You are on page 1of 22

TAMADUN TANAH MELAYU

PN. NOR AZNIDA BINTI NOORUL-DIN


OBJEKTIF:
• Menjelaskan pembentukan tamadun Melayu
• Mengaitkan agama Islam dengan pembentukan tamadun Melayu
• Menyenaraikan ciri-ciri tamadun Melayu
• Membuktikan tamadun Malaysia berasaskan tamadun Melayu
• Membezakan Melayu Deutro dengan Melayu Proto dalam konteks
tamadun Melayu di alam nusantara.
PENGENALAN:
• Tamadun merupakan suatu peradaban masyarakat yang
mempunyai penyusunan strafikasi masyarakat yang
kompleks mengikut pengkhususan pekerjaan dan tahap
sosial yang berbeza yang menetap di sesebuah perbandaran.
• Orang Islam di Malaysia berteraskan budaya Melayu yang
beragama Islam.
• Tamadun Melayu sinonim dengan agama Islam.
KONSEP TAMADUN MELAYU:
• Dibentuk oleh sekelompok manusia yang dikenali sebagai kumpulan orang melayu
dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara ( Gugusan Kepulauan Melayu,
Gugusan Kepulauan Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi ).
• Istilah Melayu terbahagi kepada dua iaitu:
• Melayu : Suatu rumpun bangsa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu.
• Kemelayuan : merujuk kepada erti “nilai anutan” dan “jati diri Melayu”
• Istilah melayu boleh ditakrifkan berdasarkan kriteria rumpun bangsa dan Bahasa
iaitu Melayu
• Antara pelbagai suku yang tergolong dalam Melayu- Indonesia – Jawa, Sunda,
Madura, Aceh, Minangkabau, Bajau, Murut, Bugis, Sasak, Melanau, Iban dan Sulu.
KONSEP TAMADUN MELAYU:
• Melayu merupakan satu masyarakat peribumi atau masyarakat asal rantau ini ( Malay
Archipelago ), Kepulauan Melayu atau Alam Melayu.
• Mereka dapat hidup aman damai disebabkan sifat adaptif, akomodatif dan asimilatif.
• Jati diri bangsa melayu mantap kerana nilai kemelayuan yang dimiliki.
• Tamadun Melayu dibangunkan secara menyeluruh oleh bangsa Melayu berteraskan Bahasa
melayu setelah kedatangan dan penerimaan Islam oleh masyarakat rantau alam Melayu
secara keseluruhan.
• Kedatangan Islam ke nusantara telah membawa perubahan sehingga menjadikan bangsa
Melayu sebahagian daripada dunia Islam, meliputi semua aspek kehidupan seperti bahasa,
sastera, intelektual, undang-undang, kepercayaan, politik, adat istiadat dan kesenian.
PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU:

Kronologi pembentukan tamadun Melayu:


• Zaman Paleolitik ( zaman batu awal ) – 35000
tahun yang lalu.
• Zaman Mesolitik ( zaman batu tengah ) – 11000
tahun yang lalu.
• Zaman Neolitik ( zaman batu baru ) – 5000
tahun dahulu
• Zaman besi – 2500 tahun yang lalu
• Zaman kedatangan Islam – abad ke-11 Masihi.

Tamadun Melayu – Bangsa Melayu – Gugusan


kepulauan Melayu
( The Malay Archipelago )
STRUKTUR MASYARAKAT MELAYU:
Susunan ini diambil kira bahawa orang melayu adalah penduduk asal di
dalam

PEMI Ketamdunan Melayu.

MPIN Orang Melayu telah wujud lebih awal iaitu kira-kira 12,000 tahun
terdahulu.

PEMBES Mereka merupakan orang-orang yang mendiami Kawasan Asia Tenggara


yang
AR merupakan dataran besar yang merangkumi pulau Sumatera,
Semenanjung Tanah Melayu,
ISTANA Pulau Jawa dan juga Pulau Borneo.

