You are on page 1of 36

UNIT 16: KEJAYAAN TANAMAN KITA

Bacakan petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.


TANAMAN KOKO
Koko atau nama saintifiknya Theobroma cacao dari keluarga Sterculiaceae adalah sejenis
tumbuhan yang boleh ditanam di Malaysia. Pokok koko menghasilkan buah yang bijinya diambil
untuk dibuat coklat dan minuman koko. Di Malaysia penanaman secara komersil bermula
apabila kultivar Upper Amazon didapati sesuai ditanam di negara ini.
Pokok koko adalah kecil dengan ketinggian antara (4.5-7.5 m), merupakan pokok malar
hijau. Ia tumbuh secara semula jadi pada tahap ketinggian 1,000 kaki dari aras laut (m), dan
memerlukan cuaca lembab dengan hujan berkala dan tanah yang subur.
Pada masa ini, tiga jenis produk koko yang digunakan secara meluas dalam industri
makanan dan farmaseutikal, serta dalam kosmetologi, diperoleh dari buah pokok koko. Produk
koko ini termasuklah serbuk koko, mentega koko dan kacang kakao.
1. Apakah nama saintifik bagi koko?

2. Nyatakan dua syarat bagi pokok koko untuk tumbuh secara semula jadi.

3. Pada pendapat anda, apakah fungsi koko dalam industri makanan?

1
五年级国文
Aspek tatabahasa-Kata Arah
Isi jawapan yang paling sesuai, jawapan anda boleh diulangi.

1 Kebajikan anak-anak di _____ tanggungan ibu bapa.

2 Pei Shy menyimpan nombor telefon kawan baiknya ke ______ telefon bimbit.

3 Pak Nordin menebas semak di _____ rumahnya.

4 Kawasan perkelahan itu terletak di ____ sungai.

5 Bapa berdiri di ____ kereta sambil berbual-bual dengan kawannya.

6 Terdapat dua bilah gunting di ____ kotak itu.

7 Budak itu memasang barang hiasan di ____ pensel barunya.

8 Peragawan dan peragawati itu sedang memperagakan pakaian rekaan Bernard Tan di _____
pentas.

9 Di _____ sungai itu ada sebuah pondok usang.

10 Beberapa orang pemain berkumpul di _____ gelanggang bola keranjang.

11 Beberapa buah beg diletakkan di _____ kelas 6C.

12 Jonathan berdiri di ______ kuda yang hendak ditunggangnya.

13 Pengawas itu berdiri di _____ murid -murid Tahun 4 Maju semasa perhimpunan dijalankan.
2
五年级国文
14 Petani bertungkus-lumus menuai padi di _____ cahaya matahari yang terik.

15 Sazali duduk di ____ ibu dan kakaknya semasa menonton televisyen.

16 Mantel merupakan lapisan _____ Bumi yang bersuhu 2000 °C hingga 4000°C .

17 Tompok-tompok hitam di ____ permukaan roti itu ialah kulat.

18 Matahari terbit di sebelah _____ dan terbenam di sebelah barat.

19 Udara di _____ bukit itu nyaman dan dingin.

20 Jamal memasukkan surat ke ______ sampul surat sebelum mengeposkannya.

dalam tengah atas bawah


hilir tepi bawah hadapan
hujung penjuru sisi puncak
seberang belakang timur antara

3
五年级国文
UNIT 17: HASIL TERNAKAN KITA
A. Tulis sebuah karangan autibiografi yang bertajuk “Aku seekor ikan” Panjangkan
karangan anda dalam 80-120 patah perkataan.

4
五年级国文
Aspek tatabahasa- Kata Bilangan
Kata Bilangan Contoh
tentu 数量确定的数词 satu, sepuluh, seratus, seribu
tak tentu 数量不确定的数 beberapa, semua, segala, sesetengah, para, seluruh,
词 sekalian
himpunan 叠词 ketiga-tiga, beribu-ribu, bertahun-tahun
pisahan 个字数词 tiap-tiap, setiap, masing-masing
pecahan 分数 separuh, suku, dua per tiga
tingkat 序数 pertama, kedua, ketiga

A. Gariskan kata bilangan yang paling sesuai.


1. ____ orang penagih dadah telah ditangkap dalam operasi semalam.
( Kedua / Sepuluh / Setiap / Semua)

2. Penyakit kuku dan mulut telah menyebabkan ____ ekor lembu di kampung itu mati.
( segala / tiap-tiap / berpuluh-puluh / bertahun-tahun)

3. Penduduk kampung itu tidak bersatu. ____ hanya mementingkan diri sendiri.
( Masing-masing / Seperempat / Beribu-ribu / Segelintir )

4. Encik Kamal pulang awal kerana dia hanya bekerja ____ hari sahaja.
( sesetengah/ setengah / seluruh / semua )

5. ____ daripada penduduk di situ ialah golongan tua.


