Professional Documents
Culture Documents
2. Pada pendapat kamu, mengapakah Resort Ayer Keroh dipilih untuk mengadakan majlis perkahwinan itu?
A Kerana abang Hilmi sukakan tempat itu.
B Kerana tempat itu menjadi tumpuan pelancong asing.
C Kerana tiada tempat lain lagi.
D Kerana tempat itu kediaman keluarga Hilmi.
4. Apakah pekerjaan utama suku kaum Iban yang tinggal di rumah panjang itu?
A Nelayan
B Peneroka
C Pegawai Kerajaan
D Petani
5. Jika ada pelancong asing yang datang melawat rumah panjang, di manakah majlis sambutan pelancong itu
akan diadakan?
A Di petak Tuai Rumah
B Di ruai
C Di tanju
D Di bilik tamu
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Fahmi : Aku dah kata Malik, tapi kau tak ambil peduli.
Malik : Tapi Fahmi, kalau aku tak gagahkan tulang empat kerat ini, siapa lagi yang
hendak suapkan anak dan isteriku.
Fahmi : Ya benar, tapi kau pun tahu sekarang musim angin monsun timur laut.
Malik : Jangan kau nak bersyarah di depanku Fahmi. Selama ini ada saudaraku yang
ambil tahu susah senang kami sekeluarga? Lagipun masa aku keluar keadaan
laut tenang sahaja.
Fahmi : Aku kan ada Malik, bukan kau tak kenal aku. Sejak dari dulu lagi aku anggap
kau sekeluarga sebagai saudaraku. Jika ada apa-apa kepayahan, kenapa kau
tidak beritahu aku?
Malik : Sebenarnya aku sekeluarga telah banyak menyusahkan kau selama ini. Yuran
pendaftaran anakku, Musa di universiti dulu pun kau yang sediakan. Takkan
perbelanjaan hariannya pun aku nak minta daripada kau.
Fahmi : Tapi Malik, aku telah anggap Musa sebagai anakku sendiri, lagipun aku tiada
anak. Kau jangan bimbang, mulai sekarang segala perbelanjaan Musa di
universiti biar aku yang tanggung. Kau uruskan tiga lagi anakmu yang
bersekolah rendah dan menengah itu.
Malik : Terima kasih Fahmi, kaulah saudaraku dunia dan akhirat.
Fahmi : Mujur Pasukan Polis Marin mempunyai bot pemecah ombak, kalau tidak
entah apa yang akan berlaku semalam. Ingat, lain kali kalau nak ke laut,
bawa aku sekali.
Malik : Baiklah Fahmi, terima kasih sekali lagi.
4. Pernyataan yang manakah sesuai bagi menggambarkan kehidupan keluarga Malik dan Fahmi?
A Fahmi sangat kaya, manakala Malik sangat miskin.
B Mereka berdua sangat miskin.
C Mereka adalah nelayan laut dalam yang kaya.
D Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
.......................................................................................................................................................
SOALAN PEMAHAMAN 3
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Aku meletakkan beg sekolahku di atas pangkin bawah pokok mangga di depan rumah.Keringat masih lagi
mengalir di dahi.
Aku perhatikan sekeliling rumahku, tapi kelibat ayah belum kunampak. Mungkin ayah belum pulang lagi dari
sawah. Sejak pemergian ibu setahun yang lalu, kerja ayah menjadi dua kali ganda. Anak padi sudah besar, tiada
siapa yang akan mencabutnya untuk dipindahkan ke petak sawah.
"Din, baru balik?" tiba-tiba sahaja suara ayah mengejutkan aku dari arah belakang.
"Maafkan ayah, Din. Ayah belum masak lagi," kata ayah sambil menunjukkan dua ekor ikan keli di tangannya.
"Tak apalah, ayah. Ayah pergilah mandi dulu, biar saya masak," kataku sambil membawa ikan keli itu menuju
ke pintu dapur.
