You are on page 1of 3

Kesalahan Tatabahasa (Bahagian 1) Jwpan

1. Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Amira telah berjaya menempa nama dalam bidang
perniagaan. kedua-dua
2. Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di hadapan rumahnya. keledek goreng
3. Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan. oleh
sebab
4. Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian. Hal-hal lain
5. Farha menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih itu. apabila
6. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke kampung. marah akan
7. Sudah berminggu saya tidak bersua muka dengan anak Pak Hilal itu. berminggu-minggu
8. Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana Tradisional Melayu tempoh hari. Berbagai-
bagai / Pelbagai
9. Keropok lekor itu sangat sedap sekali apabila dimakan dengan cili sos. sos cili
10. Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan utama seawal pukul 8.00 pagi. Semua
peserta
11. Manisha sangat suka akan biskut yang ibunya bakar. dibakar oleh ibunya
12. Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam masyarakat. saling membantu / bantu-membantu

Bahagian 2

1. Mahadzir memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung. daripada


2. Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan segera. memperlebar
3. Dr. Shanti adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu. ialah
4. Wan Liang mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan itu. dalam
5. Mini telekung yang dibeli oleh ibu di Bandung sangat halus corak sulamannya. Telekung mini
6. "Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut," sembah Bendahara Tun
Perak kepada Sultan Mansur Syah. Patik
7. Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami. kami usahakan
8. Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-benderang. sangat terang/terang-benderang
9. Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis dalam satu insiden rompakan bank pagi
semalam. perompak
10. Kuih yang enak itu dibuat dari tepung pulut dan santan. daripada
11. Adik memanggil abang berapa kali tetapi langsung tidak dibenakannya. beberapa
12. Di hari raya, semua ahli keluarga saya akan berkumpul di rumah datuk dan bergotong-royong membuat
persiapan hari raya. Pada

13. Janganlah kamu membincangkan tentang perkara itu lagi. membincangkan


14. Wahida gemarkan masakan yang dimasak oleh kakaknya. gemar akan
15. Sesetengah daripada pendapatannya dihantar kepada ibunya di kampung. Setengah
16. Beberapa orang pelajar pelajar berada di perpustakaan. pelajar
17. Buku buku di atas meja itu tebal tebal belaka. Buku...tebal-tebal belaka/ Buku-buku...tebal belaka.
18. Beberapa helai dedaun kering berterbangan ditiup angin. daun
19. Abang berada pada rumah sepanjang hari ini. di
20. Amir dengan Ashraf mengajak saya mandi di sungai itu. dan
21. Pekarangan rumah agam itu sangat terang-benderang. sangat terang / terang-benderang
22. Suasana di dalam kelas itu sangat riuh-rendah apabila guru keluar. sangat riuh / riuh - rendah
23. Ali terbongkok bongkok berkali kali mengutip buah yang gugur itu. terbongkok berkali-kali /
terbongkok-bongkok
24. Adik menggaru garu kakinya berkali kali kerana gatal. menggaru kakinya berkali-kali / menggaru-
garu kakinya
4

1. Berusahalah daripada sekarang, pesan Cikgu Malik kepada pelajar-pelajarnya. dari


2. Berpuluh orang penumpang terbunuh dalam nahas udara itu. Berpuluh-puluh
3. Razak pergi di sekolah dengan berjalan kaki. ke
4. Berbagai alasan diberikan oleh pelajar itu apabila dia gagal dalam peperiksaan. Berbagai-bagai / Pelbagai
5. Hidup berjiran mestilah saling tolong menolong. saling menolong / tolong-menolong
6. Kelab Kerjaya itu terdiri dari 150 orang ahli. daripada
7. Janganlah saling caci mencaci sesama kita. saling mencaci / caci-mencaci
8. Pelajar pelajar itu pandai pandai semuanya. Pelajar-pelajar itu pandai semuanya. / Pelajar itu
pandai-pandai semuanya.
9. Program hiburan itu disiarkan daripada pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam. dari
10. Jalan menuju ke rumah Taufiq incang incang. incang-incut
11. Pelbagai dayung mayung tersimpan kemas di dalam bangsal itu. Pelbagai dayung
12. Mereka menunggu sejak dari pagi tadi. sejak pagi tadi / dari pagi tadi

