Essei Mooc
Essei Mooc
Maksud perpaduan ialah proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya
setiap angota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki
perasaan cinta dan bangga kepada tanah air. Perpaduan adalah kesamaan atau kesatuan-
satubangsa, satu agama, satu bahasa dan satu negara. Gamabaran satu masyarakat yang
sempurna dan tidak boleh menjadi kenyataan.
(a) Apakah wajah kepelbagaian yang dipaparkan di dalam lagu tersebut? Positif, negatif atau
ideal? Mengapa anda berpandangan demikian?
(b) Apakah simbol-simbol penyatupaduan yang ditunjukkan di dalam lagu 1Malaysia
tersebut? Bagaimanakah simbol-simbol ini boleh membantu ke arah pengukuhan kesepaduan
di antara rakyat negara ini?
Jawapan:
a) Wajah kepelbagaian yang dipaparkan di dalam lagu tersebut ialah kepelbagaian etnik dan
kesepaduan sosial. ia merupakan suatu yang ideal. Ini kerana dengan adanya kepelbagaian
etnik, ia merupakan satu tarikan unik kepada Malaysia untuk lebih dikenali di mata dunia.
Sebagai contoh, Malaysia mempunyai kepelbagian tarian mengikut etnik masing-masing.
(a) Kerajaan
(b) Bukan kerajaan
(c) Anggota masyarakat
2.A3 Refleksi kendiri pengalaman harian dan pelan tindakan individu sebagai agen
penyatupaduan
Tuliskan esei sepanjang lebih kurang 1000 perkataan tentang pengalaman harian anda dalam
konteks hubungan etnik. Anda boleh menulis berdasarkan pengalaman anda di dalam
peringkat usia yang berbeza, misalnya dari zaman kanak-kanak dan kemudiannya melangkah
ke usia remaja, hinggalah ke masa kini. Di dalam esei ini, kenalpasti dan tonjolkan peristiwa-
peristiwa khusus dalam kehidupan anda yang relevan dengan konsep-konsep dan
perbincangan mengenai hubungan etnik yang telah dipelajari di dalam topik ini.
1. Apakah yang dapat anda katakan mengenai refleksi kendiri anda berdasarkan persoalan
berikut:
(a) Adakah anda seorang yang tebal atau tipis batas etniknya? (minimum 200 patah
perkataan)
(b) Apakah pengalaman saling kebergantungan yang anda alami? (minimum 200 patah
perkataan)
(c) Apakah takrifan harian dan takrifan autoriti yang berkait dengan pengalaman hidup anda
sendiri? (minimum 200 patah perkataan)
(d) Apakah bentuk rundingan sosial yang anda lakukan di dalam mengalami kehidupan
sebagai ahli masyarakat pelbagai etnik di negara ini? (minimum 200 patah perkataan)
Malaysia merupakan sebuah negara kecil di peta dunia namun Malaysia mempunyai banyak
keunikan tersendiri. Rakyat Malaysia juga banyak terdiri daripada pelbagai kaum yang
berbeza dari segi bahasa, agama, dan cara hidup antara satu sama lain. Kesatuan dan
kesepaduanetnik hanya dapat dicapai melalui interaksi sama ada takrifan autoriti mahupun
takrifan harian.Selain itu, interaksi juga adalah satu aspek penting dalam pembinaan jati diri
seseorang terutamadalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Setiap etnik yang
terdapat di Malaysiamempunyai budaya masing-masing yang telah diamalkan sejak zaman
dahulu lagi sehinggalahsekarang. Walaupun negara Malaysia dikelilingi dengan pelbagai
jenis bangsa, namun, ia tidakmenjadi penghalang untuk kita semua hidup dalam keadaan
aman damai dan bersatu padu.
Pada pendapat saya, ketipisan batas etnik itu adalah apabila seseorang itu boleh bergaul dan
berkawan dengan selesa dengan rakan yang berasal dari etnik yang berbeza. Melalui
pengalaman saya dari kecil sehinggalah dewasa kini, banyak pengalaman yang boleh saya
ceritakan mengenai konsep perpaduan kaum setelah setelah saya mengenali beberapa kaum
di Malaysia. tebal atau nipisnya batas etnik merupakan satu soalan yang menyentuh isu
perpaduan. Setakat ini saya masih menghormati segala adat resam dan agama daripada
pelbagai etnik selagimana sikap keharmonian dan tolak ansur antara etnik masih dijaga.
Adanya yang menghormati kaum dan agama lain menyebabkan saya sedar pentingnya
menghormati kaum dan agama lain menyebabkan saya sedar pentingnya menghormati kaum
lain agar kaum kita sendiri juga dihormati. Saya merupakan seorang yang tipis batas etniknya
kerana dalam soal berkawan, saya seorang jenis yang tidak memilih kawan. Mempunyai
rakan yang berbilang bangsa dan berlainan agama membuatkan saya berasa ingin tahu akan
cara hidup dan kehidupan mereka.
Pengalaman saling kebergantungan yang saya alami ketika menyambung pengajian di
peringkat pra-universiti dimana situasinya masih sama. Kebanyakan rakan-rakan saya ialah
berbangsa melayu. Namun begitu kami masih berkawan dengan kaum lain dari sekolah lain
dengan baik. Pada peringkat ini,fikiran yang sudah terbuka makin terdedah dengan
tingkatnya ilmu yang kami pelajari tentang isu-isu perkauman yang wujud dalam negara.
Saya sendiri, amat meminati pelajaran Pengajian Am dan Sejarah di mana melalui subjek ini,
saya dapat belajar banyak mengenai adat kaum lain dan sejarah kaum yang lain daripada
saya. Di peringkat universiti, pengalaman saling bergantungan saya ialah ketika mempunya
rakan serumah yang berlainan bangsa dan etnik seperti bangsa Cina, Melayu dan
Kadazandusun. Kami juga belajar beberapa bahasa asas masing-masing dan saling tolong-
menolong antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan masing-masing. Semasa adanya
perayaan, sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri, saya berkongsi dan memperkenalkan makanan
tradisi bagi kaum Melayu kepada mereka. Pengalaman ini amat memberi kesan kepada saya
kami saling berjauhan dengan keluarga membuatkan kami saling bantu antara satu sama lain.
Takrifan Harian : Adalah realiti sosial yang dialami oleh orang ramai dalam kehidupan harian
mereka. Takrifan Autoriti : Adalah realiti sosial yang ditakrifkan oleh pihak yang menjadi
struktur kuasa dominan dalam negara. Contoh Takrifan Autoriti ialah Takrifan Autoriti
bersifat tetap. Sebagai Contoh Orang Melayu bertutur dalam Bahasa Melayu , dan
mengamalkan adat resam serta budaya Melayu. Contoh Takrifan Harian takrifan masyarakat
awam berbeza dalam kehidupan seharian. Contoh, Orang Melayu sebahagian bertutur dalam
bahasa Inggeris. Kesimpulannya Takrifan harian oleh masyarakat lebih pelbagai dan tedapat
tolak ansur serta saling memahami bagi memastikan kehidupan mereka diteruskan dengan
aman tanpa sebarang konflik.
Bentuk hubungan sosial tentang hubungan etnik dapat dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti,
program, perayaan dan rumah terbuka ketika perayaan. Selain itu, cuba untuk merapatkan diri
dan berinteraksi dengan kaum lain secara ramah mesra. Perkara yang paling utama adalah
sikap saling menghormati dan tidak menyentuh isu-isu sensitif. Penyatupaduan adalah usaha
yang dilakukan oleh semua rakyat Malaysia ke arah menangani potensi konflik dan membina
kesepaduan agar suatu hari nanti perpaduan yang utuh akan terjalin.
3.A4 Aktiviti 4
1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
Kandungan buku-buku teks teks dapat memupuk hubungan etnik melalui subtopik-subtopik
yang terdapat didalamnya yang menerapkan nila-nilai dan konsep asas hubungan etnik.
Sebagai contoh bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik yang diterapkan sejak dari bangku
sekolah rendah yang menerangkan hubungan bersama antara rakyat di Malaysia.
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan
masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
Industri hiburan sebagai mekanisme pemupuk jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat
pelbagai budaya di Malaysia adalah merupakan peranan yang amat penting dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Hal ini kerana, melalui industri ini juga berfungsi mengeratkan
hubungan iaitu dengan mempelajari dan mendalami hiburan masyarakat-masyarakat lain
kerana Malaysia ini sememangnya terkenal dengan rakyat pelbagai bangsa. Maka, dengan
adanya kerjasama dalam bidang ini juga turut membantu dalam mewujudkan hubungan
dalam kalangan masyarakat.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat
pelbagai kaum.
Seni yang umumnya bersifat subjektif banyak memberi peranan terutama dalam masyarakat
pelbagai kaum. Hari ini, kita dapat lihat bahawa pelakon-pelakon tanah air mampu membawa
watak meskipun daripada bangsa yang berbeza. Sebagai contoh, di dalam sebuah lakonan
yang melibatkan hari perayaan. Selain itu, pelakon itu juga dapat merasai dan menghayati
lakonan yang dilakonkan itu.
4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
Kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia adalah
seperti mengadakan pameran, ekspo atau satu slot bersama dengan pelbagai lapisan
masyarakat tidak mengira umur mahupun bangsa. Dengan adanya program seperti ini dapat
membantu masyarakat lebih memahami antara satu sama lain. Selain itu, kepekaan dalam diri
sendiri amat pentinng dalam menjamin kesejahteraan bersama.
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau
perpaduan?
