You are on page 1of 5

Drama - Hadiah

SINOPSIS

Fauziah yang kematian suaminya, Sarjan Akhbar berdepan dengan kesempitan


hidup. Dia dan dua orang anaknya, iaitu Hayati dan Farid terpaksa bergantung
hidup dengan bapanya, Pak Mail seorang pesara. Berikutan kesempitan hidup itu,
Yati yang belajar di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka dan duduk di asrama
mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Hal ini demikian kerana Yati masih
berhutang dengan pihak sekolah sebanyak empat puluh ringgit.

Sewaktu Pak Mail sedang berbual dengan Fauziah tentang nasib hidup keluarga
mereka, Yati pun sampai. Yati bertanyakan khabar ibu dan datuknya. Pak Mail
mengatakan bahawa dia telah berunding dengan Datuk Penghulu berhubung dengan
masalah mereka. Yati memberitahu ibu dan datuknya bahawa dia telah
memaklumkan masalahnya kepada pengetua. Selepas itu, Yati masuk ke dalam
bilik. Pak Mail dan Fauziah meneruskan perbualan mereka dua beranak.

Tiba-Tiba, Datuk Penghulu datang bersama dengan Encik Musa dari Kementerian
Pertahanan. Encik Musa mengatakan bahawa kedatangan beliau adalah untuk
menyampaikan penghargaan negara kepada keluarga Sarjan Akhbar. Selepas itu,
Encik Musa pun menyampaikan cek berjumlah sepuluh ribu kepada Fauziah bagi
menyara persekolahan anak-anak Sarjan Akhbar. Selepas penyerahan cek itu, Encik
Musa dan Datuk Penghulu ingin pulang. Tiba-tiba, Yati muncul. Pak Mail
memberitahu Yati bahawa dia akan dihantar ke asrama semula dan meminta Yati
belajar rajin-rajin. Yati bertanya kepada datuknya adakah dia boleh belajar semula.
Encik Musa mengiyakan dan menasihati Yati agar belajar rajin-rajin. Kemudian Encik
Musa minta diri. Pak Mail bersalaman dan mengucapkan ucapan terima kasih. Pak
Mail menghantar Datuk Penghulu dan Encik Musa ke pintu.

PEMIKIRAN
Kegigihan menuntut ilmu.
Buktinya, Hayati terpaksa pulang ke kampung kerana tidak dapat membayar yuran
asrama sekolah.

PERSOALAN
i.      Ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan.
Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya, Akhbar, yang terkorban
semasa bertugas di sempadan.

ii.    Gigih meneruskan pelajaran. 


Contoh: Hayati tetap berusaha untuk terus tinggal di asrama bagi meneruskan
pelajarannya.

iii.   Berusaha untuk menyelesaikan masalah. 


Contoh: Pak Mail menceritakan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga
mereka kepada penghulu.
PLOT
Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan
cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian.

i.      Permulaan
Contoh: Fauziah menerima sepucuk surat daripada Hayati yang memberitahu
bahawa dia akan pulang ke kampung kerana tidak dapat menjelaskan baki yuran
asrama.

ii.    Perkembangan
Contoh: Pak Mail menasihati Fauziah agar tidak bersedih dan berjanji akan
mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka. Hayati tiba di rumah dan telah
memberitahu guru besarnya tentang masalah keluarganya. Guru besar telah berjanji
akan membantunya.  Pak Mail juga memaklumkan bahawa dia telah meminta
pertolongan daripada penghulu.

iii.   Klimaks
Penghulu dan wakil Kementerian Pertahanan datang ke rumah mereka untuk
menyerahkan cek berjumlah sepuluh ribu ringgit bagi menghargai pengorbanan
Akhbar semasa bertugas mempertahankan negara.

iv.   Peleraian
Pak Mail berjanji akan menghantar Hayati ke asrama bagi meneruskan pelajarannya.

TEKNIK PENCERITAAN
i.              Imbas Kembali
Contoh:  Hayati sentiasa teringat akan ayahnya yang telah meninggal dunia hampir
tiga bulan lamanya.

ii.            Dialog
Contoh: Perbualan antara Fauziah dan Pak Mail tentang cara untuk membayar yuran
asrama Hayati.

iii.           Imbas Muka


Contoh:  Hayati ingin menatap gambar ayahnya sekiranya dia pulang ke kampung.

iv.           Pemerian
Contoh:  Pak Musa menerangkan tujuan mereka datang ke rumah Pak Mail.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama
Hayati
i.              Gadis yang berusia 15 tahun. 
ii.            Bersekolah di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka.
iii.           Gigih berusaha
Contoh: Hayati menceritakan masalah yang dihadapi oleh keluarga mereka kepada
guru besar.
iv.           Tabah.
Contoh: Hayati tabah menghadapi kehilangan ayahnya.
v.            Penyayang.
Contoh: Hayati tetap merindui arwah ayahnya dan ingin menatap gambarnya apabila
dia pulang ke kampung.
vi.           Mementingkan pelajaran
Contoh: Hayati berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi meneruskan
pelajarannya.

