You are on page 1of 12

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM

PERLEMBAGAAN

PENGENALAN

Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, terdapat 4


unsur tradisi penting yang menjadi dasar dalam
pembetukan perlembagaan.
Unsur tradisi ini juga merupakan satu kontrak sosial yang
telah dipersetujui semasa menggubal Perlembagaan .
(Shamsul Amri Bharuddin, 2008)
Menurut Mohd Salleh Abas(1985), unsur-unsur tersebut
ialah Kesultanan atau pemerintahan Beraja, Agama Islam,
Bahasa Melayu dan Kedudukan Istimewa orang Melayu.
Unsur-unsur ini diperlukan untuk kestabilan serta kemajuan
negara dan memainkan peranan penting dalam perjalanan
Perlembagaan.

UNSUR-UNSUR TRADISI
Bahasa Kebangsaan
Agama persekutuan
Kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak
Pemerintahan beraja

PERANAN UNSUR TRADISI


Menstabilkan sistem politik negara
Prasyarat dan permuafakatan yang
diterima oleh orang Melayu dan bukan
Melayu
Hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai
agama persekutuan dan bahasa Melayu
diterima sebagai bahasa Kebangsaaan
sebagai prasyarat penerimaan hak
kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu

(i) BAHASA MELAYU


Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu
(untuk maksud rasmi)
Disentuh dalam Perlembagaan melalui
Perkara 152
Tetap melindungi bahasa-bahasa lain
Memperuntukkan tiada siapa boleh
dilarang atau ditahan daripada
menggunakan (selain maksud rasmi) atau
mengajar atau belajar bahasa lain

(ii) AGAMA ISLAM


Agama Islam ialah agama rasmi bagi
Persekutuan
Termaktub dalam Perkara 3 (1)
Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal
imbangan; agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana
bahagian Persekutuan
Setiap orang mempunyai hak untuk
menganut dan mengamalkan agamanya

Setiap agama mempunyai hak untuk;


Menguruskan hal ehwal agamanya
sendiri
Menubuhkan dan menyelenggara
institusi bagi maksud agama atau
khairat
Memperoleh dan memiliki harta
benda serta memegang dan
mentadbirnya mengikut undangundang

(iii) KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN


BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK

Termaktub dalam Perkara 153


Hak istimewa meliputi jawatan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa,
pendidikan, perniagaan dan
kemudahan khas yang lain

Siapa orang Melayu dan Bumiputera Sabah


dan Sarawak?

Melayu:
Lazimnya bertutur dalam bahasa
Melayu
Menganuti agama Islam
Mengamalkan adat istiadat Melayu

Siapa orang Melayu dan Bumiputera Sabah


dan Sarawak?
Bumiputera Sabah dan Sarawak:
Di Sarawak terdiri daripada mana-mana satu
kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak
Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan,
Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu,
Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan
Ukit atau dia berketurunan campuran daripada
kaum tersebut, dan
Di Sabah anak atau cucu kepada seorang
daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah
dilahirkan di Sabah

(iv) PEMERINTAHAN BERAJA


Telah wujud dalam sistem sosial di setiap negeri
Melayu
Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap
pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan
dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik
Institusi beraja terus dikekalkan selepas merdeka
di bawah konsep raja berperlembagaan selaras
dengan sistem demokrasi
Raja Berperlembagaan raja bertindak mengikut
lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan

SUMBER
Shamsul Amri Baharuddin. 2008.
Modul Hubungan Etnik. Kuala
Lumpur: Maskha
Sdn. Bhd.
Mohd Salleh Abas. 1985. Unsur-unsur
Tradisi Dalam Perlembagaan
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

You might also like