Orientasi perti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah perpaduan. Hal ini kerana,
perpaduan kaum penting dalam menjamin keselamat dan keamanan Negara. Maka dengan
itu, organisasi politik sangat mementingkan perpaduan kerjasama antara semua pihak.
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah
polarisasi kaum atau perpaduan?
Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebih cenderung kepada
perpaduan kaum. Dengan mementingkan perpaduan kaum, ia dapat mengekalkan keamanan
Negara dan keharmonian masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum. Peranan NGO
amat penting pada hari ini kerana ia dapat memupuk perpaduan kerjasama antara semua
pihak tidak kira peringkat umur mahupun bangsa.
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk
persafahaman antara pelbagai etnik.
Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk
persefahaman antara pelbagai etnik adalah tepat sama sekali. Ini kerana, dengan adanya
permainan tradisional ia dapat memupuk persefahaman yang baik antara etnik yang pelbagai
di Malaysia. Contohnya, permainan sepak raga yang sudah lama mendapat tempat dalam
kalangan masyarakat Melayu boleh diterapkan kepada bangsa lain seperti India dan Cina.
Dengan cara ini, setidak-tidaknya dapat memperkenalkan keunikan permainan ini kepada
kaum lain.
Soalan 2
Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum
Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila
pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.
Pada zaman penjajahan, iaitu zaman sebelum merdeka, telah wujud dasar pecah dan perintah
sebagai contoh etnik Melayu diletakkan di kawasan kampung agar menjalankan aktiviti
pertanian. Ini menyebabkan berlakunya ketidakstabilan dan boleh mengakibatkan berlakunya
jurang ekonomi yang ketara antara etnik yang lain. Kedudukan etnik Melayu juga terancam.
Walaubagaimanapun, kewujudan Dasar Ekonomi Baru, yang bertujuan untuk memajukan
ekonomi dan berusaha menghapuskan pengenalan ekonomi berasaskan etnik, telah menjadi
asas kepada penyusunan semula sosioekonomi negara. Pengurangan jurang
ketidakseimbangan ekonomi, ketegangan dan konflik antara etnik dan kemiskinan yang
melanda sesetengah etnik dapat dikurangkan dan dielakkan. Selain itu, kesan daripada dasar
ekonomi baru dapat juga dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi membolehkan
mobiliti golongan miskin untuk mengembangkan kepada sektor produktiviti yang lebih
tinggi.
Soalan 3
Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan
dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang
berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
Dasar-dasar yang telah diperkenalkan oleh Malaysia adalah untuk meningkatkan
pertumbuhan ekonomi negara ialah dasar ekonomi baru. Dasar ini memainkan peranan dalam
mengurangkan kemiskinan diantara hubungan etnik supaya agihan pendapatan yang
diperoleh oleh setiap etnik sama rata. .Misalnya rancangan pembangunan 5 tahun dimana
rancangan tersebut akan menentukan projek yang ingin dijalankan. Dasar Dasar ekonomi
Baru dilaksanakan bagi merapatkan semula jurang ekonomi dan pendapatan antara kaum dan
semua kaum dapat menikmati peningkatan taraf ekonomi.
Soalan 4
LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya
kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian
etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian
ekonomi Malaysia.
Globalisasi telah mendorong pertembungan budaya antara etnik. Hal ini telah mendorong
masyarakat untuk berkongsi pemikiran dari pelbagai pandangan dalam menerajui ke arah
negara maju. Perkara ini sekaligus membawa kepada kerjasama antara etnik di Malaysia
terutamanya dalam meningkatkan kualiti dan pendapatan ekonomi di negara ini.
Kepelbagaian etnik dan keunikan budaya di Malaysia membuatkan Malaysia menjadi sebuah
negara yang dikagumi dunia. Terdapat ratusan etnik dan sub etnik menjadikan Malaysia
sebuah negara yang unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Keunikan ini
mendorong masyarakat untuk sentiasa bertoleransi sesama sendiri agar keharmonian dan
keamanan di negara ini dapat dikekalkan supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang
dan terus menjadi aspirasi kepada negara lain. Pentadbir yang cerdik pandai amat diperlukan
dalam mencorakkan pemikiran masyarakat untuk sentiasa bertolak ansur antara satu sama
lain agar perbalahan yang berlaku antara etnik dapat dicegah dan dibendung dari berleluasa
dari semasa ke semasa.
4.A2 Latihan 2
Soalan yang diberi adalah berdasarkan video berkaitan pembangunan ekonomi di Malaysia.
Rancangan Malaysia ke 10 - Transformasi ke arah Wawasan 2020.
Model Ekonomi Batu Malaysia.
Soalan 1
Tuliskan refleksi tentang video yang anda tonton tadi. Huraikan video yang anda tonton
mengikut kronologi termasu: • Masa • Tempat • Individu yang terlibat
Video yang telah dipaparkan adalah berkaitan segregasi individu mengikut sektor ekonomi
semasa penjajahan British di negara kita, Malaysia. Semasa penjajahan british, kaum melayu,
cina dan india telah diasingkan mengikut kaum mereka sendiri. Kaum tersebut diasingkan
untuk menjalankan kerja dalam sektor ekonomi yang berbeza.Pengasingan ini telah
menyebabkan perpaduan kaum yang dapat dicapai semasa zaman tersebut telah memberi
kesan kepada pertumbuhan dan perkembanggan ekonomi sesebuah negara pada masa
tertentu. Ini memberikan persepsi bahawa setiap kaum amat mementingkan kaumnya sendiri
sebelum kemerdekaan.
Oleh itu, kerajaan Malaysia telah menubuhkan rancangan Malaysia Lima tahun yang
dijalankan setelah mencapai kemerdekaan, maka semua masalah individualistik ini dapat
dibendung dengan lebih berkesan. oleh itu, masyarakat akan lebih bersatu padu dan akan
meningkatkan interaksi anatara pelbagai kaum di Mlaysia dan menyumbang kepada
perpaduan dalam masyarakat.
Soalan 2
Nyatakan perasaan positif dan negatif anda: • Gembira, ceria serta memperoleh sesuatu
bermanfaat daripada video. • Kecewa, sedih dan menerima pengaruh buruk daripada video.
Perasaan positif saya yang terdapat dalam video tersebut adalah gembira, ceria serta
memperoleh sesuatu yang bermanfaat terhadap dalam diri saya sendiri. Ia disebabkan
kerajaan telah memperkenalkan dasar ekonomi baru yang bertujuaan untuk memajukan
ekonoi serta berusaha menghapuskan pengenalan ekonomi berasaskan etnik yang menjadi
asas kepada penyusunan semula sosioekonomi negara. Misalnya, memperbanyakkan
pembasmian kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan bagi
masyarakat. Manakala perasaan negatif saya pula adalah kecewa dan sedih apabila pihak
british mengasingkan masyarakat melayu dengan masyarakat cina dan india. ini telah
memecahbelahkan perpaduan kaum antara ketiga-tiga kaum tersebut. selain itu, ekonomi
mereka semakin tidak stabil dan menentu.
Soalan 3
Apakah yang dapat anda pelajari daripada video tadi?
Apa yang saya dapat pelajari daripada video tersebut adalah kita sebagai rakyat Malaysia
seharusnya bersatu padu dalam membina keamanan dan kemakmuran negara seiring dengan
perkembangan dunia. Kepesatan ekonomi, politik dan sosial perlulah ditngani dengan lebih
baik dan berkesan. selain itu, perpaduan haruslah dipupuk dalam diri setiap rakyat Malaysia.
kita haruslah saling hormat menghormati, bekerjasama, dan saling tolong menolong dalam
kalangan masyarakat untuk memajukan pertalian perkauman.
4.A3 Latihan 3
Soalan 1
Apakah impak globalisasi kepada negara kita Malaysia?
Impak globalisasi kepada negara Malaysia terbahagi kepada dua sudut pandangan iaitu positif
dan negatif. Dari sudut positif, globalisasi mampu menjana ekonomi negara. Dengan adanya
kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ia dapat mempergiatkan perdagangan
Malaysia ke peringkat antara antarabangsa. Globalisasi juga dapat mewujudkan
persefahaman sejagat dengan memupuk kebolehan berkomunikasi. Apa yang dimaksudkan
dengan kebolehan berkomunikasi ini ialah apabila adanya kecanggihan teknologi yang boleh
membantu manusia untuk berkomunikasi walaupun berada dalam jarak yang jauh. Selain itu,
globalisasi juga dapat memupuk nilai tanggungjawab terhadap warganegara Malaysia.
Dari sudut impak negatif globalisasi terhadap negara Malaysia ialah dapat dilihat melalui
ketiadaan batasan dari pelbagai sudut. Sebagai contoh, penggunaan teknologi yang tidak
terkawal dalam masyarakat membolehkan berlakunya persengketaan. Persengketaan ini
berlaku dimana dikatakan bahawa teknologi itu digunakan pada tempat yang tidak
sepatutnya. Disamping itu, globalisasi menyebabkan pencemaran budaya. Generasi muda
terikut-ikut akan nilai runtuh yang boleh menyebabkan budaya tempatan yang murni
akhirnya terkikis.
Soalan 2
Apakah impak globalisasi kepada tindakan pengukuhan (affirmative action) dan hubungan
etnik di Malaysia?
Seperti yang telah saya nyatakan di dalam soalan 1, globalisasi dapat memberi impak ke
dalam sesebuah negara sama ada dari sudut positif dan negatif. Pada pendapat saya, impak
globalisasi terhadap tindakan pengukuhan adalah impak negatif yang dibawa masuk oleh
negara luar. Impak-impak negatif ini datang dariada pelbagai bentuk spserti cara pemakaian,
muzik, cara pertuturan dan sebagainya. Kemajuan teknologi pada masa kini yang dapat
menyampaikan maklumat dengan pantas seperti emel, media sosial, blog dan lain-lain boleh
mendatangkan keburukan sekiranya ia tidak digunakan sebaiknya.