RAKYAT Kerajaan awal Melayu adalah kerajaan praIslam yang memerintah di OC


EO di Funan. ( Vietnam ),
JELATA Langkasuka di Selatan Thailand, empayar Srivijaya di Palembang, Kuala
Selinsing di Perak
dan Lembah Bujang di Kedah.
AKTIVITI AWAL TAMADUN
MELAYU:
• Tertumpu kepada aktiviti maritim.
• Pelabuhan dibina untuk perniagaan jarak jauh. Aktiviti ini dikuasai
oleh pemimpin sesebuah kerajaan dan rangkaian perhubungan ini
memerlukan masa dan penempatan yang agak lama dan tetap untuk
memudahkan pengekalan perhubungan.
• Pelabuhan di Semenanjung Malaysia begitu penting kerana melalui
perairan Selat Melaka. Ia berfungsi sebagai tempat berehat untuk
kapal-kapal yang akan meneruskan pelayaran sama ada ke Barat
atau ke Timur mengikut musim yang bersesuaian.
FAKTOR KEAGAMAAN:
• Tamadun awal di Kuala Selinsing, Perak tidak berfungsi sebagai sebuah pusat keagamaan.
• Temuan artifak membuktikan bahawa tamadun ini tidak dipengaruhi oleh kebudayaan
Hindu- Buddha.
• Menggunakan sistem tulisan Pahlavi ( Sanskrit ) untuk menulis dalam Bahasa Melayu.
• Wujudnya bandar, penempatan yang tersusun , pusat keagamaan dan pembinaan
monumental (besar) menggunakan batu.
• Contoh kerajaan Melayu awal yang dipengaruhi oleh Hindu- Buddha ialah
• Angkor Wat : Kemboja
• Borobudur : Pulau Jawa, Indonesia
• Lembah Bujang : Kedah
KEPAKARAN DAN TEKNOLOGI:
• Kebudayaan orang Melayu berjaya menghasilkan tamadun awal di Asia Tenggara.
• Teknologi yang ada pada masa itu mampu untuk menguasai perdagangan jarak jauh
yang melalui kawasan perairan kerajaan melayu.
• Selepas kemunculan tamadun Melayu, perkembangan seterusnya adalah dalam
membentuk kerajaan Melayu Islam.
• Kesinambungan daripada kerajaan Melayu awal dan kerajaan Melayu Islam Melaka
telah membentuk Kerajaan Persekutuan Malaysia kini.
• Perkembangan pengubahsuaian kerajaan Melayu Islam mengambil masa 500 tahun
dilakukan oleh penjajah Inggeris.
• Perkembangan kerajaan Melayu dari dahulu hingga kini mengambil masa 2,000 tahun.
World View:
• Tamadun Melayu adalah tamadun yang menyeluruh.
• Tamadun ini muncul bermula dengan penerimaan Islam oleh
masyarakat rantau alam Melayu secara keseluruhan.
• Peranan pendakwah telah memberi kesan yang amat besar
dalam pembinaan tamadun Melayu dengan melakukan hubung
jalin diantara suku kaum Melayu yang ada.
• Tamadun Melayu terbina di atas nilai falsafah Islam mengikut
acuan masyarakat Melayu.
CIRI-CIRI TAMADUN MELAYU:
• Sistem perundangan yang jelas dan teratur serta nilai etika dan moral yang berwibawa.
• Kemajuan ilmu pengetahuan- perkembangan novasi sains, teknologi, kesenian,
kesusasteraan, falsafah dan sebagainya.
• Terdapat penempatan masyarakat Melayu di beberapa Kawasan.
• Jangka hayat tamadun Melayu yang stabil dan Panjang.
• Wujudnya system organisasi sosial dan institusi sosial
• Penggunaan sistem tulisan, komunikasi dan bahasa yang sama serumpun.
• Peningkatan kualaiti hidup
• Sistem kepercayaan agama ( Islam ) dan amalan beragama.
HUBUNGAN TAMADUN MELAYU
DENGAN ISLAM:
• Interaksi antara tamadun Melayu dan Islam bermula apabila kedatangan orang Arab . Ada pendapat
mengatakan melalui orang India dan orang China.
• Kedatangan Islam telah mengubah kepercayaan kehidupan beragama daripada:
• Dinamisme : Kepercayaan semua benda yang hidup atau mati mempunyai kuasa ghaib dan boleh
mempengaruhi baik dan buruk kepada manusia.
• Animisme : Kepercayaan bahawa roh tidak ada ada pada benda hidup, tetapi ada juga pada benda yang lain.
• Naturisme : Sistem falsafah dan sifat semulajadi
• Pluralisme : Hinduisme dan Buddhisme
• Monotisme : Menyembah tuhan yang esa