1. Aris memperolehi keuntungan besar hasil daripada penjualan buah durian di dusun datuknya. memperoleh
2. Julia menghadiahkan Samera sepasang kasut sukan berjenama bersempena dengan hari
lahirnya. menghadiahi
3. Nian indah pemandangan matahari terbit di pulau itu pada waktu pagi. Indah nian
4. Pelbagai kuih-muih yang dijual di gerai itu enak belaka. Pelbagai kuih
5. Kerja-kerja memperdalamkan longkang itu dilakukan pada hujung minggu. memperdalam
6. "Kami semua perlu berlatih bersungguh-sungguh untuk perlawanan akan datang," ujar Shamir selaku ketua
pasukan kepada ahli-ahli pasukannya. Kita
7. "Sudah lama hamba menunggu kedatangan awak," kata Tun Mamat. tuan hamba
8. Perlawanan bola jaring antara Sekolah Menengah Bukit Parang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Gading ditangguhkan kerana hujan lebat. dengan
9. Monica membuka pintu pagar rumahnya seraya melangkah masuk. lalu
10. Dr. Suresh adalah seorang pakar perubatan yang terkenal dari Pakistan. ialah
11. Antara punca-punca pencemaran udara ialah pelepasan asap kilang dan pembakaran terbuka. Antara punca
12. Dia merupakan Perdana Menteri yang disegani dan dihormati. Beliau

Contoh Kesalahan dalam Penggunaan Kata Ganti Nama Diri

1. "Kalian-kalian perlulah berlatih dengan lebih gigih,"pesan jurulatih pasukan itu kepada anak-anak
buahnya. (Kalian)

Penjelasan: Kata ganti diri yang membawa maksud jamak tidak perlu digandakan.

2. Kami hendaklah memahami kelima-lima prinsip Rukunegara. (Kita)

Penjelasan: Penggunaan 'kita' lebih tepat kerana 'kami' hanya melibatkan penutur dan tidak pendengar.

3. Ketua pengedar dadah itu telah ditangkap oleh pihak polis. Beliau akan dihadapkan ke mahkamah
pada minggu hadapan. (Dia)

Penjelasan: Kata ganti nama 'beliau' hanya digunakan untuk orang yang berjawatan dan dihormati. Tidak
sesuai digunakan untuk merujuk kepada kanak-kanak, penjenayah atau orang yang rendah moral dan
akhlaknya.
4. Anjing itu menyalak kerana ia kelaparan. (anjing itu)

Penjelasan: Kata ganti nama diri tidak boleh digunakan untuk binatang, benda dan tempat.

5. Sekiranya gagal menyerahkan borang kebenaran penjaga selewat-lewatnya pada hari


Jumaat, ianyatidak akan dapat menyertai lawatan itu. (ia)

Penjelasan: Kata ganti nama 'ia' dan 'nya' tidak boleh digabungkan menjadi 'ianya'.

Kenalpasti sama ada terdapat sebarang kesalahan pada ayat-ayat di bawah. Betulkan kesalahan
(sekiranya ada) dan kemukakan penjelasan yang sesuai.

1. Awak mahu ke mana? tanya Lini kepada Aisyah dan Azlina.

2. Beliau merupakan seorang penjenayah yang amat dikehendaki oleh polis.

3. Kami perlu bermain dengan bersungguh-sungguh,kata jurulatih


kepada anak-anak buahnya.

4. Amrita dan Dahlia ketawa terbahak-bahak kerana dia geli hati melihat telatah pelawak itu.

5. Mereka-mereka sedang berbincang tentang masalah pelajaran.

6. Beliau merupakan seorang raja yang sangat adil dan bijaksana.

7. Ampun, beta. Patik akan laksanakan perintah itu dengan segera, kata Hang Kasturi.

8. Lukisan itu dihasilkan oleh ayah dia.

9. Hamba hendak pergi ke mana? soal Datuk Bendahara ketika terserempak dengan Tun Mamat.

10. Kalian mesti mengutamakan pelajaran,pesan Mak Timah kepada Talib.

11. Munsyi membelikan sepasang kasut untuk adik perempuannya.

12. Kami perlu memahami setiap satu prinsip Rukunegara.

13. Kita sekeluarga akan pergi ke Pulau Pangkor, cerita Narimah kepada rakan rakannya.

14. Tun Dr. Mahathir bekas Perdana Menteri Malaysia. Dia seorang yang berdedikasi dan berwibawa.

15. Saya bertiga singgah di Kedai Buku Azmah sebelum pulang ke rumah.

16. "Anda hendak ke mana?" soal Tun Mamat kepada Hang Tuah.

You might also like