( Keempat / Semua / Beberapa / Sepertiga )

5
五年级国文
UNIT 18: ERA BIOVERSITI DAN BIOTEKNOLOGI
A. Berdasarkan gambar di bawah, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Kesan Penebangan
Hutan Terhadap Alam Sekitar”.

6
五年级国文
Aspek tatabahasa- Peribahasa

谚语 意思
Bagai aur dengan tebing 互相扶持,相辅相成
Bagai isi dengan kuku 感情融洽
Bagai enau dalam belukar 各家自扫门前雪,莫管他人瓦上霜
Masuk ke kandang kambing mengembek,masuk ke 入乡随俗
kandang kerbau menguak
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan 有志者,事竟成
Bersatu teguh, bercerai roboh 团结就是力量
Jauh berjalan, banyak pengalaman 读万卷书不如行万里路
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing 有福同享,有难同当
Bagai kacang lupakan kulit 忘恩负义
Biar mati anak, jangan mati adat 宁愿丧失儿子,也不要败了风俗
Sediakan payung sebelum hujan 未雨绸缪
Genggam bara api, biar sampai jadi arang 有始有终
Rajin dan usaha tangga kejayaan 勤勉是成功之道
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit 积少成多
Bagai pahat dengan tukul 做一天和尚,敲一天钟
Bagai tikus membaiki labu 越帮越忙
Seperti cincin dengan permata 郎才女貌,天作之合
Seperti anjing dengan kucing 水火不容
Bagaimana acuan begitu kuihnya 有其父必有其子
Bunga bukan sekumtum, kumbang bukan seekur 天涯何处无芳草,何必单恋一枝花
Ukur baju di badan sendiri 量力而为
Rambut sama hitam hati lain-lain 一种米养百种人
Bertemu buku dengan ruas 旗鼓相当
Panas setahun hapus oleh hujan sehari 功亏一篑
Pisang tidak berbuah dua kali 上一次当,学一次乖
Gigi dengan lidah adakalanya tergigit juga 兄弟姐妹(夫妻)终会起争执
Sebab nila setitik rosak susu sebelanga 害群之马
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis 三思而后行
Kata itu dikota 一诺千金
Sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan 浪子回头
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi 孤掌难鸣
Retak menanti belah 小事化大事
Sudah jatuh ditimpa tangga 祸不单行
Terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut harimau 一波未平一波又起

7
五年级国文
A. Berikan maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa
tersebut.

1. Bagai kacang lupakan kulit

2. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

3. Bagai isi dengan kuku

4. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

5. Ukur baju di badan sendiri

8
五年级国文
UNIT 19: TOKOH SANJUNGAN
A. Bacakan petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikut.
Tun Dr Mahathir merupakan seorang tokoh yang dikagumi oleh orang ramai.
Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925 di sebuah rumah bernombor 18, Lorong Kilang
Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Semasa kecil, beliau mendapat Pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang
Perak. Beliau telah mendapat pendidikan akhir di bidang perubatan di Universiti Malaya
pada tahun 1953. Selepas itu, beliau bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar,
Alor Setar.
Beliau sangat gemar membaca dan menulis buku. Semasa dalam bidang perubatan.
Beliau telah menggunakan nama pena C.H.DET. Buku yang terkenal ialah Dilema Melayu
telah dihasilkan oleh beliau pada tahun 1970.
Pada tahun 1964, beliau mula aktif dalam bidang politik. Beliau telah mendapat
kepercayaan pemimpin untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan. Beliau telah
dilantik sebagai Perdana Menteri keempat pada 16 Julai 1981 untuk menggantikan Tun
Hussein Onn.
Setelah 22 tahun berkhidmat, jawatan beliau telah diambil alih oleh Tun Abdullah
Ahmad Badawi. Untuk mengenang jasa-jasanya. Beliau telah digelar sebagai Bapa
Pemodenan Malaysia. Rakyat sangat menghargai beliau kerana berjaya menjadi Malaysia
sebagai negara pesat berkembang.

1. Apakah kejayaan Tun Dr Mahathir sebelum aktif dalam bidang politik?

2. Siapakah yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir?

3. Pada pendapat anda, mengapakah Tun Dr Mahathir digelar sebagai Bapa Pemodenan
Malaysia?

9
五年级国文
B. Tulis sebuah karangan biografi yang bertajuk “ Kawan Baik Saya”. Panjangkan karangan
anda dalam 80-120 patah perkataan.