Watak Sampingan

1.    Fauziah
i.      Ibu kepada Hayati.
ii.    Tabah.
Contoh: Tabah menghadapi kehilangan suami tercinta.
iii.   Penyayang.
Contoh: Fauziah sangat menyayangi suami dan anak-anaknya.

2.    Pak Mail
i.      Bapa kepada Fauziah. Datuk kepada Hayati dan Farid.
ii.    Tabah.
Contoh: Pak Mail tabah menghadapi musibah yang menimpa keluarga mereka.
iii.   Bertanggungjawab.
Contoh: seorang yang bertanggungjawab menjaga anak dan cucu-cucunya setelah
mereka kehilangan ayah yang tercinta.
iv.   Penyayang.
Contoh:  seorang yang penyayang terhadap anak dan cucu-cucunya.

3.    Datuk Penghulu
i.      Bertanggungjawab.
Contoh:  seorang yang bertanggungjawab kepada aduan yang disampaikan oleh Pak
Mail.
ii.    Amanah.
Contoh:  seorang yang menjaga amanah dengan baik apabila berusaha sedaya
upaya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga Pak Mail.

4.    Encik Musa
i.      Seorang pegawai tentera yang serius dan tegas
ii.    Amanah
Contoh: Amanah menjalankan tugas apabila menyampaikan cek penghargaan
kepada keluarga Pak Mail di atas sumbangan Akhbar dalam mempertahankan tanah
air.

LATAR
Latar Masa
i.              Pagi
Contoh: Pak Mail menemui datuk penghulu bagi menceritakan masalah yang sedang
dihadapi oleh keluarganya.
ii.            Petang :
Contoh: Hayati pulang ke kampung dan kunjungan wakil Kementerian Pertahanan
untuk menyampaikan sumbangan penghargaan kepada keluarga Pak Mail.

Latar Tempat
i.                      Rumah Pak Mail
Contoh: Pak Mail menerima kunjungan wakil Kementerian Pertahanan untuk
menyampaikan sumbangan RM 10,000.

ii.                    Pejabat guru besar


Contoh:  Hayati bercerita tentang masalah yang dihadapi oleh keluarganya kepada
guru besar.
iii.                   Asrama sekolah
Contoh:  Tempat Hayati tinggal semasa belajar di sekolah tersebut.

iv.                   Perbatasan negara


Contoh:  Tempat Akhbar gugur ditembak oleh musuh negara.

Latar Masyarakat

i.                      Masyarakat kampung


Contoh: Pak Mail menemui penghulu kampung untuk menceritakan masalah yang
dihadapi oleh mereka.

ii.                    Masyarakat yang berusaha gigih.


Contoh: Pak Mail berikhtiar mencari duit bagi membayar yuran asrama Hayati.

iii.                   Masyarakat yang sanggup berkorban demi tanah air.


Contoh: Akhbar terkorban semasa menjalankan tugas di sempadan.

iv.                   Masyarakat yang percaya kepada Tuhan.


Contoh: Pak Mail menasihati Fauziah menerima ketentuan Tuhan dengan redha.

GAYA BAHASA
i.              Bahasa istana
Contoh: bonda, anakanda, nenda dan adinda

ii.            Kata ganda


Contoh: sekali-sekala, sama-sama, rajin-rajin, moga-moga

iii.           Sinkope
Contoh: mak, tuk, nak, dah
iv.           Simpulan bahasa
Contoh: minta diri
v.            Bahasa Arab
Contoh:  assalamualaikum, waalaikumusalam.
NILAI
      i.        Nilai kasih sayang.
Contoh:  Pak Mail amat menyayangi Fauziah, Hayati dan Farid.

    ii.        Nilai ketabahan


Contoh:  Fauziah tabah menerima kematian suaminya.

   iii.        Nilai kegigihan.


Contoh: Hayati gigih berusaha mengatasi masalah kewangan yang dihadapinya.

   iv.        Nilai bekerjasama.


Contoh: Penghulu berjanji akan membantu keluarga Pak Mail.

PENGAJARAN
      i.        Kita hendaklah mementingkan pelajaran bagi menjamin masa depan.
Contoh:  Hayati berusaha untuk meneruskan pelajarannya walaupun menghadapi
masalah kewangan.

    ii.        Kita haruslah mengenang jasa perwira yang sanggup berkorban untuk
negara.
Contoh:  Kementerian Pertahanan telah menyumbangkan RM10, 000 kepada
keluarga Fauziah kerana Akhbar yang terkorban semasa bertugas di sempadan
negara.

   iii.        Kita hendaklah percaya kepada Tuhan


Contoh:  Pak Mail percaya bahawa Tuhan akan membantu mereka yang dalam
kesusasahan.

   iv.        Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.


Contoh:  Guru besar berjanji untuk menolong Hayati mendapatkan bantuan
kewangan.

You might also like