You are on page 1of 2

DRAMA HADIAH

Tema
Kesempitan hidup.

Persoalan
(a) Kesedihan dan kesempitan hidup akibat kematian suami.
(b) Kasih sayang bapa yang sanggup memelihara anaknya yang kematian suami.
(c) Tanggungjawab seorang ketua yang sanggup membantu anak buahnya yang susah.
(d) Keprihatinan kerajaan akan nasib keluarga kakitangannya yang menghadapi
musibah menerusi pemberian bantuan.
(e) Berfikiran positif dan reda terhadap nasib diri.

Watak dan Perwatakan


Pak Mail
(a) Bapa kepada Fauziah.
(b) Mempunyai dua orang cucu, iaitu Hayati dan Farid.
(c) Bertanggungjawab.
(d) Gigih membantu anak dan cucunya yang susah.
(e) Pandai memberikan nasihat.
(f) Seorang yang bersopan santun.

Hayati
(a) Murid sekolah.
(b) Anak yang bersopan santun.
(c) Seorang yang berterus terang.
(d) Berani membuat keputusan.

Fauziah
(a) Balu kepada Sarjan Akhbar.
(b) Mempunyai dua orang anak.
(c) Penyedih.

Latar
Latar Masa
(a) Lebih kurang dua bulan.
(b) Hari ini.
(c) Waktu petang.

Latar Tempat
(a) Di ruang tamu rumah Pak Mail.
(b) Di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka.
(c) Di pintu rumah Pak Mail.

Latar Masyarakat
(a) Masyarakat ibu tunggal yang memelihara anaknya tanpa suami.
(b) Masyarakat perajurit yang sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan tanah air.
(c) Masyarakat yang terdiri daripada golongan tua yang sudah berpencen.
(d) Masyarakat pemimpin yang bertanggungjawab terhadap anak buahnya.
(e) Masyarakat pelajar.
Plot – Binaan Plot
(a) Permulaan – Fauziah membaca surat anaknya, Yati yang bersekolah dan tinggal di
asrama Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka. Dalam surat itu, Yati memberitahu
bahawa dia akan pulang ke rumah kerana tidak mahu menambah masalah kewangan
keluarga mereka.
(b) Perkembangan – Pak Mail, iaitu datuk Yati datang dari dapur dan berbual-bual akan
nasib keluarga Fauziah. Pak Mail mengatakan bahawa kesempitan hidup yang dihadapi
telah dibincang dengan Datuk Penghulu. Yati yang baru pulang dari asrama bertanyakan
khabar ibu dan datuknya. Yati menjelaskan bahawa dia telah menceritakan masalah
kehidupannya kepada pengetua. Kemudian, Yati masuk ke dalam bilik. Pak Mail dan
Fauziah menyambung semula perbualan mereka tentang kematian Sarjan Akhbar.
Fauziah kehilangan suami, dia kehilangan menantu, dan Sarjan Akhbar tidak sempat
melihat anak bongsunya, Farid. Namun begitu Pak Mail bangga kerana Sarjan Akhbar
mati sebagai seorang pahlawan.
(c) Klimaks – Datuk Penghulu datang bersama-sama Encik Musa, iaitu pegawai daripada
Kementerian Pertahanan. Encik Musa mengatakan bahawa beliau ada tugas datang ke
rumah Pak Mail.
(d) Peleraian – Encik Musa menyampaikan penghargaan berupa cek bernilai sepuluh ribu
ringgit kepada Fauziah sebagai balu Sarjan Akhbar. Pak Mail memberitahu Yati bahawa
Yati boleh bersekolah semula.

Plot – Teknik Plot


(a) Pemerian.
(b) Dialog.
(c) Imbas kembali.
(d) Saspens.
(e) Imbas muka.

Gaya Bahasa
(a) Bahasa Indonesia. Contohnya, beres.
(b) Bahasa Arab. Contohnya, ikhtiar.
(c) Bahasa istana. Contohnya, bonda; ayahanda; anakanda.
(d) Hiperbola. Contohnya, Fauziah menangis teresak-esak. Sekali-sekala kelihatan
bahunya bergoncang.
(e) Perulangan perkataan. Contohnya, PAK MAIL : Ha, itu pun Yati! Yati, esok datuk akan
hantar Yati ke asrama semula. Yati mesti belajar rajin-rajin.
(f) Peribahasa. Contohnya, Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah;
menegakkan benang yang basah; masuk campur.

Nilai
(a) Bertanggungjawab. (d) Kesopanan.
(b) Pasrah. (e) Kejujuran.
(c) Keprihatinan.

Pengajaran
(a) Kita harus bertanggungjawab terhadap amanah supaya kita berdosa.
(b) Kita harus reda dengan nasib kehidupan kita.
(c) Kita mesti prihatin akan nasib orang di bawah tanggungjawab kita agar mereka terbela.
(d) Kita mesti bersopan santun terhadap orang lain.
(e) Kita mesti bersikap jujur supaya tidak berlaku salah faham.

You might also like