10
五年级国文
UNIT 20: NEGARA YANG KUSAYANGI
A. Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikut.
Patriotisme adalah perasaan kasih sayang dan hormat kepada tanah air. Ia adalah satu
perasan yang mendorong seseorang individu terus berkhidmat untuk pembangunan negara,
memelihara budaya dan warisan. Sebenarnya terdapat beberapa kepentingan semangat
patriotisme dalam kalangan rakyat.
Antara kepentingan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat adalah untuk memupuk
dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara
dalam kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya musuh negara
amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan
ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita.
Seterusnya, ibu bapa berperanan dalam menanam semangat patrotisme dalam anak-anak
mereka. Ibu bapa perlulah mahir menggunakan peluang dan situasi yang wujud untuk
memudahkan anak memahami makna pengorbanan rakyat yang sebenarnya. Jika ibu bapa masih
mengamalkan sikap lepas tangan dalam menangani isu semangat cinta akan negara ini sudah
pasti generasi muda kita akan hilang rasa hormat terhadap negara.

1. Apakah yang dimaksudkan semangat patriotisme?

2. Terangkan kepentingan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

3. Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilakukan untuk menanam semangat
patriotisme dalam generasi muda ini?

11
五年级国文
B. Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Kepentingan sambutan Hari Kemerdekaan”.
Panjangkan karangan anda dalam 80-120 patah perkataan.

12
五年级国文
UNIT 21: TANGGUNGJAWAB KITA
A. Tulis sebuah ulasan yang bertajuk “Kesan Pencemaran Air Sungai”. Panjangkan ulasan
anda dalam 50-80 patah perkataan.

13
五年级国文
Aspek tatabahasa- Kata Sendi Nama

KATA SENDI NAMA


KATA SENDI NAMA KEGUNAAN
di 在  tempat dan arah
 tempat atau arah yang dituju
ke 向,往,到
 masa dan waktu
dari 从,自  arah, tempat dan masa (atm)

kepada 给,致,对  orang, pecahan, benda abstrak dan perubahan


keadaan
daripada 由, 比,从  asal kejadian, bandingan orang dan sumber

pada 在,于  masa, manusia, binatang, benda abstrak dan


kontrit
untuk/ bagi 给  kegunaan, tujuan sesuatu itu dilakukan
demi 为了  tujuan, penegas, urutan
tentang 关于  maksud perkara atau hal yang dilakukan

dengan 和,以,用...地  makna bersama-sama, bandingan setara,


keterangan cara dan penggunaan sebagai alat
sejak, semenjak 自从  bermula dari- waktu, masa

terhadap 对于  penyambut tertentu seperti manusia, haiwan dan


benda
oleh 被,由于  digunakan selepas kata kerja pasif yang
berawalan “di” dan “ter”
akan 对于,将会  digunakan selepas kata adjektif yang bersifat
emotif
hingga, sampai 直到  had sesuatu (peringkat, masa, waktu)
seperti, bagai, umpama, laksana, bak
好像,如同  perbandingan

14
五年级国文
Dengan merujuk nota di atas, isi kata sendi nama yang paling sesuai.
1 Gerakan mencari mangsa bot karam itu akan diteruskan __________ pagi esok.

2 Abang Zaki mengambil gambar kami __________ menggunakan kamera Nikon.

3 Angin Monsun Timur Laut dijangka akan bertiup kencang __________ bahagian
utara.

4 Kelawar keluar mencari makanan __________ waktu malam.

5 Tudung saji itu digantung __________ dinding bersebelahan dengan bilik emak.

6 Nadia memasukkan sampah __________ dalam tong sampah.

7 Aimee berjalan kaki ke sekolah __________ adiknya, Aina pada setiap pagi.

8 Kak Kiah membuat sebiji kek coklat __________ hari jadi anaknya.

9 Para remaja dinasihati supaya tidak terpengaruh ____________ budaya barat


yang tidak bermoral.