Soalan 3
Bagaimanakah pihak universiti menangani arus globalisasi dalam kalangan pelajar?
Pihak universiti dapat menangani arus globalisasi dalam kalangan pelajar dengan
menambahbaik tahap pendidikan negara agar standing dengan negara maju. Pihak university
perlu menyediakan kelengkapan yang lengkap kepada para pelajar bagi membolehkan
mereka mengadapatasi di dalam dunia pekerjaan pada masa akan datang. Selain itu, pihak
universiti juga perlu menguatkuasa undang-undang bagi mengelakkan berlaku perkara yang
tidak diingini. Hal ini disebabkan oleh budaya luar yang telah diserap masuk ke dalam negara
dan dikhuatiri akan menyebabkan pelajar melakukan sesuatu di luar batasan
Soalan 4
Adakah konsep kesaksamaan/kesamaratan dalam agihan dan pertumbuhan dari segi wilayah
– Semenanjung Sabah dan Sarawak?
Pada pendapat saya, kesaksamaan dan kesemarataan dalam agihan dan pertumbuhan di
Semenanjung Sabah dan Sarawak masih tidak dapat digabarkan dengan jelas. Hal ini kerana
kemajuan diantara ketiga-tiga wilayah ini mempunyai perbezaan yang amat ketara. Walaupun
Sabah dan Sarawak telah dikatakan semakin maju, tetapi hanya beberapa tempat sahaja yang
telah dibangunkan seperti bandar-bandar besar, Kuching dan Kota Kinabalu. Masih terdapat
kampong-kampung pedalaman yang tidak menerima infrastruktur yang secukupnya. Seperti
contoh, terdapat kampung-kampung yang jauh dari pusat bandar bagi mendapatkan
kelengkapan atau rawatan. Ini menyebabkan penduduk di kampung tersebut menempuh jalan
yang jauh sehingga berjamm-jam lamanya. Diharapkan agar masalah seperti ini dapat
ditangani bagi rakyat Sabah dan Sarawak menikmati hak kesamarataan.
Darah pemimpin
Walaupun kedaulatan kesultanan Johor diperolehi daripada British, Datuk Jaafar tidak begitu
memberi muka kepada mereka. Ini boleh dilihat pada arahannya agar semua pegawai British
yang berkhidmat di negeri itu untuk memakai pakaian rasmi kerajaan Johor, kibaran bendera
Union Jack lebih rendah daripada bendera negeri Johor dan surat menyurat yang mesti ditulis
dalam bahasa Melayu.
Malah, Datuk Jaafar menentang keras usaha British menempatkan seorang Residen di sana,
termasuk ‘persetujuan’ Sultan melantik Penasihat Umum dari kalangan orang Inggeris pada
1910, hal yang menimbulkan ketegangan hubungannya dengan istana. Saya yakin seluruh
gambaran ini sedikit sebanyak membentuk peribadi Dato’ Onn kemudian, daripada seorang
yang membesar dalam persekitaran bangsawan, beliau diimbangi dengan ketokohan bapanya
yang lurus, berkebolehan, tegas dan berani.
Beliau yang mendapat pendidikan Inggeris dan Melayu terdedah kepada 2 realiti berbeza,
menajamkan lagi perspektifnya terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Tidak
hairanlah, di samping memperjuangkan nasib kaum Melayu, beliau juga turut menegur
kelemahan orang Melayu malah Sultan, sehingga menyebabkan dibuang negeri dan abangnya
Dato’ Abdullah Jaafar diberhentikan daripada menjadi menteri besar Johor.
Meskipun hidupnya susah kerana itu, ia tidak menghentikan beliau daripada terus
membangkitkan isu-isu kepentingan Melayu – kedudukan raja-raja, negeri-negeri Melayu,
bahasa Melayu dan pemerkasaan orang Melayu – dan membidas British. Ini dapat dilihat
khususnya semasa beliau menjadi pengarang di akhbar Warta Malaya (termasuk Warta Ahad),
Lembaga Malaya dan Lembaga. Kedudukannya digunakan sebaik mungkin untuk
menggerakkan semangat nasionalisme Melayu, seperti tokoh-tokoh sezaman itu, antaranya
Za’ba dan Pak Sako.
Beliau menerbitkan Selamat Johor pada tahun 1935, memuji kebaikan Sultan dan
mengharapkan Baginda lebih matang untuk memerintah di samping menunjukkan contoh
yang baik untuk diteladani. Rentetan itu beliau diberi pengampunan malah dilantik sebagai
anggota tidak rasmi Majlis Mesyuarat Negeri selepas Sultan akur dengan syarat untuk tidak
menyekat beliau memberikan pandangan. Ini dibantu Tengku Mahkota Johor yang baik
dengan Dato’ Onn sejak kecil.
Bersikap inklusif
Saya mahu mengenang Dato’ Onn sebagai seorang pemimpin Melayu yang inklusif, dalam
pengertian beliau seorang yang berjiwa dan berfikiran bebas, memperjuang martabat
kaumnya tanpa mendiskriminasi kaum-kaum lain, melihat perbezaan yang ada dalam
masyarakat sebagai seruan untuk beliau menunjukkan kepimpinan dan bukan dimanipulasi
untuk mendapat atau mengekalkan kuasa. Ketika Jepun menduduki Tanah Melayu, beliau
bukan sahaja terpaksa berkhidmat di bawah arahan Jepun, tetapi turut membantu golongan
kiri yang menentang Jepun
Latar perang China dan Jepun pada ketika itu cukup mempengaruhi sentimen anti-Jepun di
kalangan orang Cina di Tanah Melayu, serta tindakan zalim Jepun terhadap orang Cina.
Akibatnya, berlaku pergeseran di kalangan orang Cina yang diburu Jepun dan orang Melayu
yang dilihat memberi muka kepada Jepun yang mengobarkan slogan ‘Asia untuk orang Asia’,
mesej yang mudah diterima ketika sentimen nasionalisme anti-British kian menebal ketika
itu. Dato’ Onn berjaya menyelesaikan pergaduhan antara orang Melayu dan orang Cina di
Batu Pahat.
Meskipun tidak banyak keterangan diketahui mengenai penyelesaian ini, kita boleh melihat
bagaimana Dato’ Onn mengambil ‘sikap berkecuali’, meneruskan khidmat di bawah Jepun
yang zalim dan pada masayang sama bersimpati dengan golongan kiri meskipun beliau
dikenali berhaluan kanan. Dengan memahami sikap sebenar orang Melayu dan anggota
komunis, Dato’ Onn mengingatkan keganasan bukanlah jalan penyelesaian. Beliau memberi
peringatan agar komunis tidak menyerang orang Melayu dan orang Melayu yang “jika
berperang jangan sampai membunuh orang yang tidak berdosa”. Dato’ Onn mengambil sikap
bersangka baik dengan menganggap komunis turut berjuang demi pembebasan negara.
Haluan kanan beliau mulai ketara apabila Persatuan Melayu Johor Semenanjung (PMJS)
ditubuhkan, menolak idea Melayu Raya yang mahu menggabungkan Tanah Melayu dengan
Indonesia, menentang pembentukan Malayan Union melalui satu Perjanjian yang telah
ditandatangani raja-raja Melayu pada 1946 dan seterusnya penubuhan UMNO serta
penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Dua fakta sejarah yang penting
perlu diketahui ialah penentangan terhadap Malayan Union bukanlah hanya daripada
kalangan orang Melayu sahaja, sebaliknya ia adalah penolakan umum semua kaum kerana
tidak mahukan campur tangan British. Malah, ada bekas pegawai British seperti Frank
Swettenham dan R.O. Winstedt juga menolak cadangan Malayan Union.
Menariknya, orang Melayu Johor yang dipimpin oleh Awang bin Hassan ketika itu (dan turut
disertai oleh Dato’ Onn) bukan sahaja melaungkan slogan “Hidup Melayu!” tetapi juga
mengingatkan Sultan agar tidakmengkhianati bangsa dan tidak mahu mengiktiraf kedudukan
mereka sebagai raja Melayu lagi. Di samping itu, keperluan British mendapatkan tandatangan
raja-raja Melayu untuk membolehkan mereka berkuasa jelas menunjukkan Tanah Melayu
tidak dijajah seperti yang difahami umum, kecuali semasa tempoh Malayan Union,
sebaliknya menjadi negeri-negeri naungan yang kompleks – terdiri daripada Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu, Negeri-Negeri Selat (sebelum kemerdekaan Tanah
Melayu pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963).
Berpandangan jauh
Dato’ Onn kemudian dikritik keras kerana tidak menuntut kemerdekaan penuh dari British,
sesuatu yang difikirkannya memerlukan masa kerana situasi ketika itu. Usul beliau untuk
membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu menyebabkan beliau dilabel sebagai
pengkhianat. Apakah Dato’ Onn tidak sedar akan kesan daripada cadangannya? Apakah
kurang semangat keMelayuan Dato’ Onn dengan cadangan itu? Saya fikir tidak.
Dato’ Onn sendiri bimbang percakapannya – mengenai pembukaan keahlian UMNO dan
nama UMNO ditukar kepada “Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu” –
akan dikelirukan walhal beliau menyatakan beberapa syaratnya iaitu menerima tujuan dan
Undang-Undang Tubuh parti itu, kerana beliau mengharapkan ia bakal menjadi suara tungal
yang menuntut kemerdekaan (bukan berunding dengan 3 parti berbeza seperti yang berlaku
kemudian).
