You are on page 1of 21

SUMBANGAN DAN HASIL

PENCAPAIAN TAMADUN
MELAYU TERHADAP
PERADABAN DUNIA

PN NOR AZNIDA BINTI NOORUL-


DIN
OBJEKTIF:

• MENYATAKAN PENCAPAIAN
TAMADUN MELAYU DALAM
PELBAGAI BIDANG.
• MEMBERI CONTOH TAMADUN
MELAYU YANG SESUAI DALAM
BIDANG TERTENTU.
PENGENALAN:

Asas tamadun Melayu adalah bersumberkan bangsa Melayu dan tentunya berteraskan
kepada agama Islam, kebudayaan Melayu dan Bahasa Melayu.

Kedatangan agama Islam telah merubah tamadun Melayu kepada tamadun Islam atau tamadun
Melayu Islam kerana sifat asimilasi Islamnya yang kuat, cepat menyerap dalam kehidupan orang
Melayu.

Beberapa unsur dalam tamadun Melayu seperti bidang keintelektualan ilmu, penggunaan bahasa
amalan agama dan pola hidup masyarakat Melayu telah berubah menjadi Islam sepenuhnya.

Banyak bukti kegemilangan Melayu bersumberkan daripada “worldview” agama Islam.


PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
Sumbangan Pencapaian Tamadun Melayu
Terhadap Peradaban Dunia

Agama dan kepercayaan Keilmuan Kebendaaan


(spiritual) (intelektual) (material)

Pendidikan Kerajaan
Perundangan
Agama Sistem pemerintah
Komunikasi
Adat Istiadat Bahasa Ekonomi
Tulisan Kemahiran
Persuratan
Sastera
Sains dan teknologi
Kemahiran pembuatan
SUMBANGAN DALAM PEMBENTUKAN KERAJAAN
DAN SISTEM PEMERINTAHAN

Melalui pelbagai sumber yang diambil daripada penulisan hinggalah kepada arkeologi telah membuktikan bahawa
Wilayah politik atau negara bangsa Malaysia merupakan lanjutan daripada politik atau kerajaan Melayu sebelumnya.

Sistem berkerajaan dan pemerintahan Melayu sebenarnya merupakan kesinambungan dari beberapa buah kerajaan
seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-Riau dan Lingga.

Malaysia secara amnya mengamalkan sistem beraja (monarki) melalui sistem pentadbiran berparlimen dan
berpelembagaan yang merangkumi seluruh 16 buah negeri. Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak diperintah
oleh Ketua Menteri dan Gabenor dan 12 negeri diketuai oleh sultan. Kesemua negeri berada dibawah
“kerajaan Persekutuan” yang diketuai oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Yang di-Pertuan Agong.
Dua institusi beraja iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu merupakan
komponen terpenting dalam pemerintahan demokrasi berparlimen.
Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua utama negara.

Yang di-Pertuan Agong mengetuai 3 badan didalam kerajaan iaitu badan pemerintah
(eksekutif), badan perundangan (legislatif) dan badan kehakiman (judiciary). Namun begitu
YDPA tidak terlibat dalam soal pemerintahan negara.

Terdapat 9 buah negeri yang mengekalkan sistem pemerintahan secara bersultan.


( Perlis, Kedah, Perak, Selangor,Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan ).
Kesultanan Melayu Inilah yang menjadi tunjang utama dalam
kelangsungan tamadun Melayu hingga sekarang.

Sistem pemerintahan di Tanah Melayu bermula melalui kerajaan


Islam Palembang, Pasai, Aceh dan Riau di bahagian selatan
Tanah Melayu. Manakala di utara pula dimulai dengan kerajaan
Islam Pattani.

Kesemua negeri tersebut diperintah melalui sistem pentadbiran


berasaskan syariat Islam. Banyak bukti yang ditemui antaranya
batu bersurat dan makam para raja atau sultan yang bertulisan
Arab.
Undang-undang laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka
juga mengamalkan syariat Islam melalui sistem percukaian
dan hukum muamalat ( perniagaan ) semasa pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka.

Undang-undang Kedah telah tersebar di Kerajaan Kesultanan


Melayu Perak melalui pentadbiran “al-Asma’ullah”
dan ‘Undang-undang 99’ oleh kerajaan Melayu Pahang.
SUMBANGAN DALAM BIDANG EKONOMI

Pelabuhan Melaka dan Acheh telah berjaya


menggerakkan
sistem perekonomian masyarakat Melayu sehingga ke
Eropah,
China, Arab dan India.

Kekayaan dan kemakmuran ekonomi kerajaan Melaka


telah menjadi faktor utama penaklukan portugis ke atas
Pada peringkat awal perdagangan dan pelabuhan dikuasai
oleh masyarakat Melayu yang dibuat secara mikro
perdagangan (individu, pasar dan bandar kecil) dan
perekonomian makro (import dan eksport)- Eropah,
China, Arab dan India).