10 Encik Amir menjolok buah rambutan yang tinggi itu __________ galah.

15
五年级国文
UNIT 22: PERNIAGAAN DI MALAYSIA
KEGIATAN EKONOMI UTAMA
Aktiviti ekonomi Malaysia terdiri daripada berbagai-bagai sektor. Sektor-sektor tersebut
boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sektor pertama, sektor kedua dan sektot ketiga.
Pembahagian sektor ini adalah berdasarkan kepada bentuk aktiviti yang terlibat.
Sektor pertanian, perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan adalah terletak
dalam kategori sektor pertama kerana ia melibatkan aktiviti ekonomi di peringkat awal di mana
ia tidak atau kurang melibatkan aktiviti pemprosesan.
Sektor kedua adalah sektor yang melibatkan aktiviti ekonomi yang kebanyakannya
merupakan lanjutan daripada sektor pertama. Ia lebih bersifat pemprosesan. Dua aktiviti
ekonomi yang tergolong dalam sektor ini ialah aktiviti pembuatan (perkilangan) dan pembinaan.
Sektor ketiga adalah sektor yang terlibat dengan aktiviti perkhidmatan, seperti
pengangkutan, penyimpanan, perhubungan, kuasa elektrik, gas dan air, perdagangan borong,
runcit, hotel dan restoran, kewangan, insurans, hartanah, perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan
kerajaan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.
Dalam keadaan negara kita yang berusaha menuju ke arah sebuah negara maju menjelang
tahun 2020, sudah pasti kepesatan perkembangan sektor kedua dan ketiga akan mengatasi sektor
pertama. Namun begitu kesemua sektor ekonomi adalah penting dan setiap satunya saling
membantu serta menjadi pelengkap antara satu sama lain.
A. Berdasarkan petikan di atas, nyatakan BETUL atau SALAH bagi pernyataan berikut.
Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.
Pernyataan
Aktiviti ekonomi negara kita terdiri daripada tiga sektor. BETUL
Sektor pertanian, perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan adalah
terletak dalam kategori sektor kedua.
Sektor ketiga merupakan sektor yang merangkumi semua jenis aktiviti
perkhidmatan.
Hanya sektor kedua dan ketiga penting bagi perkembangan ekonomi negara.

16
五年级国文
B. Tulis sebuah karangan tentang “Perniagaan dalam talian”. Panjangkan karangan anda
dalam 80-120 patah perkataan.

 Aktiviti jual beli dibuat secara talian


 Pembayaran tanpa wang tunai
 Harga barang adalah berpatutan
 Tidak perlu menanggung kos premis perniagaan seperti sewa, elektrik dan air
 Mendapat keuntungan yang lumayan

17
五年级国文
UNIT 23: KEUSAHAWANAN
A. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.
Alibaba Group Holding Limited ialah sebuah syarikat e-dagang yang mengkhususkan
perniagaan sejagat. Jack Ma merupakan seorang pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba,
beliau telah menjadi orang yang paling kaya di negara China.
Dalam personaliti Jack Ma, salah satu ciri keusahawanan yang dimiliki oleh beliau ialah
percaya bahawa kegagalan adalah satu pilihan. Semasa zaman persekolahannya, prestasi
akademik Jack Ma tidaklah cemerlang. Hal ini menyebabkan beliau gagal sebanyak dua kali
dalam menempatkan diri dalam mana-mana institut perguruan tinggi di China. Namun dia tidak
pernah berputus asa dan akhirnya berjaya memasuki universiti pada ujiannya yang ketiga.
Setelah mengalami pelbagai kegagalan dalam mencari kerja, beliau akhirnya bertekad
untuk menjalankan perniagaan sendiri iaitu perniagaan menterjemah bahasa. Tetapi hasil
perniagaan menterjemah bahasa yang dijalankannya kurang memuaskan.
Jack Ma meneruskan usahanya dengan medirikan “ChinaPages”, permulaan Jack Ma
yang mengalami banyak kegagalan sebelum beliau memiliki idea untuk mendirikan Alibaba dan
syarikat Alibaba telah mengalami banyak kali gagal untuk memasuki pasaran internet di
kalangan global atau antarabangsa.
Walaupun menemui kegagalan, Jack Ma juga tidak berputus asa dan akhirnya berjaya
membangunkan syarikat Alibaba iaitu sebuah laman web ecommerce terbesar.

1. Siapakah merupakan pengusaha “Alibaba Group Holding Limited”?

2. Terangkan ciri keusahawanan yang dimiliki oleh Jack Ma.

3. Pada pendapat anda, adakah usahawanan yang berjaya perlu mempunyai akademik yang
cemerlang? Mengapa?

18
五年级国文
B. Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Ciri-ciri usahawan yang berjaya”. Panjangkan
karangan anda dalam 80-120 patah perkataan.

19
五年级国文
UNIT 24: PENGURUSAN KEWANGAN
A. Bacakan petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.

Berjimat cermat membawa maksud berhemat atau berhati-hati dalam penggunaan wang,
elektrik, air ataupun lain-lain keperluan seharian kita. Amalan berjimat cermat merupakan satu
amalan yang terpuji dan membawa pelbagai faedah kepada kita.

Antara faedah amalan ini ialah kita dapat mengurangkan perbelanjaan harian kita.
Sekiranya kita berjimat cermat sudah tentu perbelanjaan harian kita sekeluarga dapat
dikurangkan dan kita mempunyai lebihan wang. Lebihan wang ini boleh kita simpan untuk
keperluan pada masa kecemasan.