Usul ini sebenarnya dinyatakan beliau sejak sekian lama supaya mereka yang diketahuinya
sukar menerima usul itu dapat melihat realiti sebenar dan tidak berpandangan sempit dengan
hanya melihat di dalam tempurung sendiri kerana sekatan itu “kelak di belakang hari akan
mencacatkan pendirian UMNO sendiri.” Dalam ucapan terakhirnya sebagai Yang Dipertua
UMNO (kini jawatan ini dikenali sebagai Presiden), beliau cuba menyampaikan ada sesuatu
yang diketahuinya tetapi ‘mulutnya dijahit’ (baca: tidak dapat dinyatakan secara terbuka) dan
menurutnya “sekiranya dapat saya zahirkan, saya percaya setiap orang akan bersama saya
menuntut kemerdekaan itu.”\
Beliau secara bermaruah memilih untuk meletakkan jawatan sebagai presiden parti itu
semasa persidangannya yang ke-6 pada 25-26 Ogos 1951 selepas cadangan ditolak.
Percubaan beliau menubuhkan Parti Kemerdekaan Tanah Melayu (IMP) dan Parti Negara
kemudian tidak begitu berjaya, meskipun beliau sendiri menang di kerusi parlimen Kuala
Terengganu Selatan semasa Pilihan Raya Umum pada 1959, dengan bantuan Parti Islam Se-
Malaysia (PAS).
Onn Jaafar pemimpin Melayu,
Lahir dalam persekitaran bangsawan;
Hidupnya penuh ranjau berliku,
Berani menegur waima Sultan.
7.A1: Perbincangan 1
Soalan 1
Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan
Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.
Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainyaPerbezaan antara
agama dengan penganutnya ialah agama merujuk kepada sistem kepercayaan dan keyakinan
yang dianuti dan diamalkan oleh seseorang, manakala penganut bermaksud orang yang
menganut sesuatu agama tersebut. Penganut ini pula ada yang sejak lahir telah menganut
agama tersebut, tetapi ada juga yang menganut agama tersebut setelah mereka dewasa.
Contohnya agama ialah Islam dan penganutnya dipanggil muslim
Hinduisme (bahasa Sanskrit: Dharma Sanātana (abadi), juga dikenali sebagai Dharma
Vaidika (Veda)) ialah satu agama atau falsafah yang berasal dari subbenua India dan kawasan
sekeliling yang berhampiran. Agama ini adalah agama tertua yang diketahui di dunia, dan
yang tidak mempunyai pengasas, kitab, atau bandar suci yang utama. Kitab pertama agama
ini ialah Veda dan dengan berlangsung masa, banyak kitab yang lain juga termuncul.
Istilah Hinduisme merangkumi berbagai-bagai aliran fikiran dan taifah, serta upacara-
upacara amal yang amat berbeza. Banyak penganut Hindu yang dipengaruhi oleh falsafah
Advaita bersembahyang kepada berbagai-bagai dewa, dan menganggap dewa-dewi ini
sebagai penjelmaan-penjelmaan untuk satu Roh Kosmo monistik yang agung (Brahman),
sedangkan banyak penganut yang lain menumpukan kepada satu konsep mufrad untuk
Brahman (Tuhan), umpamanya Vaishnavisme, Saivisme dan Syaktisme.
Hinduisme ialah agama yang ketiga terbesar di dunia, dengan lebih kurang 900 juta penganut
(angka 2005). Kira-kira 890 juta daripada bilangan itu tinggal di India.
Hindu seringkali dianggap sebagai agama yang beraliran politeisme kerana memuja banyak
Dewa, namun tidaklah sepenuhnya demikian. Dalam agama Hindu, Dewa bukanlah Tuhan
tersendiri. Menurut umat Hindu, Tuhan itu Maha Esa tiada duanya.Dalam salah satu ajaran
falsafah Hindu, Adwaita Wedanta menegaskan bahawa hanya ada satu kekuatan dan menjadi
sumber dari segala yang ada (Brahman), yang memanifestasikan diri-Nya kepada manusia
dalam pelbagai bentuk.Dalam Agama Hindu ada lima keyakinan dan kepercayaan yang
disebut dengan Pancasradha. Pancasradha merupakan keyakinan dasar umat Hindu. Kelima
keyakinan tersebut, iaitu:
Brahman - percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan segala aspeknya
Atman - percaya dengan adanya jiwa dalam setiap makhluk
Karmaphala - percaya dengan adanya hukum sebab-akibat dalam setiap perbuatan
Samsara - percaya dengan adanya proses kelahiran semula (kelahiran semula)
Moksa - percaya bahawa kebahagiaan tertinggi merupakan tujuan akhir manusia
Soalan 2
Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama masyarakat.
Perkataan budaya merupakan kata jamak dari kata budhi dalam bahasa Indonesia-Malaysia
dan dengan itu lahirlah perkataan kebudayaan. Maka kebudayaan merujuk kepada segala
hasil kerja manusia atau hasil dari segala budi manusia (Kamarudin Salleh, 2006). Budaya
boleh diertikan sebagai sebuah tamadun atau peradaban. Manakala kebudayaan pula boleh
dimaksudkan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan
dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau
kerohanian sesuatu masyarakat (Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, 2010). Di samping
itu, budaya juga merupakan keseluruhan sistem, gagasan, tindakan dan hasil kerja manusia
dalam rangka kehidupan masyarakat yang terhasil melalui kaedah pembelajaran. Tindakan-
tindakan yang dipelajari antaranya ialah cara seseorang itu minum, makan, berpakaian,
berbicara, bertani, bertukang dan berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling merupakan
satu bentuk budaya (Koentjaraningrat, 1987). Seterusnya, budaya juga merupakan warisan
sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma dan adat yang
dikongsi bersama-sama oleh semua orang dalam sesebuah masyarakat (Abdul Rahman
Ahmad Hanafiah, 2004).
Selain itu, budaya juga bersifat dinamik iaitu berubah dari semasa ke semasa dan perubahan
ini berlaku dalam bentuk persambungan (Wan Abdul Kadir Wan Yusof, 1983). Cara ini telah
memperkayakan lagi kedudukan budaya itu sendiri. Sebagai contoh, budaya Melayu telah
banyak mengalami perubahan setelah Islam mula bertapak di Tanah Melayu pada abad ke-7
masihi. Penyesuaian dan tokok tambah berlaku dalam proses penerimaan agama Islam
seterusnya membentuk kepelbagaian budaya yang bersesuaian dengan agama Islam. Di
samping itu, kebudayaan juga merupakan tatacara hidup manusia yang menghasilkan satu
bentuk kepercayaan, keyakinan, adat, upacara-upacara, ikatan perkahwinan dan sebagainya.
Kesemua aspek ini dipupuk sedikit demi sedikit dari tatacara hidup para leluhur dalam
sekelompok masyarakat pada suatu daerah atau negeri. Perpaduan antara kedua-dua
masyarakat yang berlainan agama juga turut memberi kesan terhadap kebudayaan yang telah
ada dan lahirlah suatu kebudayaan baru. Sebagai contoh, agama Islam telah mengubah
amalan berpakaian masyarakat Melayu. Dulunya, masyarakat Melayu tidak mementingkan
amalan pemakaian yang menutup aurat, namun setelah kedatangan Islam masyarakat Melayu
mula berpakaian menutup aurat kerana dalam ajaran Islam tidak menutup aurat dianggap satu
dosa. Jelaslah bahawa agama sedikit sebanyak mempengaruhi perubahan budaya di sesuatu
tempat.
7.A2: Perbincangan 2
Soalan 1
Hubungan antara agama dan etnik di Malaysia.
Peranan agama dilihat dalam konteks yang lebih luas adalah seperti berikut:
2. Penyatuan
Agama menjadi sangat penting bagi masyarakat kerana agama membangunkan ikatan sosial
dan menyatukan individu dengan individu yang lain sehingga munculnya masyarakat,
kelompok dan sebagainya. Agama mempunyai fungsi integratif kerana ajaran agama
mengandungi nilai-nilai pemersatuan yang ada dalam setiap doktrinnya. Upacara keagamaan
berfungsi mengukuhkan integrasi sosial dan memperbaharui solidariti kelompok. Melalui
pelbagai upacara yang diraikan, anggota masyarakat kembali berkumpul dan membentuk
solidariti organik.
5. Perpaduan Nasional
Bagaimanakah agama memberi sumbangan terhadap perpaduan nasional? Walaupun agama
atau ideologi merupakan satu aspek sahaja daripada proses perpaduan, namun agama
merupakan faktor yang terpenting, malah sebagai faktor penentu. Menurut Geertz (1973),
pembentukan negara yang berdaulat timbul kerana faktor sentimen primordial. Agama dan
etnik merupakan dua aspek yang terpenting. Begitu juga ketika Malaysia merdeka, masalah
utama yang menentukan kelangsungan sebuah negara baharu ini adalah tentang persoalan
agama atau ideologi negara, iaitu Islam. Dalam konteks ini, Islam memiliki pengalaman
sejarah dalam mengelola pluraliti seperti Piagam Madinah yang dapat menjelaskan
bagaimana perjanjian untuk hidup bersama, membangunkan masyarakat yang adil, aman dan
sejahtera berjaya dilakukan.
