You are on page 1of 3

Nama: ( )

Kelas:

Latih Tubi 1
Bahagian A : Karangan (60%)
Tulis satu karangan daripada perkara di bawah ini. Panjang karangan anda hendaklah tidak kurang
daripada 180 patah perkataan.
 
1. Pelbagai masalah timbul dalam kalangan remaja seperti masalah keluarga, masalah pembelajaran dan
masalah rakan sebaya. Keadaan ini menimbulkan tekanan atau stres kepada remaja. Huraikan langkah-
langkah yang wajar anda lakukan dalam menangani tekanan atau stres.
2. Baru-baru ini anda telah pulang ke kampung halaman untuk menziarahi datuk dan nenek. Ketika anda di
kampung hujan telah turun dengan lebatnya sehingga kampung anda telah dilanda banjir. Gambarkan
suasana ketika banjir melanda kampung anda.
3. Pengambilan makanan yang mencukupi memainkan peranan penting kepada para pelajar. Bincangkan
kebaikan-kebaikan membawa bekal makanan ke sekolah.
4. Andaikan anda menyertai pertandingan syarahan. Tajuk syarahan anda ialah “Cabaran Pelajar
Menghadapi Pembelajaran Secara Dalam Talian.” Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.
5. Anda telah mewakili Persatuan Pengakap Sekolah untuk menyertai aktiviti perkhemahan Persatuan
Pengakap peringkat negeri Johor. Tulis laporan lengkap tentang perkhemahan tersebut.

Bahagian B: Rumusan (20%)


Kaji pelan rumah di bawah dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang ciri-ciri rumah
kondominium Bayu Indah.
Ciri-ciri Rumah Kondominium Bayu Indah

40 kaki

60 kaki
Bahagian C: Kefahaman (20%)
Petikan 1
Berdasarkan petikan di bawah ini, jawab soalan-soalan yang disediakan dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-anak buahnya agar sentiasa
berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau-kalau kejadian pecah rumah akan berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk
Mat mengadakan mesyuarat tergempar dengan memanggil penduduk kampung ke rumahnya untuk membincangkan
cara terbaik bagi mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu.
"Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam secara berkumpulan, " kata Pak Jusoh.
“Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ” ujar Pak Mail.
Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut bersetuju dengan usul yang
dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung Paya Dalam akan membuat rondaan mengikut jadual yang
ditetapkan. Langkah itu mula diadakan pada minggu yang berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan
oleh ketua mereka.
Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan oleh suatu kejadian ganjil. Kanak-
kanak yang pulang daripada mengaji telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing. Penduduk kampung,
terutama kaum wanita dan kanak-kanak mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu tidak
mematahkan semangat Tuk Mat dan anak buahnya untuk meneruskan rondaan.
Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya membuat rondaan seperti biasa.
Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat sebuah perahu terdampar di pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang
lelaki dengan gerak-geri yang mencurigakan melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke Kampung
Paya Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga lelaki berkenaan. Setelah disoal siasat, rupa-
rupanya merekalah yang selama ini menjalankan kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan menakut-
nakutkan penduduk Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian diserahkan kepada pihak polis
untuk dibawa ke muka pengadilan.
1. Berikan maksud perkataan di bawah berdasarkan penggunaan dalam petikan.
a) usul
b) memberkas
2. Mengapakah Ketua Kampung Paya Dalam sering mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada
setiap masa?
3. Apakah langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya Dalam untuk menangani masalah
kemungkinan berlakunya kejadian pecah rumah di kampung itu?
4. Apakah kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk Mat dan anak buahnya?
5. Pada pendapat anda, apakah kepentingan menyertai persatuan penduduk di kawasan perumahan?

Petikan 2
Selain lagu kebangsaan, bendera kebangsaan Jalur Gemilang juga melambangkan kemegahan negara
Malaysia. Jalur Gemilang mengandungi empat warna, iaitu warna merah, warna putih, warna biru, dan warna
kuning. Reka bentuknya berjalur-jalur dengan petak biru yang mengandungi bulan sabit dan bintang. Tiap-tiap
bahagian yang membentuk Jalur Gemilang itu mempunyai maksud tertentu. Jalur-jalur merah dan putih itu
melambangkan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan yang membentuk Malaysia. Warna biru pada petak di
penjuru kiri sebelah atas menunjukkan perpaduan rakyat.
Bentuk bulan sabit melambangkan agama rasmi negara, iaitu agama Islam. Bintang berbucu 14
melambangkan perpaduan negeri-negeri yang membentuk Malaysia. Warna kuning pada bulan dan bintang
melambangkan raja-raja. Warna ini mencerminkan sistem pemerintahan negara ini, iaitu pemerintahan beraja dan
berperlembagaan.
1. Terangkan maksud bagi perkataan ‘kemegahan’berdasarkan penggunaannya dalam petikan.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Jalur Gemilang’?
3. Nyatakan maksud jalur-jalur merah, putih dan kuning yang terdapat dalam Jalur Gemilang.
4. Pada pendapat anda, mengapakah semangat cinta akan negara semakin diabaikan oleh generasi muda?
- golongan muda terlalu mengaggung-agungkan ideologi Barat.
- Golongan muda kurang pengetahuan tentang sejarah negara.
- golongan muda bersikap tidak mementingkan semangat cinta akan negara.
-

You might also like