Seterusnya, amalan berjimat cermat dapat memupuk sikap berdikari dalam diri setiap
orang. Hal ini demikian kerana orang yang mengamalkan sikap berjimat cermat sudah pasti akan
berusaha melakukan sendiri atau menyelesaikan sendiri sesuatu perkara atau masalah tanpa
mengupah orang lain. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan wang tetapi juga menambahkan
pengalaman.

Di samping itu, melalui amalan yang mulia ini juga kita dapat menambahkan wang
simpanan kita. Wang simpanan sangat penting dalam kehidupan kita. Orang yang mempunyai
simpanan akan terjamin masa depannya. Wang simpanan juga amat diperlukan sekiranya berlaku
sesuatu musibah kepada kita atau orang-orang terdekat dengan kita.

Kesimpulannya, amalan berjimat cermat perlu menjadi amalan setiap orang. Amalan
yang mulia ini jika diamalkan membawa seribu kebaikan.

1. Apakah yang dimaksudkan berjimat-cermat?

2. Terangkan dua manfaat apabila mengamalkan sifat berjimat-cermat.

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mengurangkan perbelanjaan harian kita?

20
五年级国文
B. Berjimat-cermat Amalan Mulia
Tulis sebuah karangan tentang faedah amlan tersebut. Panjangkan karangan anda dalam
80-120 patah perkataan.

21
五年级国文
UNIT 25: AKTIVITI MESRA ALAM
A. Bacakan petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.
Kebersihan dan keindahan kawasan tempat tinggal kita sememangnya hal yang perlu
diberi perhatian agar hidup kita sentiasa sihat dan ceria. Sekiranya tempat tinggal kita kotor dan
tidak ceria maka masyarakat yang mendiaminya mudah diserang pelbagai penyakit yang
berbahaya. Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan agar kebersihan dan keindahan
kawasan tempat tinggal kita terjaga.
Untuk menjaga kebersihan dan keindahan tempat tinggal, kita mestilah sentiasa
mengamalkan sikap kerjasama dengan masyarakat yang tinggal di kawasan yang sama. Hal ini
demikian kerana tanpa kerjasama anggota masyarakat maka sukarlah untuk menjaga kebersihan
dan keindahan persekitaran tempat tinggal kita. Amalan bergotong-royong membersihkan dan
menceriakan kawasan taman atau kampung perlu selalu dilakukan.
Amalan mengitar semula bahan buangan juga salah satu cara menjaga kebersihan dan
keindahan tempat tinggal. Bahan buangan seperti botol, tin aluminium,kertas dan besi-besi lama
boleh dikitar semula. Bahan-bahan ini boleh kita bawa ke pusat kitar semula. Amalan kitar
semula sebenarnya sangat baik diamalkan kerana selain daripada menceriakan kawasan tempat
tinggal kita ia juga membantu kita menjaga kelestarian alam negara kita.
Kesimpulannya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjaga kebersihan dan keindahan
tempat tinggal kita. Walaubagaimanapun pelibatan seluruh anggota masyarakat yang tinggal di
sesuatu kawasan sangatlah mustahak untuk mewujudkan kawasan tempat tinggal yang bersih dan
indah.
1. Mengapakah kita perlu mementingkan kebersihan dan keindahan alam sekitar?

