You are on page 1of 5

PECUTAN AKHIR NOVEL

Disediakan oleh Cikgu Jalani bin Idris

Contoh Penulisan Novel

Novel yang saya kaji ialah novel _______________________________________. Peistiwa yang


__________(fokus soalan)_______________________ ialah peristiwa _________________________
______________ (Huraian peristiwa) _____________________________________________________.
(Kaitkan dengan fokus soalan) ___________________________________________________
Huraian

Peistiwa kedua ialah peristiwa ____________________________________________________.


(Huraian peristiwa) ____________________________________________________________________.
(Kaitkan dengan fokus soalan) ___________________________________________________

Contoh 1

Berdasarkan sebuah novel yang dipelajari, huraikan dua peristiwa yang dapat anda jadikan panduan
dalam hidup.

Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan. Peristiwa yang dapat saya
jadikan panduan dalam hidup ialah peristiwa Lili patuh akan permintaan ibunya untuk balik ke
kampung datuk pada cuti sekolah. Walaupun Lili mempunyai rancangan lain dengan rakan-
rakannya iaitu untuk meraikan majlis persaraan pengetuanya, namun dia akur dengan
permintaan ibunya untuk bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu. Peristiwa ini saya
jadikan panduan dalam hidup dengan menunjukkan kepatuhan seorang anak terhadap ibu
dengan mengutamakan permintaan ibu.
Peistiwa kedua ialah peristiwa Danel menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan
Rafiq di sebuah pondok di dalam hutan. Danel sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan
rakannya, Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafiq pada waktu malam. Peristiwa ini saya jadikan
panduan dalam hidup dengan menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi dan berani
membantu rakan yang ditimpa kesusahan.

RUJUKAN

Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

1) Peristiwa Lili patuh dengan permintaan ibunya balik ke kampung datuk pada cuti sekolah. Walaupun
Lili mempunyai rancangan lain dengan rakan-rakannya iaitu untuk meraikan majlis persaraan
pengetuanya, namun dia akur dengan permintaan ibunya untuk bercuti di kampung datuknya di Dungun,
Terengganu.
Huraian: Kepatuhan seorang anak terhadap ibu dengan mengutamakan permintaan ibu dan
mengabaikan perancangan sendiri.

2) Peristiwa Danel menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafiq dan Haziq di sebuah pondok di dalam
hutan. Danel sanggup berkorban untuk menyelamatkan nyawa rakannya yang diculik.
Huraian: Semangat setiakawan yang tinggi dan berani menyelamatkan rakan.

3) Peristiwa Danel bijak menyelesaikan masalah penduduk kampung. Danel telah mencadangkan
supaya membuat pengumuman di surau untuk meminta pendapat penduduk kampung sama ada ingin
meletakkan kubah di surau ataupun membina masjid baharu. Majoriti penduduk menginginkan
pembinaan masjid baharu kerana surau sudah uzur. Danel dan Lili tidak jadi memasang poster kerana
kurang berkesan.
Huraian: Kerjasama antara penduduk kampung penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

4) Peristiwa orang kampung akhirnya bersetuju meletakkan kubah di masjid baharu. Orang kampung
selama ini berpecah kepada dua golongan. Golongan tua mahu kubah diletakkan di surau. Golongan
muda mahu meletakkan kubah di masjid baharu yang akan dibina.
Huraian: Penduduk kampung bersepakat dan tidak lagi berpuak-puak.

5) Peristiwa nenek menegur Lili supaya Lili tidak berkasar dengan haiwan kerana Lili menolak kucing-
kucing yang menggesel kakinya dengan kaki.
Huraian: Sikap menyayangi haiwan patut diamalkan.

Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

1) Peristiwa Dahlia gigih dalam menuntut ilmu. Dahlia gigih berulang-alik ke sekolah sejauh 30 kilometer
demi menuntut ilmu. Dahlia terpaksa keluar asrama dan berulang alik ke sekolah setelah ibunya dirawat
di hospital kerana dia perlu menjaga adiknya yang masih kecil dan melakukan kerja-kerja di rumah
namun Dahlia tetap mengulang kaji pelajaran pada waktu malam.
Huraian: Sikap gigih menuntut ilmu pengetahuan sehingga beroleh kejayaan.

2) Peristiwa Tauke Lim membenarkan Embong dan keluarganya membeli barangan runcit di kedainya
secara hutang. Tauke Lim tetap membenarkan Embong dan keluarganya membeli barangan di kedainya
secara hutang walaupun hutang lama belum dibayar oleh Embong.
Huraian: Sikap baik hati membantu orang yang dalam kesusahan dapat meringankan beban orang lain.