• Unsur Religi : Tindakan manusia mengadakan keperluan hidup yang tidak dapat dicapai secara naluri
atau akal
• Unsur Magi : Suatu bentuk agama primitif ( percaya kepada kuasa ghaib dan mengadakan ritus @
ritual yang bertujuan mempengaruhi orang, binatang atau roh.
TAMADUN MELAYU ASAS TAMADUN
MALAYSIA.

PEMBINAAN PENGAMALAN
PENERAPAN
INSTITUSI AGAMA
NILAI JATI DIRI
PENDIDIKAN ISLAM

ASAS PEMBENTUKAN
TAMADUN MELAYU
PEMBINAAN
PENGAMALAN PEMUPUKAN
NILAI POLITIK
PEMBANGUNAN NILAI ESTETIKA
DAN
EKONOMI DAN BUDAYA
PERUNDANGAN
PENGAMALAN AGAMA ISLAM:
• Islam telah membawa perubahan secara drastik dengan menekankan unsur
akidah, akliah, persamaan sosial, keadilan dan kemuliaan insan.
• Agama Islam dengan sifat murunah (lentur) sangat sesuai dengan jiwa dan
budaya masyarakat Melayu yang bersifat lemah lembut dan saling bertolak
ansur.
• Dorongan belajar : membaca al-quran, membaca kitab-kitab.
• Pendidikan Islam bermula di istana, kemudian ke masjid, madrasah, pondok,
sekolah dan universiti.
• Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam
sebagai agama rasmi.
PENERAPAN NILAI JATI DIRI:
• Pengamalan 5 rukun negara dan nilai patriotisme.
• Nilai yang menjadi asas kepada tamadun Melayu ialah :
bertanggungjawab, jihad, istiqomah, ihsan, jujur dan
ikhlas, adil, bijaksana,bertolak ansur, cekap, produktif,
dedikasi dan kerjasama.
• Pembentukan jati diri Melayu bermula dari keluarga.
• Keluarga adalah agen sosialisasi utama dalam masyarakat.
PEMUPUKAN NILAI ESTETIKA:
• Masyarakat Melayu terkenal dengan nilai seni estetika
contohnya seni sastera, seni lagu, seni tari, seni ukir, seni
bina, senia hias dan seni drama.
• Dalam hal pembinaan masjid pula pengaruh dan kesan
diadaptasi dari seni reka Islam daripada Timur Tengah
( reka bentuk kubah, hiasan mimbar dan hiasan
dalaman ).
• Seni ukir batu nisan dan seni tulisan khat berinspirasikan
tamadun Islam.
PEMBINAAN NILAI POLITIK DAN
PERUNDANGAN:
• Kedatangan Islam telah merubah aspek politik dan perundangan dan di
tandai oleh Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-13.
• Politik islam adalah melalui musyawarah. Keadaan ini telah
diimplimentasikan di setiap jabatan kerajaan
• Pengamalan sistem politik secara demokrasi dalam menentukan dan
memilih kepimpinan negara.
• Sistem perundangan Malaysia telah dipengaruhi oleh Islam sejak
pemerintahan kerajaan Melayu Melaka. Atara bidang tumpuan ialah
kekeluargaan ( munakahat ), jual beli (muamalat), jenayah (jinayat) dan
kemasyarakatan (muamalat) dan juga bidang sivil.
PEMBINAAN PEMBANGUNAN EKONOMI:
• Telah mencatat sejarah kegemilangannya dalam urusan perdagangan dengan negara penjajah