2. Terangkan dua langkah yang perlu dilakukan untuk menjaga kebersihan alam sekitar.

3. Pada pendapat anda, adakah pencemaran alam sekitar membawa kesan yang buruk
kepada kita? Huraikan.

22
五年级国文
Aspek tatabahasa- Simpulan Bahasa
ada angin 善变 darah daging 亲人
ada hati 有意愿完成某件事 dingin kepala 头脑冷静
ajak-ajak ayam 没有诚意的邀请 durian runtuh 意外收获
alas perut 只吃一点东西以充饥 gaji buta 干薪
ambil berat 关心 gelap otak 愚笨
ambil hati 讨好他人 geli hati 好笑
anak angkat 养子; 养女 harga diri 自尊
anak buah 下属 hati batu 铁石心肠
anak emas 掌上明珠 hati tikus 胆小的人
anak yatim 孤儿 hidung tinggi 高傲的人
angkat kaki 逃走 ikat perut 挨饿
banyak mulut 多话的人 iri hati 妒嫉
batu loncatan 垫脚石 isi hati 内心感受
bekas tangan 手工艺品 isi rumah 家人
bendera putih 投降; 认输 jadi abu 白费心机
berat mata 打瞌睡 jadi hantu 胡作非为
berat mulut 不爱说话的人 jauh hati 愤愤不平
berat tulang 懒惰 kaki ayam 赤脚
besar hati 自豪 kaki bangku 不会踢球的人
besar kepala 傲慢 kaki botol 酒鬼
buah fikiran 思想 kaki judi 赌徒
buah hati 爱人 kecil hati 气恼
buah mulut 话题 kepala angin 喜怒无常
buah tangan 手信; 小礼物 kepala batu 固执的人
buta huruf 文盲 kuku besi 铁腕
bulat hati 坚决 khabar angin 谣言
cahaya mata 孩子 kera sumbang 不喜欢交际的人
cakap angin 废话 langkah kanan 幸运
cakar ayam 字体潦草 langkah kiri 不幸
campur tangan 干涉别人的事情 langkah seribu 逃跑
cangkul angin 白费心机 lipas kudung 手脚敏捷
curi tulang 偷懒 lepas tangan 不管
dalam tangan 急躁胜劵 langkah kanan 幸运
mata duitan 贪钱 muka tembok 厚脸皮
mulut murai 喋喋不休或爱吵闹的人 mati katak 死于非命
mulut tempayan 不能保守秘密的人 naik angin 怒气冲天
makan angin 度假 naik darah 生气
mandi peluh 流汗浃背 orang atasan 高职位的人

23
五年级国文
B. Berikan maksud simpulan bahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada simpulan
bahasa tersebut.

1. berat tulang-

2. lipas kudung-

3. hidung tinggi-

4. buah tangan-

5. campur tangan-

24
五年级国文
UNIT 26: ISU ALAM SEKITAR
Isu-isu tentang pencemaran alam sekitar kerap berlaku di negara kita. Terdapat beberapa jenis
pencemaran alam sekitar yang sering berlaku di negara kita antaranya adalah pencemaran air
sungai dan pencemaran udara. Isu pencemaran alam sekitar ini tidak boleh dipandang ringan oleh
setiap lapisan masyarakat.

A. Tulis sebuah ulasan tentang faktor-faktor berlakunya pencemaran itu. Panjangkan ulasan
anda dalam 50-80 patah perkataan.

25
五年级国文
Aspek tatabahasa- Kata Majmuk
1) Kata majmuk ialah gabungan dua atau lebih daripada dua patah kata untuk satu kata baru
2) Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya tersendiri.
3) Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi
maknanya sama atau hampir-hampir sama.
4) Kata majmuk ada yang dieja tercantum 连在一起 dan ada yang dieja terpisah 分开.

5) Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah antarabangsa, apabila,
bagaimana, bumiputera, daripada, demikian, jawatankuasa, jurumudi, kadangkala, kakitangan,
olahraga, pesuruhjaya, setiausaha, tandatangan, tanggungjawab, warganegara, manakala, dan
walaupun,
6) Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah tanah air, air mata, buah pinggang,
campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
Latihan: Isi jawapan yang paling sesuai.
1. Maria melukis beberapa bentuk ______ kaki sama pada kertas lukisan itu
dengan mengunakan pensel.

2. Maria danMary telah dipilih sebagai pengawas sekolah kerana sikap mereka
yang ber ______________.

3. Mere membeli beberapa buah ______________ untuk menulis karangan di


sekolah.

4. Para saintis sedang membuat untuk mencari ubat bagi penyakit


Covid-19.

5. Permohonan untuk mengadakan lawatan itu perlu disertakan dengan .

kertas mohon tanggungjawab segi empat buku tulis uji kaji

26
五年级国文
UNIT 27: SELAMATKAN BUMI KITA
A. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.
Bumi kita semakin tua. Hari demi hari, bumi kita menjadi semakin penat. Oleh itu, kita
perlulah menjaga bumi daripada tercemar dan mengamalkan proses kitar semula.
Antara langkah yang perlu diambil untuk memelihara bumi daripada tercemar ialah dengan
mengharamkan pembakaran secara terbuka. Hal ini demikian kerana pembakaran merupakan
penyebab utama kepada berlakunya pencemaran udara.
Selain itu, jika kita hendak pergi ke tempat yang jauh, kita dapat mengurangkan
pencemaran udara dengan cara menaiki pengangkutan awam. Cara ini dapat memastikan
bumi kita bebas daripada pencemaran udara.
Kita juga boleh mengitar semula bahan yang tidak digunakan seperti botol plastik, gelas
kaca, dan lain-lain daripada yang lama menjadi yang baharu.
Kesimpulannya, kita mestilah menyayangi bumi kita dengan memeliharanya dengan sebaik
mungkin. Marilah kita bersama-sama menyelamatkan bumi untuk kepentingan kita semua pada
masa akan datang.

1. Mengapakah bumi kita menjadi semakin penat?

2. Terangkan dua langkah yang perlu diambil untuk memelihara bumi kita.

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat


mengurangkan pencemaran alam sekitar?