3) Peristiwa Embong hidup dalam kemiskinan tetapi dia tetap mementingkan pelajaran anak-anaknya.
Embong marah apabila Dahlia bercadang untuk berhenti sekolah kerana mahu membantu keluarga
sedangkan dia masih mampu mencari rezeki untuk anak-anaknya. Peristiwa ini dapat dijadikan iktibar
oleh pembaca agar mementingkan pendidikan anak-anak agar masa depan mereka terjamin.
Huraian: Mementingkan pendidikan anak-anak..

4) Peristiwa Dahlia gigih menghadapi masalah kesihatan ibunya, Saleha yang bersikap kurang siuman
dan terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat dan Hospital Permai di Johor Bahru untuk rawatan
pemulihan. Ibu Dahlia sering bercakap sendirian dan sesekali ketawa di kebun getah dan merayau-rayau
tidak tentu arah apabila menjelang senja. Masalah kesihatan ibunya ini menyebabkan Dahlia perlu
memikul tanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya.
Huraian: Bertanggungjawab memikul tugas ibu bapa yang berada dalam kesulitan.

5) Peristiwa Dahlia melayani neneknya dengan baik dan bersopan santun walaupun sering dilemparkan
dengan kata-kata yang mengecewakannya.
Huraian: Menghormati dan melayani ahli keluarga dengan baik dan tidak pernah menyimpan dendam.

6) Peristiwa Nek Kiah insaf atas segala perbuatan negatifnya terhadap keluarga Embong dan sering
memandang rendah terhadap mereka.
Huraian: Keinsafan kerana pernah menghina ahli keluarga sendiri.

7) Peristiwa penduduk kampung bekerjasama membina rumah Embong semula setelah rumahnya
musnah dibawa arus banjir.
Huraian: Bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

* Ubah suai jawapan di atas berdasarkan kehendak fokus soalan.


Contoh 2

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan sikap keprihatinan masyarakat dalam novel-
novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan dan Songket Berbenang
Emas. Sikap keprihatinan masyarakat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah sikap
prihatin seorang ibu terhadap anaknya. Ibu Lili prihatin terhadap Lili yang akan bercuti sekolah.
Ibunya menghantar Lili balik ke kampung datuk di Dungun, Terengganu pada cuti sekolah
walaupun Lili mempunyai rancangan lain dengan rakan-rakannya.
Sikap keprihatinan masyarakat dalam novel Songket Berbenang Emas pula ialah sikap
prihatin seorang kawan menyelamatkan rakannya. Danel menyelamatkan Lili yang diculik oleh
Haziq dan Rafiq di sebuah pondok di dalam hutan. Danel sanggup berkorban nyawa untuk
menyelamatkan rakannya, Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafiq pada waktu malam dan akhirnya
dia berjaya.

Contoh 3

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menyebabkan pembaca
berasa kagum akan watak utama.

Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas. Watak utama novel ini ialah
Dahlia. Peristiwa yang menyebabkan pembaca berasa kagum akan watak utama ialah peristiwa
Dahlia gigih dalam menuntut ilmu. Dahlia gigih berulang-alik ke sekolah sejauh 30 kilometer demi
menuntut ilmu. Dahlia terpaksa keluar asrama dan berulang alik ke sekolah setelah ibunya
dirawat di hospital kerana dia perlu menjaga adiknya yang masih kecil dan melakukan kerja-kerja
di rumah namun Dahlia tetap mengulang kaji pelajaran pada waktu malam. Peristiwa ini
menyebabkan pembaca berasa kagum akan watak utama kerana sikap gigih menuntut ilmu
pengetahuan sehingga beroleh kejayaan.
Peistiwa kedua ialah peristiwa Dahlia gigih menghadapi masalah kesihatan ibunya.
Ibunya, Saleha yang bersikap kurang siuman terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat dan
Hospital Permai di Johor Bahru untuk rawatan pemulihan. Ibu Dahlia sering bercakap sendirian
dan sesekali ketawa di kebun getah dan merayau-rayau tidak tentu arah apabila menjelang senja.
Masalah kesihatan ibunya ini menyebabkan Dahlia perlu memikul tanggungjawab untuk menjaga
adik-adiknya. Peristiwa ini menyebabkan pembaca berasa kagum akan watak utama kerana
bertanggungjawab memikul tugas ibu bapa yang berada dalam kesulitan.