Di Malaysia khususnya, terdapat parti-parti politik yang mewakili pelbagai etnik
bekerjasama bagi menjalankan pentadbiran negara serta membawa pembangunan. Politik
dikaitkan dengan agama kerana bagi sesetengah negara, fungsi pemerintahan dijalankan
melalui peranan agama. Hal ini kerana, dengan adanya isntitusi keagamaan, kuasa sesebuah
negara itu mampu diperkuatkan. Agama menjadi sumber dalam membentuk nilai moral
sesebuah masyarakat. Justeru, agama amat berguna untuk memberi sokongan kepada
pemimpin dan dengan adanya pegangan agama dalam diri seorang pemimpin, sesebuah
negara itu akan dapat ditadbir dengan lebih tersusun dan lancar.
Soalan 2
Hubungan antara faktor politik dan agama di Malaysia.
Pengertian Politik
Secara etimologis, politik berasal dari kata Yunani polis yang berarti kota atau negara kota.
Kemudian arti itu berkembang menjadi polites yang berarti warganegara, politeia yang berarti
semua yang berhubungan dengan negara, politika yang berarti pemerintahan negara dan
politikos yang berarti kewarganegaraan.
Istilah politik berasal dari kata Polis (bahasa Yunani) yang artinya Negara Kota. Dari kata
polis dihasilkan kata-kata, seperti:
1. Politeia artinya segala hal ihwal mengenai Negara.
2. Polites artinya warga Negara.
3. Politikus artinya ahli Negara atau orang yang paham tentang Negara atau negarawan.
4. Politicia artinya pemerintahan Negara.
Secara umum dapat dikatakan bahwa politik adalah kegiatan dalam suatu system politik atau
Negara yang menyangkut proses penentuan tujuan dari system tersebut dan bagaimana
melaksanakan tujuannya.
Negara adalah suatu organisasi dalam suatu wilayah yang mempunyai kekuasaan tertinggi
yang sah dan ditaati oleh rakyatnya. Kekuasaan yaitu kemampuan sesorang atau suatu
kelompok untuk mempengaruhi tingkah laku orang atau kelompok sesuai dengan keinginan
dari pelaku.
Ø Aristoteles (384-322 SM) dapat dianggap sebagai orang pertama yang memperkenalkan
kata politik melalui pengamatannya tentang manusia yang ia sebut zoon politikon. Dengan
istilah itu ia ingin menjelaskan bahwa hakikat kehidupan sosial adalah politik dan interaksi
antara dua orang atau lebih sudah pasti akan melibatkan hubungan politik. Aristoteles melihat
politik sebagai kecenderungan alami dan tidak dapat dihindari manusia, misalnya ketika ia
mencoba untuk menentukan posisinya dalam masyarakat, ketika ia berusaha meraih
kesejahteraan pribadi, dan ketika ia berupaya memengaruhi orang lain agar menerima
pandangannya.
Pada umumnya dapat dikatakan bahwa politik (politics) adalah bermacam-macam kegiatan
dalam suatu sistem politik (atau negara) yang menyangkut proses menentukan tujuan-tujuan
dari sistem itu dan melaksanakan tujuan-tujuan itu. Pengambilan keputusan (decision
making) mengenai apakah yang menjadi tujuan dari sistem politik itu menyangkut seleksi
terhadap beberapa alternatif dan penyusunan skala prioritas dari tujuan-tujuan yang telah
dipilih. Sedangkan untuk melaksanakan tujuan-tujuan itu perlu ditentukan kebijakan-
kebijakan umum (public policies) yang menyangkut pengaturan dan pembagian (distribution)
atau alokasi (allocation) dari sumber-sumber (resources) yang ada
7.A3: Perbincangan 3
Soalan 1
Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
Gejala murtad di kalangan orang islam sudah sampai ke tahap kritikal. Hakikat semakin
ramai orang islam yang terpesong sangat menakutkan.Mengikut rekod mahkamah syariah,
seramai 863 kes dirujuk bagi tujuan menukar status agama islam. Daripada bilangan ini, 168
kes telah diluluskan.Pengerusi HIMPUN, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bilangan kes
permohonan dan kelulusan murtad menggambarkan ianya satu isu besar dan serius yang perlu
diberi perhatian dan ditangani semua pihak.Menurutnya, antara faktor berlakunya gejala
murtad ialah masalah kemiskinan, kesempitan hidup dan juga kurang ilmu mengenai islam.
SOALAN 2
Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk
Islam.
para ulama di dalam 4 mazhab membincangkan tentang perkara ini. Para imam syafie dan
Hanbali r.a meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang islam. Orang kafir
tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut. Manakala para ulama bermazhab
Hanafi dan sebahagian ulama Maliki r.a tidak meletakkan islam sebagai syarat untuk
penjagaan. Ini bermakna jika penjaga tersebut , salah seorang daripada mereka masih di
dalam agama asal maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga.
SOALAN 3
Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.
Berdasarkan artikel The Malaysian Insider, penduduk mengatakan bahawa pemandangan
ataua pandangan pertama mereka apabila membuka tingkap ialah tanda salib yang
terpampang di premis tersebut dan mereka berasa cemas melihat tanda salib tersebut. Perkara
ini boleh diselesaikan dengan cara lebih baik iaitu dengan bertemu sendiri Pastor yang
mengendalikan tempat tersebut dan meminta supaya dia menurunkan salib ataupun penduduk
melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT). Masalah akar kepada insiden
berkenaan ialah kewujudan gereja itu sendiri, yang tidak mengikut undang-undang yang
menetapkan oleh PBT. Gereha tersebut merupakan unit rumah kedai yang tidak mempunyai
permit untuk beroperasi sebagai rumah ibadat.
SOALAN 4
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.
Perkataan Allah yang digunakan oleh umat islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha
Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada
'Tuhan Bapa' iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sekali dengan apa
yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of kuala lumpur
bahawa perkataan Allag telah lama digunakan oleh orang kristian sejak sebelum kedatangan
Rasulullah S.A.W. Perktanaan Allah juga tidak pernah terdapat dalam bahasa asal Perjanjian
Lama yang dikenali sebagau Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini
adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis
dalan bahasa Greek. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait
denfan akidah. Umat islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap
membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk
menunjukkan bahawa islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang
lebih besar kepada agama dan umat islam.
SOALAN 5
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.
Perktanaan Allah juga tidak pernah terdapat dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang
dikenali sebagau Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana
Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalan bahasa
Greek. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait denfan akidah.
Umat islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa
sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa islam
meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama
dan umat islam.
SOALAN 6
Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.
Perarakan seramai lebih 200 orang bersama NGO dan penduduk setempat dengan membawa
kepala lembu kerana simbol sebagai bantahan keatas pembinaan kuil dikawasan penginapan
orang melayu di Shah Alam. Lembu adalah haiwan mulia mengikut fahaman hindu dan
simbol keagamaan mereka. Sudah tentu ia menjadi sensitiviti kepada kaum hindu bila ada
orang mengambil kesempatan mempergunakan binatang itu sebagai simbol dan tujuan
simbolik tertentu. Kalau sebelum ini islam/melayu di negara dikejutkan dengan penghinaan
DAP terhadap islam dan orang-orang melayu, saat itu pula penganut agama hindu terguris
hati dengan penggunaan kepala lembu diperarakan tersebut. Samy Vellu bersama MIC
menggesa masyarakat Malaysia supaya membantu kerajaan ke arah memperkukuhkan
perpaduan dan keharmonian kaum selain memperdalamkan pemahaman berhubung sensitiviti
semua kaum di negara ini.
8.0 DARI SEGRASI KEPADA INTEGRASI
8.A1 Aktiviti 1: Lagu Tema Hari Kebangsaan
Jiwa merdeka
Perayaan Hari Kebangsaan 2015 bukan sekadar retorika semata-mata. Tema kali ini mengajar
rakyat Malaysia agar dapat membina semangat sehati sejiwa di mana jua kita berada. Malah
mulai tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan tidak lagi disebut kali ke berapa kerana usaha ini
dapat merapatkan hubungan antara rakyat tanpa mengira mereka dari Semenanjung, Sabah
atau Sarawak.
Lirik ini jelas menyeru agar rakyat Malaysia sehati sejiwa tanpa curiga, memantap perpaduan
demi kesejahteraan bersama. Malah jarak antara negeri-negeri Borneo, iaitu
Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung bukanlah pemisah dan penghalang ke arah
keutuhan bersama.
Sehati sejiwa turut membawa maksud budaya seluruh rakyat Malaysia yang berganding bahu
dan bekerjasama serta bersatu dalam apa juga kejayaan dan rintangan yang berlaku di negara
tercinta Malaysia.
Walaupun berbeza adat resam, kepercayaan dan budaya, namun bukan faktor untuk kita
berselisihan. Masyarakat yang berjiwa merdeka meletakkan kepentingan umum lebih utama
daripada kepentingan sendiri. Walaupun kita berbeza budaya, tapi kita masih mampu mencari
titik pertemuan demi perpaduan dan kelangsungan bangsa Malaysia.
2. Pada pendapat anda kenapakah “Sehati Sejiwa” dipilih menjadi tema Hari Kemerdekaan
2015?
Aspirasi sehati sejiwa dijadikan tema sambutan kemerdekaan tahun ini bagi menzahirkan
semangat nasionalisme, kecintaan dan kebersamaan rakyat dalam menyemarakkan lagi
sambutan Hari Kebangsaan. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul
Rahman berkata penglibatan sukarelawan yang melebihi jangkaan menunjukkan integrasi dan
perpaduan masih utuh dalam kalangan masyarakat.
Menurut Ibrahim, penggunaan platform media sosial berjaya merapatkan jurang di antara
Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, juga menyatupadukan hubungan semua rakyat tanpa
mengira perbezaan kaum, bahasa mahupun agama.
objekif umum:
Memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasinasional selaras
dengan dasar-dasar Kerajaan berlandaskan PerlenbagaanPersekutuan dan Rukun Negara.
objektif khusus:
-Memupuk semangat perpaduan rakyat antara kaum dan sesama kaun sertamengukuhkan
integrasi nasional kea rah pembentukan satu bangsaMalaysia yang bersatu padu.