27
五年级国文
B. Pemanasan global merupakan satu isu yang sangat serius di pesada dunia. Pemanasan
global berhubung kait dengan suhu bumi yang telah meningkat sebanyak dua darjah dan
kawasannya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.
Berdasarkan pernyataan di atas, tulis sebuah ulasan yang berkaitan dengan FAKTOR dan
KESAN daripada pemanasan global.

28
五年级国文
UNIT 28: ALAM SAINS

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.

Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum


cahaya selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu
lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di
lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru,
indigo dan ungu.

Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi
selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung kerana titisan air di udara
berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi.
Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air
pada hari yang cerah.

1. Apakah yang dimaksudkan pelangi?

2. Bilakah pelangi terjadi?

3. Dengan mengikut urutan, nyatakan warna pelangi.

4. Pada pendapat anda, adakah kamu patut mengagumi dengan kejadian pelangi? Mengapa?

29
五年级国文
Aspek tatabahasa- Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
 Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.
 Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang
digabungkan dengan kata hubung.

A. Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal (AT) atau ayat majmuk (AM)
1 Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman.
2 Adik saya suka menonton rancangan kartun.
3 Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon.
4 Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu.
5 Encik Rahman sedang menyapu daun-daun kering.
6 Kucing itu mengiau kerana lapar.
7 Cikgu Anita memakai baju batik hari.
8 Mereka bertiga pergi ke kantin.
9 Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.
10 Hartawan itu sangat kedekut.

B. Bina enam ayat tunggal.


1. i)
ii)

2. i)
ii)

3. i)
ii)

C. Dengan menggunakan kata hubung yang diberi, gabungkan dua ayat di atas.
1.
(kerana)
2
(jika)
3
(walaupun)

30
五年级国文
UNIT 29: TEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN
A. Pada masa ini, teknologi maklumat memberikan banyak kebaikan dalam kehidupan seharian.
Huraikan pendapat anda tentang kebaikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada
masyarakat dan negara.

 memudahkan manusia untuk mendapatkan maklumat


 berkomunikasi antara satu sama lain tanpa sempadan
 memudahkan ahli pernigaan menjalankan aktiviti pernigaan
 Contoh: telefon pintar, komputer riba dan sebagainya.

31
五年级国文
B. Tandakan betul pada ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.
1. Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah jam sahaja.
( ) Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh
Diana.
( ) Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang diarahkan oleh Cikgu Ali.
( ) Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat disiapkan oleh Diana.
( ) Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan oleh Diana.

2. Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.
( ) Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan
pejalan kaki dengan motosikal.
( ) Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan
pejalan kaki dengan motosikal.
( ) Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.
( ) Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.

3. Zaman remaja merupakan satu tempoh kehidupan yang diselubungi oleh harapan, cabaran dan
ketegangan yang tertentu.
( ) Masalah ketegangan telah menyebabkan remaja tiada harapan dan cabaran dalam kehidupan.
( ) Harapan, cabaran dan ketegangan merupakan masalah yang biasa dalam tempoh kehidupan
alam remaja.
( ) Remaja diselubungi cabaran dan harapan kerana ketegangan dalam kehidupan.
( ) Zaman remaja mesti menghadapi pelbagai harapan dan cabaran yang menyebabkan
kerungsingan.

4. Akhlak yang baik merupakan manifestasi jiwa yang murni.


( ) Jiwa yang murni ialah gambaran perlakuan yang mulia .
( ) Jiwa yang murni sebati dengan akhlak yang sempurna.
( ) Kemurnian jiwa sentiasa bersama akhlak yang sempurna.
( ) Kemurnian jiwa tidak seiring dengan perlakuan yang sempurna.

32
五年级国文
5. “Mendermalah kepada fakir miskin ,” kata Ustaz Faizul kepada Izhar.
( ) Ustaz Faizul menasihati Izhar supaya memberikan derma kepada fakir miskin.
( ) Ustaz Faizul memujuk Izhar supaya mendermakan hartanya kepada golongan miskin.
( ) Ustaz Faizul memerintahkan Izhar supaya menyerahkan wangnya kepada fakir miskin.
( ) Ustas Faizul meminta Izhar supaya menghulurkan wang saku kepada fakir
miskin.