Contoh 4
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang
menggambarkan perasaan kasih sayang.

Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan dan Songket Berbenang
Emas. Peristiwa menggambarkan perasaan kasih sayang dalam novel Jendela Menghadap Jalan
ialah peristiwa Lili patuh akan permintaan ibunya untuk balik ke kampung datuk pada cuti sekolah.
Walaupun Lili mempunyai rancangan lain dengan rakan-rakannya iaitu untuk meraikan majlis
persaraan pengetuanya, namun dia akur dengan permintaan ibunya untuk bercuti di kampung
datuknya di Dungun, Terengganu. Peristiwa ini menunjukkan perasaan kasih sayang seorang
anak terhadap ibu dengan akur suruhan ibu dan tidak mahu melukakan hati ibunya.
Peristiwa menggambarkan perasaan kasih sayang dalam novel Songket Berbenang
Emas pula ialah peristiwa Dahlia sanggup berulang-alik dari rumah ke sekolah untuk
menguruskan keperluan adik-adiknya setelah ibunya dirawat di hospital. Dahlia terpaksa keluar
asrama dan berulang alik ke sekolah sejauh 30 kilometer setelah ibunya dirawat di Hospital
Permai kerana dia perlu menjaga adiknya yang masih kecil dan melakukan kerja-kerja di rumah.
Peristiwa ini menunjukkan kasih sayang seorang kakak terhadap adik-adiknya.

Contoh 5

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang dapat memberikan inspirasi
kepada anda.

Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas. Peristiwa yang dapat
memberikan inspirasi kepada saya dalam novel ini ialah peristiwa Dahlia gigih dalam menuntut
ilmu. Dahlia gigih berulang-alik ke sekolah sejauh 30 kilometer demi menuntut ilmu. Dahlia
terpaksa keluar asrama dan berulang alik ke sekolah setelah ibunya dirawat di hospital kerana
dia perlu menjaga adiknya yang masih kecil dan melakukan kerja-kerja di rumah namun Dahlia
tetap mengulang kaji pelajaran pada waktu malam. Peristiwa ini menunjukkan sikap gigih seorang
pelajar menuntut ilmu pengetahuan sehingga beroleh kejayaan yang dapat memberikan inspirasi
kepada saya.
Peristiwa kedua yang dapat memberikan inspirasi kepada saya dalam novel ini ialah
peristiwa Embong hidup dalam kemiskinan tetapi dia tetap mementingkan pelajaran anak-
anaknya. Embong marah apabila Dahlia bercadang untuk berhenti sekolah kerana mahu
membantu keluarga sedangkan dia masih mampu mencari rezeki untuk anak-anaknya. Pak
Embong mengambil upah menoreh getah dan mengutip buah sawit untuk menyara keluarganya.
Peristiwa ini dapat memberikan inspirasi kepada saya agar mementingkan pendidikan anak-anak
agar masa depan mereka terjamin.

Contoh 6

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menggambarkan cabaran yang
dialami oleh watak dalam karya tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas. Peristiwa yang
menggambarkan cabaran yang dialami oleh watak dalam novel ini ialah peristiwa Dahlia gigih
dalam menuntut ilmu. Dahlia gigih berulang-alik ke sekolah sejauh 30 kilometer demi menuntut
ilmu. Dahlia terpaksa keluar asrama dan berulang alik ke sekolah setelah ibunya dirawat di
hospital kerana dia perlu menjaga adiknya yang masih kecil dan melakukan kerja-kerja di rumah
namun Dahlia tetap mengulang kaji pelajaran pada waktu malam. Peristiwa ini menunjukkan
cabaran seorang pelajar menuntut ilmu pengetahuan sehingga beroleh kejayaan.
Peristiwa kedua yang menggambarkan cabaran yang dialami oleh watak dalam novel ini
ialah peristiwa Embong hidup dalam kemiskinan tetapi dia tetap mementingkan pelajaran anak-
anaknya. Embong marah apabila Dahlia bercadang untuk berhenti sekolah kerana mahu
membantu keluarga sedangkan dia masih mampu mencari rezeki untuk anak-anaknya. Pak
Embong mengambil upah menoreh getah dan mengutip buah sawit untuk menyara keluarganya.
Peristiwa ini menggambarkan cabaran yang dialami oleh watak agar mementingkan pendidikan
anak-anak demi masa depan mereka terjamin.

You might also like