You are on page 1of 7

TEMA :

Tema novel ini ialah kegigihan sekumpulan remaja memajukan kedai koperasi sekolah. Hal
in dibuktikan menerusi watak Razali yang bertugas sebagai Penolong Setiausaha. Dia dibantu
oleh Ramlah, Harun, Swee Lan, dan Saridevi sehingga koperasi sekolah mereka diumum
sebagai koperasi terbaik di peringkat kebangsaan. Walaupun mendapat cabaran seperti kedai
koperasi diceroboh sebanyak dua kali, namun mereka tetap bersiap siaga dengan dibantu oleh
Cikgu Zulkifli untuk memastikan koperasi mereka boleh menyertai pertandingan.

PERSOALAN :
1. Setia kawan dalam menjalani kehidupan remaja

contoh Ramlah tetap menyokong dan memberi semangat ketika Razali


menghadapi dugaan seperti dituduh menceroboh kedai koperasi.

2. Perasaan dendam menyebabkan hilang pertimbangan akal

contohnya Munir yang mendendami Razali gara-gara tidak dapat menjalinkan


hubungan dengan Ramlah sehinggakan sanggup memukul dan memfitnah Razali
menceroboh koperasi sekolah.

3. Menyimpan rahsia kerana takut kehilangan orang yang disayangi

contohnya Mak Sopiah sanggup merahsiakan ayah kandung Razali kerana tidak
mahu anaknya itu meninggalkannya kelak jika Razali mengetahui ayah
kandungnya yang sebenar.

4. Pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan hidup remaja

contohnya Silvam dan Leong mengikut sahaja kata-kata Munir supaya


membelasah Razali menyebabkan mereka berdua dijatuhi hukuman rotan oleh
pengetua.

Latar Tempat & Latar Masa


Watak dan Perwatakan
Nilai dan Moral

Soalan Format PT3 – Aspek Pengajaran


Model Soalan
Terdapat banyak pengajaran yang boleh kita peroleh dalam sesebuah novel untuk
dijadikan pedoman dalam kehidupan.  Berdasarkan novel yang telah anda kaji
dalam tingkatan 1, jelaskan pengajaran-pengajaran  yang terdapat dalam novel
tersebut.   [10 markah]

Model Jawapan:

               Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 1 ialah novel Sejambak Bakti,
karya Rejab F.I.  Terdapat banyak pengajaran yang diperoleh dalam novel ini.
Pengajaran yang kita peroleh boleh dijadikan pedoman dalam mengharungi
kehidupan ini.
                Antara pengajarannya ialah , Kita hendaklah bekerjasama dalam
melaksanakan sesuatu tugas supaya mencapai kejayaan.  Contohnya, Cikgu
Syamsudin dan semua ahli lembaga pengarah telah bekerjasama memajukan
koperasi sekolah dan projek ternakan ayam. Akhirnya sekolah mereka telah
berjaya menjadi johan dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.
                Pengajaran yang seterusnya ialah, Kita janganlah sesekali menyimpan
dendam terhadap orang lain. Contohnya, Munir berdendam dengan Razali kerana
Razali telah dilantik menjadi Setiausaha Koperasi dan disukai oleh kawan-kawan
terutama Ramlah.
                Selain itu terdapat juga pengajaran bahawa Kita hendaklah
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada
kita.  Contohnya, Razali dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah menengah
Teknik Sri Kayangan yang lain melaksanakan tugas masing-masing dengan
penuh tanggungjawab untuk memajukan koperasi sekolah mereka.

