ii. dalam aktiviti unit beruniform - dapat berbincang . ikut arahan ketua, disiplin / riadah dapat merapatkan hubungan sesama murid iii. dalam aktiviti kelab dan persatuan - berbalas pantun , kuiz, syarahan

dan lain-lain memerlukan kerjasama dan muafakat - dapat eratkan hubungan iv. pertandingan / perlawanan sukan dan aktiviti kokurikulum dengan sekolah lain pula dapat rapatkan hubungan di antara murid-murid dan guru-guru sekolah berkenaan hubungan yang rapat dan baik penting bagi menjamin keharmonian sesebuah sekolah dan masyarakat kejayaan dalam pendidikan / pelajaran. Bentuk sahsiah murid melalui sukan SAYA berpendapat masalah buli di sekolah berlaku kerana pelajar tidak mempunyai kemahiran sosial yang mantap seperti mengawal kemarahan, ego dan daya agresif dalam diri. Ini adalah kerana sistem sekolah yang terlalu mementingkan pencapaian akademik dan mengetepikan aspek sukan, kokurikulum, pembinaan sahsiah dan kerja berpasukan. Sukan umpamanya, mempunyai peranan yang besar dalam membentuk semangat juang,espirit de corp serta toleransi dalam konteks kalah dan menang. Banyak sekolah yang tidak mempunyai padang untuk aktiviti sukan. Aktiviti sukan diadakan secara ala kadar pada bulan-bulan pertama persekolahan. Justeru pelajar hari ini tidak pernah belajar untuk menerima kekalahan. Ego untuk menang menyebabkan pelajar baru sombong kepada pelajar lama. Saya rasa sampailah masanya Kementerian Pelajaran mengambil perhatian serius terhadap kepentingan sukan dan aktiviti kokurikulum dalam pembentukan sahsiah pelajar. Matlamat kewujudan sains sukan adalah seperti berikut: Pertumbuhan organ: Kecergasan dan kecerdasan seseorang amat dipengaruhi oleh kesihatan individu. Dari segi biologi, orang yang aktif dapat menjamin

tumbesaran organ yang sihat. Contohnya, kekuatan otot purkenje pada organ jantung dapat dipertingkatkan jika seseorang melakukan lari anak secara rutin. Namun, teknik lari anak yang tidak sesuai akan mencederakan bahagian-bahagian lain seperti kaki. Jadi, dengan adanya ilmu sains dalam sukan, seseorang akan memakai kasut yang sesuai untuk menyelesakan kaki di samping mempertingkatkan aktiviti jantung semasa melakukan jogging. Pertumbuhan fizikal: Fizikal adalah pandangan luaran seseorang. Individu yang sihat badannya dapat menjamin kesihatan keseluruhan badan dari segi kelihatan luaran. Contohnya, seseorang gimnas mempunyai badan yang kuat dan tegap dapat memakai baju jenis "body fit" sudah pasti membuktikan keterampilannya di tempat kerja mahupun di tempat awam. Orang yang sihat badan selalunya mampu melakukan pelbagai aktiviti serta bergiat aktif dalam program-program seperti tarian, drama, muzik, maraton, dsb. Selain itu, kesihatan fizikal merupakan faktor pertama yang mempengaruhi keputusan pihak atasan untuk membuat pilihan untuk sesuatu kerja ataupun projek. Pertumbuhan otot-saraf dan kemahiran: Koordinasi otot dan saraf adalah penting dalam melicinkan pergerakan seseorang. Jika seseorang sentiasa melalukan sesuatu aktiviti seperti membongkokkan badan, sudah pasti ia bukan satu masalah baginya, melakukan senam robik sebab otot dan saraf sudah biasa dengan pergerakan sedemikian. Sebaliknya, seseorang akan berasa lesu dan sakit jika koordinasinya tidak selaras dengan kehendak individu. Kemampuan untuk melakukan pergerakan yang luar biasa juga dapat menjamin kemahiran seseorang dalam bidang tersebut. Pertumbuhan emosi dan sosial: sukan adalah satu saluran yang baik untuk

meluahkan perasaan marah, tekanan stres, dan frustrasi. Ia juga dapat melatih seseorang supaya menjadi optimis dan ring. Telah dipercayai sukan boleh merangsang perembesan hormon riang "serotonin" yang boleh menjadikan individu berasa gembira dan positif. Selain itu, sukan dan latihan yang dijalankan secara berkumpulan juga boleh merapatkan hubungan antara sesama yang lain. Dalam kumpulan, kita juga dapat mewujudkan suatu persaingan yang positif semasa bermain "game". Pertumbuhan insan dan negara: manusia harusnya sentiasa aktif dan cergas. Dengan adanya populasi yang sihat, barulah negara menjadi kuat. Kekuatan ini adalah disebabkan manusia yang sihat dari fizikal boleh menyumbang tenaga buruh; sihat mental boleh memberi idea yang baru kepada negara, sihat sahsiah membantu perpaduan dan persefahaman satu negara. Selain itu, sukan memainkan peranan penting dalam menjalin hubungan dengan negara lain seperti Sukan Komenwel, Olimpik, SUKOM etc. Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak mahu melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan kerajaan mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti. Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang tersirat. Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka. Peluh yang keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang menghadapi era persekolahan zaman ini memang penuh masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum mampu mengurangkan tekanan ini. Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan dan membuat latihan. Minda mereka dapat berehat sebentar apabila

