You are on page 1of 7

BI TAJUK MUKA SURAT

L
1. Muka Depan Tugasan Kerja Kursus GPML 1022
( Perpaduan
)
2. Soalan Tugasan Kerja Kursus GPML 1022

3. Penghargaan

4. Isi Kandungan

5. 1.0 Pengenalan

2.0 Analisis fenomena teknologi maklumat - tular/viral

3.0 Faktor dan punca isu teknologi maklumat – tular/viral

4.0 Cadangan penyelesaian isu teknologi maklumat –


tular/viral
berdasarkan nilai-nilai agama masyarakat Malaysia

5.0 Rumusan

6. Senarai Rujukan

7. Lampiran
PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh kerana sudi menawarkan peluang emas saya untuk terlibat dalam penghasilan
kerja khusus. Banyak kemudahan dan gajet elektronik seperti Internet percuma sudah
disediakan bagi memudahkan saya untuk menyempurnakan kerja khusus saya dalam masa
yang ditetapkan. Kemudahan – kemudahan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh juga
membolehkan saya melayari Internet untuk mencari informasi yang terkini dan maklumat
yang berkaitan dengan kerja khusus.

Selain itu , saya ingin berterima kasih kepada pensyarah yang mendidik mata
pelajaran moral , iaitu Encik Amir Bin Hassan . Beliau mencurahkan ilmu pengetahuan
kepada saya dan memberi bimbingan kepada saya semasa saya menghadapi kekangan
dalam sesi pembelajaran. Beliau tidak jemu menjawab soalan saya dengan teliti sehingga
saya boleh memahami topik yang diajar.

Di samping itu , saya ingin menyampaikan penghargaan saya kepada ibu bapa
yang sanggup memberi sokongan kepada saya dengan tidak pernah mengatakan kelesuan.
Mereka menghulurkan bantuan kepada saya dari segi kewangan supaya saya dapat
menghabiskan kerja khusus saya dengan mudah dan cepat. Mereka juga akan
menggalakkan saya untuk menyiapkan kerja khusus saya dengan sedaya upaya dalam
masa yang ditetapkan. Mereka akan memberi cadangan dan galakkan kepada saya apabila
saya ingin berputus asa dalam penghasilan kerja khusus supaya saya dapat membara
semangat untuk meneruskan perjuangan penghasilan kerja khusus.

Akhirnya , saya sangat mengenangi jasa rakan-rakan saya yang sentiasa


menemani saya , iaitu Ling Wan Jin dan Vimanthan . Mereka akan membetulkan kesalahan
bahasa saya dan berkongsi idea serta pendapat mereka yang bernas semasa saya
menghasilkan kerja khusus. Mereka juga akan menyumbang cadangan yang berguna
sehingga kerja khusus saya selesai.
Pengenalan

Perpaduan merujuk kepada perikatan antara beberapa organisasi . Merujuk kepada


Kamus Dewan Edisi Keempat , perpaduan ditakrifkan sebagai penggabungan dan perihal
berpadu. Perpaduan antara kaum dan integrasi nasional merupakan nadi penggerak negara
dan amat diperlukan untuk mengukuhkan keamanan tanah air kita. Perpaduan kaum
merupakan impian seluruh warga Malaysia tanpa mengira etnik dan agama . Perpaduan
kaum merupakan asas pembangunan negara kerana rakyat yang bersatu padu dapat
meningkatkan kecekapan kerja dan menyempurnakan tugasan – tugasan yang diarahkan
oleh pihak kerajaan dengan mantap. Negara kita akan menjadi huru-hara sekiranya
perpaduan kaum diabaikan dan rusuhan kaum akan sering berlaku sehingga mengakibatkan
keamanan negara kita terjejas. Sebelum kemerdekaan Malaysia tercapai , Persekutuan
Malaysia sudah merintis jalan ke arah perpaduan pelbagai kaum. Selepas itu , Perikatan
tersebut diterjemahkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 sehingga
hari ini supaya kebudayaan dan identiti setiap kaum dapat terpelihara. Menurut
Ekspresionisme di Sibolangit , “ Kita serumpun bertanam buluh , buluh akan patah , diserbu
ribut , jika hidup sebatang . Di belakang kita masih ada seribu rebung . Kelak , semuanya
boleh menjunjung langit. ”

Fenomena Isu Perpaduan

Marcapada ini hubungan antara kaum semakin renggang akibat sempadan agama dan
budaya. Kemelut perpaduan kaum menjadi isu yang hangat pada kontemporari ini kerana
negara kita menghadapi pelbagai kekangan dalam arah menuju ke arah perpaduan kaum .
Antara faktor perpaduan kaum semakin luntur yang utama termasuklah isu politik negara
yang tidak stabil . Penubuhan parti – parti politik berasaskan suku kaum menimbulkan
konflik antara kaum untuk mempertahankan maruah dan hak kaum masing-masing.  Etnik
Bumiputera di Malaysia seramai 68.6 peratus, diikuti dengan etnik Cina sebanyak 23.4
peratus, India sebanyak 7.0 peratus dan lain-lain adalah sebanyak 1.0 peratus. Berasaskan
statistik perpaduan kaum 2018, Indeks Perhubungan Masyarakat ( IPM ) menunjukkan
hubungan masyarakat dalam kalangan peserta Program Kesepaduan Sosial dan Integrasi
Nasional dari dimensi individu telah mencapai skor 1.47 , manakala dari dimensi masyarakat
pula mencapai skor 1.57 . Keputusan ini menunjukkan hubungan masyarakat di Malaysia
yang renggang dan perpaduan kaum masih tidak tercapai .
FAKTOR PERPADUAN KAUM SEMAKIN LUNTUR

