You are on page 1of 25

DAKWAH & KOMUNIKASI

AFC 2113
SLAID 5
PERKEMBANGAN DAKWAH DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH: NUR ASIAH BINTI ABDUL GHANI


DAKWAH ISLAM SEBELUM ZAMAN
PENJAJAHAN
• Pada pemerintahan kesultanan Melayu Melaka 1414-1511 M,
dakwah Islam berkembang dengan pesat
• Banyak tempat-tempat ibadat seperti masjid dan musolla
dibangunkan di kampung dan bandar
• Masjid dan musolla bukan sahaja digunakan untuk aktiviti
ibadat tetapi juga sebagai tempat penyebaran ilmu
pengetahuan, aktiviti kebajikan penduduk serta sosial
kemasyarakatan, pengurusan dan pentadbiran penduduk
setempat dan tempat penyebaran maklumat semasa dan
sebagainya
• Ajaran Islam dihayati dan dipraktikkan dlm seluruh aspek kehidupan
masyarakat
• Undang-undang termasuk hukum-hukum jenayah Islam diguna pakai
oleh mahkamah syariah dengan menjadikan al-Quran sebagai sumber
pengambilan hukum tertinggi selain daripada hadis, ijma’ ulama’ dan
qias
• Menurut Ahmad Ibrahim (1973), undang-undang asas di negeri
Melayu ialah hukum Islam dan ini telah diterima dan disahkan oleh
hakim-hakim British Tanah Melayu.
• Muhammad Yusuf menjelaskan bahawa semasa pemerintahan
kerajaan Islam Melaka, terdapat dua jenis undang-undang yang
dipakai iaitu hukum kanun (undang-undang Melaka) dan undang-
undang Laut Melaka
• Kaedah dan perlaksanaan hukum Islam mengikut undang-undang di
negeri di Melaka suatu ketika dahulu tidak terhad kepada hukum yang
berkaitan dengan masalah ibadat sahaja tetapi meliputi hukum-
hukum jenayah yang melibatkan had atau hudud
• Antara kesalahan yang disabitkan hukuman had ialah berzina, qazaf,
minum arak, mencuri, membunuh, menyamun, mengganggu
ketenteraman awam, murtad dan derhaka
• Hukum adat yang tidak tertulis diamalkan secara tidak langsung menjurus kepada
hukum Islam seperti tidak membenarkan wanita keluar rumah tanpa mengenakan
tudung kepala
• Manakala kaum lelaki pula tidak dibenarkan berdua-duaan dengan wanita bukan
mahram di tempat yang boleh mendatangkan fitnah
• Selain undang-undang jenayah yang termaktub dalam undang-undang Melaka
seperti Qisas, Hudud, Ta’zir dan diat (denda), undang-undang muamalah dan
munakahat juga turut diamalkan.
• Berkenaan dengan syarat perlantikan sultan contohnya mestilah menepati syarat-
syarat yang terdapat dalam Islam iaitu mestilah Islam, lelaki, adil, berilmu hingga
mampu berijtihad dalam masalah agama, sejahtera daripada masalah hutang,
disukai oleh masyarakat awam, sihat tubuh badan, cerdas fikiran dan boleh
memimpin rakyat.
• Dapatlah dirumuskan bahawa pada zaman keagungan kerajaan Islam
Melaka, perkembangan dakwah Islam berjalan dengan jayanya
• Faktor sokongan dari pihak pemerintah supaya para pendakwah aktif
menyebarkan Islam menjadikan Islam berkembang dengan pesatnya
meliputi kawasan berdekatan seperti Riau, Sumatera dan Johor
• Sementara kejayaan yang dicapai ialah menjadikan undang-undang
Islam sebagai undang-undang tertinggi dalam negeri Melaka ketika itu
DAKWAH ISLAM SEMASA ZAMAN
PENJAJAHAN
• Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas (1980), Melaka telah dijajah oleh
kuasa-kuasa Eropah mulai tahun 1511 Masihi, maka kedudukan Melaka sebagai
pusat penyebaran dan pengembangan dakwah Islam telah tergugat
• Wan Hussein Azmi (1980) berkata bahawa kedatangan penjajah-penjajah
Inggeris ke Tanah Melayu ini bukanlah bermakna gerakan dakwah Islam telah
terhenti buat seketika, sebaliknya berjalan dengan perlahan-lahan.
• Ini disebabkan oleh dasar penjajah yang tidak memberi peluang kepada anak-
anak bumiputera yang mendapat pendidikan Melayu menjawat jawatan penting
dalam pentadbiran kerajaan, sebaliknya Inggeris mengutamakan mereka yang
berpendidikan Barat dan diberi beberapa keistimewaan dan layanan mesra
• Akibatnya, ramai anak-anak Melayu terpengaruh dengan fahaman tersebut.
Dakwah Islam terus dipinggirkan oleh golongan eksekutif tersebut, dan semakin
hari kebudayaan Barat semakin mendapat tempat di hati masyarakat Melayu
• Menurut Mohd Shahir (1990), pada zaman penjajah ini Islam telah
mula ditindas
• Namun begitu, kegiatan dakwah tetap berjalan walaupun dalam
keadaan ditekan oleh pihak pentadbiran Inggeris
• Inggeris dengan sengaja mengamalkan dasar pecah dan perintah
terhadap orang Melayu terutamanya yang berada di kawasan luar
bandar
• Bahagian pengurusan dan pentadbiran negeri dikuasai sepenuhnya
oleh Inggeris kecuali hal-hal yang berkaitan dengan urusan agama
diserahkan kepada raja-raja Melayu untuk mentadbirkannya
• Umat Islam tidak melaksanakan syariat Islam secara meluas kecuali
dalam hal-hal yang berkaitan dengan masalah ibadah, harta pusaka
dan urusan kekeluargaan sahaja
• Manakala dalam aspek pendidikan, umat Islam terpaksa mencari jalan
sendiri kerana dasar penjajah tidak memberi perhatian dalam
membantu perkembangan dan kemajuan pendidikan Islam
• Kelas-kelas pendidikan Islam hanya diadakan di masjid-masjid, di
surau-surau atau di rumah tok-tok guru sahaja
• Pendidikan yang lebih tinggi sedikit diadakan melalui sistem pondok.
Sisitem pondok ini berkembang dengan pesatnya di negeri Kelantan,
Kedah, Seberang Prai dan Perak Utara
• Melalui sistem pengajian cara tradisional (pondok), orang-orang Melayu
menghantar anak-anak mereka ke tempat pengajian tersebut
• Dalam tempoh tiga hingga lima belas tahun mereka akan mendalami ilmu
Fiqh, Usuluddin, Nahu, Sarf, Mantiq, Tafsir dan Hadis, Sirah Nabawiyyah,
Faraid dan sebagainya
• Abdul Halim Bashah (1996) menjelaskan bahawa terdapat sebahagian
kecil dalam kalangan yang tamat pengajian di pondok-pondok tersebut
melanjutkan pengajian pada peringkat yang lebih tinggi (universiti) di
Timur Tengah seperti di Mesir, Yaman, Syria, Jordan, India dan Pakistan
• Ada juga pelajar lepasan pondok mendalami ilmuagama di Selatan
Thailand (Pattani), dan Indonesia (Pulau Jawa)
• Pada akhir peringkat penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, kesedaran
Melayu yang mahu mendaulatkan agama Islam di tanah air sendiri
begitu tinggi di samping mereka menuntut kemerdekaan daripada
penjajah Inggeris
• Satu perkara yang sangat penting hasil perjuangan umat Islam di
zaman penjajah ialah mendaulatkan bangsa Melayu sebagai umat
Islam, sehingga seseorang itu tidak boleh dianggap Melayu kalau
tidak beragama Islam.
DAKWAH ISLAM SELEPAS KEMERDEKAAN
DAN MASA KINI

• Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,


agama Islam telah mendapat tempat dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia dan merupakan nafas baharu dalam perkembangan dakwah
Islam di negara ini.
• Perlembagaan Malaysia Perkara 3 (1), Hal. 2 menyebut dan mengakui
bahawa agama Islam adalah sebagai agama rasmi Persekutuan. Namun
agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana-mana
bahagian negeri di Malaysia. Hal ini dinyatakan dengan jelas sebagai
berikut, “agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-
agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
bahagian Persekutuan.
• Selain itu, Perlembagaan Persekutuan Jadual Kesembilan, Senarai 2 –
Senarai Negeri (1), halaman 206-207 memperuntukkan bahawa agama
Islam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri.

• Kerajaan Negeri mempunyai kuasa mentadbir urus agama Islam seperti


menguruskan masjid, mengurus dan menyedia dana zakat, menyediakan
pendidikan agama Islam dan sebagainya. Manakala Perkara 3(2) dan (3),
halaman 2 menyebut raja-raja bagi setiap negeri adalah sebagai ketua
agama di negeri masing-masing, manakala bagi negeri yang tidak beraja,
Yang Dipertuan Agong menjadi ketua agama.
• Perlembagaan Persekutuan Perkara 12(2), halaman 8 juga memberi
kuasa kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk
mengadakan peruntukan kewangan bagi kepentingan agama Islam.

