You are on page 1of 6

Tema Novel Sejambak Bakti

Novel Sejambak Bakti bertemakan perjuangan generasi muda untuk


menubuhkan kedai koperasi di sekolah untuk mencapai matlamat demi
kebaikan bersama.

Tuan pengetua, Cikgu Syamsudin selaku Pengerusi koperasi


memaklumkan tujuan penubuhan koperasi. Razali dan ahli-ahli lembaga
pengarah koperasi sekolah yang lain seperti Ramlah dan Saridevi telah
berusaha dengan gigih untuk memajukan dan membangunkan kedai
koperasi sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan. Mereka telah
mendapat sokongan penuh daripada guru-guru koperasi iaitu cikgu
Zukifli dan Puan Robeah.

Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan bersetuju untuk menyertai


pertandingan koperasi maju, berjaya dan baik pentadbirannya. Ahli
Lembaga Pengarah Koperasi dan guru-guru bekerja dengan bersungguh-
sungguh untuk merealisasikan hasrat mereka. Akhirnya sekolah mereka
telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Koperasi
Sekolah-sekolah anjuran ANGKASA.

Persoalan Novel Sejambak Bakti

- Persoalan kasih sayang seorang ibu

Contoh: Kasih sayang seorang ibu kepada anak dapat dikesan melalui
watak Mak Sopiah. Mak Sopiah sentiasa menjaga kebajikan Razali. Mak
Sopiah sentiasa menghantar minuman petang ke tempat Razali belajar
dan mempertahan Razali daripada kemarahan bapa tirinya.

- Perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpal.

Contoh: Perbuatan Munir yang menceroboh masuk ke dalam koperasi


dan mencuri duit koperasi sebanyak RM200.00 telah berjaya dikesan.
Mengikut mesyuarat guru disiplin sekolah, Munir akan menerima
hukuman iaitu dirotan sebanyak tiga kali di hadapan murid- murid di
tapak perhimpunan dan digantung sekolah selama seminggu.

- Persoalan hubungan persahabatan yang positif


Contoh: Ramlah, Rozita dan Saridevi pernah ke rumah Razali untuk
belajar. Razali berserta sahabatnya yang lain juga turut bersama-sama
bergotong royong bagi menjayakan koperasi sekolah.

Page 3
- Sifat pemaaf yang merupakan sikap terpuji.

Contoh: Razali mempunyai sikap pemaaf kerana sanggup memaafkan


Munir walaupun Munir pernah memfitnahnya mencuri duit koperasi
sekolah. Malah Razali telah bersetuju memabantu Munir dalam
pelajarannya untuk menghadapi SPM.

- Persoalan semangat kerjasama

Contoh: Semangat kerjasama antara pengetua, guru- guru, pelajar,


Encik Aik Hong dan Encik Aziz untuk menjayakan koperasi sekolah.

- Persoalan ketabahan

Contoh: Ketabahan Razali menghadapi gangguan Munir, Leong dan


Silvam. Contoh: Ketabahan Razali berdepan dengan bapa tirinya yang
menghalaunya dari rumah tanpa kesalahan yang nyata. Contoh:
Ketabahan pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Seri Kayangan
untuk menjayakan koperasi sekolah.

- Usaha yang baik biasanya mendapat cabaran yang hebat.

Contoh: Razali yang menjadi penolong setiausaha lembaga pengarah


koperasi sekolah telah berusaha untuk memajukan koperasi sekolah.
Namun Razali telah mendapat tentangan dan cabaran hebat daripada
Munir, Leong dan Selvam cemburu akan kejayaannya. yang berasa

- Persoalan kepimpinan

Contoh: Pengetua sekolah sentiasa memberi sokongan kepada guru dan


pelajar. dalam menjayakan koperasi sekolah.

- Persoalan gejala Sosial


Contoh: Pergaduhan dalam kalangan pelajar sekolah sehingga
membawa kepada kecederaan.

- Pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan

hidup remaja

Contoh: Silvam dan Leong mengikut sahaja kata-kata

Munir supaya membelasah Razali menyebabkan mereka berdua dijatuhi


hukuman rotan oleh pengetua.

- Amalan bermuafakat dan berkerjasama akan membuahkan kejayaan.

Cikgu Syamsudin dan semua ahli lembaga pengarah telah bekerjasama


memajukan koperasi sekolah dan projek ternakan ayam. Akhirnya
sekolah mereka telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan
Koperasi Sekolah-sekolah.