Menurut pepatah Datuk Dr Teo Kok Seong ,  terdapat suara ahli politik di negara ini yang
menyebabkan timbulnya perbalahan dalam kalangan masyarakat selain terdapat paparan
yang sengaja mencetuskan isu perkauman di media sosial. Sesetengah penjenayah siber
yang sengaja menimbulkan isu perkauman akan memuatnaikkan dan menyebarkan
maklumat yang tidak benar melalui media sosial. Sebagai contoh ,Ahli Politik Borhanudin
menggunakan nama Borhan Che Rahim membuat komen rasis terhadap S. Kisona selepas
tewas saingan separuh akhir Piala Sudirman kepada Jepun dengan Facebook. Oleh itu ,
Borhanudin sudah meletakkan jawatan sebagai hukumannya.

Selain itu, penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar dalam kalangan
generasi muda semakin dipinggirkan. Majoriti kaum-kaum di Malaysia menggunakan
Bahasa ibunda untuk berkomunikasi mengakibatkan mereka tidak dapat bertutur dalam
Bahasa Melayu dengan fasih . Tanpa Bahasa Melayu sebagai jambatan untuk
menghubungkan setiap kaum , rakyat Malaysia akan menghadapi kekangan untuk
berkomunikasi dan kesannya perpaduan negara akan tergugat.

Tambahan pula , .masyarakat yang tidak mengamalkan semangat patriotik


mengakibatkan perpecahan kaum . Keterhakisan rasa cinta kemanusiaan dalam kalangan
masyarakat ini boleh dikatakan berpunca daripada rasa individualistik dan materialistik (My
Metro, 18 Ogos 2016). Semangat patriotik semakin pudar dalam kalangan generasi muda
akibat kewujudan budaya K-POP mempengaruhi sesetengah masyarakat yang menyokong
artis-artis secara tanpa kawalan. Tanpa semangat patriotik sebagai perikatan yang
menyatupadukan seluruh kaum di Malaysia , kaum-kaum di Malaysia akan berpecah-belah.
Individu yang bersikap individualistik mengabaikan perasaan individu yang lain
menyebabkan permuafakatan sukar dicapai dalam kalangan masyarakat. Mereka yang tidak
menghormati budaya dan agama kaum yang lain menyebabkan kemelut perpecahan kaum
semakin kritikal.
CADANGAN MENYELESAIKAN ISU PERKAUMAN

Sebelum nasi sudah menjadi bubur , masyarakat Malaysia perlu membanteras isu
perkauman supaya perpaduan kaum di Malaysia dapat dikekalkan pada era globalisasi
tersebut. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ( DBP ) perlu memartabatkan Bahasa Melayu
melalui pelancaran Program Minggu Bahasa Melayu di peringkat sekolah supaya semua
kaum dapat melibatkan diri dalam petuturan dan penggunaan Bahasa Melayu pada sesi
pembelajaran di sekolah. Menurut Abang Sallehuddin , Bahasa Melayu merupakan lambang
jati diri dan entiti kebangsaan . Silaturahim antara kaum akan dirapatkan melalui pergaulan
dan komunikasi dengan Bahasa Melayu.

Di samping itu , rakyat Malaysia perlu mengamalkan sifat toleransi dan saling
menghormati untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Menurut  Timbalan
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wira Dr Farid Md Rafik, Sikap toleransi yang
tinggi adalah kekuatan sebenar untuk kehidupan yang harmoni terutama ketika negara
sedang menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang melibatkan kaum dan agama .
Masyarakat yang mengamalkan sikap toleransi dapat mengekalkan keharmonian dan
kesejahteraan di negara kita kerana perselisihan faham serta pertelingkahan antara kaum
dapat dielakkan .

Akhirnya , rakyat Malaysia wajib memupuk semangat patriotik dalam kalangan kaum
dan peka terhadap isu-isu terkini. Rakyat Malaysia perlu berbijaksana dan mengetahui isu-
isu terkini supaya tidak terpengaruh oleh kata-kata ahli politik yang prejudis atau rasis .
Semangat patriotik perlu ditanam dalam hati rakyat Malaysia untuk mewujudkan
persefahaman antara kaum-kaum di Malaysia dan melahirkan golongan rakyat yang bersatu
padu. Oleh itu , seluruh rakyat Malaysia akan mencapai matlamat dan menetapkan impian
yang sama , iaitu sanggup berkorban dan Bersatu padu demi mempertahankan kedaulatan
serta keharmonian negara kita.
RUMUSAN

Pembangunan dan keamanan negara bergantung kepada perpaduan antara kaum .


Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad pada 31 Oktober 1995 , Manusia yang lemah sekalipun
jika bersatu padu akan menggoncang dunia , demikianlah kesannya perpaduan. Bak kata
pepatah , Bersatu teguh , bercerai roboh . Perpaduan antara kaum perlu dipupuk dalam
kalangan masyarakat supaya rakyat Malaysia dapat bersepakat untuk mengharungi cabaran
dan membangunkan negara.

You might also like