You are on page 1of 4

CONTOH KARANGAN TEMA PERPADUAN

Oleh sebab perpaduan sangat penting, pelbagai langkah perlulah diambil untuk
meningkatkan perpaduan di negara kita. Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil
untuk mengukuhkan perpaduan.
Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari
semasa ke semasa. Usaha ini amat penting dilakukan untuk memastikan keamanan negara
sentiasa terpelihara. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang apakah yang
dimaksudkan dengan perpaduan rakyat? Mengikut definisi yang diberikan dalam Kamus
Dewan Edisi Keempat, perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu
untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah.
Persoalannya ialah apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan
perpaduan rakyat dapat dikekalkan dan ditingkatkan?

Satu daripada langkah yang perlu dilakukan ialah rakyat Malaysia haruslah mempunyai nilai-
nilai murni yang tinggi terutamanya nilai toleransi. Hal ini amat penting untuk mengelakkan
berlakunya sebarang pertelingkahan atau perselisihan faham yang akan memecahbelahkan rakyat
Malaysia. Menurut Tun Dr. Mohathir Mohamad, mantab Perdana Menteri Malaysia ke-4, kita
haruslah mengetepikan emosi yang akan menyebabkan perpecahan. Oleh itu, rakyat Malaysia
haruslah meneruskan kehidupan dalam suasana yang aman dan saling membantu atau
bekerjasama serta mengikis sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat terus berkekalan.

Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan yang penting dengan
mengadakan pelbagai kempen untuk meningkatkan perpaduan. Dalam hal ini, mereka hendaklah
menganjurkan ceramah yang bertajuk seperti Perpaduan Teras Kejayaan. Aktiviti sebegini
haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Hal
ini amat penting kerana melalui aktiviti tersebut, rakyat Malaysia akan terdedah dengan
kepentingan perpaduan. Persengketaan dan perpecahan yang berlaku seperti di kebanyakan
negara di dunia disebabkan mereka tidak sedar akan kepentingan perpaduan. Puncanya ialah
ketiadaan kempen yang dijalankan secara berterusan. Oleh hal yang demikian, sesebuah negara
yang dahulunya mempunyai perpaduan yang erat dalam kalangan rakyat, kini, mereka hidup
porak-peranda. Adakah kita mahu agar perkara sebegini berlaku di negara kita? Jawapannya
tentulah tidak!

Pertubuhan seperti Rukun Tetangga pula seharusnya mengadakan aktiviti-aktiviti yang


melibatkan pelbagai kaum. Melalui aktiviti tersebut, rakyat pelbagai kaum akan dapat saling
memahami budaya kaum yang lain. Dengan ini, perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Sebagai
contohnya, mereka haendaklah menganjurkan aktiviti Majlis Rumah Terbuka sempena hari
perayaan supaya dapat dihadiri oleh semua penduduk. Melalui aktiviti seperti ini, perkara sensitif
yang melibatkan kaum tertentu dapat dielakkan dan rakyat pula tidak akan membangkitkan
persoalan tersebut dan seterusnya mengelakkan berlakunya pertelingkahan mahupun
pertelagahan yang tidak diingini. Mereka juga harus memahami bahawa bersatu teguh bercerai
roboh.

Pernahkan terlintas dalam fikiran kita bahawa ibu bapa juga memainkan peranan yang penting
bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan? Ibu bapa merupakan orang yang terdekat
dengan anak-anak. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka
dengan nilai-nilai yang murni seperti toleransi. Berbalik pada zaman tradisi, asuhan dalam
keluarga merupakan pendidikan yang paling ampuh bagi kanak-kanak mempelajari nilai-nilai
murni daripada ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa hendaklah menunjukkan teladan
kepada anak-anak mereka agar anak-anak bergaul dengan kawan-kawan daripada pelbagai kaum
dengan harmoni. Pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Melalui cara ini, anak-anak akan menjaga sensitiviti kaum lain dan tidak akan menimbulkan
masalah atau pergaduhan yang akan menyebabkan perpaduan tidak dapat dikekalkan.

