You are on page 1of 2

Cerpen Namun Itulah Hakikat

a) Jelaskan tema dan persoalan cerpen.


Tema – Kegigihan mencapai impian tanpa mempedulikan cabaran. Pak Mid gigih mengusahakan tanah rang
dgn pokok hutan walaupun diejek orang kampung. Persoalan kegigihan bekerja. Pak Mid gigih bekerja
mengusahakan sawahnya dan menanam pokok hutan. Persoalan ketabahan dalam menghadapi dugaan. Pak
Mid tabah menghadapi ejekan/ hinaan orang kampung yg mengganggapnya gila. Persoalan
pembangunan/kemajuan luar bandar. Pegawai kerajaan datang ke kampung Pak Mid untuk membuat jalan
dan surau. Persoalan perpaduan dalam masyarakat. Penduduk kampung, tua dan muda, bersatu
menguruskan masjid di kampung. Persoalan tanggungjawab ketua keluarga. Pak Mid menjalankan
tanggungjawab menyara keluarga/memberi pendidikan kpd anak-anak.
b) Huraikan nilai murni/kemanusiaan.
Nilai kegigihan. Pak Mid gigih mengerjakan sawah/menanam pokok hutan. Nilai tanggungjawab. Pak Mid
bertanggungjawab menyara keluarga/memberi pendidikan kpd anak-anak. Nilai ketabahan. Pak Mid tabah
menghadapi ejekan orang kampung yg mengganggapnya gila. Nilai perpaduan. Penduduk kampung, tua muda,
bersatu menguruskan masjid di kampung. Nilai kesyukuran. Pak Mid bersyukur mempunyai keluarga yg
bahagia/ membesarkan anak-anak. Nilai murah hati. Pak Mid mendermakan 50 helai kain sejadah untuk
surau di kampungnya.
c) Jelaskan pengajaran.
Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan ejekan org lain. Pak Mid tabah menghadapi ejekan orang
kampung yg mengganggapnya gila. Kita hendaklah gigih bekerja. Pak Mid gigih bekerja mengusahakan
sawah/menanam pokok hutan. Kita haruslah bertanggungjawab terhadap keluarga. Pak Mid
bertanggungjawab menyara keluarga sbg petani/ memberikan pendidikan kpd anak-anak. Kita janganlah
mengejek/mencerca orang lain. Orang kampung suka mengejek Pak Mid sebagai orang gila kerana
menanam pokok hutan. Kita hendaklah berpandangan jauh dlm kehidupan. Pak Mid berpandangan jauh dgn
melantik anak-anak muda dlm lembaga masjid utk menjadi pelapis gol. tua.
d) Huraikan binaan plot cerpen.
Permulaan. Aku imbas kembali ttg Pak Mid yg diejek sbg orang gila kerana menanam pokok hutan.
Perkembangan. Pak Mid tabah menghadapi sindiran/ejekan Tuk Nyan dan orang kampung. Kemuncak.
Banyak tanah org kampung diambil oleh kerajaan utk projek jalan raya. Tuk Nyan terkejut kerana tanah
Pak Mid yg ditanam pokok hutan, mendapat pampasan yg lumayan. Peleraian. Pak Mid dapat mendirikan
rumah lebih sempurna utk keluarga/membiayai persekolahan anak-anak serta membantu kemajuan surau
di kampung.
e) Huraikan perwatakan Pak Mid.
Seorang yg gigih. Pak Mid gigih mengerjakan sawah. Seorang yg tabah. Pak Mid tabah hadapi sindiran org
kampung yg mengatakannya org gila sebab menanam pokok hutan. Seorang yg bertanggungjawab. Pak Mid
bertanggungjawab memberi pendidikan kpd anak-anaknya. Seorang yg berpandangan jauh. Pak Mid
melantik anak-anak muda sbg anggota lembaga masjid untuk menjadi pelapis kpd golongan tua. Seorang yg