-Memperkasakan komuniti.
-Mengukuhkan jaringan (networking) dengan agensi-agensi kerajaan,Badan-badan Bukan
Kerajaan (NGO’s), sector swasta serta agensi dan pertubuhan di peringkat antarabangsa.
-Memperkukuhkan amalan dan penghayatan nilia-nilai muri serta semangat patriotisme di
kalangan masyarakat.
-Memperkukuhkan amalan tadbir urus baik (good governance) dalam pengurusan Jabatan.
VISI
Menjadi Sebuah Agensi Kerajaan Yang Unggul Dalam Usaha Melahirkan BangsaMalaysia
Yang Bersatu Padu, Berwawasan Dan Berdaya Maju
MISI
Memupuk Kesefahaman Dan Semangat Muhibbah Melalui Jaringan Dan InteraksiSosial Ke
Arah Pembentukan Bangsa Malaysia Yang Bersatu Padu dan Beridentiti Nasional
MOTO
‘’ BERSATU KITA MAJU’’
Objektif
Objektif Bahagian ini adalah untuk memupuk semangat serta nilai-nilai perpaduan di
kalangan masyarakat bagi mencapai matlamat satu BangsaMalaysia yang bersatu padu. Ia
dilaksanakan menerusi aktiviti pembangunankomuniti, kemasyarakatan dan pendidikan pra-
sekolah melalui institusi SkimRukun Tetangga dan Tabika Perpaduan.
Peranan agama
Setiap etnik di Malaysia mempunyai agama dan kepercayaan yang berbezamengikut etnik
masing-masing. Sebagai contoh, etnik Melayu secara amnyamenganuti agama Islam, etnik
Cina menganuti agama Buddha, dan etnik Indiamenganuti agama Hindu. Setiap agama
mempunyai kepercayaan dan fahaman yangtersendiri. Walau bagaimanapun, faktor agama
tidak menimbulkan sebarang permasalahan dalam perpaduan kerana setiap agama tidak
menganjurkan pengikutnya memusuhi agama lain, tetapi masalah yang timbul adalah
disebabkan oleh kejahilan pengikut sesuatu agama itu yang menyebabkan perselisihan
dansalah fahaman etnik lain terhadap agama tersebut. Banyak perkara yang dilakukansecara
tidak sengaja oleh pengikut yang jahil menyebabkan berlakunya salah fahamdan
menyinggung perasaan etnik yang lain. Terdapat juga individu dalam sesuatu etnik yang
menganggap bahawa hanya agama mereka yang terbaik hingga menguatkan buruk sangka
yang menghalang pergaulan baik antara kaum yang pelbagai agama dan kepercayaan.Sikap
saling memahami dan menghormati agama lain adalah perlu agar keharmonian dan
perpaduan dapat dibina dan dipertahankan. Apabila sesuatu kaumitu tidak memahami agama
sesuatu kaum yang lain, kelancaran hidupbermasyarakat tidak dapart dikekalkan. Sebagai
contoh, dalam agama Islam melarang lelaki dan wanita yang bukan muhrim bersentuhan.
Adalah perlu bagi pengikut agama lain memahami perkara tersebut agar tidak menjadikannya
sebagai isu yang hanya akan memecahbelahkan perpaduan dan hubungan etnik yang terjalin.
Sikap toleransi dan saling memahami serta menghormati agama dan kepercayaan agama lain
adalah pemangkin yang penting dalam proses memantapkan perpaduan masyarakat di
Malaysia.
Budaya
Adat resam merupakan satu simbolik kepada sesuatu kaum. Setiap kaum di Malaysia
mempunyai adat resam yang tersendiri dan pelbagai. Setiap kaum juga mempunyai semangat
yang menebal dalam mengamalkan adat resam masing-masing sehinggakan terdapat pepatah
Melayu yang mengatakan µbiar mati anak, jangan mati adat¶. Nilai sesuatu adat resam itu
sangat tinggi sehingga sebarang isu yang timbul akibat dari salah faham pengamalan sesuatu
adat itu akan menyebabkan keharmonian kaum akan tergugat. Adalah perlu bagi setiap kaum
menghormati dan memahami adat resam kaumlain agar tidak menimbulkan sebarang
pertelingkahan kerana adat resam sesuatu kaum adalah amalan dan kepercayaan yang
dipegang oleh kaum tersebut. Adat resam yang diamalkan memaparkan bagaimana citra
sesuatu bangsa dan kaum itu sendiri. Sekiranya perbezaan adat resam ini dijadikan isu yang
lebih besar, ini akan menyukarkan perpaduan antara kaum. Justeru, adalah penting bagi
semua individu dalam masyarakat untuk bertoleransi dan menghoramati adat resam yang
diamalkan oleh semua etnik di Malaysia.
2. Ekonomi boleh memberikan kesan negatif kepada perpaduan kaum di Malaysia.
Bincangkan.
Semasa zaman pemerintahan Inggeris, pihak penjajah telah menjalankan dasar pecah dan
perintah.
Dasar pecah dan perintah ini telah mengakibatkan jurangperbezaan yang besar antara kaum
terutamanya dari segi ekonomi dan sosial kaumdi Tanah Melayu pada masa itu. Walaupun
masa telah jauh meninggalkan zaman itu,namun kesannya walau kecil masih terasa sehingga
kini.
Dasar ini telah menambahkan jurang antara kaum-kaum. Kaum Melayu dibiarkan menetap di
kampung-kampung dan berkerja sebagai nelayan dan petani, kaum India pula ditempatkan di
estet-estet dan mengerjakan ladang-ladang getahdan sebagainya manakala kaum Cina pula
memonopoli bidang perniagaan dibandar-bandar. Keadaan ini telah mewujudkan perbezaan
pekerjaan antara kaum. Sekaligus telah menambah jurang hasil pendapatan antara kaum.
Kaum Cina pastinya memperolehi hasil pendapatan yang lebih lumayan berbanding dengan
kaum Melayu dan juga India.
Melalui Dasar Ekonomi Baru yang telah diperkenalkan pada tahun 1971,kerajaan berhasrat
untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum, memberipeluang perkerjaan kepada rakyat
tanpa mengira kaum selain inginmempercepatkan penyusunan semula masyarakat Malaysia
dan menghapuskanpengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar ekonomi baru juga
ditubuhkan atas alasan untuk membasmi kemiskinan. Ini kerana didapati bahawa kaum
Melayu lebih banyak mengalamikemiskinan berbanding dengan kaum-kaum yang lain. Selain
itu,DEB juga bermatlamat untuk menyatupadukan kaum di Malaysia.
Kerajaan juga berhasrat untuk membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian
dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera agar mereka dapat menguruskan dan memiliki
sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi. Kerajaan juga
berharap agar pendapatan rakyat di luar bandar dapat ditingkatkan dengan meninggikan daya
pengeluaran masyarakat luar bandar sekaligus dapat meningkatkan tahap kehidupan mereka
di sana.Bagi memastikanDasar Ekonomi Baru ini tercapai matlamatnya, kerajaan telah cuba
untuk memperbaiki dan menstabilkan keadaan ekonomi sekaligus cuba menghapuskan
pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi. Berasaskan kepada ketidakseimbangan antara
kaum, kerajaan telah merangka beberapa program yang dijangkakan dapat memperbaiki
keadaan ekonomi sekaligus dapat memperbaiki hubungan antara kaum. Antara program yang
dijalankan ialah, perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan dan
pengangkutan.
Dasar Ekonomi Baru telah memperlihatkan kepada kita satu sisi baru di dalam ekonomi
negara di mana kesemua kegiatan ekonomi pada masa kini tidak hanya dimonopoli oleh satu
kaum sahaja, sebaliknya ia melibatkan pekerja dari semua kaum.
1. Apakah cogankata yang digunapakai oleh pihak Pengurusan Rukun Tetangga, Jalan 2,
Bandar Baru Bangi, Selangor?
Cogan kata yang digunapakai oleh pihak pengurusan rukun tangga jalan 2 Bandar Baru,
Bangi, Selangor ialah "bahagialah tetangga bahagialah kita"
3. Apakah paksi atau perkara asas yang amalkan oleh pihak Pengurusan Rukun Tetangga,
Jalan 2 dalam memberi ruang kepada penduduk-penduduknya yang pelbagai etnik berhubung
dan beriteraksi dalam memupuk kesedaran tanggungjawaban sebagai seorang manusia?
Paksi atau perkara asas yang diamalkan oleh pihak pengurusan rukun tetangga jalan 2 dalam
memberi ruang kepada penduduk-penduduknya yang pelbagai etnik berhubung dan
berinteraksi dalam memupuk kesedaran tanggungjawab sebagai seorang manusia ialah
menyayangi dan disayangi antara satu sama lain.
4. Apakah aktiviti dan matlamat utama Pengurusan Rukun Tetangga, Jalan 2 melaksanakan
akitiviti yang melibatkan pelbagai etnik?
Aktiviti utama pengurusan rukun tetangga jalan 2 ialah gotong-royong, membina pagar
mengelilingi kawasan-kawasan kediaman dan pelbagai majlis. Matlamat utama pengurusan
rukun tetangga jalan 2 adalah untuk merapatkan hubungan pelbagai etnik di kawasan tersebut
5. Pada pendapat anda, adakah pihak Pengurusan Rukun Tetangga Jalan 2 berjaya dalam
merapatkan hubungan penduduk dalam kalangan pelbagai etnik ?