- Sifat cemburu akhirnya memakan diri sendiri

Contoh: Munir sangat cemburu akan Razali yang dapat memenangi hati
Ramlah dan sanggup memfitnah dan memburuk-burukkan nama Razali.
Akhirnya, dia menerima hukuman sebatan di khalayak ramai.

Setia kawan dalam menjalani kehidupan remaja Contoh: Ramlah tetap


menyokong dan memberi semangat ketika Razali menghadapi dugaan
seperti dituduh menceroboh kedai koperasi.

Binaan Plot Novel Sejambak Bakti

- Permulaan

Pengarang memaparkan suasana pagi di Sekolah Menengah Teknik


Pertanian Seri Kayangan. Harun, Swee Lan, dan Saridevi sedang bertugas
di koperasi. Kehadiran Cikgu Zulkifli membawa surat untuk mengadakan
Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kali pertama pada tahun tersebut.
- Perkembangan

Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kali pertama diadakan pada


petang di bilik mesyuarat. Sebelas orang murid dan empat orang guru
telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah koperasi. Mesyuarat
tersebut turut dihadiri oleh pegawai daripada Jabatan Pembangunan
Koperasi. Razali telah terpilih sebagai penolong setiausaha.

Page 7
- Perumitan

Konflik bermula apabila Munir berasa cemburu dengan pelantikan


Razali sebagai penolong setiausaha. Mulai saat itu Munir, Leong dan
Selvam sering tidak hadir bertugas dan sentiasa cuba untuk rapat
dengan Ramlah. Sikap Munir yang sering mengganggu pelajar
perempuan dan tidak hadir bertugas telah dilaporkan kepada guru
kaunseling sekolah iaitu Cikgu Muniam. Munir berdendam dengan
Razali. Munir telah menumbuk Razali sehingga berdarah. Perbuatan
tersebut menyebabkan Munir dihukum rotan oleh pengetua.

- Klimaks

Seluruh warga Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan


dikejutkan dengan berita koperasi sekolah mereka telah diceroboh.
Wang koperasi sebanyak RM 200.00 turut dicuri. Pihak polis telah
dipanggil untuk melakukan siasatan. Razali telah dibawa ke balai polis
untuk membantu siasatan. Hal ini demikian kerana tiada sebarang
tanda-tanda bilik tersebut dipecahkan dan hanya Razali seorang sahaja
yang memiliki kunci tersebut. Kejadian tersebut menyebabkan ayah tiri
Razali berasa malu sehingga sanggup menghalaunya keluar dari rumah.

- Peleraian

Penjenayah tersebut berjaya dikesan setelah pencerohan berlaku buat


kali kedua. Munir terperangkap kerana memiliki wang kertas RM10.00
yang bertanda 'K'. Dia dihukum tiga kali sebatan di hadapan tapak
perhimpunan dan digantung sekolah selama seminggu. Koperasi sekolah
turut diumumkan sebagai Johan dalam pertandingan yang dianjurkan
oleh pihak ANGKASA. Persoalan tentang ayah Razali yang sebenar turut
terungkai semasa majlis penerimaan piala kemenangan tersebut. Razali
dan Munir, akhirnya menjadi sahabat baik.

Latar Novel Sejambak Bakti

Latar Tempat Novel Sejambak Bakti

- Koperasi Sekolah

Tempat ahli lembaga pengarah koperasi sekolah sibuk menjalankan


tugas mereka.

- Bilik Mesyuarat

Tempat ahli lembaga pengarah koperasi sekolah mengadakan


mesyuarat kali pertama pada tahun itu.

- Bandar Kangar

Tempat terletaknya kedai ayah Swee Lan.

- Bilik Pengetua

Tempat Munir, Leong, Silvam dirotan oleh pengetua kerana memukul


Razali. Disinilah juga Razali dipertemukan dengan ayah kandungnya, Pak
Ramli.

- Rumah Razali
Tempat tinggal Razali, ibunya Mak Sopiah dan ayah tirinya, Pak Zakaria.

Page 10
Latar Masa Novel Sejambak Bakti

- Waktu Pagi

Contoh Peristiwa: Murid-murid mengisi masa untuk memebeli


keperluan persekolah di koperasi sekolah.

- Waktu Petang
Contoh Peristiwa: Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah
Menengah Teknik Pertanian Seri

Kayangan diadakan.

- Waktu Malam

Contoh Peristiwa: Lembaga hitam kelihatan memanjat pintu pagar


Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan lalu berlari menuju
ke arah kedai koperasi.

You might also like