You are on page 1of 5

Soalan 1: Laporan

Sebagai pegawai di Kementerian Dalam Negeri, anda telah menjalankan satu


kajian tentang kejadian jenayah yang melibatkan golongan remaja di negara ini.
Berdasarkan hasil kajian tersebut, sediakan satu laporan tentang punca penglibatan
remaja dalam kancah jenayah. Dalam laporan itu, kemukakan juga cadangan untuk
mengatasinya. Sediakan laporan itu selengkapnya.
Skema jawapan
Laporan tentang Kejadian Jenayah yang Melibatkan Golongan Remaja di
Negara ini dan Cadangan untuk Mengatasinya
1.0 Pendahuluan
Konsep jenayah
Senario jenayah yang berlaku di negara Malaysia pada masa ini
Pernyataan kehendak soalan, iaitu punca dan cadangan
2.0 Punca-punca Kejadian Jenayah yang Melibatkan Remaja
2.1 Pengaruh Rakan Sebaya
2.2 Desakan Kewangan kerana Kesempitan Keluarga
2.3 Perasaan Ingin Mencuba Sesuatu yang Baru
2.4 Tidak Mendapat Perhatian daripada Ibu Bapa
2.5 Kurang Didikan Agama
3.0 Cadangan untuk Mengatasinya
3.1 Hukuman yang Lebih Berat kepada Pesalah
3.2 Bimbingan Kaunseling
3.3 Perhatian dan Kasih Sayang daripada Ibu Bapa
3.4 Didikan Agama sejak Kecil
3.5 Kerjasama daripada masyarakat

4.0 Kesimpulan
Banyak faktor remaja terlibat dengan jenayah.
Jika tidak diatasi akan mendatangkan masalah terhadap diri sendiri, ibu bapa,
dan negara.
Perlu kerjasama daripada semua pihak untuk mengatasi masalah.

Laporan disediakan oleh, Tarikh:


____________________________
(NAMA-HURUF BESAR)
Jawatan

Soalan 2: Syarahan
Bersempena dengan Hari Kemerdekaan, anda telah terpilih untuk mewakili daerah
anda dalam pertandingan syarahan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri. Tajuk
syarahan anda ialah Kepentingan Semangat Patriotik dan Cabarannya. Sediakan
teks syarahan itu selengkapnya.
Skema jawapan
Esei hendaklah ditulis berdasarkan format syarahan, iaitu didahului dengan kata
alu-aluan, kata sapaan, dan penutup yang sesuai.
- Kata alu-aluan: Yang dihormati tuan Pengerusi Majlis, dif-dif kehormat,
rakan-rakan pelajar, dan hadirin sekalian. Terlebih dahulu, saya ingin
mengucapkan ribuan teima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri
kerana mengundang saya untuk menyampaikan syarahan bersempena
dengan hari kemerdekaan. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan
yang bertajuk Semangat Patriotisme: Kepentingan dan Cabarannya.
Pendahuluan
- Pengenalan tajuk dan menyentuh konsep Semangat Patriotik di negara ini.
- Di negara ini, masih ramai tidak begitu maklum tentang kepentingan
semangat patriotik dan kini menghadapi pelbagai cabaran.
Idea Kepentingan Semangat Patriotisme
1. Melahirkan warganegara yang rela berkorban demi negara unsur
keselamatan negara peristiwa Lahad Datu Sabah.
2. Mewujudkan perpaduan penting bagi rakyat Malaysia yang rakyatnya
terdiri daripada pelbagai kaum.
3. Melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri yang kukuh contoh
kepada negara lain imej negara.
4. Mempunyai semangat untuk bersama-sama membangunkan Negara
penting untuk ekonomi Negara.

Idea Cabaran Semangat Patriotisme


1. Golongan muda semakin kurang bersemangat patriotik - lahir dalam zaman
selepas merdeka.
2. Golongan remaja semakin dipengaruhi budaya asing cara berpakaian, lagu
dan cara hidup.
3. Golongan muda semakin dipengaruhi anasir-anasir jahat perhimpunan
haram, layari internet dengan tujuan negatif, pengaruh media massa
Penutup
- Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
- Kepentingan Semangat Patriotisme bukan sahaja kepada Negara malahan
individu juga.
- Cabaran-cabaran jika tidak diatasi menjadi duri dalam daging dan paling
parah meruntuhkan Negara.

Soalan 3: Ceramah
Sebagai seorang ahli NGO yang terlibat secara langsung dalam hal-hal kesihatan,
anda diminta untuk menyampaikan ceramah kepada penduduk di sebuah kampung
yang kerap dilanda banjir. Oleh itu, dalam ceramah tersebut, anda perlu
menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjaga kesihatan dan
keselamatan ketika banjir. Tulis ceramah tersebut selengkapnya.
Skema jawapan
Esei hendaklah ditulis berdasarkan format ceramah, iaitu didahului dengan katakata alu-aluan, kata sapaan, dan penutup yang sesuai.
Pendahuluan
Kata alu-aluan
Tajuk ceramah
Ceritakan tentang banjir, sebab banjir, kesan banjir
Isi 1: menjaga kesihatan makanan dan minuman
Banjir yang berpanjangan mempercepat penularan kuman
Menggunakan air yang bersih untuk mandi, memasak, menggosok gigi,
dan minum air yang telah dimasak.
Bayi, ibu mengandung, pengidap penyakit kronik disarankan agar
minum air yang disediakan dalam botol
Air sungai dan telaga yang tercemar jangan digunakan.
Makanan hendaklah dimasak dengan sempurna, sayur-sayuran dan
buah-buahan hendaklah dibasuh terlebih dahulu sebelum dimakan.
Amalan mencuci tangan sebelum dan selepas makan hendaklah
dipraktikkan.

Penyakit yang mudah merebak melalui air yang tercemar ialah taun,
kepialu dan hepatitis A.

You might also like