Pada pendapat saya, pihak pengurusan telah berjaya dalam merapatkan hubungan penduduk
dalam kalangan pelbagai etnik kerana cogan kata yang digunakan sangat rapat dengan sifat
manusia walaupun diambil daripada hadis dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan melibatkan
semua kaum di kawasan tersebut.
8.A5 Aktiviti 5: Kenali Ahli Masyarakat Anda
Mari kita tonton paparan video temubual dengan Pengerusi Penduduk Kajang Impian , En
Azli bin Yusof. Setelah menonton sila jawab soalan di bawah:
5. Bagaimanakah nasihat yang diberi oleh En Azli boleh dimanfaatkan oleh para pelajar
sekelian?
Antara nasihat Encik Azli iaitu bertoleransi antara pelbagai kaum supaya kita dapat hidup
dengan aman dan selesa. Selain itu, semua orang hendaklah mengambil tahu tentang undang-
undang majlis tempatan supaya perpaduan kaum dapat dicapai.
6. Pada pendapat anda, adakah En Azli telah berjaya dalam merapatkan hubungan penduduk
dalam kalangan pelbagai etnik di Taman kediaman beliau?
Pada pendapat saya, Encik Azli berjaya merapatkan hubungan penduduk pelbagai etnik di
Taman Kajang Impian. Ini kerana beliau berpegang teguh kepada undang-undang majlis
tempatan supaya semua penduduk hidup dengan aman harmoni tanpa sebarang masalah.
8.A6 Aktiviti 6: Penulisan Refleksi
Tuliskan satu refleksi tentang penglibatan anda di dalam satu aktiviti di institusi pengajian
anda /kolej kediaman/fakulti yang melibatkan pelbagai etnik. Anda boleh berkongsi tentang:
2. Pengalaman dan perasaan anda apabila berinteraksi dengan pelajar-pelajar dari etnik yang
pelbagai
pengalaman dan perasaan saya apabila berinterkasi dengan pelajar-pelajar dari etnik yang
pelbagai ialah sangat berasa teruja dan berasa seronok kerana dapat memahami dengan lebih
mendalam tentang budaya mereka. selain itu, kami juga saling berkongsi cerita tentang
keunikan etnik masing-masing.
3. Apakah yang anda pelajari dari pengalaman anda berinteraksi dengan pelajar- pelajar dari
pelbagai etnik?
Apa yang saya pelajari dari pengalaman berinteraksi dengan pelajar-pelajar dari pelbagai
etnik ialah dapat mengenal dan mempelajari lebih mendalam tentang budaya mereka.
1. Apakah pandangan anda mengenai aktiviti yang dijalankan oleh JPNIN dalam memupuk
semangat perpaduan kaum dalam kalangan kanak-kanak tadika?
Pada pandangan saya, aktiviti yang dijalankan oleh JPNIN dalam memupuk semangat
perpaduan kaum dalam kalangan kanak-kanak tadika sangatlah bagus. Ini kerana aktiviti
sebegini akan:
-Menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan ke arah pembentukan satu bangsa Malaysia yang
bersatupadu
-Mencegah konflik antara san semua kaum/etnik, masyarakat dan wilayah.
-Menyelaras penyelidikan dalam bidang perpaduan dan integrasi nasional.
-Memantau, mengesan dan menilai perhubungan antara kaum/etnik dan masyarakat; dan
-Menyelaras dan melaksanakan program /aktiviti perpaduan dengan agensi-agensi kerajaan,
swasta, NGO dan lain-lain.
2. Adakah aktiviti yang dijalankan ini berkesan dalam memupuk semangat perpaduan kaum
dalam kalangan kanak-kanak tadika?
sudah semestinya ia berkesan. hal ini kerana, aktiviti di dalam kelas seperti perbincangan
dalam kumpulan turut memainkan peranan menyemai nilai-nilai perpaduan dalam sanubari
murid-murid yang masih mentah. Guru-guru mesti memastikan setiap kumpulan dianggotai
oleh murid-murid berbilang kaum. Melalui aktiviti kumpulan ini, murid-murid akan belajar
nilai bekerjasama, tolong-menolong, bertolak-ansur dan hormat-menghormati dalam usaha
menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. Contohnya, dalam menyiapkan tugasan Bahasa
Melayu, mereka akan bekerjasama mengumpul isi-isi, saling bertukar idea dan pendapat,
bersatu-hati memastikan tugasan dapat disiapkan sebaik mungkin mengikut tarikh yang
ditetapkan dan seterusnya mendapat pujian dan penghargaan daripada guru. Jelaslah, melalui
aktiviti berkumpulan ini murid-murid dapat mengamalkan semangat bersatu-padu tanpa
mengira kaum. Aktiviti seumpama ini mesti terus dipraktikkan di sekolah sebagai usaha
untuk mencapai aspirasi perpaduan kaum, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya.
Soalan 1
Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah
perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.
Pada zaman sebelum kemerdekaan, dua bentuk pendidikan menjadi keutamaan British iaitu
pendidikan Inggeris dan pendidikan vernakular. Pendidikan Inggeris majority diberikan
kepada melayu kelas atasan dan komuniti bukan melayu. Pendidikan vernakular pula terdat
sekolah kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India. Pendidikan vernakular lebih tertumpu
kepada pembangunan etnik masing masing. Ini kerana masing masing menggunakan bahasa
ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah masing-masing. Selain itu, guru dan sukatan
pelajaran juga daripada Negara asal masing masing. Setiap kumpulan etnik Tanah Melayu
ketika itu mempunyai bentuk system pendidikan tersendiri yang diwarisi daripada budaya
dan peradaban masing-masing. Ikatan erat dengan warisan asal. Mempengaruhi setiap etnik
untuk terus mempertahankannya daripada tergugat.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara
pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.
Sistem pendidikan vernakular yang mementingkan etnik masing masing telah menyemai dan
mengukuhkan nilai pemisahan antara generasi muda. Berdasarkan beberapa kajian, pelajar
cina yang mendapat pendidikan sekolah kebangsaan dan pendidikan Inggeris, lebih mudah
bergaul dengan etnik melayu berbanding dengan para pelajar sekolah jenis kebangsaan.
Usaha kearah pemukuan semangat kesepaduan social juga sukar dicapai kerana massing
masing tegar mempertahankan bahasa dan kebudayaan masing masing. Perkara ini masih lagi
menjadi isu sehingga kini. Sekolah vernakular pada asalnya diwujudkan bagi membolehkan
etnik cina dan india belajar tentang asal usul Negara ereka, tetapi hari ini mereka telah
menjadi rakyat Malaysia dan sepatutnya keadaan sedemikian tidak perlu wujud lagi. Namun
Perdana Menteri dan kerajaan kita sekarang mengatakan pembangunan system pendidikan
Negara melalui kewujudan sekolah venakular mampu melahirkan rakyat yang mempunyai
nilai tambah apabila dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Ini kerana mereka dapat
menguasai bahassa Malaysia, inggeris dan mandarin atau tamil termasukla etnik Melayu yang
bersekolah di sekolah jenis kebangsaan mendapat kebaikannya. Selain itu sekolah vernakular
juga membolehkan nilai moral dan agama masing masing diperkukuhkan. Kesimpulannya,
kepelbagaian ini boleh jadi sesuatu yang positif atau negatif. Oleh itu, haruslah sentiasa
dipantau dan dikawal oleh kerajaan agar isu polarisasi tidak semakin berleluasa.
9.A2: Aktiviti 2
Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di dalam gambar rajah di bawah, tuliskan satu
kertas refleksi mengenai peranan pendidikan di dalam membina kesepaduan sosial
berdasarkan pengalaman anda sendiri.
Bedasakan faktor-faktor yang dinyatakan dalam gambar rajah di atas, Pendidikan merupakan
salah satu agen penyatuan yang tidak boleh dinafikan kerana pergaulan antara etnik
bermulanya di sekolah. Pendidikan berperanan dalam mewujudkan perpaduan dalam
kalangan pelajar yang pelbagai bahasa dan latar belakang. Ia juga membantu memupuk
semangat integrasi antara pelajar dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua
etnik. Berdasarkan daripada pengalaman saya yang menuntut di Sekolah Menengah
Kebangsaan, pelajar dan guru terdiri daripada pelbagai etni seperti Melayu, Cina , India dan
bumiputera Sabah Sarawak bergaul dengan aman dan saling menhormati. Walaupun guru-
guru terdiri daripada etnik berlainan, ia tidak menjadi masalah untuk mendidik pelajar dalam
bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar malah fasih dan lancar.
Selain itu, tidak pernah timbul isu pilih kasih, sama ada mereka melebihkan kaum mereka
sendiri dan mengabaikan etnik lain, malah mereka sentiada komited dalam melahirkan pelajar
yang berkualiti, bermoral dan mendidik para pelajar tanpa mengisahkan bangsa atau kaum
pelajar tersebut. Rakan rakan saya yang juga terdiri daripada pelbagai kaum tidak mempunyai
masalah untuk bergaul. Kami belajar dengan aman dalam satu kelas yang sama dan juga
bergaul bersama serta makan bersama tanpa mengira kaum. Berdasarkan pengalaman, rakan
saya yang dari etnik lain yang bersekolah di sekolah kebangsaan lebih fasih dan lancar
berbahasa melayu, membolehkan interaksi lebih mesra dan tidak kaku. Selain itu mereka juga
lebih mesra dengan kaum melayu dan lebih memahami serta menghormati adat dan budaya
melayu serta agama islam berbanding mereka yang tidak bersekolah kebangsaan.