• Bagi maksud tersebut hendaklah mana-mana pertubuhan atau badan


kebajikan Islam menguruskan hal ehwah agamanya sendiri;
menubuhkan dan menyelenggarakan yayasan bagi maksud-maksud
agama atau khairat; dan memperoleh dan mempunyai harta serta
memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
• Dengan peruntukan dan jaminan yang termaktub dalam Perlembagaan
tersebut, kerajaan telah mula mengambil inisiatif dan langkah-langkah
proaktif memperkembangkan agama Islam di negeri ini melalui
beberapa kegiatan seperti pentadbiran dan pengurusan hal ehwal
Islam, pendidikan, dakwah, undang-undang mahkamah syariah, nikah
kahwin, fatwa, ekonomi Islam dan hal-hal lain yang berkaitan hal ehwal
agama Islam.
• Pendidikan Islam selepas merdeka dijalankan melalui dua sistem iaitu
sistem pendidikan kebangsaan dan sistem pendidikan agama.
• Dalam bidang pendidikan kebangsaan, murid-murid yang beragama
Islam diwajibkan mempelajari agama Islam dalam waktu persekolahan
biasa. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka yang mata
pelajaran pendidikan Islam tidak diajar pada waktu persekolahan
biasa.
• Pembelajaran agama hanya diadakan di luar waktu persekolahan biasa
dan dikendalikan secara persendirian. Sistem yang kedua ialah sistem
pendidikan agama yang diuruskan oleh pihak berkuasa agama.
• Perkembangan dakwah Islam selepas kemerdekaan hingga kini semakin
pesat berkembang, bukan hanya berkembang di Malaysia tetapi kini
menjadi pusat tumpuan dan rujukan di samping sebagai pusat gerakan
dakwah di rantau ini dan seluruh dunia.
• Selaras dengan kenyataan di atas, Berita Harian dalam Edisi 8 Mei 2002
melaporkan bahawa mesyuarat Menteri-menteri Wakaf dan Hal Ehwal
Islam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) diadakan pada 8-10 Mei 2002
bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur mengambil keputusan
menjadikan Malaysia sebagai pusat penyelarasan dan penyebaran dakwah
di peringkat antarabangsa.
• Penyebaran dakwah Islam di Malaysia diperakukan dan diiktiraf oleh
negara-negara pertubuhan Islam di peringkat antarabangsa.
• Menurut Ab. Aziz Mohd Zin (1990) bahawa perkembangan dakwah
Islam di Malaysia datang darpada dua iaitu digerakkan oleh pihak
kerajaan dan digerakkan oleh orang ramai.
• Dakwah yang digerakkan oleh orang ramai ini termasuklah individu
perseorangan, pertubuhan atau organisasi dakwah bukan kerajaan
(NGO) dan sebagainya.
GERAKAN DAKWAH OLEH PIHAK KERAJAAN

• Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


• Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
• Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
• Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
• Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Majlis Agama Islam Negeri
(MAIN)
JAKIM

• Unit penyelidikan – bertanggungjawab membuat kajian berkaitan akidah


umat Islam terutama mengenal pasti ajaran sesat yang menyelewengkan
akidah umat Islam
• Unit Hub Halal – membuat kajian halal dan haram bahan gunaan orang Islam
• Unit Dakwah – bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada
kakitangan kerajaan, masyarakat FELDA, masyarakat orang asli, ahli-ahli
korporat, orang tahanan (penjara), pemulihan (pusat serenti dadah) dan
sebagainya
• Unit Penerbitan – bertanggungjawab menerbitkan, mencetak dan
mengedarkan majalah-majalah berunsur dakwah dan pendidikan,
terjemahan buku ilmiah dan risalah ringkas isu-isu semasa secara berkala
• Unit Media, Elektronik dan Penyiaran – diberi tanggungjawab mengendalikan
sepenuhnya rancangan Islam sama ada di radio atau televisyen
• Unit Pendidikan dan Pembangunan Islam – mengawal selia serta menentukan
hala tuju kokurikulum pendidikan agama sama ada di sekolah rendag agama
rakyat atau sekolah menengah agama rakyat di seluruh negara
• Unit Kesejahteraan Sosial – menggubal modul kursus pra perkahwinan, modul
keluarga bahagia
• Unit Perhubungan Antarabangsa – mengendalikan hari-hari kebesaran Islam
• Unit Undang-undang – bertanggungjawab menyelaras antara kerajaan pusat
dengan kerajaan negeri berkaitan dengan mahkamah syariah
ILIM
• Bertanggungjawab memberi latihan professional khasnya kepada
hakim-hakim mahkamah syariah di seluruh negeri
• Mengadakan kursus-kursus jangka pendek untuk pengurusan hal
ehwal Islam
YADIM
• Tujuan utama penubuhan adalah untuk mengatur kegiatan dakwah di
Malaysia supaya berjalan dengan baik dan betul menuju kepada
pembinaan masyarakat Islam yang diredhai
IKIM
• Penubuhan IKIM bertujuan untuk memberi kefahaman Islam kepada
seluruh anggota masyarakat sama ada beragama Islam atau bukan
Islam
• Dakwah melalui radio dengan siaran berunsur islamik sepanjang masa
• Turut menganjurkan seminar, forum ilmiah
GERAKAN DAKWAH OLEH PERTUBUHAN
DAKWAH BUKAN KERAJAAN
• Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
• Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
• Pertubuhan Jemaah Tabligh
• Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
• Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan
(JAM’IYAH)
• Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
• Muslim Care
• Syria Care
• Islamic Relief Malaysia dan lain-lain

You might also like