Latar Tempat Novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I Sekolah Menengah Teknik Pertanian
Seri Kayangan,  Perlis Sebuah sekolah yang terdapat empat buah bangunan yang bercat
kuning tersergam indah. Pengetua sekolah ialah Cikgu Syamsudin. Sekolah itu
mementingkan disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar. Sekolah itu terdapat
kedai koperasi, bangsal ternakan ayam telur dan sebagainya. Kebanyakan pelajar daripada
keluarga petani. Salah satu peristiwa yang penting yang berlaku di sekolah itu ialah Munir
dirotan oleh pengetua di hadapan perhimpunan kerana melanggar pelbagai masalah disiplin.
Selain itu, Koperasi Sekolah itu telah berjaya memenangi johan dalam Pertandingan Koperasi
Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali telah mewakili sekolah untuk menerima piala itu.
Tambahan lagi, terdapat peristiwa tenang pertemuan antara Razali dengan bapa kandungnya,
iaitu Pak Ramli. Kedai koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayang Kedai
koperasi itu diuruskan oleh seorang pembantu kedai, 12 orang pelajar dan empat orang guru
yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah koperasi. Kedai koperasi itu menjual pelbagai
bahan keperluan pelajar, seperti alat-alat tulis, baju sukan, buku dan sebagainya. Salah satu
peristiwa yang berlaku di kedai koperasi itu ialah Munir telah mencerobahi kedai itu dan
mencuri wang sebanyak RM200 serta sengaja menjadikan semua barangan jualan bertaburan
di lantai. Bukan itu sahaja, dua orang polis telah datang ke kedai koperasi itu untuk membuat
siasatan. Mereka mendapati bahawa pintu kedai tidak dikopak orang. Oleh itu, mereka
mengesyaki penceroboh itu ialah pemilik kunci kedai koperasi. Akibatnya Razali telah
dibawa ke balai polis untuk mendapat siasatan lanjut. Selain itu, terdapat peristiwa tentang
semua ahli lembaga pengarah bekerjasama untuk mengemaskan bilik kedai koperasi itu
sebagai persediaan untuk menghadapi Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah tetapi Munir
tidak hadir dan bermain bola di padang. Rumah Razali Ramah Razali terdapat di kawasan
sawah. Razali tinggal bersama dengan ibunya Mak Sopiah dan ayah tirinya, Pak Zakaria .
Salah satu peristiwa yang berlaku di rumah itu ialah Pak Zakaria hendak menghalau Razali
keluar dari rumah itu setelah mendengar fitnah daripada Munir bahawa Razali telah
mencerobohi kedai koperasi dan mencuri wang. Peristiwa lain yang menarik ialah Munir
datang ke rumah Razali dan meminta maaf kepada Mak Sopiah dan Pak Zakaria atas
fitnahnya terhadap Razali sehingga nama keluarga mereka terjejas. Selain itu terdapat
peristiwa ialah Razali meminta ibunya supaya memberitahu nama bapanya dan kedudukan
bapanya ketika itu tetapi Mak Sopiah enggan memberitahu keadaan bapanya kepada Razali
Pondok di tengah Sawah Pondok itu tidak jauh dari rumah Razali. Tempat itu sunyi dan
lapang. Oleh itu saban hari, Razali akan mengulang kaji pelajar di pondok itu. Selain itu, dia
juga mengajak Ramlah, Swee Lan dan Saridevi untuk mengulang kaji di situ. Ketika
menghadapi fitnah dan dimarahi oleh bapa tirinya, Razali akan berada di pondok itu untuk
menenangkan jiwanya. Di samping itu, Razali juga membantu Munir dalam pelajaran di
pondok itu setelah Munir insaf akan kesalahan. Maktab Kerjasama, Petaling Jaya Razali dan
wakil-wakil sekolah lain telah dipilih untuk menyertai kursus seluruah koperasi sekolah
Malaysia di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya. Razali telah mendapat banyak ilmu
pengetahuan tenang koperasi dalam kursus itu.