6. Kawasan dusun datuk kelihatan terang kerana baru dibersihkan oleh Pak Majid.
( ) Pak Majid yang membersihkan kawasan dusun datuk yang baru terang itu.
( ) Kawasan dusun datuk yang baru dibersihkan oleh Pak Majid kelihatan terang.
( ) Kawasan dusun datuk yang baru kelihatan bersih oleh Pak Majid.
( ) Pak Majid baru menerangkan kawasan dusun datuk yang bersih

7. Pihak Kementerian Pendidikan telah merangka satu program khas untuk murid-murid tahun
enam selepas menduduki peperiksaan UPSR.
( ) Satu program khas selepas menduduki peperiksaan UPSR telah dirangka oleh pihak
Kementerian Pendidikan untuk murid-murid tahun enam.
( ) Murid-murid tahun enam merangka satu program khas untuk Kementarian Pendidikan selepas
menduduki peperiksaan UPSR.
( ) Satu program untuk murid-murid tahun enam selepas menduduki peperiksaan UPSR telah
dirangka oleh pihak Kementerian Pendidikan.
( ) Selepas menduduki peperiksaan UPSR, pihak Kementerian Pendidikan dan murid-murid
tahun enam akan merangka satu program khas.

8. Vitamin C dalam buah limau baik untuk kesihatan.


( ) Kesihatan yang baik terdapat dalam Vitamin C buah limau.
( ) Buah Limau mengandungi Vitamin C yang baik untuk kesihatan.
( ) Buah limau yang sihat mengandungi Vitamin C.
( ) Kesihatan buah limau ialah Vitamin.

33
五年级国文
9. Harliza mengajak Maria menonton persembahan Orkestra Simfoni Muda di Istana Budaya pada
malam itu.
( ) “Marilah kita pergi menonton persembahan Orkestra Simfoni Muda di Istana Budaya pada
malam ini,” kata Harliza kepada Maria.
( ) “Kamu hendak pergi menonton persembahan Orkestra Simfoni Muda di Istana Budaya pada
malam ini?” tanya Harliza kepada Maria.
( ) “Pada malam esok apa kata kalau kita pergi menonton persembahan Orkestra Simfoni Muda
di Istana Budaya?” kata Harliza kepada Maria.
( ) “Harliza, malam ini apa kata kita menyaksikan persembahan Orkestra Simfoni Muda di Istana
Budaya?” tanya Maria.

10. “Saya hendak berjumpa dengan awak esok,” kata Encik Rizal kepada Zaki.
( ) Encik Rizal memberitahu Zaki bahawa dia hendak berjumpa dengan saya pada hari esok.
( ) Encik Rizal memberitahu Zaki bahawa dia hendak berjumpa dengannya pada keesokan harinya.
( ) Encik Rizal mengingatkan saya dan Zaki supaya berjumpa dengannya pada keesokan harinya.
( ) Encik Rizal mengingatkan Zaki supaya berjumpa dengannya pada keesokan harinya.

34
五年级国文
UNIT 30: KREATIVITI DALAM CIPTAAN
A. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.
Jom sertai pertandingan rekacipta daripada barangan kitar semula.
Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan 2020
TARIKH/HARI: 19 Oktober 2019 | Sabtu
TEMPAT: Taman Rekreasi Pudu Ulu, Cheras, Kuala Lumpur
MASA: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Hanya 20 penyertaan kumpulan terawal mendaftar sahaja akan dipilih.
Syarat-syarat Penyertaan:
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dan kanak-
kanak berumur 7-12 tahun.
2. Setiap penyertaan akan diwakili oleh 1 kumpulan yang terdiri daripada seorang dewasa dan
kanak-kanak.
3. Rekaan berkonsepkan bebas ‘Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’.
4. WAJIB menggunakan 100% barangan kitar semula yang disediakan.
5. Rekaan perlu di buat semasa hari pertandingan.
6. Pemenang 1-3, hasil kerja akan menjadi hak milik Alam Flora Sdn Bhd.
7. Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bentuk bantahan tidak akan dilayan.
HADIAH PERTANDINGAN REKACIPTA:
JOHAN : Hamper + Baucer bernilai RM150.00
NAIB JOHAN : Hamper + Baucer bernilai RM100.00
TEMPAT KETIGA : Hamper + Baucer bernilai RM80.00
Saguhati : Hamper
Sebarang pertanyaan, hubungi 012-3737422 (Ummi Nadia) atau emelkan kepada
ummi@alamflora.com.my

1. Apakah tujuan utama mengadakan pertandingan reka cipta?

2. Terangkan dua syarat yang perlu dipatuhi semasa menyertai pertandingan tersebut.

3. Pada pendapat anda, adakah pertandingan reka cipta ini dapat memupuk kesedaran
tentang pemeliharaan alam sekitar? Mengapa?

35
五年级国文
B. Baru-baru ini kamu telah pun menyertai satu pertandingan reka cipta. Sebagai setiausaha, kamu
diminta menulis sebuah laporan tentang pertandingan itu. Panjangkan laporan anda dalam 80-120
patah perkataan.

36
五年级国文

You might also like