You are on page 1of 9

UNSUR TRADISI & PERLEMBAGAAAN

Unsur Tradisi:
Merupakan kontrak sosial yang telah disepakati semasa menggubal undang-undang

Unsur-unsur tradisi meliputi:


1. Bahasa 2. Agama 3. Kedudukan istimewa orang Melayu & Bumiputera Sabah Sarawak 4. Pemerintahan Beraja

Ciri-ciri Unsur Tradisi:


Berperanan menstabilkan sistem politik negara Dilindungi di bawah Akta Hasutan Dianggap sebagai isu sensitif Dilarang dijadikan isu perbincangan awam

Unsur-unsur tradisi adalah faktor penting untuk mewujudkan identiti Malaysia & memupuk persefahaman ke arah perpaduan.

(i) BAHASA MELAYU


Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (untuk maksud rasmi) Disentuh dalam Perlembagaan melalui Perkara 152 Tetap melindungi bahasa-bahasa lain Memperuntukkan tiada siapa boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain maksud rasmi) atau mengajar atau belajar bahasa lain

(ii) AGAMA ISLAM


Agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan Termaktub dalam Perkara 3 (1) Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan; agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya

Setiap agama mempunyai hak untuk; Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri Menubuhkan dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang

(iii) KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK

Termaktub dalam Perkara 153 Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas yang lain

Siapa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak?

Melayu: Lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu Menganuti agama Islam Mengamalkan adat istiadat Melayu

Siapa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak?

Bumiputera Sabah dan Sarawak: Di Sarawak terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut, dan Di Sabah anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah

(iv) PEMERINTAHAN BERAJA


Telah wujud dalam sistem sosial di setiap negeri Melayu Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesarpembesar yang dilantik Institusi beraja terus dikekalkan selepas merdeka di bawah konsep raja berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasi Raja Berperlembagaan raja bertindak mengikut lunaslunas perlembagaan yang telah ditetapkan

1. Perlembagaan Malaysia bersifat ketat dan sukar dipinda. Pindaan yang hendak dibuat tidak sama dengan pindaan akta-akta lain yang diluluskan oleh Parlimen. Perkara 159 memperuntukkan bahawa beberapa peruntukan yang hendak dipinda hendaklah dipersetujui oleh Majlis Rajaraja Melayu dan lain-lain hendaklah mendapat sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 2. Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan beraja berasaskan demokrasi berparlimen di mana Perkara 32 menjelaskan mengenai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan. 3. Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan yang bertulis yang dikanunkan dalam sebuah buku. Hal/keadaan ini berlainan daripada perlembagaan United Kingdom yang mengamalkan perlembagaan tidak bertulis.

You might also like