dari Eropah seperti Belanda dan Inggeris dan juga negara Timur Tengah (Arab).
• Barangan dagangan: barangan logam, rempah ratus, pembinaan, kayu kayan dan pertanian.
• Urusan jual beli dijalankan dengan menggunakan wang emas.
• Perkembangan ekonomi yang pesat telah menuntut keperluan tenaga kerja di sector perladangan
dan perlombongan.
• Dasar Ekonomi Baru juga telah merapatkan jurang perbezaan ekonomi dalam kalangan
masyarakat Melayu (pertanian), masyarakat Cina (perniagaan) dan masyarakat India
(perladangan).
• Hasil negara banyak disumbangkan oleh pengeksportan hasil pertanian seperti timah, getah,
kelapa sawit, kelapa dan juga hasil industri. PETRONAS dan FELDA menjadi peneraju utama
ekonomi negara.
TAMADUN MELAYU DI ALAM
NUSANTARA:
• Alam melayu merujuk kepada kepulauan Indonesia, Tanah Melayu dan kepulauan Borneo dan
Filipina. Tamadun Melayu berusia 5,000 tahun manakala tamadun Melayu Deutro ( Melayu
baru) adalah 3,000 s.m.
• Melayu Proto : (Melayu asli)
• ( Pelaut ) yang belayar sepanjang Sungai Mekong, China, Myanmar, Laos, Kemboja,
Vietnam, Thailand hingga Semenanjung Tanah Melayu.
• Terkenal dengan Teknik menanam tanaman padi untuk dibuat nasi.
• Melayu Deutro : (1500 s.m)
• Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menangkap ikan.
• Pertembungan dan perkahwinan campur telah berlaku di kalangan Melayu Proto dengan
Melayu Deutro dengan masyarakat Jawa, serta penduduk tempatan dari keturunan
Australisasi dan Negrito.
• Kedua-dua rumpun Melayu Proto dan Melayu Deutro mempunyai persamaan adat resam
Melayu yang hampir sama dan menggunakan Bahasa Melayu yang sama.
TAMADUN AWAL RUMPUN MELAYU:
• Tamadun Khmer Funan di Delta Mekong (1-6 masihi hingga tahun 800 masihi).
• Kerajaan Funan merangkumi sebahagian besar Indo- China sehingga ke Selatan Thailand dan
utara Semenanjung Tanah Melayu.
• Setelah kerajaan Funan dijatuhkan oleh Kemboja dan Chenla telah berlaku migrasi mencari
perlindungan semasa Empayar Khmer Angkor sehingga mereka sampai ke Palembang dan Melaka.
• Inskripsi Batu Bersurat Kedukan Bukit telah menunjukkan tulisan yang digunakan seperti yang
tulisan pada pintu ( Yunan) menggunakan tulisan tradisional minoriti Dai.
• Hubungan antara Melayu – Cham telah dikesan melalui persamaan Bahasa yang ditemui
dibeberapa tempat di Kembojadesa, Kampong Cham dan Kampong Chhnang.
• Raja Champa telah memeluk Islam setelah kalah dalam peperangan dengan Vietnam. Migrasi telah
berlaku apabila Raja Muslim yang terakhir Po Chien telah berhijrah ke Selatan Kemboja
sementara yang tinggal di pesisir pantai telah berhijrah ke Terengganu dan sebahagiannya ke
Kelantan.
SLIDE TAMAT:

You might also like