melakukan aktiviti yang berbeza iaitu kokurikulum. Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka. Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak. Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu medan yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga negara. Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang erti persahabatan dan pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang dalam menjalankan aktiviti kokurikulum itu. Mereka mengenal jenis manusia sebenar terutama apabilamenghadapi masalah untuk menganjurkan sesuatu aktiviti. Mereka juga mengenali erti persahabatan yang sejati. Pengalaman ini semua akan mengajar pelajar erti kehidupan yang tidak boleh mereka peroleh di luar. Pelajar juga mengetahui banyak perkara baru. Aktiviti dalam pertubuhan beruniform akan mendedahkan mereka kepada cara-cara untuk menyelamatkan mangsa ketika kecemasan, cara berkhemah, cara memasak dan cara menguruskan perbelanjaan persatuan. Semua ini memberi satu pengetahuan yang berguna kepadapelajar. Ilmu ini turut memberi pelajar satu dimensi baru dalam cara mereka melihat sesuatu pertubuhan apabila mereka keluar dari sekolah.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghalang kemajuan mereka dalam peperiksaan. Mereka tidak harus menyalahkan kokurikulum kalau mereka tidak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mereka seharusnya melihat aktiviti ini sebagai satu proses pembelajaran yang harus dialami oleh semua orang sebagai sebahagian daripada proses kehidupan kita sebagai manusia. Peranan pelajar terhadap negara? Isi Contoh: Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu Tidak terlibat dalam kegiatan tidak bermoral Menyumbangkan tenaga pada negara Menghargai dan menjaga generasi tua Melakukan sesuatu perkara yang memberi kebanggaan kepada masyarakat dan Negara

Aktiviti riadah lazimnya dilakukan oleh masyarakat tidak kira muda mahupun tua pada masa-masa yang terluang. Selepas penat belajar atau bekerja, apa-apa sahaja kegiatan riadah seperti berjoging, bersukan, berkelah atau sekadar berbasikal dengan rakan-rakan sudah cukup memadai. Sesetengah masyarakat gemar pergi ke taman-taman bunga atau sekadar berjalan-jalan di kawasan sekeliling rumah untuk melakukan aktiviti ini. Bagi golongan yang berkemampuan, pusat-pusat kesihatan dan gim-gim sering menjadi tumpuan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan. Asalkan yuran yang dikenakan berpatutan, mereka sanggup mengeluarkan belanja. Namun begitu, pengusaha-pengusaha pusat jagaan kesihatan tidak wajar menahan lukah di penggentingan dengan mengenakan bayaran yang terlalu tinggi sematamata untuk kepentingan diri. Namun begitu, penglibatan masyarakat dalam aktiviti riadah ternyata masih kurang memberangsangkan. Kesannya, pelbagai isu seperti masalah obesiti, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang kini kian kerap terpapar di dada-dada akhbar. Hal ini amat membimbangkan pihak ibu bapa kerana keadaan ini mampu menjejaskan kesihatan anak-anak mereka. Justeru, beberapa langkah boleh diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Ceramah-ceramah dan kempen bertemakan kesihatan dan kebaikan beriadah patut diadakan oleh pegawai kesihatan. Melalui cara ini, masyarakat akan sedar betapa pentingnya penglibatan mereka dalam aktiviti riadah. Pihak Kementerian Kesihatan harus mengadakan ceramahceramah dan kempen kesihatan di setiap negeri di Malaysia bagi menunjukkan betapa seriusnya masalah ini. Aktiviti-aktiviti riadah yang bersesuaian untuk mengekalkan kesihatan juga wajar diketahui oleh orang ramai supaya mereka tidak menganggap bahawa aktiviti riadah merupakan satu kegiatan yang meletihkan. Dengan cara ini, tindakan proaktif akan diambil oleh masyarakat yang mengambil berat tentang kesihatan mereka. Selain itu, tempat-tempat beriadah seperti gymnasium dan taman rekreasi harus diperbanyak khususnya di kawasan luar bandar. Memang tidak adil

jika penduduk di bandar sahaja yang mendapat peluang untuk menikmati kemudahan yang sempurna sedangkan penduduk di kawasan pedalaman hanya sekadar berlari di atas batas-batas sawah atau di kawasan lapang yang turut menjadi tempat lembu dan kerbau berkubang. Ibu bapa juga perlu memberi teladan kepada anak-anak dengan sering membawa mereka beriadah daripada hanya terperuk di rumah dan menonton televisyen. Anak-anak pasti akan berasa seronok apabila dapat beriadah bersama ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Secara tidak langsung, hubungan kekeluargaan juga dapat dieratkan. Pihak media massa turut perlu memainkan peranan untuk memupuk minat beriadah dalam diri masyarakat dengan melancarkan kempen-kempen kesihatan secara berterusan. Kempen serta iklan-iklan melalui televisyen perlu menggunakan cogan-cogan kata serta memberi gambaran yang lengkap dan berkesan hasil setiap aktiviti riadah yang dilakukan. Pihak Kementerian Pelajaran pula patut menegaskan kepentingan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang sering diabaikan oleh pelajarpelajar sekolah. Kebanyakan sekolah memberi tugas mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani kepada guru-guru yang tidak berpengalaman dalam aktiviti senaman. Oleh sebab mata pelajaran dipandang ringan, para pelajar akan kurang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti senaman dengan berkesan. Natijahnya, usaha yang berterusan daripada semua pihak baik kerajaan mahupun badan bukan kerajaan(NGO) harus diambil supaya masyarakat berminat untuk menjalankan aktiviti riadah. Apalah gunanya kita bekerja keras pada waktu siang dan pada waktu malam untuk mengumpul harta sedangkan kesihatan diri diabaikan. Harta dapat dicari, namun nyawa dan kesihatan tubuh badan merupakan aset yang paling bernilai dan perlu dihargai.

You might also like