Latar Masa
Latar masa bagi novel ini ialah pada zaman sekarang. Terdapat latar masa pagi, petang dan
malam. Latar masa pagi Peristiwa yang berlaku pada waktu pagi ialah ketika Razali dan
beberapa orang kawan membuka pintu kedai koperasi, mereka terkejut kerana kedai koperasi
mereka telah dicerobohi orang. Semua barangan jual bertaburan di lantai. RM200 yang
disimpan di dalam laci meja juga dicuri orang. Mereka segera melaporkan peristiwa itu
kepada Cikgu Zulkifli. Peristiwa yang menarik yang lain ialah Koperasi Sekolah Menengah
Teknik Pertanian Seri Kayangan telah menenangi johan dalam Pertandingan Koperasi
Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali telah mewakili sekolah untuk menerima piala itu.
Selain itu, peristiwa yang menarik ialah Razali dapat bertemu dengan bapa kandungnya, Pak
Ramli pada waktu pagi juga. Latar masa petang Peristiwa yang berlaku pada waktu petang
ialah Razali telah dipukul oleh Munir, Leong dan Silvam di tengah jalan setelah pulang dari
sekolah. Razali tersungkur dan mukanya berdarah. Peristiwa lain yang berlaku pada waktu
petang ialah Pak Zakaria hendak menghalau Razali keluar dari rumah setelah mendengar
fitnah daripada Munir dan Leong. Latar masa malam Peristiwa menarik yang berlaku pada
waktu malam ialah satu lembaga hitam telah membuka pintu Kedai Koperasi Sekolah lalu
masuk ke dalam kedai itu. Lembaga hitam sanggup memunggah kedai itu sehingga barang-
barang di kedai itu besepah dan tunggang-langgang
Perwatakan bagi watak-watak dalam novel Sejambak Bakti

Razali
Razali merupakan watak utama dalam novel Sejambak Bakti. Razali ialah anak kepada Mak
Sopiah dan anak tiri kepada Pak Zakaria. Sebagai penolong setiausaha lembaga pengarah
Koperasi sekolah, Razali sentiasa menjalankan tugasnya dengan amanah. Sebagai pelajar,
Razali sangat rajin dan belajar bersungguh-sungguh. Dia sering mengulang di pondok yang
terletak di tengah sawah.

Dia juga bersikap suka membantu. Contohnya dia telah membantu Ramlah, Swee Lan, dan
Saridevi dalam pelajaran. Selain itu, Razali juga sayang dan hormat kepada ibunya.
Contohnya walaupun sangat ingin mengetahui keadaan ayah kandungnya, Razali tidak
sanggup menyakiti hati ibunya semasa ibunya enggan memberitahukan ayahnya.

Razali juga bersikap sedia memaafkan. Misalnya ketika Munir meminta maaf kepadanya,
Razali segera bersalam dengannya dan memeluk badan Munir sebagai tanda memaafkan
segala kesalahan Munir terhadapnya. Razali juga bersikap ikhlas. Dia sanggup menerima
Munir sebagai sahabat walaupun Munir pernah memukulnya dan membuat fitnah
terhadapnya, malahan sanggup membantu Munir dalam pelajaran setelah Munir insaf akan
kesalahannya.

Munir
Munir berasal daripada keluarga yang berada. Dia juga merupakan salah seorang ahli
lembaga pengarah koperasi sekolah. Munir bersikap sombong dan angkuh. Dia suka memacu
motosikal di jalan raya. Munir merupakan ahli lembaga pengarah yang tidak
bertanggungjawab. Contohnya dia sanggup ponteng dalam tugas di kedai koperasi sekolah
dan bermain bola di padang. Munir juga bersikap pendendam dan iri hati. Contohnya dia
cemburu apabila melihat Ramlah sering bersama dengan Razali. Dia sanggup memukul
Razali di tengah jalan ke rumah. Dia juga membuat fitnah bahawa Razali telah mencerobohi
kedai koperasi. Bagaimanapun Munir telah insaf akan kesalahan dirinya setelah dirotan di
depan perhimpunan. Dia telah meminta maaf kepada Razali dan keluarga Razali.