Lepas sembahyang Zuhur nanti tugasku bermula. Tinggal dua petak sawah lagi yang belum kubajak. Lepas itu,
bolehlah aku mengambil upah membajak sawah Pak Megat, Pak Talib dan Pak Said. Itulah punca pendapatan
sampingan aku bersama dengan jentera kubota berenjin diesel.
Pernah suatu hari aku suarakan cadangan supaya ayah mencari pengganti ibu, namun aku ditengkingnya. Bagi
ayah, tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempat ibu.
Aku bertekad untuk meneruskan cita-citaku untuk menjadi seorang peguam seperti yang telah aku katakan
pada ibu. Ibu…
4. Berikut ialah sikap yang ada pada diri ayah penulis, kecuali
A Penyayang
B Bertanggungjawab
C Penyabar
D Suka menengking
5. Berikut ialah pengajaran yang boleh didapati daripada petikan di atas, kecuali
A Kita mestilah bersabar menghadapi dugaan.
B Kita hendaklah sentiasa menolong ibu bapa kita.
C Kita hendaklah bekerja sambil bersekolah.
D Kita hendaklah mempunyai cita-cita yang tinggi.
Tuan,
Aduan Tentang Kerja-Kerja Pemungutan Sampah
Perkara di atas dirujuki.
2. Untuk makluman pihak tuan, kami tidak berpuas hati dengan jadual kutipan sampah
sekarang.
Dahulu sampah dipungut tiga kali seminggu, iaitu pada hari Ahad, Selasa dan Jumaat,
tetapi
sekarang sampah hanya dipungut dua kali seminggu. Adakalanya sampah hanya
dipungut
sekali seminggu sahaja.
3. Keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa penduduk di sini kerana bau busuk
daripada
sampah yang tidak dikutip itu. Suasana seperti ini bertambah teruk apabila terdapat
anjing
dan kucing liar yang menyelongkar sampah sarap ini.
4. Lori sampah juga selalu datang pada waktu petang. Pada waktu ini banyak kanak-
kanak
beriadah di halaman rumah. Hal ini membahayakan mereka.
...................................................................................................................................................
SOALAN PEMAHAMAN 5
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
KUALA TERENGGANU, 14 Jun - Menteri Besar Terengganu merasmikan
perniagaan francais keropok dan nasi dagang menerusi Dagang Corner
(DG) dan T' Dagang yang dilancarkan kerajaan Terengganu di Restoran
Terapung Puteri dekat sini.
Konsep perniagaan francais itu dilihat mampu mengubah nasib pengusaha
makanan tradisional negeri itu, sekaligus membuka peluang kepada mereka
memasarkan produk mereka di pasaran antarabangsa.
Dagang Corner di Restoran Terapung Puteri itu adalah satu cara terbaik
untuk mempromosikan nasi dagang Terengganu supaya lebih dikenali
terutamanya kepada pelancong asing. Selama ini nasi dagang hanya dijual
di warung-warung tepi jalan dan di restoran-restoran tertentu sahaja.
Pada masa yang sama, Dagang Corner akan turut memperkenalkan pelbagai
jenis kuih tradisi Terengganu untuk dijual di sini. Pihak pengurusan telah
membantu pengusaha makanan tersebut dengan menyediakan khidmat
nasihat seperti pembungkusan dan pelabelan yang lebih menarik.
Dengan usaha berterusan pihak pengurusan Dagang Corner dan sokongan
kerajaan negeri Terengganu, Menteri Besar percaya produk tradisi ini akan
mampu dieksport ke luar negara.
1. Siapakah yang bakal memperoleh manfaat daripada perniagaan francais yang dilancarkan itu?
A Menteri Besar
B Pengusaha makanan tradisional
C Kerajaan Negeri
D Pelancong asing
4. Apakah jenis bantuan yang diberikan oleh pihak pengurusan Dagang Corner kepada pengusaha makanan
tradisional?
A kewangan
B pembungkusan
C mesin percuma
D penghantaran