Manakala pedagang sekitar turut merancakkan lagi


perdagangan di pelabuhan Kota Melaka.
BINCANGKAN.
TA M A D U N M E L AY U A S A S TA M A D U N M A L AY S I A
SUMBANGAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Permulaan Sistem Pendidikan


Tamadun Melayu

Informal
Formal
Menggunakan pantun, gurindam
Dilaksanakan dengan lebih sesuai di
dan cabang-cabang seni sastera
tempat yang lebih sesuai seperti di
yang lain untuk memberi nasihat
surau
dan pengajaran
HASIL PENCAPAIAN DALAM BIDANG PERUNDANGAN

Perundangan Melayu yang paling awal ialah:


• Perundangan adat Melayu
• Perundangan Islam

Catatan awal perundangan di tanah Melayu ialah pada batu bersurat Terengganu
yang mengandungi hukum Islam yang perlu dilaksanakan iaitu:
• Menguatkuasa ajaran Islam
• Pemberian dan penerimaan hutang
• Rejam dan hukuman sebat ke atas penzina
• Hukuman menuduh zina
• Kesaksamaan antara semua orang sama ada atasan atau rakyat bawahan.
HASIL PENCAPAIAN DALAM FAHAMAN
BERAGAMA DAN ADAT ISTIADAT

Kedatangan Islam ke tanah Melayu telah mengubah kepercayaan dan corak kehidupan masyarakat Melayu
bahkan turut memantapkan adat istiadat Melayu selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Islam telah menjadi identiti sosial dan budaya orang Melayu. Orang Islam menjadi ketua agama bagi
setiap negeri di dalam persekutuan Malaysia.

Wujud kebebasan beragama di kalangan bangsa bukan Melayu dan kerajaan boleh menggubal undang-
Undang untuk mengawal atau menyekat aliran atau fahaman kepercayaan yang dianggap menyeleweng
atau sesat.

Dalam konteks pengamalan adat istiadat masyarakat Melayu iaitu dalam soal kelahiran, pertunangan,
perkahwinan , berkhatan, pertabalan dan sebagainya.
HASIL PENCAPAIAN DALAM BIDANG KOMUNIKASI

Komunikasi di alam Melayu terjalin melalui hubungan diplomatik antara pelbagai negara
disamping perdagangan dan interaksi budaya. Pada zaman dahulu komunikasi dibuat
berasaskan kepada polisi pemerintahan kerajaan.

Bahasa yang digunakan sebagai Bahasa perantara (lingua Franca) ialah Bahasa Melayu.

Ilmu persuratan dikuasai dengan baik melalui tulisan Jawi- Arab. ( Sir Stamford Raffles
dan Sir Fancis Light boleh menulis dan membaca dalam tulisan jawi).

Medium komunikasi berkesan adalah melalui surat menyurat.


HASIL PENCAPAIAN DALAM BIDANG BAHASA,
TULISAN, PERSURATAN DAN SASTERA.
Bahasa merupakan medium yang sentiasa berkembang dan berubah daripada
abad ke-14 hingga ke-18M. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa perantara
( lingua franca ) bagi kepulauan Melayu dan digunakan oleh pedagang dan pengembara
asing dari China, Eropah dan juga India.

Perkembangan bidang persuratan Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian:


• Sastera rakyat Melayu
• Sastera pengaruh Jawa dan Hindu
• Sastera pengaruh Islam

Sastera Melayu : Prosa dan puisi.


HASIL PENCAPAIAN DALAM BIDANG KEMAHIRAN
PEMBUATAN
Masyarakat Melayu terkenal dengan kemahiran pembuatan barangan keperluan.

Contohnya kemahiran membuat rumah , dan identiti rumah Melayu


seperti berikut:
i) Bumbung seperti bumbung limas
ii) Kepelbagaian ruang ;ruang induk atau ruang ibu, ruang tengah,
ruang dapur dan serambi atau beranda.
iii) Rumah panggung : dilengkapi dengan seni hias pada tingkap, dinding,
atap dan lain-lain lagi.
iv) Peralatan kelengkapan rumah.
Masyarakat Melayu juga bijak mengolah:
• tanah liat : pinggan, mangkuk, cawan, periuk, kuali dan
sebagainya.
• Perabot : almari, meja dan kerusi.
• Sampan, perahu, bot dan kapal untuk tujuan mencari
rezeki.
• Fesyen pakaian: baju kurung, baju melayu, kebaya dan
busana muslim.
• Peralatan menulis dan menghasilkan kertas daripada
buluh, batang resam
• Dakwat daripada buah pinang, akar pokok dan bunga
senduduk.
HASIL PENCAPAIAN DALAM BIDANG KESENIAN
Masyarakat Melayu sangat kreatif dengan penghasilan produk yang penuh nilai
estetika.

Etnik Melayu Kelantan, Terengganu dan Pahang amat terkenal dengan rekaan seni
daripada logam seperti emas, tembaga dan koper juga ukiran kayu.

Masyarakat Melayu Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor terkenal dengan
pembinaan rumah yang unik dan cantik.

Seni ukir dan seni halus tenunan kain dan barang perhiasan rumah merupakan ilham asli
yang memiliki nilai estetika yang cukup tinggi.

Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pembuatan alat muzik dan pembuatan senjata.
HASIL PENCAPAIAN DALAM BIDANG SAINS
DAN TEKNOLOGI

Masyarakat Melayu banyak menghasilkan inovasi sebagai untuk memenuhi keperluan


kehidupan mereka antaranya peralatan pertanian seperti cangkul, parang, sabit, tajak dan
kelengkapan menangkap ikan seperti bubu, jala, rawa dan rawan.

Mereka juga mahir membuat perangkap haiwan liar, mencipta peralatan bagi menebang
pokok seperti kapak, beliung dan peralatan untuk melicinkan papan seperti ketam dan pahat.
SLIDE TAMAT

You might also like