Mak Sopiah
Ibu kepada Razali dan isteri kepada Pak Zakaria. Dia juga bekas isteri kepada Pak Ramli. Dia
telah bercerai dengan Pak Ramli 16 tahun yang lalu, iaitu Razali baru berumur satu tahun.
Mak Sopiah bersikap penyayang. Dia sangat sayang akan anaknya Razali. Sebagai contoh,
dia sangat membela Razali malah mengikut Razali keluar dari rumah jika suaminya hendak
menghalau Razali keluar dari rumah itu. Dia tidak mahu memberitahu keadaan ayah kandung
Razali kepada Razali kerana tidak mahu Razali meninggalkannya. Mak Sopiah juga seorang
yang mesra. Contohnya dia melayani kawan-kawan Razali dengan ramah-tamah dan
menghilangkan minuman dan pisang goreng untuk mereka.

Cikgu Zulkifli
Cikgu Zulkifli ialah guru yang bertanggungjawab terhadap Koperasi Sekolah. Sebagai salah
seorang ahli lembaga pengarah, Cikgu Zulkifli sentiasa memberikan perhatian dan bantuan
untuk memajukan kegiatan koperasi sekolah. Beliau seorang guru yang dedikasi dan
bertanggungjawab. Beliau sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk menguruskan
perniagaan kedai koperasi dan projek ternakan ayam telur di sekolah itu. Cikgu Zulkifli juga
seorang guru yang mengambil berat terhadap pelajaran dan tingkah laku pelajar. Contohnya
dia sentiasa memberikan nasihat kepada Munir supaya bersikap positif terhadap pelajar dan
tugas dalam koperasi sekolah.
Cikgu Syamsudin
Cikgu Syamsudin merupakan pengetua Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan.
Cikgu Syamsudin bersikap tegas dan sentiasa mengambil berat akan disiplin pelajar. Oleh itu
beliau sanggup mengambil keputusan untuk merotan dan merotan di hadapan perhimpunan
pelajar terhadap Munir yang sering melanggar peraturan sekolah. Beliau berbuat demikian
demi meningkatkan disiplin pelajar. Beliau sentiasa prihatin terhadap kokurikulum pelajar.
Contohnya, beliau memberikan sokongan yang sepenuh terhadap kegiatan koperasi sekolah
dan penyertaan Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.

Pak Zakaria
Pak Zakaria ialah bapa tiri kepada Razali dan suami kepada Mak Sopiah. Dia bersikap
prejudis. Contohnya, dia sering menganggap bahawa anak tirinya bersikap sombong dan
angkuh. Semasa melihat keadaan Razali yang telah dipukul, dia terus mendakwa bahawa
Razali suka bergaduh dengan orang lain. Apabila diberitahu oleh Munir dan Leong, Pak
Zakaria terus mempercayai kata-kata mereka, iaitu Razali telah mencerobohi kedai koperasi
dan mencuri wang di dalam kedai koperasi itu. Tanpa usul periksa, Pak Zakaria hendak
menghalau Razali keluar dari rumah. Bagaimanapun dia juga bersikap sedia memaafkan,
iaitu dia terus memaafkan Munir apabila Munir meminta maaf atas kesalahannya yang
memfitnah Razali sehingga nama keluarga merekaterjejas.

Ramlah
Ramlah seorang gadis yang bersikap sopan dan lemah lembut. Keayuannya telah memikat
hati Munir. Sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah, Ramlah aktif menjalankan
tugasnya dengan penuh tanggungjawab. Dia seorang pelajar yang suka membantu orang.
Contohnya dia telah membantu Razali untuk membuat minit mesyuarat lembaga pengarah
koperasi sekolah. Selain itu, Ramlah seorang pelajar yang tekun dalam pelajaran. Oleh itu,
dia dan Swee Lan serta Saridevi meminta Razali supaya dapat berulang kaji tentang pelajaran
yang tidak difahami. Dia juga bersikap setia kawan. Contohnya dia percaya sepenuhnya
terhadap Razali bahawa Razali tidak terlibat dalam kes kecurian dalam kedai koperasi
sekolah.

