You are on page 1of 9

UNIT 7 TABURAN PENDUDUK

Taburan Penduduk 1. Jumlah penduduk Malaysia - 23.27 juta banci 2000 24.61 juta tahun 2004 2. Selangor mempunyai penduduk paling ramai iaitu 4.19 juta

POLA TABURAN PENDUDUK


Penduduk padat Penduduk sederhana Penduduk jarang Penduduk Padat Kawasan yang mempunyai penduduk lebih 200 orang 1 km. persegi. Contoh: 1.Terletak bandar utama seperti ibu negera/negeri seperti K.Lumpur, Ipoh, Kuching 2.Kawasan tanaman padi utama seperti Dataran KedahPerlis,Dataran Kelantan 3.Kawasan perindustrian Lembah Klang, Bayan Lepas, Shah Alam 4.Kawasan perlombongan Lembah Kinta, Lembah Klang Penduduk Sederhana Kawasan penduduk seramai 50 hingga 200 orang km/persegi Tumpuan kawasan pertanian dan perikanan Contoh: 1. Kawasan tanah rendah beralun di pantai barat Semenanjung Malaysia, Kelantan Utara, Kuala Terengganu 2. Pantai barat Sabah dan Sarawak 3. Kawasan perikanan pantai timur semenanjung MalaysiaDeltaRaj 4. Kawasan rancangan kemajuan tanah FELDA 5. Bandar baru seperti Kerteh, Mersing, Miri, Sandakan

Penduduk Jarang Kawasan penduduk kurang 50 orang km/persegi Contoh: 1. Kawasan tanah tinggi dan gunung di semenanjung Sabah dan Sarawak 2.Kawasan pedalaman berhutan dan paya di pantai timur Sabah, Sarawak dan Johor 3.Kawasan Tasik Chini

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN PENDUDUK NEGARA MALAYSIA


Bentuk Muka Bumi Penduduk padat tertumpu di kawasan tanah pamah mudah dibina petempatan, jaringan pengangkutan, dan perhubungan. - tanah subur untuk pertanian - mempunyai saliran baik Bandar utama teletak di kawasan tanah pamah Kawasan tana tinggi mempunyai hutan yang tebal jarang penduduk - sukar dibina pengangkutan dan perhubungan Sumber Mineral Bandar raya Kuala Lumpur dan Ipoh berkembang hasil aktiviti perlombongan bijih timah Bandar Kerteh (Terengganu), Bintulu,Miri, Lutong (Sarawak) berkembang hasil kegiatan petroleum Aktiviti ekonomi Kawasan kegiatan ekonomi utama menjadi tumpuan penduduk Contoh: Tanaman padi dataran Kedah-Perlis, Kelantan dan Terengganu Tanaman getah Seremban dan Lahad Datu Kelapa sawit Kluang, Kuala Pilah, Tawau Perindustrian Shah Alam, Petaling Jaya, BayanLepas Pasir Gudang, Bintulu Dasar Kerajaan

a. Kerajaan mewujud zon perindustrian bebas Sungai Wey, Bayan Lepas Pasir Gudang,dll b. Dasar pertanian Negara pembukaan kawasan luar bandar melalui agensi seperti FELDA dan FELCRA Sistem Perhubungan dan pengangkutan a. Jaringan pengangkutan dan perhubungan baik mempengaruhi taburan penduduk b. Penduduk pantai barat semenanjung padat kerana terdapat kemudahan tersebut c. Pembinaan rangkaian lebuh raya menggalakkan pertumbuhan kawasan petempatan baru

Formula mengira kepadatan penduduk: Kepadatan = Jumlah penduduk --------------------Luas kawasan

SOALAN LATIHAN

Arahan: Pilih jawapan yang tepat bagi soalan-soalan yang berikut. Dataran Kedah Dataran Kelantan Lembah Klang 1. Persamaan ketiga-tiga kawasan di atas adalah A. kawasan jarang penduduk B. kawasan yang berpenduduk padat C. kawasan penduduk jarang D. kawasan penduduk sekata 2. Pada pendapat anda mengapa Pahang dan Sarawak mempunyai kepadatan penduduk yang rendah. A. penduduk berpendidikan rendah B. kurang kemudahan asas C. kebanyakan kawasan masih berhutan D. tidak sesuai untuk diduduki