Sebagai konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu ibarat ke bukit sama-sama didaki,
ke lurah sama-sama dituruni untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat dapat
dikekalkan. Janganlah meranapkan impian Malaysia untuk mencapai wawasan 2020. Biar
matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang.
Ingatlah bahawa sekali sahaja perpaduan hancur, maka sukarlah untuk kita membinanya
kerana telur sesanggkak, pecah sebiji pecah semuanya
Contoh karangan Cemerlang A+ seperti jadual pengembangan isi di bawah:-

Ayat Huraian
Ayat Judul Mari kita selongkari isi pertama perbincangan iaitu Membaca
dapat mencetus idea baru dengan menggunakan minda pelajar
kelas pertama.
Ayat Huraian 1 Pada era negara menuju ke arah negara maju, membaca amat
penting dalam kalangan masyarakat mahupun pelajar.
Ayat Huraian 2 Hal ini kerana. dengan membaca masyarakat terutama golongan
pelajar akan menerima idea-idea baru yang akan mematangkan
pemikiran mereka terutama semasa menjawab soalan berunsur
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diselitkan dalam
soalan peperiksaan awam khasnya, terutama Peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia.
Ayat Huraian 3 Pada zaman era dunia bermaklumat kini, pelajar boleh mendapat
info terkini dengan mudah tanpa berfokus kepada media cetak
untuk mendapat maklumat yang diperlukan samada data berbentuk
stastistik, kata-kata pemimpin, berita terkini berkaitan sesuatu isu
dan banyak lagi maklumat yang terhidang di depan mata.
Menyelitkan Tegasnya, dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari.
Unsur
Keindahan
Bahasa
Ayat Contoh Tambahan pula, pelajar boleh memperoleh apa sahaja bahan pada
bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mereka berada, samada
info tersebut melibatkan mata pelajaran mahupun informasi
berkaitan peristiwa terkini berlaku dalam dan luar negara.
Ayat Huraian Info-info terkini berkenaan akan memberi impak kepada
kematangan pelajar terutama menghasilkan karangan cemerlang
dan menjawab soalan berunsur KBAT berdasarkan kehendak
soalan peperiksaan.
Ayat KBAT Sekiranya, membaca menjadi budaya dalam kalangan pelajar,
sudah pasti bilangan pelajar yang akan mendapat keputusan
cemerlang akan meningkat setiap tahun apabila keputusan
peperiksaan diumumkan.
Ayat Penegas Tegasnya, membaca amat penting untuk mencetus idea baru yang
akan mematangkan pelajar untuk melahirkan pelajar berminda
kelas pertama
TAJUK-TAJUK POPULAR KARANGAN (spm)
Soalan 1: Remaja / Diri sendiri
1. Kepentingan disiplin kepada pelajar
2. Gejala Sosial / Lumba Haram / Remaja Lari dari Rumah (Langkah)
3. Makanan ringan / Makanan segera (Punca & Langkah)
Soalan 2 : Keluarga
1. Gaya Hidup Sihat (Peranan ibu bapa)
2. Disiplin (Peranan ibu bapa)
3. Hubungan Kasih Sayang (Peranan ibu bapa)
4. Rancangan Televisyen Realiti (Usaha ibu bapa dalam pengekangan)
5. Keluarga Bahagia (Punca kegagalan & Kepentingan)
6. Teknologi maklumat / Internet (Peranan ibu bapa)
7. Peranan ibu bapa dalam menyemai semangat kejiranan/perpaduan/patriotisme
Soalan 3 : Masyarakat / Negara
1. Semangat Kejiranan (Langkah)
2. Riadah dan Rekreasi (Kebaikan)
3. Kehilangan / Keselamatan Kanak-kanak (Langkah mengatasi)
4. Jenayah Negara (Peranan masyarakat)
5. Polisi Sekolah Selamat (Usaha pihak sekolah)
6. Tabungan (Faedah & Usaha)
7. Pelancongan (Kebaikan)
8. Pengangkutan Awam (Langkah memperkasakan / kepentingan)
9. Membaca (Cara menggalakkan)
10. Perpaduan Kaum (Peranan)
11. Alam Sekitar Program Pembangunan Mesra Alam / Melestarikan hutan (Langkah)
12. Bahasa Inggeris / Bahasa Asing (Kepentingan / Langkah)
13. Rasuah (Kesan / Langkah)
Soalan 4 : Global
1. Jenayah Antarabangsa (Kerjasama antara negara)
2. Penyakit berjangkit (Bentuk kerjasama)
3. Pelaburan Asing (kebaikan)
4. Kerjasama antara Negara (bentuk)
5. Keamanan serantau (langkah)
6. Kemelesetan Ekonomi (Kesan & Usaha)
Soalan 5 : Warisan / Nilai-nilai Murni / KOMSAS
1. Bangunan Bersejarah (Kepentingan & Langkah)
2. Puisi Tradisional (Usaha / Kepentingan)
3. Membaca Karya Sasatera (Sebab kurang diminati & Langkah

You might also like