Selain itu terdapat watak-watak samping yang lain seperti:


Swee Lan , Saridevi, Harun, Norlela, Cikgu Robeah, Cikgu Hassan, Leong, Silvam, Cikgu
Saiful, Pak Ramli, Encik Ali dan sebagainya.

Nilai-Nilai dalam Novel Sejambak Bakti

Nilai amanah
Ahli-ahli lembaga pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
dapat menjalankan tugas masing-masing dengan penuh bertanggungjawab. Mereka sanggup
mengorbankan masa dan tenaga untuk meningkatkan pendapatan kedai koperasi dan berusaha
untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan sekolah, seperti membina bilik bacaan.

Nilai tolong-menolong
Razali mempunyai nilai tolong-menolong. Ketika kawan-kawan menghadapi masalah dalam
pelajaran, dia tidak keberatan untuk memberikan bantuan. Contohnya dia membantu Ramlah,
Swee Lan, Saridevi dan Munir yang menghadapi masalah dalam pelajaran. Ramlah juga
mengamalkan nilai tolong-menolong. Contohnya dia membantu Razali untuk melengkapkan
minit mesyuarat.

Nilai kerjasama
Ahli lembaga pengarah koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan sentiasa
mengamalkan nilai kerjasama. Contohnya, mereka bekerjasama dan bergotong-royong untuk
membersihkan reban ayam, bilik bacaan dan kedai koperasi mereka sebagai persediaan untuk
menyertai Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.

Nilai kasih sayang


Mak Sopiah mengamalkan nilai kasih sayang. Dia bersikap penyayang. Dia sayang akan anak
tunggalnya dan mengambil berat akan pelajaran dan perasaanya. Dia sanggup keluar dari
rumah ketika suaminya hendak menghalau Razali dari rumah. Dia juga enggan memberitahu
Razali tentang bapa kandungnya kerana tidak sanggup berpisah dengan Razali . Selain itu,
Razali juga berpegang teguh terhadap nilai kasih sayang. Dia sayang akan emak dan tidak
mahu menyakiti hati ibunya. Walaupun sangat ingin mengetahui bapa kandungnya, tetapi dia
tidak mahu memaksa ibunya untuk memberitahu keadaan bapa kandungnya.

Nilai jujur dan ikhlas


Razali mengamalkan nilai jujur dan ikhlas. Dia ikhlas menerima Munir sebagai kawan
setelah Munir insaf akan kesalahannya walaupun Munir pernah membulinya malah membuat
fitnah terhadapnya. Dia juga bersikap jujur dan ikhlas untuk membantu pelajar lain yang
menghadapi masalah dalam pelajaran.

Nilai Tabah
Sebagai anak tiri, Razali tabah menghadapi layanan Pak Zakaria yang agak teruk. Dia
sentiasa sabar walaupun ditegur oleh Pak Zakaria sebagai pencuri, sombong dan suka
berlagak. Dia sentiasa tabah walaupun rindu akan bapa kandungnya. Setelah balik dari balai
polis, Razali tetap tabah untuk berhadapan dengan khabar angin yang mendakwa dia sebagai
pencerobah kedai koperasi dan pencuri. Selain itu, Mak Sopiah juga mengamalkan nilai
tabah. Dia tabah menghadapi pengalaman yang pahit, iatu dia diceraikan oleh bekas
suaminya Ramli pada 16 tahun yang lalu.

Nilai tanggungjawab
Sebagai pengetua, Cikgu Syamsudin mengamalkan nilai tanggungjawab. Beliau menjalankan
tugasnya sebagai pengetua dengan penuh tanggungjawab. Beliau sentiasa menjaga disiplin
sekolah itu dan menggalakkan pelajar menyertai pertandingan untuk mengharumkan nama
sekolah. Selain itu, ahli-ahli lembaga pengarah juga menjalankan tugas yang diamanahkan
dengan penuh tanggungjawab, seperti Razali, Cikgu Zulkifli, Ramlah, Swee Lan dan
Saridevi.

You might also like