# Kelantan Tengah # Pahang Tenggara # Johor Tenggara 3. Kawasan kawasan tersebut di atas mempunyai taburan penduduk yang A. terlalu padat B. sederhana padat C. jarang D. tidak dinyatakan 4. Kawasan Lembah Kinta mempunyai taburan penduduk yang A. sederhana padat B. jarang C. padat D. sedikit

5. Antara berikut manakah yang mempunyai penduduk yang jarang

A. kawasan paya B. pinggir hutan C. muara sungai D. kaki bukit 6. Kawasan penduduk padat yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia ialah A. pusat bandar B. luar bandar C. kawasan tanah tinggi D. kawasan pelabuhan 7. Kawasan Lembah Klang adalah kawasan berpenduduk padat kerana A. kawasan perindustrian B. kawasan perikanan C. kawasan perlombongan D. kawasan pertanian * Bayan Lepas * Sungai Way 8. Apakah faktor yang mempengaruhi perkembangan bandar-bandar di atas A. pertanian B. sumber mineral C. bentuk muka bumi D. dasar kerajaan 9. Kebanyakan kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak jarang penduduk kerana A. kekurangan sumber mineral B. sistem pengangkuan mundur C. kawasan berpaya D. kawasan bergunung-ganang

10. Faktor-faktor yang menyebabkan taburan penduduk di Malaysia tidak

Sekata ialah I perancangan keluarga II bentuk muka bumi III faktor agama IV kesuburan tanah A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

11 . Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri kawasan berpendudukan sederhana padat I kepadatan penduduk melebihi 50-200 orang km persegi II kepadatan penduduk melebihi 200 orang km persegi III menjalankan aktiviti pertanian dan perladangan III terletak di kawasan pinggir Bandar A I,II dan III B I,II dan IVI C I,III, dan IV D II,III dan IV
12

Kota Bharu Sungai Petani

Pernyataan benar tentang kawasan yang disenaraikan di atas ialah I Kawasan penduduk jarang II taburan penduduk dipengaruhi tiupan angin III taburan penduduk dipengaruhi bentuk muka bumi IV taburan penduduk dipengaruhi keperluan terhadap air A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

13.

Pilih pasangan yang benar A B C D Kawasan Ipoh Dataran Kedah Lembah Klang Sungai Lembing Faktor Pembalakan Perlombongan Perindustrian Pertanian

14 Kawasan di bawah rancangan FELDA yang menjadi tumpuan penduduk

luar bandar adalah hasil daripada A. B. C. D. sistem jalan raya yang baik peluang pekerjaan yang baik dasar kerajaan sumber mineral yang baik

15. Mengapakah kawasan yang mempunyai sistem pengangkutan dan perhubungan yang maju menjadi tempat tumupuan penduduk? A. mudah bergerak B. mudah ditadbit C. mudah ditanam padi D. mudah dibina rumah
16.

Antara berikut, kawasan yang manahkah mempunyai penduduk sederhana padat akibat perkembangan kegiatan pelancongan? I Pulau Langkawi II Bintulu III Tanah Tinggi Cameron IV Kota Bharu A. B. C. D. I dan II I dan III II dan IV III dan IV

17. Tumpuan penduduk Kuala Lumpur pada awalnya adalah kerana aktiviti A. B. C. D. penanam getah perlombongan bijih timah perdagangan penananman teh

18. Kawasan lembah sungai yang mempunyai tumpuan penduduk yang padat boleh dikaitkan dengan aktiviti A. pertanian B. perlombongan C. perindustrin D. pelancongan

19.

Mengapakah pantai barat Semenanjung Malaysia mempunyai kepadatan

penduduk yang tinggi berbanding dengan pantai timur Semenanjung Malaysia? I Terdapat banyak bandar II Iklim lebih nyaman III Dataran lebih luas IV Sistem pegangkutan lebih lengkap A. B. C. D. I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

20. Pilih pernyataan yang benar tentang penduduk di Malaysia I Pendalaman Sabah mempunyai penduduk yang jarang II Kawasan yang mempunyai tanah yang subur menjadi tumpuan penduduk III Kawasan penduduk yang padat terdapat di kawasan pedalaman Sarawak IV Taburan pendudk di Malaysia adalahsekata A. B. C. D. I dan II I dan III II dan IV III dan IV

JAWAPAN

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

You might also like