bersyukur. Pak Mid bersyukur apabila berjaya dlm kehidupannya. Seorang yg pemurah. Pak Mid menderma
50 helai kain sejadah utk surau kampungnya.
f) Huraikan peranan Pak Mid.
Sebagai bapa. Pak Mid bapa kpd Zul dan Fitri. Sebagai ketua keluarga. Pak Mid ketua keluarga yg
bertanggungjawab menyara keluarga. Sebagai pekebun. Pak Mid bersawah/menanam pokok hutan. Sebagai
ahli jawatankuasa. Pak Mid menjadi ahli jawatankuasa masjid. Sebagai pembangun masyarakat. Pak Mid
membantu membangunkan pelapis organisasi masjid dengan melantik anak-anak muda sebagai anggota
lembaga masjid.
g) Nyatakan tindakan Pak Mid yang harus dicontohi.
Pak Mid bersabar apabila diejek org kampung kerana menanam pokok hutan. Pak Mid gigih mengusahakan
tanahnya dgn pokok hutan dan bersawah. Pak Mid membina rumah baru yg lebih baik utk keluarga setelah
mendapat pampasan. Pak Mid menyediakan kemudahan pendidikan utk anak-anak. Pak Mid suka
bersedekah dgn menyumbang 50 helai sejadah utk surau kampungnya. Pak Mid bersyukur kpd Allah atas
kejayaan hidupnya. Pak Mid melantik anak-anak muda sbg anggota lembaga masjid supaya dapat menjadi
pelapis.
h) Huraikan latar masyarakat.
Masyarakat yg bertanggungjawab. Penduduk kampung bersama membangunkan kemajuan masjid/surau
kampung. Masyarakat Islam. Penduduk kampung itu beragama Islam. Masyarakat petani. Penduduk
kampung bekerja sbg petani dan pesawah. Masyarakat yg gigih bekerja. Pak Mid dan penduduk kampung
gigih mengusahakan tanah masing-masing. Masyarakat yg mementingkan perpaduan. Pada akhirnya.
penduduk kampung hidup bersatu dan tidak lagi menghina sesiapa.
i) Huraikan cabaran yang dihadapi oleh watak utama dan tindakan penyelesaiannya.
Watak utama ialah Pak Mid. Pak Mid diejek oleh Tuk Nyan dan org kampung sebagai org gila kerana
menanam pokok hutan. Pak Mid bersabar menghadapi sindiran mereka dan meneruskan usahanya. Pak Mid
mempunyai sebahagian tanah yg tidak subur. Pak Mid menanam pokok hutan di kaw. tanah yg tidak subur.
Pak Mid perlu memberi pendidikan utk anak-anak. Pak Mid menggunakan wang pampasan tanah utk
menyediakan kemudahan pendidikan anak-anaknya. Pak Mid diberi tanggungjawab sbg AJK masjid. Pak
Mid melantik anak-anak muda menjadi anggota lembaga masjid sbg pelapis.
j) Terangkan unsur tanggungjawab dalam cerpen.
Tanggungjawab menyara keluarga. Pak Mid bertanggungjawab menyara keluarga dgn bersawah dan
menanam pokok hutan. Tanggungjawab dalam mendidik anak. Pak Mid memberi kemudahan pendidikan yg
secukupnya kpd anak-anaknya. Tanggungjawab menyediakan kemudahan asas utk keluarga. Pak Mid
memasukkan bekalan elektrik, air dan telefon ke rumahnya. Tanggungjawab membangunkan/memajukan
kawasan luar bandar. Pegawai-pegawai kerajaan datang ke kampung Pak Mid untuk membuat jalan dan
surau utk keperluan masyarakat. Tanggungjawab memberi sumbangan kpd masyarakat. Pak Mid
sedekahkan 50 sejadah utk surau kampungnya. Tanggungjawab membangunkan belia/golongan
muda/masyarakat. Pak Mid melantik anak-anak muda menjadi anggota lembaga masjid untuk menjadi
pelapis kpd golongan tua.

You might also like