Seterusnya, aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah mahupun kolej atau universiti
banyak membantu meningkatkan kesepaduan sosial antara kaum. Sebagai contoh, subjek
yang ditawarkan di sekolah dan universiti seperti mata pelajaran Sejarah dan Hubungan Etnik
menekankan perpaduan dalam kalangan pelajar. Aktiviti ko-kurikulum di sekolah mahupun
universiti seperti sukan dan kelab kesenian juga akan memberi peluang kepada kami untuk
berinteraksi dan menjalin kerjasama dengan kaum lain.
Pada pendapat saya juga, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dapat menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Penggunaan satu bahasa perhubungan iaitu Bahasa
Melayu mewujudkan persefahaman yang sama di antara satu kaum dengan yang lain dan
mengurangkan rasa curiga. Rakan saya tidak menggunakan bahasa ibunda apabila terdapat
etnik lain dalam kumpulan mereka supaya tidak menimbulkan perselisihan. Selain itu,
kehidupan di asrama juga memberi peluang pelbagai etnik untuk berinteraksi, mempelajari
budaya dan memahami hak sesuatu etnik dengan lebih baik. Pelajar yang bukan Islam juga
lebih memahami dan menghormati pelajar Islam yang bersolat lima waktu sehari. Mereka
terbiasa dengan setiap laungan azan yang berkumandang di surau asrama dan tidak
menimbulkan isu seperti yang berlaku disesetengah tempat di Malaysia dimana terdaoat
protes terhadap laungan azan. Isu ini seharusnya tidak timbul kerana persefahaman antara
etnik seharusnya wujud dan harus menghormati etnik lain seperti mana etnik lain
menghormati etnik sendiri. Kesimpulannya, pendidikan adalah elemen yang penting dalam
pemupukan segregasi atau kesepaduan sosial antara masyarakat terutama sejak dari kecil.
Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci yang amat penting kepada keharmonian dan
kestabilan negara. Bagi mencapai matlamat tersebut, negara memerlukan rakyat yang
berpendidikan, berilmu dan semangat patriotisme yang tinggi dalam memacu negara ke arah
mencapai Wawasan 2020.
9.A3: Aktiviti 3
Pilih salah satu daripada tajuk berikut dan tuliskan esei sepanjang 300 perkataan bagi
membincangkan pendirian anda mengenainya:
(1) Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa pengantar yang berkesan di peringkat sekolah
dan institusi pengajian tinggi.
(2) Sistem sekolah satu aliran penting untuk memupuk kesepaduan sosial dalam kalangan
anak-anak muda masa kini.
(3) Globalisasi dan liberalisasi sistem pendidikan pada masa kini memberi impak positif
dalam hubungan etnik di Malaysia.
Jawapan Esei
Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa pengantar. Bahasa pengantar boleh didifinisikan
sebagai bahasa yang ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk
sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina di
sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil untuk sekolah jenis kebangsaan
Tamil. Bahasa-bahasa ini telah ditetapkan oleh Laporan Abdul Razak Hussien (1956) dan
Laporan Pelajaran Abdul Rahman Talib (1960) sebagai bahasa pengantar. Dengan
berkuatkuasanya Akta Pelajaran pada tahun 1961, bahasa Melayu telah diangkat sebagai
bahasa pengantar utama dalam institusi pendidikan. Menurut ensiklopedia keluaran Dewan
Bahasa dan Pustaka menjelaskan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang
menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti fizik, kimia, kejuruteraan, perubatan,
ekonomi, undang-undang, kesusasteraan dan agama.
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan. Melalui Dasar
Pendidikan Kebangsaan, pada 1981 bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di
semua peringkat persekolahan, iaitu darjah satu sekolah rendah hingga tingkatan enam.
Kekuatan bahasa Melayu jelas dalam pembinaan `Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara’
yang dilaksanakan sejak dahulu hingga kini. Mengimbau tahun 1983, semua kursus tahun
pertama di universiti tempatan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Seterusnya, Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai satu mata pelajaran di semua sekolah
jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Melalui penggunaan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu,
perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
Di peringkat sekolah dan universiti, bahasa Melayu telah berfungsi sebagai bahasa penyalur
ilmu pengetahuan dan bahasa perpaduan. Kejayaannya tidak hanya terletak pada kempen
tetapi lebih kepada penggunaan dan kecintaan terhadap bahasa Melayu itu sendiri. Sebagai
bahasa ilmu, bahasa Melayu mampu mengungkap ilmu-ilmu yang tinggi seperti
memperkatakan bidang yang berkaitan dengan sains, ekonomi, perundangan, teknologi
maklumat dan bidang-bidang lain yang terdapat dalam dunia moden kini. Ini jelas dilihat
menerusi pelbagai laras yang ditulis dalam bahasa Melayu yang berkaitan dengan bidang-
bidang tertentu. Setiap laras mempunyai kosa kata tersendiri yang khusus tentang bidang
berkenaan.
Kini terdapat banyak buku akademik yang ditulis dalam bahasa Melayu untuk kegunaan
pelajar di institusi pengajian tinggi. Justeru, bahasa Melayu terbukti mampu berfungsi
sebagai bahasa ilmu. Komunikasi merupakan proses pertukaran maklumat antara individu
yang terlibat dengan menggunakan sistem simbol, tanda atau tingkah laku yang umum. Oleh
itu, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi bererti bahasa ini digunakan sebagai
alat untuk membolehkan individu bertukar-tukar maklumat. Dalam sesebuah komunikasi,
bahasa Melayu menjadi bahasa perantara yang penting. Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di Nusantara ini telah berlangsung dalam tempoh yang lama. Hal ini kerana pada
masa itu, bahasa Melayu telah menjadi lingua franca, iaitu bahasa perhubungan antara
masyarakat yang berlainan bahasa.
Penduduk Tanah Melayu sejak awal lagi terdiri daripada pelbagai kaum dan setiap kaum ini
mempunyai bahasa ibunda. Begitu juga dengan masyarakat Melayu sendiri, terdapat pelbagai
dialek dan dialek ini hanya boleh difahami dalam lingkungan mereka sendiri.
Bagaimanapun, sebagai lingua franca, bahasa Melayu telah membolehkan masyarakat tanpa
mengira dialek atau bahasa ibunda berhubung antara satu sama lain. Bahasa Melayu dipilih
sebagai bahasa perhubungan berbanding bahasa lain kerana ia bahasa pertuturan harian
sebahagian besar penduduk di Nusantara. Pada masa sama, sebilangan besar daripada kaum
yang terlibat mampu menuturkan bahasa Melayu ini. Hal ini disebabkan bahasa Melayu agak
mudah difahami dan dipelajari, khususnya dalam kalangan penutur asing. Dalam
menjalankan fungsi komunikasi ini, penggunaan bahasa Melayu tidak terhad kepada
komunikasi lisan dalam situasi tidak formal, tetapi bahasa Melayu juga digunakan dalam
bidang pentadbiran dan pemerintahan. Oleh itu, dalam situasi pentadbiran, bahasa Melayu
turut digunakan misalnya sebagai bahasa perhubungan di pejabat, surat-menyurat, perbualan
telefon dan mesyuarat.
Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya hingga menjadi lingua frangca dan
bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika dahulu, kerana sifat keterbukaan yang ada padanya
iaitu mudah menerima pengaruh bahasa asing. Para sarjana barat berasa kagum dan
mempelajarinya, buktinya terdapat sumbangan yang dihasilkan oleh sarjana Belanda dan
British. Bahasa Melayu telah mengalami tiga tahap perkembangan iaitu pemupukan,
pembinaan dan pemantapan bahasa. Perkara 152 Perlembagaan negara telah menjamin dan
mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seterusnya menjadikan
bahasa ilmu. Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai peneguhnya iaitu memberi halatuju
kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara.
10.A4 Amalgamasi
Formula A+B+C=D, dimana ABC merujuk kepada kepelbagaian etnik yang dicampur lalu
dibentuk menjadi sebuah masyarakat D. Ini merupakan satu proses yang dipanggil
'Amalgamasi' dimana penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Penyatuan
kepelbagaian etnik ini melalui perkahwinan campur dimana akhirnya ia mewujudkan satu
etnik yang mengamalkan budaya dan tradisi baru hasil penyatuan tersebut.Ianya juga boleh
dilakukan secara “campurtangan” (interventionist) dan sedar oleh beberapa kumpulan etnik
atau pemerintah. Proses amalgamasi ini tidak lagi asing di negara Malaysia yang mempunyai
pelbagai etnik.Justeru itu, proses amalgamasi ini telah menjadi salahsatu proses dalam
membawa kesepaduan dinegara ini. Proses ini kebiasaannya memakan masa yang lama dan
akan melalui beberapa generasi. Proses ini telah memberi impak yang positif terhadap
kepelbagaian etnik di Malaysia Di samping mengamalkan sikap hormat-menghormati,
bertolak-ansur, kesefahaman anatara etnik.
10.A5 Akomodasi
Bincangkan kepentingan akomodasi agama demi pemupukan keharmonian pelbagai etnik di
Malaysia.
Konsep Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari
serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain dan tetap mempertahankan
budaya hidup masing-masing. Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia kerana
setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadan harmoni dengan
penggunaan pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama dan kepercayaan secara bebas bagi
tiap-tiap kelompok etnik. Kepentingan akomodasi agama amatlah penting kepada kepada
keharmonian pelbagai etnik di negara ini kerana kita semua tahu bahawa isu agama adalah
sangat sensitif.
Akomodasi diwakili formula A+B+C = A+B+C. Dikatakan bahawa A, B dan C merujuk
kepada budaya.